Wednesday, 22 May 2013

lembah bernam...indah rupa dari khabar...

bismillah


Hari ini, Selasa 21hb. May 2013.

"Lim, boleh tak kau ambil aku jam 9 pagi ni? Aku nak hantar anak pegi kampus jam 8, lepas tu aku 'free' la."

"Ok, kau tunggu nanti aku jemput kau kat rumah."

Jalan ke UiTM memang jem kerana ramai yang datang untuk pesta konvo. Hari ni kenalah guna jalan pintu masuk utama di bulatan seksyen 2. Semalam Mem dah pesan suruh ikut jalan tersebut. Bagi kereta staf yang ada 'sticker' UiTM taklah jadi masalah sangat.

Fakulti Kejuruteraan terletak hampir pintu masuk, tapi tadi selepas turunkan Nisa jalan menuju pintu keluar sek.7 jem yang teramat. Saya risau kiranya terlambat nanti Muhalim terpaksa menunggu lama di depan rumah saya yang terletak di sek.8.

Nasib baik ketika tiba di rumah Muhalim belum sampai, lagi pun waktu itu baru 8.45 pagi. Terus berkemas dan minum segelas air kosong sambil menunggu Muhalim.

"Aku dah sampai kat depan rumah mu ni."

"Ok, kau tunggu jap aku nak ambil kamera."

Muhalim datang dengan pick up '4 wheel drive'. Anaknya yang memandu. Tempat yang kita nak pegi ni hanya boleh masuk dengan 'pick up truck' saja. Kereta biasa tak boleh sampai kerana tiada jalan bertar cuma tanah merah saja lagi.

"Kita pegi ofis kejap ambil Mislam." Muhalim cakap Mislam mau ikut sama.

Ketika kami sampai di ofis Muhalim, Mislam sedang menunggu. Pejabat mereka terletak di sek.9 Shah Alam, tak jauh dari rumah saya. Mislam ni adalah rakan kongsi Muhalim. Dulu mereka berdua pernah bertugas dengan PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) di mana Muhalim adalah GM (General Manager) di organisasi tersebut. 

Saya kenal mereka berdua pun atas urusan untuk pemajuan satu keping tanah di Kuala Selangor. Kalau tak silap saya masa tu tahun 1996. Dari situ lah kami seterusnya jadi rapat. Sekarang hampir setiap malam kami bersantai di Pine 38 sek.9, sembang-sembang kosong saja. Kadang-kadang ada juga kawan-kawan lain ikut serta.



Banyak kali juga saya ke Sabah dengan Muhalim atas urusan kerja. Muhalim biasanya yang 'sponsor' tiket, makan dan tempat tinggal saya. Banyak jugalah kami bertukar-tukar memperkenalkan rakan-rakan di Sabah. Pejabat Muhalim Agro Segar Sdn.Bhd. banyak terlibat dengan projek yang berasaskan pertanian. Mereka mempunyai ladang sawit, koko, ternakan kambing dan juga sebagai 'supplier' baja kepada banyak agensi kerajaan yang terlibat dengan perladangan.

Perjalanan dari KL ke Tanjung Malim memakan masa hampir satu jam. Oleh kerana masih belum sarapan, Muhalim mencadangkan kita sarapan dulu di pekan Tanjung Malim. Berhampiran pekan ni terdapat banyak kedai makan. Muhalim sangat biasa dengan pekan ni kerana dulu semasa bertugas dengan PKPS dia yang menguruskan ladang PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Lembah Bernam ni.

"Kita makan tempat biasa la." Muhalim mencadangkan satu restoran yang dia biasa bersarapan.

"Kat kedai hujung tu ramai orang. Biasanya tempat ramai orang mesti makanannya bagus. Apa kata kita cuba tempat ni." kata saya merujuk kepada satu kedai makan di mana terdapat ramai orang yang kebanyakannya pelajar-pelajar UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris).

"Ok, kita 'test' tengok kalau-kalau bagus makanan di situ." kata Muhalim.

Waktu ni baru jam 10 pagi. Rasa saya pelajar-pelajar UPSI baru habis beriadah melihat daripada pakaian sukan yang mereka pakai. UPSI sebenarnya adalah sebuah Universiti yang melatih pelajar-pelajarnya di bidang perguruan. Para graduannya nanti akan bertugas sebagai pensyarah atau juga guru. Sekarang ni guru-guru semua adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang mempunyai Ijazah bukan lagi Diploma seperti dulu. Semuanya dalam kategori A. Guru-guru Tadika juga sekarang pun kebanyakannya mempunyai Diploma. Rasa saya ini adalah satu perkembangan yang baik di bidang pendidikan bermula dari peringkat pra sekolah lagi.

Anak Muhalim 'order' mee hoon, Mislam pula nasi lemak dengan telur mata sementara Muhalim dan saya makan roti telur. Memang makanannya enak dengan bil untuk empat orang hanya RM12 sahaja. Di meja sebelah terdapat ramai pelajar-pelajar yang datang bersarapan. 

Saya terdengar dari percakapan mereka ini, nyata terdapat ramai yang datang dari pantai timur terutama sekali Kelantan dan juga Terengganu. Di mana saja di pelusuk tanah air memang terdapat ramai kaum kerabat mereka ini. Saya jadi bangga kerana saya pun datang dari tempat yang sama dengan mereka-mereka ini.

Setelah sarapan kami meneruskan perjalanan menuju ke tapak cadangan projek. Jalan menuju tapak masih lagi jalan kampung yang sempit dan tidak bertar sepenuhnya. Melalui dusun buah-buahan serta ladang kelapa sawit dan terdapat juga perkampungan terpencil di sekitar kawasan ini. Masuk saja kawasan hutan terasa damai sekali.

Dikiri kanan semuanya penuh dengan kehijauan. Hutan belukar telah bertukar menjadi KSK (Kawasan Sudah Kerja), tiada lagi pokok balak hutan dara. Sebahagiannya merupakan tanah lot yang dimiliki oleh orang-orang kampung di sini. Kiri kanan terdapat juga kawasan yang telah ditanam dengan pokok buah-buahan dan diselang-seli dengan tanaman pokok gaharu.

Khabarnya pokok gaharu yang matang biasanya selepas 10-15 tahun mempunyai nilai yang tinggi. Saya lihat berpuluh-puluh ekar tanah di sini dipenuhi dengan pokok gaharu. Ini adalah tanaman jangka panjang yang mempunyai nilai komersil yang sangat berharga. Dalam bisnes kita kena pandai merencana untuk pulangan jangka pendek dan jangka panjang.

Menurut Muhalim yang pernah sampai ke tapak projek ni, jaraknya dengan simpang masuk jalan utama hanyalah 7km, tapi disebabkan keadaan jalan yang berbukit bukau perjalanan memakan masa lebih dari setengah jam.

Melihat kepada papan tanda di sepanjang jalan kiri kanan, terdapat banyak kem perkelahan dan juga 'Training Centre' untuk Bina Insan terdiri daripada pelajar-pelajar universiti, sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan juga swasta. Saya tak pernah terfikir selama ini terdapat kemudahan-kemudahan seperti ini di daerah Tanjung Malim

Semakin kami meredah hutan makin banyak terdapat sungai dan jeram yang sangat indah, ditambah lagi dengan pemandangan sekeliling yang berlatar belakangkan bukit-bukau yang menghijau yang merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa. Di kejauhan saya dapat melihat dengan jelas hadirnya beberapa air terjun yang membangkitkan keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingnya.

"Tolong berhenti jap." saya meminta anak Muhalim memberhentikan kenderaan.

"Ada apa Sam?" Muhalim semacam hairan kenapa saya minta berhenti.

"Kau tengok tu pokok apa? Tu la pokok serai kayu yang pucuknya dibuat kerabu untuk nasi, laksa dan laksam di pantai timur."

Saya turun dari kenderaan dan memetik pucuk serai yang terdapat di hutan tersebut. Tak banyak yang saya nampak pokok ni, dalam perjalanan tadi hanya inilah satu-satunya yang saya tengok. Memang pokok ini susah dapat di hutan sebelah pantai barat.

Itulah sebabnya orang-orang di sini tidak biasa dengan pokok ni. Pucuk serai kayu ni sangat sedap untuk dibuat ulam. Rasanya sedikit lemak pahit dan sangat sesuai untuk dijadikan pelengkap nasi kerabu yang sangat sinonim dengan makanan di sebelah negeri-negeri pantai timur.

"Aku ingat tadi pucuk tenggek burung. Nampak sama jer." kata Mislam.

"Kau tengok baik-baik, nampak macam sama tapi tekstur pucuk serai kayu ni lebih lembut dan warnanya lebih terang."

"Ya la, tak pernah pula aku rasa pucuk ni." kata Muhalim.

"Sememangnya kau orang pernah makan benda ni, cuma tak perasan jer. Kau orang kan pernah makan laksam dan nasi kerabu semasa di Kelantan. Ni lah pucuk yang kau orang bedal dalam nasi kerabu dan laksam tu."

Saya dapati di sepanjang lembah sungai terdapat banyak pucuk paku. Kalau di KL seikat yang tak seberapa sudah dijual beringgit ringgit. Mahal harganya tapi di sini tiada siapa yang pedulikan. Kalau saya tinggal di sini memang berayalah saya dengan segala kekayaan ulaman di hutan rimba ini.

Kami meneruskan perjalanan. Akhir-akhir ini cuaca agak panas. Hujan di waktu petang tapi tak terasa sejuknya. Saya dapati banyak hutan yang telah diterokai untuk penanaman sawit dan getah.Yang tinggal hanya tunggul-tunggul yang hangus oleh pembakaran.



Di negara ini 'jungle clearing' tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Hutan dan juga Majlis DaerahKebanyakan penebangan hutan dibuat secara 'ad hoc' tanpa pemantauan dari pihak-pihak yang berwajib. Ini membawa kesan negatif kepada alam sekitar di mana sungai-sungai telah dicemari oleh kerjatanah yang membawa lumpur ke hilir sungai. Sayang sekali keindahan alam sekitar semula jadi tercemar atas nama pembangunan.

Selepas melalui selekoh yang agak landai, kami memasuki dan merentasi satu kawasan yang sudah gondol dipenuhi dengan tanaman getah. Dan sebahagian kawasan tersebut sedang giat dibangunkan projek pelancungan terdiri dari beberapa buah chalet dan lain-lain bangunan untuk kegunaan berkaitan. Bangunan yang sedang dibina ini terdiri dari bangunan kayu yang menggunakan kayu-kayan dan batu-batu sungai yang terdapat di sekitar tapak projek ini. Bangunannya adalah lebih 'eco friendly' dan menepati dengan persekitaran yang menghijau.

Anak Muhalim yang mengemudi perjalanan ini nampaknya sudah terbiasa dengan keadaan kecerunan di sini dan dia tau di mana nak mendaki dan menurun cerun. Kami sampai di satu kawasan berpaya dengan anak sungai yang digenangi air separas betis. 

Disebabkan cerun yang agak curam kami berhenti saja di situ dan meneruskan dengan berjalan kaki. Saya dapati terdapat sebaris hutan yang sengaja disimpan sebagai kawasan 'buffer' lebih kurang satu rantai dari tebing sungai. Ini adalah biasanya syarat dari JPS (Jabatan Parit dan Saliran) sebagai rezab sungai.

Terdapat banyak hidupan liar dan unggas berterbangan bebas di sekitar kawasan. Saya dapat melihat kupu-kupu, pepatung, tupai dan lain-lain dengan bebas bergerak di habitat semula jadi yang kaya dengan tumbuhan. Saya terpegun melihat berapa banyak kupu-kupu yang sangat jinak berlegar di sekeliling kami. Ada yang hinggap sampai ke pipi saya.

"Orang tua-tua kata kalau kupu-kupu hinggap di badan kita bermakna kita ni sedang diminati oleh seseorang." kata saya memecah kesunyian.

"Dah bangka begini, itik pun tak ingin nak menyudu kita lagi." balas Mislam.


"Lam, kau pernah tak dengar itik sakit jantung ke kencing manis ke?"

"Dah mula la keluar lawak sensasi dia." kata Muhalim.

Anak Muhalim ketawa terbahak bahak. Mungkin ada yang buat dia geli hati.

"Aku serius ni. Kencing manis, darah tinggi, batu karang, jantung tersumbat, demam semua tu tak ada pada binatang, betul tak?"

"Betul la tu, tapi tu binatang mana nak banding dengan kita manusia ni."

"Ya la. Kita ni jaga kesihatan makan vitamin macam-macam, segala ubat dan berpantang larang semua, tapi kena pula penyakit. Yang binatang tu makan segala benda, tak de pun makan ubat tak pula kena penyakit. Cuba kau fikir secara rasional." kata saya, saja nak 'test' dia orang.

"Betul tu. Tak pula aku fikir sejauh tu." kata Mislam.

"Maknanya 'design' organ-organ dan sistem immuniti binatang ni lebih hebat dari manusia. Cuba kita bedal air longkang, tak sempat keluar kawasan ni dah gol. Tapi itik selamba je disudu segala benda tapi tak pun sakit."

"Mentang-mentang lah kau 'designer' sampai ke situ difikir."

"Kita ni semua ciptaan Tuhan tapi berbeza dalam banyak cara. Kita kena belajar dan ambil iktibar dari semua ciptaan ini. Mana yang boleh pakai kita 'apply' la."

Lebih kurang 50 meter dari tempat letak kenderaan, kami dihidangkan dengan satu suasana yang sungguh membuat saya teruja. Deruan air jeram ditemani bayu lembut seolah-olah menyambut kami yang sedang terbuai oleh percikan keindahan alam di sini.

Terdengar juga bunyi deringan nyaring suara unggas hutan serta bayang-bayang pokok, akar yang berbelitan dan berjuntaian ke dalam sungai dan batu-batu yang bertindihan seolah-olah terukir dalam satu karya yang agung. Bebayang batu batan berbagai saiz, bentuk dan rupa di indahkan lagi dengan kerikil-kerikil dan pasir memutih menjadikan panorama yang tak terungkap oleh kata-kata. Wow....itulah yang dapat saya ucapkan.


Pokok-pokok dan tumbuhan hutan semula jadi yang masih belum terusik menjadi sebagai satu lapisan yang memisahkan alam semula jadi dengan persekitaran yang gondol dan menyakitkan mata. Berada di bawah naungan pokok dan tumbuhan hutan hujan tropika ini menjinakkan jiwa lara seakan terungkai dari segala permasalahan. 

Air jeram dengan buih memutih diselangi hijau daun dan panahan sinar matahari memberi impak sangat terkesan ke atas jiwa manusia dengan limpahan 'negative ion'/vitamin udara yang tersidai di ampaian alam. Benarlah kata orang mengubat kesepian dan terapi terindah hanya wujud di syurga hutan belantara.


Mendengar deruan air dan geseran pohonan adalah persis satu alunan nyanyian merdu yang penuh keasyikan irama semula jadi yang menghiburkan. Saya terpana dan terpaku. Di dalam imaginasi kotak fikiran, saya dapat membayangkan ciptaan rekabentuk yang bersatu bersama alam. Saya sangat menyenangi dan teruja sekali untuk bersama menghadirkan rasa seni yang bersarang di jiwa dan semoga saya dapat sama-sama mencipta sesuatu rekabentuk agung dengan tulus dan murni untuk dikongsi bersama.

Saya keluarkan teman setia saya kamera Nikon dari dalam beg galas untuk merakam suasana. Saya tak mau terlepas 'moment-moment' yang indah ini. 'Moment-moment' ini hanya datang sekali sahaja. Setiap saat akan berubah mengikut putaran sistem yang telah sedia teratur. Cahaya hadir dalam berbagai bentuk yang membantu keindahan panorama. 

Saya sangat teruja dengan bayangan pohonan oleh pancaran dan pantulan cahaya matahari yang membentuk imej yang beraneka. Semakin meninggi matahari semakin berubah fenomena karektor imejan dan semakin awan melindungi semakin terpengaruh sinaran cahaya ke atas segala kejadian di permukaan maya.

Saya cuba 'zoom' beberapa tumbuhan semula jadi untuk mendapat imejan bokeh yang berseri dengan paduan objek dan latarbelakang. Impak cahaya keatas objek sangat memberi kesan visual walau pun objek tersebut hanyalah tumbuhan yang biasa-biasa sahaja.

Ada beberapa jenis tumbuhan hutan yang jarang kedapatan dewasa ini. Saya cuba meneliti dan mencari sudut-sudut sesuai untuk perakaman.




Pokok bemban, pisang hutan dan tumbuhan renek penutup bumi masih ada walau dalam kuantiti yang berkurangan. Pokok-pokok hutan yang semakin pupus ini sepatutnya perlu diketengahkan untuk tatapan generasi akan datang agar mereka dapat mewarisi dan mencintai alam semula jadi dengan penuh makna. Ramai generasi sekarang terutamanya anak-anak kota tidak didedahkan kepada semua ini yang akhirnya merugikan mereka sendiri kelak.

Mungkin dalam lawatan akan datang semua pokok-pokok ini tiada lagi menghadirkan diri oleh kerakusan manusia perosak alam atas nama pembangunan.

Sementara Mislam, Muhalim dan anaknya berteduh di bawah pokok membincangkan sesuatu, saya duduk sendirian menikmati suasana indah alam sambil memikirkan betapa agung dan indahnya alam ciptaan Tuhan.

Saya sangat bersyukur kerana dilahir, dibesar dan didedahkan dalam persekitaran yang begitu dekat dengan alam semula jadi yang menjadikan saya lebih menghormati alam kerana saya adalah sebahagian dari alam dan persekitaran tersebut. 

Saya sangat bersimpati dengan teman-teman anak kota yang tidak kenal tanaman herbal yang mereka makan, tiada langsung pengetahuan tentang rempah ratus yang menjadikan alam melayu terkenal serata dunia. Kekurangan mereka menjadi kelebihan kepada anak-anak desa seperti kita dan kelebihan mereka menjadi kekurangan di pihak kita.

Suatu sifat Muhalim yang saya puji adalah pendedahan anaknya ke alam bisnes dipupuk sejak dari awal dan inilah yang terbaik kerana dengan asas dan latihan begini dapat menjadikan mereka pelapis warisan bangsa dalam bidang bisnes. Dapat diperturunkan ilmu untuk sama-sama membawa generasi akan datang lebih ramai dan berjaya di alam perniagaan yang penuh cabaran dan persaingan.

Kejayaan satu-satu kaum dalam bisnes disebabkan wujudnya kartel atau rangkaian yang saling membantu. Segala perasaan hasad perlu jauh-jauh dibuang kerana inilah sifat yang meruntuhkan perpaduan selain dari sifat yang Tuhan murkai. 

Konsep 'en rich your neighbour' adalah satu cabang proses kehidupan yang sepatutnya selalu menjadi amalan dan konsep inilah yang diwar-war oleh barat sebagai win-win. Kemakmuran yang dicapai dan dikecapi bersama mempunyai nilai nikmat yang tak terhingga tingginya. Membantu orang lain bersama mendaki tangga kejayaan adalah satu tanda indahnya muafakat dan betapa terserlah keimanan dan praktis hukum yang Islam galakkan.

Mungkin ramai yang terlupa bahawa kejayaan sendiri dengan mengenepikan jiran dan rakan taulan menjadi seseorang itu lebih angkuh dan kesombongannya itu sebenarnya tiada memberi apa-apa jua makna yang dapat membantunya di alam yang satu lagi. Tetapi mengheret teman untuk kejayaan bersama pasti sudah banyak membantu di dunia dan akhirat.

Bersatu menjadi kita lebih kukuh dan digeruni musuh. Kita tidak bisa berlawan sendirian. Kekuatan terserlah dengan jumlah pasukan yang ramai terlatih menjadikan kita dihormati dan bisa bersaing dengan penuh yakin. Inilah faktor yang ramai di kalangan kita masih terpisah jauh dengan lain-lain bangsa yang bertamadun tinggi. Lagi ramai ahli kumpulan meraih kejayaan lagi banyak manafaat yang kita perolehi bagi membantu saudara-saudara seugama sebangsa untuk mereka bisa menumpang dan bersama mendaki tangga kejayaan.

Lihat saja macam mana kaum Yahudi mempengaruhi dan menakluki dunia dengan semangat perpaduan ummahnya untuk mencapai kejayaan. Bukan maksud saya kita menjadi pengikut Yahudi tapi yang dimaksudkan di sini adalah sifat setiakawan yang menjadikan mereka berada di tahap tertinggi. Kifayah sama berat timbangannya dengan syariah. Kita hendaklah mengerjakan amal soleh seolah-olah esok akan mati dan bekerja bersungguh sungguh seolah-olah untuk hidup seribu tahun lagi. 

Ramai yang tahu ilmu ini tetapi berapa ramai yang sedar dan praktiskan dalam kehidupan harian. Kita terdedah dengan konsep kehidupan yang Nabi kita saran dan tetapkan tetapi bangsa lain yang praktiskan dengan berhemah menjadikan kita jauh ketinggalan. Sekarang bukan masa untuk menjadi 'selfish' dan individualistik tetapi masa untuk sedar diri bagaimana untuk bersatu. Kiasan sebatang dan seikat lidi adalah yang sepatutnya menjadi amalan tetapi semuanya tinggal kiasan semata.

Saya memikirkan bagaimana dalam perencanaan rekabentuk nanti, penggabungan alam semula jadi dengan ciptaan bisa bergabung menjadi satu, tanpa merosak alam malahan memberi imbangan tersendiri dan melahirkan satu 'statement' karya yang penuh ikhlas. Penggabungan rekabentuk, penggunaan 'material', kebangkitan warna dan percaturan landskap semula jadi serta penerokaan sudut-sudut pandangan/'view', ruang serta penataan cahaya  'natural', 'cross air ventilation' perlu diberi prioritas dalam aspek keseluruhan pengkaryaan. Alam semula jadi perlu diselamatkan. Ciptaan manusia hanyalah sebagai pelengkap kepada keindahan keseluruhan panorama yang sangat berhubung kait.

Bangunan-bangunan yang akan diwujudkan nanti hendaklah dilakukan secara 'in situ' untuk mendasar jiwa/'soul' yang jauh berbeza dengan melahirkan rasa indah ciptaan hanya di atas kertas semata. Setiap pokok, tumbuhan dan segala yang mewarnai alam perlu bergabung untuk melahirkan 'proportion', skala dan impak positif-negatif yang akan mempengaruhi penghuni dengan rasa damai dan keasyikan suasana yang membuat mereka kepingin kunjungan berulang. 

Projek sebegini melahirkan rasa cinta dan ikatan pereka dan pengguna menjadi satu ikon rekabentuk yang hasilnya bukanlah soal wang semata. Upahan akan terlahir dari ciptaan murni dan atas rasa keikhlasan mencipta dengan sendiri manafaat akan wujud tanpa perlu meminta-minta. Kepuasan hati bukan hanya pada wang ringgit tapi mirip kepada terwujudnya ciptaan yang merubah perspektif rekabentuk yang akan menjadi kebanggaan ramai. Memang bukan senang memuaskan semua hati, tapi tanpa bermegah dan penuh rasa syukur dengan ilmu yang Tuhan ilhamkan sudah sangat memadai.

Sudah sekian lama saya berangan dan bermimpi bahawa suatu hari nanti saya bisa merealisasikan impian kabur bagi setengah orang tapi percaya impian saya adalah sungguh bercahaya yang suatu hari nanti dapat menyinar dan mewarnai persada rekabentuk di kelompok kita-kita yang ingin melarikan diri dari kemegahan. Cuma limpahan ciptaan ini diharap dapat menceria dan menambahkan lagi satu koleksi 'ism' baru dalam ciptaan taman dan alam bina. 

Kita sudah terlalu biasa dihidangkan dengan konsep Nusantara, Bali, Jepun, Eropah, dll tapi kita tidak mempunyai imej dalam bentuk 'indigenous/local' yang sangat kaya dengan budaya dan nilai seni temurun yang tersendiri. Dan inilah yang saya ingin ketengahkan sekurang-kurangnya buat teman-teman yang sama-sama mahu 'exploredan menerima suatu ciptaan sebagai rasa hormat atas karya tulus seumpamanya.

Sesuatu yang baru memang sukar untuk dimengerti dan tentangan adalah lumrah dalam proses pengkaryaan. Untuk memenangi semua hati adalah sangat mustahil, tapi sekiranya segelintir dapat menerima, bererti ada hati yang ingin berkongsi ciptaan yang mungkin satu hari nanti menjadi rujukan atau tohmahan semata.

Sekiranya dilakukan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab tertinggi terhadap karya, kita bisa menarik hati dan jiwa-jiwa yang dapat merasai kesungguhan dan keluhuran ciptaan tersebut. Kita harus berani menimba sesuatu 'ide' berskala panjang. Jauh sekali meniru gaya ciptaan orang-orang terdahulu tetapi lebih kepada 'originality'.

EVERY ORIGINAL ARTIST HAS AN ORIGIN, THAT'S WHAT DIFFERS HIM FROM THE REST...THE ORIGINALITY....

(quote...schem)

Sudah sekian lama rasa ini terpendam jauh di sudut hati. Bercerita pada teman-teman yang di anggap sealiran tapi tiada yang serius membagi masa ingin menyelami lebih dalam. Untuk apa terguris rasa sekira ada yang kurang  mengerti hasrat hati. Saya percaya satu hari nanti dengan keizinan Tuhan saya bisa mewujudkan secara fizikal angan dan mimpi menjadi realiti. 

Saya sangat percaya di kalangan teman-teman masih ada segelintir yang tahu dan mahu menilai keinginan saya. Saya sangat berharap dan sangat percaya kehadiran saya bersama saudara Muhalim dan kumpulannya membolehkan hasrat dan idea-idea saya yang terkadang sukar dimengertikan terlaksana. Sukar mengerti bukan bererti tidak menyenangi.

Saya yang harus membuat mereka mengerti serta menagih satu detik untuk saya lahirkan ciptaan saya secara fizikal agar dapat bersama menikmati. Biarlah ciptaan itu bercerita dan mengungkap serta menterjemahkan isi hati naluri sebagai pereka dengan sendirinya. Kelak waktu sama-sama merestui apa yang selama ini bersarang di jiwa saya. Semoga perjalanan jauh saya ke arah menuju realiti yang sukar menjadi lebih mudah, jauh terhindar dari halangan getir yang selama ini meranjaui liku-liku ruangan karya. 

Perbedaan apa yang dimaksudkan atas ciptaan saya berbanding konsep sediada yang kini banyak mewarnai lingkup karya semasa. Apa yang ingin saya terjemahkan adalah kelainan 'falsafah' ciptaan yang masih belum terwujud dan 'apa-apa' yang berbentuk 'apa-apa' yang masih terkeliru. Keaslian 'ism' yang saya bawa dan percaya dengan ikhlas akan berjaya terhasil adalah:

'TIMES'...TAMAN ISTANA MELAYU SILAM..


Saya berbangga menjadi melayu walau saya sebenarnya bukanlah ada100 peratus darah Melayu yang mengalir di setiap urat saraf saya. Saya dilahir, dibesar, diberi ilmu dalam lingkungan ruang yang penuh persekitaran bernama alam Melayu. Di sini tempat saya mengenal apa erti hidup, belajar menghirup udara, membina keluarga dan merayap untuk rezeki di bumi yang bernama Melayu

Saya kurang lebih sangat memahami sistem norma dan nilai yang beradab, beradat dan melindungi segala yang berbentuk Melayu pada akarnya. Kita tersohor dengan mulia watak, mulia jiwa, mulia hati sehingga tersilap faham oleh sesetengah orang. Kelembutan serta santun kita disalah terjemah.

Masih ada sesuatu yang berkaitan Melayu yang bisa memenafaatkan dunia. Adun dan anyam serta pintal buih-buih jiwa menjadi sutera agar kita Melayu bisa dihormati atas kehebatan dan dapat berdiri megah bukan atas simpati. Jasad boleh saja hancur tapi jiwa dan semangat kita tetap terpelihara. 

Karya-karya kita akan tersimpan menjadi khazanah bangsa selamanya. Sekiranya dapat menyelami apa yang dikiaskan, adalah merupakan satu bentuk ciptaan yang segar sentiasa untuk dikagumi anak bangsa dan tetap terus mengalir tanpa henti di seantero mayapada.

'TIMES' akan tetap subur bersama selamanya. Saya berbangga kiranya asas ini dapat diperbaiki serta dikemas jitu, disempurnakan dan akan menjadi lambang atas sesuatu yang selamanya terbaru. Saya cuma menegak asas, mendiri tiang dan penambahbaikan kesempurnaan agar di warisi anak bangsa Melayu yang kuat akar umbi nya di bumi Melayu ini dapat mengatur, menyusun langkah semoga kehadiran kita diterima dengan jujur.


"Kita kena minta 'owner survey' kawasan ini, nak tau mana sempadan yang betul." Muhalim bersuara.

"Dah makin panas ni, ingat nak makan kat restoran Andri, sempat kita pergi ke?" ujar Mislam.

"Buka jam satu, kira 'just nice' la kita sampai nanti." saya menambah.

"Depan ni ada satu 'resort', apa kata kita pegi tengok." Muhalim bagi tau anaknya yang tengah memandu.

Sampai di simpang tak jauh dari jalan besar yang sedang kami lalui, ada satu papan tanda-Teratak Bernam Riverview Sdn.Bhd. Jalan ke tempat tersebut hanya sesuai untuk '4 wheel' saja. Ketika kami menghampiri kawasan perkelahan, tak nampak seorang pun petugas di situ.

"Boleh masuk ke ni?" ujar anak Muhalim.

"Masuk je, bukan kita nak ceroboh pun." balas Muhalim.

Tiba-tiba ternampak seseorang keluar dari satu bangunan, agak saya bangunan 'front offce' atau 'main admin.block'. Orangnya taklah tua sangat mungkin dalam lingkungan 40an, masih segak dan badannya tegap. Mungkin dia ni 'caretaker' di sini, begitulah telahan saya.


"Assalamualaikum." tegur Muhalim sambil melangkah turun dari kenderaan.

Orang yang berdiri di depan Muhalim menjawab salam. Saya tak berapa dengar apa yang dibualkan mereka berdua. Saya pun turun dari kenderaan sementara anak Muhalim dan Mislam masih di dalam kenderaan yang enjinnya masih hidup. Rupanya orang yang menyambut kami adalah tuan punya 'resort' ini. Namanya Mohd.Noor Hakim. Dia mempelawa kami ke tempat di mana dia keluar tadi, iaitu bangunan pentadbiran komplek ini. Untuk sampai ke bangunan utama kami kena melalui jambatan gantung. Cantik tempat ini.

Sementara Muhalim dan Mislam berbual-bual dengan Noor Hakim saya seperti biasa merakam beberapa keping gambar di persekitaran komplek ini. Saya perhatikan tempat ini sebenarnya adalah merupakan kem latihan yang berbentuk 'back to nature'. Sangat sesuai. Terdapat banyak 'placard' yang bergantungan di rabung sebelah dalam dewan besar yang terdiri daripada syarikat-syarikat atau jabatan-jabatan kerajaan yang pernah mengadakan latihan di sini.


"Berapa ekar semua kawasan ni." saya bertanya.

"Semua 6 ekar. Tempat kita duduk ni sebelah Selangor 3 ekar dan sebelah sana pula 3 ekar tapi dalam Negeri Perak." balas Noor Hakim sambil menuding jari kearah seberang.

"Di sini ada bilik-bilik untuk famili ke atau semuanya jenis 'dormitory'?" sambung saya lagi.

"Di sini ada macam-macam jenis. Ada yang berbilik dan ada yang dorm. Semua boleh muat 500 peserta sekali gus. Kalau yang ada bilik tu biasanya urusetia penganjur yang gunakan. Dulu saya beli tanah ni RM40k se ekar, yang mengadap sungai la, sekarang ni dah RM100k lebih se ekar. Dulu orang kata orang gila saja beli tempat ni tapi sekarang ramai pula yang mencari. Kat sini ada 5 buah kem yang macam ni, tapi ni kira yang ke empat terbaru dan yang terbesar la. Encik-encik ni datang dari mana?" Panjang lebar dia bercerita.

"Kami dari Shah Alam. Datang sini tadi pegi tengok kawasan untuk sawit, ada orang nak pawahkan." Mislam bagi tau tujuan kedatangan kami semua.

"Saya orang Tanjung Karang. Dah lima tahun saya kat sini. Saya ni buat kerja macam-macam, jadi polis, kerja bank pernah dok kat Sabah, jadi drebar pun pernah. Saya memang minat dengan kerja-kerja lasak macam ni. Saya jadi 'instructor' untuk kem ni, buat 'jungle tracking' pun ye. Kalau 'camping site' saya caj RM8 satu kepala. Macam-macam kemudahan ada sini. Petang nanti ada rombongan sekolah dari Negeri Sembilan nak masuk."

Tengah asyik bersembang isteri Noor Hakim datang. Ini 'family business'. Isterinya jadi tukang masak dibantu oleh anak-anaknya. Setakat ini sudah habis RM500k untuk membina kem ini. Saya tengok bangunan-bangunan banyak didirikan di atas cerun dan sebahagiannya ada 'retaining wall'.

Sistem kumbahan nya adalah secara 'individual septic tank' dan semua bangunan ini dibina tanpa pelan bangunan dan tiada 'submission' ke Majlis Daerah. Kawasan ni masih 'zoning' pertanian belum diubah syarat. Oleh kerana kedudukannya jauh dalam hutan dan mungkin di luar kawasan Majlis Daerah maka tiada perlulah segala 'submission'. Punca letrik pula adalah 'gen set', pernah untuk cuba guna solar sistem tapi 'supplier' tak datang-datang. Menurut tuan punya kem ni pernah ada satu 'occasion' sebanyak 105 buah kereta yang datang dan masih boleh muat diatur sepanjang sungai.

Terasa sangat dahaga oleh kerana cuaca yang agak panas. Saya nampak ada 'container' air sirap di atas meja. Makanan tidak dijual cuma dimasak untuk peserta saja. Bukan senang masak untuk 500 orang, tapi katanya sudah biasa taklah susah. Pengunjung dibenarkan untuk masak sendiri. Sekarang sedang dibina kedai serbanika di sebelah tapak Negeri Perak. Saya teringat 'setting' ni lebih kurang macam tapak PLKN (Program Latihan Khidmat Negara). Saya pernah terlibat dengan projek PLKN di Kuala Kangsar, luas kawasan 40 ekar.

"Sini kalau banjir air naik sampai atas lantai ni. Yang bahaya bila air dari hulu turun selepas hujan, boleh hanyut semua, kalau tengah mandi tak berhati-hati boleh lemas dibawa arus." jelas Noor Hakim sambil merujuk kepada lantai yang pernah dinaiki air.



Sambil itu dia mempelawa untuk minum air sirap yang sudah tersedia. Mungkin dia perasan saya tengah kehausan. Anak Muhalim terus mencapai gelas, mengisi air sirap merah dan tegukan pertama sudah separuh gelas. Rasanya dia lebih dahaga dari kami semua. Sebenarnya memang air sirap ini diberi percuma. 

"Lam, jom lah ambil gelas pekena sirap ni."

"Tak pe la belum dahaga lagi." jawab Mislam sambil menyedut rokok yang tinggal separuh. Dia tak nak minum tu mungkin nak 'control macho'. Macho tu letak kat belakang la dulu, sekarang ni musim cuaca panas kalau kurang air nanti 'de-hyderation' pula. Siapa susah, bini juga.  

Tanpa melepas peluang terus saya bangun dan isikan segelas penuh. Dua kali teguk habis satu gelas besar. Dalam keadaan dahaga macam ni semua air apa jenis pun terasa sedap. Menurut pengusaha kem ni, air sungai ni selamat untuk diminum. Sumber air ke kem ni diperolehi daripada air di puncak bukit dengan menggunakan getah paip untuk mengalirkan ke kawasan ini. Itu sebab dalam perjalanan tadi terdapat banyak batang paip di tepi jalan.

Saya fikir tempat yang kami tengok sebentar tadi lagi cantik persekitarannya. Malangnya kami tak dapat masuk ke kawasan di hulu sungai yang berhampiran air terjun. Sekiranya syarikat Muhalim jadi melibatkan diri dengan  projek yang dirancang, maka boleh juga membina 'resort cum training camp' di kawasan itu. Permintaan untuk projek sebegini buat masa ini adalah sangat memberangsangkan. 

Kena tunggu 'survey plan' siap baru boleh 'proceed'. Sekarang ni susah nak 'determine the actual site and the landform'. Bentuk rupa bumi sangat penting untuk rancang 'layout' dan dipadankan dengan jenis-jenis bangunan yang akan dibina nanti. Sebaiknya elak potong tanah dan bina bangunan mengikut bentuk kecerunan semula jadi.

Pada pandangan saya kiranya ada tanah yang hampir dengan bandar elok sangat dibina kawasan 'retreat' sebegini untuk memenuhi kehendak penduduk bandar yang dapat mengurangkan 'stress' dengan desakan hidup di kota. Memang sekarang ni kehidupan di bandar begitu 'challenging'.

Itulah sebabnya menurut tuan punya kem ni memang ramai pengunjung datang semasa 'weekend', kalau nak datang ke sini kenalah buat tempahan lebih awal. Kawasan sebelah Negeri Selangor ni lebih 'accessible' dengan adanya jalan tar sampai terus ke kawasan kem ini. Melihat raut wajah suami isteri pengusaha kem ni, perniagaan mereka menguntungkan. 

Yang penting dalam kehidupan ini ialah kepuasan jiwa dan selaras dengan kemahiran serta pengalaman satu-satu jenis perniagaan itu. Perniagaan ini semacam perniagaan mengisi masa lapang dan sesuai bagi mereka yang sanggup terpisah dengan kehidupan bandar. Lagi pula saya dapati perniagaan sebegini dapat meluaskan lingkungan 'networking' kerana yang berkunjung ke sini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat, pertubuhan awam dan swasta serta pusat-pusat pengajian tinggi.





Sudah hampir jam 1 tengah hari. Pengusaha kem ni pun sibuk melayan tetamu yang baru sampai dari Negeri Sembilan. Jadi kami pun bersalaman dan meminta diri untuk beredar. Tiba di restoran Andri sudah hampir jam 2 petang. Lauk banyak yang sudah habis. Ikan baung, keli goreng pun dah habis.

Yang tinggal hanya sotong gulai lemak, ayam rendang, ayam goreng serta ayam kampung gulai lemak. Muhalim minta saya tempahkan makanan. Ambillah apa yang ada. Hari ni memang ramai sangat pengunjung sampaikan tempat duduk pun hampir penuh



"Tak payah la ambik gambar. Dah biasa datang sini ni semua." tokeh kedai ni menegur saya. Dia memang sangat ingat siapa saya kerana dah berpuluh kali datang makan di sini.


"Saja je nak rakamkan ni nak tunjuk kat kawan-kawan." balas saya sambil dia menepuk nepuk bahu saya.

Melihat dari jumlah pelanggan yang datang secara purata mungkin jualan sehari dalam lingkungan RM5k.

Pekerja terdiri dari anak beranak. Bil makanan kami tadi RM98. Kalau makan di KL atau Shah Alam pun lebih kurang sama harganya. Tapi menjamu selera di sini dengan juadah resepi minang asli dan harga sedemikian amatlah berbaloi. Dah makan banyak ni terasa pula mengantuk, tambahan waktu tengah hari dan cuaca pula panas. Kalau dapat bantal dan baring di atas pangkin bawah pokok di tepi sawah....wow nyaman yang tiada kata untuk bicara...nostalgia kampung, indah selamanya.







(sekian, terima kasih, semoga bertemu di lain warkah)









.


















Thursday, 9 May 2013

a place to call home.

bismillah

Today 6th of may, monday, is a holiday in commemorative with GE13 (General Election)  in which the National Front is again was given the mandate to rule and govern Malaysia for another 5 years.

At about 12 noon I received a call from Dr. Sab.

"Are you free today", asked Dr. Sab.

"Well, yes but in the evening I've to be in CTC Sungai Buluh"

"I thought of visiting a friend in Meru, glad if you can join."

" Ok, just come over and fetch me."

"Around 12.30pm I'll be at your house." Dr. Sab confirmed his time to fetch me.

I know Dr. Sab is always punctual when comes to appointment. I had a puff at the house compound while waiting for him. At 12.30pm sharp he's already at the gate. Thought of taking lunch before visiting his friend. I suggested we just have a simple lunch at Pak Ngah's restaurant near my house.

Actually Dr. Sab has just bought a piece of land somewhere in Sungai Buluh. The reason why he's visiting his friend today is to introduce me to his friend whom he said an artist like us as well. According to Dr. Sab this guy is a self made designer and he built all the renovations of his house himself. Dr. Sab wants to get some idea for his house to be and to get my opinions on the house that we are going to visit later on.

I was eager to see his friend's house. It might be something interesting since his friend is an artist and designer as we are. I thought the creation must be something special if not Dr. Sab won't take me there. He knows my taste very well. Dr. Sab used to visit the house but still can't locate the place.

"Hello, Li are you in the house, I'm coming to your place now."

"Yes, please come over."

''I'm bringing a friend with me today."

"No sweat bro, just drop by, I will prepare some food for high tea."

"Actually I can't remember your address, can you please direct us."

The house is in Meru. I'm not that very familiar with that area but roughly I know where Meru is. After three rounds of lost driving at last we reached the destination. I was so intrigued by the first encounter with the entrance. It's a real designer's house. I just can't imagine there's a house like this in the heart of a housing estate. It's a single storey semi detached house, I guess may be something like 15 years old. It's the quintessential hideaway, with all the appeal of a tropical kind of resort, a place we can escape the city life, a serene and nature at the doorstep. 

"Assalamualaikum." 

"Alaikum mussalam, please come in."

"Actually today I was a bit busy tending my pond, the pump is not working, I'm sorry for the mess up."

"Sorry for the gate crashing." Dr. Sab apologised for not making an earlier appointment.

"It's alright, I'm about to finish already."

"This is my friend, Din." Dr. Sab introduced me to his friend.

"Hi, I'm Rosli."

Rosli ushered us to the verandah. I was mesmerised by the outdoor living areas, complete with water garden pool and not overly done waterfall. The garden exotic colours and the sound of melodic drips of water give the outdoor living space a sense of depth and enchantment.

Actually Rosli is a Town Planner by training, used to study at UTM (Universiti Teknologi Malaysia), Skudai Johor.

I knew most all of his lecturers. Most of them were either my classmates, junior or senior in UiTM (Universiti Teknologi MARA) somewhere in 70s. He was very surprised when knowing that I knew most all of his lecturers. What a small world.

"I studied Town Planning but more interested in Urban Design."

"So Tuan Syed Zainol Abidin Idid was your lecturer? "

Syed is actually a very active member in Conservation and Heritage movement in Malaysia. He studied Urban Design at Oxford University and a very firm and a kind of stick to his own kind of mind guy. Urban design is his life. Prior to his study in UK, Syed used to work at MPKB (Kota Bharu Municipal Council) as a Technical Assistant in Town Planning Division. At that time I pursued my Degree in UiTM.

"He was my thesis supervisor, you seem to know him."

"He was my classmates, my room mates and my very close friend. I used to stay in his house in Alor Setar for a month while carrying out my research for my dissertation back in the 70s."

I saw Dr. Sab shaking his head. This was really a coincidence. He thought for a surprise but it turns out to be a historical time tunnel.

"Dr. Ho Chin Siong used to work together with me when I was posted at KESEDAR Kelantan in 1983, after a short stint with KESEDAR he left and joined UTM as a young lecturer ", I continued with the history.

"After graduation, I joined KPENJ Johor for few years but working with the Governmet was not my cup of tea, I don't like the working environment. I left and joined  AJM (Akitek Jururancang Malaysia)  working under Puan Norliza, the ex MIP (Malaysian Institute of Planners) President." Rosli answered back.

"Puan Norliza was my wife's student. Have you registered with MIP? "

"Wow, what a world..no, actually Puan Norliza did ask me to register while she was the President but I was not interested, I like to be free, be on my own, after all I don't do much Town Planning but more on design, like interior, house design, carpentering, painting, landscape and all sorts of creative works."

"You are like Mc Gyver. Very interesting."

"After a short stint with AJM, I joined GDP (Group Design Partnership) as the designer, I'm an auto CAD guy, so they need my service for architectural rendering."

"So you must know the GDP partner, Architect Wan Azami."

"Yes, he was my boss before, in fact when he quit GDP, he offered me to join him, but as I said, I like freedom, so this is my world."

"I was with him last week."

"If you happen to see him please send my regards to him. It seems you know all my acquaintances."

"Well, in this field we bound to bump into each other. Wan Azami used to be my neighbour at UiTM hostel. He's my batch studying in UiTM, he did architecture while I was in Town Planning."

Dr. Sab just kept quiet listening to our conversation. He also didn't expect what he's going through today. He's something like wondering about todays incidence. 

"I'm happy both of you are in the same wavelength.", suddenly Dr. Sab joined in the conversation.

"Anyway thanks to you for all this," I said as an admiration to Dr. Sab's efforts of bringing me here today.

All of us were talking, joking and laughing when suddenly Rosli's wife brought some cookies for our afternoon tea. Rosli is a very friendly, soft spoken and well mannered guy. He must have been a nice family man and very much appreciated by the family members. I can witness that when he was talking to his wife. They must have been a happy married couple, if not how can they raised 8 beautiful kids.

"We were planning for a sketching trip to Fraser Hill, if you like to join us, you're always welcome." I told Rosli about our planning for the sketching trip.

"Thanks for the invitation, its my pleasure."

Rosli's wife is a good cook. The kue teow and cucur udang were so tasty and nicely prepared. According to Rosli his wife is good at carpentry works. She did contribute a lot in fixing and DIY on the furnishings of all the interior works. Ladies are actually more meticulous than men.

I guess most of the materials for the building were either second hand or from junk yard store. Things look nice and beautiful when he put in order taking into account the scale, colour and placement. Locally sourced materials feature throughout the building, with rough stone walls both on the exterior, interior and in the landscaping. I was rather surprised when he mentioned to us that all the furniture, tiles, door, windows were all second hand or junk yard items which he collected from friends and some he got it through exchanging of paintings with the building materials from his clients. A smart way of how to create an artistic creations in an economical way.


After a good high tea meal, Rosli brought us to his so called hideout and painting studio. A pavilion on top of his porch. He just recently  created it as an open working studio, creating a good open space setting with a nice cross air ventilation.

Since it was on a raised floor, there was a good view all round, facing the newly constructed houses.
According to Rosli, before the coming up of the new housing, the pavilion was a nice place facing the open green and the small orchard. Now the view has gone.











From the pavilion I can see part of the house especially the front portion. This house has no setback because it has been taken over by the landscape yard and the fish pond. A nature comes first kind of thing. I love this kind of atmosphere. After the noise, traffic and pollution, our life needs balance. We need an essential healthy mind and body as an escape from the pressures of the city chaos. 

It's still permitted because there's no permanent structure but all are temporary including the pavilion. He showed some of his paintings, sketches and some wood works. It's actually quite airy up here although the time now is about 4pm.

The concept of landscaping was more towards maximalist. Almost all the spaces were occupied with pots and plants especially bonsai and also not to miss the Koi pond and aquarium.

He cultured and breeds the Koi for sales. He's also one of the member in the associations on the bonsai artists in Malaysia. Besides that he has a  large collection of rare species of fishes from Sri Lanka, Africa and numerous kind of salt water fishes which he converted into fresh water habitat. How on earth he does that really wonders me very much.

That's how he makes a living. 

A nicely crafted Bonsai can fetch up to thousands of ringgit while the Japanese Koi with special texture and design can go as high as hundreds of thousand of ringgit. Those items were popularly sought after by Chinese buyer.


There were foreign tourists from Europe, Japan, China and elsewhere around the globe visited this place.

It's already late in the evening. We have another appointment, this time I'm going to bring Dr. Sab to another house of a good friend of mine, staying in Kampung Delek Klang.




Before we parted ways Rosli showed us a movie production of his works and activities. He's actually a self made musician, in fact he himself composed few theme instrumentals in the video productions. A very talented guy with hidden secrets. It's a whole new experience for me to know this special and rare species of character. Very thankful to Dr. Sab for all this session with Rosli.



With today's sessions, there's another collection of character to my and our list. Hopefully we can have a good collaboration and a lasting friendship. It's easy to clique well if we are in the same wavelength and frequency modulation.

Today I some sort found a temple of relaxation best enjoyed in a healthy balance.



till next episode and time....thank you folks...