bismillah
Dari 'jetty point' kami menyusur laluan tepian pantai Likas Bay. Di sebelah kanan terdapat banyak bangunan pejabat, kedai, stadium Likas dan juga Masjid terapung. Di sebelah kiri adalah kawasan pantai yang airnya membiru. Boleh mandi, selamat saya rasa. Ada juga famili yang datang dari jauh untuk berkelah.
Terdapat gerai-gerai menjual makanan laut. Juga di sini ada bangunan yang menjadi mercu tanda kepada Sabah iaitu bangunan Yayasan Sabah yang berbentuk 'cylindrical', warna kehijauan. Dari jauh lagi dah nampak, kalau tak nampak mata dah kelabu la tu.
Pusat membeli belah yang terbesar di Borneo ni ialah One Borneo. Berdekatan dengan kampus UMS Sabah. Adanya pasaraya dan kampus menambah baik keadaan dari segi permintaan untuk kediaman, perniagaan, riadah dll. Kawasan ini boleh menjadi bandar institusi yang akan memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pembangunan. Pelajar-pelajar menjadi penduduk tetap yang membantu memeriahkan suasana perniagaan seperti pakaian, makanan, 'stationary, grocery' dan yang berkaitan.

Asal One Borneo ni tanah MUIS (Majlis Ugama Islam Sabah). 'Joint venture' dengan satu syarikat yang dulu pemaju Kingfisher Park di Likas. Dia ni orang Semenanjung. Nak jadi senang lenang tak payah sekolah tinggi. Yang penting ada 'networking' dan kepala mesti pandai perpusing lebih laju dari kipas angin.
Aku ada gak 'follow' kisah pemaju ni, mamat ni asal bukan orang senang pun tapi dia pandai cari peluang. Dia orang ni senang sikit berbanding kita yang tak de 'cartel', buat apa pun susah kalau yang jadi 'supplier' tu semua orang lain. Habis-habis kena JV dan pah tu kena tipu. Kalau kena tipu jangan salahkan orang. Kita bodoh tu pasal kena tipu. Belajar melalui pengalaman.
Cerita pasal tipu daya ni saya pun bodoh gak, banyak kali kena tipu dengan kawan-kawan terdekat, yang muka 'innocent' habis, tapi perangai mengalahkan ulat bulu. Janganlah jadi penipu kerana bila nak mati dia yang kena minta halal, dia yang susah, kita yang kena tipu ni ok jer. Tu pasal kalau orang tipu, saya tak la sampai nak bunuh diri kerana saya tau sapa yang kemudian nanti banyak kena soal jawab Si penipu tu la, kita lak dapat ganjaran. Jadi berhati-hatilah jangan tergolong sama.

Di dunia ni eksyen la pakai kereta besar, rumah besar, bini besar, tapi ambik la kau nanti kalau kita tak halal, macam mana tu...?
Property di KK ni mahal macam kat KL gak harga. Mungkin kos bahan binaan dan 'speculators' punya pasal. Ada yang beli 3-4 buah serentak, maklumlah dia orang ni 'planters' dan 'loggers', mau tak kaya. Di One Borneo harga 'apartment' sampai 400-600k, tu yang unit biasa. Kalau di KK ni One Borneo di antara kawasan paling gah. Banyak kedai-kedai, hotel-hotel, Supermart jual barang berjenama.
Cerita pasal barang berjenama ni saya kurang faham sikit....contoh baju polo, bila tanya penjual.. jawab nya ..
"Ni ori boss, kita agen pakaian ni, harga RM180-250",
Tapi kena tengok jenis gak la. Tu ari kawan saya Dato Noordin nak beli, tapi bila ori harga RM250 macam tak betul la, kalau ori RM800-1000, tu kata kawan saya tu la. Saya tak mampu nak pakai yang mahal-mahal lagi pun baju mahal layak untuk orang yang hensem saja, macam saya ni tak layak. Dato ni kata logo pun kuda senget, orang tak pakai kuda senget, kain, warna pun pudar semacam ...dia ni semua pakai yang ori.
Ada gak kawan-kawan balik dari Switzerland beli jam ori la katanya, dia tunjuk jam yang harga beribu, saya lak beli jam takde jenama harga pun baru RM100 lebih, malu gak .
Satu kali tu saya tanya dia:
"Sekarang pukul berapa? Dia pun dengan bangga selak lengan baju dan cakap ...
"Sekarang pukul 2 tepat", selamba je dia jawab.
Saya pun tengok jam saya juga pukul 2 tepat ..jadi saya cakap..
"Ehh ..sama la waktunya, aku ingat mu jam mahal waktu lain, aku ni jam murah jer, tapi serupa pula waktu kih kih kih",...
Morale of the story...mahal ke murah ke tu sebenarnya status symbol jah la, takde apa pun, eksyen je lebih ..silap-silap sombong dapat dosa, tu yang kena jaga.

Untuk ke Tamparuli kita kena lalu ikut Tuaran. Bandar nya tak besar mana. Tuaran ni kira satu daerah gak la. Daripada bulatan Tuaran ni dah tak jauh ke Tamparuli. Ada setengah jam la kot. Sekarang ni jalan Tuaran-Kundasang tak payah masuk Tamparuli. Biasa la kalau ada jalan baru, bandar-bandar kecil kena 'by pass'.
Macam sakit jantung juga kena 'by pass'. Kononnya nak elakkan kesesakan. Ada dua benda pasal 'by pass' ni. Dari segi 'pro' nya jalan tak la sesak pasal tak masuk bandar, kira 'smooth traffic' la, masa perjalanan pun boleh dipendekkan, cepat la sampai pun. Yang 'con' pula bandar yang di 'by pass' ni akan kurang pelanggan, restoran yang banyak jadi dah sikit, berniaga makin lembab, dah la bandar tu kecik, selama ni harap kepada 'passer by'. Bila di 'by pass' kurang la pelanggan. Nak harap penduduk tempatan berapa kerat je yang ada.
Tu pasal sekarang ni banyak pula tumbuh "cross junction town". Pergi tengok kat Muadzam, kat KETENGAH, DARA, KESEDAR semua cam tu. Dan yang buka kedai, warung yang kelip kelap tu semua orang Kelantan atau Siam Petani, jual Tom Yam la, apa lagi. Dulu di rancang bandar-bandar letak jauh dari jalan besar 20km ke dalam. Konon nak elak kemalangan atau sesak jalan.
Saya dari dulu lagi tak setuju cara 'settlement planning' macam tu, tapi kita ni pegawai baru, cakap apa pun orang tak dengar, cakap banyak sikit kena 'transfer' la, lawan toke mana boleh bro. Banyak 'planner' tau 'plan' jer, bila sampai kes 'implementation' dia orang tak ambik tau, tu yang haru biru. Bukan semua la cam tu. Bila dah jadi 'consultant' ni baru tau yang mana 'real' yang mana di alam 'utopia'. 'Implementation' tu penting. 'Plan' lawa-lawa tak leh jual, tak jadi apa, kira 'fail' la tu.
Cerita pasal 'consultant' ni pun menarik gak......ada banyak jenis, banyak ragam. Ada setengah dok cong orang, setengah nak jadi sultan, tau belaka, kira dia saja la yang pandai, orang lain semua tak betul, ni jenis bila terbalikkan jadi "sultan of con".Jadi hati-hati la pilih 'consultant'.

Kalau tengok baik-baik, ada apa yang tak kena dengan jambatan 'crossing' sungai Tuaran ni? Hari ni hujan jadi bolehlah tengok baik-baik kegunaan jambatan ni. Kiri kanan jambatan ni tak ada 'railings'. Orang guna jambatan ni tiap masa. Dalam hujan cam ni mesti la licin. Seriau nya tengok kereta dok lalu lalang. Walau pun dia orang ni dah biasa dengan jalan macam ni, tapi malang tak berbau.
Tadi masa nak 'cross' jambatan ni punya la gabra saya jadinya. Katakan lah kalau Marsha jatuh dalam sungai Tuaran ni, sapa yang nak tanggung jawab, sapa yang susah? Bila hujan air laju, hanyut lah Marsha . ..kan kes naya tu. Kita orang tua-tua ni kena prihatin pasal budak-budak hehehe....tak gitu?..Majlis Daerah kena buat sesuatu sebelum tragedi menimpa...Tak kan bajet habis kot..
Sebenarnya ramai yang keliru dengan Jambatan Tamparuli ni..Saya rasa la ramai yang mati2 ingat bahawa Jambatan Gantung tu adalah yang di maksudkan sebagai Jambatan Tamparuli...Saya dulu pun fikir cam tu gak..tapi sebenarnya Jambatan Tamparuli tu adalah jambatan kayu yang takde railing tu...huhuuu...Ramai yang keliru kerana bila tengok penyanyi asal lagu Jambatan Tamparuli, backdrop dalam video footage tu di tunjukkan Jambatan Gantung tu...

Hujan renyai-renyai la pulak. Ok gak ni sejuk sikit, tak payah 'air cond'. Saya ingat pekan Tamparuli ni besar, lebih besar dari Pasir Mas. Ye la nama sangat gah, dok ada lagu lagi. "Jambatan Tamparuli". Pasir Mas mana ada lagu. Teringat lagu ni pertama kali saya dengar masa Marsha AF nyanyi. Kabarnya Marsha ni penduduk asal Tamparuli. Dia ni Kadazan Dusun. Tempat ni cuacanya boleh tahan sejuk. Tu pasal orang-orang Kadazan Dusun ni cantik-cantik dan kulit putih melepak.
Penduduk sini campur-campur etniknya dan bermacam anutan, ada yang Kristian, yang Islam dll. Masyarakat majmuk di Sabah ni berbagai-bagai tapi boleh hidup rukun damai. Hidup dalam satu rumah, mak bapak Kristian anak-anak Islam, takde hal ok jer. Bagus lah macam ni. Sebelum sampai tadi gian tak sudah nak tatap wajah Jambatan Tamparuli ni. Nak naik jalan-jalan atas tu.
Tadi nak sangat gi tengok, hebat mana jambatan ni. Dalam kepala saya ingat jambatan ni macam jambatan zaman British yang dibuat pakai 'steel cable' sebesar paha tu, rupanya jambatan kayu. Tapi tak pe la ni identiti sendiri. Ok dah selesai la gamaknya pasal jambatan tu.
Sekarang kita cerita pasal bandar ni pula. Hujan renyai-renyai masih belum berhenti. Pusing-pusing dalam kereta jer la. Nak turun nanti basah pulak. Di tepi-tepi jalan atas 'side table' terdapat banyak gerai-gerai yang menjual barangan kegunaan harian. Ada jual makanan, sayuran, 'plastic ware', kueh mueh, buah-buahan dan bermacam-macam lagi. Masa saya sampai banyak kedai-kedai yang dah ditutup. Kat sini beza waktu satu jam dengan Semenanjung, jadi kalau pukul 6 petang dah gelap.
Aku perhatikan ada 2-3 deret kedai 2 tingkat, 'layout' nya biasa la 'gridiron'. Tamparuli ni pekan kecil saja. Kalau tak silap ada satu 'petrol pump' di tengah bandar ni. Jabatan kerajaan pun banyak juga ada termasuk Balai polis dll.
Bangunan paling tinggi kat sini ada satu saja iaitu Wisma Ting Hui. Mungkin ni bangunan persatuan Cina di sini. Saya dapati kaum Cina bagus dari segi berpesatuan. Pegi lah ceruk mana, di mana saja mesti ada bangunan persatuan sendiri. Tak kira la berapa ramai penduduknya mesti didirikan bangunan sendiri. Di Pasir Mas yang penduduknya hanya tak sampai beratus orang pun ada bangunan persatuan Cina sendiri, juga 4 tingkat. Tapi penduduk asal yang majoritinya, usah nak ada wisma sendiri, bangsal persatuan pun tak ada. Patut belajar sesuatu dengan kaum ni. Di Malaysia ada beribu persatuan kaum Cina, kaum-kaum lain ada beribu habuk saja.
Masa saya dok atas jambatan tadi, saya perhatikan ada ramai orang yang datang berkelah di tepi sungai. Sebagai 'planner/designer' kita kena banyak memerhati keadaan sekeliling, kerana banyak benda yang kita boleh pelajari. Ramai bila naik jer kereta terus dibuai mimpi walhal tak pernah pun sampai ke tempat tu. Rugi lah macam tu. Kita kena banyak memerhati dan alami, rasai sendiri tempat-tempat tersebut. Pijak tanahnya, makan makanannya, kalau boleh tidur sekali di situ. Suasana di tempat begini sungguh mendamaikan.
Kawasan masih belum tercemar oleh arus pembangunan. Semuanya kekal sebagai alam semula jadi. Bukit membiru di kejauhan sebagai latarbelakang. Sungai mengalir tanpa henti dengan air yang menghijau. Dapat saya bayangkan pagi diliputi kabus nyaman, segar daun menyambut mesra subuh yang syahdu. Beningnya suasana alam jauh dari hiruk pikuk kota yang penuh kepalsuan, kepuraan dan masyarakat yang 'individualistic'. Saya semacam terpaku dengan panorama kurniaan Ilahi.
Selepas ni akan bertolak ke Kundasang. Harapan saya biarlah indah rupa dari kabar. Tamparuli akan saya tinggalkan dengan seribu kenangan yang tak terucapkan. Semoga di kesempatan lain saya akan kembali bertamu lagi ke sini. Mana tahu kalau nasib baik Marsha juga ada di sini...hehehe gurau jer tu, hidup ni jangan lah serius sangat, nanti 'stress' lepas tu kena 'by pass'.
Selamat tinggal wahai Tamparuli ku...
to be continued in part 5...
No comments:
Post a Comment