Sunday, 30 March 2014

PELUKIS TERMUDA YANG MENJADI JUTAWAN.....siapa dia...nak tahu?

bismillah



Beberapa hari lepas ada saya cerita tentang pelukis tersohor dunia yang menjadi satu lipatan sejarah kerana berjaya menjadi selebriti ketika usia emasnya....masih ingat kan siapa dia?....Ya ...memang bijak...Mestilah GMM...Grand Ma Moses...Kali ni kita bercerita pula tentang pelukis termuda yang menjadi selebriti terkini....Waaah ni mesti menarik kan....Nak tahu kena baca selanjutnya...


Pernah dengar nama Kieron Williamson? Mungkin ada yang telah tahu siapa dia tapi rasa saya ramai yang belum pernah kenal siapa pemilik nama ini....Haa...Dari mana dia, siapa dia dan keluarganya dan macam mana dia boleh menjadi seorang yang terkenal di abad ini?..Semoga paparan ini akan menjadi satu sumber inspirasi kepada anak-anak muda atau kepada ibu bapa yang mempunyai anak se usia beliau....



Kieron Williamson di lahirkan pada 4hb Ogos 2002...Muda kan budak ni...Tempat lahirnya adalah Holt, Norfolk England...ohhh...Mat Salleh English dia ni rupanya...Bapanya bernama Keith Williamson berusia 47 tahun sementara ibunya bernama Michelle berumur 40 tahun bekerja sebagai nurse dan nutritional therapist. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Billie Jo. Keith Williamson adalah seorang kontraktor bangunan. Pada tahun 2007, Keith telah mengalami kecederaan di buku lali nya dan doktor menasihatkan dia berhenti membuat kerja-kerja berat. Sedih dengan apa yang menimpa dirinya, Keith beralih menjadi Art Dealer...kerja tak lah berat sangat.



Bermula lah kehidupannya dengan mengumpul lukisan-lukisan untuk di jual. Masa tu lah Kieron ni selalu dok perhatikan apa yang bapa dia buat dengan lukisan-lukisan yang ada banyak kat rumahnya. Kieron ni mengikut cerita ibunya Michelle memang ada satu perangai pelik juga la...Masa umur setahun, dia selalu perhatikan lukisan yang tergantung di rumahnya hingga senget-senget kepala...Apa yang diperhatikan masa tu tiada siapa yang tahu.




Pada satu hari..ehhh...macam cerita purba lak pula ...maka nak jadi cerita, keluarga Williamson ni pergi libur di Cornwall...kira tepi pantai la...mungkin kalau tempat kita ni macam PD la kot...kira nya masa tu Kieron ni berumur 5 tahun... tahun 2008 la kot...Kat situ Kieron ni minta di beli kertas dan alatan melukis. Di saat itu la dia mula melukis apa yang dia nampak macam pemandangan teluk, laut, awan, perahu nelayan dan lain-lain yang di senanginya..'draw what he saw'. Lukisannya itu macam lukisan budak-budak la..'childlike paintings'...tetapi yang anehnya karya-karyanya agak detail berbanding budak-budak se usianya...ikut panduan perspektif dan skala yang betul...Pada hal sebelum tu dia tak pernah melukis...sepatah haram pun tak tahu apa-apa pasal lukisan.



Balik daripada libur tersebut, Kieron tinggalkan semua alat-alat permainan dan computer games nya..toys la...mak bapaknya ingat tentu lah dia akan sambung main toys dengan adik nya Billie Jo...Tapi langsung dia tak minat malah asyik melukis sepanjang masa. Bulan berikutnya ibu bapanya menyedari ada sesuatu yang 
special tentang Kieron ni...Mereka sekeluarga memberi galakan pada Kieron untuk berkarya memandangkan bakat semula jadinya.



Setahun kemudian, tahun 2009, masa umur Kieron 6 tahun, di adakan pameran solo pertama di sebuah galeri di Holt..galeri yang bertanggungjawab terhadap pameran tersebut ialah Picture Craft Art Gallery..sambutan di luar dugaan. Tiada siapa yang sangka lukisannnya habis terjual...19 keping lukisan terjual dengan harga pound sterling/PS200.00-PS1500.00 dengan jumlah terkumpul PS14,000.00...Wah dahsyat betul budak Kieron ni....maka tersebarlah berita tentang seorang budak sebagai 'prodigy' yang mahir dengan lukisan cat air dengan kelebihan mempunyai teknik perspective dan shading yang betul. Biasa la lepas tu banyak lah TV station yang datang untuk temu bual dan tak sampai setahun Kieron menjadi perhatian ramai di seluruh dunia.



Oleh kerana bakat semula jadinya yang hebat  galeri tempatan sediakan kelas khas untuk belajar dengan pelukis-pelukis terkenal tempatan...dia seorang jer budak yang lain-ain semua tua bangka yang belajar lukisan di galeri tersebut...tutor-tutor yang mengajar Kieron terdiri dari Brian Ryder, landscape artist dan Tony Garner yang mengajar secara one to one dalam medium pastel. Kelas berlangsung pada Jan - Julai  2009.



Hujung tahun 2009 telah di adakan pameran kedua...wow..sungguh tak di sangka semua sold out dalam masa 14 minit dengan hasil pungutan jualan PS18,200.00 untuk 16 keping lukisan. Pada Julai 2010 pamerannya begitu mendapat sambutan sehingga ada yang terpaksa bermalam dan beratur di pintu galeri untuk membeli lukisannya...Sold out dalam masa 30 minit...Nak tahu berapa hasil jualan...PS150,000.00. Dahsyat betul budak ni.



Kerana kehebatannya, dia di panggil Mini Monet. Semasa satu pameran ada seorang curator yang pernah bertugas dengan galeri tersohor di London menilai hasil karya Kieron dan menyatakan 'he's an old master returned'...Kieron ni sebenarnya budak pemalu...macam budak-budak se usianya... Keliling kampung naik basikal dan main bola macam biasa lah. Sekolah kat kampung nya...dan dia melukis di dapur rumahnya...Memang berselerak dengan alatan lukisannya la...Dah tak macam dapur lagi..Tunggang langgang...Tapi tu la tempat yang dia paling suka...Biasa lah rumah orang putih kat dapur  tu ada taman.



Sekarang dia dah nak tamat sekolah rendah kat Ludham Primary School dan pada September ni dia akan belajar kat rumah...Biasa la budak bijak cam ni tak leh sangat nak campur dengan lain-lain budak nanti rosak kepala otaknya lak...jadi bapanya fikir Home School lagi baik untuk anaknya.




Budak yang di panggil 'sweetly monosyllabic' ni telah terkenal seluruh dunia. Mengalahkan pencapaian Pablo Picasso..Di mana Picasso pada usia 9 tahun telah melahirkan karya yang berjudul Le Picador...Tapi Kieron pada usia 7 tahun telah  mengumpul PS150,000.00 dalam hanya beberapa minit. Antara lukisan yang sangat di sayanginya ialah potret datuk nya Jeff Warrick Jefferies yang menjadi koleksi peribadinya. Bila di tunjukkan pada datuknya...datuknya sungguh terharu sehingga mengalirkan airmata...mungkin teringatkan potret Van Gogh...



Pada julai 2013 Kieron telah mengumpul kekayaan sebanyak PS1.5juta...(kini melebihi PS2 juta). Dan dah beli rumah sendiri di Ludham East of Norwich pada usia 11 tahun...hebat....hebat budak ni. Kini lukisan landskapnya bernilai PS35,000.00 sekeping dan ada juga tempahan dari kalangan orang-orang bangsawan dunia dengan harga PS45,000.00 sekeping. Di antara pameran terhebatnya ialah pada 2011, 33 keping dengan jualan PS100,000.00 dalam masa 10 minit. Sekarang dia telah ada syarikat sendiri yang menguruskan hal ehwal nya...Kieron Williamson Ltd.



Kieron kini menjadi satu phenomena terbaru dunia. Dia mempunyai penggemar dari seluruh dunia...Amerika, Taiwan, Jepun, Australia, UK, Germany dan beberapa buah negara Eropah serta Amerika Latin...dari 35 buah negara dengan 1800 penggemar karyanya.


Pernah di filemkan di German, Danish dan French TV..International News Channel- UK's TV Shows dan juga pernah menjadi tajuk utama di dada  akhbar perdana UK. Kieron juga pernah di temu ramah di BBC's The One Show dan ITV's This Morning. Dan di filemkan sebagai sebahagian dari channel 4 documentary juga keluar di rangkaian television America dan Australia.


Michelle, ibunya pernah berkata:

'As a family we try to hold on to normality as much as we can but its nightmare to be honest, a big ethical and legal nightmare'.

Ya la nak menjaga kebajikan Kieron bukan senang...tekanan perasaan tentang kritikan-kritikan melulu....ada yang menuduh bapanya yang melukis dan gunakan nama anaknya dan berbagai tuduhan yang kurang menyenangkan. Ada yang berkata ibu bapanya mengambil kesempatan dan menggunakan duit hasil titik peluh anaknya untuk berjoli. Oleh kerana itu mereka melantik peguam khas untuk mengawal selia perjalanan hidup Kieron.


Yang terbaru Kieron mandapat tawaran untuk menjadi model bagi keluaran fesyen sebuah syarikat terkemuka pembuat pakaian Gap yang berpusat di Los Angeles untuk modelling shoot serta mendapat tawaran dari Samsung untuk menjadi duta produk, tapi atas alasan tertentu kedua-dua tawaran tersebut terpaksa di tolak.



Sekarang ni Michelle sedang menyiapkan buku yang berjudul:

'Kieron Williamson coming to light - the remarkable story of a child's gift to painting'

Petikan kata-kata Kieron tentang masa depannya:

'I want to carry on painting. I don't think I will go to University, but if I do it will be to study Architecture. I also want to be a writer.'

Kieron on his future.





Selamat maju jaya Kieron...Semoga kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi dan membuka minda dan mata hati semua tentang anak-anak  special yang mungkin ada di kalangan kita tapi mungkin tidak di ketengahkan. Semoga Allah membuka pintu hati untuk melihat bakat-bakat yang boleh kita banggakan di peringkat dunia..in sha Allah..Amin.


Semoga anda mendapat manafaat dengan tulisan jurnal dari hamba yang dhaif ini....saya menulis dengan gaya saya sendiri, cara saya sendiri....main campak sana campak sini...macam memasak tanpa resepi...bebas.

wassalam.
1.30 pagi.


Tuesday, 25 March 2014

ARTIST/PELUKIS WARGA EMAS TERSOHOR

bismillah

Manusia diberi berbagai keistimewaan oleh Allah. Dengan keistimewaan itu terpulanglah kepada individu tersebut untuk memanafaatkan sepenuhnya. Mungkin tidak sedar kita ada kelebihan itu......dan ramai yang nampak keburukan orang lain tanpa menyedari bahawa keburukan itu sebenarnya rahmat tersembunyi bagi orang-orang yang kita cemuhi.....


Waaah...apa sebenarnya yang nak disampaikan ni...


Pernah dengar nama Grand Ma Moses/GMM...Mungkin nama ni begitu asing bagi setengah orang....tak pernah dengar pun....sekarang lihat baca apa yang nak diperturunkan ni....kita sama-sama enjoy cerita ni.





Nama sebenar Grand Ma Moses ialah Anna Mary Robertson Moses...waau panjang namanya......sehebat orangnya juga...Dia merupakan seorang American Folk Artist yang sangat terkenal di seluruh dunia...seorang selebriti sebenarnya...sabar ye...nanti kita tau siapa dia sebentar nanti...


Lahir pada 7 sept. 1860 di Greenwich New York..  Meninggal pada 13 disember 1961 di Hoosik Falls New York dalam usia 101 tahun....Wow...panjang sekali umurnya. Menarik juga ya.


Menyingkap kisah lampaunya, Grand Ma Moses (GMM) ni adalah satu dari 10 orang adik beradik. Pada usia 27 tahun, berkahwin dengan seorang 'hired man' di sebuah ladang yang dikenali sebagai Thomas Salmon Moses (1887-1927) pada 9 nov 1887....waaaah kebetulan sama dengan tarikh lahir saya....teruja jadinya..... Masa tu GMM adalah seorang pembantu di ladang tersebut. Mereka di kurniakan 10 orang anak, lima meninggal semasa masih bayi lagi. Kira peramah dan terlebih mesra habis GMM ni sampai ada 10 orang anak.





Setelah suaminya meninggal pada tahun 1927, GMM menjadi balu dan bekerja di ladang untuk menyara keluarganya....biasalah orang kampung mana lah dia bersekolah tinggi. Kerja kebun, bela ayam itik dan di masa lapang dia membuat kerja tangan. GMM ni rajin. Kebanyakan hasil kerja tangannya dihadiahkan pada kawan-kawan, jiran tetanga yang selalu ke rumahnya. Kerja tangan apa yang dia buat....haaa...nak tahu.....sebenarnya dia ada kemahiran di segi tekat menekat, sulam menyulam....embroidery...


GMM buat semua tu kerana cintanya pada bidang seni. Seronok-seronok untuk habiskan masa lapang. Dan dia tahu dia takkan kaya dengan menjual hasil sulamannnya. Dia melakukan kerja tersebut hinggalah umurnya 60 tahun. Kemudian setelah usia makin menjangkau tua, akhirnya dipenghujung tahun 70an dia mula beralih kepada membuat lukisan di atas kertas kerana pada tahun 1876 dia telah mengidap arthritis...di mana tangan nya tak lagi kuat untuk memegang jarum sulaman. Sebenarnya adik perempuan GMM yang cadangkan dia beralih kepada melukis di atas kertas.





Menarikkan kisahnya.


Subjek lukisan nya adalah apa yang dilihat hari-hari di sekelilingnya...tentang pemandangan kampung, ladang, bangunan kemudahan masyarakat dan rumah-rumah yang terdapat di persekitannya. Folk Art/Primitive Art ni tidak menggunakan skala, warna yang ori juga tidak menggunakan kaedah perspektif. Seninya ini hanya sebagai hobi dan kebanyakan hasil tangannya adalah sebagai hadiah juga greetings untuk teman dan jiran-jiran.....boleh dikatakan konsepnya adalah 'create from nothing to something'





Semasa hayatnya dia telah menghasilkan ciptaan/lukisan lebih kurang 1600 kanvas/keping dalam masa tiga dekad...jadi memang dia merupaka seorang yang prolific dalam menghasikan karya. Lukisannya tak pernah terjual. Ada beberapa keping lukisannya di letakkan di sebuah drug store di bandar tempat tinggalnya....Lukisan-lukisan tersebut dipenuhi habuk dan tiada yang berminat untuk membelinya......Nak dijadikan cerita pada satu hari datang lah seorang hamba Allah ni singgah di drug store tesebut....Nama orang ni ialah Louis J Caldor, seorang jurutera dan juga Art Collector....ni berlaku pada tahun 1938...Masa tu harga sekeping diantara $3-$5...Louis ni beli semua....ya la murah sangat harganya kan....Lepas tu dia terus ke Eagle Bridge, rumah GMM...adalah baki 10 keping lukisan...semua diborongnya....Louis ni seorang Art Dealer, mesti dia ada rancangan baik punya...orang lain tak nampak apa yang dia nampak....





Pada tahun 1939, tiga keping lukisannya telah disenaraikan untuk pameran dalam 'Contemporary Unknown American Artist' di pamirkan di Museum of Modern Art, New York. Tahun 1940 dia telah mengadakan pameran solo bertajuk 'What A Farm Wife Painted' di Otto Kallirs City Gallery New York...diikuti oleh satu lagi pameran 'Meet and Greet With The Artist'...Setelah itu berbagai pameran lah yang telah dijalankan.....makin tersohor nenek glamor ni...wah...macam jeles saya...


Lukisan GMM pada thun 1942 'Old Chekered house' yang pada masa itu bernilai $10.00 kemudiannya mempunyai nilai insurance $60000.00.....pada tahun 1950 pamerannya memecah rekod kunjungan dan tersebar ke seluruh dunia.....aduuuh hebatnya nenek ni...





Tahun 1951, National Press Club telah menamakan GMM sebagai Woman Of The Year.  Masa umurnya mencapai 88 tahun dia telah dinobatkan sebagai 'Young Woman Of The year' oleh Mademoiselle Magazine....heeee kalau kat sini orang kata...apa buang tabiat ke, umur 88 jadi Young Woman Of The Year....Itu penghargaan di atas jasanya yang bermula dari usia warga emas....muda la di bidang lukisan ni....ngerti kan kita maksud tu....wah....saya pun terbawa-bawa ni....


Hebat tak hebat nenek ni, President Harry S Truman telah menganugerahkan beliau Woman National Press Club Trophy untuk kejayaan cemerlang di bidang senilukis pada tahun 1949....Waduuuh nenek...hebat benar ya sehinggakan Presiden Amerika teruja sekali dengan nenek GMM ni....Tahun 1951, GMM menjadi tetamu dalam rancangan See It Now sebuah program TV yang dihoskan oleh Edward R Murrow. Tahun berikutnya 1952, telah dikeluarkan auto biography - Grand Ma Moses-My Life's History....makin glamor nenek ni...





Pada tahun 1960, semasa harijadinya yang ke 100, majalah LIFE pada keluaran 19 sept. telah memuatkan GMM sebagai front cover...wooo majalah LIFE tu...edaran satu dunia...pada masa yang sama New York Governor, Nelson Rockefeller telah menamakan hari tersebut sebagai 'Grand Ma Moses Day'...Betul-betul hebat nenek ni...memang hebat betul...


GMM ni tak pernah hadiri sekolah seni, melukis kat dapur sebagai studio tanpa guna easel, atas meja saja bantai...ok gak hasilnya. Orang sekarang tak mudah dengan alatan canggih tapi hasilnya hampeh ....gaya jer lebih, habuk pun tak dak....sori eak melalut sikit. Sebagai menghargai jasa beliau, Philadelphia's Moore College of Art telah mentauliahkan GMM First Honorary Doctorate Degree.....cer tengok nenek ni...hebat betul kan...tak sekolah pun tapi atas cinta dan jujur berkarya maka dia telah menjadi terkenal seluruh dunia...





Kematiannya telah menjadi berita muka depan akhbar di seluruh Amerika dan Eropah....Setelah kematiannya tahun 1961, pameran bergerak diadakan di seluruh Eropah dan Jepun. Bennington Museum, Vermont mempunyai koleksi terbesar untuk hasil ciptaan GMM. Pada tahun 2006, hasil ciptaan GMM pada tahun 1943, 'Sugaring Off' telah dilelong dengan harga $1.2 juta....Otto Kalir Gallery telah menghadiahkan lukisan bertajuk 'Fourth of July' kepada White House pada march 2014.


Inilah kisah hidup seorang yang sudah meningkat usia dan masih boleh mampu untuk menggegar dunia dengan hasil seni ciptaannya. Umur bukan faktor penghalang untuk kejayaan...Tak kira tua muda, passion dan kesungguhan terhadap apa yang kita lakukan itu sangat penting....Jangan patah semangat...Patah kaki patah sayap masih ok tapi kalau semangat dah patah tak dapet den nak nolong lagi....hahaha....jadi adik kakok tua muda sinsing lah lengan dan berjuang terus di bidang yang anda minati...In sha Allah dengan berkat doa kita semua bisa berjaya....hoooray...


Petikan dari seorang Art Historian, Judith Stein tentang GMM.....

'a cultural icon, a spry, productive nonagenarian was continually cited as an inspiration for housewives, widows and retirees. Her image of America's rural past were transferred to curtains, dresses, cookie jars and dinner ware and used to pitch cigarettes, cameras, lipstick and instant coffee'









Dah berakhirlah sebuah kisah menarik untuk dijadikan sumber inspirasi terutama bagi yang sedang membangka...kalau pandai bawa diri orang muda pun boleh terkalah hahaha....sapa kata warga intan kurang nilainya...lebih bernilai ada la....






Teringin sekali nak ikut jejak GMM. Bukan jadi nenek tapi jadi atuk yang hebat....saya selalu terfikir 'saya ni retro dan limited edition'....monolog dalaman....uuuiseh puji diri angkat bakul...ya la kalau tak puji diri sendiri sapa lagi yang nak puji...betul tak...ahhh ...ada aku kisah...


bravo....cheerio...ecosse

wassalam.









Friday, 7 March 2014

cell phone...koleksi saya (2)

bismillah

(continuation of part 1)

Pada awal tahun 90an cell phone/hand phone ni adalah satu gadget yang kira baru gak la masa tu...tak la secanggih yang ada sekarang ni. Masa tu sapa2 ada hand phone kira hebat sangat la...ada berbagai jenama...Nokia, Motorola, Ericsson,  poular sangat masa tu...Samsung, Sony tak berapa nak ada...apa lagi i Phone, Blackberry tak usah citer la...haaa ni yang nak saya citerkan ni...sabar ya..

Masa ni saya baru buka syarikat juru perunding...kena mengena dengan bidang hartanah la...mula beroperasi di sek 17 Shah Alam, kongsi ramai2 dengan Akitek, QS dan sorang lagi Town Planner. Masa tu ada la teman2 perunding tu guna hand phone....kita yang masih belum ada ni terkulat2 la...nak beli bukan murah...RM4k tu biasa jer harganya...kalau yang hebat tu puluhan ribu..nama glamor fon tu ATUR..cam tu la rasanya...ingat2 lupa.


Mau tak bangga giler kalau bimbit benda tu...bila nak call wat kuar letak atas boot kereta....stylo giler...dulu tak ramai orang jahat...letak la apa pun ok...time ni jangan wat pasal...

Ada jenis Nokia saya lupa lak namanya...yang tu kontraktor suka pakai pasal very tough /hardy...kalau anjing nampak kira gabra gak la...maunya tidak kalau di baling mau bertempik anjing tu...dah la besar, rupa bentuknya mengerikan.


Saya ni kira dah lewat gak la berkecimpung dengan bidang cell phone ni...orang lain semua dah ada saya masih putih mata. Syarikat baru mula hanya denga satu meja satu kerusi...kita la kuli kita la tokey...masa tu bilik saya kat hujung sebelah belakang...premise ni kedai dua tingkat..yang bawah tu ada apek jual barangan letrik...oleh kerana bilik saya letaknya di bahagian air well, hari2 la saya dapat bau makanan yang di masak oleh nyonya kat bawah tu...kadang2 dia tanya

'Lu mau cuba ke ini makanan?'....Teringin gak tapi oleh kerana kuali tu multi purpose/use...geli gak nak makan......


Bila saya pindah ke sek 10, masa tu makin maju bisnes saya jadi kena cari tempat yang lebih besar, dari kepala sebiji sampai saya leh ambik staf 15 orang...kira ok gak la...tapi overhead bertambah berlipat kali ganda la...Masa tu ok kerja tak kehabisan...claim pun senang...Nak jadi citer...ada satu pemaju dari Kajang, nama dia Peter ni selalu la datang ke ofis saya...banyak nar tanah dia...susah sangat dia nak cari saya...ya la kadang saya ke Pejabat Tanah, JKR, Majlis Daerah, Jab Perancangan Bandar dll, jadi susah gak la nak jumpa. 


Satu hari dia datang bawa saya pegi ke D Mall KL...dia kata nak minta tolong saya pilihkan hand phone untuk dia. Saya sebenarnya tak perasan apa tujuan dia bawa saya ke D Mall tu. Kita pun pegi la kedai telefon...dia belek sana sini macam2 jenis fon..Saya peratikan saja...Hati tu memang berbunga nak kan sangat tapi duit saya sayang la...Bukan senang nak dapat duit walau pun tadi saya kata job senang nak dapat....saya kena fikirkan overhead dulu.

'Lu tengok mana satu cantik'

'Saya tak suka yang besar, yang nipis cam ni ok la...'

'Itu macam ke?'

'Ya la lu businessman kasi yang cun sikit la baru gempaq..stylo gitu'

'Lu pilih mana satu..wa ikut lu...lu design punya orang mesti ada taste ma'

'Bagi saya yang ni elok sikit, ada cover...cantik ooo'

Dan dia pun panggil budak yang jual tu minta tunjukkkan cara nak guna cam ner...saya dok perati saja la. Sebenarnya Peter ni dah ada fon tapi yang jenis baling anjing tu...Selepas budak yang jual tu tunjukkan semua cara2 guna dia pun beli la....jenis Philips..harga RM4800...oh my...mahal gak, ...ye la saya tak pernah pakai jadi tak la saya tau semua ni.



Dulu beli fon takyah pakai IC bagai...main hentam saja. Jadi pemaju kawan saya ni beli atas nama syarikat dia la...boleh lepas income tax dan fon tu sebenarnya di beli untuk saya...Bukan free wooooo...tolak fees...Saya pada mulanya tak la terima tapi dah semacam kena paksa...Saya ingat lagi apa dia cakap..



'Lu ni bisnes punya orang, mesti pakai ini...nanti senang orang mau cari lu'

'Tapi saya selalu ada ofis dan ofis pun ada telefon ma'

'Aya lu haa jangan itu macam pikir...sekarang semua orang bisnes pakai ini...lu bisnes punya orang mesti ada style lo...baru orang confident sama kita...lu ada faham ke?'

'Oooo itu macam ...mana saya tau'

'Lu sini dengar baik2 aaa...dalam bisnes punya hal...orang tengok lu apa macam...sudah established itu jam orang takde datang ofis ma...atas jalan pun boleh berniaga...tapi kalau lu miskin nampak orang banyak tanya, fikiran banyak kacau woo...susah mau kasi lu kerja maa...lu ingat tu...wa beli ni mau tolong lu'

'Terima kasih ye bagi tau ini macam sama saya'

'Sikit hal la tu'

Sejak hari tu kan main lagi saya bergaya dengan fon baru...kira jam tu saya punya ni antara yang ternipis la...Terbaru la katakan...pah tu ramai lak kawan2 pergi window shopping, intai2 fon baru...Fon baru tu functionnya hanya leh buat call, terima call dan sms...lain tak dak. Masa tu kita berapa kerat jer yang ada fon, mula rasa lain macam especially bila ada awek tengok kita tengah telefon...bangga semacam...tapi control gak takut capai status riak...kita jer yang ada orang lain takde mesti sedikit sebanyak tu ada rasa bangga...aduuuh...

Kadang2 kelakar gak masa tu...ada fon pun nak sms sapa...takkan kat ofis nak sms telefon...jadi tak ada la juga fungsi sms tu..hanya banyak untuk wat call dan terima call. Masa dulu mana ada banyak Telco...saya punya guna 010....ni mungkin telekom punya servis. Masa tu yang bestnya pilih jer nombor apa, boleh siap2 booking lagi nak nombor apa...sekarang susah la dah terlalu ramai pengguna.

Ada satu jenis telefon tu buatan Malaysia, saya lupa apa brand, harga kira murah la...Tapi yang peliknya bila nak wat call kena berdiri kat bawah tiang letrik baru leh wat call...Kalau takde tiang letrik tak leh la nak wat call...Macam bodo jer dok berdiri bawah tiang letrik bercakap sorang2...jap jer company tu bungkus....hahaha lawak tul la. Tu saya cakap tadi gen sekarang tak tau ini citer...

Sebelum fon ni timbul orang pakai pager...selit kat pinggang...macam stylo la sangat kalau ada pager tu...Bila ada signal masuk jer...dengan bangganya angkat dan check tengok kat skrin...Tapi leh terima jer mesej, nak call kena masuk pejabat guna telefon biasa...kira mesej notification saja...tu syarikat kepunyaan tycoon Hong Kong terkaya...Lee Ka Shing...member saya Yaakob dapat jadi ejen. Mula2 dia tak nak, tak faham apa tapi orang Telekom suruh ambik jadi agent...pah tu kaya raya dia...Kalau sapa2 penah nampak bangunan Hutchinson Paging kat KLCC tu...haa tu la dia...sampai Yaakob tu wat business besar kat South Africa....tu la nasib dan rezeki namanya.

Lama gak la fon Philips ni saya pakai...Oleh kerana fon ni adalah cinta pertama saya, tak sampai hati saya nak buang begitu saja...Maka saya simpan elok2 jadikan momento dan kenangan sepanjang hayat....Macam emo la pula yeeer...Memang emo pun...Macam buah hati pertama gak la...Tiada dapat di hilangkan kenangan tu walau kita tidak bersama...Kita tak dapat menipu dan membuang memori..Ia sentiasa hadir walau sejauh mana ingin kita lupakan....Beria-ia nampaknya ni...ada kenangan lalu ke tu?...Takde, tu cerita kawan2...heeeeeeee....

Teknologi sentiasa bertukar dan bergerak pantas tambahan dalam bidang IT ni...Ada saja ciptaan baru bertali arus...Hari ni beli esok dah jadi obsolete...Begitu la juga nasib yang menimpa ke atas cinta pertama ni....Saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal...Macam pernah saya katakan saya ni bukan brand conscious...janji saya boleh guna ikut kehendak/keperluan saya...Hati saya berputik pada cinta kedua saya....Nak tahu siapa dia...?Tunnnnggu jap yer nak pegi ambik ni...Jangan boring tunggu kalau nak tengok...jangan terkejut...jeng..jeng..jeng...ini dia yang saya maksudkan tu...


Hanya lah sebuah fon yang tak glamour langsung...yang orang tak pandang la...Tapi saya suka yang orang tak berapa gemar janji menepati citarasa saya dan dapat berbakti pada saya dengan penuh jujur...heeee macam cinta la pulak yer...Sepanjang perhubungan kami berdua, saya sangat teruja dengan kehadirannya...she never fails to give the service to me, at whatever time day and nite...and all that makes me cherish her presence very much...yes I do...Waaah macam cinta gitu...chill babe...Walau pun harganya ratusan ringgit saja tapi saya rasa it's a value for money. Sebenarnya bukan paras rupa yang penting...keserasian tu yang boleh menambat hati dan membuat kita bahagia. Kalau ukuran tu terletak pada paras rupa maka tiada lah dia di sisi saya. Tak semesti yang murah tu tak berharga...cam pelik je bunyi...takde apa yang pelik pun....tepuk jer dada tu...Oleh kerana saya dah intim sangat dengan dia ni, semua key pad tu saya dah ingat...tutup mata pun saya boleh guna...Tengok la papan mukanya...semua huruf dan nombor telah wash out...tak nampak apa pun...Tapi saya boleh wat call dan sms even masa driving atau dalam gelap...Yang masa driving tu salah sebenarnya buat perangai cam tu...don't drive and texting/calling....Tu dulu...dulu2..bukan sekarang ni...Saya suka pada Alcatel ni kerana saiz nya yang kecil dan paling ringan waktu la...Jadi senang saya nak bawa ke sana ke mari....boleh masuk dalam poket jean saja...tak la susah2 kena ada pouch bagai...



Saya utilised kan fon ni ke tahap maksima...Tengok la sampai kena tampal dengan tape...tapi masih gak saya guna sehingga lah satu hari jantungnya berhenti berdegup...dah meninggalkan saya...frustnya saya waktu tu...Tapi apa nak buat dah takat tu jodoh kami...sedeeey...

Dah panjang ni...nanti rimas lak baca...tahniah la kalau boleh habiskan baca artikel ni.


wassalam
cheerio mates


kita sambung lain kali eak...sabar jap jer...




Thursday, 6 March 2014

FACEBOOK SYNDROME

bismillah

Waaah...macam best jer bunyi tajuk ni...

Bila ada perkataan syndrome, mula rasa gabra. Ya la syndrome ni ada kena mengena dengan penyakit...Tapi apa kena mengena dengan facebook/fb dan g+ lak ni?...Baik kita tengok adakah semua ni kena mengena dengan diri kita yang kini ramai sangat dok ada kat fb....g+...


Ada berbagai ragam manusia yang dok join fb dan g+ ni...Masing2 nak contribute...ye ke contribute tu? Ada bermacam perangai manusia yang kronik pun yer yang dok post kan macam2 benda. Celik jer mata terpampang la bermacam posting...ada lagu, quotes, gambar, video dan macam2...cer kita tengok jap apa ke benda yang di maksudkan dengan syndrome ni...?


Tapi apa pun, terpulang atas niat la semuanya...Ada yang buat posting untuk kenakan orang...Di kenen2nya dengan posting yang berbau hostile pun yer...dan bila terkena kepada yang di tuju maka rasa panas cuping telinga la...Sampai ada yang gaduh2...tu satu hal...Ada gak yang posting ke arah spiritual, yang agama2 gitu...kalau tujuan nak share yang baik tu ok la .. kita ambik yang positifnya..dapat gak pahala. 


Setengah tu pula, ada yang bersifat dengki, hati hitam legam...Saja2 di kacaunya apa yang orang lain posting....ni jenis enter frame, adalah niat tertentu tu...Busuk hati tak leh tengok orang lain senang...Biasanya ni berlaku bila ada persaingan minat...yang ketara tentang orang yang ingin memikat awek atau pakwe...Yang peliknya ada gak spesies yang tak suka posting tapi di komen setiap posting orang. Kalau yang posting tak komen langsung tu biasanya nak share info jer...tu ok tak la bahaya sangat...syok sendiri jer...tak kacau orang.


Posting yang baik2 pun ada...sampai yang ketemu jodoh pun banyak. Kalau cam ni laman sosial ni macam ejen mencari jodoh gak la....Yang ni bagus gak  untuk bina masjid...Dan yang seronok nya bila mula jawab menjawab komen like sana sini...cam mesra la gitu. Daripada mesra2 kat fb, G+ terus merebak ke lain...macam ni pun ada gak...Tapi tak pe la asal mereka bahagia dan tak ganggu hidup orang lain...Tu dah kira private matter...Pandai2 la nak hidup...jangan dok kacau orang dah.


Ada setengh tu bila orang tak like, terus jadi emo...ni bahaya...dan merajuk terus..dua tiga hari diam pah tu masuk balik...Yang komen berbau lucah pun ada...Dia dah tahu semua orang kan baca tapi di komen gak yang lucah2, siap dengan gambar lgi tu...uuueeeh tak malu. Yang buat advert macam2 pun ada gak...tapi kadang2 tu dia orang cari makan..mana yang ada rezeki dapat melalui laman sosial ni kira ok la...


Ada gak jenis yang di panggil gian posting dan gian baca atau gian nak tengok apa orang komen....Bangun pagi jer, mata terbuka separuh tapi dah wat checking...berapa ramai yang like atau yang add...Kalau ramai seronok la...tersenyum tersengih...Kalau tak, dia jadi gelisah semacam. Ada setengah lak yang suka follow orang punya....dengan harapan satu hari akan ada sambutan dari orang yang di follow...follow pun ada tujuan tersirat...biasanya di add apa saja posting yang orang dia suka tu postkan...ini pun juga penyakit....


Macam2 lagi penyakit di laman sosial ni...Di sebabkan terlampau taksub dengan semua ni  maka masyarakat jarang berinteraksi lagi...mau nya tidak...abih asyik senyum sendiri dengan gadget di tangan...kalau jumpa pun bercakap sambil mata ke lain...nyampah betul kalau jumpa orang camni.


Kat senarai di bawah ni kita tengok la mana tahu kita pun terkena badi syndrome ni...Sedikit sebanyak mesti ada yang terkena...Kalau dah terkena tu pandai2 la berubat...pegi terapi...sendiri mau ingat la...



Jadi cuba la semak diri kita sendiri takut2 kita gak ada penyakit ni...Kalau dah nampak symptom tu cuba2 la baiki keadaan agar terlepas dari hadiri sesi terapi...Penyakit ni kalau tak di rawat boleh membahayakan diri terutama perasaan marah, dengki, khianat pada diri sendiri dan pada orang yang kita pun tak kenal secara peribadi tu...

Juga postings dan komen2 tu mencerminkan sikap, sifat dan kadangkala membuka pekung sendiri...Daripada orang tak tahu perangai kita, alih-alih dah terhebah...Kalau yang gedik2 sangat tu yang meminta perhatian tu pun kena la semak diri...jangan lak terkena badi conversion disorder...lagi parah....Sama2 lah kita renung2 di dini hari Jumaat yang mulia ni...dah abih...


wassalam
salam dini hari jumaat yang penuh berkah.

Wednesday, 5 March 2014

cell phone....koleksi saya


bismillah

Lain macam jer bunyi tajuk tu.


Macam la banyak sangat koleksi fon sampai nak nyampaikan disini....jangan salah anggap...Saya cuma nak kongsikan aja mungkin orang zaman ni ada yang tak pernah tengok pun apa yang saya pernah gunakan dulu....cool jap yer...


Rasa saya ada umur fon saya lebih tua dari bloggers yang ada kat sini...haaaa kan menarik tu. Jom kita tengok apa yang saya nak cuba cong...cong is not the best word...maksud saya nak tunjuk dan explain kenapa, mengapa saya beli fon2 tu semua...


Sebenarnya saya tak kisah pada jenama. Biarlah orang nak megah dengan brand saya tak ambil pot punya, lu punya hal la... saya suka benda2 yang pelik2, aneh2, cam weird2  gitu....senang citer yang tak mahal dan tak femes la. Sebenarnya yang pelik2 ni la jadi perhatian...bukan semua orang ada otak kronik, suka pada yang aneh2...tu kira limited edition...bukan senang nak jumpa spesies ni kan...helo helo cam nak kena kan orang jer....


Bagi saya 'madness is relative'...Setengah orang cakap mamat ni dah biul nampaknya...Cakap benda yang pelik2 susah nak faham...Ada kan kita penah dengar orang cakap cam tu...Sebenarnya orang yang tak paham tu yang biul...Oleh kerana frequency berbeza maka kita nak tuduh orang lak tak betul...ada ke patut cam tu.


Penah dengar citer pasal artis Vincent Van Gogh?...Saya selak sikit citer pasal dia. Bukan apa tapi nak citer pasal frequency ni...Van Gogh ni asal dari Belanda, dia kira artis tersohor la sekarang ni, tapi dah 100 tahun lebih meninggalkan dunia yang fana ni.




Biasa la manusia mati meninggalkan nama...Masa hayatnya orang tak kenal sapa pun dia ni...Hidup melarat maklum la artis....hahaha...Teringat saya masa saya di Bali tempoh hari, ada sorang artis ni bagi tahu...


'Kiranya tidak sengsara bukan artis namanya'....tergelak sakan saya..


Tapi bila teringatkan yang artis ternama dunia dulu semuanya sengsara ....ya benarrrr tu pak...


Kat mana dah kita ni?...Melalut lak yer...oooo pasal Van Gogh ye...


Masa hidupnya tahun 1890an, Van Gogh tinggal di Perancis. Masa tu Perancis ni kira negara karyawan cam tu la lebih kurang. Jadi ramai lah artis yang pegi sana. Van Gogh ni takde ramai kawan. Orang ingat dia sewel screw dah banyak loose. Sian gak kat dia. Dia cakap apa orang cemuhkan. Sampai dah tak tahan sangat dia bunuh diri, mati umur 30 tahun. 


Masa dia 'crazy' dia tinggal di Arles untuk dapat rawatan mental. Di situlah dia menghasilkan banyak karya agungnya. Tapi masa tu satu keping lukisan pun tak terjual.


Dia hidup atas belas kasihan adiknya, Theo yang kerja sebagai Art Dealer. Sebelum dia tembak diri dia  kat ladang bunga, dia ada bagi telinga dia yang dia potong kat sorang pompuan...hooker...kira makwe dia gak la...Pompuan ni jer yang kira dok layan dia.


Sekarang lukisan dia terjual dengan harga ratusan juta pound untuk satu keping dan menjadi rebutan aristokrat  dunia. Pernah saya tengok lukisan original dia kat Glasgow dulu yang di simpan dalam kaca bullet proof. Terbaik la. Hebat betul. Dengar citer lukisan tu di insurance lebih mahal dari rumah atau kereta atau apa saja la...


Dia jadi femes ni pasal surat2 dia yang dia tulis pada Theo/sekarang dah di bukukan dan saya ada buku tu masa saya beli di Glasgow sempena 100 tahun kematian Van Gogh...it's a limited print. Nasib saya baik dapat satu. Selepas 6 bulan Van Gogh mati adik dia pula sakit kerana murung dan meninggal. 


Mereka dua beradik sangat rapat...jadi adik ipar Van Gogh isteri Theo, J Van Gogh Bonger usahakan buat pameran untuk memperingati/in commemorative kematian Van Gogh ...Tak ramai yang hadir masa tu tapi selepas surat2 Van Gogh di jilidkan dan orang baca apa yang ada dalam otak Van Gogh satu dunia jadi kagum dengan tahap kepintaran dia. Dia sebenarnya/ikut kajian la weiii...saya tak tipu kalau kajian ni bohong saya pun bohong juga la...jangan mareee yer...Van Gogh ni 100 tahun advance pemikirannya tentang color philosophy....wow...cer tengok. Masa dia hidup orang ingat dia sewel...


Ni semua tentang perception manusia pada orang lain...Biasa la manusia...Dalam ber'blog' ni pun ada yang dok ngata dan syak orang itu ini macam2 hal. Dah jadi lumrah kehidupan...sebenarnya yang tersirat tu penting, orang tak nampak, asyik pikir negatif jer...Jangan kita judge orang ikut suka hati jer. Tak semesti orang tak setuju dengan kita maka orang lain tak betul. Check diri sendiri dulu...jangan sangat judgemental semacam...don't insult people's intelligence....Sebenarnya frequency Van Gogh ni dah jauh berbeza dengan manusia zaman tu...actually dia seorang genius. Dia bukan manusia biasa2...dia manusia 'tak  biasa'. Nak wat lucu lawak lak... tak kena tempat haaa....ada aku kisah....



Cuba kita tengok balik......macam mana 
dia jadi sewel....dia cakap apa jer orang bantah...orang yang bantah tu pula sebenarnya buta kayu. Jadi kalau dah hari2 orang dok ngata dia cam tu...dia pun terus gila...Rupanya susah gak jadi orang istimewa ni yer...Orang lain tak gila, kita lak yang jadi gila... Yang dok ngata orang tu takde guna sesen pun...tapi Van Gogh yang 'gila' tu banyak me 'revolusi' dunia seni satu antero dunia...Sapa yang hebat? Orang yang dok  kata dia gila ke atau Van Gogh lebih hebat?....


Saya pun pegi lah melawat kebanyakan tempat2 yang pernah Van Gogh tinggal dulu...kat ladang bunga tu saya berdiri dan rasa sayu pun ada bila teringat Van Gogh dok pikul easel dan kanvas dok melukis sorang2 kat situ menghibur duka lara hatinya.....dan sambil tu saya pun berangan nak jadi cam dia..tapi tak bunuh diri la...kita Islam mana leh cam tu..


Satu lagi tempat saya pegi kat Barbizon. Satu penempatan seniman di Perancis gak la....Orang2 hebat ni sebenarnya hidup dengan apa yang dia yakini...dan biasanya mati muda...'the good always die young'...macam Van Gogh, Egon Schiele, Sudirman Hj Arshad dan ramai lagi....senang cakap cam ni la....radio FM dengan AM...tak sama bunyi kan?...Cam tu la lebih kurang beza kita dengan orang-orang istimewa ni....


Sewaktu waktu dahulu saya pernah mengajar/part time lecturer kepada  Architectural student final year untuk subject Environmental Planning bagi tempuh 2 semester...Saya gunakan cara saya dengan segala hands on experiece saya la...takde dalam buku tapi related to the subject la...Saya punya student takde yang fail in fact mereka seronok sangat belajar benda baru... Kelas saya always full attendance....Lain macam ni nak masuk bakul keeeer wei...Saya gunakan konsep...do serious thinking with laughter....Masuk lecture biasa la ngantuk giler...tambah sekarang bukan nak dengar sangat pun...main sms, whatsapp la...lagi pun ada internet...cantiiiiik jer la senang belajar...klu fail gak....entah laaaaa....main2 la tu...Untuk menarik perhatian saya guna pakai konsep pengajaran Glenn Capelli ....do serious thinking with laughter...menjadi lak tu...kan main budak-budak tu seronok...


Citer pasal aneh maneh ni...dalam bergaul dan pilih kawan pun saya suka teman yang cam weird2 gitu, macam pelik sikit la pada yang biasa2 ni....Yang biasa2 ni banyak dah ada kat pasar malam pun ramai...Kalau yang degil, keras kepala, garang, apa kat orang complex personality....cam2 tu la lagi seronok berkawan...interesting, challenging tapi bukan yang jenis conversion disorder/nak tahu pasal sindrom ni baca blog saya terdahulu...sori...gua takut beb....gua dah jumpa...seraaaam nyeeer rasa weeei...geli geleman pun yer. 


Setengah orang suka pada benda yang senang dapat tapi saya sebaliknya....go beyond, outside the box baru nampak macam2...inside the box nampak 4 dinding jer la....apa yang seronoknya cam tu...outside the box macam2 leh nampak...yang orang tak nampak kita nampak...tu yang wat interestingnya...Dalam design philosophy, banyak di ajar tentang falsafah mengenai subject matter tapi bukan pada detail drawing itself...detail drawing, any draughtsman leh buat, tambah sekarang dengan Auto Cad bagai...tapi yang ada ilmu design philosophy tu yang dapat di lahirkan manusia pereka yang di panggil thinking designer..


Yang ada kelebihan akal sikit la...dan praktikkan lah konsep element of adventure,  surprises, statement of  entrance, sense of recall dan berbagai lagi yang melibatkan bidang reka bentuk. Place making sangat penting dalam menentukan kedudukan dan menjadikan sesuatu rekaan/design itu boleh di manafaatkan oleh orang ramai....dan ini di kenali sebagai holistic approach in environmental design....menarik kan...ngantuk ke baca ni...heavy eah....dan sekarang ni pula dok gila pasal sustainable development, green building/GBI la macam2...untuk safe city planning orang guna konsep CPTED la...Kalau yang simple ni pun tak dapat nak garap malu la jadi designer...Kita tak nak la jadi designer cap ayam ....hoooo terlabih sudaaa...nanti ada yang tak senang dan marah gua ni...helohelo jangan celupar...tak sayang mulut keeeer...On serious note we must be knowledgeable in our quest...whatever la..


Tadi nak citer pasal fon....entah merayau kemana lak pegi....sabar ye adik kakak...


wassalam
cheerio mates


kita sambung malam esok la ye...