Sunday, 28 July 2013

MALAM PENUH BINTANG....a fiction...(2)


 
Terasa ada tangan yang menyentuh bahu sebelah kiri saya. Nak toleh ke tak, fikir saya dalam hati? Belum sempat saya menoleh...

"Uncle ada tertinggal barang. Ni dia beg galas uncle. Beratnya, macam ada batu gayanya," sambil dia menghulurkan beg galas saya.

Rupanya 'receptionist' tu yang datang mengembalikan barangan saya. 

"Terima kasih banyak lah. Dalam beg ni ada kamera DSLR saya, kalau lah hilang tadi boleh biul di buatnya," ujar saya sambil mengucapkan berbanyak terima kasih.






"Kalau saya tau tadi kamera mahal saya diamkan saja hahaha...," balasnya secara bergurau. 

"Tak apa, kalau saya dapat tahu kamu simpan saya datang dan jumpa keluarga kamu, dan kamu kena bagi tempat tidur dan sediakan makan minum saya, macam tu pun ok gak baa.." kata saya sambil buat gaya poyo.

"Kami dah biasa dengan 'guest' yang tertinggal barang. Kami kerja kat sini awal-awal lagi diberi ingatan supaya amanah menjaga harta orang. Biasanya sekuriti akan bagi dekat 'counter' di lobi untuk pulangkan kepada pemunya," katanya sambil tersenyum, macam ada yang lucu.

"Habis ni kenapa tak suruh sekuriti yang hantar pada saya?" desak saya.

"Kebetulan saya nak ke lobi hantarkan dokumen-dokumen ni, elok juga saya 'kacau' uncle sekejap...hehehe... rupanya uncle ni seorang yang penakut juga ye, nampak jer macho tapi...," dan dia terus ketawa.

"Ye la, saya takut tadi apa makhluk yang datang, hantu ke apa ke, kalau Puteri Bunaian terus saya bertukar jadi macho, boleh saya rakam gambar masuk internet...hahaha...," saya pun turut ketawa.

"Puteri Bunian entah lah, kalau Puteri Dusun ada lah," selamba jawabnya dengan gaya mengusik.

"Memang pun saya ingin sangat nak tengok Huminudon puteri Kadazan Dusun yang tersohor tu," jelas saya dengan megahnya.

"Tabik lah uncle ni...bukan semua orang tahu fasal Huminudon, orang Sabah sendiri pun belum ramai yang tahu," ucapnya agak kehairanan dan terkejut.

"Kita kena banyak mengkaji baru berilmu. Lagi pun bila kita tahu fasal budaya, legenda satu-satu kaum tu kita akan jadi lebih dekat, mesra dan intim dengan masyarakatnya...tak gitu?" sambil tersenyum sinis.

"Tak jadi kerja lah dok dengan uncle ni, macam-macam cerita, tapi buat saya seronok sangat hari ni, macam di hargai pun ada," sambil melangkah menuju lobi.

Saya tersenyum sendirian. Mem dan anak-anak sedang menunggu di lobi. Masing-masing kesejukan dan keletihan.


Setelah selesai semua urusan pembayaran, kami semua diberi 'welcoming drink'. Di hidangkan jus oren dan mangga. Sejuk-sejuk begini kurang sesuai minuman yang dingin, tapi telah terhidang, minum sajalah. 



Bilik yang kami tempah rupanya terletak di aras satu betul-betul sebelah ruang di bucu tangga utama. Sebahagian pemandangan bilik mengadap ke koridor dan tempat letak kereta.


Biliknya boleh tahanlah dengan harga yang di tawarkan. Selesa juga untuk memuatkan 5 orang. Oleh kerana bangunan ini dibina menggunakan kayu, angin yang masuk melalui celah-celah tingkap dan pintu terasa tersangat dingin.


Tempat begini tak perlukan kipas angin, yang perlu, 'heater'. Terasa macam tinggal di Scotland pula. Nostalgia dan kenangan lama datang mengusik jiwa. Kenangan indah tersebut sudah mencukupi untuk membuat saya bahagia. 

The building is designed with maximum openings to the forest, valley and mountains. The building structures are built on raised platforms, in doing so it can preserves the land contours. Some parts of the building floors are supported with either the rocks or compact soils while others stand on wooden stilt base and columns.





This kind of planning is actually minimizes the land area and make full use of the available space. The rooms are designed taking the advantage of the outdoor views. The whole panorama can be viewed at the comfort of bed hence creates a livelier atmosphere for the guests. The whole concept design indicates the sensitivity to bring harmony between man and environment.

Letih dan sejuk. Semua berehat. Ada yang baring dan ada yang melayan 'lap top', melayari internet agaknya. Seperti biasa, saya 'review' gambar-gambar yang diambil dalam perjalanan ke mari tadi. Alhamdulillah semuanya ok, ada satu dua shot saja yang agak 'blur'.

Sekarang dah hampir jam 6 petang. Matahari makin menurun. Senja begini pemandangan matahari terbenam mesti cantik. Apa lagi saya terus keluar bilik dan berdiri di beranda. Memang alam mulai berubah wajah. Matahari semakin terbenam dan awan serta langit menampilkan panorama yang mengasyikkan.


Sayang sekali saya tak bawa kamera 'stand'. Waktu macam ni gambar tak berapa 'sharp' tanpa guna 'stand'. Tangan kena sangat 'steady' kalau nak 'shoot' dalam keadaan 'low light'. Apa apun saya tak boleh hilang peluang untuk ambil gambar dalam keadaan seperti ini, bukan selalu pun dapat melihat suasana begini. Awan sedang melitupi sebahagian permukaan pergunungan dan awan rendah sedang menjalari di kaki dan lembah pergunungan. Sayup-sayup di kejauhan terdapat simbahan cahaya matahari petang yang menerangi sebahagian hutan di lembah-lembah perkampungan yang bertaburan di kaki pergunungan. Ini lah fatamorgana yang indah tak terucapkan.





"Hari ni cuaca cantik sekali. Nasib baik betul encik datang pada masa ni." 

Ada seseorang yang menyapa saya dari belakang. Rupa-rupanya ada seorang staf resort ini yang kebetulan lalu di belakang saya.

"Itulah yang buat saya tak sabar nak buat rakaman ni," sambil menoleh kepadanya. 

"Minggu lepas asyik hujan dan berkabus saja. Tak nampak langsung wajah gunung, yang nampak hanya awan saja lah," jelas gadis tersebut.

Saya meninjau-ninjau sudut yang sesuai untuk membuat shot-shot yang bagus. 

"Kamu ni bertugas di 'coffee house' ye?" tanya saya sambil menekan 'dail mode' di kamera saya.

"Ya betul, biasanya waktu 'dinner' ramai orang. Dekat-dekat sini tak ada kedai makan, jadi resort ni lah jadi tumpuan. Biasanya 'guest' malas nak keluar jauh-jauh dalam cuaca begini."

Mungkin juga ini saikologi suruh saya pun makan kat 'coffee house'. Tapi memang betul pun dekat kawasan ini tak ada kedai makan.

"Maaf tanya, kamu ni muslim ye?", tanya saya untuk pastikan betul atau tidak.

Pada tanda namanya tertulis Emilia, sebab itu saya bertanya. Di Sabah ni kita tak boleh tengok pada nama, ada yang nama macam orang Melayu/Arab tapi sah-sah bukan Melayu, dan ada juga nama macam Filipino tapi tiada di sangka memang Islam.

"Ya betul. Nama sebenar saya Emilia Zahara, tapi kawan-kawan panggil Lia saja." jelasnya. 

Saya dapati kebanyakan orang Dusun memang peramah. Sama lah seperti orang-orang di sebelah Pantai Timur di Semenanjung atau yang tinggal di kampung-kampung. Mereka peramah, baik hati dan jauh sekali ada prasangka buruk terhadap orang luar. Kemajuan kebendaan dan agenda sosial di kawasan bandar merosakkan keindahan tata budaya anutan rakyat selama ini. Tambahan pula dengan kepentingan setengah golongan yang mementingkan politik peribadi maka mereka sama-sama melibatkan rakyat ke kancah yang kurang menyenangkan.


Saya berharap dan berdoa agar keindahan integrasi dan assimilasi kaum di bumi 'Negeri Di Bawah Bayu' ini tidak terpengaruh dengan ideologi menyesatkan. Semasa saya di Kota Kinabalu sambil minum-minum di restoran, saya sangat kagum dan kadangkala cemburu dengan kemesraan perpaduan dan pergaulan rakyat tak kira tua muda dan dari etnik mana. Semua bercakap dalam satu bahasa, bahasa 'Melayu', tentunya dengan 'slang/accent' Sabah.

Di kota-kota besar manusia menjadi lebih individualistik, sombong, banyak prasangka dan kurang mengamalkan konsep berjiran. Entah di mana salahnya. Mungkin juga sistem pembelajaran, sistem sosial yang lebih mirip menjaga kaum masing-masing tapi tidak ke arah keharmornian secara menyeluruh. Dan kesempatan ini di gunakan oleh politikus-politikus tertentu untuk menjadi hero kaum masing-masing. Ini sangat tidak sihat untuk perpaduan bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Masih jelas di ingatan, semasa saya bersekolah dahulu, kami satu kelas tak kira bangsa dan anutan ugama sangat rapat. Pada asalnya kami dari berlainan sekolah sejak dari darjah satu, cuma menjadi rakan sekelas setelah memasuki 'remove class'. Budak-budak Melayu dari darjah satu hingga darjah enam bersekolah di sekolah Melayu begitu juga budak-budak Cina bersekolah di sekolah Cina. Tapi setelah masuk 'remove class' kita semua bergaul rapat. Sekolah kami Sultan Ibrahim Secondary school (SIS), adalah satu-satunya sekolah aliran bahasa Inggeris yang terdapat di Pasir Mas.

Ada seorang rakan se kelas saya namanya Teng Poh Heng, kita panggil dia Pok Him, dia sangatlah rapat dengan saya. Rumahnya terletak di belakang bangunan Majlis Daerah Pasir Mas, kedudukannya di tepi sungai Kelantan. Memang kaum Cina di tempat saya tinggal di sepanjang sungai dan bekerja sebagai penanam sayur di kawasan 'beting' sungai. Saya selalu ke rumah Pok Him samada untuk belajar atau santai bersama. Saya mula-mula kenal dengan ikan kaloi sebenarnya Pok Him yang tunjukkan. 


Di gigi-gigi air sungai Kelantan memang terdapat banyak jenis ikan. Ada ikan patin, ikan duri, ikan kelah, jelawat yang biasanya mudik dari hulu sungai menuju muara. Dalam banyak-banyak ikan itu saya sangat tertarik dengan ikan kaloi kerana tubuh badannya yang leper, janggut yang panjang dan sangat sesuai untuk di jadikan ikan mainan/hiasan. Banyak juga ikan kaloi yang saya bela dalam perigi di rumah saya. Makanan ikan kaloi ini senang saja iaitu daun keladi. 

Pok Him selalu juga datang ke rumah saya malah pernah makan tidur terutama musim menuai padi. Bila musim menuai padi banyak terdapat ikan-ikan air tawar seperti keli, puyu, selat, haruan yang boleh di tangkap hidup-hidup di dalam sawah padi. Pok Him suka sangat tangkap ikan dalam sawah kerana tempat dia tak ada sawah. Saya pun pernah juga makan dan minum di rumah Pok Him dan dilayan seperti ahli keluarga mereka. Oleh kerana terlalu kerap saya ke rumah Pok Him, anjing-anjing dia pun dah kenal dengan saya. Setiap kali saya ke rumahnya, anjing-anjing tersebut semacam 'happy' berjumpa saya. Saya tak lah sentuh atau peluk-peluk anjing tu, cuma 'kawan-kawan' gitu saja lah. Keluarga Pok Him dan saya dah jadi rapat macam bersaudara.

Kebanyakan guru-guru secara keseluruhannya yang mengajar kami waktu itu terdiri dari berbagai bangsa dan paling ramai ialah dari kaum Cina serta India dan ada juga terdiri dari Peace Corps dari UK dan USA. Saya masih ingat nama-nama guru Peace Corps seperti Mr. James Stewart (USA)/dia ni sampai pandai azan lagi, Miss Celia O Clear (UK) mengajar sastera Inggeris, (masa itu saya selalu di tugaskan untuk melukis watak-watak dalam drama Romeo & Juliet, dan semasa tayangan filem tersebut di pawagam, kami semua ramai-ramai hadir menonton. Lakonan dan gandingan mantap Olivia Hussey, Leonard Whiting dan Michael York sangat terkesan di hati), Mr. David Gore (USA), guru Sains dan beberapa lagi yang saya sudah lupa namanya.

Penolong Guru Besar waktu itu, Mr. Loo merupakan seorang guru yang banyak membentuk saya dalam bidang seni. Beliau sangat rapat dengan saya dan menaruh kepercayaan di atas kebolehan kami yang menganggotai persatuan 'Creative Arts' di mana saya adalah President selama dua tahun. Pernah satu kali dia cuba 'menguji' kejujuran saya. Dia minta saya ambil barang di biliknya/rumah dan bila saya kesana terdapat banyak wang terletak di dalam laci di mana dia simpan barang yang disuruh saya ambil. Saya tak usik pun duit tu. 






Dari saat itu dia sangat percaya kepada saya. Kepercayaannya melangkaui batas bangsa, budaya dan ugama. Satu hari saya hampir dikenakan hukuman 'public canning' kerana kesalahan bukan yang saya buat tetapi dilakukan oleh salah seorang ahli persatuan.

"You, come here...follow me," kata Mr. Chan kepada saya. 

Dari gaya percakapannya seolah-olah saya ini dalam masalah besar. Saya pun tak dapat agak apa isu sebenar. Jadi saya ikut saja apa arahannya. Entah ke manalah hendak dibawa saya pun tak boleh nak agak. Mr. Chan ini adalah salah seorang guru lukisan di sekolah saya. 

"You stay here, don't go anywhere, understand," katanya memberi arahan kepada saya. 

Macam bodoh jadinya saya. Dia terus menuju ke pejabat guru displin sekolah, Cikgu Aziz. Saya dapat bayangkan ini mesti ada kes besar kalau tidak kenapa saya dibawa berjumpa guru disiplin. Cikgu Aziz memang terkenal dengan sifat garangnya. Badannya tegap, tinggi, sasa dan setiap kali berselisih dengannya pasti murid-murid tunduk membisu. 

"Aduh, pagi-pagi lagi kena mengadap guru disiplin ni, tak sedap hati betul lah," bisik hati saya.

Mr. Chan keluar dari bilik Cikgu Aziz dengan muka tak senyum langsung. Yang saya hairan, saya tak ada buat salah  langsung pun dengan Mr. Chan ni, dia pun bukan mengajar kelas saya. Saya cuba-cuba hitung dalam kepala apa sebenarnya berlaku. Dia bawa saya masuk ke bilik Cikgu Aziz.

"I want a public canning on him", katanya dengan tegas kepada Cikgu Aziz.

Guru-guru yang ada di bilik guru, tak silap saya ada lah lebih kurang dua puluh orang, memandang saya dengan satu pandangan yang menghairankan. Malunya saya ketika itu. Dalam hati, saya memujuk diri sendiri.

'..apa nak takut aku tak buat salah pun, lagi pun bukan kesalahan namanya jika tidak terbukti salah..'.

"Ok, I'll discuss this with Mr.Loo", jawab Cikgu Aziz ringkas, sambil Mr. Chan keluar bilik.

"Awak ada lukis apa-apa kat black board bilik lukisan?" tanya Cikgu Aziz pada saya.

"Setahu saya tak ada apa yang pelik kami lukis kecuali sketsa-sketsa perbincangan kami ada la Cikgu," jawab saya sambil berfikir apa benda isu sebenar yang kecoh hari ini.

"Mr. Chan bagi tahu yang kamu atau kumpulan kamu ada melukis gambar-gambar lucah dan sekarang dia terpaksa batalkan kelas lukisan untuk murid-murid kelasnya kerana semua riuh rendah satu kelas bila tengok gambar-gambar yang kamu lukis," kata Cikgu Aziz menjelaskan perkara yang sedang bersarang dalam kepala saya.

"Saya minta maaf Cikgu, saya tak pasti siapa yang buat semua tu, tapi saya mengaku sayalah orang terakhir keluar bilik tu semalam, pukul 9 lebih macam tu lah, saya yang pegang kunci bilik tu," saya cuba terangkan keadaan yang sebenar apa yang terjadi malam semalam.

"Siapa yang bagi kebenaran kamu pegang kunci bilik lukisan tu? Setahu saya yang berhak pegang kunci hanya guru bertugas saja," kata Cikgu Aziz semacam kehairanan macam mana saya ada 'access' dengan bilik lukisan.

"Betul tuu Cikgu, tapi saya...maksud saya kami ahli persatuan di beri tugas untuk menyiapkan bahan-bahan pameran sempena lawatan Menteri Pelajaran bulan depan. Itu sebab kami bekerja sampai lewat malam tiap-tiap hari, dah dua minggu. Cikgu Ismail dan Mr. Loo yang benarkan kami buat kerja kat bilik tu," saya menerangkan dengan agak yakin sikit bila tengok Cikgu Aziz tak lah garang seperti biasa waktu itu.

"Ok..ok, kalau macam tu, nanti saya bincangkan dengan Mr. Loo, kamu boleh balik kelas dulu, ada apa-apa saya panggil nanti," katanya memberi arahan kepada saya.

Anak-anak Cikgu Aziz ni memang satu kelas dengan saya. Anak tirinya, Baharudin, pengawas sekolah dan juga 'chief editor' majalah sekolah di mana saya juga adalah salah seorang dalam 'editorial board' di bahagian grafik adalah teman rapat satu kelas, sementara Noraziah adalah seorang lagi anaknya yang satu kelas dengan saya sejak tingkatan satu lagi. 

Dalam perjalanan ke kelas tak habis-habis saya berdoa agar jangan lah kena 'public canning', hukuman yang semua murid paling takuti dan geruni dan sangat memalukan dan menjatuhkan air muka dan maruah. Kalau kena hukuman tersebut cepat 'famous' satu sekolah.

Belum lagi panas punggung duduk atas kerusi, kerani sekolah datang memanggil saya mengadap balik Cikgu Aziz. Fuuuuh kiri fuuuuh kanan, keluar lah segala mantra dan doa lah apa yang perlu. Kali ini mengadap mesti sah kena dijatuhkan hukuman samada berat atau ringan. Gusarnya dalam hati. Orang yang buat fasal rilek saja dalam kelas, saya pula yang terkorban. Siapa yang pandai-pandai suruh jadi President

Bila kita sudah menggalas tanggung jawab, mesti kenalah melakukan dengan baik, amanah dan melindungi orang-orang yang dipimpin, tak boleh lah melepaskan diri dari tanggung jawab, hanya pandai berkata...'oooh...saya tak tau semua tu'...kalau macam tu senangnya jadi pemimpin, bila menafaat dia dulu yang raih, bila musibah dia dulu angkat kaki terus cabut lari. 

Saya sudah nekad, apa-apa yang bakal terjadi biarlah saya galas semua permasalahan ini. Kita yang tidak bersalah sudah tentu ada jalan keluar yang baik untuk ditangani. Teringat saya sewaktu saya sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bunga (bukan di Pulau Pinang bro), Pasir Mas, saya masa tu jadi 'Head Boy' sekolah dan ada satu peristiwa dimana satu laporan telah dibuat kepada Guru Besar mengatakan saya terlibat didalam gerakan membaling batu ke atas atap sekolah. Kejadian yang sebenar adalah memang saya dan kawan-kawan membaling 'pasir' bukan batu untuk menghalau monyet yang berada di atas bumbung sekolah. 

Itu pun jadi hal, kerana ada yang kurang senang bila ramai sangat 'awek-awek' sekolah selalu cari saya. Bukan salah saya pun, 'awek-awek' yang cari saya, ada apa-apa hal mestilah cari saya kerana saya 'Head Boy', yang lain-lain dok marah tu pasal apa?... kah..kah kah...akhirnya kena lah juga rotan, tapi dalam bilik Guru Besar, rotan pun slow jer, tak rasa apa. Guru besar pun respek gak, yang di rotan ayam tambatan, kalau merajuklah ayam tambatan ni, susah dia nanti, siapa nak wakil sekolah pertandingan melukis, berpidato, main bola, sukan/saya wakil sekolah lari pecut 100 meter dan lari berganti-ganti 4 X 100 meter..nak harap yang buat repot tu....hampeh la weeeei...kelakar juga kan.

Ketika saya tiba di bilik guru, Cikgu Aziz sedia menunggu dan terus membawa saya berjumpa Mr. Loo. Cikgu Aziz duduk mengadap Mr. Loo sementara saya berdiri di sudut meja. Semua hari ni 'cool' saja, hanya saya yang dug..dag..dug..dag kencang jantung. 

"After we've discussed this matter, public canning doesn't commensurate to what is happening. That kind of punishment  is not proper compare to what you've done to the school. The school is very proud of you. Anyway, a punishment has to be made but...it's not public canning," terang Mr. Loo kepada saya. 

"Thank you sir, thank you sir, terima kasih Cikgu terima kasih Cikgu," itu saja yang mampu saya ucapkan buat masa itu.

Leganya hati saya tak terkira. Lapang dada selapang-lapangnya.

"You know Cikgu Aziz, I've been monitoring this boy since after LCE results. He's the only one who scored 'A' in Art subject, and another subject... I think you score 'A' in Bahasa Melayu, is that right?" jelas Mr. Loo kepada Cikgu Aziz.

"Yes sir," jawab saya rengkas.

Bangganya saya ketika itu. Rupa-rupanya saya dah jadi perhatiannya sudah lama. Tradisi sekolah saya, selepas keputusan setiap peperiksaan keluar, sesiapa yang mendapat 'A' dalam setiap subjek akan naik pentas untuk terima hadiah pelajar cemerlang dalam subjek tertentu, biasanya di adakan sesi tersebut pada Majlis Tahunan Anugerah Cemerlang.

Semasa tingakatan empat saya naik pentas dua kali untuk terima hadiah. Sebenarnya nak cakap pun malu kerana ada pelajar-pelajar lain naik pentas lapan kali, semua 'A', ini dua kali, hampehnya...tapi ada la juga daripada tak ada langsung ...kau ada? ndak ada...lagi hampeh hahahahaha....gurau saja tu.

"When he's in form four, I made him the President of Creative Arts Society until today," dengan bangganya dia bercerita kepada Cikgu Aziz. Saya malu pun ada, tapi yang jelas tersangat bangga.

'Poyo gak aku ni'...mau tidaknya, itu 'compliment' daripada Penolong Guru Besar. Akhirnya dari takut jadi seronok. Begitulah dengan kehidupan ini,  sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita.

Hukuman yang dikenakan adalah, semua ahli persatauan Creative Arts dikehendakki meminta maaf secara terbuka di hadapan murid-murid tingkatan dua yang kelas lukisan mereka terpaksa dibatalkan ekoran kejadian sebentar tadi.



Selain menganggotai persatuan Creative Arts saya juga adalah AJK/Committee Member untuk Domestic Science Society yang dianggotai oleh empat murid lelaki sahaja dimana selebihnya majoriti ahli adalah pelajar perempuan. Bagi saya masak memasak juga adalah satu cabang daripada bidang seni. Memasak kena ada 'passion' barulah boleh melahirkan ciptaan resepi yang agung. Mencipta resepi adalah satu bidang seni juga. 





(flash back.....)
"Knock....knock....knock," pintu bilik darjah kelas saya, tingkatan lima di ketuk.

"Maaf Cikgu, boleh saya jumpa Shamsudin sekejap," kerani sekolah berkata kepada guru kelas, Cikgu M. Zain yang sedang mengajar mata pelajaran Ilmu Alam/geografi.

"Ya, silakan," jawab Cikgu M. Zain rengkas sambil memberi isyarat kepada saya supaya keluar berjumpa dengan kerani sekolah tersebut. 

"Ada apa bang tiba-tiba jer ni?" tanya saya kehairanan.

"Saya pun tak tahu. Mr. Loo minta Cikgu Ismail carikan awak, tak tahu fasal apa, mungkin fasal pameran kot," balasnya acuh tak acuh.

Setibanya di depan bilik guru, saya berdoa apa yang patut. Cikgu Ismail sedang menunggu saya di bilik guru.

"Kamu ambil duit ni dan pergi terus ke stesen teksi, minta drebar teksi bawakan kamu ke tempat seperti alamat dalam surat ni," sambil di hulurkan duit RM10 kepada saya. Satu lagi ada sampul surat berwarna kuning dengan cop PENTING, juga diberikan pada saya.

Dalam perjalanan ke tempat letak basikal saya membuka sampul tersebut. Berdebar sungguh dada saya. Apalah pula isinya. 

"Syukuuuuuuur,"

Hanya itulah yang mampu saya ucapkan sambil saya mengikat dengan getah duit RM10 ke dalam poket seluar untuk selamatkan daripada tercicir kerana sekejap saja lagi saya akan melakukan beberapa adegan 'stunt' dengan basikal saya. Masa zaman saya sekolah mana lah kita kenal 'wallet-wallet' ni, duit semua, biasanya yang syiling memang di ikat dengan getah. Lompat macam mana pun di jamin takkan jatuh kecualilah poket sebelah dalam tu dah bocor kerana lusuh oleh kerapnya ikatan. Lucu juga orang dulu-dulu.

Setelah membuka kunci rantai basikal, saya terus melompat ke atas pelana seraya mengayuh dengan bersemangat. Masa sangat suntuk dan saya tak boleh berlengah-lengah. Kayuhan saya semakin laju, yang saya nampak roda depan basikal saya berputar dengan ligatnya. Selepas melalui Balai Polis saya memberikan tumpuan seratus peratus kepada kayuhan saya, kalau saya terlambat nanti 'gate' laluan keretapi di tutup dan saya kena menunggu hampir dua puluh minit seterusnya. 

Stesen teksi masih jauh, terletak sebelah pasar dan waktu begini mesti ramai orang yang membeli belah di pasar. Tentu sibuk. Yang ada di fikiran saya hanyalah stesen teksi dan tempat di tuju. Saya membuat 'corner baring' beberapa kali di hadapan stesen bas dan panggung Rex, baju habis basah oleh peluh. Dalam melakukan 'stunt corner baring' tu saya tak lupa pada sampul yang terletak di saku baju. Saya pastikan sampul tersebut 'remain intact' dalam saku, kalau terjatuh sampul itu dan di tiup angin, masaklah saya nak mengejarnya.

'Corner baring' terakhir saya adalah di hadapan madrasah. Saya sandarkan basikal di tepi madrasah sambil mengenakan rantai dengan mangga buatan German. Mesti selamat punya lah. Saya terus berlari ke stesen teksi yang terletak di seberang jalan. 

"Pak cik buleh ko antar ambo gi tempat ni. Ambo kena gi cepat ni, kalu tidok rohok la ambo," rayu saya pada drebar teksi tersebut.

"Nak antar tu bulih, meme la kerejo pok cik antar ambik ore ni," banyak lah pula songeh pak cik ni, dah lah saya kesuntukan waktu.

"Tak leh nak gerok lagi ni, tak cukup ore, mu sore mano bulih gi, rugi la pok cik," tegasnya. Saya ingat pak cik drebar ni main-main.

Rupa-rupanya sistem dia orang untuk bergerak memang macam yang di terangkan oleh pak cik drebar tadi. Penumpang mesti cukup empat orang baru boleh mulakan perjalanan. Tambang seorang RM3 jadi satu trip RM12 Kalau saya bayar semuanya pun memang tak cukup juga kerana saya ada RM10 yang di beri oleh Cikgu Ismail tadi. Duit saya ada tapi 50 sen saja. Susah hati betul saya dibuatnya. Upacara dimulakan jam 11 pagi sedangkan sekarang sudah jam 10 pagi. 

Saya berharap sangat ada lah penumpang yang hendak ke tempat yang sama. Saya memang tak pernah sampai lagi ke tempat yang hendak dituju ini. Jam 10.15 ada dua orang lelaki jadi penumpang arah yang sama, masih belum cukup lagi  seorang. Aduh macam mana ni. Jam10.30 datanglah kakak ni yang nak guna teksi. Cun juga kakak ni, kalau duduk sebelah saya nanti ok gak. Boleh lah lentuk kat bahu. Fuuuh leganya dalam hati. Udah tak boleh nak jalan lagi, penumpang-penumpang ni berebut nak duduk depan. Akhirnya pak cik drebar cadangkan yang kakak ni duduk di hadapan, biarlah lelaki yang duduk di belakang.

Dalam perjalanan, saya kena duduk di tengah-tengah/di kerusi belakang kerana saya paling kecil. 'Boring' yang amat kena himpit. Dahlah badan besar-besar, bau peluh menyengat lubang hidung. Saya pun berpeluh juga tapi taklah menyengat kerana saya ada penghadang guna 'odorono'. Dulu 'odorono' ni sangat 'popular', 'top' habis lah kiranya. Berjalan tanpa 'odorono' tak lengkap rasanya. Cermin tingkap kereta dibuka, 'air cond' memang tak ada. Nasib baik juga kalau tidak menunggu nak sampai boleh pengsan bau hangit ketiak. 

"Mu pakai gapo dio bau sedap ni," salah seorang abang yang duduk sebelah saya tanya.

"Takdok pakai gapo abe, pakai bedok sejuk jah." jawab saya.

"Mu tok soh nok pelawok, ni bau sedap buke bedak sejuk, benda lain ni," macam tak puas hati abang tu dok tanya.

"Sebenarnya...sebenarnya..," saya 'ter berhenti' bila pak cik drebar tu membuat 'emergency brake'.

"Guano pak cik brek tibo-tibo ni...aahhh...nak 'rest' takleh dok main brek sokmo," jerit abang yang sebelah kiri saya.

"Bewok lintas tadi tu, dua ekor pulok tu dok berhambat atah jale ni...aaiii nate bewok ni," selamba pak cik tu jawab macam perli pun ada.

"Bau semerbak ni koho kuat, royat gak mu pakai gapo?" desak abang sebelah kanan saya macam tak puas hati.

"ODORONO abe," jawab saya pendek dan tepat.

"Ooooo ODORONO, pernah dengar tapi tak rajin tengok lagi," katanya sambil ketawa. 

"Abe gi kedai Mek Sepah tepi stesen teksi tadi, ado belana kokna, bukenya mahal, budak sekoloh pun bulih beli, betul dok adik? "tiba-tiba kakak tu mencelah.

"Ho yo lo la kak, RM2.50 jah sebotol," jawab saya meng 'ia' kan kata kakak tu tadi.

"RM2.50 pun pitih tu jugok dik. Lo ni musim huje, nak noreh getoh pun tak berapo nak bulih, padi lambat lagi bulih jual, lo ni baru dok bunga jah," kata abang yang sebelah kiri.

"Oooo keloreknya teh. Kalu gi tengok waye cerito hinduste tu bulih pulok," celah kakak tu lagi.

"Tiket se 'rial' jah, bukenya mahal pun. Ni panggung Rex tengoh main cerito hinduste, Saira Banu dengan Rajendra Kumar tu belakon, tak sir gi tengok ko. Bo setakat demo tu bulih lagi kawe belanjo," jawab abang yang dok 'usha' pasal ODORONO tadi.

"Hoooi, gelenya teh, wat nayo ko demo jah. Pah belanjo kawe tak sudoh-sudoh la kena norehnya," selamba saja kakak tu perli.

"Ha..ha..ha..ha..ha..," ketawa pak cik drebar.

"Pak cik jange dok capor pasal kito la, bawak teksi ni molek sikit, masuk longke kan sudoh kijo la, tak leh beli rantai berok wei," kata abang sebelah kiri saya.

"Oooo mari jauh-jauh nak beli rantai berok jah...bakpo, Pasir Mas tadi takdok ko?" celah kakak tu lagi.

"Kat Pasir Mas ado, tapi untuk berok kecik," jawab abang sebelah saya.

"Berok demo besar manonya, sampai tak dok rantai nak beli?" sampok pak cik drebar.

"Hok ambo ni bapok berok, mari alik Thailand, ganas gilo....bo rantai kecik-kecik nyo pulas ko dio jah, tak dan semetar putus la," jelas abang 'berok' tentang beroknya.

"Adik sekolah, kito sapai doh ni," ujar drebar teksi. Ketika bayar tambang pak cik drebar tu kenakan tambang RM1.50, separuh tambang kerana saya masih murid sekolah.

"Ambo pun nak turun sini jugok," rupanya kakak ini pun nak ke tempat yang sama.

Kakak tu berjalan se iring dengan saya sambil menuju masuk ke pagar di Dewan yang tersergam indah.

"Demo tak sir turun sini getek ko? Tak pe..demo gi beli ODORONO dengan tali berok tu dulu ye," sempat lagi kakak ni perli abang dua orang tu. 

Saya tengok abang-abang dua orang tu macam jeles jer bila tengok kakak tu minta saya pegang tangan dia semasa melangkah tangga nak masuk pintu pagar. Dia pakai kebaya kain ketat jadi untuk melangkah tempat tinggi terpaksalah kena berpaut sesuatu. Oleh kerana saya di sebelah dia terpaksalah saya jadi sandaran tempat berpaut. Saya sangat rela dan sanggup melakukan seberapa banyak dia mahu....gatal juga rupanya saya waktu muda remaja tu. Tujuh belas tahun bukan budak hingusan lagi. Masa ni memang semangat membara gila. 

"Awak datang sini ni pasal apo?" tanya kakak tu pada saya.

Ooi seronoknya bila kakak tu 'address' kan saya 'awak'. Terasa lah macam sudah dewasa sikit, tak ada lah asyik orang panggil adik memanjang. Geli rongga-rongga terasa bila perempuan cantik berjalan seiring. Rasa saya kakak ni bukan tua pun, dalam lingkungan awal dua puluhan, macam tu lah agak saya.

"Saya datang ni nak ambik hadiah, saya menang pertandingan melukis poster, dapat naib johan," terang saya kepadanya.

"Oooo kira artis jugalah yo awak ni. Awak jange la panggil saya kakak, rasa tua la pulok. Nama saya Sufiah, panggil Yah sajalah ye," beria-ia dia berkata pada saya.

"Yah pula datang sini kenapo?" bertukar-tukar pertanyaan lah pulak.

"Oh...saya mari ado mesyuarat, saya kerja kat KEMAS, penyelia sekolah dewasa," terangnya kepada saya. Saya tak tau jabatan apa tu, tapi kalau sekolah dewasa tu pernah dengar lah.

"Balik bilo pah ni," saya memberanikan diri bertanya.

"Balik lewat, petang nanti lah, mungkin pukul 5, awak pula bila balik?" dia bertanya macam nak ajak balik sama gayanya.

"Lepas upacara ni balik lah, kena kelik sekolah dulu," jawab saya seakan kesedihan juga lah kerana tak dapat balik sama.

"Ok la kalu mace tu, kito jupo semula lah yer." jawabnya seraya melangkah masuk ke dewan mesyuarat sambil melemparkan senyuman termanis yang pernah saya dapat sambil melambaikan tangan, sementara saya pula terus ke dewan pameran.

Pada pandangan saya, Sufiah ini sangatlah cantik. Matanya yang bulat dan galak memang menyesakkan nafas setiap lelaki bila mata bertentangan. Hidungnya yang mancung bak seludang, menambah seri wajahnya dengan tulang pipi yang tinggi serta lesung pipit dan tahi lalat di tepi bibir bawah sebelah kanan. Kulitnya putih kekuningan yang memang sinonim dengan perempuan Pasir Mas yang memang terkenal dengan kecantikannya. Teruja sungguh saya walau pun saya ini masih di gelar budak sekolah.

Inilah pertama kali saya sampai di Kota Bharu. Sepanjang hidup yang saya ingat lah, tak pernah lagi saya sampai di kota indah permai 'taman serendah se kebun bunga' ini. Tempat Pameran diadakan ini ialah Dewan PPK/Perkumpulan Perempuan Kelantan. Pada masa itu kira dewan ini di antara yang paling gah di Kota Bharu. Nasib baik juga ada Sufiah tu, kalau tidak terpinga-pingalah saya. Dan nasib baik juga zaman itu tak ada hand phone, kalau tidak bergayut lah saya dengan Sufiah tu, belajar entah ke mana, entah-entah jadi guru kelas dewasa lah saya. Dia jadi penyelia lagi ok pada jadi guru orang tua-tua...hahahahaha...kelakarlah sioot.

Saya tunjukkan surat yang Cikgu Ismail berikan tadi kepada salah seorang pihak juri. Sesi penganugerahan sijil dan hadiah sudah tamat kerana saya sampai sudah lewat. Sekarang sudah jam 12 tengah hari. Semua hadirin sedang menjamu selera. Masih jelas di ingatan saya bahawa juri yang mengambil surat saya tadi membawa saya ke pentas di mana lukisan-lukisan pemenang sedang di pamirkan.

"Awak tau tak, sebenarnya susah bagi pihak juri untuk menentukan pemenang pertama dan kedua, maksud saya johan dan naib johan. Kedua-dua poster mempunyai kekuatan masing-masing," jelas juri tersebut. 

Saya melihat poster yang mendapat johan tu pelukisnya seorang murid perempuan. Konsepnya senang iaitu di longgokkan timbunan rokok dan diatas longgokan bara rokok itu di lukisnya jantung manusia. Tema poster kali ini ialah 'merokok membahayakan kesihatan'.


"Idea kamu lebih mantap, dan lukisan kamu lebih detail beserta dengan adunan warna terang yang sesuai untuk lukisan poster. Tapi seperti yang saya katakan tadi, kami juri berbelah bagi, dan akhirnya terpaksa di buat undian, dan itulah pemenang dengan kelebihan satu undi," jelasnya panjang lebar. Saya rasa dari percakapannya juri ini memang 'favour' hasil ciptaan saya.

"Saya terima apa adanya, syukur," sambil saya mengambil sijil dan satu sampul kecil yang di serahkan kepada saya oleh juri tersebut.
.


Rupanya di dalam sampul tersebut ada hadiah berupa wang tunai RM30. Johan mendapat RM50 seperti yang tertera di brochure pameran. Saya pulang ke Pasir Mas dengan hati yang berbelah bagi. Satu di sebabkan saya sangat bahagia dengan pencapaian saya dan satu lagi mungkinkah saya akan ketemu Sufiah lagi atau hanya itukah kali terakhir pertemuan dia dan saya? Rupanya 'jiwang' juga saya waktu remaja dulu. Begitulah naluri seorang anak muda yang sedang hangat dengan jiwa remajanya. Kalaulah saya terjumpa lagi Sufiah pasti saya akan belanjanya makan dengan hasil hadiah naib johan saya itu. Sekiranya takdir menyebelahi kami, saya pasti satu hari ketemu jua.

Sampai di stesen teksi Pasir Mas saya terus menuju ke parking basikal saya di dinding madrasah. Dengan perlahan saya membuka rantai basikal dan saya tunggangnya dengan penuh berhati-hati menuju sekolah. Saya tak perlu melakukan apa-apa 'stunt' lagi kerana tiada apa yang perlu dikejar dan yang sedang  menanti. Sufiah pun masih di Kota Bharu. 

(kisah saya dengan Sufiah ni penuh tragis, tapi tak boleh lah saya nak ceritakan di sini, kerana sudah menjadi kisah peribadi dia dan saya).

Berbalik kepada perihal kenapa saya meminati persatuan yang biasanya di ungguli oleh orang perempuan, sekarang ternyata bahawa ramai para lelaki/suami yang malas kerana memikirkan memasak adalah urusan perempuan/isteri. Tersangat salah lah tanggapan itu sebenarnya. Islam menggalakkan kita memasak, dan setiap peluh yang keluar adalah merupakan setiap rahmat untuk pelakunya. Niat untuk memberi orang makan juga merupakan satu ibadah. Siapa kata jadi tukang masak tak hebat? Glamour apa jadi tukang masak/Chef.


Morale kisah saya di sekolah dulu yang boleh di ambil pengajaran ia lah kita kena bertanggung jawab sebagai ketua dan jangan takut kalau kita benar serta faktor 'networking' tak boleh di pandang ringan. Di sebabakan saya President persatuan, maka sayalah yang dipertanggung jawabkan kerana lalai mengawasi tingkah laku ahli dan segala hukuman hendaklah di hadapi dengan tenang dan sentiasa lah minta pertolongan dengan berdoa dan berikhtiar. Kadangkala jasa kita yang tak seberapa dapat memainkan peranan membantu meringankan hukuman. Contohnya, disebabkan saya pernah berbuat jasa kepada sekolah dengan mendapat 'naib johan' melukis poster sempena 'World Health Day' dengan tema, 'Merokok Membahayakan Kesihatan' di peringkat negeri, dengan bantuan Cik gu Aziz, guru disiplin dan Mr. Loo sebagai Penolong Guru Besar hukuman public canning ke atas saya digugurkan. 'Networking' saya dengan Mr. Loo sangat membantu. Itulah rahmat tersembunyi namanya.



Semasa di tingkatan lima saya tinggal di rumah sewa dekat hospital dan stesen keretapi Pasir Mas. Kawan-kawan se rumah semuanya tingkatan empat dan lima. Ada seorang kawan budak Cina, namanya Chong Eng Keong, dia tinggal di rumah kedai di bandar Pasir Mas. Jaraknya dengan rumah sewa saya tidak lah jauh, boleh berjalan kaki lebih kurang satu km. Bapa dia ada kedai runcit. Selalulah kita orang lepak dan beli barang keperluan dekat kedai bapa dia. Bila sebelah petang dan malam selepas habis waktu membantu bapa dia berkedai, dia selalu datang ke rumah sewa saya, juga merupakan tempat kita orang berlatih silat 'Terlak Nata'. Dia pun 'join' sama sampai bengkak-bengkak berlatih 'sparring' dengan saya. Biasalah berlatih pukul memukul mestilah ada 'bruises', kalau tak macam mana nak jadi lelaki.

Rasa saya lah kiranya berlaku sekarang ini yang anak balik bengkak-bengkak, mungkin sudah jadi satu isu dera juga jadi isu politik serta boleh jadi diperbesarkan membawa kepada isu perselisihan kaum. Bila banyak sangat berlaku agenda peribadi dan untuk menjadi hero/champion kaum maka buruklah akibatnya.

Anak-anak muda sekarang lebih biadap dan tidak langsung menghormati sensitivti kaum. Semua kaum mula menyisihkan di antara satu sama lain. Anak-anak muda yang masih kehingusan terikut-ikut kerana diapi-apikan oleh golongan yang kononnya 'chauvinist' bangsa. Kononnya satu hari nanti mereka mendabik dada bahawa merekalah yang menjadi kumpulan 'plenipotentiary' bangsa. Polarisasi kaum tertentu sahaja adalah sangat berbahaya kerana mereka nanti menjurus kepada 'extremist'.

Ada seorang lagi rakan saya, budak India, dia ni anak anggota  polis, pun macam itu juga. Selalu datang ke rumah saya makan minum tidur baring dan dia pernah ikut kita orang ke masjid di kampung saya. Orang-orang kampung terima dia dengan baik, tak ada rasa pun yang pilih kasih dan memulaukan dia kerana bukan Islam. Begitulah indahnya persahabatan kami masa itu.

Dan dari pergaulan rapat itu kita saling memahami dan mereka tidak pun masuk Islam. Tapi sekarang ramai yang tak faham dan saja tak mau faham sedangkan kita tinggal dalam negara berbilang kaum. Bila ada usaha untuk merapatkan hubungan silaturrahim ada puak-puak yang menentang kononnya takut anak-anak mereka terpengaruh dengan satu-satu budaya dan anutan. Maka berlarutanlah masalah ini. 

Yang hairannya dulu-dulu ibubapa kita orang tak pernah risau atau ada apa-apa prasangka pun. Masing-masing merestui perhubungan anak-anak mereka. Tapi sayang dan sedih saya bila teringat semua ini, kerana selepas tamat 'MCE/Malaysian Certificate of Education', kami membawa haluan sendiri dan tak pernah berjumpa sampai sekarang. Teringin sangat nak jumpa mereka.

"Yang bertugas kat 'reception' tadi tu siapa? Dia ok peramah, saya rasa kamu semua ni sesuai kerja tempat-tempat begini, kerana kamu semua ramah tamah," saya berkata dengan dengan unsur-unsur memuji, tapi ikhlas yang lebih daripada pujian.

Rasa saya semua makhluk suka kepada pujian. Binatang, tumbuhan, manusia apa lagi. Hatta Allah dan Nabi kita pun selalu di iringi dengan kalimah pujian. Jadi sudah menjadi fitrah bahawa pujian itu adalah satu perbuatan mulia yang di sarankan ugama. Ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak, saudara-mara, teman, rakan dsbnya sangat seronok bila di puji, kembang semacam hidung dan rongga-rongga.

"Ooo itu Liz, nama sebenar dia Elizabeth, dia kerja 'shift' siang, saya 'shift' malam," jelasnya, sambil bersandar di dinding beranda menghala ke bangunan induk.

"Saya tak nampak pun Liz tu pakai 'name tag', fasal tu la saya tanya kamu nama dia." Itu lah yang saya perasan tiada 'name tag' di bajunya.

"Oooo...dia sebenarnya masih pelatih, belum ada 'name tag' lagi, saya grad enam bulan lebih awal daripada dia, saya july 'intake', dia pula januari 'intake'," jelasnya.

"Oooo...macam tu. Emilia nak belajar ambil gambar...nah cuba lah," saya menghulurkan kamera saya ke tangannya.

"Tak apa lah, seganlah saya kalau tak jadi pula gambarnya," jawabnya dengan malu-malu.

"Liz tu muslim macam kamu juga ke?" tanya saya lagi. 

Hari semakin gelap. Lampu-lampu di bangunan 'reception' dan bangunan kuarters di tempat letak kereta sudah dinyalakan. Bertambah indah suasana dengan kerlipan lampu menyinari persekitaran halaman resort ini.

"Tak, dia Kristian tapi kami ni semua Kadazan Dusun, satu bangsa cuma anutan je lain-lain," jawabnya ringkas seperti ingin menyembunyikan sesuatu.


Teruja sungguh saya dengan seluruh pemandangan yang mengasyikkan ini. Jauh di sanubari, betapa satu hari nanti saya sangat teringin untuk mempunyai tempat berehat sendiri walau pun hanya kecil tapi mendamaikan jiwa. Rasanya keluarga pasti menyokong saya. Lagi pun selama ini saya banyak menghabiskan waktu di tempat-tempat yang sebenarnya bukan lagi menjadi tempat idaman bila usia sudah menjangkau ke angka begini. 

Usia muda dan tenaga tengah kuat serta masih sihat untuk memenuhi tuntutan hidup sudah pun berlalu. Anak-anak sudah besar dan mempunyai agenda hidup sendiri, mereka tidak lagi memerlukan bantuan ibu bapa, malah mereka lebih seronok belayar dan menongkah badai kehidupan secara peribadi. 

Selalu saya terfikir dan bayangkan, suatu hari nanti kita jua akan sendirian. Tiada orang yang meninggal bersama-sama dalam satu waktu kecualilah sesuatu peristiwa/tragedi yang sudah tertulis. Kebanyakkannya kita hidup sendiri di usia tua samada ketiadaan isteri atau suami. Kita lahir pun seorang diri, hidup dan mati pun sendiri juga akhirnya. Teringat akan satu kata-kata yang membuat saya terfikir kebenarannya:

"kita sedang 'dilamar' malaikulmaut, dan akan 'berkahwin' dengan kematian seterusnya 'bercerai' dengan kehidupan sekarang."

Jadi dalam hidup yang masih tersisa ini, kita hendaklah mencari yang terbaik untuk umur yang masih berbaki entah kapan lamanya akan berakhir. Saya mendambakan satu kehidupan yang penuh ketenangan, jauh dari sengsara umpatan, adu domba, dengki khianat sebaliknya kehidupan damai dengan redha dan lindungan Allah. Sangat lah tidak kena pada tempatnya kiranya dalam usia yang masih berbaki ini kita masih lagi berlumba-lumba membuat kemaksiatan, baru belajar untuk jadi penipu, jadi munafik dan jika tersilap jadi al-kafirun. 

Menurut kajian oleh mereka yang pakar di bidang kesihatan terutama terapi, kawasan pergunungan adalah sangat sesuai untuk menyihatkan minda, menenangkan pandangan mata dan untuk muhasabah diri serta bermunajat. Di kawasan begini terdapat banyak sekali vitamin udara/'negative ion' yang boleh di dapati tanpa bayaran, semuanya percuma.


Mata akan jadi lebih terang kiranya banyak terdedah kepada warna hijau dan biru, jiwa akan lebih tenang jika bermunajat di dalam gua atau di tepi tasik dan air terjun. Kenapa Nabi bermunajat kepada Allah di dalam Gua Hira'? Menurut kajian saintifik 'negative ion' memang banyak terdapat di dalam gua. Itu juga fitrah dari segi rekabentuk dan kejadian alam. 

Di dalam gua, bilangan ion per CC ialah 5k-20k, manakala air terjun pula ialah sebanyak 25k-100k. Kuman tidak bisa hidup dalam keadaan di mana jumlah bilangan ion per CC mencapai 50k keatas. Negara kita banyak mempunyai gua-gua dan kawasan-kawasan air terjun yang boleh di manafaatkan. Di Lenggong Perak terdapat banyak gua-gua dan manusia pernah hidup di sana hampir 70,000 tahun dulu, dan mereka di kenali sebagai Perak Man dan kawasan tersebut kini sudah di isyhtiharkan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.


Di negara Austria, ada satu tempat yang bernama Bad Gastein/ Spa Town/Health Resort, terletak di Salzburg, mempunyai kawasan yang terkenal dengan Radon Theraphy yang di kenali sebagai Therapeutic caves. Bad bererti Spa bagi orang Austria. Ramai pelawat yang sanggup membayar beberapa Euro untuk sesuatu tempoh hanya semata-mata untuk mendapatkan manafaat 'negative ion' tersebut.
.
Di dalam gua  terapi berkenaan disediakan katil/tempat rehat dan pengunjung datang dengan berpakaian bikini sambil menikmati 'negative ion'. Sudah tentulah tempat di asingkan mengikut jantina kerana kalau berbikini bersama sudah jadi perlakuan yang negatif....eh..eh macam saintis pula lah saya ni. Saya tak tipu, ini semua mengikut kajian, kalau kajian itu tipu, maka saya pun tipu juga lah...

"Kamu dengan Liz tu tinggal se kampung ke?" entah, tiba-tiba saja nak tahu lebih lanjut pula.

"Ya, memang kami tinggal se kampung, berjiran, kira dalam ikatan ke keluargaan juga la," balasnya sambil melihat jam di tangannya. Mungkin sudah sampai waktu dia bertugas.

Indahnya alam semesta di waktu begini. Cahaya di ufuk menjanjikan satu pemandangan yang tak terucapkan. Kiranya gambar dalam poskad nampak cantik, rupanya cantik lagi dalam keadaan sebenar.





Gerakan awan dan pantulan cahaya yang perlahan-lahan menukarkan warna dan mencipta bayangan tersendiri seolah-olah saya sedang menyapu berus berwarna ke atas kanvas. Pandangan inilah yang tak mampu diberikan oleh lensa kamera kecuali menggunakan 'mode' video, tapi mana boleh mengatasi warna semula jadi yang di anugerahkan alam.

"Kamu ni datang dari mana tadi?" tanya saya setelah sekarang baru perasan yang Emilia datang tadi dari sudut sebelah belakang saya.



kalau masa mengizinkan kita sambung lagi....












Thursday, 25 July 2013

MALAM PENUH BINTANG .----a fiction..(1)...kebanyakkan watak (bukan nama sebenar) dan sebahagian jalan cerita di olah kembali untuk tidak menyentuh peribadi/mengaibkan mana2 pihak dan gambar2/illustrasi hanyalah sekadar hiasan, ada yang kena mengena dan ada yang tiada kaitan. sekian.

Semalam sudah menginap di Heritage Resort. Tempat itu bagus, ok segalanya. Teringin pula rasa untuk menginap di lain hotel. Kami pun jelajahlah sekitar Kundasang. Hotel/Resort yang paling hampir dengan Heritage ialah Pine Resort. Fikir-fikir kalau menginap dekat situ, tak ada bezanya dengan Heritage, 'view' nya mestilah sama saja.

Ambil keputusan tengok-tengok lain tempat yang agak jauh sikit dari pekan Kundasang. Kawasan sekitar Kinabalu 'park complex' pun banyak juga tempat penginapan, tapi agak tersorok ke dalam hutan.



Teringat ada satu hotel dekat dengan satu simpang di Bundu Tuhan. Ternampak bangunan itu semasa datang tempoh hari. Lebih kurang 2km dari Kinabalu Park jumpalah hotel itu. Daripada 'sign board' ada tertulis Puncak Borneo Resort. Satu yang menarik perhatian saya ialah 'reception counter' yang terletak di kawasan tempat letak kereta (TLK) bukan di bangunan induk.



A stand alone building made of simple structure, wooden wall panel, bamboo stool, asbestos roofing and partly standing on stilts. Everything is made simple but the ambience is interestingly captured and be part of the whole environment. A very unique and creatively presented structure.



I think this was the first one that I've ever come across a reception/information counter at a separate stand alone building. From this building we have to walk the stairs up to the lobby and rooms. One day if I happen to build a resort I'll try to emulate this beautiful and practical concept. 



Lobi dan Coffee House adalah dalam satu ruang. Di sekeliling bangunan di kawasan Lobi semuanya  tertutup dengan kaca, tapi sangat indah kerana mengadap ke Gunung Kinabalu. Ruang terpaksa direkabentuk sedemikian rupa untuk mengelak dari angin/cuaca dingin. Tanpa dinding kaca tersebut rasa saya memang lah kesejukan  yang teramat dan membuat suasana kurang selesa.



"Kami ni tak buat tempahan, kami nak tanya samada masih ada lagi ke tak bilik untuk bermalam?" saya bertanya seorang gadis 'sunti' yang sedang bertugas di kaunter.


"Kami ada banyak jenis bilik, jadi 'abang' boleh pilih  yang mana satu sesuai," jawab gadis tersebut.


Alahai, terasa muda lah pulak dia panggil saya abang tadi...ahaks, boleh layu.


"Saya perlu bilik yang besar, kerana kami satu famili, ada 5 orang semuanya," jawab saya dengan rasa macam ala-ala remaja gitu.


Masa itu saya nampak Mem dan anak-anak sedang menikmati pemandangan yang sungguh mengasyikkan ditambah dengan angin petang yang segar.


"Ini 'brochure' nya  'encik', tengoklah dulu, nanti kalau dah 'confirm' kita boleh tengok bilik, sesuai ke tak?", jawabnya dengan penuh santun.


Bila cakap saya datang dengan famili, terus bertukar jadi 'encik', terasa tua la balik pula. Tadi dah ok rasa muda, ni dah tua balik hahaha..."poyo jugak aku ni"...tu monolog dalaman. Ini adalah satu cara untuk mengambil hati pengunjung, dilakukan secara saikologi mungkin. Apa-apa pun saya tak kisah itu cuma sebagai satu bahan kelakar saja.



Saya lebih suka orang panggil saya sesuai dengan umur jadi sebagai ingatan yang kita ini sudah di tahap mana. Yang sesuai umur sebegini, di panggil 'pak cik', 'uncle' atau kalau budak-budak remaja panggil 'atuk' lagi lebih sesuai.


Saya bawa berbincang dengan keluarga tentang bilik penginapan. Lagi pun harga tak lah mahal, masih dalam lingkungan mampu bayar.


"Kalau 'family room' ni boleh muat untuk berapa orang?"


"Kalau untuk 5 orang memang sesuai lah 'tuan'."


Dia panggil saya tuan pula, apakah saya ni sebagai seorang tuan yang semacam ada gaya korporat, hahaha... saya hanya seorang 'consultant' dan pelukis peringkat jalanan saja. Pandai betul budak ini ambil hati pelanggan. Mungkin itu salah satu cara yang diterapkan oleh pihak pengurusan. Saya sangat suka cara dia mengendalikan hal ini. Memang sangat sesuailah ditempatkan di bahagian penyambut tetamu.


"Ada 'extra bed' ke?" tanya saya lagi.


"Tak payah tuan, dalam bilik tu ada satu 'queen size bed', dan 3 buah tilam 'single'. Saya rasa cukup lah untuk tuan sekeluarga," dengan penuh sopan dia menerangkan. 


Saya dekatkan muka saya ke mukanya seraya berbisik.


"Boleh tak jangan panggil saya tuan, panggil saya 'uncle' sajalah ye."


Dia semacam tergamam. Mungkin di fikirkan, apa kena dengan si bangka ini. Saya melihat dia separuh ketawa, mugkin geli hati dengan permintaan saya.




Ya lah, saya pun jadi 'confuse' yang teramat, sekali 'abang'-wow muda gila terasa, sekali pula 'encik'-terasa tua lah sikit tapi masih tak tua sangatlah panggilan itu, tua sikit saja pada 'abang', dan yang panggilan 'tuan' ini yang sangat saya takut dan geli. Mana tak nya, takut pula rasa riak, geli tu kerana tak pernah orang panggil saya tuan. Ayat biasa yang paling selamat adalah 'uncle' atau 'pak cik' pun ok tapi kurang stylo la pak cik-pak cik bagai.


Saya mengangkat ibu jari dan dia pun membalas dengan perbuatan yang sama.  Rasa saya mereka yang bekerja di sini adalah anak tempatan.


"Ada berapa ramai staf kat resort ni?" saya bertanya sementara dia menyelak-nyelak kertas dan borang di atas meja.


"Lebih kurang 15 orang macam tu lah," jawabnya selamba sambil matanya tertumpu pada borang-borang dan lain-lain dokumen.


"Ramai staf perempuan kat sini ye, semua ni orang tempatan ke?", tanya saya lagi. "Aik lain macam pula pertanyaan si bangka ni," mungkin itu yang ada di benaknya.


Saya pun bukan apa sangat, sambil isi borang tu sajalah buka cerita, kalau tak, senyap sunyi nanti orang kata kita sombong. Tapi kalau terlebih peramah pun orang naik jemu, sampai nak termuntah pun ada.


"Ya, boleh dikatakan semua orang tempatan, minta IC atau boleh tolong isikan maklumat dalam borang ni," jawabnya ringkas sambil menyerahkan borang pendaftaran.


"Ok, dah siap semua saya isikan borang ni. 'Cash' ke 'credit card'?", tanya saya untuk kepastian cara mana satu untuk bayar 'deposit'.


"Mana-mana pun ok, kami terima semua, tapi jangan 'card' yang dah kena 'reject' dan 'expired' dah la," sahutnya sambil ketawa kecil.


Kelakar juga minah ni. Tak sangka pula saya dia boleh santai selamba buat kelakar. Mungkin dia tengok saya ini bukan dari jenis makhluk perosak agaknya, itu fasal dia berani bergurau. Dari gaya dan perwatakan kita boleh tahu niat seseorang.

Saya masih teringat orang kata pandangan pertama itu sangat penting. Tapi kadang-kadang tersalah juga telahan kita. Apa pun senyuman yang percuma, tak payah keluar duit satu sen itu yang dapat menambat hati orang. Itu fasal Islam pun galakkan banyak senyum, dan di anggap senyum adalah sedekah. Betul sangat lah tu. 


Apa guna nak besarkan diri, bermegah dan berlagak sombong, tak ada faedahnya pun. Contohnya tadi kalau saya tunjuk muka bengis, tambahan pula dengan misai A. Galak saya ni, mau tak lintang pukang jadinya. Tapi kita yang tua ni kena pandai lah bergaul, lagi pun pengalaman dah berbagai, mestilah tau mana nak sesuaikan perangai ikut keadaan.


"Maaf saya tak ada 'credit card', ada 'cash' je," jawab saya sambil tangan sebelah kanan saya menyeluk saku seluar 'jean' lusuh saya untuk mengambil 'wallet'.


Dalam 'wallet' tiada lah sangat banyak duit, cukup saja buat belanja sewaktu. Saya tak suka simpan banyak 'cash'. Kalau nak guna 'cash' pakai saja 'ATM card'. Tapi, mengikut pengalaman saya, kalau tempat-tempat yang 'remote', jauh di pedalaman elok juga simpan banyak 'cash' sikit untuk 'emergency'. Semasa di pekan Kundasang saya perhatikan hanya ada satu bank saja. Kalau ATM 'out of order' pening kepala dibuatnya.


Saya tak suka guna kad kredit kerana pengalaman banyak mengajar saya tentang hebatnya penangan kad kredit ni. Ramai sekarang anak-anak muda yang jatuh muflis di sebabkan kad kredit. Kita telah tergolong dalam masyarakat berhutang dan Malaysia adalah negara paling tinggi pemiutang di Asia. Perbandingannya ialah hutang 140% berbanding dengan pendapatan. Ada setengah daripada remaja yang baru bekerja dengan bangga cerita kepada kawan-kawan yang dia ada 4-5 kad kredit. Dia tak tau nanti yang 4-5 benda itulah yang akan menyusahkan hidupnya nanti.


Untuk berbelanja memanglah senang, hulur saja kad dapatlah beli barang. 'Temptation' penggunaan kad kredit ini sangatlah tinggi. Pihak bank sangat dengan mudah memberi kad kredit kepada pelanggan. Yang jadi mangsanya adalah rakyat kita sendiri. Yang menyedihkan golongan anak muda mana yang terjebak. Yang ramainya kita dah boleh agak, bangsa apa, tak payah ceritalah ya, semua boleh agak.


"Gemuk 'wallet' tu, tak ada 'credit card' tapi ada 'wallet' gemuk lagi ok," katanya sambil tersenyum sinis kepada saya.


Saya kira gadis ini seorang yang terpelajar. Melihat dari cara dia memberi layanan dan pertuturan saya dapat agak yang gadis ini memang seorang yang terpelajar. Kadang-kadang susah untuk kita meneka diri seseorang. Dari pergaulan sedikit demi sedikit baru lah kita dapat mengetahui isi hati dan apa yang tersirat dalam diri seseorang itu. Saya akan 'korek' perlahan-lahan tentang rahsia dirinya nanti. Kita tengok macam mana orang berpengalaman lakukan seterusnya....ceewah...

"Tak ada banyak pun kertas-kertas gambar Agung dalam 'wallet' ni. Banyak 'call card' saja," sambil saya keluarkan beberapa keping duit RM50 dan di serahkan kepadanya.


"Maaf saya lupa tadi. Yang bayaran semua ni boleh diuruskan di lobi, nanti ada staf akan tunggu untuk pembayaran dan tunjukkan bilik," sambil tersenyum dan memohon maaf pada saya. 


"Kenapa tak boleh bayar kat sini sedangkan urusan 'check in' dibuat di sini?", tanya saya kerana kurang faham.


"Untuk keselamatan. Kat sini bahaya kalau pegang 'cash' banyak-banyak, mana lah tau malang tak berbau, jadi kena pandai-pandailah macam mana nak elakkan semua ni." 


Betul juga cara dia orang uruskan semua ini. Inilah 'creative thinking' namanya. Saya kagum dengan cara mereka.


Oleh kerana kreatifnya pemikiran seseorang itu maka banyak benda yang boleh diselesaikan. 'Creative thinking' ini tidak memerlukan duit yang banyak, cuma perlukan otak yang sentiasa berputar untuk berfikir. Mengikut Tony Buzan seorang yang pakar dari segi 'mind mapping', katanya kita hanya menggunakan tak sampai 10% daripada keupayaan otak kita. Banyak lagi potensi minda yang tidak manusia eksploitkan. 


Otak/minda kita adalah sesuatu yang sangat kompleks. Kita dapat membayangkan atau melihat sesuatu dengan mata hati/'minds eye' yang jauh lebih indah, menarik berbanding dengan mata fisikal kita. Golongan artist/pelukis banyak menggunakan 'minds eye/third eye' dalam menghasilkan ciptaan/karya mereka. Itu sebab ada sesetengah karya artis-artis agung adalah merupakan benda-benda yang 'simple' yang tak terfikir oleh minda-minda manusia biasa. 


Ada setengah orang mencapai tahap dalam merasakan sesuatu melalui deria ke enam  tentang sesuatu peristiwa. Contohnya dalam hal 'ESP/extra sensory perception'.....mereka-mereka ini boleh melihat/'travel' menembusi sempadan/dinding atau melangkaui satu jarak yang jauh dan dapat mentafsirkan sesuatu yang dilihat dengan jelas dan tepat. Setengah orang menamakan itu sebagai 'kasyaf'. Itulah kelebihan yang ada pada otak manusia. Kalau komputer hebat, manusia lagi hebat kerana mampu mencipta komputer melalui satu organ yang kecil bernama otak. Panjang pula cerita ni weeeh... 


"Dok sorang-sorang kat kaunter ni tak takut ke...oooo...ada pakwe temankan ok la," saja saya usik. 


Sambil menunggu barang-barang di keluarkan dari kereta, sempatlah saya bersembang-sembang kosong dan separuh kosong.


"Eish...seliseh la benda-benda macam tu. Saya ni mana ada pakwe, yang kat belakang tu bukan pakwe saya tapi sekuriti kat sini. Saya ni baru habis belajar, bekerja ni nak bantu keluarga, dia orang dah banyak bersusah payah untuk saya," beria-ia dia menerangkan, takut-takut saya tak percaya mungkin.


"Maaf ye saya tanya yang peribadi tadi. Saya dah perasan yang kamu ni bukan sembarangan, nampak dari gaya pun tahu yang kamu ni ada pelajaran." 


Jadi memang telahan saya tepat.


"Ndak apa, ok bah," sambil membetulkan helaian rambutnya yang terjurai ke pipi.


"Memang asal kat sini ke? Belajar dulu bidang apa? Kalau tak keberatan kat kolej mana?"


Eh, banyaknya yang keluar pertanyaan macam nak 'interview' kerja pula. Teruja sangat ni nak tahu lebih lanjut.


Barang-barang dari dalam kereta sedang di angkat ke lobi. Mem dan anak-anak membontoti dari belakang. Rupa-rupanya banyak juga beg-beg kita orang. 


"Saya memang asal kat sini, kat belakang tu jer kampung saya. Boleh kata semua staf sini anak tempatan, Kadazan Dusun. Saya dulu belajar kat kolej swasta jer, nak cakap pun malu, ambil pun bidang hospitaliti," jawabnya dengan penuh rendah diri. Dalam hati rasa simpati pun ada.


"Saya dah agak pun kamu ni Kadazan Dusun, tengok 'melepak' kulit tu pun memang dah tau. Kat sini sejuk cuacanya, tu fasal rasa saya sumandak-sumandak dusun semuanya putih 'melepak' ," ujar saya, bukan memuji tapi yang benar.


Teringat saya tentang servis hospitaliti ni. Di rantau Asean ni, rasa saya dan melalui dari apa yang saya alami sendiri, Malaysia merupakan negara yang paling kurang pendedahan kepada servis hospitaliti. Ada banyak kolej dan universiti tempatan yang mengeluarkan graduan-graduan di bidang ini, tapi belum lagi boleh mencapai tahap yang boleh dibanggakan, cuma setakat ada servis saja.





Ketika saya berada di Bali bersama rombongan Dr. Sab satu waktu dahulu, saya sangat kagum dengan cara mereka melayan tetamu. Tahap servis hospitaliti yang mereka tunjukkan boleh dianggap 'world class'. Kita ada melawat satu spa terletak di tengah-tengah sawah padi, penasihat kepada 'resort/spa' tersebut adalah seorang ilmuan daripada Kanada bergelar doktor falsafah yang memang mempunyai kepakaran di bidang hospitaliti.




Cara mereka memberi layanan seolah-olah kita ini adalah Raja atau golongan bangsawan yang tersohor. Perwatakan dan senyuman mereka begitu menghibur dan menenangkan jiwa sesuai dengan tempat yang memberi khidmat 'spa/healing theraphy'. Tidak terlihat wajah letih, bosan, tak berminat, semacam dipaksa tapi semua menzahirkan keceriaan, santai, jernih dan tenangnya jiwa mereka yang bekerja membuatkan pengunjung juga akan menjadi lebih ceria untuk mencapai tahap ketenagan jiwa yang diharapkan di tempat-tempat sedemikian. Oleh kerana hospitaliti dan cara rawatan yang berkesan maka dengan sendirinya tempat tersebut menjadi sebutan ramai.


Ada satu spa, Kirana spa terletak di kawasan Ubud sangat mementingkan kualiti perkhidmmatan. Peralatan dan ubatan untuk terapi datangnya dari sebuah pengusaha solekan terkenal dunia dari negara matahari terbit. Hospitaliti juga bertaraf dunia dan saya sangat kagum dengan cara mereka mempromosi dan meletakkan pusat mereka diantara yang terhebat di dunia. Untuk mendapat rawatan di sana, pelanggan kena membuat tempahan seawal enam bulan dan kos perawatan adalah USD1000 untuk 4 jam. Oleh kerana khidmat yang bertaraf  bintang 6, pengunjung tidak kisah tentang harga dan 'booking' tapi yang boleh menjanjikan pulangan kepada jumlah wang yang dilaburkan.


Di Bali hospitaliti merupakan cara hidup masyarakat di sana dan tak heran Bali merupakan destinasi pelancungan bertaraf dunia yang di gilai ramai pelancung. Jadi kesimpulannya kita yang ingin mencapai tahap negara maju tak lama lagi perlu mempergiatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang bertaraf dunia yang boleh melayakkan kita untuk kearah negara maju yang mempunyai nilai-nilai budaya yang setanding dengan lain-lain negara maju.






Macam mana mau menandingi negara maju kalau sekiranya di peringkat Asean pun kita telah jauh ketinggalan dibidang yang membuatkan pelawat-pelawat seluruh dunia mencari-cari dan mendambakan sesuatu servis yang menepati kehendak semua? 


Adat resam budaya dan kepercayaan adalah hal yang menarik pelancung tapi itu bukan kriteria terunggul yang boleh di klasifikasikan sebagai kriteria penentu kemasyuran sesuatu destinasi. Ada lain faktor yang sangat berkait rapat dan itulah hospitaliti. 


Thailand juga terkenal dengan tahap hospitaliti yang tinggi dan mengagumkan pelancung. Lihat saja bila kita mengunjungi tempat-tempat makan, spa atau tempat-tempat pelancungan mereka dan amati sendiri bagaimana mereka sangat menekankan hospitaliti itu sebagai suatu yang melambangkan identiti bangsa itu sendiri. Naik saja kapal terbang dan kita dapat melihat yang hospitaliti dari krew-krew penerbangan itu melambangkan negara dan budaya satu-satu bangsa. Tamadun merupakan bahan/lambang sejarah tetapi budaya/hospitaliti tetap segar sepanjang zaman.


"Saya rasa kamu ni sangat sesuai bekerja di resort-resort yang besar kerana latihan dan kelebihan semula jadi yang ada pada kamu. Saya rasa kamu seronok buat kerja ni bukan kerana terpaksa," saya cuba memberi keyakinan dan berkata yang benar mengikut firasat saya.


"Bukan saya tak mau bekerja di tempat-tempat yang lebih mencabar, tapi saya balik kampung ni pun kerana nak tolong keluarga saya. Kerja di resort-resort besar memang lebih pendapatannya tapi kos sara hidup juga tinggi, kena sewa rumah, makan minum, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan, jadi selepas fikir panjang, saya mahu balik kampung. Buat sementara ni saya selesa bekerja di sini, lagi pun tinggal dengan keluarga dan jalan kaki saja ke tempat kerja," terangnya macam tak mau berhenti bercakap.


Mungkin dengan keterangan yang panjang-panjang tak payah lah saya ni dok menyibuk tanya itu ini lagi. Dia dah 'boring' agaknya dok layan saya, adakah ini 'signal'/isyarat untuk saya pergi cepat-cepat? 


"Ok, terima kasih banyak-banyak. Maaf lah ye banyak sangat dok sembang-sembang kosong," saja saya pendekkan perbualan.


"Sama-sama, saya pun minta maaf banyak, mana tau kalau ada yang salah cakap. Oh ye, jangan lupa bawa famili makan 'steam boat' kat 'coffee house' tu, memang terkenal kat sini," sambil dia melambaikan tangan sewaktu saya berada di anak tangga ketiga menuju ke lobi.




"Oii, lamanya sembang. Jual minyak ke tu?", tegur Amer anak lelaki saya. 


Kami sekeluarga memang selalu bergurau senda. Tapi ada kalanya benda-benda yang serius kita tangani dengan teliti dan serius juga lah, ikut keadaan. Ada diantara teman-teman saya yang kagum tengok saya dan anak-anak saya bergaul, seola-olah dengan kawan-kawan, bukan 'anak-ayah'. Kurang terdapat halangan atau ada dinding pemisah bapa dan anak-anak. Dan ada juga ramai di kalangan rakan-rakan anak saya yang hairan melihat jalinan hubungan yang erat di antara kami. Saya boleh naik kereta bersama dan boleh ketawa tentang sesuatu perkara tanpa halangan. Saya mahu sedaya upaya mendekati hati nurani anak-anak saya biarlah kami memahami hati dan naluri masing-masing. Semoga berbuat demikian akar kepada kasih sayang lebih mendalam dan teguh erat selamanya. Biar mereka merasai kehadiran kita menemani mereka ketika susah senang, menjadi payung dan pelindung.


Hidup ini bukan lah panjang pun. Saya tak mau nanti anak-anak saya terlupa yang ayah mereka sudah tiada kerana ikatan kasih sayang tidak di pupuk dari mula. Kehadiran dan ketiadaan kita sebagai ibu bapa biarlah terkesan dan menjadi panduan kepada hidup mereka dan bahawa biar mereka merasakan kita ini adalah insan tak ternilai dan tiada gantinya dalam hidup mereka. Jadi kita kena saling menghormati fungsi masing-masing kenapa Allah jadikan kita sebegini coraknya.


Sampai di aras beranda menghala ke lobi, saya terpana dengan panorama senja, sungguh memukau. Saya keluarkan kamera untuk mencuba beberapa 'shot' dalam keadaan 'low light'.


Sedang saya leka dan asyik dengan mencari sudut-sudut sesuai untuk rakaman foto, saya terdengar seperti ada sesuatu, ada bunyi aneh yang sedang menghampiri di sebelah belakang saya. Orang tua-tua selalu berpesan, tatkala remang-remang senja kita kena berwaspada kerana banyak makhluk-makhluk 'istimewa' berkeliaran, tambahan di kawasan hutan yang asing bagi kita. Orang bunian pun mungkin ada. Kalau jumpa puteri bunian ok juga kot. 


Saya rasa ada 'makhluk' sedang memerhati saya dari tadi...tiba-tiba....
  

  kita sambung....ceritanya panjang lagi ni..