Sepuluh hari lepas saya balik kampung...Ada lah urusan keluarga sikit yang perlu di selesaikan...Kebetulan driving, jadi boleh la berhenti kat mana suka ....Tu advantage if you are driving....Kalau naik plane kena lak sewa kereta...Oh ya...kali ni bukan nak citer pasal perjalanan tu tapi pasal satu benda yang boleh di katakan semua orang suka la....Tentang kuih tradisi di pantai timur yang boleh dikatakan evergreen...terutama sekali bila bulan ramadhan....Haaa...Apa kuih tu? Kuih yang saya maksudkan tu adalah akok kedut dan beko...
Pengaruh kuih ni memang hebat.... kira phenomenal tul...Boleh di katakan sepanjang jalan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu ada saja orang jual kuih ni. Begitu juga sepanjang jalan ke Gua Musang dan Merapuh pun ada jual...Sepanjang Lebuhraya Timur-Barat ikut Jeli pun banyak juga di jual kat tepi jalan atau kat warung depan rumah...Kalau di Kemaman tersohor dengan lemang...kat sebelah Kelantan ni memang kuih2 ni la yang conquer...
Yang saya nak cerita kali ni pasal seorang pengusaha kuih ni yang saya kira lebih structured bisnes nya.....Lebih commercialised dan proper setting...Pernah pun ada artikel keluar dalam akhbar tentang pengusaha kuih ni..Saya pernah jumpa pun orang yang terlibat tu...Kenapa saya kata orang ni lebih proper...Dia bukan saja buat kuih ni tapi juga mengimpot oven dari Thailand..Saya pernah juga datang ke tempat pengusaha ni lebih kurang 10 tahun yang lalu untuk berbincang sesuatu tentang bisnes ni kerana ada kawan yang berminat untuk melabur.
Menurut pengusaha kuih ni...oven di jual antara RM3-6k mengikut saiz dan kapasiti oven tu...Pernah dia bagi tau saya pada satu ketika dia test jual kuih ni dengan membawa oven tu ke Kuala Lumpur pada bulan ramadhan...Masa bulan ramadhan tu jualannya mencecah RM22k....Kenapa agaknya boleh jadi begitu menarik perniagaan nya tu? ...Hahaha ni yang nak di kongsikan....Daya tarikannya ialah kuih ni di masak on the spot secara in-situ...Panas dan fresh dari oven dalam masa 15 minit...Oleh kerana oven tu untuk kegunaan commercial...maka boleh produce beratus biji dalam satu masa...
Dulu2 memang kuih ni di masak pakai sabut ...Sekarang tak banyak yang menggunakan alat pembakaran secara tradisional menggunakan kayu, arang dan sabut lagi...Masih ada juga tapi kira isolated cases la...Sekarang orang mahu cepat dan bersih...Kalau guna alat bakar secara tradisional memang letih la nak nunggu tambahan kena beratur panjang...silap haribulan boleh miss buka puasa kat rumah...
Cara dan strategy pak cik ni kira hebat gak la ...Sapa2 yang berminat beli oven dia akan package dengan kursus dalam masa 2-3 hari bergantung pada berapa banyak jenis kuih yang nak di manufacture...Jadi potential peniaga tu kena tinggal kat rumah nya untuk belajar resepi serta cara2 membancuh tepung...Kuih2 yang di ajar terdiri dari baulu ada 3 jenis...baulu pandan...kuning dan manisan..Yang lain tu akok dan beko...Oven tu juga boleh buat macam2 kuih ...Cake birthday pun boleh...Tapi dia lebih concentrate pada kuih tradisional.
Tempt yang saya maksudkan tu di Selising, Jajahan Pasir Putih...lebih specific kat Lorong Haji Omar, Bukit Jawa....Senang sangat nak cari...Sebelah jalan besar Kota Bharu-Pasir Putih...Sekarang ni dah ada lain2 warung berdekatan...Ni kira overspill dari perniagaan ni la..Bagus gak tu...Dia yang start keluar kan branding/penjenamaan Baulu Sri Jawa ...
Cerita pasal branding ni sebenarnya adalah sesuatu yang sangat penting dalam business...Orang Jepun hebat pasal branding ni....packaging kena hebat baru la boleh bersaing di peringkat yang lebih jauh...Nampak cantik, kemas dan bersih...Tu saya rasa orang kita peniaga2 bumiputera masih ketinggalan dalam hal tersebut.
Bagi saya usaha pak cik ni boleh di banggakan juga la...Dia buat secara kampung ..Kalau dia tingkatkan pengeluaran dan advance kan sikit lagi packaging, marketing and distribution system mungkin produk ni boleh pergi jauh....Pada pandangan saya mungkin juga la tujuan utama dia yang sebenarnya untuk jual oven dan mengajar atau membantu orang lain untuk menjalankan bisnes ni...Jadi yang dia buat dan jual kuih ni sebagai demo dan sampingan saja.
Saya teringat pada Noraini Cookies yang bermula di Shah Alam Mall..Dengan sebuah oven kecil dia mulakan buat baulu...Bila pihak pengurusan naikkan sewa premise niaga dia terpaksa pindah...Tu la dilema peniaga bumiputera...Ibarat melukut di tepi gantang...telur di hujung tanduk... Kesian juga lah nasib yang menimpa peniaga2 bumiputera ni.....we are at the mercy of others..Tapi semangat gigihnya berjuang dan dengan sikap percaya diri...dia berjaya buka kilang besar di kampung Melayu Subang....Saya pernah berjumpa dengan Puan Noraini dan suaminya serta melawat kilang tersebut beberapa tahun lepas...
Sekarang dia dah berjaya export hasil produknya ke negara Teluk...Tengok...usaha gigih dan jati dirinya yang cekal dan hebat tu telah menjadikan dia usahawan berjaya dalam bidang makanan yang selama ini di monopoli oleh kaum lain.. Cara dia buat tu betul mengikut piawaian antarabangsa, commercialised basis...JAKIM Malaysia mendapat kepercayaan dari negara2 Teluk dan memang di iktiraf halal certification nya...Halal market adalah satu potensi besar yang kini orang bukan Islam yang menjadi champion nya dalam bisnes ni....Orang bukan Islam yang paling ramai menceburkan diri dalam bisnes ber billion dollar ni...There is a huge market on halal products...So this is the time to grab the opportunity...where are all the Muslim businessman...? Entah la yop...kome tak leh nak cakap ape pun...
Saya nampak cookies ni makanan kegemaran ramai...memang orang makan pun...demand is there..Boleh jadikan satu bisnes pun. Dengan modal RM10k....untuk oven dan packaging dah cukup untuk start...Macam2 cara marketing dapat di lakukan..jual on line pun boleh...Pengusaha2 Cina dok jual asam keping dan mamak cendol boleh beli kedai harga beratus ribu RM...Mula niaga kat bawah pakok je..Tapi forward planning dan pandangan jauh mereka membolehkan mereka berjaya... Dapat hantar anak belajar oversea tanpa bantuan Kerajaan pun...Ramai orang melayu/bumiputera yang boleh buat bisnes...Peluang banyak...cuma nak kena usaha je la.... go for commercialisation baru boleh fight dengan bangsa lain.
Entah ke mana lak ni...tadi nak citer pasal akok ...Merewang lak jadinya...Rewang bukan sebarang rewang... rewang ada makna ni...Buka minda..ni untuk bisnes...Pikir baik2 apa yang saya cakap ni..Bukan setakat baca je...Kita kena enterprising kalau nak berjaya...Mungkin ramai yang malu nak jadi tokey budu...Macam hampeh je bunyi...tapi tu kerja halal...Ramai bekerja yang dok hampir dengan rasuah...temptation rasuah ni banyak, iman kena kuat, so to avoid ...kalau ada peluang yang kita suka go into business...Kata kan boleh pada diri sendiri...Siapa kata bumiputera tak leh niaga...
Dulu saya ragu gak nak bisnes...tapi I give it a try...Saya dah buktikan orang bumiputera boleh maju pun...My client 99% bukan bumiputera...Dia orang/pemaju2 ni percaya kepada kebolehan saya...Kalau tidak kenapa hire saya buat kerja dia orang kalau saya ni tak boleh perform...quality service sangat penting...so to me nothing is impossible and impossible is nothing if you really work for it..Tapi yang penting kena planning betul2 dan gigih berusaha tanpa cepat give up...to me for every no, it is closer to a yes...Tu prinsip kalau mahu berjaya..
Hihihi...waaaah, makin tengah malam makin lain macam nampaknya ni...Macam bagi motivasi entrepreneur lak ...Sekali sekala sharing ilmu apa yang ada untuk kebaikan tiada salahnya kan...Ni pun kira amal gak....it's for free...nak atau tak nak baca je...
Daripada citer pasal akok dah jadi macam tuition untuk bisnes lak ni...Tapi tu kira berkait gak la....Biasa la jurnal saya mesti ada unsur2 ilmiah tapi saya cuba santaikan...Kalau terlalu ilmiah leh bengong dan sangat la mem 'boring' kan nak telaah...Ni bukan untuk exam..tapi sebagai pembuka dan pencetus minda untuk lihat lebih jauh dalam perspektif bisnes...Saya citer ni pun hasil pengalaman yang dah saya dah lalui...
Katakan boleh pada diri sendiri...dan pasti boleh kita lakukan...Dulu saya envy tengok orang pakai kereta mewah...Merz dan BMW...tapi kalau nak cam tu kena bisnes la...Saya dah buktikan pun...Dua2 kereta tu saya dah pakai..Tapi kena ingat tiada jalan mudah untuk berjaya....Yang penting jangan tipu orang...Cari yang halal...Contoh buat bisnes cookies ni involve production dan sales, tak terlibat dengan tipu orang, takyah nak rasuah mana2 orang pun...Produk tu penting...buat penjenamaan ...re branding kuih biasa, go to global market...Saya yakin pasti boleh..tap on the halal market...Insha Allah you can make it big...
"Never wait for the proper mood to start a thing, nor until the spirit moves you. Make your own mood. Move your own spirit. How?..ACT...Do something - anything. Inspiration seldom generates action. Action always creates inspiration".
sampai ketemu lagi jika di izinkan...selamat malam teman.