Pagi-pagi lagi Hang Tuah sudah bangun dan berada di ruang tamu rumah. Bukan main lagi gembiranya Hang Tuah. Sambil bersiul-siul dia mengeluarkan seruling dari dalam beg galasnya serta di belek-beleknya seruling tersebut. Nenek pun naik hairan kenapa terlalu awal Hang Tuah hari ni berada di ruang tamu. Tersenyum tersengih Hang Tuah dan tiadalah di ketahui oleh nenek kenapa Hang Tuah berkelakuan pelik macam hari ni. Hang Tuah rasa sangat teruja kerana di beri penghargaan untuk membuat persembahan di istana malam nanti. Bukan senang orang sepertinya hanya sebagai seorang penjual kain dapat masuk istana membuat persembahan di kalangan tetamu kehormat Di Raja Pahang. Kalau zaman sekarang ni mesti artis tersohor yang dah ada berapa album dan juga banyak kali jadi juara AJL. Siapa saja akan seronok untuk membuat persembahan seperti malam nanti.
'Yang kamu tersenyum tersengih macam kerang busuk ni nape Tuah? Tak pernah kamu buat perangai pelik cam ni.'
'Ooo nek...tak perasan lak tadi nek dah bangun'
'Memang dah lama nenek bangun...bunyi macam ada orang kat ruang tamu ni tu nenek intai-intai mana tahu ada pencuri masuk ke'
'Saya teruja sangat ni nek...maklumlah nak buat persembahan kat istana ni bukan sembarangan orang boleh buat persembahan...usah nak nyanyi nak masuk pun tak boleh'
'Tengok kaki lah...siapa yang uruskan semua tu'
'Memang benar nek...tanpa nenek dah tentu mimpi saja lah nak masuk istana tu'
'Tau takpe...sekarang apa kata kamu pegi petik buah kelapa...'
'Nak buat apa dengan buah kelapa tu?'
'Jangan banyak tanya...nak masuk istana ke tak ni...?'
'Nek ni asyik ugut jer...ni yang buat tak tahannya'
'Tak payah cakap banyak, kamu pegi panjat pokok kelapa tu, ambik yang jangan tua sangat, yang sedang-sedang jer'
Hang Tuah terfikir dalam hati apa kena dengan nenek pagi ni. Kena panjat pokok kelapa lagi. Pah tu kena ambik yang sedang-sedang, biasanya yang muda atau tua...memang Hang Tuah langsung tak faham.
'Kalau saya jatuh nanti, tak dapat lah nak nyanyi malam ni...saya tak jamin tak jatuh dari atas pokok ni'
'Banyak songeh lak pula kamu yer...nak ugut nenek nampaknya ni...jangan cakap banyak, ikut aje apa yang nenek suruh. Lepas mandi nanti nenek nak tengok kelapa tu ada kat dapur'
'Baik lah nek...saya yang menurut perintah'
Hang Tuah pun berlalu dan melakukan apa yang di suruh oleh nenek tadi. Setelah memetik beberapa biji kelapa Hang Tuah pun menggelongsor turun dari atas, dan lebih kurang 5 kaki dari tanah Hang Tuah sengaja terjun.
Nenek perasan seperti ada benda yang jatuh dan mendengar suara Hang Tuah yang sedang mengaduh, nenek bergegas keluar dari bilik mandi hanya bertuala. Terkejut nenek melihat Hang Tuah yang sedang mengurut-urut kaki kirinya dengan penuh gaya kesakitan.
'Nape pula dengan kamu ni Tuah...pagi-pagi dah buat hal...'
'Aduuuh sakitnya kaki ni...dah patah la kaki ni...aduuuh'
'Kenapa tak berhati-hati panjat pokok kelapa tu...kan dah kemalangan...aduhai...macam mana ni?'
'Tu la tadi saya dah cakap nenek paksa gak saya panjat pokok kelapa tu..bukan rendah...tinggi tu...tengok apa dah jadi..ni semua nek punya pasal la..'
'Habis cam ne ni...takleh bangun ke?'
'Mana boleh, dah patah kaki ni'
'Biar nenek tengok...nanti kalau teruk nenek panggil tabib tulang'
'Tak payah...biar lah cam ni...malam nanti nenek jawab lah dengan Tuanku...kalau Tuanku tanya saya citer nenek punya pasal la semua ni'
'Maaf kan nek Tuah, tak sangka lak jadi cam ni di pagi hari gini...aduh...nyusahkan betul la'
'Nenek jawab la nanti...'
'Macam mana nak jawab dengan Tengku Puteri nanti ni...tak siap lah juadah untuknya ni...kalau kamu tak buat hal tak lah susah nanti nenek...ni dah jam berapa...sarapan untuk Tengku Puteri kena siapkan juga...'
Hang Tuah merasa kehairanan. Apa pula kena mengena kelapa dengan Tun Teja. Ni mesti ada sesuatu yang nenek tak bagi tau. Risau gak hati Hang Tuah memikirkan semua ni. Mesti ada rahsia tentang Tun Teja yang masih belum nenek ceritakan.
'Macam ni la nek...sebenarnya sakit saya ni taklah teruk...dah boleh bangun ni...mungkin seliuh jer kot'
'Harap-harap tak lah patah kaki kamu tu...'
'Nek masuk dulu tukar pakaian...tak elok sangat nampak nenek dengan tuala saja ni...geli geleman saya ni'
'Alamak...tak perasan nek kuar dengan bertuala saja...buat malu jer la...nasib baik kamu ingatkan'
Dan nenek pun terus masuk ke bilik mandi meneruskan aktivitinya pagi tu. Hang Tuah buat pura-pura sakit. Rengkas saja nenek mandi pagi ni. Mungkin ada banyak benda yang hendak di lakukan pada pagi ini. Maklumlah malam nanti ada pesta hiburan di istana, tentu nenek akan sibuk untuk menunaikan kehendak dan perintah Tun Teja.
'Kamu berehat jer...biar nenek yang uruskan buah kelapa tu.'
'Nek nak buat apa dengan buah kelapa tu?'
'Sebenarnya nek nak buat kueh untuk Tengku Puteri...'
'Kueh apa lak kena guna kelapa yang tak tua...biasanya untuk santan kena guna yang dah tua'
'Ni untuk kueh kegemaran Tengku Puteri'
'Hari tu kata lompat tikam...yang ni apa pula'
'Yang ni kueh puteri mandi...jadi untuk kueh ni kena gunakan isi kelapa yang sedang-sedang bukan yang tua. Tu yang buat istimewanya kueh ni. Kelapa ni pula kena parut dan isi kelapa tu akan di gaul dengan tepung puteri mandi tu....'
'Nenek mana larat nak kopek dan kukur kelapa tu...kalau ye pun nenek nak buat tepung tu lagi nanti lambat siap...takpe lah biar saya yang uruskan kelapa ni dan nenek buat benda lain'
'Kamu kan tengah sakit tu'
'Demi Tengku Puteri saya sanggup lakukan apa saja la nek'
'Menyampah'
'Nape? Tak percaya ke?'
'Betul ni kamu boleh buat semua tu?'
'Serah kan pada saya nek....berapa biji nek nak guna?'
'Satu jer...yang kamu ambik kan hampir setandan tu kenapa?'
'Takkan nek tak tau...senang cam ni jadi tak payah lah saya turun naik batang kelapa ni sampai tengah hari...kalau-kalau asyik tak sesuai jer...kan senang kalau ambik kat setandan ni....cerdik tak saya'
'Cerdik tu cerdik la tapi tu kerja membazir dan orang malas'
'Kalau asyik turun naik pokok kelapa tu jer masa bila saya nak buat latihan persembahan...kalau buat silap malam ni nenek gak yang malu'
'Apa-apa lah...cepat sikit buat kerja tu...jam 8 nanti nenek dah kena hantar kepada Tengku Puteri untuk sarapan...lewat nanti kena murka...tu memang masa santapan dia.'
'Oooo cam tu...baik lah saya pergi sekarang'
Hang Tuah terus melompat dari atas tangga menuju ke buah-buah kelapa yang bergelimpangan di bawah pokok kelapa di halaman rumah nenek. Nenek hairan melihat Hang Tuah melompat dari atas tangga tadi seakan tiada sebarang kecederaan pun.
'Kamu ni biar betul, tak nampak macam orang seliuh kaki pun...laju semacam kamu terjun tangga'
'Ha ha ha tu semua politik jer nek...nak hidup kena pandai berlakon'
'Ooo politik yer...dah pandai menipu lak kamu sejak dua menjak ni'
Sambil nenek sibuk menyediakan semua peralatan untuk memasak puteri mandi, Hang Tuah pula bertungkus lumus mengopek kelapa untuk di kukur. Ini lah pertama kali Hang Tuah melihat dan sama-sama menolong menyediakan kueh puteri mandi ini. Rupanya rumit juga penyediaan kueh ini. Apa pun Hang Tuah sangat teruja untuk terlibat sama kerana semua ini di lakukan untuk Tun Teja.
'Kelapa yang dah siap di kukur tu kamu tinggalkan saja kat situ, nanti nenek akan gunakan kelapa tu sekejap lagi, sementara tu kamu buat lah apa yang patut untuk persembahan malam nanti'
'Baik lah nek, saya nak buat raptai terakhir ni...kalau ada yang sumbang nenek tolong tunjuk ajar la ye...saya ni memang tabik kat nenek maklumlah satu ketika dulu nenek ni kira bintang juga'
'Sudah lah mengarut tu...kamu buat kerja kamu biar nenek buat kerja nenek kalau asyik dok layan kamu nanti tak masak lak kueh ni'
Hang Tuah pun keluarkan balik serulingnya dan di dendangkan beberapa buah lagu yang akan di persembahkan nanti malam ini. Kebanyakan lagu adalah lagu duet yang telah di senaraikan oleh Tun Teja. Hang Tuah berfikir malam nanti semasa persembahan itu harap-harap biarlah Tun Teja menggemari setiap lagu yang akan di dendangkan nanti. Semoga Tun Teja senang hati dan akan selalu dapat ketemu dan senang lah segala urusan Hang Tuah untuk memikat hati Tun Teja dan seterusnya membawa lari Tun Teja ke Melaka buat di persembahkan kepada Sultan Melaka.
'Nenek dah siap masak kueh puteri mandi ni...kalau kamu nak rasa hasil tangan nenek ni sila lah ke dapur'
'Memang tak sabar nak rasa ni nek...bukan senang nak rasa kueh masakan nenek. Selama di sini tak pernah nenek masak kueh, selalunya yang di beli kat luar pagar istana saja..ni mesti syok giler'
Lalu Hang Tuah menuju ke dapur di mana nenek sedang memasukkan ke dalam bekas sebahagian kueh puteri mandi untuk sarapan Tun Teja nanti. Dengan cermat sekali nenek membungkus kueh puteri mandi tersebut agar kelihatan kemas dan teratur.
'Wow sedapnya nek...baru lah saya tau kenapa nenek gunakan kelapa yang sedang-sedang rupanya untuk di guling-gulingkan dalam tepung kueh ni. Memang sedap lah nek...ada masin manis dan sangat lembut sekali. Kalau cam ni tiap hari pun tak jemu saya'
'Ni kueh kegemaran Tengku Puteri setiap kali ada persembahan mesti dia minta nenek sediakan kueh ni....'
'Ya tak ya gak...apa kaitan kueh ni dengan persembahan...kan tak ada kene mengena'
'Kamu mana tahu semua ni...memang la nampak macam tiada kaitan kueh dengan persembahan tapi sebenarnya sangat kena mengena'
'Tak faham saya nek....gelap gelita takleh nak fikir'
'Tengku Puteri suka makan kueh manis untuk menjaga suaranya. Dia elakkan makanan bersantan dan juga pedas kerana nanti makanan tersebut akan mempengaruhi nada suaranya. Tu cara orang tua-tua di sini menjaga suara'
'Oooo cam tu...kalau cam tu saya pun kena makan banyak la kueh ni untuk menjaga suara saya'
'Tau takpe...bukan saja-saja nenek masak ni tapi semuanya setelah di buat kajian sekian lama'
'Macam ni la...kamu buat lah apa suka kat rumah ni sementara nenek nak pergi istana jumpa Tengku Puteri. Kamu siapkan semua pakaian yang elok-elok untuk malam nanti...nenek nak tengok kamu akan jadi antara tetamu terkacak malam ni..kamu ingat...kat istana tu nanti ramai dayang-dayang yang cun hadir sama'
'Ingat kan kena nyanyi dan buat persembahan jer...ni yang letihnya...saya ni mana ada pakaian yang cantik-cantik, yang biasa-biasa saja ada la...saya tak tahu cam ner nak kenakan pakaian yang sesuai dengan istana'
'Kamu kan ada baju melayu dengan tengkolok dan sampin tu...yang warna biru tu nampak sangat sesuai untuk kamu'
Sementara itu nenek pun bergerak menuju ke bilik Tun Teja dengan membawa kueh kegemaran Tun Teja. Ketika nenek tiba Tun Teja sedang menunggu bersama dayang-dayang. Sambil tersenyum Tun Teja menjemput nenek masuk ke bilik peraduannya.
'Sila masuk nek...tak sabar beta nak sarapan ni...dayang-dayang semua boleh lah beredar dan pergi lah ke dewan makan untuk sarapan kamu'
'Patik minta maaf kiranya buat Tengku Puteri tertunggu-tunggu'
'Tak ada apanya...buka lah nek bungkusan tu...baunya pun dah sangat menyelerakan...panas-panas lagi ni'
'Ni masa masak kueh ni Tuah ada yang tolong sampai terseliuh kakinya semasa panjat pokok kelapa tadi'
'Cedera parah kah dia nek?'
'Ada la bengkak sikit kakinya tu tapi dah nenek sapukan minyak kuda, nampak dah surut sikit bengkaknya tu...mula-mula tu semasa dia jatuh nenek betul-betul risau...dia teruja sangat bila dengar kueh ni di masak khas untuk Tengku Puteri, tu pasal laju di panjat pokok kelapa tu mengalah beruk'
'Nenek ni buat dia gelabah pula..sian kat Tuah tu sampai terseliuh kaki kerana beta'
'Dia seronok sangat la tu....macam dia suka kat Tengku Puteri jer...entahlah...ni hal orang muda, patik tak leh nak campur sangat, kena tanya hati la'
'Nek ni lain macam jer cakap....apa lagi Tuah cerita pasal beta nek...cerita la'
'Yang patik tahu dia selalu tersenyum dan teruja setiap kali mendengar nama Tengku Puteri....macam dah angau pun ye, tapi dia pernah citer kat patik yang semua ni angan-angan kosong saja dan dia sedar semua ni adalah kisah pipit dengan enggang'
Termenung Tun Teja mendengar ayat nenek. Kira hebat gak nenek ni dok ayatkan Tun Teja. Sebenarnya tu semua skrip rekaan nenek je Hang Tuah takde lah katakan semua tu. Cuma pernah Hang Tuah bagi tahu yang dia sukakan Tun Teja tu dan berangan untuk hidup bersama.
'Ye ke nek? Lagi, lagi apa dia citerkan pada nenek pasal beta...teringin gak nak tahu'
'Tengku Puteri kena ingat yang Tengku Puteri ni tunang orang dan Tuah tu hanya perantau peniaga kain jer...jangan lak terbawa-bawa perasaan'
'Ah nenek ni potong stim la...nenek kan tahu yang beta bukan pun suka sangat dengan tunang beta tu...semua tu telah di atur, ikut hati memang beta tak mau dengan Megat Panji Alam tu, bukan citarasa beta pun'
'Patik cuma ingatkan je...terpulang lah pada Tengku Puteri...'
'Apa pandangan peribadi nenek terhadap Tuah tu....beta tengok dia tu kacak dan baik serta sopan....memang menjadi kegilaan anak dara la yang jenis cam tu. Ramai dayang-dayang yang pernah nampak Tuah tu pun cakap pada beta yang mereka dah tertawan dengan Tuah tu....ni satu cabaran buat beta'
'Pandangan peribadi patik yang pernah tinggal sebumbung dengan Tuah tu...ya...dia memang ada tokoh jadi suami yang baik, berbudi bahasa dan rajin bekerja. Tengok lah badannya yang sasa, dengan muka yang menarik serta senyuman yang manis, boleh cair mana-mana pompuan tengok dia...nenek yang dah tua ni pun teruja gak'
'Nenek jangan nak buat hal nak rapat-rapat dengan Tuah tu...beta pantang ada orang yang nak cuba rapat dengan dia walau pun beta ni bukan kekasih dia tapi beta cemburu gak ni....nenek tu ingat sempadan ye'
'Maaf patik Tengku Puteri...maksud patik kalau orang yang dah berumur macam patik ni pun boleh suka pada Tuah apa lagi anak-anak dara...takkan lah patik nak cuba-cuba masuk daun dengan Tuah tu...dia tu dah patik anggap macam anak kandung sendiri...'
'Ada tak dia citer pasal kuarga dia pada nenek?'
'Mengikut citer dia anak tunggal dan ibu bapanya masih hidup. Rasanya Tuah tu anak orang berada gak, tengok cara dia bergaul, dan berpakaian rasanya dia tu anak orang bangsawan juga. Kalau tidak mana dia nak dapat modal berniaga kain sutera yang mahal-mahal tu'
'Ya masuk akal juga lah apa yang nenek ceritakan ni...rasa beta pun begitu lah juga. Kalau bukan dari golongan bangsawan mana dia tahu segala adab bergaul dengan setiap golongan orang. Dia ni lain macam sikit la...bertuah la sapa yang dapat mencuri hatinya'
'Lain macam bunyi Tengku Puteri...nak cuba masuk daun gak ke?'
'Tak salah kan kalau nak cuba-cuba hiburkan hati sebelum kahwin paksa ni...tak seronok kawin dengan orang yang tidak kita berkenan di hati...tapi nak buat cam ner...jadi sebelum kawin beta nak seronok-seronok dulu dengan orang yang beta berkenan...apa macam rasanya boleh tak cam tu'
'Tepuk dada tanya selerea lah Tengku Puteri...patik tak kisah sangat janji bahagia'.
'Apa macam nek..? Kalau Megat tahu beta selingkuh mampus kena pancung ni...tapi ni bukan selingkuh...baru nak berkenalan kan...?'
'Patik tak nak bersubahat Tengku Puteri...nanti hilang keje..susah..tua-tua ni mana ada tempat nak kerja...ni pun nasib baik dapat renew contract ...'
'Aiiik lain macam lak nenek ni...ingat sikit yang nenek dapat sambung kontrak tu pun atas recommendation beta...jangan lupa tu...kalau ikut rekod dah memang bersepai..kes skandal dengan pegawai istana dulu...dah lupa ke?'
'Ni yang letih bila main ugut-ugut..ungkit-ungkit bagai...'
'Nenek nak lama kat istana atau dah panas punggung nak belah ni..jangan buat beta naik angin lak'
'Tengku Puteri patik setia ke hujung nyawa dengan Tengku Puteri...'
'Ha..kan bagus kalau cam tu'
Nenek pengasuh dah memang masak benar dengan perangai Tun Teja..kena saiko sikit dah longlai..orang muda biasa lah panas baran. Tapi Tun Teja pun takut gak kalau nenek pengasuh tak ada. Selama ni segala rahsia di kongsi dengan nenek tu je. Malah mereka berdua lebih rapat hubungan macam ibu dan anak.
bersambung la kalau masih larat ....huuu.