Sunday, 24 April 2016

bandar pontian...(part two)


bismillah


Oleh kerana masih ada masa sebelum dinner, kami pusing2 kat Bandar Pontian ni...Memang nak cari pantai...Mana tau leh rehat2 otak yang kepenatan serta memanjakan mata dengan persekitaran di sini...Takde pun nampak pantai orang mandi manda kat sini. Dalam masa kami pusing2 tu me nampak ramai orang menuju ke satu tempat....Jadi kami pun ikut la kereta kat depan...Nak gak tau ke mana arah tuju tu.





Dalam perjalanan tu me nampak ada commercial premise yang belum di duduki...Nampak cam dah siap and ready for occupation...may be not yet granted the CFO...Bangunan ni agak contemporary in term of design...flat roof with straight lines, clean cut, simple and boxy...facade banyak guna glass...Memang sekarang banyak bangunan di rekacipta bercirikan form yang demikian.





Berhampiran dengan bangunan ni ada semacam man made lagoon...Me nampak ada pier dan concrete bridge macam untuk kegunaan jetty gitu...Me terfikir...ngikut design acument dalam kepala me ni mesti untuk kegunaan boat/yatch berlabuh dan docking...Mesti la marina ni..Takde lak nampak dry dock untuk boat park...Kalu ada dry dock tu memang untuk di park boat tu satu tempoh yang lama...





Laluan yang banyak kereta dan orang ramai dok lepak2  ni bentuknya macam satu cul de sac yang besar...dead end...very colourful...Macam pedestrian walkway gitu...nice treatment with coloured interlocking slabs...hmmm...sesuatu yang menarik..




Me confirm kan dengan seseorang yang me jumpa tadi...Memang la ni marina...Projek tambak laut oleh pemaju yang memajukan kawasan commercial premise tadi tu...it's a waterfront development. Oleh kerana ni adalah sesuatu yang asing maka ramai lah orang tempatan yang datang untuk tujuan rekreasi petang2 gini...Meriah tul tempat ni...



Selain dari lagoon ni, takde apa aktiviti pun...Pada pandangan me la...memang manusia ni perlukan sesuatu untuk rehatkan minda...lapangkan fikiran...Macam tempat ni...it's for free...takyah bayar apa dan yang me dapat rasakan adalah ketenangan dengan persekitaran yang ada di depan mata...Bila kuar ke tempat2 gini...hubungan kekeluargaan pun makin intim...tu yang kita nak.





Mungkin tak semua orang perasan kat Bandar Pontian ni ada tempat cam ni..Bagi me la...it's ok to do the development on reclamation land...sekiranya bawa faedah kepada kerajaan dan orang ramai. Penduduk tempatan pun bole gak dapat benefit dari segi employment di sektor2 yang berkaitan...Takkan la semua nak jadi nelayan...


Leka gak me dok kat sini...Lapang fikiran tengok laut luas terbentang. Ada pulau dan juga nampak trawler nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan...Ada gak bot yang baru kuar nak tangkap ikan tepi pantai la agaknya...takleh gi jauh bot enjin sangkut gitu..


Well, what a very dramatic scene with all the activities that blend together into an astonishing twillight panorama...wow..phenomenal.




Ramai orang dok santai dengan famili, rehat2 sambil membiarkan anak2 roaming around...sonok nar nampaknya...Sebenarnya kawasan yang berbatu ni adalah breakwater...sebagai wavebreaker untuk menahan ombak...Memang batu2 ni penting juga sebagai shore protection...Marina tak boleh ada di tempat open sea...goyang berjoget menari samba abih la boat/yatch tu.. Apa yang menarik perhatian me seolah breakwater ni di reka untuk lain2 kegunaan selain dari tujuan asal sebagai penahan ombak....




Hmmm....I don't know whether it's purposely planned or incidental...somekind of after thought planning...Apa2 pun me rasa ni sesuatu yang bagus untuk di jadikan contoh...Cuma kawasan gini perlu pemantauan dari aktiviti2 yang kurang sihat...seperti tumbuhnya gerai2 haram yang akan mencacatkan keseluruhan environment tempat ini... Juga takut nanti banyak lak kereta rosak kat tengah2 malam....faham eak yang me maksudkan tu...


Teruja nar me dengan tempat ni...sonok tengok gelagat manusia kat sini...Ada macam2 orang...Mungkin gak local tourist macam me ni...Ada yang datang dengan pakaian aduuuuh macam nak gi pesta...Ada yang santai bawa famili...Ada yang solo...Menarik...Biasa la tempat gini ada orang jual aiskrim...Elok gak basahkan tekak cuma jangan la buang sampah merata..




Anak2 dan mak2 anak la yang paling sonok me tengok...Bawa pancing bagai...Bukan nak mancing sangat pun...riadah la katakan..Sambil2 dok saja2 hulurkan joran...Rasanya kalu tempat2 gini ada gak yang mancing orang...


Biasanya tekaan me ni tak salah..assumption me banyak yang tepat...Kita tengok nanti ada tak insiden pancing orang ni.....

Hihhhii...syok gak dok sini di waktu senjakala begini...hahaha..



Hmmm....ada banyak lagi yang nak di kisahkan tentang tempat ni...Baik kita pause dulu kejap...Kalu panjang2 nanti muak la nak baca....Kasi suspense sikit baru la kita sambung balik ... tunggu eak.



sekian lah saja buat kali ini. 
semoga kita ketemu lagi di lain episod.
terima kasih.
wassalam.



Friday, 22 April 2016

bandar pontian..ada benda pelik..mende? (part one).


bismillah



Tiba di Bandar Pontian hampir jam tiga petang.. Lama nar tak datang, dah lupa jalan pun. Kami telah pun buat pre booking kat Hotel Pontian. Kat bandar ni rasanya takde hotel yang stand alone ..Apa yang me nampak semua nya guna shop lot. Sama gak la dengan Hotel Pontian ni ..Mem familiar dengan hotel ni kerana dia penah tinggal kat situ masa bawa students untuk lawatan tapak tak lama dulu.

Bilik yang ada untuk kami hanya kat tingkat 3...Memang menapak la...tak de lift...Bayangkan kalu OKU atau orang tua yang sakit sendi atau asma dll penyakit...Me bukan muda sangat pun..dah kira bangka gak tapi me ok jer lagi panjat 3 tingkat. 

Me nampak ada satu famili tu bawa kuarga...ibu bapa mereka rasanya...Setiap tingkat tu berenti...mengah macam nak putus nafas... Me rasa bole je nak adakan lift...Buat satu lift kat tengah2 dan gunakan access corridor untuk ke setiap bilik...Tu lebih economical daripada ada lift setiap empat unit seperti kelazimannya.




Kalu ada alternatif hotel memang tak mau la tinggal kat hotel yang takde lift facility dsbnya....Maksud me kalu bawa budak2 kecik...OKU dan orang2 yang lanjut usia yang tak larat nak bergerak...Tapi dah ni je yang ada...Yang kira paling gah la kat sini...hmmm..Apa yang me suka kat tempat ni ...dekat dengan lain2 kemudahan....kedai makan ...kedai runcit ...7E, resto mamak lak annexed to this hotel...Restoran Alif tu la maksud nya...24 jam operasi...very convinient untuk lepak2 la.




Pontian ni sinonim dengan nenas. Malah ada satu muzium khas untuk nenas...Yang heran nya takde pun nampak orang jual nenas tepi jalan macam orang jual nenas kat Jalan Rantau Panjang, Kelantan...Memang berderet gerai jualan kat sana tu..


Selepas check in kami saja la pusing2 tengok bandar ni...nak tengok apa yang menarik la maksudnya......Pada hemat me bandar ni adalah bandar pesisir pantai..Macam gak bandar KT/Kuala Terengganu dan KK/Kota Kinabalu...Bagi me la KK is the best la ...kerana setting bandar tu mengadap pulau2 dan ada teluk Likas yang cantik dan pembangunannya lebih pesat dan terancang...Ya la KK tu ibu negeri pun...Pontian ni hanya lah satu Daerah je..




Kadang2 tinggal di bandar kecil ni ada gak pro nya...Salah satunya terhindar dari segi kesesakan dengan manusia dan kenderaan. Lagi satu yang me peratikan ialah pergaulan....we tend to bump into each other and becomes an unselfish and friendly society...Tak kira la kat pasar, kedai makan atau kat pejabat2 kerajaan....Kita leh kenal dengan agak rapat kerana tak ramai orang seperti di bandar2 besar yang lebih kepada individualistic corak pola sosialnya.


sekian untuk kali ini.
nak kena sambung len kali la yer.
sambung kat part two..
terima kasih. 
wassalam.

bandar pontian... (part three)


bismillah


In the earlier town planning layout...Most buildings do not really comprehend the importance of waterfront as a value add asset for the overall development. Most buildings are more concerned on fronting the main road. The idea of having esplanade as part of town recreational area has lately being given some kind of leverage in the township place making...a kind of positive outlook from the administrators at Local Government level...a good start anyway rather than having a vacuum in a beneficial and pragmatic urban design perspective.





Me suka tengok ramai yang datang ni dengan kuarga bawa anak dan isteri2....damainya ...Memang teruja dan  sonok tengok kuarga bahagia...ya...Bahagia bukan mesti kaya raya...Yang datang ni pun takde la berkereta mewah...Biasa2 je tapi semua yang me nampak hmm..mendamaikan jiwa...Buat me tersentuh bila dengar anak2 memanggil nama ibu ayah... 

Kuarga sangat penting dalam hidup kita...Demi orang yang di sayangi...kita sanggup dan rela mati kerana mereka...mempertahankan hak dari menjadi seorang yang dayus.

"Demi kamu, sekiranya aku mati, aku rela"

Ahhh tetiba me jadi emotional lak...common man ..lelaki  sejati tak boleh nitiskan air mata...Jika orang yang kental jiwanya menitiskan air mata mesti atas sebab yang sangat kuat gara2 sentuhan yang paling dalam serta memilukan....


Ada gak me nampak tadi yang solo datang sorang2 dok makan kuaci lam kereta..Jap2 tengok fon...Pah tu sambung makan kuaci balik...Sib baik berdisplin tak di buang kulit kuaci merata ...Me rasa dia tengah krisis atau tengah tunggu call mungkin jua tunggu whatsapp seseorang...Kita leh nampak dari raut wajah yang kegelisahan tu..

Ada gak yang merajuk lari dari pasangan dan terus bawa diri kat tempat2 cam ni...Kadang2 orang lelaki ni ego gak tak nak ngalah...tak makan pujuk rayu...Konon nak tunjuk dia tu keras kepala...



Tapi kalu datang tempat2 gini ada pakwe yang prihatin dan caring dok respond baik punya dan kalu makwe tu layan nyesal tak sudah pakwe yang degil tu.....Sapa suh nak berdegil sangat...Bunga ku puja di petik orang...huhuu...

Yang me nampak tu, orang pompuan la...Dia pasan me tengok dia..Masa tu me lam kereta tengah edit foto dalam fon...Bukan me nak tengok sangat pun tapi dah sebelah2...tertengok la...Dia malu2..tapi me wat selamba sambil senyum kat dia...Senyum kan sedekah pun...

Ada lak dua orang budak lelaki datang kat kereta budak pompuan ni..Nak adjust la tu...Budak pompuan tu tak layan dan terus hidupkan enjin kereta..Sebelum berlalu dia angkat tangan kat me...Me pun angkat gak la tangan me sendiri, takkan nak angkat tangan dia lak...

"Orang berbudi kita berbahasa..."
"Orang memberi kita merasa..."

Tapi takde pun dia bagi kuaci, jadi tak dapat la merasa...Setakat angkat tangan tak dapat rasa apa pun...Silap peribahasa ha ha ha...Tapiiii.....yang mahal tu ada senyuman...me sorang jer senyum dia tak pun...dia belah gitu jer...Cuma jelingan di ekor mata nya tu yang mahal....Ok gak la tu pada takde langsung kikikikikkk..

Me rasa saja dia nak bagi tau kat budak lelaki tu yang dia kenal me...Budak lelaki tu tersipu2 malu..Kira me ni jadi penyelamat la.



Bahaya kalu datang sorang2 tempat cam gini...Me ni jenis lembut hati....cepat kesiankan orang...kikikk...Tapi me datang dengan famili...Selamat la me dari gangguan spiritual huhuuu....

Takde la me saja2 jer gurau tu...Adooi...Jangan lak lekas caya ...hu hu hu...me wat lawak je la...hi hi hi...Macam real jer..habuk pun takde....Saja2 jer khayalan waktu senjakala...best gak..free pun khayalan tu...Silap2 khayal dapat bonus kena tegur kat anak2..huhuhu...Apa2 pun 70% kisah benar tu wei...



Selepas maghrib kami kuar nak gi dinner. Banyak terdapat gerai2 di sepanjang pantai kat kawasan rumah kedai yang hanya beberapa meter saja dari hotel tempat kami nginap...a walking distance. Kami pilih satu tempat duduk di bawah pokok....atas side table jalan atau pesdestrian walkway rasanya...dah malam tak nampak sangat. 

Order makanan kat sini tapi tempat masaknya kat resto di kawasan deretan kedai di seberang jalan. Best gak lepak kat sini....dapat rasa angin laut ..Taklah rasa humidity yang biasa tinggi walau pun waktu malam.

Kami order ikut ready set untuk empat orang...ada tom yam, ikan siakap tiga rasa, sayur kailan ikan masin, telur dan extra dish kami tambah sotong goreng tepung...hmmm...Mana2 pun ada Thai dish ni....Dah jadi macam satu phenomena untuk masakan panas malam2. 

Bagus gak la makan panas2 daripada makan lauk tengah hari...Perut me ni sensitif gak...Kalu lauk lama mula la perut meragam...Manja macam kereta ferrari lak jadinya...Maklum la body dan enjin ni nak pakai lama jadi kena la jaga baik2 hu hu hu.


Lepas dinner kami jalan2 kat kawasan sekitar bandar ni...Biar makanan hadam baru leh baring. Nabi pun amalkan jalan 100 langkah selepas makan...Kita ikut la tu kan sunnah Nabi......

Me singgah kat 7E cari munchies untuk nite crunchies..Malam2 kena mengunyah sambil nonton TV....Tu kebiasaan la me cam tu...bukan pun leh tidur malam...Setengah orang letak kepala jer terus lelap...me jeles dengan orang cam tu...


Berakhir lah kisah pasal Bandar Pontian ni...Esok nak gi Tanjung Piai lak. Kena bangun awal takut ujan tengah hari ke petang tak bole la nak ronda2 kat Tanjung Piai tu...

sekian .. terima kasih
hingga ketemu lagi
wassalam




Monday, 18 April 2016

the curve street market


bismillah



Semalam weekend..baring2 guling2...tak tau nak buat apa....Tiba2 ada panggilan masuk...hmmm..Ada orang nak banjer makan ajak pegi kat Ikea Damansara...Ok gak tu...pada takde apa yang buat..


Me pun terus bingkas...of course la me gi menyucikan diri dulu...Selepas bersiap me pun kuar la menuju ke destinasi yang di janjikan...Lama tul tak ke Ikea tu...Ikea ni kira annexed to the shopping mall, the Curve, Mutiara Damansara...Ada overhead bridge crossing dan ada juga laluan underground.



Sesampai je dia orang dah menunggu...me lom pun bekfes dan lunch..Ni kira jamuan untuk brunch sekali la...Waah mesti me pulun kow2 punya...Makan lak juadah kegemaran me...steam boat...yang ni kira A la carte.

Me rasa cara A la carte ni lebih economical...Tak la macam buffet...banyak membazir...Ambik banyak, makan nya tidak...Ikut nafsu masa lapar, memang la rasa nak balun semua...Macam gak masa berbuka puasa...Rasa tingin nak makan semua.

Ramai gak orang tempat ni...Me tengok cara design peralatan steam boat di tempat ni memang very practical...Di atas meja tu di sediakan heating bowl bagi setiap orang untuk panaskan atau masak makanan sendiri mengikut citarasa masing2.


Biasanya kalau steam boat ni...akan di sediakan stove pemanas dengan tong gas dan di panaskan sup dalam bekas yang di sediakan dan kongsi ramai2 satu bekas tu...hmmm...Ada pro and contra la cara masing2...

Kalau kongsi ramai2 tu macam rasa lebih mesra untuk makan bersama...tolong menolong panaskan makanan dan leh cedok untuk kawan2....Tapi a little bit messy gak la..Kalu yang individu ni...kira macam makan sendiri2 la...

But still thru A la carte we can share all the food stuff, the only thing is that we prepare our own cooking preference...I think I prefer this way...more hygienic and less messy...Do your things at your whim and fancies...

Me sangat suka lamb rolls tu...Daging nya sangat lembut ..Tak sampai 2 minit panaskan dah leh melompat lam mulut...Makan panas2 memang menyelerakan..

Setelah abih makan tengah ari tu...dia orang ajak lak gi jalan2 kat the Curve...Nak gi minum kopi...Bagus gak ni...Semasa sampai kat the Curve tu me tengok ada ramai orang yang berjualan kat pedestrian walkway tu...Rupanya ada street market...Kawan me citer street market tu hanya aktif maksudnya berniaga la ...pada hujung minggu saja...sabtu dan ahad.


Me pun tengok2 la apa yang di jual...Barangan biasa la...pakaian...make up..accessories...yang biasa2 di jual kat pasar malam dan up town...Bagus la untuk santai2 datang sini..


Di antara banyak2 tempat shopping me sangat selesa dengan the Curve ni...I luv the ambience, the environ and the facilities provision...How they plan and design the layout and buildings are really very practical...convenience ...user friendly...The concept is very good...parking is also not so cumbersome compared to other shopping malls..


The buildings especially at the street cafe facing the pedestrian walkway are so nice ..more on vernacular architecture....It caters almost everything that we are looking for...food and beverages are abundance...from local delicacies to international cuisine...


Be it on merchandise, it covers a vast range of choices from locally made to international brands...Talking about something on entertainment...yes...there are...bowling...karaoke...buskers also made their appearance...So this mall caters for all walks of life...from infants to young and old or even senior citizen....Not to forget the handicap citizen...


Selepas jalan2 kat street market kami saja2 la ambik angin kat fountain square tu...Tengok orang ramai lalu lalang sambil menikmati air pancut dan mendengar nyanyian buskers kat pentas tepi pintu masuk ke bangunan bowling tu...Kat situ ada amusement centre for kids as well as cinema..

Kawasan mall ni bagi me la...macam satu one stop centre yang bole kita dapat apa saja untuk riadah, santai2...Ada hotel Royale Bintang untuk penginapan kalau nak tinggal lama kat sini...

Best kan...hmmm..Tu pasal as a designer and an artist I luv this place very much...I hate to go to KL...don't want to get stuck in traffic jam...After all this place is very close by to my place of stay...Really convenient for me to spend time here...


Lepas pusing2 kami cari tempat untuk minum...Kawan me ni salu datang sini...Sister dia pun just staying at a condo a stone's throw away je dengan tempat ni....Kalau jerit pun leh dengar..

Kami lepak lak kat Coffea Coffee ni...hmm...Suka minum sini...view nya ngadap fountain...Leh la sangat cuci mata...jadi terang mata ni wei...

Tempat ni kira cafe yang jual designer drink...coffee...tea..semua ada...me ambik Earl Grey mint tea je la...Me tak minum kopi...Kalu minum kopi perut meragam...Dulu me ada la sikit2 gastric kerana salu tak makan pagi...Sekarang pun me skip gak bekfes...Tapi gastric dah ok...ni bukan gastric bulan puasa wei....huhuuu.


Selepas kul 4pm...Kami pun berangkat pulang...Hari pun nak ujan nampaknya...Biasa la sekarang ni ujan tak menentu gayanya...Kalu ujan mesti jem jalan nanti...Jadi lebih baik cepat2 belah...

Thanks to orang yang banjer me...Kalu salu pun sokay gak...leh maintain kegemukan wallet me ni...hahaha...wat lawak je tu...Sekali sekala kita lak kena banjer orang gak...Kata orang kalau kita suka bagi orang makan nanti kita murah rezeki...I'm the advocate of that practice..me percaya pun tu betul...Orang nak mula makan dia baca doa murah rezeki...


sekian
terima kasih semua kerana sudi berkongsi baca kisah kali ini...
semoga kita semua di rahmati..amin
wassalam.