Thursday 28 February 2013

merakam memori..ke sabah bersama Dr.Sab...bahagian 3.

bismillah


Left Kampung Budaya at about 2pm for our next destination, Kundasang. Drop by at Jesselton jetty point for lunch. Dr. Sab brought me to a restaurant that serves Minang dishes.

 'Wow, this must be something special otherwise you won't bring me here', I whispered to Dr. Sab. 

This is not my first time here but I didn't tell Dr. Sab that this place is nothing alien to me. Actually Hamid, CM's brother-in-law and the group, Ardikal, John who brought Dato Nordin and me to this place. The second time here I brought Hj. Jilis, COO of SLDB. To my surprise Hj. Jilis never knew that there's a Minang restaurant at his backyard. That's not funny because normally outsiders who are food hunters know better than the locals. Every where is the same. I sometimes don't know many good eating havens in KL either but the outsiders do. Hj.Jilis said he'll recommends this place to his peers.

Lots of people are having lunch here. Minang food is to my liking because my other half is of Minang descendant. I was first introduced by my in-laws on all kinds of Minang food, prior to that I don't know much about their authentic dishes like gulai tunjang, gulai jering, dendeng, masak pedas cili api otak lembu, masak lemak cili api keli salai and so forth. It's totally a different world comparatively to Kelantanese dish which is more sweety even in gulai ayam or whatever. Ironically although Kelantanese people consume lots of sweety stuff, not many of them having diabetes may be due to the consumption of  budu as part of their daily dish, hence creates the process of neutralisation.

As usual I let Dr. Sab do all the ordering of food, everything is ok for me except that ulaman is a must have. I added pucuk ubi, jantung pisang, ulam raja and this will go well with a little bit of sambal. I like jering muda as an appetizer. Dr. Sab ordered some ayam kampung goreng, gulai tunjang, gulai nangka, paru2 goreng and dendeng. Wow, looks very yummy....well, who's driving after this .

While waiting for the food to be served, I wonder around the jetty taking some photographs for memory. This is an awesome place. Water is crystal clear despite close by to the mainland. We can even notice lots of small fish happily enjoying their swimming at the edge of restaurant corridor. The afternoon breeze is so calming as if consenting our beautiful lunch. I saw lots of passenger boats, speed boats lining up at the jetty waiting for the turn to ferry tourists for the nearby island snokerling. Lots of beautiful islands in the vicinity, most tourists go for island hopping which is only less than half an hour journey.
  
Sadly inspite of all the beautiful things mentioned, I just can't let my eyes go not to notice few blocks of buildings lining up at the beautiful waterfront. KK is so lucky to be blessed by nature, the beautiful clean beaches/waterfront, the signal hill as the backdrop and the distant islands that completed the whole frame. It's somekind of a beautiful piece of painting in a frame.

To me KK is a heaven for designers to roam with whatever creative pursuits in their mind. Why I said sadly?  Sadly because who ever the building owner or the designer is, I feel very sorry for them not to notice the beautiful nature's gift. Thing has been ignored blindly. Notice the buildings next to Jabatan Kastam, (is it Suria Sabah building?) how on earth the designer has forgotten the beautiful assets which no other city in Malaysia possessed, the wonderful waterfront. 

The frontage should be reversed to take full advantage of the waterfront,  all the activities should have been facing the waterfront not by blocking all the views as in the existing design. We pay more on the views if we check in at any hotels, why? People are willing to spend more on views. Property prices differ accordingly based on views. If plan and design nicely with some provoking thoughts applied on it this whole building can be very enchantingly phenomenal.

Look what effects Laguna Palace in Venice, Italy creates to the whole scene by producing designs that has an impact breathtakingly unforgettable. I notice lots of buildings in KK forego the assimilation, integration and cohesive unity between man made structures and nature's gift. I don't know may be the designers know well why they do that and there must be some reasons behind all these. Well, this is only my opinion and observation. Design is subjective, there's no cook book as to who's right or wrong. But I believe strongly that many will be in my squad.


At last things that we've been waiting for make their presence on our table. Dr. Sab really enjoyed the food very much. All in all it only costs us RM60,  it's fairly reasonable for such food.

Make a call and SMS to Dr. Adrian, my ex-classmate, but no reply. He supposed to take us for a ride to Kundasang on sunday. Since he can't be contacted, I think it's a blessing also to rent a car and have our free and easy journey, do whatever we like, drives at our own whim and fancies. If we follow him I don't think we can put up a night in Kundasang or Ranau because he would like to have a day trip.



We left KK around 3pm heading for the place that I've been longing for a long time. Fill up full tank and Dr. Sab is ever ready to pilot me for my dream destination. Dr. Sab has been to Kundasang while he was on training at BTN Ranau. I think I can put all the trust on him to guide me through the whole journey.

I am very excited about this time's trip. Have heard lots of statements from friends that Kundasang is a heavenly place to set a foot. Mount Kinabalu is one of South East Asia's highest mountain, and has been declared by UNESCO in year 2000 as the World Heritage Site. I've taken some photographs of Mount Kinabalu while on a trip to Kota Belud few months ago. To be at the foot of Mount Kinabalu itself will be an entirely a whole different experience.


















Dr.Sab confidently steering the Myvi with ease without any slight worries on his mind, as if he knows every turns and corners. I'm a bit worried of his heavy lunch. Driving on a hot sunny day can be very sleepy. In order to keep him always on the mood of driving I try my best not to fall asleep. We talk and jokes on over various topics and that makes him and me awake.





to be continued in part 4.....

merakam memori...ke sabah bersama Dr.Sab , part 2

bismillah


Selepas sarapan, punya la kenyang sampai nak terjeluak, apa lagi nak masuk bilik la tapi kunci bilik 'misplaced' tak tau mana letak. Yang pegang kunci tu tak silap aku Dr. Sab. Habis seluk poket, terbalikkan kerusi tak juga jumpa. Akhirnya terpaksalah minta tolong pekerja hotel bahagian 'house keeping' bukakan pintu bilik. Semasa nak 'check out', 'staff front office' bagi tahu, kalau hilang kunci kena 'fine' RM20. Dr.Sab tak puas hati la. Bukan kita nak bawa balik pun kunci tu, bukannya ada guna pun. 

(*bahasa yang aku guna pakai sewaktu merakam memori ni adalah bahasa spontan, bahasa pakaian harian, tak sangat mengikut tata bahasa,  nahu dsbnya. aku campur adukkan juga dengan bahasa Inggeris yg juga bahasa Inggeris pasar, aku terlebih dulu minta maaf kalau semua ini kurang menyenangkan ahli bahasa. aku mau nyampaikan dengan cara aku sendiri yang santai dan senang di fahami...*)

Pegi kat 'travel agent' hotel, tanya untuk sewa kereta. Mahal juga 'hired car' di KK ni, Myvi pun sampai RM150 sehari. Kalau naik teksi ke Kundasang tambangnya RM200, fikir punya fikir baik sewa kereta saja lah. Myvi ni pun aku tengok masih baru, setahun jer umurnya. Beres. Pukul 1pm keluar dari hotel. Dr. Sab yang 'volunteer' nak pandu kereta, aku ok jer. Dia orang muda, mata, kaki, tangan semua masih berfungsi dengan baik lagi berbanding dengan aku yang setengah abad ni.


Tempat pertama yang dituju tak lah jauh daripada hotel tapi boleh sesat gak. Peta yang kita beli kat hotel tadi tu 'quite confusing', ikut peta lagi sesat. GPS pun tak ada, main ikut 'common sense' sajalah. Kalau sesat juga malu la, aku ni 'Town Planner'. Destinasi kita ialah Muzium dan Balai Seni Lukis Sabah.  Selepas dua kali tawaf akhirnya jumpa juga. Lega macam surau rasanya. Bangunan ni ada 'character' yang tersendiri, biasa la kalau 'monumental/public building' ni mesti berkonsepkan sesuatu kena mengena dengan budaya setempat juga sebagai lambang atau ciri-ciri arsitektur tempatan.

Aku tengok di mana saja tempat-tempat sebegini tak sangat la ramai orang berbanding dengan Jom Heboh. Ibu bapa pun jarang yang mahu ketengahkan nilai-nilai seni bangsa sendiri kepada anak cucu. Hanya orang-orang yang berminat di bidang ini saja yang mengunjungi tempat-tempat begini. Kami datang ni untuk membuat kajian tentang kediaman tradisi masyarakat dan kaum pri bumi Sabah, mungkin ada nilai-nilai estetika yang membantu kajian kami kelak . 

Pusing-pusing sekitar 'compound' muzium, ternampak deretan kereta-kereta antik yang pernah digunakan oleh pembesar-pembesar negeri satu ketika dulu, ada Bentley, Rolls Royce dan bermacam kereta berjenama. Menurut 'caretaker' tempat ni, ada setengah model tu yang masih boleh digunakan, tapi kena 'service' la dulu. Sesuatu yang menarik.

Sejarah mencerminkan bangsa. Itu sebab negara-negara maju sangat mementingkan sejarah, menjaga dengan baik segala maklumat, artifak tentang bangsa mereka. Orang yang buta sejarah adalah orang yang sudah mati jati dirinya, sudah tak kenal asal usulnya dan inilah yang paling bahaya. Mereka-mereka jenis ini boleh dibeli bila-bila masa. Ya, kerana sudah buta sejarah dan juga buta mata hatinya. Berapa banyak keruntuhan tamadun  disebabkan rakyatnya yang sanggup menggadai maruah bangsa sendiri.
.
Di satu sudut muzium ini ada ruangan untuk pelukis-pelukis tempatan melukis karikatur. Ambil tempahan, tapi tu lah berapa sangat pengunjung yang menempah lukisannya. Beginilah nasib pejuang seniman jalanan. Sudah lah tempat ni jauh tersorok, pengunjung pula tak la ramai. Yang datang ramai tu dok tinjau-tinjau saja, tempah tak mau. Tapi bagi seniman begini duit tu jadi perkara kedua, janji lepas untuk sara hidup, cukup lah. Apa yang mereka ni pentingkan adalah waktu terluang yang Tuhan berikan untuk berkarya. Sihat tubuh badan, sihat minda dan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan dengan cara mereka sendiri.

Manusia begini bukan memburu kesenangan dengan menipu, rasuah, adu domba jauh sekali menyakitkan hati orang. Seniman ni sebenarnya terdiri dari makhluk istimewa. Jika dikaji balik hanya berapa peratus saja dalam sesebuah negara ada golongan istimewa ini. Rasa aku tak sampai pun 2 peratus. Macam juga ilmuan yang bergelar Professor atau yang mempunyai PhD, golongan ini juga tak ramai hanya beberapa peratus saja.

Ini merupakan 'access' utama yang merupakan atau yang menggambarkan keadaan semula jadi di perkampungan suku kaum yang terdapat di negeri di bawah bayu ini. Sungguh teruja melihat setting begitu terancang, bukan saja sebagai 'show case', tapi sesuatu boleh aku tafsirkan sebagai yang praktikal.

Ada jambatan gantung yang merentangi sungai, hanya boleh digunakan dengan jarak 3 meter seorang. Gitu lah kalau tak silap aku. Bila ramai nanti runtuh, jambatan ini bukan direka untuk laluan awam, hanya sebagai 'accesories' kepada taman ini. Aku perhatikan, melalui pengamatan sebagai seorang 'designer', taman ini ada perbezaan ketara berbanding kampung budaya Sarawak. Kebanyakan bangunan dan lain-lain struktur di sini dibina dengan mengambil kira bentuk rupabumi.

Tidak terdapat tarahan bukit, lebih mesra alam, mengekalkan kehijauan semula jadi. Walau pun tempat ni tak lah luas dan pembangunannya bukan lah dikira 'massive' tapi kita belajar sesuatu tentang 'green planning, sustainability, eco-friendly, holistic planning and design'. Tak tau lah apa orang lain nampak dan manafaat dari lawatan ke sini tapi itulah yang dapat aku rumuskan sebagai 'designer' yang mencintai alam damai.





Seperti biasa Dr. Sab sibuk merakam gambar untuk rujukan kajiannya. Aku berdiri di sudut bangunan untuk menghirup udara nyaman dan melepaskan lelah. Damainya persekitaran di sini. Kedengaran cicipan suara burung, tenggelam bersama pepatung yang seronok terbang bebas. Aku terbuai dengan keindahan suasana alam damai ini. Kami membawa haluan sendiri. Aku mahu pun Dr. Sab tak mahu diganggu, masing-masing ada agenda sendiri. Bahan binaan adalah semuanya bercirikan tradisional, atap nipah berdindingkan buluh, berlantaikan nibong bertiangkan kayu kayan hutan.




Lihatlah betapa indahnya tempat ini dimeriahkan lagi oleh kehadiran tasik dan pondok-pondok yang menghiasi persekitaran. Dibina seolah-olah mencerminkan kedudukan sebenar perkampungan kaum pri bumiTeratai berkembang menambahkan seri suasana. Pokok-pokok yang menghiasi perkampungan ini adalah terdiri dari jenis yang hidup subur seperti yang terdapat di penempatan asal. Terdapat tumbuhan dan pokok-pokok yang biasa ditanam di kampung-kampung seperti pokok pinang, pokok ara, mengkuang, kelapa juga pokok-pokok buah-buahan tempatan.






Terdapat berbagai jenis rumah mengikut suku kaum masing-masing dengan kepelbagaian rekabentuk dan berlandaskan ciri-ciri penempatan serta menurut adat, budaya dan kepercayaan masing-masing. Kita boleh lihat bentuk rumah Pekebun Cina, rumah Brunei, Kadazan, Murut, Rungus semuanya dengan identiti tersendiri mencerminkan suku kaum masing-masing. 

Setengah kaum lebih sesuai mendiami kawasan bukit dan dibina tanpa merosak bentuk rupa bumi. Mereka sebenarnya lebih lama mempraktikkan 'green' dan 'sustainability' seperti apa yang diwar-warkan sekarang. Bercerita tentang sayuran atau makanan organik mereka juga lebih lama menggunakannya. 

It's interesting to note that, those houses built on higher grounds are actually for privacy and security reasons, besides commanding interesting views. Urban folks are talking about gated and guarded for no reason except security but actually practicing segregation, selfishness, individualistic and many more negative concerns. 


Being in this setting I don't feel bored getting from one place to another. The layout is in such a way that as if we are touring the actual kampung.


We met a Japanese tourist, she was with a newspaper publication in Japan, but that was years back. She's already retired and now spending time travelling world wide. She's been in KL for three weeks. According to her, after spending some times here, she fell in love with this heavenly place that she can't find anywhere else.

Sabah has so much to offer, the beautiful islands, cool and fresh mountain air, interesting beaches, varied cultures, abundance of sea food and the list continues. I thought I was the only one with that kind of feeling. That's what I told Dr.Sab previously why I fell in love with Sabah. If I have the chance and choice for retirement, Sabah will be my prime choice.



There's an old lady doing beads craft. I bought some for souvenier, although that's not the actual reasons for buying those crafts. According to her she came from a remote village somewhere in the interior.


I forgot the name and doing this business on weekends only because on week days there's not many tourist visiting this place. In fact on weekend also business is not that good. Most people who visited this place is not interested in souveniers because they can purchase this at the pasar tamu or other souvenier stalls in the town. I pity this elderly lady, at least by purchasing some souvenier items from her, she can earn some money for a living .


After almost two hours touring Kampung Budaya, we proceed to souvenier and book shop at the main muzium lobby. I bought two books, Sarawak Sketch Book and Tropical Garden Design. Actually i've been planning quite for sometime to record on my travelling around the country in a sketching book which  I planned to give a title as THE FACES OF.......Hope in the near future I'll make my dreams a reality.





to be continued in part 3..


merakam memori...ke sabah bersama Dr.Sab...

bismillah


Kerajaan banyak bagi 'research grant' kepada pensyarah/ahli akademik di Universiti tempatan. Salah satu 'grant' adalah untuk bidang "creative content". Di negara maju 'research' adalah perkara yang sangat penting di dalam apa saja kerja. Di Malaysia pula terbalik kot, 'development' tu penting, pasal apa? Ini kita citer pasal R&D. Di negara kita R tu kurang ditekankan tapi lebih kepada D. Tu pasal produk kita banyak yang ke laut. Kalau buat 'packaging' makanan pun banyak yang masih belum capai 'standard' untuk ekspot.

Kita buat satu dua 'research' pah tu mula la keluarkan produk kadang-kadang tanpa melalui 'testing' seperti 'clinical test', contohnya untuk ubat-ubatan herbal misalnya. Tu pasal kadang-kadang keropok ke, kuih muih ke rasa lemau semacam. Di negara maju dia orang lebihkan kepada R. Untuk keluarkan satu barangan berapa banyak R yang telah dilakukan. Setelah menjalani banyak ujian dan macam-macam testimoni barulah dikomersilkan produk tersebut. 'Infact' sampai sekarang 'paracetamol/panadol' masih menjalani R berterusan. Pada hal satu dunia tahu dah kebaikan/kegunaan panadol.

Kawan aku ni Dr. Sab, kerja di Universiti Malaya (UM), pensyarah di jurusan "visual art". Dia berhajat nak buat 'research' tapi belum tau nak buat topik apa. Aku ada bincang dengan dia, di Malaysia ni ada macam-macam benda boleh dikaji, salah satunya adalah 'folk art', ni termasuk lah 'tatoo', lukisan-lukisan alat-alat permainan/musik tradisional, pakaian dan banyak lagi. Dr. Sab ni kepakarannya adalah didalam "prop design". Macam-macam boleh dijadikan bahan kajian, contohnya rekabentuk rumah tradisional kaum-kaum di Malaysia terutama sekali di Sabah, Sarawak boleh dijadikan subjek kajian kerana ini berkait rapat dengan motif untuk 'prop/stage design'. Dr. Sab setuju nak kaji lebih jauh tentang perkara ni.

Siapa Dr. Sab ni.? Aku kenal Dr. Sab dah lama lebih kurang berbelas tahun. Masa tu dia datang ofis aku untuk buat satu cadangan pembangunan di Hulu Langat dekat dengan kawasan rekreasi Tekali Tekala . Kalau tak silap dia kerja dengan Dato' Dr. Wan Halim, aktivis sosial, orang Terengganu, abang ipar aktres Noor Kumalasari. Dia cari 'Town Planner' untuk projek tersebut. Masa tu aku ada ofis Jururunding Perancang Bandar di sek.10 Shah Alam. Dari situ lah mulanya persahabatan antara aku dengan dia. Oleh kerana kita ada persamaan minat dan hobi yang seiring, makin rapat lah jadinya kita.

Dr. Sab ni keturunan Afghanistan "tok seh" la kita panggil.  Asal Pasir Mas, Kelantan, sama tempat dengan aku. Lagi la buat kita rapat, sama-sama dok togok budu. Dia ni sangat menyenangkan sebagai kawan. Bagi jer tahu jam berapa kalau dia 'free', mesti tercegat kat pintu pagar, tak kira siang malam mesti datang. Kalau sembang fasal 'art', pernah kita lepak kat kedai mamak sampai subuh, pah pekena telur tiga suku masak 2 butir baru balik. Aku tak ada ramai sahabat/teman rapat, dia ni la satu-satunyanya yang boleh satu kepala. Kebetulan pulak aku ni memang hobi melukis, kira sama 'line' la dengan dia, banyak la kegiatan-kegiatan seni yang kita kongsi bersama.

Banyak kali gak la UM jemput aku untuk sertai beberapa sesi jadi juri pertandingan lukisan. Pertama kali kalau tak silap tahun 2007 untuk Pameran Seni Asia di Galeri Seni UM. Pada  tahun 2009, 2010 juga aku di jemput untuk jadi juri dan juga Panel Majlis Dialog kegiatan seni di UM. Masa UM nak tubuhkan kursus 'Bachelor in Visual Art', aku dilantik sebagai salah sorang panel untuk menggubal kurikulum kursus tersebut. Aku dijemput atas dasar aku ni adalah seorang 'Built Environment Practitioner', yang ada kaitan dengan 'Visual Art' iaitu contohnya penggunaan 'Public Art' di dalam 'built environment'. 

Semasa Dr. Sab bertugas dengan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara), pernah dia jemput aku bagi ceramah tentang 'colour in design'. Tu aku bagi ceramah percuma, kongsi ilmu dengan pelajar, tak silap tu tahun 2005. Melalui Dr. Sab ni la aku mula aktif balik melakukan kerja-kerja seni. Maklumlah sebagai 'Professional Consultant' masa aku agak terhad. Kena hadir mesyuarat, jumpa 'client, site visit', buat 'layout design', pegi 'Local Authority' la macam-macam hal, jadi kegiatan seni aku terbantut. Nasib baiklah Dr. Sab pulihkan balik semangat aku untuk berkarya.

Bagi pandangan aku, bila saja kita jumpa kawan baru, itu adalah rezeki sebenarnya. Kadang-kadang orang yang kita kurang gemar akan menjadi aset penting satu masa nanti. Jadi bila berjumpa orang baru selalulah bersangka baik. Kalau nampak kurang sesuai contoh yang jenis sombong, angkuh, hidung tinggi perlahan-lahan la kita jauhkan diri. Doakan dia biar berubah kerana doa tu 'free' tak kena bayar sesen pun. Pesan orang-orang tua, kawan ni ada banyak jenis. 

Ada kawan hanya sesuai di kedai kopi, ada setengah kawan yang boleh kita bawa balik rumah, jadi kena pandai-pandai lah berkawan. Takrif kawan ni berlainan dengan sahabat. Kawan secangkir kopi ni ramai tapi yang jadi sahabat tak ramai. Nabi pun ada beberapa sahabat saja. Kesimpulannya sahabat ni la yang kita cari. Bagi aku Dr. Sab ni adalah sahabat bukan setakat kawan biasa saja. Banyak pulak puji Dr. Sab ni nanti tercekik biji nangka, kes naya..

Jam 11pm 'flight' dari KLIA ke KK. Tak ngantuk, aku memang tak tidur malam. Dr. Sab nampak mata makin merah, ngantuk la tu. Sambil tunggu 'boarding' aku buat sedikit 'sketching', menghilangkan 'boring'. Di dalam pesawat Dr. Sab telah dibuai mimpi indah ke buruk ke tak tau la. Tapi yang pasti mulut ternganga, nasib baik dalam pesawat, kalau kat luar harus lalat langau terpa. Orang yang tidur bau nafasnya memikat serangga macam langau hijau, tapi tu fitrah, mana ada orang bangun tidur mulut wangi.




Tiba di Promenade Hotel KK jam 1.30am. Dr.Sab sebenarnya dah buat 'pre booking'. 'Room rate' guna 'pass' kakitangan kerajaan RM140. saja sedangkan 'corporate rate' RM260. Banyak beza tu. Untungnya jadi kakitangan Kerajaan, macam-macam 'privilege' dapat. Kita yang berniaga sendiri ni udah la susah nak cari duit, belanja tak dapat apa kemudahan, tapi ramai gak yang tak bersyukur dok komplen itu ini. Semasa aku kerja kerajaan dengan JPBD/Jabatan Perancangan Bandar & Desa dulu tu pun cam ni gak la, T&T dapat 'claim, hotel special rate', tapi masa tu tak terfikir sangat tentang 'privilege' ni. Sekarang baru terasa. Padan muka aku nak jadi 'businessman' sangat . Tapi ada 'pro' dan 'con' nya la .


Terasa dahaga lak pula. Ajak Dr. Sab lepak-lepak sambil minum di restoran di belakang hotel. Tempat ni 'favourite' aku. Buka 24 jam. Sebelahnya juga ada kedai runcit dan Cyber Cafe 24 jam. Malam-malam suasana di KK ni menenangkan. Tak la sibuk sangat. Yang paling aku seronok dok perhatikan pergaulan masyarakat di sini. Dok satu meja bercakap satu bahasa, tak kira la etnik apa pun. Bagi aku la yang selalu berulang alik ke KK ni, assimilasi dan integrasi kaum adalah yang boleh di contohi, antara yang terbaik kalau tak pun yang terbaik di Malaysia.

Kedai hujung ni la aku dok lepak selalu. Ramai gak aku jumpa kawan-kawan dari Semenanjung Malaysia yang dok lepak kat sini. Dulu jumpa Imam Maskor tu pun kat sini gak. Bagi aku tempat ni sangat 'convinience' lagi pun dekat dengan hotel. Nak minum kat hotel dah la mahal, tak boleh nak santai-santai macam kat sini. 

Setengah  orang suka dok sini nak cuci mata yang gatal. Ruang diantara Promenade Hotel dan 'Service Apartments' ni direkabentuk untuk laluan pejalan kaki/'pedestrian walkway'. Yang menariknya 'walkway' ni menghubungkan 2 'nodes' utama aktiviti keperluan orang ramai, ia itu 'bus station'  dan kawasan 'CBD' di mana terletaknya sebahagian besar pusat membeli belah. Bagi aku sebagai 'Town Planner', aku melihat dari segi 'practicality' apa yang dirancang dan ini merupakan salah satu yang terbaik yang pernah aku lihat.


Promenade Hotel dan 'Service Apartments', rasa aku  'owner' yang sama. Dari segi 'design', pasal 'layout' pembangunan ni, aku dapati sesuatu yang kurang 'wastage' dari segi penggunaan ruang. Di belakang kedai tak ada 'backlane' tapi disediakan macam 'covered void' sebagai 'walkway'. Tapi biasalah mungkin ini sesuatu yang baru bagi penduduk setempat jadi penggunan di 'walkway' tu tidak dijaga kebersihannya. Mungkin ni semua 'still at adaptation stage'.

Menurut cerita yang aku dengar 'designer' projek adalah Singaporean,  tu pasal aku nampak macam ada 'influence' daripada pembangunan di negara seberang tu. 'Service Apartments' boleh disewa dengan kadar kurang dari RM100 semalam. Aku ada gak nginap kat situ kalau aku sorang-sorang. Buat apa bazirkan duit, yang penting ada tempat rehat kerana banyak masa di habiskan kat luar buat kerja, balik hanya untuk lelapkan mata jer. Janji tempat tu selamat, bersih dan ada 'privacy'.


Balik ke Promenade Hotel, nonton tv sambil dok sembang-sembang pasal 'itinerary' esok pagi. Jam sudah pukul 3am, aku tengok Dr. Sab bercakap sambil pejam mata, entah apa-apa dia cakap dia sendiri pun aku rasa tak faham, aku lagi la tak faham. Bahasa Siam campur German pun ada. Tak sampai 5 minit aku tengok dia dah hanyut ke alam fantasi. Naya la aku ni tak de teman nak lawan sembang. Tinggal la aku dengan 'routine' hidup susah nak tidur. Tengok tv pun tak de cerita baik punya, wudhu' adalah yang terbaik dan solat sepertiga malam juga yang patut selalu jadi amalan.

Pukul 6am aku tengok jam, baru aku mula pening-pening lalat kata orang la, tapi sebenarnya tak siapa tau mcm mana lalat pening, tak de lagi orang jadi lalat selama ni, main sedap mulut jer cakap pening lalat, lalat sendiri pun pening fikir. Mata pun rasa berselaput. Terlelap sekejap. Terjaga jam 7am, selepas bermimpi benda yang karut-karut. Mula la rasa pening kepala, rasa berdebar-debar, tak selesa semacam. Aduh siksa sungguh macam ni. Yang sebenarnya manusia kena perlu cukup tidur. Dah tak cukup tidur maka 'up set' la sistem badan, oksigen pun tak naik ke kepala, tu pasal boleh pening.


Jam 8am. Ajak Dr. Sab pegi sarapan. Ada kupon untuk 2 orang bersarapan. Banyak 'choice' makanan sampai tak tahu mana  nak pilih. Aku kalau sarapan memang tak makan banyak. Yang selalu aku makan adalah salad, buah-buahan dan 'cereal', minum susu dan 'juice'. Kalau makan yang pedas-pedas macam nasi lemak ke mee ke, lepas tu mula la perut meragam. Aku tengok Dr. Sab hentam semacam jer, perut dia kebal ok. Memang Dr. Sab ni pemakan orangnya.

Orang muda mestilah berselera segala, aku yang dah mengganyut ni kena la 'negotiate' dengan selera, tak boleh nak ikut sangat kehendak selera ni. Kita yang teruk nanti, selera ok dia main henjut jer. Teringat ada kawan yang kaya raya, tapi berpantang segala. Itu ini semua pantang, asyik dok ngap 'mineral water' je.  Makan pun kena pilih, yang untung drebar dia, kuat nafsu makan dan dia sihat makan tanpa pantang cuma pantang ada depan mata jer semua dikerjakan. 'Morale of the story', apa guna kaya raya, ada nafsu gunanya tiada, jiwanya merana, kecewanya segala.


Sebahagian besar bandar KK ni di bina di kawasan tambak laut. Hotel Promenade, Marina Court condo, Centre Point, Pasar Filipina, Anjung, Suria Sabah shopping mall semua asalnya 
adalah laut. Sebelum naiknya bangunan baru di tepi laut mengadap Pulau Gaya, sekarang dalam pembinaan oleh Bina Puri group, harga 'property' di kawasan Marina Court adalah stabil dan menjadi 'sought after address' di KK CBD. Rasanya sekarang harga 'property' di kawasan tersebut mungkin statik kerana pemandangan 'sea view' yang menjadi daya penarik 'property' tersebut sudah di 'overshadow' oleh bangunan-bangunan baru yang sedang 'under construction'.

Salah satu sebab kenapa pentingnya Rancangan Tempatan yang diwartakan sebagai arah pandu bentuk dan jenis pembangunan serta mengekalkan apa yang sudah terancang. Jika tidak beginilah jadinya di mana pembangunan dibuat mengikut gerak rasa siapa berduit, 'ad hoc' and 'piecemeal development', yang sebenarnya kurang sesuai untuk persekitran fizikal, sosial dan 'spiritual'. 

Apa saja dalam kehidupan memerlukan perancangan. Nak makan nak tidur nak riadah nak berlibur apa saja perlukan perancangan. Demi keuntungan orang akan perbuat apa saja, bukit ditarah dipotong, sungai, laut ditambak, hilang segala semula jadinya sepatutnya kita kembali pada keaslian yang kini dipanggil 'planning through naturalistic way with lots of  green infra, avoid channelising instead be naturalistic'.

Usaha DBKK/Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyediakan kemudahan riadah tepi laut ni patut diberi pujian. Satu keunikan tentang bandar KK ni ialah bandarnya yang terletak di pinggiran air, a 'water front advantage'. Lihat betapa indahnya panorama alam dengan berlatar belakangkan pulau-pulau dan perahu serta bot-bot nelayan. Bila saja matahari berlabuh, KK di indahkan dengan cahaya senja yang membentuk refleksi di permukaan laut kinabalu. Aku lihat ramai pengunjung tak kira peringkat umur bersiar-siar bersama keluarga.

Bila kemudahan seperti ini sampai dan boleh dinikmati penduduk setempat maknanya apa yang dirancang dan dibina itu bertepatan dengan apa yang rakyat mahukan sebagai pembayar cukai kepada kerajaan. 'What is collected is to be given back as a social contribution and obligation of the government'. Bukan saja rakyat tempatan malah pelancung asing pun seronok menikmati kawasan-kawasan riadah sebegini. Walau pun hanya rehat, dan seolah tak berbuat apa-apa, 'as a passive recreation', ini juga adalah nikmat yang dipanggil 'the pleasure of doing nothing'.


Mek Salleh ni masuk dalam 'frame' semasa aku dok tengah asyik cari lokasi untuk 'snapping' beberapa 'shots'. Aku tengok dia ni sorang-sorang relax jer. Tengok-tengok gak mana 'boyfriend' dia, tapi tak de pun muncul. Tak rasa dia ni gaduh dengan pakwe pasal muka dia ceria jer. Dia tak perasan aku ni jadi 'paparazzi', aku pakai 'full zoom, 24x optical zoom lens'. Aku bukan ada niat yang tak baik pun, aku mengagumi keindahan ciptaan Tuhan. Umur dia ni mungkin dalam lingkungan 20an. 

Yang pasti pihak DBKK telah membuat sesuatu yang berfaedah untuk semua, sampai Mek Salleh ni pun teruja dengan keindahan tempat ni. Mungkin dia balik negaranya cerita kat kawan-kawan suruh datang melancung di KK kerana kemudahan dan keindahan bandarayanya. Kadang-kadang benda kecil yang tak disangka-sangka boleh 'magnify' satu-satu isu. Korea Selatan sebenarnya banyak berterima kasih kepada 'producer drama Winter Sonata'. Mengikut kajian drama tu la yang banyak mendapat liputan dan orang dari negara luar mau ke Korea untuk melihat apa yang dipertontonkan melalui drama tersebut.

Kat Malaysia banyak cerita hantu, takkan nak 'famous' dan pelancong datang nak tengok Hantu Mak Limah. Aku ada gak tengok cerita Korea, suka kepada 'plot' dan shot yang menarik. Ini bermakna pelakon ,'crew' dan penulis skrip tu banyak buat 'research' sebelum menghasilkan satu-satu drama. Bukan tulis skrip main hentam kromo. Bila tengok skrip tanpa 'research' ni kita jadi 'boring' kerana penonton lebih bijak dari pembuat drama tu. Kita tonton drama ke filem ke untuk hiburan juga sebagai belajar sesuatu tentang kehidupan yang sebelum ni kita tak tau. Di situ lah bezanya orang yang banyak buat kajian dengan yang jenis hentam saja bah.

Tujuan kita datang ke Sabah ni pun untuk membuat kajian tentang 'folk art' masyarakat setempat. Harap-harap apa yang kita rancangkan dalam kajian ini dapat hasil yang kemudian boleh dijadikan rujukan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermanafaat .





to be continued in part 2.....