Nasib baik pagi ni jalan tak jem...saya terus ke R&R Sungai Buluh...Az pegawai KOSAS sudah sampai, dok tunggu saya kat situ ...since I'm not that familiar with the site that we're going to
visit, we decided to go in one car...so saya drive la...
visit, we decided to go in one car...so saya drive la...
Sampai kat site.. engineers...C&S dan M&E dah pun sampai...Bincang apa yang patut tentang proposed layout yang saya dah draft ..Tak banyak isu la..semua seems ok ...Ambik gambar sekitar tapak untuk di masukkan dalam LCP/Lapuran Cadangan Pemajuan for submission to OSC/One Stop Centre nanti...
First time saya kat area Rahman Putra ni..Memang tak sangka ada banyak pembangunan di sini...Rumah2 teres dan Semi-D banyak yang telah di bangunkan..Menurut Az, dulu kawasan ni banyak rumah lelong...Sekarang jangan harap nak dapat rumah..Kalau ada pun dah jutaan ringgit...Tengok dari advert pun memang cam tu...
Saya ambik foto sekitar kawasan...untuk membantu dalam briefing to client later on...ada la modal nak citer nanti...tu penting especially about the current development in the vicinity..tentang pembangunan sekitar...Harga rumah dan juga contoh rekabentuk rumah2 terkini...kebanyakannya post mode la...facade banyak menggunakan glass and boxy, full height ceiling, color highlight kind of concept...for maximum space utilisation...gated and guarded seems like a must nowadays..
Selepas site visit saya cadangkan pada Az untuk saja kita pusing2 kawasan sekitar Sungai Buluh...Saya rasa kawasan tu very familiar ...penah datang dengan Dr Sab dulu...Yamaha Hong Leong..dan banyak kilang2 besar dan juga nursery...passed by satu deret kawasan kedai..Ternampak Restoran Rimba...pernah makan dulu...Nak kuar ke Kampung Melayu Sungai Buluh...dah tersesat la pulok...Sepatutnya tadi ambik right turn...Ok no problem boleh pusing balik...masa nak pusing tu ternampak something that catch my attention...haaa
Az: Nape masuk dalam ni..ni bukan jalan besar pun
SM: Kamu rilek la..ada benda saya nampak yang menarik
Az: Takde apa pun...ni kawasan kampung ....
SM: Betul kampung tapi ni lain sikit
Az: Tak paham saya
SM: Kamu nampak tu apa...bangunan dua tingkat tuh
Az: Bangunan kedai kampung ...takde yang spesel pun ..biasa2 jer
SM: Saya ni Town Planner dah di train untuk lebih observant....kalau ke mana mata kena tebuka luas pun juga otak kena berputar
A: Lagi la saya pening dengan cakap u ni
Saya terus menghampiri bangunan yang saya maksudkan. Rasa saya Az tu masih tak tahu apa tujuan saya berbuat demikian. Saya berhentikan kereta dan kuar..Ternampak satu pokok di laman rumah kat situ..Pelik nar buah ni...tak penah saya nampak pun...mesti buah yang boleh di makan..saya tanya Az, dia pun tak tahu..
Bangunan yang saya maksudkan tu ialah sebuah bangunan hotel...Tapi ni hotel yang berlainan ..lain dari yang lain....Ni hotel bukan untuk manusia tapi untuk binatang...bukan sebarang binatang pun tapi kucing...Hotel Kucing...A Pet's Boarding....Pertama kali dalam hidup nampak hotel cam ni...Tu la tadi kenapa kita tersesat mungkin ada sesuatu hikmah ...rahmat la tu..Kena selalu lihat sesuatu dengan positif..Jangan marah2...Kepala kena la kreatif jadi kita selalu bahagia...Kalau marah2 pun tak dapat apa kan...Very interesting concept..I was surprised because deep in the interior of nowhere there's a facility for pets like this boarding centre...By the look of it..the operator is doing well...to me, it needs some kind of creativity in doing business..whatever business...less competition due to uniqueness of idea...cater for specific market...well blue ocean strategy ...
Kita pusing balik ikut Kampung Melayu Sungai Buluh dan menghala ke Hospital Sungai Buluh guna tol sana untuk kuar PLUS hiway...Saya teringat Dr Sab ada membeli rumah semi D di kawasan sungai buluh..Semasa menghala ke tol melalui hospital saya ternampak kawasan perumahan yang di diami oleh Dr Sab...Taman Villa Putra....ini merupakan kawasan perumahan yang boleh di kira elit di sekitar sungai buluh dan sekitar nya...
Ini merupakan kawasan kediaman mewah yang dulu nya, kira2 3 tahun lepas berharga RM600k lebih kemudian dalam masa 2 tahun melonjak naik RM800k dan sekarang sudah mencecah RM1 juta. Kawasan ini boleh lah di jadikan sebagai penanda aras dari segi harga jualan bagi kawasan yang sedang di rancangkan untuk KOSAS. Saya yakin dengan reka bentuk terkini yang lebih menarik, kawasan cadangan dapat bersaing atau akan lebih memberangsangkan dari segi permintaan..Any new development should be better if not at par but of course not less than what's already been built.
Singgah di R&R Sungai Buluh untuk antar Az kerana dia parking kat sana tadi...Keletihan dan dahaga. Basah kan tekak dan lom bekfes pun..so I went to A&W to get something for breakfast...waffle and root beer je ...ok la pun..
Ini merupakan kawasan kediaman mewah yang dulu nya, kira2 3 tahun lepas berharga RM600k lebih kemudian dalam masa 2 tahun melonjak naik RM800k dan sekarang sudah mencecah RM1 juta. Kawasan ini boleh lah di jadikan sebagai penanda aras dari segi harga jualan bagi kawasan yang sedang di rancangkan untuk KOSAS. Saya yakin dengan reka bentuk terkini yang lebih menarik, kawasan cadangan dapat bersaing atau akan lebih memberangsangkan dari segi permintaan..Any new development should be better if not at par but of course not less than what's already been built.
Singgah di R&R Sungai Buluh untuk antar Az kerana dia parking kat sana tadi...Keletihan dan dahaga. Basah kan tekak dan lom bekfes pun..so I went to A&W to get something for breakfast...waffle and root beer je ...ok la pun..
Sambil saya berehat kat dalam kereta saya nampak seorang hamba Allah ni yang sedang hisap rokok kat wakaf dan saya senyum kat dia...dia tersenyum balik..
SM: Sekarang ni semua kawasan R&R ni dah jadi kawasan larangan merokok..dah tak boleh nak merokok merata..
OT/Orang tu: Ye betul..tu hisap kat sini..
SM: Ya la sekarang kena berhati2...saya pun penah kena kat LCCT..kena fine RM300..
OT: Hmmm...tapi kalau dah ketagihan tu susah dah..cuma jangan la ganggu orang lain..isap bukan di kawasan larangan..Dari mana nih..?
SM: Ya betul tu...passive smoker tu kesian..kita dah la teruk pun perokok, yang orang lain tu kita libatkan sama...Saya tinggal kat sini je...berenti minum jap...ni nak ke mana.?...Macam orang utara ni..
OT: Memang saya orang Kedah nak pi Pagoh ikut anak saya...nak pi merisik...anak saya lelaki keje kat Johor...
SM: Ya sekarang ni orang kawin dah tak kira tempat...saya pun sama...saya orang Kelantan kawin orang sini...
OT: Saya first time ni pi Johor..tapi takpe la anak nak kawin dengan orang mana pun janji cakap kat orang tua...restu tu penting..
SM: Sekarang ni pun hijrah tu dah biasa...ramai orang Kelantan sekarang pi berniaga kat Sabah..dah rasa tak jauh pun..dua jam setengah dah sampai...
OT: Betui tu..orang Kelantan ni baguih..kat mana pun ada depa..kat Kedah pun ramai yang dok kawin sana pun ada...ya la berniaga .
SM: Kalau kat Sabah tu pun baguih gak kalau dia orang nak beli tanah susah sikit kerana buka orang bumi, jadi teruih kawin dengan orang Kadazan dapat dua tanah sekali gus..hihiii
OT: Hahaha..Betui betui tu...kat mana2 pun takpa no...janji rezeki yang halal...
Sambil bersalaman kerana hari pun makin nak hujan, saya mengucapkan selamat jalan kepada mereka sekeluarga...dan saya pun berlalu menuju balik ke Shah Alam....Hari jumaat yang damai.
wassalam..terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca jurnal ini...
No comments:
Post a Comment