Sunday, 26 October 2014

kelab warga emas shah alam-yang pertama di dunia (part1)

26 okt. 2014
bismillah



Hari ni macam biasa lah dok golek2 atas tilam maklumlah hari minggu tak tau nak wat pe pun...Nak gi pasar, masih ada banyak lagi stok makanan kat dalam frigde tu...Dok pikir2 nak wat pe mende..Nak melukis pun memang sejak akhir2 ni asyik mood swing jer...Nak kata ada masalah pun tak la juga...Hidup hepi je..riang se macam...Nampaknya perlu caj balik mood ni, kena la pegi galeri ke atau jumpa teman2 artist...

Mem: Ri ni ada apa2 program tak?

SM: Takde agi so far, nape lak ..ada apa mende?

Mem: Kan ri ni ada kenduri kawin anak Nasir dan juga satu agi anak Rashid ..

SM: Urmmm...ok gak tu takyah la masak..budak2 pun bukan ada kat umah ni...jam bape nak gerak?

Mem: Kul 12 gitu la..kan kalau lambat ramai orang, pah tu nak gi sek 24 kat majlis Rashid tu lak...

SM: Up to u la...me ok jer what time pun.

Sambil nunggu Mem bersiap, saya belek2 akhbar The Edge...Ada liputan berita menarik tentang investment opportunities di Sabah...Banyak peluang terutama di bidang hartanah.. The latest craze is of course the TAED/Tanjung Aru Eco Development as the new growth catalyst for Sabah with estimated GDV of RM7.1 billion covers an area of 299 hectares...aiming for GBI/Green Building Index Township certification......The landuse classification is roughly comprises of commercial, residential, marina, hotel, golf course and special aged care facilities provision...Why the developer is so keen on developing this township with confidence...non other than Sabah is one of the best if not the best waterfront township in the country due to its topographic landforms that conveys the best views of mountainous backdrops, golden sand beaches with beautiful islands in the Tunku Abdul Rahman Marine Park...to my intuition nothing compares to Sabah's natural beauty...

Banyak syarikat2 besar seperti SP Setia, Mah Sing, Siah Brothers, Gamuda dan banyak lagi la yang datang dari West Malaysia melabur di Sabah..Sebenarnya dah lama saya cuba war2kan pada GLC seperti Island and Peninsular dan sebagainya untuk bertapak di Sabah tapi dia orang tak minat konon Land Bank kat sini masih banyak lagi...

Itu bukan tujuan sebenar nape saya cuba tarik GLC ni ke sana...set a foot and gather the land bank when the price is still affordable..now the price of the same land has sky rocketing...Orang lain dah bertapak...Bila hampir semuanya telah di bangunkan baru hegeh2 nak pegi...Dah tinggal tulang baru nak masuk...Kalau saya berduit memang dah lama saya melabur di Sabah..Kita nampak peluang tu tapi orang berduit tak nampak atau dah nampak tapi tak nak ambil peluang tu...Saya ke Sabah sejak 2007 dan saya tahu banyak peluang yang boleh di raih di sana...I know because my ex-classmate, Dr Adrian was the Director of Sabah State Town & Country Planning at that time...and we did discuss about the future development of Sabah..he showed me areas of potential for developments but when I tried to bring up the idea to some parties nobody was actually can envisage what I have in mind...as a Town planner I can foresee what the future holds...well...its all a dream for a pauper like me.

Takpe la kalau GLC tak minat ada orang yang secara kecilan dapat berniaga di sana...Khabarnya ramai orang Kelantan yang buka bisnes di Sabah sekarang..Dah ada direct flight KK-KB 3 kali seminggu...Dah banyak restoran di buka di KK dan lain2 tempat di Sabah..Orang Kelantan satu hal kita kena respek tentang semangat persaudaraan yang baik la maksudnya... Memang sikap kedaerahan yang tinggi..muafakat..bersatu..dan prihatin tentang kaumnya sangat terpuji..Mereka sanggup hijrah tak kira di mana ..Cuba tengok kat mana yang takde orang Kelantan...kat ceruk rantau mana ..semua ada...

Selepas ni siap la sumandak Kadazan yang comel2 putih melepak tu untuk di tawan oleh awe2 Kelantan...atau awe2 Kelantan tertawan oleh kecantikan dan keayuan sumandak2 Kadazan Dusun nanti...Saya sangat tertarik dengan kahwin campur..Itu salah satu cabang integrasi dan assimilasi kaum yang merentasi sempadan budaya, bangsa dan ugama...Sib baik dah bangka, kiranya masa muda remaja saya di Sabah harus juga terlekat hati dengan sumandak Murut, Rungus atau Kadazan Dusun...tapi dah Allah tentukan jodoh dengan orang Minangkabau...alhamdulillah pun..no complaint whatsoever....

Mengikut statistik...pengembara ulang alik/commuters yang paling ramai di Malaysia ni terdiri dari orang Kelantan...bas..kapal terbang..keretapi ..private cars, teksi semua nya penuh..Dan paling ramai orang Melayu di Malaysia ni terdiri dari orang Kelantan termasuk yang berhijrah la...hari raya baru ni ada 2 juta kenderaan yang balik ke Kelantan...Itu tak termasuk yang pulang dengan kenderaan awam seperti bas, keretapi dan kapalterbang...Ramai orang Pahang kat Jerantut, Kuala Lipis, Raub, Merapuh tu asal usul terdiri dari orang Kelantan.. Saya tau kerana ramai sedara mara saya kat sana tu... Begitu juga kat Terengganu..Kedah, pun ada juga nelayan kat Mersing yang membuka perkampungan di pesisir pantai, macam tu gak kat Lenggong Perak pun ada Kampung Kelantan.

Kawan saya Cina cakap orang Kelantan ni suka niaga..dan di gelar Kelantanese ni sebagai the Chinese of the Malay...premis2 perniagaan di Shah Alam ni ramai orang Kelantan yang conquer...Itu satu perkembangan sihat melihat orang Melayu yang terlibat dalam perniagaan...Kalau nak citer pasal Kelantanese ni 1001 malam pun tak abih...

Sementara Mem sidai kain kat ampaian saya pegi mandi dan tukar pakaian...Biasa la saya pegi mana pun especially hari minggu memang saya pakai jean je..rasa tak selesa nak ber slack bagai..

Mem: Dah siap ker?

SM: Jap....nak spray YSL dulu..hihihi..Memang la dah siap sedia ni..lapar pun yer...bekfes tak makan apa pagi ni.

Mem: Semua ada kat atas meja tuh, nape tak makan?

SM: Takpe la..nasi minyak leh tekan banyak2 sikit ..kalau dah kenyang rugi la ..

Nasir ni jiran kami di sek 8...Kali ni kenduri untuk anak pompuannya..Buat kat umah je la selesa lagi pun kawasan rumahnya tu ada central park jadi senang la penduduk disana jika ada apa2 majlis...Nasir ni kami kenal semasa Mem pergi belajar wat Msc di University of Stratchclyde Glasgow...Masa tu la kami kenal...Dulu dia staf UiTM Faculty of Engineering sekarang dah pindah kat KLIU/Kuala Lumpur Infrastructure University..Jadi HOP/Head of Program Fakulti Kejuruteaan...

Ketika kami sampai memang dah ramai orang maklumlah lunch time ..nak cari tempat duduk pun payah..Sementara nunggu reda saya pegi cari Nasir, tuan rumah....sambil salam dan peluk2 kena lah hulur apa yang patut...dah jadi adat orang Melayu meraikan tuan rumah...

Nasir: Tenkiu kerana datang..kita ni jiran tapi jarang jumpa.

SM: Ya la kan..eh kawan2 lain masa kat Glasgow dulu tak jemput ke?..Lama nar la aku tak jumpa...Dr Rahim..Abang Zul..dll tu.

Nasir: Ada jemput..lom sampai lagi la tu..tunggu la.

SM: Maaf aku ada banyak lagi jemputan ni...kena lawat semua la kan.

Mem bersalaman dengan Rokiah isteri Nasir sambil berpeluk2 ..entah apa mende yang di bualkan tak tau la saya...Orang pompuan kalau jumpa riuh rendah..biasa la tuh..Saya beredar ke tempat buffet..Banyak gak lauknya..Seperti biasa la nasi minyak, gulai dalca, daging rendang, ayam masak merah, acar dan sayur2...Kat tengah central park tu ada 2 ekor kambing dah jadi korban..tengah berpusing...Nak ambik kambing golek tu kena lak beratur panjang...Wah..tak kuasa la cam ni.

Mem: Takde tempat duduk la.

SM: Memang pun..cer gi tengok kat satu set buffet satu agi kat depan tu....nampak tak ramai orang.

Mem: Jom la...urmmm betul gak ni nampak lega sikit tak la berkerumun orang. 

Kami pun mengambil nasi serta lauk ngikut selera masing2...Saya biasa la ambik suku jer nasi tu..kena jaga badan kalau ikut hati memang la nak taram semua... I'm happy with my weight scale at this moment...@below 70kg...Intai2 kalau ada tempat kosong..nak cari yang space untuk dua orang....Pesan kat Mem jangan ambik banyak sangat makanan tu..kira lebih kurang kuantiti dengan saya...biar lah kurus bersama hihihiii..

Mem: Dik, sini ada orang duduk ke?

Mem bertanya kepada satu pasangan Melayu dan satu lagi pasangan India yang sedang menikmati jamuan.

BM/Budak Melayu: Tak de kak..sila la.. 

Mem: Terima kasih dik..

Lalu Mem dan saya pun duduk dan makan ..Ramai gak kawan2 yang datang dan yang kami kenal..Masing2 tengah sedap dok pekena nasi minyak..Ramainya terdiri dari warga UiTM....pensyarah.

TS: Kak, kat sini ada orang ke?

Mem: Ooo takde...bape orang?

TS: Kami berdua je dengan anak kecik ni.

Mem: Oooo duduk la.

Kami sambung balik makan sementara pompuan muda dengan anaknya tu duduk makan di sebelah Mem. 

Mem: Datang dari mana?

TS: Oooh saya kat sini jer....jiran tuan umah ni..akak lak?

Mem: Ooo kami pun kat sini gak...kat 8 atas depan kedai tu...macam mana kenal Nasir ni?

TS: Ooo dia dulu lecturer saya semasa d UiTM..sekarang keje dengan dia di KLIU...kak pulak?

Mem: Saya kat FSPU/Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur UiTM..kenal Nasir ni lama dah..nama apa  eak cakap2 ni tak tau nama pun kita ni.

TS: Saya Tengku S...puan ?

Mem: saya D....

Mereka berdua rancak berbual..saya dah pun abih makan terasa lak nak makan dessert..Kat mana lak yang di hidangkan tak pun nampak lak mejanya.

SM: Katne orang ambik dessert tu eak?

Mem: Tu kat bawah khemah sana tu..tolong ambik putu mayam dengan kuih2 sekali. 

SM: Selain tu nak apa lagi...kambing nak ker?

Mem: Kan suh ambik kuih je...kalau rajin ambik la semua....bawa sekor kambing tu sini hahaha..

SM: Ambik betul kang baru tau..

Saya pun bangun sambil beredar ke khemah seperti yang Mem maksudkan....Waaah memang banyak tul kuih2...ada bubur kacang..seri muka, tapai, tahu sumbat, bingka ubi, putu mayam dan macam2 lagi. Saya suka bingka ubi dan yang paling saya suka yang corner lot tu memang rasa keliling la kalau yang intermediate lot tak best sangat kerana rasa isinya je tapi bukan tepi2 kulitnya tu...wah..macam2 lak yer..ambik 4 keping putu mayam..tengah berasap lagi..baru masak.

J/Josmin: Eh...kau takkan cukup makan kuih jer?

Tegur J seorang akitek, pensyarah UiTM pabila melihat saya dengan kuih2 di tangan...Baru saya perasan dia sedang beratur panjang untuk kambing golek.

SM: Cukup la ni..kau kalau beratur lagi lama lagi banyak dapat...tadi budak yang bakar kambing tu bagi tau kau akan dapat paha untuk kau sorang..aku takut paha kau yang gigil..nanti tumbang kat sini.

J: Kau ni...memang la dahsyat kalau nak kenakan orang...hihii.

Saya berlalu dari tempat kuih tu..dan meletakkan kuih2 tu atas meja dekat dengan Mem. Saya makan bingka yang corner lot tu dua keping..Sedap sangat pun dan saya henjut lagi 2 keping putu piring yang masih berasap...Mem masih lagi rancak bercerita dengan TS..Selepas makan semua kuih2 tu kami minta diri. Mem sempat salaman dan laga2 pipi lagi dengan TS tuh..Saya peratikan saja lagak mereka berdua..Sambil saya tunduk hormat pada TS..takkan nak laga pipi lak....nak maut..hiii.

Ketika melangkah kuar terdengar orang sebut nama saya. Rupanya Rahasnan pensyarah QS/Quantity Surveyor kat FSPU..Dia ni pensyarah anak saya masa buat Master Program dalam bidang Cost Construction Management..nak grad next convo ni..

Kami pun bergerak ke sek 24 tempat majlis anak Rashid. Isteri Rashid ni cousin Mem... tak elok la kalau tak pegi...Majlis tu di adakan di Dewan Warisan Kelab Warga Emas Shah Alam ...waaah...first time saya sampai di sini..Mem biasa datang tempat ni masa dia jadi Ahli Majlis MBSA untuk dua penggal ...Menarik tempat ni...






Rashid ni tinggal di sek 2...Anak yang kahwin ni lelaki ..Isteri Rashid, Faezah ni orang Minang sama dengan Mem ..Kuarga mereka ramai di Batam dan Tasik Maninjau Bukit Tinggi Sumatera..Saya tak penah ke sana, Mem dah bape kali balik kampung kat Bukit Tinggi tu..Ramai sedara mara dia orang yang ada kat sana..Isteri bapa sedara Mem pun asal sana gak...dan ramai adik beradiknya di Jakarta dan Thailand serta di Dungun, Terengganu..

Bapa nya makcik isteri pak sedara Mem ni dulu niaga kain dan banyak bini nya...di Jakarta, Terengganu, Thailand,  Sumatera ..hebat gak orang tua tu..Saya sempat kenal sebelum dia meninggal...Perantau biasa la atur bini di mana saja...Kalau saya perantau pun harus berbuat demikian...hihihi..Cakap cam ni bukan depan Mem berani la ..Cer depan dia...hihihi...lentuk je la...buat bodoh..memang jadi bodoh kalau depan isteri...bodoh2 cerdik kata orang....kata orang la bukan kata saya pun...saya memang pun golongan cerdik gak la...Nak sedapkan hati sendiri terpaksa la cakap cam tu....huhuhu..











                                                                                                                                                                                                                                 
 kita sambung ,malam esok...amacam...nak ke tak nak ni...hihihi...ada sambungan nya ni..                                                                                                                                                                                                                                                                            
                                     



No comments:

Post a Comment