Setelah selesai beli cigar kat Subang Parade, kami meneruskan perjalanan menghala ke Seremban. Guna highway ke lapangan terbang KLIA ...senang sikit tak ada lah jem sangat berbanding dengan North South highway. Lagi pun kami bukan lah nak cepat sampai di Batu Pahat tu...leisurely drive sambil sembang-sembang.
Hujan masih lebat.
Hujan masih lebat.
Saya tengok langit cerah di sebelah selatan...maknanya tak hujan lah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ... Hopefully the weather will be fine all the way to BP. Night driving is not so smooth if its raining all the way...Perut pun rasa lapar la pulak...dah hampir Seremban ni.
"Mu tau kan jalan ke restoran tepi padang tu?" Mus bertanya pada saya.
"Memang la aku tahu...aku yang bawa mu dulu tu.."
"Oooh ya tak ya lak"
"Mu lapar ke ?" Saja-saja saya tanya.
"Eeih... dah sampai sini mesti la kena pekena masakan minang tu" beria-ia benar Mus nampaknya.
"Aku ok jer...nak berenti pun ok kalau nak teruskan perjalanan pun ok gak"
"Mu ni...kan dari semalam aku cakap nak makan sini"
Sebenarnya Mus dah bagi tau semalam yang nak stop by kat Restoran Nelayan ...nak makan puas-puas masak lemak cili api tu.
Saya buat macam tak penting sangat la...tapi dalam hati memang pun nak lunch kat situ...Lagi pun dah berbulan tak makan masakan minang ni ...Kempunan juga kalau dah sampai tak singgah makan.
"Lepas trafik lite tu mu gi terus..nampak trafik lite satu lagi tu mu belok kiri...senang je ..banyak landmark kat sini...orang buta pun leh cari" saya tunjukkan arah kat Mus yang sedang memandu ke tempat yang di tuju.
"Mu ni mula la ngada-ngada....ada lak orang buta leh cari tempat ni...aku yang celik ni pun menggagau"
"Alaaa...bukan buta semua..buta sebelah je...mesti masih nampak....tak gitu?"
Kami sama-sama ketawa geli hati.
Saya dah banyak kali datang ke restoran tersebut. Saya tahu tempat ni, Dato Bandar Shah Alam sekarang ni Dato JA yang perkenalkan saya restoran ni...Masa tu dia jadi YDP Majlis Daerah Seremban. DJA ni junior saya masa kat Kementerian Perumahan. Jadi kita kira satu kapal lah dulu.
Hujan masih lebat.
Nasib baik ada kosong parking lot betul-betul depan pintu masuk restoran tu. Lagi pun masa ni orang dah tak ramai..Ya lah dah jam 3 petang. Kalau dah abih lauk kira nasib lah.
Waaah....kami bernasib baik..Lauk-pauk kegemaran masih ada. Mungkin hari ni hujan jadi tak ramai yang datang. Saya memang dok 'aim' ikan sungai....ikan baung masak lemak cili api.
Dulu datang dah habis. Kali ni memang boleh pulun betul-betul la. Tengok semua masakan tu mengancam, tapi kami berdua je..mana boleh makan semua.
"Mu gi pilih la lauk apa, aku ikut selera mu la"
Ada gak perut salai, keli dan puyu sawah di masak.. kadang-kadang ada napuh, kancil, kijang kalau nasib baik ada supply.
"Ok mu duduk dulu, book meja tu nanti ada orang datang payah lak"
Saya pun survey dulu tray lauk-lauk tu...Semua teringin tapi tak kan la nak bantai semua. Saya ambik yang teringin dan rasa boleh habis makan. Saya ambik kepala ikan baung, perut salai dan jangek serta ulaman kacang panjang, nangka celur, petai bakar dan pucuk ubi.
Kebanyakan ulaman tu di celur atau raw cam tu jer... bende, kacang botol, pucuk paku, ulam raja, pucuk tenggek burung, daun selom ...sayang nya tak ada pucuk gajus/ttere ...kalau ada kan bagus.
Mus minta ambilkan budu dan tempoyak. Saya tak suka tempoyak kerana saya tak makan durian tapi kalau gulai patin tempoyak saya gagahkan juga. Minuman lak Mus pesan teh ice dan saya limau panas.
Waaah..menarik sambal-sambal termasuk lah tempoyak, budu, cencaluk, belacan cili api, jeruk petai, ulam petai salai, jering dan ..uhhhhh...buat tak tahan tengok semua ni.
Hujan masih turun dengan lebatnya.
Kami dah tak kisah hujan ke apa. Yang penting hidangan di depan mata kena habiskan. Kami makan dengan penuh selera.
Ikan baung masak lemak cili api...fuuuuh really yummilicious...π
"Sedap gak ikan baung ni yer"
"Memang la, tu pasal aku ambik."
"Ni apa lak...?"
"Ni perut salai....best ni"
Ada patin buah sungai, kerai masak tempoyak, rusa salai, ayam kampung, udang galah, baung sungai semuanya masak lemak cili api dan masak ikut gaya orang minang... so salivating
"Hmm..betul la"
"Ni jangek namanya...signature dish kat sini...mu try la"
"Apa lak nama klasik betul...tak penah aku dengar pun"
"Nama tak melambangkan tuannya....maksud aku masakan ni....nama pelik tapi rasanya..urmmm...terbaik."
jangek oh jangek
Dan Mus pun cuba rasa masakan jangek tu. Nampak sangat dia teruja sampai berlanggar jari dalam pinggan jangek tu. Baru dia tau kehebatan jangek dalam masakan minang ni.
"Mu tau ker jangek ni apa?"
"Jangek tu mesti la sebahagian dari internal organ"
"Kalau mu tau mungkin mu tak selera nak makan"
" Mu jangan wat pasal...aku dah banyak makan ni"
"Jangek tu sebenarnya kulit lembu"
Tercengang kejap Mus bila saya cakap tu apa benda yang dia berselera sangat makan...
"Ooooo ye ker? Aku ok jer...anything goes...bereh"
Saya dah biasa benar dengan masakan minang ni kerana my other half asal minang Bukit Tinggi. Tak ada yang pelik bagi saya..dah sebati nar. Saya pun pandai lah jugak masak hidangan minang ni..
Orang minang ni kira kreatif gak dari segi makanan... jangek tu sebenarnya kulit kerbau/lembu ..Pendek kata sekor lembu tu boleh di jadikan menu....kecuali mata...bulu...kuku dan gigi ....yang lain2 semua boleh jadi makanan....
Nak masak gulai jangek ni kira leceh gak la...kulit lembu kena ambik yang segar...yang paling sedap kulit bahagian kaki/keting...kepala ke tengkuk juga kulit telinga ...tu semua baik punya bahagian...
Kulit tu kena salai ke bakar dulu...kikis bulu2 tu...jemur...bila nak masak tu kena rebus balik jadi senang nak potong kecik2...Leceh tul proses tu...masak kena lama untuk dapatkan texture yang bagus...lembut..
Itulah dia yang dinamakan gulai jangek ...ππ
Ikan kering/masin goreng, ikan berlado, ikan talapia goreng, paru-paru goreng dan banyak lagi lauk pauk yang ada...rasa macam nak makan semua tapi mana larat...
"Aku gian lak tengok udang galah tu...nak cuba la udang galah sungai ni"
"Mahal gak udang ni yer...aku tengok tadi RM18 seekor" kata saya.
"Bukannya selalu pun...lebih baik abih duit pasal makan daripada beli nombor ekor."
Ya betul kata Mus tu. Bagi setengah orang, nombor ekor tu adalah hidup matinya. Biar tak makan minum dan tak hiraukan kebajikan rumah tangga, janji dapat beli nombor ekor.
Ya betul kata Mus tu. Bagi setengah orang, nombor ekor tu adalah hidup matinya. Biar tak makan minum dan tak hiraukan kebajikan rumah tangga, janji dapat beli nombor ekor.
Bagi harapan yang tinggi untuk jadi kaya tanpa berusaha. Akhirnya ke mana, tak ada pun yang senang lenang tapi kebanyakan hidup berantakan.
Setelah pekena makanan minang ni, terasa sungguh lah kenyang. Memang saya tak minum air masa makan, petua orang tua-tua saya masih amalkan. Kena tunggu setengah jam baru minum. Hujan pun masih turun, jadi ada lah masa nak biarkan makanan tu hadam.
Sambil sembang-sembang kita orang perlahan-lahan minum. Hujan masih juga tak reda-reda. Dalam hujan begini kena pula limau panas, memang terbaik lah ...dada pun rasa lapang.
Menurut pekerja di sini, restoran ni di buka sampai malam...tapi masakan panas.. ..macam goreng-goreng la pula...lauk-lauk yang ni biasanya jam 5 dah habis la...
Kami meredah hujan di North-South highway menuju ke Batu Pahat. Kalau lama lagi rehat dan nak tunggu hujan reda entah bila pula. Nanti sampai malam di BP, bukan pun kami familiar sangat dengan BP tu.
It was the last 10 years I was there visiting BP. Things are now improved a lot I mean in terms of physical development...All towns are in the same mould of developments...unless a dead township...Lets see when we reach there..whether my guess is intelligent or otherwise...A town planner seldom goes wrong in assumptions...he he he... perasanπ
Saya hampir terlelap kekenyangan dan Mus steady jer driving...Saya tak lah tidur, bercakap mata separuh terbuka separuh tertutup. Sampai di Pagoh R&R kami berhenti untuk beli buahan dan do some muscle stretching...krupkrap bunyi tulang belakang...wah...lega.
Singgah di R&R Pagoh ...sempat gak la beli pulasan, manggis dan duku ...buat teman malam nanti..
sambungan ada lagi ni...banyak gak yang nak di citerkan masa di Batu Pahat nanti...jangan serik baca yer..π
wassalam.
No comments:
Post a Comment