Cinta adalah sesuatu yang kompleks...terjadi pada setiap manusia, haiwan dan juga kepada tumbuhan...waah ...Hari ni pandai pula saya bercerita tentang cinta....banyak pengalaman ker?...Banyak tu tak lah...ada lah sikit2 kalau kata tak ada langsung ...bohong lak kan...
Dalam erti yang lebih luas lagi jika disabitkan dengan spiritual, maka kita beralih kepada cinta ynag lebih agung, cinta pada para Nabi dan Rasul... yang tertinggi cinta pada Pencipta, ia itu Allah Azzawajalla...
Uiseeeh...nape lak ri ni main topik cinta ni...dah macam buang tabiat agaknya...Sabar dulu yer..Hari ni saya nak sentuh tentang cinta sesama manusia....alaaa yang biasa orang dok citer...Cinta antara pasangan lelaki dan pompuan la apa lagi...Uda dan Dara, Romeo and Juliet cam tu la.
Sebut saja cinta maka takkan leh lari dari cemburu...Kalau tak cemburu pun tak gak bagus...Macam tak sayang jer...yer la kalau takde rasa cemburu langsung maknanya memang sudah tak sayang ...Dah tak kisah....lu gua lu gua...Apa cer bro?...Tapi ada gak couple yang kuat cemburu...biasanya couple yang muda2...Silap2 tangan kaki naik sebab cemburu yang keterlaluan...ni bahaya ...Cemburu biasanya di sebabkan oleh orang ketiga ke keempat ke...Memang campur tangan dari luar...yang parahnya bila salah satu pasangan tersebut yang dok layan semacam maka lagilah jeles tu membiak...Tambahan pula jika yang di cemburui itu adalah orang yang lebih segalanya....paras rupa, harta, kedudukan dsbnya...Menjadi2 lah cemburu tu.
Masa muda atau pada awal cinta tumbuh, segalanya indah belaka. Cinta harus di iringi pengorbanan baru lah rasa cinta itu penuh makna dan nikmat. Cinta akan pudar apabila pasangan tidak menghormati antara satu sama lain walhal tika mulanya cinta bersemi dunia ini adalah seakan milik mereka berdua.
Trust adalah satu2 kriteria yang sangat penting dalam mengekalkan hubungan cinta. Tanpa trust maka akan punahlah segala harapan yang ingin di bina. Trust mengatasi segalanya begitu juga dengan cinta ikhlas. Ada setengah pasangan hanya berpura mencintai di sebabakan niat tertentu. Ada pompuan mencintai lelaki di sebabkan kedudukan dan harta benda serta status tambahan dalam dunia yang penuh materialistik, pun juga lelaki mencintai wanita atas sebab dorongan nafsu semata. Ini yang banyak juga terjadi antara pasangan.
Jadi pandai2lah memilih pasangan dalam melayari alam cinta yang begitu kompleks. Apakah bahagia sebenar wujud dengan cinta sejati? Ya, mungkin benar. Kita lihat ibu bapa kita yang kebanyakannya berkahwin secara arranged marriage tapi hidup kekal ke akhirnya dan berapa ramai yang berkahwin atas dasar cinta akhirnya berantakan. Kenapa terjadi demikian? Ada banyak faktor luaran yang memihak kepada keruntuhan ikatan perkahwinan tersebut. Tambahan di zaman serba canggih dengan segala kemudahan dan pendedahan yang ketara waktu ni. Kini untuk mengenali seseorang kita tak perlu lagi bersua muka cukup hanya bersua di alam maya saja.
Apa yang saya nak ceritakan di sini bukan tentang cinta dan hubung kait dengan kehidupan di alam maya. Tapi...apakah jenis cinta yang dapat membawa manusia setia sepanjang zaman dan kekal hingga nafas terahkir. Saya sangat teruja melihat keakraban pasangan golongan berusia yang masih berjalan berpimpin tangan dalam usia yang hanya tinggal beberapa waktu saja lagi. Dan rata2 mereka bukannya terdiri dari golongan berada. Cukup hanya mereka yang hidup di kampung2 jauh di pedalaman. Mereka boleh makan bersama di bawah pokok di kebun atau di sawah padi. Mereka masih dapat bergurau senda seadanya. Dengan kesederhanaan tersebut mereka mampu membesarkan anak2 dan mereka bahagia...Cinta mereka ori takde nya plastik macam setengah pasangan kini.
Bahagia bukan terletak pada kekayaan harta dunia dan kedudukan. Berapa ramai pasangan yang kaya raya hidup berantakan. Tugas harian menjadikan jarak hubungan pasangan begitu ketara. Masing2 dengan hal sendiri tambahan dengan tuntutan hidup yang menjadikan manusia lebih menghargai kerjaya lebih dari segalanya. Maka dengan sendirinya cinta itu hanyut dari hati pasangan2 ini. Cinta bukan mengeratkan malah menjarakkan. Saya kadang2 heran dan juga jeles bila tengok makcik2/pakcik2 yang bermotosikal hidup begitu bahagia...Balik kampung saya lihat betapa mereka keluar rumah membonceng dan makan bersama di kedai kopi.
Apa yang sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan sementara ini? Tentu lah bahagia dan cinta yang terakhir. Susah untuk kita salahkan pada pasangan yang memilih cinta di luar apa yang mereka ada kini. Keserasian timbul apabila kita kenal lebih rapat dengan seseorang. Bukan tidak menghargai dengan apa yang telah di miliki tapi rasa cinta yang ada tidak cukup untuk membahagiakan diri.
Cinta adalah sesuatu yang sangat kompleks dan complicated. Sesuatu yang sukar untuk di mengerti. Ada orang sanggup mati kerana cinta...ada yang merana atas kahwin paksa dan sanggup lari berkorban sedaya upaya sehingga ada yang terpisah dari restu keluarga. Tapi pengorbanan tersebut tiada nilainya setelah pasangan tersebut mula melupakan apa yang pernah terlafaz tika mula2 mengikat cinta. Banyak faktor luaran yang mendorong kenapa pasangan menjadi hambar di peringkat usia yang berbaki. Nak kata tak matang, usia semakin menjarak...Matang fikiran tapi tidak pada hati dan perasaan. Terbuai oleh tuntutan alam maka terpinggir rasa tanggung jawab terhadap pasangan dan dengan itu lahirlah jarak cinta yang akhirnya memisahkan dua hati.
Terlalu bebas juga tak bagus dan terlalu mengongkong juga tidak baik. Tali yang tegang jika di biarkan tegang terus akhirnya akan genting dan putus. Kena tahu cam mana nak imbangi. Perlu banyak pengalaman. Dan faktor utama yang lain adalah tolak ansur dan iman yang kuat dan cinta yang lebih terhadap pegangan ugama...keimanan sebenarnya adalah key factor. Ada ramai orang alim yang banyak kahwin cerai ..Ya betul..Tu bukan salah ajaran ugama tapi salah mereka yang mempraktikkan...
Cinta sejati bukan terletak pada nafsu berahi. Cinta sejati adalah cinta yang terlahir dari hati yang suci dan ikhlas. Berpangkal dari kejujuran dan tulus membagi rasa. Ada orang yang boleh sayang pada binatang lebih dari manusia. Nape tu?...Kerana rasa cinta yang tidak terdorong oleh nafsu berahi. Kebanyakan cinta manusia lebih terdorong kepada cinta berahi dan ini pasti tidak akan kekal. Manusia akan bertukar fisik menurut fitrah alam dan ini akan menjarakkan rasa cinta yang bersandarkan berahi. Memang sukar untuk mendapat cinta sejati berteraskan rasa ikhlas, jujur dan penuh setia. Sukar....Berbahagialah sesiapa yang bisa merasakan nikmat cinta sejati tersebut. Cinta begini datang dengan sendiri tanpa di rancang tanpa di duga. Keistimewaan itu yang membuatkan cinta tersebut bisa bertahan selamanya. Tapi sekali ia datang, memang indah dan nikmat yang tak terhingga. Cinta agung memang sangat bernilai melebihi dari segalanya.
Waaah makin serius nampaknya ni...
Saikologi memainkan peranan penting dalam jalinan hubungan antara dua hati. Kadang2 manusia terlepas pandang setelah hidup bersama sekian lama dengan anak2 yang telah membesar dan berumah tangga. Masa awal kehadiran anak2 dalam kehidupan mereka sangat teruja dan memikirkan anak2 adalah pengikat kasih sayang. Ya betul...tapi kehadiran anak2 juga membuatkan rasa cinta pasangan terjarak tanpa di sedari. Oleh kerana tuntutan membesarkan anak2 tertumpu lebih, maka rasa cinta dan kasih sayang antara pasangan sedikit demi sedikit telah berpindah pada anak2. Ya, keadaan ini memang banyak yang terjadi. Ibu begitu prihatin terhadap anak2 yang kadang waktu terabai tanggung jawab terhadap pasangan...dan sedikit demi sedikit akan menjadi satu virus dalam hubungan cinta tanpa di sedari. Dan tidak mustahil lah pasangan mula merasa sepi di rumah walau dengan kehadiran anak2. Dan dapat kita lihat betapa ramai kaum bapa yang lebih seronok di luar rumah bertemu teman sambil pekena roti canai dan teh tarik . Ini kenyataan...dan lebih ketara dengan corak kehidupan di bandar2 besar.
Jika dulu isteri suka memasak untuk suami...tapi dengan kehadiran ramai tetamu keluarga/anak2...masak sudah kurang kerana letih tambahan untuk career mothers..Akhirnya beli makanan siap, fast food, junk food dsbnya ...Tu pasal ramai pasangan yang makan kat luar...Restoran mamak la yang popular ...outing tu bagus tapi makan bersama keluarga di rumah lebih mengeratkan lagi kasih sayang. Tapi bila dah bawa hal masing2 maka tak boleh lari dari rasa sunyi, kosong dan sepi serta terpinggir akan hadir dalam diri. Sekiranya waktu begini wujud seseorang manusia yang mengerti dan sedia mendengar dan memahami maka rasa cinta itu pun bisa berpindah. Orang yang sunyi tidak memerlukan berahi, cukup sekadar ada telinga yang bisa mendengar...Dan keadaan begini tidak lah parah kerana berahi sudah hilang, yang tinggl hanya rasa cinta dan kasih sayang yang terisi. Dan kiranya terjadi demikian maka itu adalah lahir dari nurani yang ikhlas serta penuh jujur.
Salah satu cara mengekang rasa sunyi biasanya mempertingkatkan aktiviti spiritual...banyak hadir kuliah ugama, sentiasa berjemaah di surau, masjid, melakukan kerja2 amal atau terlibat serius dengan hobi...tapi itu semua..ya betul membantu mengekang kesunyian buat sementara...Hakikat sebenar sepi dan sunyi masih wujud di jiwa. Berapa ramai yang saya lihat selepas saja solat subuh...bapa/suami2 ini berkumpul di kedai2 kopi..Tak pun balik rumah...Kenapa?...Cer citer?...Begitu gak waktu malam....Lepas berjemaah di surau2...tersengih2 dengan tosei dan carrot susu kat restoran mamak...Kedai mamak orang suka datang kerana ambience dan variety of light foods yang sangat ngam la untuk sembang2...tambahan pula musim bola...Tengok bola kat luar lagi syok berbanding kat rumah. Sekarang bukan saja lelaki yang kuar rumah, kaum ibu pun ada gak lepak2 kat restoran mamak...siap ada geng lagi...
Kenapa semua jadi cam ni?...Kerana rasa sunyi yang menuntut mereka2 ni untuk mencari damai cara mereka sendiri....Kalau tak mamak kat karaoke...test suara...Bukan untuk belajar tajwid tapi nak release tension...Habis tu nak wat cam ner kalau itu dah jadi trend kehidupan sekarang. Zaman IT ni hidup kita kena control oleh gadget2 tersebut...Makin ramai bercakap sorang2, cam orang kurang siuman...Tapi tak apa lah janji itu boleh buat orang bahagia...
Hampir2 lari topik asal ni...ok... kita pusing balik dari terbabas ni...
Macam nak marah jer ni...hmmm mau tak nya...tengok perangai lelaki2 yang sudah sekian berumur ni...lain macam sudaaa..
Kahwin di usia berumur/lanjut usia biasanya bukan di dorong oleh nafsu berahi tapi lebih menjurus kepada companionship....Perlu teman untuk memecah kesunyiaan...Kalau kawin dah umur 70, apa lagi yang nak difikirkan tentang berahi...tak berani nak berahi dah...Saya sangat teruja dan respek pada pasangan yang lanjut usia tapi masih mampu bermesra, berjalan berpimpin tangan, makan bersama libur bersama dan di lakukan dengan penuh intim dan rasa hormat antara satu sama lain.
Teringat saya akan satu kisah tentang pasangan lanjut usia yang berkorban untuk pasangannya demi rasa cinta yang ikhlas dan sejati serta penuh setia...Mungkin ramai yang dah tau kisah ni tapi saya nak re cap balik sebagai panduan untuk kita semua...Apa itu pengorbanan? Dalam kesempitan hidup manusia bisa juga bahagia jika ikhlas melakukan ...Bahagia tak semestinya dengan harta benda dan kedudukan/darjat/pangkat tinggi...Siapa saja...saya ulangi siapa saja berhak untuk bahagia tak kira kedudukan, usia dan dari golongan mana. Semua makhluk berhak untuk bahagia....Tak terkecuali siapa pun...
Oh ye...hampir terlupa kisah nak di ceritakan tadi...bukan sebab faktor usia saya, tapi terbawa2 dengan naluri ingin bahagia...ceeeewah...perasan gak rupanya....
Di sebuah perkampungan, tinggal sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya...tinggal hanya mereka berdua...Anak2 biasa lah dah besar berdikari punyai keluarga sendiri tentunya sibuk melayani kehidupan masing2...Seperti pasangan berusia yang lain...mereka hidup bahagia walau dalam kesempitan yang mereka alami. Apa pun pasangan ini tidak pernah merungut dengan apa yang mereka ada..Kerana mereka tau cinta ikhlas dan kasih sayang tak berbelah bagi adalah kunci kebahagiaan mereka.
Satu petang sambil baring2 di atas katil usang hadiah perkahwinan oleh keluarga mereka dulu2....si suami merenung mata isterinya dengan rasa penuh kasih sayang, begitu juga si isteri pun turut merasa bahagia di atas tenungan mata yang semakin rabun...Tapi masih boleh nampak dan kenal bantal selimut la......Cer ikuti dialog mereka...
H:..'Sayang...I rasa kesian tengok U..Sejak kita kawin dan ada kuarga...hidup kita tak la selesa benar cuma setakat ok ok je...' kata si suami pada isteri tersayang.
W: 'Nape U cakap cam ni?...I ok je..janji U selalu ada di samping...I'll be fine...ya serious..honestly'
Sambil di cubit pipi isterinya, si suami meneruskan bicara...
H: ' I tak perasan lak yang rambut U ni dah panjang sangat sampai ke pinggang....cantik sangat...ikal mayang lagi...'
Sambil di belai2 rambut isteriya dengan penuh kasih sayang.
W: 'Ya betul la tu...dah lama kan I simpan ni...mungkin U dah hari2 tengok tentu tak perasan ia makin panjang...bukan cam tu ke abang?'
H: 'Hmmm...mungkin juga la betul cakap U ni...rambut U ni masih lebat, cantik, ikal mayang lagi...cuma....'
W: 'Cuma apa laknya...nak ngenakan orang la tu...dah usia cam ni takyah la nak puji2 sakan...tak dapat apa pun'
Sambil ketawa kecil yang masih seksi...di usap2 telinga suaminya. Geli gak si suaminya tu...ya la dah berkurun hidup berdua mesti tau mana tempat nak di geli2 kan...terkikih2 si suami kegelian. macam teruja pun ye...
H: 'U niii..jangan main lama2 kat telinga ni...geli la...teringat lak masa muda2 dulu...U suka sangat main kat telinga ni....adoiii...kenangan terindah'
W: 'Mula la tu wat citer lawak...makin tua makin lak menjadi manjanya'
H: 'Manja dengan buah hati tersayang pe salahnya...tak bolee?' Lagi pun kita berdua je kat atas katil ni'
Sambil di cucuk2nya pinggang isterinya...terketar2 isterinya menahan rasa geli geleman...Jauh di sudut hati si suami ni teringatkan sesuatu...Ya teringatkan untuk menyikat rambut isterinya yang panjang itu...Tapi mereka tak ada sikat yang sesuai untuk rambut yang panjang tersebut. Rasa bersalah hadir dalam kalbunya...Menyesali diri tentang ketidakupayaan membeli sikat untuk isterinya. Sedih pun menerpa di kalbu...termenung...
W: 'Abang...nape ni tiba2 diam?..Termenung lak...ada I buat benda salah ke...I minta maaf ye bang...tak terniat pun nak sakiti hati abang'
H: 'Bukan cam tu la sayang...Takde apa salah pun..saja je teringat sesuatu...I'm fine..ok la'
W: 'Teringat awek mana pula ni...jangan nak menggatal...siap la kalau I tau'
H: 'U niii takde benda lain...Mana ada awek dah tua2 cam ni..walau pun I ni dalam golongan hensem lagi...takde maknanya nak ada awek bagai...tak caya ke?'
Sambil tu si isteri memegang2 jari jemari dan tangan suaminya...di elus2 penuh mesra sambil merapatkan pipinya ke dada suaminya serta di usap2 dada suaminya yang putih bersih itu..Sementara melakukan demikian dia terpandang tangan suaminya yang memakai jam di tangan kanannya...Nampak dengan jelas tali jamnya sudah semakin lusuh tapi ya la barang ori masih ada harga. Jam ni adalah hadiah perkahwinan mereka dulu.
W: 'Lembutnya jari abang ni...Jam ni jam lama kan bang....dah berapa tahun abang pakai ni tak pernah tukar...Jam ni masih elok cuma strap nya style lama sikit'
H: 'I sayang jam ni..barang lama memang dah takde jual sekarang ni...dah jadi antik...berharga ni..Eeh...nape tiba2 lak U tanya eak?'
W: 'Saja jer...bila nampak jam ni teringat kisah kita kawin dulu..Abang segak nar masa tu.....Lepas sanding tu ramai awek2 kampung ni cakap I bertuah dapat U ni...baik, penyanyang, hensem lagi tu....hiii ...cuma tak kaya la...tu je yang lain semua ok'
H: 'U nyesal ke kawin dengan I yang tak kaya ni?...Cukup untuk makan je..nak beli rumah besar, kereta mewah, melancung luar negara semau I tak mampu' ...macam sedih dan terasa pun ada.
W: 'Eeh..abang ni...makin tua makin emo lak..I tak maksud cam tu la...anak 5 orang tu adalah harta kekayaan terbaik kita yang U telah hadiahkan pada I...I tak terasa apa pun...in fact I'm so glad that we're like this...kalau abang kaya mungkin abang lupa daratan...buat I merana sepanjang usia...lebih baik camni janji kita bahagia'
H: 'I kesian tengok U kerja kuat siang malam...siang kerja kebun malam2 menjahit ambik tempahan orang kampung ni...tu yang buat I rasa bersalah tak dapat buat sesuatu untuk U'
W: 'Dah banyak yang abang buat untuk kita sekuarga...takyah nak ungkit2 lagi...haaa sebelum terlupa...pengat pisang ada lagi...dah chill punya...pekena dengan pulut kan best...nanti I ambik kan'
H: 'Tak yah la sayang..nanti I ambik sendiri kalau I teringin nanti...U rilek je...nanti I yang akan buatkan minuman untuk U...haaa amacam..'
W: 'Nape tiba2 baik ni...mesti ada apa2...baik citer sebelum small kettle ni mendidih'
H: 'Adooi U ni tak abih2 dengan jelesnya tu..tau la U jeles kerana sayangkan I...tapi jangan over sangat la..'
W: 'Ala la la...rajuk ye...korek telinga kang...'
Dan mereka ketawa terbahak2...bahagia sungguh mereka ni..Walau dalam segala keperitan hidup mereka masih mampu bergurau senda dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang...terbaik lah mereka berdua ni...
Satu hari semasa pulang dari bandar si suami ternampak sebuah kedai jam yang masih di buka. Lalu dia pun menghampiri kedai jam dan bertanyakan sesuatu dengan pemilik kedai jam tersebut. Setelah berurusan dia ke kedai cenderahati dan barang2 keperluan hias diri. Setelah membeli apa yang sepatutnya dia begitu teruja untuk pulang cepat bertemu isterinya. Sesampai di rumah isterinya berada di muka pintu menyambut kepulangannya dengan senyuman terukir. Kehairanan agak..apa kena dengan isterinya tu...Ahh tak kisah la fikir si suami.
W: 'Abang dah makan ke kat pekan tadi?'
H: 'Lom lagi...ingat nak balik makan dengan U la ni..Ada I beli nasi goreng kerabu dengan tom yam ni...jom la kita makan..masih panas2 ni best gak makan.'
Ada sesuatu yang luar biasa pada isterinya hari ni..Biasa tak pakai selendang tapi hari ni di pakai selendang biru...wah...makin ayu nampak..
W: 'Nape abang pandang I semacam je ni..ada yang tak kena ke?'
H: 'U look so stunningly pretty today...ada sesuatu yang buat U nampak cantik...selendang U tu'
W: 'Sebenarnya bang I dah potong rambut...ha tengok ni...memang I sayangkan rambut ni tapi I nak buat sesuatu untuk abang..Harap abang tak marah ok...'
H: ' U buat apa sayang dengan rambut U yang panjang tu?'
W: 'Selepas kita baring2 semalam I terfikir nak belikan sesuatu untuk U..Selama ni I tak pernah buat apa2 untuk belikan barangan yang U suka bang...jadi tadi I kuar gi pekan dan I potongkan rambut ni..kerana ada salon yang nak beli rambut I yang panjang ni...so I jual la...dan I belikan ni untuk U bang...'
Lalu di keluarkan barangan yang di maksudkan...se utas strap jam tangan untuk suaminya...terbuka luas mata dan terperanjat betul si suami melihat perbuatan isterinya itu. Sedih pun ye.
H: 'Nape U buat semua ni?...U sanggup korbankan benda yang U sayang....mahkota atas kepala U tu semata2 untuk strap ni...memang la I suka strap ni tapi tak berbaloi dengan rambut yang cantik tu'
W: 'Tak pe la bang...I buat ni semua untuk U...tanda sayang I pada U'
H: 'I appreciate that...hmmm ...I pun sebenarnya nak tunjukkan U sesuatu...I beli khas untuk u....nak tengok?'
W: 'Nak nak...pe dia lak ni..?'
Lalu di ambil barang dalam bungkusan yang di maksudkan suaminya. Terkejut nar bila melihatnya...sambil geleng2 kepala...tak di sangkanya la ..
H: 'I ke pekan tadi beli benda ni untuk U...I dah pun jual strap jam I ni untuk I beli sikat ni ...sikat yang di perbuat dari gading gajah ni memang sesuai untuk rambut U yang panjang tu'
Mereka berdua berpelukan dengan di iringi airmata sedih campur gembira...Itu lah pengorbanan terhadap orang tersayang...mampukah kita lakukan untuk orang yang tersayang...?..Tepuk dahi tanya otak...
Apa yang saya cuba kongsikan ni bukan niat untuk offending sesiapa..sekadar berkongsi pengalaman dari yang lebih berusia untuk generasi yang lebih muda...Semoga bermanafaat...Buat yang masih baru di alam percintaan atau yang masih baru membina keluarga bersama teman tersayang...harap2 semua akan dapat melalui zaman2 yang pernah saya lalui dari dulu hingga kini...
wassalam..

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.
Tq
ReplyDelete