Ye la...mana tau kan...tingat sy kat film Indonesia tahun 1981... lakonan Suzzanna... Sundel Bolong... seram giler... top actress suatu ketika dulu..dikenali sebagai "the horror queen of Indonesian cinema" ...Suzzanna Martha Van Osch ni lahir pada 13 oct 1942 dan meninggal 15 oct 2008 kerana mengidap kencing manis/diabetes...
Sundel Bolong tu kira kat filem... kalau yang real keluaran tempat gunung berapi mesti la kow punyer... tu kira paranormal edisi terhad ha ha ha... Kalau Puteri Bunian pun kira yang jenis hardcore juga la..edisi volcano.... ada berani?
Kalau tengok kat bangunan rumah2 tu....sekali imbas tempat ni macam kediaman orang berada semua ni...Bangunan dibina dari batu bata..atap genting...Ni orang kampung yang kaya.. Tuan Tanah Kedawung la kot..
Hampir keseluruhan bandar diliputi kabus...Masa waktu solat subuh tu tak nampak apa2...sayup2 kedengaran azan..sayu mendayu..Sepi bertamu...suasana terindah tiada taranya..
Alahai...sendunya pagi2 gini ... sy jadi tetamu asing ... Sejak dulu hati tertanya-tanya dan sy pantulkan bayangan keadaan tempat ini...
Sememangnya jauh beda dengan situasi sebenar... now l'm falling in love with this place....Tiada yang pantas untuk tidak menyukai alam indah ciptaan llahi ini.
Di keheningan subuh dengan cuaca dan persekitaran yang dingin bening sy terpaku .....memang tak terucap kata ..Sekarang baru sy akui kebenaran kata kawan2 yang pernah libur di sini...Bukan lagi indah kabar dari rupa tapi indah seindah2nya...π
Burung Bukittinggi ... enjoying the morning ..tengah calling friends le tu...nak kuar gi cari makan... breakfast pe lak pagi ni... belalang..cengkerik..atau apa saja lah janji ada sarapan...Tu mungkin pe yang di pikir oleh burung murai biru putih ni...hu hu huππ
Orang tua2 cakap jangan tidur pah subuh...nanti rezeki susah nak masuk..Cer tengok burung...kuar pagi2 dan balik bila senja...tiap2 hari gitu..rutin dio...lktibar daripada unggas haiwan pun penting gok..
Sarapan kat garden terrace cafe...Ramai gok orang...Kena makan awal pah ni nak gi Tasik Maninjau lak... Ujang cakap sejam lebih gok la perjalanannya...Sementara kami sarapan Ujang menunggu kami di porch sambil merokok dan ngobrol2 bersama teman2 yang seangkatan dengannya...geng2 supir..π
Cuba perhatikan...boleh dikatakan semua bangunan tiada yang melebihi 4-5 tingkat..Diseri dengan kehijauan persekitaran dan cuaca dingin hmmm.. a real nostalgic phenomena..πΏππΉ
Bandar ni sebelum kul 12 malam ok lagi...pah tu sunyi la...nak jalan2 pun takde per sangat nak tengok...Kedai2 dah tutup...suhu rendah...gigil la jawabnya kalau jalan malam2...Ada berani nak cuba?
The surroundings...viewed from hotel room
Dengar citer orang la... Tasik Maninjau tu bekas letupan gunung berapi gok la... 52,000 tahun dulu...taksiran guna carbon dating la kot...tu semua kepakaran ahli2 archaeologist.
Ada setengah para ulamak cakap manusia pertama hidup di muka bumi ni sekitar 10,000 tahun dulu... dinosaur lagi lama...bilion tahun...Sebenarnya ilmu sains dan bidang ugama ni ada kaitannya... tu sy lebih cenderung kepada metafizik...
Perbezaan pendapat sentiasa ujud...tapi perlu dikaji dari segala aspek.... wallaualam
Ya la almost all islands in lndonesia ni terletak di ring of fire ...Letupan gunung berapi tu memang dah dari azali lagi la berlaku...Kita di Malaysia kira nasib baik gok la takde semua tu yang pernah berlaku... tremors tu ada la..
Orang kata Malaysia ni heaven for designers... design la apa saja takyah nak pikir pasal gempa.. typhoon..gunung meletup cuma tanah runtuh je la kena hati2 sikit..
Untuk info ringkas... Tasik Maninjau ni 22.369 batu jarak nya dari Bukittinggi ....panjangnya 9.9 batu ...lebar 4.3 batu ...kawasan tepian pantai/shoreline kira2 32.73 batu ..kedalaman pula 541 kaki ...purata kedalaman lebih kurang 344 kaki .. ketinggian 1505 kaki..
Dahsyat juga yer statistik tasik ni.
Air tasik tu banyak guna...boleh jana elektrik..
Ada janakuasa yang boleh kuarkan 68MW ... Ada la juga faedahnya di sebalik malapetaka yang menimpa nenek moyang dulu kala...Di setiap kelemahan dan keburukan tu pasti ada kekuatan dan kebaikan..
Jalan menuju ke Tasik Maninjau memang berbukit bukau serta berliku liku...Naik bukit turun bukit...Sepanjang perjalanan tu memang mengasyikkan...Panorama persekitaran di pedalaman yang penuh misteri dengan bentuk rupabumi yang berbagai...Kalau tak biasa memang cuak la..
Lumrah persekitaran di sebuah perkampungan di kawasan lembah yang berhampiran dengan kaki bukit atau gunung...Penuh dengan aktiviti pertanian...Tu ada tanaman jagung sebelah kiri dan sawah padi sedang menguning di sebelah kanan..
Kehidupan masyarakat agraria yang penuh kedamaian... a real laid back community far away from the hustle bustle of hectic city life...awesome livelihood..
Fenomena biasa di daerah pedalaman... Kehadiran kedai2 runcit di tepi jalan...infra yang minima dan biasa2 saja tapi ada jalan berturap...Namun begitu...di sini longkang dan setback bukan jadi satu kemestian yang perlu dipatuhi....
Ya la nama pun kampung...macam juga tempat kita...kalau di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan lagi la caca merba..
Ni kira laluan utama untuk ke lain2 bandar...
Notice the parabola disc at the shop frontage...more advance than us 'cos they can reach to so many channels worldwide... kau ada?π€£π€£π€£π€£π
Kita apa ada? Kena bayar Astro yang dok ulang2 filem yang sama dah basi pun... off season film ..hua hua hua...lambat bayar bil asyik dok keriau cam lotong .. lontong Pak Ali sedap adoooooi ..π€π₯΄
Ada gok tulis Omputih ...agaknya untuk pelancung la kot...takut sesat senang nak rujuk...bukan rujuk pah bercerai ha ha ha...
Matur ni kira satu mukim kecil gitu la... tak nampak pun ada gedung2 gadang kat Matur ni...hanya bangunan2 biasa yang banyak terdapat di tepi2 jalan..
Pasar Matur ... mengekalkan traditional architecture .... tanduk kat bumbung tu takleh nak tinggal....takde tanduk2 tu hilang lah keperibadian minangkabau ...terbaaaaik.. l love it...
Ada penempatan tersendiri dan ada wakil rakyat macam ADUN tempat kita la..Cer tengok betul2...kat signage wall tu ada poster calon2 bertanding untuk pemilihan wakil rakyat... hebat gok Matur ni yer.
Perusahaan makanan di desa...Tak pernah sy makan keropok labu...tadi nak berenti tapi perjalanan jauh lagi...Kalau berenti mesti ambik masa lak...nanti hujan memang susah sikit...mendaki bukit menurun bukit jalan licin.... Kita teruskan je journey to Tasik Maninjau...
Kita kan lalui perkampungan di lembah2 yang penuh dengan aktiviti pertanian...sawah padi la yang banyaknya...Bila tiba kat kawasan berbukit kita kan nampak banyak rumah2 di bina di lereng2 bukit...Cantik menawan..
Sy suka tempat ni...bangunan simple & sangat sesuai untuk santai sambil makan minum... Suasana kehijauan yang begitu indah menenangkan mata dan menjernihkan kalbu...Itu melambangkan kehidupan sederhana yang tidak dipengaruhi hiruk pikuk kota yang kadangkala membeban dan membosankan...
Maaf la foto ni kurang sharp...shot from a fast moving car...the blur foreground confirms the statement...
Tak takut lak diorang pasal tanah runtuh atau teknologi diorang lebih canggih dari kita kot... may be.. who knows...don't always underestimate other's capability... jangan dok syok sendiri...π€£π€£
Sampai di satu selekoh tiba2 sy tengok ada satu tempat ni betul2 memukau pandangan ..menggamit kalbu.. a must stop.
SM: Ujang ... stop stop...kita rehat jap sini..
Ujang: Baik pak...di sini memang popular tempat orang berfoto..
SM: Tu la pasal suh kamu stop
Ujang: Kalau mau beli cenderahati pun ada di sini..
SM: Hati ni nak dipuaskan...cenderahati tu kemudian...hi hi hi
Mem: Cantik tul view tempat ni
SM: Tu la pasal...nak try zoom kalau2 dapat capture sudut2 yang menarik..
Mem: Dah terasa dingin nya..kita ni atas bukit la ni...
SM: Tengok la valley kat bawah tu...ada kampung...cantik giler..
Mem: Cer zoom kat bangunan tu...tak jelas nengok dengan mata kasar.
Masing2 sibuk dengan hal sendiri...Sy ni per lagi tak nak lepaskan peluang nak rakam gambar ...Bukan senang nak datang tempat2 gini...Ni pun mungkin yang terakhir..nak re visit ntah la bila...
Perasan tak ejaan nama tempat ni tak sama..
satu dieja Landir yang satu lagi Landia ...tapi maksud tu sama je... Lendir...πππ€£
Bangunan tempat rehat ni betul2 didirikan di lereng bukit...curam yang amat...jangan tengok bawah tepi lereng tu...kalau gayat lagi la parah...mau huyung hayang jerit mekik ...
Tingat sy masa wat kajian untuk Jabatan Orang Asli sewaktu waktu dulu...Sy tengok Orang Asli dirikan rumah betul2 di lereng curam...jurang kat bawah tu berpuluh meter...
Jarang pula dengar rumah Orang Asli runtuh masuk gaung...walhal diorang takde pun gunapakai khidmat jurutera awam yang pakar dalam struktur bangunan..guna logik akal jer.
Nama tempat ni Sungai Lendir kalau ikut ejaan biasa bukan slang minang la ..Kalau minang di panggil Sungai Landia ...Apa yang berlendir tu tak tau la pulok...segan nak tanya orang per yang landia tu...π
π€£
Orang yang pakar dalam bidang mata cakap kalau nak bersihkan lensa mata/kornea sila halakan pandangan ke arah sesuatu yang berwarna hijau dan biru ...
Warna hijau kalau ikut chakra warna...zon nya terletak di bahagian dada/jantung hati...ada la tu hubung kaitnya...orang Islam guna simbol warna hijau... hati mau baik derππ
This kind of landscape is so soothing.. calm & peaceful.. Living in rich biodiversity with minimal disturbance on ecological system...
Everyday we can indulge in forest bathing..how awesome πΊπ₯πΉ
Jarak dengan tempat kami berdiri ni dengan kawasan kampung tu mungkin puluh km ...Sy nampak lembah ni memang sungguh mendamaikan...menggamit keterujaan..
Di kejauhan nun di puncak bukit bukau berbalam nampak low clouds formation towering the enchanting valley...wow...really mesmerising...must be damn cool weather..
Apa kerja diorang kat sini?..Nak kata buat ladang komersil tak la nampak macam yang kat Lojing...Cameron Highlands tu...penuh dengan greenhouse roofing ...ditarah bukit sesuka hati lagi tu ada la.....
Tapi di sini ok je nampak...sawit takde..berkebun la kot..tanaman kontan ... takkan nak kontang kanting lak kan...mesti ada punca pendapatan....Nanti kita siasat seadanyaππ€
One of the past time hobby of the people here is hunting... wild boar hunting... just now l saw lots of guys with hunting dogs going for some fun with the boars...π
Diorang tak makan babi hutan tu...cuma memburu...kerana babi2 tersebut merosakkan tanaman...Diorang sini berugama lslam ... mana nak makan babi pulok wei...babi ni di mana2 pun haram kecuali darurat ok la wat kari..kerutub keπ·π
Sy cuba zoom kan...tak la sharp mana tapi syukur la sy dapat baca tulisan tu...Padan la dengan kamera kokak tak seberapa harga...nak pin sharp kena guna DSLR ke mirrorless ke apa...
Tertulis kat papan tanda tu. Kampuang Ateh meaning Kampung Atas la tu... Hutan hujan tropika ni sama je kat mana2 pun hatta kalau Brazil sekali pun...Hutan subur yang terjadi jutaan tahun...penuh dengan misteri khazanah zahir dan yang tersembunyi di lapisan bawah tanah...
Ni satu penempatan bercampur...bukan bercampur landuse zoning ...maksud sy dari segi rekabentuk rumah...Ada yang lama dan ada yang contemporary design. Bangunan warna biru tu baru sikit nampak gayanya..
Yang menariknya...sekitar tapak rumah tu di kelilingi oleh tanaman subur menghijau... is it organic farming? A kampung setting lebih kurang macam tempat kita juga la cuma di sini tanahnya berbeza kerana terdapat baja semulajadi dari lahar gunung berapi...
Sy tertarik dengan dengan bangunan ni...Nak kata minang konsep tak la juga...mana ada tanduk..Ni macam ada pengaruh Belanda ..bererti kampung ni dah lama la ujud kalau tengok design rumah ni... Bangunan tu nampak dah weathered and white washed ...tapi masih kukuh berdiri.. salute..thumbs up
Di lndonesia takde la pelik sangat kalau kat kampung2 cam ni ada makhluk yang berdarah campuran...Kaum Belanda kawin dengan orang tempatan...tu biasa...Ya la dah diorang dok jajah beratus tahun mesti la ada assimilasi ..integrasi kaum...kena siasat juga ni..π
π€£
Ngikut pemerhatian dan pahaman sy rumah ni di bina dari kayu dan berbumbungkan asbestos ...facade dinding diperbuat dari papan rasanya...warna bumbung dan dinding tu cam sama jer...Bumbung tu tinggi...untuk angin .. ventilation bagus kalau high roof ...Di kawasan lembah gini mesti banyak angin crossing sana sini... sejuk nyaman la tu...tidur dengan selimut tebal la.
Belakang rumah tu ada lereng2 padi..di tanam padi huma ke apa? ...Ntah la...Kalau di Sarawak tersohor beras bario ...mahal giler sekilo...Sekali sekala atau beli untuk rasa je boleh la...Untuk jadikan makanan harian memang tak la....bocor koyak rabak poket atuk...huhuhu.
Kalau tengok daripada masjid ni...orang sini ramai muslim la kot...Cantik tul masjid ni...bersih and very neat....well kept.. Terlindung daun2 pokok buluh la pulok...takleh nak tengok lebih2..nanti cuba kita zoom kalau2 lebih terang nampak detail masjid ni..
Haaa..ni baru ok...dah full zoom ...Nampak la sikit detail kat masjid ni...Atap warna kemerahan...banyak kubah..cer kira...ada 5 tu ....ikut rukun lslam la kot...zink kubah tu bersinar macam baru semalam di pasang...bersih takde karat pun...bagus AJK masjid ni....jaga molek masjid ...ni baru betul wat keje...
Banyak tul sawah padi kat sekitar kampung ni...Bila tengok secara aerial view & shot in wide angle baru kita boleh appreciate the overall surroundings...the relationship of the valley & the foothills...fascinating..
Memang sangat menarik..Tingin nak pergi tengok dekat tapi takde masa...singgah jap jer ni...Kalau berlamaan di sini nanti terlepas lak nak tengok lain2 tempat..
Kalau tengok kat bangunan rumah2 tu....sekali imbas tempat ni macam kediaman orang berada semua ni...Bangunan dibina dari batu bata..atap genting...Ni orang kampung yang kaya.. Tuan Tanah Kedawung la kot..
Banyak structures look like double storey...reflects the premise ownership...dok kat kampung yang jauh di pedalaman leh ada rumah sedemikian memang gah giler la..
Nampaknya basic infra di penempatan ni kira memuaskan juga la...Ada jalan tar.. electricity supply pun ada juga nampaknya tu.
Normally in area like this there 'll always be overhead cables connecting the houses and the roadside for lighting.. We can witness the presence of parabola disc... Meaning there must be some form of electricity supply...
Ni maknanya ada infra yang ok yang decent la juga... Tempat ni leh pandu kereta...kawasan perumahan tak la compact sangat..Ada banyak ruang macam setback la antara bangunan...waaah ..awesome.. Kita tengok kita perati kita belajar sesuatu dari mereka.
Dah lama dah pun dok spend time at this place...it's time to proceed to the next venue..
Kita sambung lain kali la yer ... kalau ngantuk baik tarik selimut...
Wassalam
No comments:
Post a Comment