Monday, 15 February 2016

kota tinggi....kota bersejarah kota lagenda

bismillah



Sebut saja Kota Tinggi/KT tingat lak kisah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang...Tersohor tul citer tu...Sampai leh buat kita ingat2...Ada kesan la citer2 sejarah ni.



Tadi selepas sembang2 dengan pemandu teksi tu...kalau menurut cakap nya memang la dekat ikut KT kalau nak balik KL...Elok gak kot situ...Masa datang baru ni ikut Senai...Ubah haluan ubah selera lak la...Lagi pun memang dah lama sangat me tak ke KT ni...


Jalan Desaru-KT ni jalan selorong tak macam hiway...Kereta pun banyak jadi kena pandu hati2...Jarak bukan la jauh pun +- 50km gitu la...otw me tengok banyak ladang sawit dan juga perkampungan terutama kampung2 Melayu..Lebih kurang sejam perjalanan kami sampai ke bandar KT.




Pusing2 buat town tour...Bandar nya tak banyak berubah macam dulu gak la...Tak banyak sangat bangunan baru pun...Biasa la di mana2 pun bandar di Malaysia ni bagi yang tinggal di bandar dan berniaga memang kira chinese dominated area la...Memang kaum dia orang tu dah sinonim dengan dunia perniagaan...




Kami pusing2 tinjau2 nak tengok apa ada kat bandar ni...town layout tu dari zaman kolonial lagi sama...Untuk bandar KT ni me lihat melalui kacamata sebagai seorang Perancang Bandar...me citer ni through my observation saja la...Lain orang lain lak pandangannya...


the main thoroughfare becomes the central axis corridor for business precint...and the river dissected the town into various separate entity...commercial..community facilities and housing. Pre independence townships bear the same characteristic throughout Malaysia. May be not many of us realize that the first planned new township is Kuala Kubu Baru in Selangor.



Pada 19 dis 2006 dan 11 jan 2007 KT teruk di landa banjir...Hampir keseluruhan bandar di tenggelami air...Lebih kurang dua  minggu gak la terputus hubungan...Rasa nya tu antara banjir terburuk yang pernah melanda penduduk bandar KT. Bagi orang2 di pantai timur tu dah jadi macam routine tahunan cuma besar kecik je bah tu yang bezanya...




Kalau ngikut sejarah...Kesultanan Johor ni di asaskan di KT ni la..Ni Kota Lagenda/Kota Bersejarah...Banyak terdapat makam DiRaja dan Pembesar Negeri di KT ni...Contoh macam Laksamana Bentan...Kalau tak silap citer pasal Laksamana ni ada dalam filem Dang Anum ...Allahyarham Nordin Ahmad jadi hero sebagai Laksamana Bentan...Filem tahun 60an gitu la gamaknya...





Dulu kebanyakan bandar2 atau penempatan bermula di tebing sungai...WHY?....The best mode of transport is through water...and river is their life...hmmm...river of life...the settlement is either along the river or at the river confluence...as what had happened to KT...

Selain Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Laksamana Bentan ni pun tersohor gak la...Masa pusing2 bandar tadi nampak sign board Kampung Kelantan...Dan dengar khabarnya Laksamana Bentan tu di semadikan di Kampung Kelantan...Mungkin gak Lakmasana tu asal dari Kelantan...Tok nenek dia nelayan ke penjual kain batik...who knows..


Sewaktu me buat study kampung2 Tradisi dan kampung2 Baru dulu...me dapati ramai orang Kelantan yang jadi nelayan yang akhirnya menetap di Cherating...Kemaman dan juga di Mersing...Tu kan sebelah pantai timur...mungkin mereka jadi nelayan dan akhirnya berhijrah... Tak mustahil la kalau asal usul nelayan2 ni dari Kelantan yang menetap di bahagian timur Johor seperti Daerah KT ni..di Kuala Sedili...Mersing dsbnya...Ramai orang Mersing pandai wat kopok lekor pun...macam ada kaitan la dengan tradisi orang2 Kelantan/Terengganu yang bisnes kopok ni...


Di Lenggong juga ada Kampung Kelantan.... me discover that when I was involved in a study for a project at Tasik Raban and the surroundings including parts of Lenggong...Tu pun manasabah gak ada orang Kelantan kat sana kerana Lenggong tak pun jauh dari Jeli...Di zaman dulu kala mana ada geographical boundary pun....Main hentam saja mana nak tinggal...buka hutan dan jadi lah penempatan baru...


Daerah KT ni ada banyak tempat2 menarik...Kalau pantai nya, yang popular adalah Tanjung Balau...Desaru...Batu Layar...Jarak pun tak jauh dalam lingkungan 50-60km dari KT....Teluk Sengat pula tempat popular seafood village...Apa yang me nampak la...punca rezeki utama..sawit dan perikanan la...Pesisir pantai Tanjung Sedili/TS...memang tempat nelayan la...TS is the second biggest fishing port in the east coast...Lain2 tempat menarik untuk rekreasi...ada banyak kawasan air terjun...punca air dari Gunung Muntahak..


Sekarang lak Kerajaan Malaysia dah mulakan projek Oil and Gas kat KT ni...PIPC/Komplek Petroleum Bersepadu Pengerang....luas gak la 9105hektar...Kat situ di cadangkan banyak Loji...terutamanya untuk Penapisan Minyak...Petrokimia......Terminal Simpan Minyak......Jeti Laut Dalam..




Pah tu Petronas lak planned for RAPID/Refinery and Petrochemical Integrated Development....2428hektar...anggaran perbelanjaan sekitar RM60billion...Besar giler...dahsyat Johor ni...Dah la IRDA/Iskandar Region Development Authority tu hampir tiga kali ganda Singapura...ni lak lagi tambahan....Di cadangkan 20 buah Kilang Penapis Minyak Mentah juga Komplek Polimer dan Petrokimia...hmmm...Projek mega belaka tu...Semua kawasan yang di bangunkan tu kawasan berhampiran wilayah jajahan takluk Singapura... 



Semua pembangunan tu untuk anak cucu dan generasi akan datang la tu agaknya...hmmm...heheheheeee...Kadang2 kita nak sangat pembangunan tapi kita lom bersedia...Macam lumba lari...Kita tak ready nak lumba...persiapan tak cukup...latihan tak sampai tahap nak lumba, akhirnya kita ketinggalan kat bakang...Orang lain gak la yang menang...

"What does it meant by development...to me personally...it comes in a complete package as a holistic approach...

"physical...social...spiritual..economical..."

there must be a balance...Islam encourages balance as the main factor in whatever we do....one cannot detach from one and another...it's a symbiosis...a cobweb of different disciplines glued and bonding as a whole entity....hmmm...as an advocate in built environment...well.. I reserve my comment".




Ujan renyai2 turun lak wei...tingat budak yang jual nenas kat Kompleks PKNS SA..kata nya nenas tu datang dari ladang di Ulu Tiram...jadi kami  nak gi la tengok kalau2 ada nenas...Sampai kawasan Ulu Tiram tak nampak pun nenas...

Perut dah mula lapar...last2 sampai JB lak ni gamaknya...Ingat tujuan asal tak nak masuk JB...hmmm...sampai juga...Nak gi cari tempat makan yang my friend rekomen tu la...


Pah ni, ikut la me masuk JB jalan2 cari makan, cari pasal, cari la apa2 pun yek..

ada sambungan lak ni...
hmmm follow me...

No comments:

Post a Comment