bismillah
Oleh kerana masih ada masa sebelum dinner, kami pusing2 kat Bandar Pontian ni...Memang nak cari pantai...Mana tau leh rehat2 otak yang kepenatan serta memanjakan mata dengan persekitaran di sini...Takde pun nampak pantai orang mandi manda kat sini. Dalam masa kami pusing2 tu me nampak ramai orang menuju ke satu tempat....Jadi kami pun ikut la kereta kat depan...Nak gak tau ke mana arah tuju tu.
Dalam perjalanan tu me nampak ada commercial premise yang belum di duduki...Nampak cam dah siap and ready for occupation...may be not yet granted the CFO...Bangunan ni agak contemporary in term of design...flat roof with straight lines, clean cut, simple and boxy...facade banyak guna glass...Memang sekarang banyak bangunan di rekacipta bercirikan form yang demikian.
Berhampiran dengan bangunan ni ada semacam man made lagoon...Me nampak ada pier dan concrete bridge macam untuk kegunaan jetty gitu...Me terfikir...ngikut design acument dalam kepala me ni mesti untuk kegunaan boat/yatch berlabuh dan docking...Mesti la marina ni..Takde lak nampak dry dock untuk boat park...Kalu ada dry dock tu memang untuk di park boat tu satu tempoh yang lama...
Laluan yang banyak kereta dan orang ramai dok lepak2 ni bentuknya macam satu cul de sac yang besar...dead end...very colourful...Macam pedestrian walkway gitu...nice treatment with coloured interlocking slabs...hmmm...sesuatu yang menarik..
Me confirm kan dengan seseorang yang me jumpa tadi...Memang la ni marina...Projek tambak laut oleh pemaju yang memajukan kawasan commercial premise tadi tu...it's a waterfront development. Oleh kerana ni adalah sesuatu yang asing maka ramai lah orang tempatan yang datang untuk tujuan rekreasi petang2 gini...Meriah tul tempat ni...
Selain dari lagoon ni, takde apa aktiviti pun...Pada pandangan me la...memang manusia ni perlukan sesuatu untuk rehatkan minda...lapangkan fikiran...Macam tempat ni...it's for free...takyah bayar apa dan yang me dapat rasakan adalah ketenangan dengan persekitaran yang ada di depan mata...Bila kuar ke tempat2 gini...hubungan kekeluargaan pun makin intim...tu yang kita nak.
Mungkin tak semua orang perasan kat Bandar Pontian ni ada tempat cam ni..Bagi me la...it's ok to do the development on reclamation land...sekiranya bawa faedah kepada kerajaan dan orang ramai. Penduduk tempatan pun bole gak dapat benefit dari segi employment di sektor2 yang berkaitan...Takkan la semua nak jadi nelayan...
Leka gak me dok kat sini...Lapang fikiran tengok laut luas terbentang. Ada pulau dan juga nampak trawler nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan...Ada gak bot yang baru kuar nak tangkap ikan tepi pantai la agaknya...takleh gi jauh bot enjin sangkut gitu..
Well, what a very dramatic scene with all the activities that blend together into an astonishing twillight panorama...wow..phenomenal.
Ramai orang dok santai dengan famili, rehat2 sambil membiarkan anak2 roaming around...sonok nar nampaknya...Sebenarnya kawasan yang berbatu ni adalah breakwater...sebagai wavebreaker untuk menahan ombak...Memang batu2 ni penting juga sebagai shore protection...Marina tak boleh ada di tempat open sea...goyang berjoget menari samba abih la boat/yatch tu.. Apa yang menarik perhatian me seolah breakwater ni di reka untuk lain2 kegunaan selain dari tujuan asal sebagai penahan ombak....
Hmmm....I don't know whether it's purposely planned or incidental...somekind of after thought planning...Apa2 pun me rasa ni sesuatu yang bagus untuk di jadikan contoh...Cuma kawasan gini perlu pemantauan dari aktiviti2 yang kurang sihat...seperti tumbuhnya gerai2 haram yang akan mencacatkan keseluruhan environment tempat ini... Juga takut nanti banyak lak kereta rosak kat tengah2 malam....faham eak yang me maksudkan tu...
Teruja nar me dengan tempat ni...sonok tengok gelagat manusia kat sini...Ada macam2 orang...Mungkin gak local tourist macam me ni...Ada yang datang dengan pakaian aduuuuh macam nak gi pesta...Ada yang santai bawa famili...Ada yang solo...Menarik...Biasa la tempat gini ada orang jual aiskrim...Elok gak basahkan tekak cuma jangan la buang sampah merata..
Anak2 dan mak2 anak la yang paling sonok me tengok...Bawa pancing bagai...Bukan nak mancing sangat pun...riadah la katakan..Sambil2 dok saja2 hulurkan joran...Rasanya kalu tempat2 gini ada gak yang mancing orang...
Biasanya tekaan me ni tak salah..assumption me banyak yang tepat...Kita tengok nanti ada tak insiden pancing orang ni.....
Hihhhii...syok gak dok sini di waktu senjakala begini...hahaha..
Hmmm....ada banyak lagi yang nak di kisahkan tentang tempat ni...Baik kita pause dulu kejap...Kalu panjang2 nanti muak la nak baca....Kasi suspense sikit baru la kita sambung balik ... tunggu eak.
sekian lah saja buat kali ini.
semoga kita ketemu lagi di lain episod.
terima kasih.
wassalam.
Tq
ReplyDelete