Monday 24 February 2014

"THE BEAUTY AND THE BEAST OF THE CYBER WORLD"

IT serta teknologi terkini memang sangat banyak manafaatnya. Dalam dunia cyber yang penuh canggih ini, sekelip mata sahaja kita dapat berhubung tanpa kira jarak....borderless world. Dengan adanya GPS/geographic positioning system orang dah tak sesat lagi. Kalau yang lebih canggih ada pula Remote Sensing yang boleh dapat data secara Real Time. Dulu-dulu zaman saya buat kerja field survey kita kena buat field count untuk rumah, binatang, ladang dsbnya...sekarang semua boleh buat at the comfort of your room..tambahan dengan adanya penggunaan GIS/geographic information system.

Siapa pernah terfikir sewaktu dulu yang satu hari pintu pagar/rumah boleh tertutup terbuka sendiri, kereta boleh start engine sendiri, kenderaan tanpa pemandu...macam mustahil dan khayalan saja. Tapi dengan penggunaan simple gadget/tool seperti relay dan remote control semua tu tak ada yang pelik. Google Earth dan Satellite image yang real time pun ada...boleh dapat data terperinci..bukan saja ada imej birds eye view dan contour line tapi sekarang sudah ada software yang boleh nampak secara 3D/three dimension..boleh walk thru...jadi senang sangat lah boleh dapat data sekali dengan imej terkini.


Saya ingat tahun late 80's masa di Mekah, tak tahu lah sekarang ni...masa dulu tu nampak saja kita angkat kamera nak ambil foto datang lah polis ke apa marah-marah tak benar ambil gambar dan setengah tu di rampas kamera dan di buang filem...entah kenapa alasannya tak tahu lah...mungkin untuk security reasons...tapi dia orang lupa ke tak tahu yang pada masa tu teknologi Remote Sensing sudah ada...setahu saya di Asia Tenggara ni masih menggunakan khidmat/peralatan/teknologi Remote Sensing daripada France yang merupakan antara negara yang mempunyai ilmu dan kepakaran tercanggih di bidang tersebut.

Tactical warfare juga merupakan sesuatu penting dalam ketenteraan...sekarang orang tak payah masuk lokasi tapi hanya cukup dengan menghantar alatan untuk cyber spying...boleh dapat info/maklumat apa saja dan orang tak sedar pun cara mereka melakukan operasi tersebut...dan untuk hancurkan musuh juga di gunakan apa yang di kenali biological warfare...guna virus, tak payah susah-susah nak pegi perang. Dulu kalau nelayan ke laut juragan adalah orang penting selain juru selam yang dapat tahu mana kedudukan/lokasi yang banyak ikan...sekarang juru selam kena pencen la...teknologi hydrography sudah janggih...dalam bot dah tau mana ada tak ada ikan kerana sudah ada detector khas, tekan saja butang maklumat akan sampai di skrin kat dalam bot tu...apa  saja kerja sekarang jadi senang dan ringkas.

Satu hari nanti tengok lah manusia dah tak makan macam sekarang lagi...cuma makan semacam pil saja untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam...macam yang pergi outer space. Dan sekarang askar-askar dalam banyak negara tak payah lagi nak bawa ration yang banyak, cuma sekadar guna chocolate bar yang cukup dosage harian untuk kesihatan. Saya pernah  cuba makanan tersebut yang di buat daripada oats...cuma harganya bukan semua orang boleh mampu buat masa ini, tapi bila sudah di commercialise akan jadi macam maggi  atau macam nasi lemak atau gulai tempoyak. Nothing will be impossible with the advancement of technology...I'm talking in term of applied science only...don't misunderstood me. 

1400 tahun dulu Nabi Muhamad pernah bersabda...macam ni la rumusan kata-katanya .."satu hari nanti manusia akan lalai/rosak di sebabkan oleh sesuatu di atas bumbung..." tu kira 1400 tahun yang lalu  di mana kita tak pernah terfikir tentang satellite dan lain-lain IT/cyber tech  seperti yang terdapat sekarang. Dan ternyata benar ucapan Nabi Muhamad di mana sekarang manusia leka serta lalai di sebabkan apa yang ada dalam rumah dan yang ada di atas bumbung rumah...disc, antenna, lain-lain alat pemancar dsbnya semuanya terletak di mana?

Memang IT/cyber tech banyak membantu kehidupan manusia. Tapi yang kurang sedap sikit bila IT ni ada side effect ...tengok cara penggunaan lah. Anak-anak zaman sekarang, gen Y dan gen Z terutamanya sibuk dan leka dengan gadgets seperti PSP, gamescell phones-android, tablets yang bawa  macam-macam applikasi yang tak masuk akal sewaktu waktu dulu...social interaction di kalangan teman dan ahli keluarga  sudah menjarak...kalau jumpa kawan-kawan pun kadang-kadang naik rimas bila kita bercakap dia pula asyik texting awek ke apa...begitu juga dengan anak-anak yang sibuk ber PSP/games..nak ajak makan pun kena sms atau whatsapptwitter atau call. Ini lah satu penyakit terbaru yang di panggil IT syndrome, satu jenis penyakit cyber yang memerlukan rawatan/theraphy   untuk dipulihkan. Lagi maju lagilah hilang nilai budaya interaksi assimilasi dan social interactions dalam masyarakat tambahan pula dalam negara kita yang berbilang etnik ini....but that's already becomes a norm. So we have to really examine how sick is our generation nowadays...it's hard  to expect what's in the near future.

'Semalam ada orang cuba nak hang-out dengan I, tapi I reject'

'Nape nak reject?'

'I tak kenal la sapa orang tu...'

'Dah nama pun virtual world memang la tak kenal'

'Sekarang ni kan macam-macam terjadi..sampai leh clash dengan pakwe makwe kes cam ni'

'Yang dok nak hang-out tu mesti U dah biasa interact kat blog ke G+ kan...bukan asing la tu cuma tak jumpa in person'

'Yang U beria-ia sangat ni nape?...U selalu buat ke?'

'Takde la...U kan tahu I tak suka chatting ni...bidang IT related ni pun sangat baru untuk I..U gak yang tunjuk ajar I semua  ni'

'Tapi ada seorang ni macam sangat beria-ia benar nak kenal I, sampai berpuluh like dia...I pun dah teruja ni, macam apa nak cakap eh ni....walk extra mile gitu la, sekali ingat macam nak accept jer invitation tu'

'Tunggu apa lagi, on jer la'

'U ni I buat betul kan....betul ni U nak I chat dengan dia?'

'Terpulang lah ...beria-ia pula nampak, tadi kata orang yang beria-ia'

Ini adalah sebahagian  contoh perbualan cybernetic sekarang. Orang tak dating main sms dah....sekarang kan ada whatsapp, twitter, fb, blog dsbnya...hang-out pun canggih dengan video sekali...boleh buat video conferencing...ada invitation slot lagi tu..invite orang untuk ber video...kita tengok sambungan perbualan pasangan ini. 

'U nak tahu sebenarnya I dah reject lebih kurang 15 orang'

'Nape reject lak?...Rasanya semua fans U tu mesti lebih hebat daripada I ni kan...entah I yang paling sengkek'

'U nak I test ke.?..Tengok sapa lebih sengkek..'

'Lain macam beria-ia nampak'

'cakap kat U ni kerana I tak nak sembunyi apa-apa dari '

'Kalau dah ada niat teruja  nak kenal tu ..on jer la, tapi kalau terjadi apa-apa nanti jangan nak salahkan I lak'

'Terjadi apanya?'

'Apa-apa antara kita nanti...'

'I tak buat la ..I cuma mesra-mesra kat G+ tu jer'

'Ya la kalau terlebih mesra susah gak orang ingat macam nampak so inviting sangat maka mula la orang nak masuk daun...I pasti yang maksudkan tu mesti balak kan?'

'Betul la...'

'Ni banyak temptation untuk yang baru...orang yang dah kenal lama jadi macam dah biasa dan naik jemu pun ada kot...naluri manusia suka pada yang baru...tak kira la yang baru tu Kancil walau yang lama tu Jaguar, tetap di pandang yang baru, ya la nak merasa kelainan...'

'I cuma tanya U jer...kalau U ok pun I reject gak la'

'I sebenarnya tak nak kongkong hidup U..I ni sapa dalam hidup Unobody kan...jadi U buat la keputusan yang waras..cuma I paling pantang orang tipu I..lebih baik terus  terang, lukanya tak la dalam'

'I tak buat apa pun lagi..I cakap ni pun kerana I  nak jujur dengan U'

'Kalau kat public space tu dah mesra, kalau in private chat apa lagi..U ni lain macam sikit mesra alam tak bertempat'

'Bukan kenal pun...muka pun tak penah tengok cuma gambar jer..apa ke hal?'

'Betul, sangat betul la tu...tapi mula-mula citer topik serious konon, tunjuk baik dan gentleman semacam, pah tu slowly la masuk pelan-pelan...orang boleh baca siapa kita melalui tulisan tau...kalau yang pro kejap jer dia dapat gulai...hancuss pah tu...

"Sayang boleh kita jumpa tak...tak syok la asyik chat kat sini jer".


Pompuan lak...


"I segan la...I ni tak cantik".


"I tak kisah...dapat jumpa minum-minum cukup la"....


'U tengok apa jadi pah tu...?'


'Sori la takkan I nak buat cam tu...I tau U ni baik dan I rasa selamat dengan U ni...'

'Pasal U tau I ni baik tu pasal U berani nak buat semua ni'

Ini adalah contoh perbualan yang mungkin ada terjadi lebih kurang macam ni. Memang virtual world ni ada faedah, kebaikan macam nak dapat info, tukar fikiran, belajar pengalaman orang lain, banyak sangat yang baiknya, tapi ada juga terselit yang tak baik, terpulang kepada individu untuk mengendalikannya...kita cuba expand conversation dua makhluk di atas.

'Sebenarnya I banyak terima kasih kat U ni..sekarang I baru tahu sapa U sebenarnya'

'U ni nape?...Buat I tak sedap hati lak'

'U ni sebenarnya seorang yang jujur, dan I paling respect kejujuran orang, bukan semua orang berani dan jujur cakap cam ni kerana cakap jujur ni mungkin boleh buat pasangan terluka...memang I tak selesa bila tahu U  nak hang-out dengan orang asing...tapi ya la itu hak U...cuma kena pandai-pandai la...dan I rasa U pun tak suka buat yang sama...'

'Memang la I jeles kalau U buat cam tu'

'Kalau U nak teruskan niat U tu, I rasa lebih baik I undur diri I tak nak jadi penghalang buat kebahagiaan U nanti I lak disalahkan...tak pe lebih baik cam ni daripada I tau sendiri yang U ni tipu dan buat kerja yang I tak suka di belakang I'

'U ni buat I gelisah dan confused la...ramai kawan-kawan I yang chat tapi ok jer..I tahu la batasannya...I dah ada U cukup la'

'U tahu tak jantan kalau dok usha betina bersungguh-sungguh lak tu, apa tujuan nya, mesti bersebab, ada tujuan...U ni bukan pakar saikologi, doktor ke atau apa-apa yang boleh sembuhkan penyakit tapi sekadar aktif di alam maya tulis artikel tu ini...dan tujuan U atau dia nak berintersaksi tu pun untuk seronok-seronok kan...jadi kalau ni tak cukup seronok buat U...U go ahead la...no sweat...I pun boleh gak cuba nasib hang-out dengan sapa-sapa...mana tahu nasib menyebelahi I lak..'

U ni kita kan dah lama kenal dah 2 tahun, rasional la sikit'

'Ya 2 tahun kenal tapi macam 2 bulan kenal dengan cara U sejak aktif blogging ni...macam ni la, U proceed dengan niat U tu, dan the moment U start to do whatever dengan mamat tu U bagi tahu I dan kita boleh la ikut jalan masing-masing...sekurang-kurangnya U jujur bagi tau jadi sakitnya tak lah dalam daripada tertipu di siang hari'

'I tak buat la, I cuma teruja nak kenal mamat tu sapa, tu jer'

'Kan I dah cakap, the moment U start your activity maknanya kita bukan siapa-siapa lagi...kalau U buat gak maknanya dah ready bila-bila masa untuk hilang I demi mamat yang U tak kenal batang hidungnya...maknanya U sanggup ambik risiko tu..sama jer kalau tipu I tak tahu, tapi buat apa nak tunggu sampai I tahu sedangkan dalam hati U tu dah tau U buat benda yang I tak suka, jadi lebih baik sekarang daripada later on...wasting time jer.'

Disini kita dapat lihat yang perempuan tu cuba untuk mempertahankan niat dan maksudnya tapi yang lelaki cuba untuk membuat perempuan tu faham yang dia bermaksud baik dan very mean dengan pendiriannya. Apa yang cuba lelaki tu buat adalah untuk menghalang perempuan tu terbuai oleh keinginan penangan alam cyber ni...kita tengok apa jadi seterusnya..

'Maaf kan I ye...I takde pun nak selingkuh belakang U, tu pasal I citer semua ni, ni dah sifat I suka terus terang...maafkan I ye kalau buat U terluka'

'Apa orang kata...kalau apa yang ada di depan mata ni nampak kurang menarik...the grass always looks greener on the other side of the fence....pada hal rumput tiruan..biasa la sifat manusia...dan nak ingatkan U sekali lagi untuk terakhir kali...sekiranya U buat juga tak nak larang apa pun....cuma kalau satu hari U tertipu...masa tu U nyesal tapi penyesalan U tu dah terlambat...U simpan jer la perkataan maaf U tu.'

'Keras sangat bunyinya ni....U trust me ok I takkan buat semua tu'

'I tak larang U nak fb, blog ke apa tapi masih tak cukup ke dengan semua tu sampai kena private chat pula...tu yang I ni heran...mungkin hebat benar ayat mamat tu...sampai U sanggup argue dengan I'

'Bukan argue la...I tanya U punya pandangan dan restu je'

'Tak yah la kita nak panjang-panjang kan hal ni...U buat la apa yang terbaik untuk diri U...tengok la apa I nak  buat nanti...hang-out juga ke atau I tutup jer blog I...cari port baru'

'U ni........I tau I ni tak baik dan tak kuat sangat tu I perlukan orang macam U untuk melindungi I,  I sentiasa rasa selamat dengan U.'

'Kenapa I suka pompuan yang jujur, ikhlas dan terus terang...kerana kalau U tinggalkan  sekali pun, sekurang-kurangnya U dah jujur dan dengan itu I ada kenangan untuk di bawa bukan dengan benci dan dendam kesumat...tapi kalau I tahu tertipu I akan dendam dan terluka yang dalam..so I believe if you want to leave, leave in grace and do it in good faith...kita tak boleh tipu memori dan memori yang indah itu lah yang kita boleh bawa bersama menemani di saat suka dan duka'

'U ni buat I sedih lak, ok trust me I will not hurt you dengan perbuatan I ni, trust me...promise'


Daripada contoh perbualan di atas, kita boleh  buat berbagai andaian. Mungkin perempuan tu berjanji hanya untuk comfort kan lelaki itu saja dan dia akan teruskan niatnya di atas godaan nafsu cyber nya. Jika itu yang terjadi mungkin dia akan hilang kasih sayang dari orang telah cuba menyelamatkannya dan orang yang di kenali bertahun lama. 

Dari situ bermula lah zaman perempuan itu jadi penipu di sebabkan kalah oleh nafsu cyber angkara seorang lelaki yang dia sendiri tak tau asal usul cuma terpikat oleh ayat-ayat puaka lelaki tersebut. Dari seorang yang jujur, berterus terang, dia telah menukar wataknya berpusing 360 deg. Dan apa terjadi pada lelaki yang cuba menyelamatkan hubungan yang telah lama di bina....mungkin ini baik untuknya dan menjadi pengajaran untuk memilih teman di masa akan datang, atau mungkin atas dendamnya dia pun terikut sama dan menjadi Cassanova yang hebat....sesuatu yang terjadi mesti ada detik permulaan sejarahnya. 



Kita dapat lihat  apa yang dunia cyber boleh lakukan ke atas kehidupan kita..mempertemukan yang hilang atau menghilangkan yang sedia ada. Kisah di atas hanya setitis dari jutaan kisah suka duka yang benar-benar terjadi ke atas diri manusia di alam maya ini. Jadi kita tepuk lah dahi dan cari mana  cara yang paling pantas untuk di ikuti. Dunia cyber memang macam badan manusia...ada kiri ada kanan...everything comes in pair and as people say it takes two to tango.


terima kasih 
cheers.




















Sunday 16 February 2014

BAHAYA ADA DI MANA-MANA.

Bismillah.


'Kau kat mana?'


Saya menerima panggilan telefon dari kawan saya Hj Muhalim pada jam 5.30 petang, 16 feb. 2014.


'Ada kat rumah...apa citer?'


'Jom la kita minum kat Hainan Kopitiam sek.9' Hj Muhalim menyarankan pada saya untuk minum di tempat biasa kita orang lepak-lepak.


'Hari ni kan Ahad, buka ke?'


'Kalau tak buka kita pegi ke Papa Rich la kat Shah Alam Mall'


'Ok la kalau cam tu...' jawab saya sambil saya bangun dari atas tikar tempat saya baring.


Saya pun bergegas mandi. Mandi banyak kali pun ok gak, maklum lah sekarang ni entah cuaca lain macam, asyik kering dan panas. Semalam ada juga hujan pada jam 6-7 petang, tapi hanya sekejap tak lah lebat mana. Ok lah daripada tak hujan langsung. Pada pertengahan dan penghujung januari sejuk semacam, konon terdapat 'tundra effect'...tapi sekarang dah kembali normal.



Semalam lain macam pula hujan. Matahari terang bersinar dan hujan pula mencurah turun. Kata orang itu adalah hujan panas. Kalau kat kampung dulu orang-orang tua suka mengaitkan hujan panas ni dengan peristiwa yang kurang baik seperti akan terjadi mala petaka atau sesuatu yang buruk akan berlaku. Itu hanya lah kepercayaan yang tiada bukti dan faktanya.



Sempat juga lah saya merakam beberapa keping gambar ketika hujan turun semalam. Di depan rumah saya terdapat kedai dan bayangan sinaran cahaya matahari senja ke atas air hujan kelihatan menarik di atas jalan dan kawasan parkir.



Oleh kerana kawasan rumah saya ni berdekatan dengan kawasan hutan Bukit Cherakah, kawasan tadahan air dan hutan simpan kekal, maka kerap lah juga turunnya hujan. Kalau sekiranya kawasan lain di Shah Alam ni kering tapi kadangkala hujan turun juga di kawasan kediaman/kejiranan saya. Untung gak tinggal di pinggiran bukit bukau ni.



Saya tiba awal di Hainan Kopitiam. Sementara menunggu Hj Muhalim saya rehat dalam kereta sambil mendengar lagu  Ruang Rindu dendangan Letto...lagu lama tapi masih menyengat. Lima minit kemudian saya ternampak sebuah Toyota Land Cruiser VX parking sebelah kereta saya. Saya tinjau-tinjau menerusi tingkap. Saya kenal orangnya tapi tak ada lah saya menegurnya kerana mungkin dia datang untuk tujuan ketemu orang lain. Dan saya melihat dia terus masuk ke dalam restoran. 


Hampir selepas setengah jam Hj Muhalim masih jua belum muncul. Lalu saya mematikan enjin kereta dan bergerak menuju restoran. Kawan saya tadi Mazlan duduk di sebelah dalam dan saya memilih tempat duduk di sebelah luar. Mazlan masih tak perasan saya yang sedang duduk di sebelah luar restoran. Saya tak nak kacau dia kerana dia asyik dengan hand phone nya.


Sambil saya meneliti menu, saya ternampak sebuah Audi A6 tiba di pekarangan restoran. Ah...dah sampai rupanya Hj Muhalim. Sambil bersalaman saya mempersilakan Hj Muhalim duduk di kerusi depan saya.


'Kau ajak Mazlan sama ke?' Saya bertanya pada Hj Muhalim.


'Ya...kau ada nampak dia?'


'Tu kat dalam, aku ingat dia datang untuk jumpa geng lain'


Sambil itu Hj Muhalim melambaikan tangan kearah Mazlan yang sedang minum. Sebentar kemudian Mazlan datang ke meja kami bersama secawan minuman yang masih terpegang di tangan kirinya.


'Eh kau Sam, aku tak perasan kau pun ada'


'Aku nampak kau tadi, tapi kau asyik sibuk dengan phone jer, tak nak la aku ganggu'


'Eh Sam kau tak pegi majlis kenduri kahwin rumah Mazlan semalam? Tak nampak pun kau?'


'Aku tak tahu...Mazlan mana ada nombor aku'


Mazlan ni kira jiran satu qariah sek 8...dia tinggal di rumah banglo mewah di kawasan saya. Menurut Hj Muhalim semalam ada majlis kenduri kahwin anak-anaknya...dia buat serentak untuk dua orang anaknya.


'Aku minta maaf la Sam aku terlupa nak jemput kau...lagi pun alamat kau aku takde...maaf ye'


'Eh tak kisah la, janji majlis kau berjalan lancar'


'Kau tahu Lim, semalam masa majlis tu jam 2 petang nasi dah habis, nasib baik caterer tu buat spare...dia cakap jemputan yang datang hampir 3 ribu orang sedangkan tempahan untuk 1500 orang..'


'Ok la tu...mesti ada yang datang bawa famili...biasa la kenduri ni kena order sekurang-kurangnya 40% extra...kalau tak malu makanan tak cukup' Hj Muhalim mencelah.


'Ada orang kata makanannya sedap...ok ke Lim  makanan semalam?'


'Ok, boleh la...masalah sekarang ni bila kenduri kawin semua rumah sediakan hidangan nasi minyak, kadang-kadang dah tak boleh nak masuk tekak,'  saya menambah apa yang Hj Muhalim cakap tadi.


'Betul tu Sam...aku ingat nak tukar menu la...masakan kampung ke...nasi minyak tu bukan makanan tradisi orang Melayu kita...tapi yang peliknya itu yang popular'


'Betul tu...heran yer...tapi di pantai timur, zaman dulu la, sekarang tak tahu la...dia orang sediakan hidangan asli...makan nasi bekwoh gulai kawah...ada sira labu sekali...' saya terangkan cara orang sebelah pantai timur buat kenduri kahwin.


'Kau bawa kereta mana Sam?...Tak nampak pun kau datang?' Tanya Mazlan kepada saya.


'Tu sebelah kau tu...'


'Oh kau yang drive X5 tu..' 


Berapa minit kemudian nampak sebuah kereta yang saya sangat familiar, parking sebelah kereta Hj Muhalim. Rupanya ramai gak kawan yang Hj Muhalim ajak.


'Aku ajak Imam datang sama tadi...dah sampai pun' Hj Muhalim berkata sambil tersenyum dan mengangkat tangan ke arah Imam.


'Sejak balik dari Sabah ni nampak makin berseri kau' saya mengusik Imam.


'Projek dah berjaya la tu' Mazlan pula menambah.


'Bukan apa...sekarang banyak pihak yang dah setuju nak ambik baka benih padi aku...'


Sebenanya Imam ni dia kongsi dengan Hj Muhalim dan Richard Leong untuk mengeluarkan benih padi klon dari China. Sekarang ni tengah  buat 'experimental farm' di Tuaran. Dah hampir peringkat akhir ujian. Projek ini di jalankan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sabah...hasil benihnya akan digunakan untuk tanaman padi di Negeri Sabah. 


'Kau tahu tak sekarang ni ramai orang Syria yang datang macam pelarian ke tempat kita...kat flat sek 8 tu ada beberapa famili yang datang sini..sedih gak dengar citer dia orang...ramai yang lari dari kekejaman di sana...' Mazlan membuka bicara tentang pelarian Syria.


'Bukan saja Syria...yang datang dari Iran, Iraq pun makin ramai.' Hj Muhalim menambah apa yang di ceritakan oleh Mazlan.


'Aku ingat kalau kau nak tolong dia orang, lebih baik bagi zakat terus kat dia orang tak payah melalui pusat zakat' Mazlan semacam dah teruja sangat dengan kisah pelarian ni.


'Lim kau tahu tak semalam rumah Dato Noordin kena rompak?...Aku ada gambar yang dia hantarkan kat aku' saya cuba ceritakan perihal rumah kawan kita yang baru semalam kena rompak.


'Tengok...tengok' Hj Muhalim melihat gambar-gambar yang di hantar oleh Dato' Noordin kepada saya.


'Kau bayangkan kawasan rumah dia tu Gated & Guarded, tapi macam mana boleh orang masuk dan punggah habis barang kat rumah dia.' kata saya tentang tahap security yang terdapat di kawasan Gated & Guarded sekarang ini.


'Dia masih di Tropicana ke atau  kat mana?' Tanya Hj Muhalim.


'Ni rumah lain...kat Damansara...banglo gak la.'


'Kat kawasan rumah aku...belakang rumah aku la...kena juga...daylight house breaking...' Hj Muhalim menceritakan tentang kejadian pecah rumah di kawasan rumahnya yang juga merupakan Gated & Guarded.


'Kalau kawasan Gated & Guarded pun dah kurang selamat, apa lagi kawasan perumahan yang tak ada langsung security. Kat sek 8 tu kira tak sampai 5 minit dari IPK selangor pun kena rompak gak.' kata Mazlan yang rumahnya hanya beberapa meter saja dengan IPK Selangor.


'Imam, kat rumah kau tu sek 9 banglo gak tak ada security tapi ok pula' kata saya kepada Imam yang dari tadi mendiamkan diri.


'Rumah lama dia orang tak minat' ringkas saja jawapan Imam.


'Baru ni aku jumpa satu apek suami isteri...dia orang jual banglo pindah tinggal di kondo...dia kata lebih selamat' kata Mazlan.


'Ya betul...design kondo sekarang lebih canggih...macam kat Acapella tu...nak masuk pun kena guna 3 security card...dan hanya boleh naik kat unit kita jer...cam tu selamat la'  kata saya menambah perbicaraan.


'Taktik terbaru sekarang, dia orang datang waktu pagi, tekan loceng kalau tak berjawab dia orang akan masuk melalui tong sampah dan ada pula yang datang masa tuan rumah ada, kononnya rumah terpilih dapat hadiah dari syarikat tertentu...biasanya bawa hamper...buka pintu jer siap lah dia orang masuk.' kata saya tentang cara penyamun yang datang ke rumah masa kini.


'Kat sek 7, memang kerja orang yang sama...dia naik motobike dan tunggu, biasanya orang pompuan nak pegi hantar anak sekolah Tadika ke apa...ketika sibuk nak masukkan anak dalam kereta, masa tu dia orang mulakan operasi jahat...tu la kena pesan kat anak bini kena hati-hati...' Mazlan pula menambah.


'Kat Shell sek 9 tu pun pelik gak...biasa nya kalau pegi kaunter nak bayar isi minyak ramai yang tak kunci kereta...lepas isi minyak ...cantik jer ada mamat tersengih kat seat belakang dengan pisau..nak buat apa...serah barang la...macam-macam taktik sekarang ni' Imam pula menceritakan kes orang-orang yang pernah terkena samun di Shell sek 9.


Macam-macam topik yang di bincangkan. Biasa lah kalau berkumpul geng-geng warga emas ni, itu lah topiknya selain cerita politik dan pasal bisnes. Bukan remaja saja lepak, yang tua-tua pun melepak gak. Tapi orang tua melepak tak ada cerita macam mana, jalan mana kul berapa nak rempit...setakat cerita kisah semasa, seperti topik politik terkini dan jual beli tanah atau jadi 'project promoter' atau cari 'funder', yang sebenarnya tak pernah sangkut, kena tipu ada la...


'Order la minuman Imam' kata Hj Muhalim.


Sebentar kemudian waiter datang membawa minuman yang kami pesan. Saya minta 'len chi kang' sejuk, Hj Muhalim yang panas sementara Mazlan dah minum teh o.


'Saya pun bagi yang ni la...macam dia orang ni...yang sejuk ye'
Imam pun minta 'len chi kang' gak. 


Sambil mengeluarkan paipnya serta di isi tembakau untuk memulakan pembakaran tembakau nya, saya lihat dia guna tembakau Blend 11, memang tembakau ni ada pewangi, baunya memang harum. Masa kat Uni dulu saya pun hisap paip. Imam ni adalah seorang Guru Besar di sebuah sekolah di Shah Alam. Mazlan pula seorang kontraktor landskap dan Hj Muhalim pula ada ladang sawit. 



'Aku ni kalau kau nak hisap paip dalam kereta aku sebanyak mana pun hisap lah, aku suka baunya yang wangi...tapi kalu hisap rokok sori la, tambahan pula hisap curut, pantang aku baunya...keluar kereta aku jalan kaki la' Mazlan beria-ia benar menyokong Imam yang hisap paip.


'Pada hisap curut baik hisap paip. Curut dah la mahal ada sampai beribu sebatang, yang jenis Havana ke apa...tu semua status simbol bukan ada apa pun' Imam seperti setuju dengan pandangan Mazlan.


'Sebenarnya hisap paip ke, rokok ke, sisha ke, curut ke semuanya tak bagus...semuanya takde faedah sikit pun....hisap apa benda pun tak bagus...memudaratkan saja' kata  Hj Muhalim yang memang bukan perokok.


'Jangan lupa ada gak benda yang berfaedah untuk di hisap...kau tengok bayi...bila dapat hisap puting terus lena, tak meragam langsung....haa betul tak?' Sambil tersenyum tersengih beria-ia Mazlan berkata.


Saya tak tahu lah samada ada 'double meaning' di sebalik kata-kata Mazlan tadi tu. Tapi tak lah boleh saya hendak menuduhnya kerana apa yang di katakan itu memang benar belaka. Jadi terpulanglah ke atas diri masing-masing untuk mentafsirnya.


'Aku tengok kau makin merah muka, makin sihat Lim' saya berkata demikian kepada Hj Muhalim kerana memang semacam ada perubahan di wajahnya.


'Aku sekarang ni buat treatment guna 'bee sting'..ada sorang pakar ni dia dulu Akitek, berhenti  bela lebah madu kat Terengganu...ofis dia sekarang kat Bangsar...aku dah 2 kali pegi treatment'


'Macam mana kau kenal orang ni?' Imam bertanya Hj Muhalim.


'Dulu Pian la yang cuba dulu, dia ada masalah nak buang air kecil, tak lawas la, lepas kena 'bee sting' kat perut tu terus ok...dia yang cadangkan kat aku...cara treatment tu dia tak caj ikut 'sting', kalau China  sinseh tu di kenakan RM20 satu 'sting'...cara dia caj cuma kena beli Royal Jelly tu jer...aku kena satu line sebelah kiri ni 20 sting...'


'Tak sakit ke?..Aku dulu terpijak lebah rasa macam nak terbakar kaki, panas pedih, bengkak terus berdenyut gila' cerita saya tentang pengalaman terkena sengatan lebah.


'Ni takde sakit..3 minit tu bila dia letakkan sengat kat badan memang la pedih tapi sekejap jer...dia ni boleh ubatkan berbagai penyakit dengan cara ni...tempat dia penuh orang...'


'Kalau untuk orang lelaki ada ke ubat...?' Mazlan bertanya, beria-ia benar dia nampaknya.


'Kau ni takde lain' saya mencelah.


'Nak gak try kalau ada faedah apa salahnya kan'


'Ada gak...dia akan letak sting tu kat situ la...dia akan bengkak, besar tu maintain tapi sakit hilang, kira magik gak tu' Hj Muhalim berkata pada Mazlan sambil tersenyum sinis.


'Kau ni biar betul...nantikan Lan ni pegi bertempik lari lintang pukang pah kena sting tu...mesti kena taruk keliling tempat, nak ubah saiz, mahu seratus sting...boleh gila sakit' saya berkata dengan penuh geli hati. Imam pun turut ketawa.


'Kalau jadi betul Sam, 200 sting pun aku ok, sanggup' dengan sombongnya Mazlan berkata pada saya.


'Kau nak buat apa?...Bukan untuk kau pun yang syok...orang lain' Imam pula memberi pandangan.


'Aah tak kira..janji rock' boleh tahan gak lawak Mazlan ni.


Kami masing-masing ketawa sehinggakan tetamu di sebelah yang terdiri dari anak-anak muda memandang kami yang tua-tua ni dengan penuh kehairanan. Ya lah, kalau jantan jumpa sama jantan kena lak topik cam ni memang kecoh la..


'Kau tahu tak menurut pakar tu, untuk jadi  se liter madu, lebah-lebah tu kena menggunakan 4 juta bungaan. Bayangkan betapa khasiatnya madu asli tu..Sam, kau cuba buat research pasal  madu ni'


'Ok jer ...madu mana? Madu yang orang pompuan tak suka ke madu mana?' Jawab saya.


'Ya tak ya gak...silap bawa balik madu ke rumah nahas jadinya' Mazlan tiba-tiba masuk campur.


'Tapi on serious note..dalam Quran pun ternyata ada cerita tentang keberkesanan madu ni..maksud aku madu lebah la' saya menyatakan persetujuan dengan rasional kehebatan madu asli.


'Jadi dari sekarang kena la guna madu...jangan bagi tahu bini, makan sorang, bagi bini  heran apa macam sudah berubah wajah dan gaya dan tinggi semangat kesukanan hahaha...' Mazlan ni kira kelakar juga bila dia mengeluarkan pandangannya.


'Kau ni..takde kerja lain...tapi betul gak kalau dah sihat maka segalanya sihat la kan...hebat mu Lan.' Imam seakan bersetuju dengan pandangan Mazlan tadi.


'Semalam Dato' Mus VP RHB cari kau Imam..dia nak apa?' Tiba-tiba Hj Muhalim melontarkan pertanyaan pada Imam.


'Ooo dia promosikan skim pinjaman bank dia kat guru-guru sekolah, tapi tu la banyak guru-guru prefer Bank Rakyat...kadang-kadang sian gak bank sekarang ni kena wat promosi lak'


'Bank dah terlebih duit deposit...jadi dia orang kena buat bisnes untuk bayar interest depositor tu...masing bank ada target tahunan...macam bisnes biasa la' Hj Muhalim menerangkan sistem perbankan kini.


'Lim rumah kau kat Sinar Fadhilat tu dah jual ke lom?' Mazlan tiba-tiba bertanyakan Hj Muhalim.


'Minggu lepas ada orang tawarkan RM600k..aku bagi tahu harga tu sekarang ni nak beli rumah teres pun tak cukup...aku punya tanah 5000kp dengan rumah banglo lagi, sekarang pun aku sewakan RM1300 sebulan'


'Kau tahu tak Sam dulu Muhalim nak jualkan RM300k, masa tu dia beli baru RM100k..tapi aku tak nak masa tu...kau tahu kat mana tempat tu Sam?' Mazlan bertanyakan saya tentang tempat yang di maksudkan.


'Kalau kau beli dulu, sekarang ada setengah owner dapat offer RM800k...projek tu Sam yang jadi Planner ...tak bayar fees...pemaju tu kan kawan kau...' Hj Muhalim berkata sambil menjeling ke arah Mazlan.


'Banyak ke Sam dia orang tak bayar?' Mazlan semacam simpati pada saya.


'Campur semua sekali dengan lain scheme bawah kawan tu la, ada RM300k...dia tu kalau jumpa aku kat klinik Iskandar sek 10 terus cepat-cepat lari..kan dulu ofis aku kat sek 10.'


'Tapi kemana dia nak lari...kalau mati naya jer la hutang tipu orang merata' Imam yang dari tadi mendiamkan diri terus bersuara.



'Kalau orang ingat cam tu selamat la dunia ni..' Hj Muhalim pula menambah.


'Aku tak mau lah jadi cam tu lagi pun dalam umur cam kita ni...contoh la Lim kau tipu aku, kau dapat RM3 juta..seminggu pah tu meninggal, ingat 3 juta tu boleh tolong kau dalam sana...orang kencing atas kubur ada la pada nak sedekahkan fatihah' saya berhenti sambil menghirup 'len chi kang' yang semakin dingin lalu saya menambah....


'Tu la pasal bila makin tua makin dekat ke alam sana, makin gelisah dan tak tenteramlah jiwa dia...aku kan dah banyak kena tipu dengan kawan-kawan...Muhalim pun tau sapa...tapi aku tengok hidup dia orang bukan senang pun malah lebih sengkek dari aku...kawan kita tu Lim...yang tu...bila tengok aku drive sport car...dia pun cakap...wah hebat mu sekarang..aku balas balik ni aku beli duit aku tak tipu orang...terus cabut pah tu..'


Jam sudah menunjukkan 7 malam. Dah dekat waktu maghrib, Hj Muhalim tinggal di Bukit Jelutong jauh sikit daripada tempat kita orang. Sambil menuju ke parkir Hj Muhalim berbisik ke telinga saya.


'Hari Selasa kita pegi tengok tanah Dato' Ramli kat Sabak Bernam...macam biasa la aku ambik kau pagi'


'Ok, hari Selasa aku free'


'Malam Selasa tu pun kita kena jumpa Nordin Kumpau...geng Sabah tu...dia ada sini, dia baru bagi tahu aku tadi'


'Nordin yang mana tu?...Tak ingat aku'


'Alah yang kita naik kereta Mini Cabriolet kat KK tu..sumbat 5 orang dalam kereta kenit tu...ingat?'


'Oh yang tu...ye la ingat sampai bila-bila...naik kereta mini 5 orang sampai terseliuh leher...nasib baik town drive...kalau long distance mau aku jalan kaki...tak sanggup berhimpit-himpit cam tu...gila betul.'


Sambil  bersalaman kami menuju ke kereta masing-masing. Saya yang akhir keluar dari parkir. Hari ni hari minggu jadi dekat Shah Alam Mall ramai juga orang dan road side parking pun penuh. Saya membelok ke kanan menuju traffic light simpang ke Masjid Negeri. Saya kehairanan kerana tiada satu pun kereta di fast lane. Semua kereta berpusu ke arah kiri dan lane tengah.


Dari jauh saya melihat kepulan asap di atas jalan sebelah lorong laju/ fast lane. Api marak sambil mengeluarkan percikan demi percikan. Saya hairan dari mana datangnya api tersebut. Tak terlintas langsung dengan apa yang saya lihat selepas itu. Saya menurunkan cermin tingkap kereta sambil saya mendongak ke atas, baru lah saya tahu bahawa api yang sedang terbakar di atas jalan tu rupanya berpunca dari bulb street lighting yang terbakar. Kemungkinan juga terkena short circuit atau jua kerana lampu basah oleh hujan dan ada kebocoran yang menyebabkan kebakaran.



Apa yang nak saya kongsikan ialah bahawa kita kena sentiasa prihatin tentang persekitaran. Bahaya ada di mana-mana. Katakan lah waktu api mula-mula terbakar ada kereta di bawah tiang lampu tersebut dan kemudian bulb dan casing lampu tersebut jatuh ke atas kereta.




Sudah tentu akan terjadi malapetaka bukan sahaja kepada kenderaan tersebut tapi juga kepada penggunaan jalanraya yang lain. Tadi pun saya melihat seorang lelaki  menunggang sebuah motosikal membawa isteri dan anaknya dengan selamba menggunakan jalan yang sedang terbakar. Saya pasti yang beliau tidak perasan tentang serpihan lampu di atas kepalanya yang  sedang jatuh bertaburan. 

Saya berkata demikan kerana sesampai di lampu isyarat dia anak beranak menoleh ke tempat api yang sedang terbakar dan kemudian mendongak ke atas tiang lampu yang sedang memercikkan api ke bawah. Saya sepatutnya membelok ke kanan untuk menuju sek 8 tapi terpaksa menuju ke jalan Masjid untuk mengelakkan kereta yang berhimpitan membelok kekanan. Silap-silap kalau tak sabar boleh berlaku kemalangan jadi saya memilih jalan selamat walau pun terpaksa pusing dengan jarak yang agak jauh.


Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa prihatin dan selalu peka dengan persekitaran dan juga kerenah pengguna jalanraya serta sentiasa berhati-hati walau pun kiranya kita rasa berada di tempat selamat seperti di parking lot, di shopping mall atau tempat-tempat yang tidak terfikir akan berlaku jenayah seperti tandas awam dan juga di pintu pagar atau pintu rumah sendiri. Hidup yang terdesak memungkinkan manusia bertukar perangai menjadi lebih ganas dari haiwan. Semoga kita sentiasa berwaspada selalu. Saya ingatkan ini untuk diri teman-teman semua jua untuk diri saya dan keluarga. Sama-samalah kita hindari dan benteras apa jua bentuk jenayah.

Wassalam.