Monday, 10 November 2014

kelab warga emas shah alam...sambungan..(part 2)

bismillah


    laluan utama dari jalan besar/trunk road yang menghubungkan kawasan kelab dengan kawasan                                                                                  sekitarnya

This is the access road to the complex viewed towards the main trunk road.  Nice avenue with matured canopied trees acts as the axis .  It's a dead end so it's a safe access without traffic /pedestrian conflict. It's a real privacy as the area is  meant for specific development only. This area was formally a piece of state land and been alienated for the integrated development specially for the unfortunate, senior citizen as well orphanage and single mother.

Se sampai nya di Dewan Warisan Kelab Warga Emas, pengantin sedang di arak masuk. Saya bersalaman dengan Rashid, bapa pengantin..Kira tuan rumah la sambil seperti biasa, hulurkan sesuatu ke tangan nya. Dia minta saya dan Mem untuk ke meja makan. Saya dah pun kenyang jadi tak la saya ada keinginan untuk makan. Saya tinjau2 mana ada tempat kosong...Saya nampak mak sedara Mem sedang sembang2 dengan tetamu..Mak sedara Mem, makcik Badrias ni adalah juga mak sedara kepada ibu pengantin, kira sepupu Mem la...

Kebetulan ada tempat kosong..

           rumah pengawal bangunan Kelab Warga Emas dan juga Dewan Warisan Kelab Warga Emas

Ni lah dia bangunan Dewan Warisan tu.. Bangunan ni baru sikit berbanding dengan bangunan Kelab Warga Emas yang lebih dahulu di bangunkan....kawasan berpagar dengan rumah pengawal yang membahagikan kedua premise tersebut..Ni semua untuk tujuan keselamatan..Maklum lah kawasan ni jauh terpencil dan tersorok ke dalam berbanding dengan lain2 kawasan pembangunan di persekitaran.

Maklum lah sekarang ni semua boleh hilang...Ada jer bahan dari besi jap la leh hilang..Laku sangat tu..Yang herannya pembeli besi buruk tu pun sampai hati nak beli...Usah kan yang di luar yang di tinggal gitu saja..duit tabung dalam masjid pun leh hilang..Orang pompuan tengah sembahyang pun leh hilang beg ...Tengok betapa tak selamat nya keadaan sekarang.


                                       pandangan di dalam dewan Kelab Warisan Warga Emas

Ini lah rupa bentuk keadaan dalam dewan...boleh muat 700 orang sekali gus...Dewan serba guna ni di reka bentuk khas untuk majlis2 seperti kenduri kahwin..jamuan hari kebesaran atau perayaan kaum seperti hari raya eidulfitri ...krismas.. tahun baru cina..deepavali..juga untuk jamuan2 atau pertunjukan seperti concert dan juga jamuan hari jadi...Selain itu dewan ini di khaskan untuk kegunaan sukan seperti badminton..takraw dan lain2 indoor games..waaah mewah gak dewan ni..

Mem: Dah lama ke makcu sampai?

B/mak sedara: Dah lama, dari pagi lagi...

Mem: Kami ni dari kenduri kawin anak kawan kat sek 8..tu lewat sikit ni..

Saya pun tak tau nak buat apa...Dalam dewan tu pun ventilation is not that good...no air cond except wall fans and few industrial standing fans...Rasa rimas gak la..berpeluh  di buatnya.

SM: Nak kuar jap pusing2 kawasan komplek ni..

Mem: Ok la...tak pe pegi la...saja nak sembang dengan makcu ni

SM: Makcu...saya kuar kejap ye..

B: Baik lah...tak minum ke ambik kuih ke dulu?

SM:Karang la..


           satu view yang menarik di lihat dari jalan masuk ke kelab dengan backdrop bangunan2  di                                  persekitaran yang berjiran dengan kawasan kelab warga emas ini

Ini pula jalan internal access ke Kelab Warga Emas..A simple layout, somekind of ring road..Main building is located in the centre of the overall plot..Kira banyak gak la kawasan lapang yang juga di jadikan garden..Very airy...Rasa damai gak la dok sini...Ada elemen kehijauan dan juga ada elemen air..Terdapat sebuah tasik yang membahagikan kawasan  kelab ni dengan lain2 pembangunan seperti kawasan perumahan di sekitarnya...Pic di atas ni menunjukkan pemandangan yang di lihat dari gate yang membahagikan kawasan Dewan Warisan dengan kelab proper...


Kira besar gak kawasan ni...Apa lagi..saya pun ambil la foto2 di sekitar kawasan ni...Terdapat sebuah bangunan induk, bentuk bangunan ciri2 tradisional Melayu ala Bugis gitu lah lebih kurang...vernacular architecture with high pitch roof ...Atap genting warna oren dan dinding batu berserta glass panels...facade yang biasa saja la...


                pandangan dekat pintu masuk utama bangunan kelab warga emas yang berdiri megah

As mentioned earlier, the premise is located in the centre of the whole area...and we can see the sprawl of green landscape garden throughout the area bordering the neighbouring lot which is primarily a residential estate...Mungkin banyak ekar juga la....ni tanah Kerajaan...Sultan yang berkenan untuk di majukan sebagai Kelab Warga Emas ni...kira pet project Sultan la ni..Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada SUK dan Pegawai Istana serta beberapa orang usahawan Selangor...Ahli terbuka kepada orang ramai..Sejak tahun 2007 ahli yang berdaftar dengan Kelab ini seramai 1200 orang. Sekiranya belum mencapai umur kelayakan sebagai warga emas, sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli boleh di daftarkan sebagai ahli bersekutu atau co-opted member. Keseluruhan pembangunan di sini adalah di bawah state funding dan dah pun di luluskan..Master Plan dah siap 10 tahun lalu...di bina berperingkat...


            bangunan kelab yang tersergam indah di kelilingi oleh taman yang mempunyai kawasan                                                                 landskap yang luas dan selesa

Kemudahan yang di sediakan di komplek ini terdiri daripada...Sebuah main building di dalam nya terdapat kemudahan seperti gymnasium, klinik, perpustakaan, bilik seminar, surau, IT centre, bilik kuliah, bilik air/mandi...Kira macam lengkap gak la kemudahan yang di sediakan untuk kegunaan sebagai sebuah kelab...Ni bukan kelab untuk orang muda yang ada lounge untuk persembahan live band ke apa...Tu kena pergi la ke kelab2 hiburan atau mana2 hotel...helooo...ni kelab warga emas la weiii..don't expect much...Dah jadi warga emas nanti tahu la apa erti jadi orang berumur...Sebut orang tua tu senditif sikit, tukar jadi orang berumur lebih enak dan manis..sendu gitu...hihihiii..


                 pandangan ke arah pintu masuk rumah kelab, di lihat dari landskap garden yang cantik

Di kawasan sekitar main building ni terdapat kolam pancing di buka untuk orang ramai dengan kadar bayaran tertentu...Masa ni pun kira dah nak hala ke petang la, jam dah nunjukkan pukul 3 petang...ada gak orang mancing...Kaki pancing mana kira waktu...Ini satu hobi yang saya kurang minat...bukan kurang tapi tak minat langsung...

Masa saya remaja, masa tu saya membuat latihan amali di Kota Bharu, pernah saya ikut nelayan kat Tumpat pergi ke laut menangkap ikan...Dok kat laut naik bot nelayan selama 2 hari 2 malam...Kawan saya muntah hijau semasa bot berhenti menurunkan sauh...Dia punya goyangan kalahkan goyangan gerudi dangdut...Nampak lampu tu terhoyong hayang...pening weii..Nasib baik saya mampu menahannya...tak la muntah..Selepas peristiwa tu saya tak minat nak ke laut dan mancing pun saya tak suka...Hanya mereka yang sabar dan obsess dengan aktiviti ni saja yang boleh berbuat demikian....Saya tabik angkat tangan..tak mau laa..Orang tua2 bagi petua...kira nak hilangkan mabuk laut, ambik mumbang kelapa makan dengan cuka...in sha Allah boleh tahan daripada mabuk alaut..saya lom try lagi...entah la.


   kolam memancing yang berpagar masih menjadi hakmilik persatuan dan di buka untuk orang awam                                                        memancing dengan kadar bayaran tertentu

Terdapat juga lain2 kemudahan outdoor termasuk lawn bowling padang, taman reflexology, kebun , wakaf dan taman awam...Saya rasa damai berada di kawasan komplek ni...Di kejauhan nampak bangunan2 tersergam sebagai backdrop...Masih banyak lagi ruang kosong untuk pembangunan akan datang...Sekarang terdapat kebun, ladang tebu yang di usahakan oleh warga emas yang terbabit..



                        pandangan daripada taman landskap ke arah bangunan induk rumah kelab

Setelah mengambil beberapa keping gambar di sekitar komplek ini, saya ternampak beberapa buah wakaf yang di sediakan di penjuru padang kawasan komplek ini...Saya tertarik dengan lokasinya yang mengadap kawasan perumahan di pinggir kawasan kelab ni yang juga berhampiran dengan kolam pancing. Saya berhenti sebentar dan berteduh di bawah salah satu wakaf  tersebut. 

Aduh betapa damainya petang ini..Angin yang berhembus dari arah tasik membelai seluruh indera saya. Alangkah bahagianya menikmati alam ciptaan Tuhan ini...Saya bersandar di sudut tiang sambil memejamkan mata. Sepoi2 angin petang ini di serikan lagi dengan haruman bunga2an yang sedang mekar di taman. Unggas dan serangga benyanyi riang bersama syahdunya hening petang yang damai ini..Bau rumput menenggelamkan saya dalam khayalan ke suatu ketika yang penuh nostalgia....heee...apa lak ni emo semacam...Kalau ada awek dok sebelah best gak ni...hihihi...awek yang nenek2 gitu la baru sepadan....huhuhu...


    laluan menarik yang reka khas merupakan sebagai satu avenue menghala ke wakaf yang menjadi                                                                         focal point.

Masih lagi angin petang bertiup lembut dan saya membiarkan tubuh saya di hinggapi belaian bayu yang damai...waah teruja saya. Pokok2 bunga hiasan yang di tanam sebagai landskap menjadi satu avenue menghala ke wakaf tersebut... Merah warna pucuk2 pokok hiasan tersebut menambahkan seri taman ini...Laluan ke wakaf ini di buat dari coloured inter locking slabs...cantik gak...

Saya masih lagi bersandar di salah satu tiang wakaf tersebut...Teringin gak nak jadi ahli kelab ni bila dah sampai waktunya..Kalau macam ni lah tempatnya banyak benda yang boleh di buat untuk menghabiskan waktu beriadah berkumpul sama teman2 sebaya atau melakukan apa saja aktiviti yang dapat mendamaikan jiwa...Apa lagi yang di inginkan setelah usia mencapai peringkat warga emas...Yang ada hanya kenangan untuk di bawa bersama.... Jom ramai2 kita join kelab ni.



    tanaman hiasan landskap taman yang cantik dengan pucuk yang berwarna merah dan mempunyai ground canopy yang bertindak sebagai penghadang/filter kepada bunyi, debu serta angin dll

Berhampiran dengan wakaf ni ada di tanam pokok buah2an tempatan yang sinonim dengan cuaca dan keadaan habitat di kawasan hutan hujan tropika. Masa saya dok rehat2 kat wakaf tu saya nampak ada pokok manggis, rambutan dan pulasan..Manggis belum lagi ada bunga mungkin lom sampai musim la kot...

Kata orang yang dok kaji pasal pokok2 ni..Durian di kenali sebagai Raja Buah...mungkin kerana duri dan baunya yang hebat tu la..Saya memang tak makan durian....tak kira la musang king ke yang tanah tumpahnya tu di Gua Musang tu, takkan saya makan pun..Kalau nak cuba jer saya ambil la seulas...Bukan tak nak makan tapi memang tak boleh..Dulu kecik2 memang saya hidup bawah pokok durian la...Kalau gugur kita orang ambik kain tarik kain tu atas tanah ..duri mesti sangkut punya...Tu cara nak kutip durian malam hari...Sekarang kalau makan, sakit tekak...Mungkin pasal faktor umur dan panas kot..Orang kata durian ni high collasterol..Penah kawan saya masuk spital kes durian ni..Makan banyak sangat.. Kalau ada kencing manis pun jangan cari pasal..memang terbaik la nanti sakitnya tu..

         pokok manggis beserta pook pulasan dan rambutan yang di tanam bersebelahan satu sama lain

Kalau manggis lak di panggil Queen of fruits tropika...Nape eak?...Haaa tu la ramai yang tak tau..Sebenarnya manggis ni ambik masa 9 bulan cycle untuh berbuah..Macam orang pompuan mengandung....Penah terpikir tak..Mesti tak kan..Tu pasal saya share maklumat ni...Ilmu untuk di kongsi, jangan kedekut dok kemut sorang2 wei...kalau share ada gak faedah..

Lain2 buah yang saya nampak tengah berputik ialah rambutan...Dulu ada kawan saya Mat Salleh la tanya nape nama rambutan?..Saya cakap hair tu rambut..it's hairy rite..Baru sengih2 mengiakan kata saya..Rambutan ni orang Singapore panggil Singapore lychee...Pandai2 jer tukar nama..pada hal bukan pun ada dusun rambutan kat negara tu...Saja nak cari kelainan pada hal satu dunia dok panggil rambutan....ada la tu sebab yang tersirat..

                   buah rambutan yang masih putik yang terdapat di taman landskap kawasan kelab

Tentang buah pulasan lak ..buah ni memang satu species dengan rambutan tapi kulitntya lain sikit...Rambut tu pendek kerinting macam rambut Negro...Tapi bukan lah buah Negro...Mungkin gak masa dulu2 tu orang Melayu tak penah tengok Negro...sekarang jer baru ramai gagak hitam tu kat sini..sampai awek2 Melayu pun dah kena cong hingga terikut2 jadi kaldai dadah pun ramai..Apa sangat hebatnya gagak Afrika tu..Kalau cam sekarang ni mungkin dah bertukar nama kot...entah la. Pulasan ni pun kawan saya tanya nape di panggil pulasan..Saya bagi tahu la kalau nak ambik isinya kena pulas kulit tu...twist to split...baru paham Mat Salleh tu...Orang kita ni kira cerdik gak bagi nama pada buah2an tempatan ni kan...hebat....tabik hormat tok nenek wei..

                                                     buah pulasan yang masih putik

Ini lah pertama kali saya melihat bunga ciku sebelum menjadi buah dan rasa saya ramai yang tak penah melihat bunga ciku ni..Sah ramai yang tak sangka kalau tengok pada foto ni yang ni sebenarnya bunga ciku...Kalau buah ciku ramai yang penah tengok kerana ada banyak di jual kat pasar2...Tapi bunga ciku takde orang jual pun....tu la pasal jadi kehairanan semua...


           bunga ciku yang jarang di ketahui ramai...buah ciku ramai yang kenal tapi bukan bunganya

Ada setengah orang berpendapat pokok ciku tidak bagus untuk di tanam di tengah2 kawasan laman rumah kerana kononnya pokok ciku mengeluarkan negative aura yang mungkin mempengaruhi sikap penghuni rumah...Dan saya perasan kalau di kampung2 memang pokok ciku tak di tanam di tengah2 kawasan laman rumah..Mungkin orang tua2 dahulu kala penah mengkaji tentang perkara tersebut..Menurut pakar kaji warna..colour theraphy memang ada hubung kait nya perangai manusia dengan persekitaran...environ creates man...Itu menurut kajian mereka tentang aura serta pengaruh warna dan sebagainya..wallahualam.



Bila ada nya pokok maka datanglah berbagai unggas dan lain2 binatang/serangga penggemar taman..Saya boleh dengar kicauan burung yang bertenggek di atas dahan ciku...dan saya terpaut dan sonok melihat binatang/serangga dan unggas berterbangan antara bunga ke bunga untuk proses pendebungaan..Yang banyak nya kupu2, lebah, patung2, kumbang dan juga sejenis binatang kecil yang di panggil kesing..Kesing ni boleh mengeluarkan satu cecair yang sangat busuk kiranya kita mengganggu dirinya yang sedang berehat...Jadi bila terjumpa kesing jangan pandai2 nak provoke...


                    sejenis serangga kecil yang sinonim dengan pokok2 berbuah...ni la dia kesing tu.




nanti kita sambung ke bahagian 3...in sha Allah.....wassalam.










                                                                                                                                                                                                                                                               
                                                                   


                                                                                   
                                          

No comments:

Post a Comment