Monday, 23 December 2019

libur di Bukittinggi (bahagian 9)

Selesai rehat2 sambil memanjakan mata...kami meneruskan perjalanan...Kali ini akan melalui jalan paling mencabar di kawasan ni iaitu kelok 44..

Misi sebenar ke Tasik Maninjau adalah untuk menziarahi muzium Buya Hamka...Banyak sangat dengar cerita tentang tempat kelahiran beliau...tingin gok la nak gi ... Since we're already in Maninjau so why not just proceed to his place of birth...muzium rumah kelahiran Buya Hamka..


Terdetik dalam hati sekiranya diizinkan kepingin sangat untuk melihat dengan mata kepala sendiri tempat di mana beliau pernah mengabadikan kehidupannya sebelum berpindah ke Jakarta...

Saja la nak ambik berkat..mana tau takut2 terikut sikit2 nak jadi penulis cam beliau...ambik aura dia....Semangat tu boleh tumbuh kalau dipupuk seadanya...dapat 10% dari bakatnya pun dah cukup baik dari takde langsung...🀣🀣🀣

Permulaan kelok 44 bermula di sini..menurun ke lain2 kelok sehinggalah sampai di kelok satu yang merupakan kelok paling bawah dan sampai di tanah rata...

Maka bermula lah perjalanan yang mengasyikkan..kalau pening boleh muntah hijau gok ni... drive slow2 ok jangan lipat maut lak.. 

Ujang ni so far ok jer driving ...tak kelam kabut...lagi pun dio dah biasa sangat bawa penumpang kat area ni... So we can rely on his expertise and exprerience driving on this type of terrain...go Ujang go...I'll be busy snapping onwards ...Sy kena dok di seat depan senang nak ambik pic..video..


Jalan ni di atas puncak bukit...sepanjang 10 km dari kelok 44 kemudian menurun lembah dan jalan curam yang agak mengerikan hingga lah ke kelok satu..

Pada pandangan sy la...sebenarnya kalau ikut terrain.. boleh je jalan ni di bina tanpa kelok yang sedemikian tapi tak la jadi mencabar... nothing special no more  thrill..


Banyak pemandangan cantik kat area ni...Kalau ngantuk pun tak jadi nak lelap...Terpana dengan keindahan alam semula jadi...Kat atas ni bukit kat bawah lak tasik...Memang menarik sangat la...Kalau tidur memang rugi besar..

Kita sebagai designer kena selalu alert and always be observant ...Otak kena berfikir secara kreatif dan sesuatu yang baru akan menyegarkan minda untuk lebih berperanan...nak tidur balik umah la..πŸ›ŒπŸ€­


Dari tempat ni kita leh nampak pemandangan yang cantik...dusun2 sawah padi dan perkampungan banyak bertebaran di lereng dan di lembah menghala tasik yang membiru airnya...Kicauan burung menambah seri suasana...Kalau ada lak matahari terbenam lagi la awesome giler...

The most photographed house...This is one of tbe most picturesque angle...ln almost every promo pamplets we can notice this house will be the main theme photo....lt's awesome...surreal...captivating...


Sy ambik banyak shots rumah ni dari atas bukit menghala ke lembah...Nak ambik pic saja nak guna tempat orang berniaga ni rasa malu la juga... so order tea o ... boleh la dok kat sudut resto untuk shooting...

The owner of the house is still with padi planting activity...We can witness from the plot in front of the house...The padi is just at early stage of growing...there is a barn at the edge of the padi field... like a wakaf in Malaysia..

I'm not so sure whether the house is still occupied or abandoned...by the look of it the compound is not well tendered.. full with overgrowth and bushes...The structure is still intact and in good condition..Or may be the house owner have shifted or migrated somewhere.. teka teki tak berjawab...kena siasat sepatutnya ... 

Sekejap lagi kita akan ketemu simpang 4... Kalau ambik pukul 12 kita kan ke Pusat Bandar Tasik Maninjau ni la..kat situ ada deretan kedai2 juga sebuah hotel..Masa kami sampai hotel tu tutup untuk renovation ....Terlepas la peluang nak berfoto di tepi tasik...mesti view nya awesome..


Ke kiri pula...untuk ke rumah atau tempat lahir Buya Hamka ...hmmm...tu tempat yang menjadi satu itinerari datang ke tasik Maninjau ni..tak sah kiranya kalau tak ziarah tempat tersebut...rugi besar la kalau tak jejakkan kaki dan buka mata luas2...


Hotel Maninjau tutup..kalau buka ingat nak pekena kopi ke lunch ko..Mesti best sambil makan sambil nikmati views di tepi danau yang membiru airnya....Takkan nak kena datang lagi...tapi taklah rasanya kalau just for makan minum di hotel ni...

Kalau nak bermalam hmmm..mungkin tak berbaloi...tak banyak aktiviti pun di sini..Jika bermalam apa nak buat malam2 eak...Kalau datang dengan kumpulan pelukis ok gok leh gi wat en plein air painting...mesti sonok abih la gitu..

Renovation untuk naik taraf kot...agaknya...Tak banyak hotel yang ada kat tasik Maninjau ni...dan pekannya kecil saja...Tak nampak pun ada bangunan2 baru ....infra biasa je...Jalan pun takde longkang...
Mungkin kat sini tak pernah berlaku banjir...jadi langsung air tak bertakung...takde longkang kurang lah nyamuk... no aedes..🀣🦟🦟


Sy perhatikan bangunan di sini dibina tanpa ikut peraturan macam tempat kita atau memang tu cara kawalan bangunan di sini ..entah la... sy teka jer...nak rujuk kat sapa.. Ujang mungkin tak berapa tau ni semua..πŸ˜…

Mungkin PBT/Pihak Berkuasa Tempatan kat sini tak kisah pasal building by laws ...macam parking requirement...setback...plot ratio..plinth area dll... kira macam free & easy ...sempoi abih..

Jangan dok komplen la...ni tempat orang...biarkan dia...janji diorang bahagiaπŸ˜‚πŸ€£πŸ˜…

Pemandangan di tepian danau....airnya biru dengan ombak2 kecil dari tiupan angin di tasik yang terbuka luas...Kehidupan di sini secara amnya tersangat damai dan penuh akrab dengan alam semula jadi...

Tak banyak kenderaan lalu lalang...terdengar suara kicauan burung2...banyak burung keluar untuk makan bunga padi yang sedang kembang di tangkai...

Tepian danau.. otw to Buya Hamka's house ..Banyak terdapat pemandangan cantik2 ketika menyusuri tepian danau...Kalbu sy sudah terbiasa menerima apa saja tapi bukan mulus seperti dikala ini...di sini tercermin kebahagiaan yang dalam...

Kehidupan seharian penduduk di sini antaranya menjadi nelayan tasik serta bersawah ladang...Tak nampak pun ada pejabat2 kerajaan...yang banyak nampak adalah rumah ibadah serta sekolah..


The blue rolling hills is a perfect backdrop to the undulating valleys of serene villages..a nice weather with beautiful white clouds...

Di sebelah kiri ni lereng2 bukit penuh dengan sawah padi ...pemandangan luar biasa indahnya..Sy teringat macam kita kat kampung2 tahun 60 70an...Masih guna kerbau untuk bajak sawah... Bila padi dah besar dan mula berbunga ... padi bunting...masa tu lah yang paling seronok...tangkap belalang kunyit...

Terdapat banyak masjid di perjalanan...sunyi dan lengang je jalan..Sekali sekala ada la selisih dengan motosikal ...Dengan jarak selang beberapa km terdapat masjid lagi...Yang tepi tasik ni nampak macam dah lama... design nya cantik...bumbung kubah betingkat...Banyak yang design gini kat Maninjau ni... fusion of various architectural influence...

Ujang memperlahankan kenderaan...tu signal yang kitorang hampir ke destinasi...Waaah teruja betul sy...Macam mimpi pun yer...Tak ada pengunjung hanya kami sekuarga saja...mungkin ni waktu orang makan tengah hari tu pasal takde orang..

Ni lah dia perkampungan tempat Buya Hamka lahir dan dibesarkan...


Perkampungan Buya Hamka ..dikekalkan bangunan lama yang ada gabungan islamic and local/indigenous architecture ....Rasanya tak banyak perubahan di tempat ni....Tengok dari bangunan pun kita dapat rasakan bahawa keaslian bangunan tetap seperti dulu..masih berdiri  gagah dengan megahnya.

Buya Hamka seorang penulis yang prolific ...beliau telah menghasilkan lebih dari 200 judul buku...Dari kisah2 pengembaraan ke kisah novel cinta hinggalah ke penulisan2 berbentuk ilmiah serta terjemahan buku2 kitab2 berunsur keagamaan...Hebatnya beliau memang sukar ditandingi...

Tepat sekali telahan sy tadi...semasa kami hampir selesai melawat muzium rumah Buya Hamka terdengar enjin kenderaan berenti di depan muzium dan kedengaran suara ramai orang...dan diorang serbu naik ke atas di tempat kami buat house touring...

Sy tahu mereka dari Malaysia... Oleh kerana kasut tak boleh dipakai dalam muzium jadi di tanggalkan dan letak di sudut tangga...Masa sy turun tangga kasut sy entah kemana...habis kena pijak sampai terpelanting berasingan...

I feel so disgusted by the uncivilised manners of our people..they only know & care for their belongings & convinience without being considerate to others...what a disgrace...

Memalukan..Kalau ikut hati yang panas ingin rasanya dipijak2 biar merekah kasut2 diorang tu semua....Tapi..teringat akan satu pesanan...apa yang terjadi tu adalah Allah sedang menguji kekuatan qalbu kita...Jangan terpengaruh nafsu...hmmmm...lega kembali.

Selepas sy susun balik kasut sy naik semula untuk teruskan melihat beberapa pamiran barang2 Buya Hamka ...sy asyik dengan berfoto...Nasib baik di muzium ni dibenarkan untuk mengambil foto...Memang sy tak lepaskan peluang la..pucuk dicita ulam mendatang....

Bila tengok dan pegang2 antara banyak2 pakaian beliau seperti serban baju batik serta jubah...sy merasa pilu di kalbu...Ulama dan pengarang tersohor ini adalah seorang legenda yang tetap tersimpan disetiap lubuk hati bagi mereka2 yang membesar dengan karya2nya...

Antara karya2 agong dan fenomenal beliau seperti tasawuf modern..falsafah hidup...lembaga hidup...lembaga budi dan ada yang diangkat menjadi filem seperti novel sepanjang zaman Tenggelamnya Kapal van der wijck...




Novel roman cinta agung yang difilemkan menjadi satu karya epic sepanjang zaman....dan sy terbawa2 hingga mengigau ..

Ada orang yang mengatakan itu sebenarnya satu karya ciplak dari Barat...maksudnya idea asal tu dari penulis lain tapi diubah suai di garap mengikut situasi dalam lingkungan setempat...Aaaaah... l don't give a damn ...sy sukakan hasil pena nya... period!


Typewriter/mesin tik yang banyak berjasa pada Buya Hamka ...pernah menghasilkan lebih dari 200 buku .. tpyewriter ni kira dah jadi barang sejarah yang sangat berharga dan tinggi nilainya.. Buya Hamka meninggal dunia pada tahun 1981...Jasadnya saja yang tiada tapi roh perjuangan dan karya2nya tetap hidup sepanjang zaman..

Re make tempat tidur Buya Hamka ..di deko kembali... Buya Hamka ni merupakan anak kedua dari 7 orang adik beradik...Ngikut citer masa muda dia seorang pemuda tampan tapi setelah terkena penyakit cacar dia telah berubah wajah dengan kulit yang berkerapu dan rambut semakin menipis..

Dalam kehidupannya dia juga tidak terlepas dari fitnah kebencian dan pernah dipenjara oleh Bekas Presiden Soekarno lebih kurang 2 tahun...Namun sebagai seorang yang berhati mulia...ketika Soekarno meninggal atas permintaan Soekarno sendiri... Buya Hamka mengimamkan solat jenazah Soekarno..

Buya Hamka tidak sealiran fikiran dan ideologi dengan Pramoedya Ananta Toer ...namun Buya Hamka yang mengislamkan calon menantunya yang dikirim khusus buat Buya Hamka mengislamkan dan mengajar calon menantu Pramoedya selok belok tentang islam...

Pernah bersekolah di Padang Panjang semasa remajanya ...berjalan kaki dari Maninjau ke Padang Panjang kira jauh juga...dia seorang yang cekal...Akhirnya karya2nya diakui bukan saja di negaranya tapi juga dari luar negara.....

Sebagai bukti dia telah diberi penghormatan dan dianugerahkan Honorary Doctorate daripada UKM/Universiti Kebangsaan Malaysia..


Kenangan tercipta...Akhirnya tiba jua di sini... Alhamdulillah tercapai sudah hasrat kami untuk menjejakkan kaki di tempat bersejarah ni..Orang yang diberi hidayah Allah beginilah akhirnya...Kita pun perlu sumbangkan sesuatu untuk ugama bangsa dan tanah air....

Hmmm...Nape orang sebut tanah air... homeland bagi Mat Salleh ..Tanah dan Rumah...takde sebut as waterland ..Sy terbaca satu artikel...nape tanah air hanya orang Melayu jer yang sebut gitu...

Konon dulu2 orang Melayu ni pelaut...pelayar terhebat...Hidup diorang di darat/tanah dan di laut sungai/air...Tu pasal jadilah perkataan tanah air tu...sebenarnya Tanah & Air... it makes sense gok la tu kan.. 


Bersama Ujang ...berfoto sebagai kenang2an yang satu detik nanti akan menjadi memori terindah... Di depan pintu masuk rumah keramat nih rasanya beribu rakaman kenangan tercipta..... Ujang ni orang minang gok la..  Dengan Mem dia cakap minang je..

Nama sebenar dia Syafrul Efendi tapi nama glamournya  Ujang ... Macam gok kita sini ramai jer orang Negeri9 nama Ujang macam di Terengganu sinonim dengan nama Ngah..Embong...Awang.. kalau di Brunei ..
Awang Ku untuk lelaki dan pompuan Dayang  tu kira royal line up gok la...lebih kurang Tengku Engku2 Ku gitu...

Kiosk jual cenderahati...di kanan tangga ada kiosk jual buku2...Ada la juga orang leh cari rezeki...tempat ni kira tak jauh juga dari downtown of Maninjau.. 

Rasanya dari dulu sampai sekarang tak banyak perubahan berlaku kat tempat ni....Cara kehidupan dulu sekarang sama agaknya...jadi kita dpt bayangkan la bagaimana kehidupan Buya Hamka masa dulu2... 30...40 years ago..


Ujang dok explain something ...Pak Cik ni kira kerja sepenuh masa dia jual barangan cenderahati... kain...baju...t-shirt batik serta lain2 cenderahati...ok juga la untuk sara hidup..

Geng2 drebar akan bawa tetamu untuk beli belah shopping di sini...Ada la deal diorang tu..bagus la gitu saling bergantungan untuk punca rezeki...

Bangunan ni kira macam rumah kuarga Buya Hamka yang dijadikan sebagai toko menjual buku2 hasil karya Buya Hamka......Selain dari toko ni buku2 dijual di depan tangga rumah Buya Hamka ...tapi sedara maranya yang sekarang ni dok berniaga jual buku dll naskah hasil tulisan Buya Hamka ...Buku2 semua di simpan  dalam rumah ni la...


Ada kuarga kaum kerabat Buya Hamka yang tinggal kat "house cum book meseum" nih...Dalam pic tu kira sedara mara Buya Hamka la juga...Sy tengok happy tul diorang bila jumpa kaum kerabat yang datang dari Malaysia ...silaturrahim yang tak putus...Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat tumpah darah nenek moyang..

Hormat privacy makcik ni...Tu sy saja blur kan mukanya...umur dah hampir 80 tahun...dengar khabar dia sepupu dengan Buya Hamka ......Sedikit uzur tapi masih boleh berbicara dengan elok...Kami saja ziarahi dia...bila tau Mem ni juo urang minang kan main sonok lagi diorang...


Padi yang  baru dituai tu dijemur sebelum di tumbuk & diproses jadi beras...sama la macam sy kecik2 dulu tanam padi gok...Dari tanam sampai tuai dah tau prosesnya...Guna kerbau untuk bajak sawah...tuai guna ketaman...sekarang orang dah tak kenal lagi semua tu.

Masa nak balik tu..disedekahnya pada kami beras hasil tanaman diorang..ada lebih kurang 5 kilo gitu la...Mungkin kerana kita banyak beli buku2 Buya Hamka dan juga kerana sama2 orang minang maka dibagi nya beras tu pada kami...Nak bayar dia tak mau ambik duit...


Ada pesantren ... Yayasan Pondok Pesantren... sy tak masuk cuma tengok dari luar je la...Kalau masuk kan nanti disuruh terjemah hadis ko apa haru biru jadinya...lebih selamat tengok dari jauh je laπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Indonesia memang terkenal dengan pesantren... the legacy spread to all over South East Asia  hingga la ke mana saja yang penduduknya lslam.. Pakistan...India dll Selagi ada orang lslam maka akan ada la sekolah ugama... pesantren di Indonesia sekolah pondok di Malaysia ...hingga lah sekarang dan akan berterusan selamanya..


Buya Hamka tergolong dalam kumpulan Ulama tersohor...ya..kalimah syahadah lah yang membezakan kita dengan orang2 yang bukan Islam.... Tiada Tuhan selain Allah... 


Orang2 di sini hampir keseluruhannya muslim...dan memang terdapat banyak tempat ibadah seperti masjid surau di sepanjang jalan...kagum dan penuh hormat.

Dan budaya diorang ni sama je macam kita..cer gi Negeri 9 ... tutur kata dan jenis masakan juadah pun sama...Takde banyak sangat kelainan.. Even in architecture..still maintain the same concept... tetap dengan elemen tanduk kerbau tu....perangai pun sama gok la...huhuhuπŸ™πŸ™πŸ™


Sunda shelf punya group gok la semua ni... Nusantara ni berlaku penghijrahan setempat...dok main kot ni jer la ... kira bukan pendatang kerana bergerak di wilayah sama...Macam orang Kelantan hijrah gi Johor... tu bukan dikira kaum pendatang

Dulu mana ada geographical boundary... Bukan pendatang namanya kalau pindah randah lam satu wilayah....tu pada pandangan sy la... 

Setelah sy baca buku2 tentang asal usul manusia dan pola petempatan kaum2 yang bermastautin di satu2 tempat maka conclusion nya gitu la..

Kita berehat la dulu...mungkin esok boleh lagi kita berkisah lain2 hal pula...

Wassalam

No comments:

Post a Comment