Monday 30 December 2013

JUADAH HARI MINGGU TERAKHIR 2013 ....(bah. 2)

Bismillah.


Awan mendung. 


Petang-petang hujan selalu turun. Hari ini tidak terkecuali nampaknya. Saya berlegar di porch sambil menunggu Mem bersiap.


"Dah ke?...Banyak benda lagi nak buat lepas ni," kata saya pada Mem yang masih berdiri di muka pintu.


"Nak kemana pula tu?" Mem bertanya semacam kehairanan.


"Ada hal la...banyak tanya macam pegawai penyiasat pulak."


"Kalau sibuk sangat takpe la kita pergi sendiri...kereta kan ada dua lagi kat rumah ni."


"Setakat nak gi hantar dia tu ok lagi la...bukan nak kemana pun nak pegi potong rambut kat sek 9 tu."


Mem tersenyum. Mungkin seronok dengar saya nak potong rambut hari ni. Memang dah beberapa hari lepas saya terfikir untuk potong rambut kerana selepas ini saya kena banyak berurusan dengan jabatan kerajaaan kiranya projek perumahan yang kumpulan kita rancang akan take off januari ni nanti. Tapi jauh di sudut sanubari saya dah muak dengan pakai slack kemeja tuck in ber button segala dan yang paling rimas bila kena pakai necktie....aduh membosankan. Bagi saya tu semua sudah berlalu. Saya lebih selesa dan damai dengan jean, t-shirt atau casual wear. 


"Ada duit ke nak potong rambut tu." Mem bertanya saya semacam perli saja gayanya.


"Eh kalau nak belanja pe salahnya...most welcome."


Lalu di hulurkan RM100 kepada saya. Mem pun tahu buat masa sekarang saya belum terima pembayaran dari klien saya lagi. Harap-harap dalam waktu terdekat ni dapatlah claim saya tu. 


Seronok rasanya hati pada tengah hari yang mendung ini. Tadi jiwa dan hati saya mendung tiba-tiba bersinar kembali. Untuk gunting rambut tak ada sampai RM100, tapi dah rezeki saya lah nampaknya.
Mem sebenarnya tak pernah berkira dengan pemberiannya pada saya dan saya pun jua tidak pernah berkira tentang perbelanjaan untuk keluarga. Memang tugas saya sebagai suami untuk memberi nafkah, tapi sebagai orang berniaga ada kalanya pasang surut. Dan Mem mengerti keadaan tersebut.


Saya menurunkan suhu dalam kereta sambil pasangkan radio. Syok juga dengar lagu sambil membawa kereta dengan gembiranya. Waktu ini tak banyak kenderaan jadi bolehlah saya dengan santainya berseronok di jalan raya. Lagu pula sentimental sesuai dengan jiwa lara saya waktu begini.


"Seronok nampak...macam nak pegi dating.." tiba-tiba Mem bersuara.


"Kan ni tengah dating...mesti lah seronok."


"Jangan lupa ambik kita balik jam 9 malam ni."


"Kalau tak tertidur dan masih waras bereh la...calling calling la."


"Kalau dah tidur tu, call pun tak kan angkat punya."


Tiba-tiba sudah sampai di gate masuk sek 7. Sekarang hampir jam 3 petang. Harap-harap hari ni tak ramai lah kat kedai gunting tu. Biasanya kalau tak ramai orang tak sampai pun 20 minit selesai lah.


Sebenarnya saya nak cepat untuk balik masak nanti. Selepas gunting rambut bercadang untuk ke Shah Alam Mall beli apa yang patut sebagai tambahan kepada apa yang saya beli di pasar pagi tadi. Dah ada duit extra ni boleh lah belanja apa yang tak terbeli pagi tadi.


Selepas hantarkan Mem di kampus tadi saya pusing balik guna jalan sek 7 senang untuk saya terus ke sek 9. Sekarang saya rasa seronok kerana ketiga-tiga orang anak saya sudah bekerja cuma tinggal dua orang anak dara saya yang masih menuntut. Bila tengok anak-anak sudah membesar dan ada kehidupan sendiri, sungguh bangga rasanya diri ini menjadi seorang bapa yang berhasil memberikan kebahagiaan kepada anak-anak. Saya tidak mengharapkan apa-apa dari anak-anak, janji mereka bahagia itu sudah cukup membuat saya dan Mem  berlapang dada.


Tiba-tiba DJ radio memutarkan lagu 'kehilangan' nyanyian Firman. 

ku cuba ungkap tabir ini
kisah antara kau dan aku
terpisahkan oleh ruang dan waktu
menyudutkan mu meninggalkan ku
      ku merasa telah kehilangan
      cinta mu yang telah lama hilang
      kau pergi jauh kerana salah ku
      yang tak pernah menganggap kamu ada
asmara memisahkan kita
mengingatkan ku pada diri mu
gelora mengingatkan ku
bahawa cinta mu telah merasuk jantung ku
       sejujurnya ku tak bisa
           hidup tanpa ada kamu aku gila
       seandainya kamu bisa
       mengulang kembali lagi cinta kita
       tak kan ku sia sia kan kamu lagi


Saya memang suka lagu ni, sangat suka mendengar melodi dan lirik yang membuat jiwa jadi tenang dan lara. Saya pun ikut menyanyi kegembiraan walau pun sumbang mambang. Bukan orang dengar pun. Mungkin orang dalam kereta di hadapan di sebelah dan di belakang fikir apa lah yang si bangka tu seronok sangat. Ada aku kisah heeee...janji bahagia.


Tiba di kedai gunting kebetulan ada parking betul-betul di depan kedai. Beruntungnya, tak payah lah bersusah payah berjalan jauh. Turun dari kereta intai melalui cermin kaca pintu kedai gunting, ramai lah pula manusia yang nak potong rambut. Baru teringat, rupanya ramai budak sekolah yang datang untuk potong rambut. Sambil menunggu giliran saya duduk di bangku depan kedai.


"Incik mau rambut potong ka?" tegur seorang pekerja pada saya yang sedang duduk di bangku.


"Ya la...ramai orang macam mana mau potong...ini macam berapa lama mahu tunggu."


"Tada lama juga...sikit jam habis la."


"Kamu apa nama?"


"Samy juga."


"Mana mari...? sini worang ka India mari."


"India juga. Tujuh tawon suda sini duduk."


"Kamu jangan tipu tamby...mana bole ini tujuh tawon ini kursi duduk."


"Malaysia duduk la...ini kursi ka duduk apa macam tujuh tawon."


Dan kami sama-sama ketawa. Samy ni juga tukang gunting dan bekerja di Kelana Jaya. Ada semacam pekerjaan ynag sinonim dengan kaum India ia itu menjadi tukang gunting. Rata-rata kedai gunting kaum India lah yang monopoli. Dan salon rambut yang hebat di ungguli oleh kaum Cina...Melayu nya entah di mana.


"Berapa lama kamu duduk sini Malaysia boleh pandai cakap Melayu."


"Kira anam bulan kalu."


"Tara susah ke cakap Melayu?"


"Banyak sinang la. paling sinang dalam ini dunia."


"Kalau saya mahu cakap Tamil, berapa lama boleh pandai?"


"Banyak susah wooo....goyang kapla saja sudah satu tawon baru bole pandai...mau cakap lagi, mau baca lagi...ayo yo...banyak susah."


Kelakar juga si Samy ni. Goyang kepala saja ambil masa setahun. Pandai kelentong juga dia ni. Boleh tahan. 


"Incik...orang suda habis gunting...sikarang bole masuk."


Saya masuk ke dalam kedai gunting dan duduk di kerusi nombor lima. Saya buka getah ikatan rambut ekor kuda saya sambil tukang gunting tu memasangkan kain pelapik badan beserta tisu ke atas tengkuk saya. 



Mereka, tukang gunting di sini nampaknya pro buat kerja. Sebelum memulakan guntingan rambut, mereka semua mengenakan mask sebagai langkah kebersihan dan kesihatan.


"Macam mana mau bikin?"


"Kasi potong pakai mesin, tepi sini dekat telinga ini kasi nipis habis."


"Belakang apa macam, kasi simpan panjang ada itu ekor."


"Terus kasi nipis juga, tak mau line kasi slope saja, ini atas kasi simpan sikit jambul....tau apa jambul?"


"Tau..tau..itu remos la."


"Pandai pun kamu."


Dan dia mengeluarkan mesin sambil di tarahnya  kepala saya tak sampai 10 minit sudah hilang rambut panjang saya. Kemudian dengan menggunakan gunting di trim nya rambut saya penuh berhati-hati. Saya sangat puas hati kerana kerja-kerja detailing di lakukan dengan penuh cermat.


Tak sampai 20 minit selesai. Sebelum saya bangkit dari kerusi tukang gunting tu bertanya pada saya sambil dia mengelap muka saya dengan wet tissue.


"Mahu massage belakang dengan tengkuk pusing patah ka."


"Tak pe...kalau silap pusing nanti terus patah, apa hal...ini insurance mana ada kalu."


Tiba-tiba dia ketawa. Mungkin geli hati mendengar apa yang saya ucapkan tadi.


"Berapa ringgit?"


"12 saja bos." Lalu saya serahkan duit RM50 padanya.


"Itu panjang tara syok ha...ini macam banyak sujuk kepala."


"Sapa cakap panjang tara syok...kepala sujuk lagi tara syok. Ada paham ka?"


Dia menggaru-garu kepala, mungkin selama ni tak pernah dengar ada orang yang berkata demikian. Lalu saya keluar menuju kereta untuk seterusnya saya ke Shah Alam Mall.


Di Giant Shah Alam Mall saya beli mushroom satu packet beserta Australian chilled beef satu packet. Saya terfikir untuk di padankan dengan barang-barang yang saya beli di pasar pagi tadi. Tiba di rumah jam 3.40 petang. 


Alia dan Nisa baru balik dari tempat Sani pasang kanopi di Monterez. Sekarang ni Sani, anak lelaki saya menjalankan perniagaan khidmat kanopi untuk majlis nikah kahwin, aqiqah, hari jadi dan sebagainya yang berkaitan dengan kanopi. Dia lebih specialized kepada transparent canopy untuk majlis yang diadakan pada waktu malam. Cantik hasilnya kerana di indahkan dengan chandelier serta dropping lights. 


Hari ini saya nak cuba resepi 'fusion antara barat dan timur', lebih kepada 'tropical herbs' yang rasa saya menjanjikan rasa dan aroma tersendiri. Ada lima jenis hidangan yang ada dalam kepala saya. 


1.Hidangan pertama ialah 'salad ikan tongkol/tropical style'.


Untuk menu ini bahan utama sudah tentulah ikan tongkol. 


Semasa saya membuat lawatan ke Pulau Layang-Layang Sabah sewaktu masa dulu, saya ikut rombongan Jabatan Perikanan untuk memasang floating cage bagi pembiakan/ternakan ikan Tuna.


Kawan saya yang dapat tender untuk projek tersebut. Perunding di datangkan khas dari Scotland dan floating cage tersebut datang dari Finland. Mengikut pegawai perikanan di sana, ikan tongkol ini juga adalah boleh di klasifikasikan dalam species Tuna tapi bukan jenis Tuna laut dalam. Pernah satu ketika saya bersembang dengan kawan saya.


"Kau makan tak ikan tongkol atau di pantai timur di panggil ikan aya?"





"Aku tak makan ikan tongkol ni...mana ada kelas, tu makanan orang miskin."


Saya pun panggil waiter untuk order sandwich.


"Kau nak sandwich apa....tuna, telur, sardine?"


"Tuna lah ....apa kelasnya telur dengan sardine."


"Kau cakap tak makan ikan tongkol....Tuna tu pun jenis tongkol juga."


Dan terus dia terdiam terkulat-kulat matanya.


Untuk resepi ini, ikan tongkol hendaklah di potong bahagian tengah-tengah yang banyak isinya. 


.di panggang untuk senang racikkan isinya.


.campurkan garam,  lada hitam....gaulkan.


Lain-lain bahan: bawang besar, serai, daun kunyit, limau nipis, kerisik, daun limau purut, kesum, bunga kantan....sedikit santan pekat, kacang panjang, tauge, daun ketumbar, daun bawang, olive oil.








2.Hidangan kedua...masak 'gulai darat perut lembu, daging keropeh/kerapin, rebung'.






.rebung, perut lembu, daging kerapin.







Bahan-bahan lain:  bawang merah, putih, cili api, halia, asam keping/perahan limau, serai, lengkuas, ketumbar, kerisik, santan dan perasa secukup rasa....buah tomato, daun kunyit dan kesum.






3.Hidangan ketiga, 'sup perut lembu'.


.Bahan-bahan macam rencah tom yam: bawang besar, putih, halia muda, lengkuas, daun limau purut, limau nipis, serai, tomato, saderi, chicken stok, cili padi.







4.Hidangan keempat..'Isi tongkol bende kailan goreng'.


.bende, isi ikan tongkol bahagian hitam dekat tulang, planta, limau nipis, bawang besar, putih, halia muda, buah tomato, lada hitam dan perasa secukupnya.





.


5.Akhir sekali 'nasi planta'.


.Nasi, planta, bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga, garam, lada hitam, daun kunyit/daun limau  purut.





Saya suka kepada hidangan yang simple. Makanan yang bagus adalah makanan yang kelihatan menarik, senang di sediakan, bahan yang senang di dapati dan yang paling penting ialah 'balance taste'. 


Apa yang di maksudkan dengan rasa ialah perkara yang mengandungi ciri-ciri berikut:


.Masam, manis, pedas, masin, wangi/harum, pahit, dan yang mempunyai texture serta form yang menarik seperti cair, pekat, sticky, crunchy, smooth dan di adunkan untuk menjadi balance taste yang membangkitkan aktiviti di dalam mulut...





Sesiapa yang rasa berminat nak cuba boleh lah Private Message saya.


Saya bukan chef, bukan ahli di bidang masakan cuma saya suka bereksperimen dengan makanan, seperti kata kawan saya dari Australia..'you like to play with the food'


Memasak memerlukan ketekunan, passion, kreativiti, ilmu, kebersihan, jujur dalam penyediaan dan jadilah satu produk/hasil yang berseni. Bagi saya memasak/menyediakan makanan adalah seperti melakukan kerja-kerja seni.


Saya panggil anak perempuan saya Alia untuk melihat dan membantu saya melakukan kerja memasak dan nampaknya dia teruja dengan cara penyediaan makanan serta meminta izin untuk mencuba. Saya tunjuk ajar bagaimana untuk memasak nasi planta, serta mengadunkan salad ikan tongkol. 


Dulu anak-anak saya terutama Alia sangat tidak suka kepada sayuran atau apa saja 'green leafy vege', tapi sejak saya minta dia membantu saya menyediakan hidangan sayuran, kini boleh dikatakan hampir semua jenis sayuran telah mula di makan.


Bila kita sendiri menyediakan makanan, kita tau pasti tentang kebersihan dan kita mulakan penyediaan dengan membaca Bismillah sekurang-kurangnya untuk mendapat keberkatan ke atas nikmat makanan yang telah Allah anugerahkan pada kita buat masa-masa tertentu.  


Pahala dan kebaikan bagi orang yang menyediakan makanan adalah setimpal dengan usaha murninya, setiap titik peluh yang mengalir oleh panasnya api  di beri ganjaran atas kerja ikhlas yang kita lakukan. Nikmat Allah berada di mana-mana dan yang paling hebat dan menyeronokkan adalah apabila tetamu menjamu selera dengan rasa syukur dan penuh nikmat.



Tiada yang lebih bahagia bagi seorang tukang masak selain melihat makanan yang di sediakan/di masak  habis di makan oleh teman-teman dengan kenikmatan yang tak terhingga. Sesungguhnya bagi saya memasak/menyediakan makanan juga adalah satu kaedah terapi diri. Kita akan leka dan terbawa-bawa dengan kerja ketika kita sedang asyik menyediakan makanan dan fikiran kita berputar dengan penuh kreatif dalam menyiapkan sesuatu hidangan. Mendengar bunyi hirisan bahan dan juga melihat wap yang keluar dari periuk serta bunyi alatan memasak juga bagaikan satu alunan irama yang begitu menghiburkan. Cintailah dan berlaku jujur ke atas apa yang kita lakukan nescaya hasilnya begitu mendamaikan. Bila kita lakukan secara jujur maka lahirlah satu 'connection'/ikatan di antara penyedia juadah dan tetamu yang di raikan. Tetamu adalah siapa saja....ahli keluarga, anak isteri juga rakan taulan.






Selamat Tahun Baru....
.

Maaf kiranya selama ini  saya telah banyak melukai hati-hati yang kurang senang dengan tingkah saya di alam maya samada melalui penulisan serta komen yang mencacat celakan erti satu persahabatan. Sememangnya bukan niat saya berbuat demikian mungkin semuanya berlaku di bawah sedar saya sebagai manusia yang sering terlupa dan alpa dengan kepekaan orang lain.

Maaf kadangkala tidak bererti jika selalu di ucapkan...dan biasanya penyesalan selalu datang terlambat. 



Cheers dari saya. 

Cheerio...selamat melangkah ke tahun baru.


.assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
























MALAM PENUH BINTANG - ..a fiction... (11)



Lepas tu Emilia membuka shawl nya sambil membongkokkan ke arah saya lalu menyangkutkan shawl itu di leher saya. Kehairanan juga saya dengan perbuatannya itu.


“Ini special hadiah untuk uncle Lia nobatkan sebagai sifu Lia sepanjang hayat,” sambil dia menarik-narik shawl yang tersangkut di leher saya menjadikan saya tersandung ke depan.


Dalam kelakar ada juga perasaan sedih menyelinap di hati saya. Terfikir oleh benak saya bahawa mungkin ini adalah antara caranya untuk dia melepaskan rasa rindu dan mengubati hatinya yang kosong dan pilu bila mengenangkan ibu bapanya dan seseorang yang pernah bertamu di hatinya. Saya layan dia sepenuhnya tapi sudah tentulah dalam keterbatasan susila antara lelaki dan perempuan yang masih mempunyai nilai-nilai rasa hormat dan sempadan tertentu antara satu sama lain.


Lama juga kami di situ tapi tak terasa malam makin menjauh. Dingin malam mungkin membuat keadaan jadi terbuai oleh keceriaan bersama dan menjadikan sempurna nya malam.


Kemudian Emilia meneruskan kembali ceritanya.


‘Eh apa benda dalam beg plastik ni…macam alat nak gi perang jer ni.’


‘Memang nak perang la kejap lagi’


‘Tak faham saya ni dengan gelagat pelik kamu….ada pisau ke pistol dalam beg ni’


‘Takut la tu nampaknya…alahai pesilat pun jadi penakut…dengan perempuan pulak tu’


“Lia tak sengaja dok main perli Haikal lagi pada hal Lia dah nekad nak bersopan santun.”


‘Ini dia flask air panas yang mengandungi teh ‘o’ yang saya bancuh khas untuk awak dan ni roti kering yang terbaik untuk di minum bersama teh ‘o’ panas…dan yang dalam botol kecil ni adalah minyak urut’


“Sambil Haikal memegang botol minyak urut tu, dan di dekatkan ke matanya untuk melihat sesuatu pada balutan botol tersebut.”


‘Ini minyak Wan Muda…mana kamu dapat minyak ni…susah nak dapat, hanya di Kelantan saja ada’


‘Dulu ada keluarga dari Kelantan bermalam di sini dan waktu tu ada staf kat sini terseliuh kaki, jadi kebetulan pak cik tu pandai ngurut, selepas dia ubatkan staf kita tu, dia tinggalkan buat kami dua botol minyak urut ni…memang bagus minyak ni…awak ambil la atau nak saya sapukan kat belakang tu’


“Haikal tersipu malu. Lia pun terlepas cakap, malu juga rasanya pada Haikal, macam nampak sangat Lia ni nak sentuh dia.”


‘Maaf lah kalau saya terlebih pula cakap…bukan maksud saya nak…..nak tolong sapukan jer kerana mana awak sampai tangan nak sapukan minyak ni’


‘Eh tak pe jangan susah-susah saya ok lah tak de apanya’


‘Awak ni asyik terbatuk mungkin kerana pukulan saya dan juga kerana cuaca sejuk…nah minum ni.’


“Sebenarnya tadi Lia naik ke bilik rehat dan ambilkan teh ‘o’ panas dan roti kering untuk kami minum bersama…Lia kesian tengok Haikal asyik terbatuk saja ketika sedang seronok bercerita.”


‘Sejuk sikit tu ada la terasa, tapi ok sedap juga cuaca macam ni…saya batuk ni mungkin bertukar cuaca…di KL memang tengah kering’


‘Ooo ye ke, saya tak pernah lagi ke Semenanjung…KL ke…mungkin satu hari In sha Allah.’


‘Mana tempat yang teringin sangat kamu nak pegi di Semenanjung tu selain KL?’


‘Kalau di izinkan saya nak ke Kelantan, saya dengar negeri tu kaum wanitanya ramai yang berniaga dan juga menurut kawan-kawan yang pernah ke sana, makanan nya wow banyak jenis dan lazat sekali…betul ke…awak pernah pergi sana?’


‘Ya saya suka makanan Kelantan dan orang-orang di sana pun ramah…betul kata kamu tu yang wanita Kelantan terkenal dengan budaya perniagaan…itu tradisi mereka…kalau yang berniaga di pasar tu, biasanya suami mereka kerja kayuh beca dan isteri di pasar…dia orang sangat enterprising…’


‘Eh seronoknya…bila la boleh sampai ke sana…dengar cerita orang perempuan Kelantan tu cantik-cantik, kawan saya kata kalau perempuan Pasir Mas memang boleh tergoda kalau lelaki tengok…betul ke?…Lia pernah baca majalah…ada seorang kakak pelakon tu dari Pasir Mas, memang cantik betul…jap..aaaa…dah ingat kak Noniswara…cantik tu kan..’


‘Cantik tu bagi saya subjektif…tapi tak di nafikan juga yang kebanyakan perempuan Pasir Mas lawa-lawa, tapi bagi saya setiap tempat dan etnik mempunyai kelebihan tersendiri…saya tengok kamu ni dalam golongan yang sangat cantik, putih, tinggi, tak kurus dan tak juga gemuk...kira sedang-sedang, menarik untuk di pandang…ni bukan puji tapi kenyataan.’


“Uncle tahu apa yang ada dalam perasaan Lia bila di puji begitu…oh…rasa panas dan merah padam muka…geli segala sendi jadi macam longlai, seronok tak terkira, tapi Lia control sehabis mungkin tak nak dia nampak yang Lia ni boleh di beli dengan pujian singkat…tapi dalam hati rasa macam nak cium tangan dia.”


‘Awak ni buat saya jadi malu lah…kita citer pasal lain lah…awak pernah sampai Kelantan ke?’


‘Ada juga la…asal usul memang Kelantan tapi berpindah randah sejak remaja lagi…tapi tahu lah adat budaya dia orang...rumah nenek saya pun di Pasir Mas…’


‘Oh macam tu kisahnya, kira awak ni ada darah Kelantan lah ye…orang Pasir Mas lagi tu…padanlah…’


“Lia hampir tersasul nak cakap dia tu kacak, tapi nasib baik tak terlepas kalau tidak malunya Lia.”


‘Menurut kata nenek saya, dia orang tu asal keturunan Syed ada lagi keluarga nenek saya yang masih memakai nama Syed tapi bila sampai ke nenek, datuk kita orang dah  buang semua tu, kata nenek, datuk cakap susah nak cari makan…kerana mulut masin…saya pun tak lah ambil endah pasal tu..’


‘Itu identiti….awak tak bangga ke dengan asal usul awak tu?’


‘Saya rasa sama saja lah yang penting kita ni hijau ke kuning ke biru ke semua darahnya merah…yang membezakan seseorang itu ialah iman nya dan amal nya...itu yang menentukan siapa kita sebenarnya…’


‘Pernah saya dengar ustaz cerita masa sekolah dulu, keturunan yang baik-baik juga menjadi salah satu criteria dalam memilih calon suami atau isteri dan pemimpin…jadi keturunan pun ada memainkan peranan juga.’


‘Betul kata kamu tu…contoh kalau pemimpin tu dari golongan miskin nanti merosakkan diri bila dia asyik terlibat dengan rasuah untuk cepat kaya…tapi kalau seseorang tu dari golongan berada yang menjadikan duit bukan segalanya maka ok lah jadi pemimpin….entah lah...tapi sekarang tak kira miskin kaya sama-sama terlibat rasuah kerana duit dah jadi ukuran kepentingan diri dan politik…yang rosaknya rakyat jelata dok tanggung derita…eh…lain macam pula topik kita ni…heavy sikit…awak ok ke?’


‘Di sini dulu-dulu pun sama juga kebanggaan dengan keturunan…ada yang Datu, Pendikar, Kapitan, Bung dan macam-macam lagi lah tapi sekarang ni makin hilang kebanggaan pada title yang sedemikian…sekarang orang gila dengan pangkat Dato, Dato Seri, Tan Sri dan lain-lain…kadang kala terfikir untuk apa semua itu…’


‘Kamu ni kira hebat juga pengetahuan am ye…saya setuju dengan kata kamu tu…dulu-dulu title keturunan jadi penting tapi bila generasi baru buat hal, contoh tak berpelajaran asyik enjoy saja, terlibat pula dengan aktiviti yang tak sihat, maka dengan sendirinya title tu dah jadi bacul…samalah dengan pangkat Dato, Dato Seri dan lain-lain tu sebenarnya untuk rasa gah terutama sekali untuk tujuan bisnes tapi bila dah ramai sangat maka pangkat anugerah tu kurang nilainya…ada Dato yang penjenayah, penipu, makan rasuah macam-macam lagi dan akhirnya merosakkan institusi itu sendiri…dan dengar khabar angin…entah ye ke tidak tak taulah…orang sanggup nak dapatkan title Dato dengan membayar ratusan ribu atau jutaan untuk title yang lebih prestige….tak faham saya……kan elok kalau duit tu di buat rumah perlindungan ke…ramai rakyat yang susah ada banyak lagi…tapi kerana untuk bermegah dan rasa di hormati…tu lah jadinya’


“Panjang lebar Haikal bercerita mungkin ada sesuatu yang terbuku di hatinya tentang apa yang di ceritakan tadi.”


‘Dunia sekarang ni penuh kebendaan…nilai murni baik budi sopan santun orang dah tak pandang lagi. Kalau naik kereta besar rumah besar dan ada bini besar lagi lah nampak gah…ramai orang suka kepada benda yang besar-besar…awak macam tu juga ke?’


‘Pernah kawan saya cakap, setengah orang bila saja dapat Dato, kalau tak panggil Dato lalu di marahnya, mesti panggil Dato pada hal dulu sama-sama masuk toilet kencing  free, sekarang dah dapat Dato dalam toilet pun kena panggil Dato…dan setengah tu pula ada yang gila glamor bila dapat PhD mesti panggil Dr….ni satu hal lagi…macam-macam gila manusia…in reality yang dapat PhD tu cuma buat thesis tentang satu subjek/topik saja, bila dah graduate kalau tak panggil Dr. masam muka semacam…kononnya I deserve it…dia tak sedar perbuatannya dah di kira angkuh…tapi mengaku Islam…sebenarnya PhD. tu hanya segulung kertas di beri atas usahanya menyiapkan thesis…itu saja…kadang-kadang ilmu dan pengetahuan orang yang berpengalaman…hands on, street smart lebih hebat nilainya , tapi dah tak ada kertas bergulung maka orang pandang rendah…tapi di negara maju sekarang orang ada skill lebih tinggi nilai harga diri mereka…dia orang tak nilai kertas tapi result tu yang penting…saya minta maaf.. dah kena dengan  topik tu yang jadi hangat…maaf ye’


‘Saya suka topik yang membuka perspektif minda…kadang-kadang subjek yang ilmiah saja membosankan….saya lebih suka yang praktikal berbanding ilmiah…praktikal yang di alami sendiri seribu kali ganda lebih baik daripada kajian ilmiah yang dok mengkaji hak orang lain lepas tu bla bla bla dapat scroll…macam tu la kan….hai…seronok betul la malam ni’


“Sebenarnya uncle masa sekolah dulu Lia suka sangat tengok internet, dalam tu boleh dapat macam-macam ilmu, jadi Lia tengoklah apa benda subjek yang Lia suka, tu yang buat Lia macam tahu banyak benda, sebenarnya internet punya hal.”


“Bagus apa macam tu, daripada dok lepak kat shopping complex dengan perangai yang tak senonoh dan bila  pelancung tengok macam tu la masyarakat pri bumi di negara ni…baik macam kamu ni sekurang-kurangnya bekerja cari pengalaman, mana tahu rezeki kamu satu hari nanti kamu juga akan ada resort sendiri.”


“Amin moga termakbul doa tu…semoga di murahkan rezeki kita berdua dan di panjangkan umur uncle yang Lia sayang ni.”


“Kamu tu kalau tak kenakan uncle tak sah jadinya…perli uncle lah tu.”


“Uncle ni kita ikhlas lah…bagi kan penumbuk baru tahu.”


“Yang hutang dulu tu pun belum langsai ada hati nak bagi yang baru.”


“Mana ada hutang dengan uncle…..hutang apa?”


“Kamu ingat baik-baik, renung dalam-dalam, pandang tinggi-tinggi…hutang teka teki tu bila nak bayarnya…”


“Itu uncle janji bila datang lain kali….bukan sekarang?”


“Ya tak ya …sori.”


“Tak pe…dah makin berumur dah mula nyanyok…boleh di maafkan .”


Sedap dan selamba saja Emilia kenakan saya. Tapi betul lah katanya tadi tu, dah makin tua makin banyak ragamnya.


“Kamu perasan tak orang yang makin tua perangainya pun kembali balik macam semasa dia kecik-kecik…macam budak-budak…orang tua sekarang dah pakai diapers, dah jadi macam bayi pakai baby napkin, di mandikan, di pakaikan baju, makan di suap, naik kerusi roda cuma yanag bezanya orang tua tak hisap susu badan macam bayi…kalau tidak kelakar gila tengok orang tua menyusu badan.”


“Uncle ni wat kelakar pula ye…mula lah tu kalau tak buat kelakar macam gelisah semacam jer dia….eeeehh…”


Emilia ketawa, saya pun tak faham apa yang lucu sangat sampai dia tersengih-sengih begitu lama sekali. Saya masih merasa geli hati bila tergambarkan ramai orang tua bangka yang duduk atas kerusi roda ke termasuk lah politician-Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri, CEO, Guru Besar dan lain-lain lah yang hebat-hebat sekarang duduk menyusu dalam baju seseorang….geli hati terbayangkan semua tu.


“Geli hati ni tak habis-habis lagi bila teringatkan orang tua duduk menyusu badan, kalau tuan punya badan penyusu tu pun tua juga silap hari bulan orang tua yang menyusu tu mati.”


Saya tak dapat menahan ketawa, dan Emilia pun turut ketawa sampai di tekan-tekannya perut menahan kelucuan.


“Kenapa pula mati orang tua yang menyusu tu, patutnya makin sihat dan membesar,” tanya Emilia sambil ketawa.


“Mau nya tak mati, dah kena keracunan hisap susu expired…susu yang dah lampau tempoh mesti keracunan boleh bawa maut kamu tau.”


Kami dua-dua ketawa sampai keluar airmata tak tertahankan. Emilia menolak-nolak badan saya kerana kelucuan yang tak boleh di tahan-tahan dari ketawa.


“Ya tak ya juga uncle sekarang baru Lia teringat sekarang ni ramai sangat orang tua yang kahwin perempuan muda…mungkin tu la juga sebabnya…nak membangka dengan sihat.”


“Yang budak jantan muda-muda yang dok kemaruk kahwin perempuan tua tu, nanti tak sempat membesar terus kena keracunan.”


“Sakit perut la Lia banyak sangat ketawa…dahsyat betul imaginasi seniman ni…nak pecah perut rasanya…baru Lia teringat yang tadi uncle bagi call card yang tertulis imagineer di bawah nama uncle. Lia nak tanya tadi tapi takut pula uncle ketawa. Apa maknanya tu uncle, tak pernah selama ni Lia tengok perkataan tu.”


“Oh itu…saya dah boring tulis…principal pah tu tulis Town Planner…dah common sangat tu saya tukar kepada imagineer….”


“Apa maksudnya perkataan tu?”


“Sebenarnya di Hollywood ada satu kumpulan yang terdiri dari pemikir untuk mencipta kelainan reka bentuk dan kumpulan ni di panggil imagineer…di Malaysia ni mana ada jadi saya guna pakai lah nama tu….”


“Oh…tu pasal imaginasi uncle ni bukan main lagi gila nya…..uncle ni weird lah…kepala entah apa…tak pernah Lia jumpa seumur hidup Lia yang 23 tahun ni orang yang macam uncle…Lia rasa bertuah sangat kerana di pertemukan dengan uncle…you are one and the only… yang Lia sanjung…”


“Disebabkan kad saya tu satu hari saya kena briefing satu projek kat rumah seorang Menteri Besar, waktu yang di khaskan untuk saya 15-30 minit tapi oleh kerana kad nama tu….perkataan pertama dia bila dia tengok kad tu…’oh ni interesting apa makna ni?’ Kata MB tu…selepas tu sesi dah jadi casual takde lah nak tension macam briefing dengan pembesar negeri yang pentingkan sangat protokol…daripada 15 minit jadi 2 jam…keramat juga kad saya tu…”


“Lia percaya…uncle ni berbakat kelentong…tapi Lia perasan walau kelentong, uncle ada banyak fakta bukan kelentong bodoh lawak tolol….”


Sambil masih lagi dengan ketawa yang belum reda, Emilia menyambung tentang perbualannya dengan Haikal.


‘Sekarang saya perasan yang kamu sebenarnya cerdas otak, dah la bijak cantik pula tu, beruntung  lah kumbang mana yang dapat menyunting madu bunga rimba yang suci dan segar ni.’


“Begitu lah pujian Haikal buat Lia. Hati perempuan mana tak cair bila di puji oleh jejaka tampan macam Haikal tu.”


‘Awak ni dah terlebih memuji saya. Awak buat saya malu sendiri.’


‘Dari pertama kali saya jumpa kamu, saya dah tau yang kamu ni istimewa…bila kamu perli-perli saya itu yang membuat saya bersemangat nak kenal lebih dalam dengan kamu…bila kamu tak melayan dan buat tak tahu masa dinner saya rasa kosong dan sepi dan tadi bila tengok kamu tak ada kat lounge saya intai-intai kat belakang di dapur tapi kamu tak ada. Saya kemari untuk nikmati udara nyaman di sini...terkejut dan berderau darah saya bagai nak gugur jantung bila kamu menjawab teguran saya walaupun secara kasar dan garang…maaf lah bukan niat saya ni nak ganggu kamu…kalau kamu rasa kehadiran saya ni mengganggu kamu atau membuat kamu rasa tak selesa sekarang ni, saya minta diri dulu lah ye.’


“Lia sangat teruja dengan style Haikal ni, ada kelas cara dia menggunakan saikologi.”


‘Eh tak ada nya mengganggu…takpe lah kalau awak rasa selesa di sini…kita boleh sembang-sembang, saya ok.’


‘Tak apa…awak datang sini tadi pun sorang, mungkin awak nak rehat dan saya pula ganggu awak yang tengah berangan ingatkan orang jauh…saya ni dah banyak sangat ambik masa kamu ni…oh…dan satu lagi terima kasih lah atas teh ‘o’, roti kering dan minyak urut tu…’


‘ Apa sangat lah setakat teh ‘o’ roti kering dengan minyak urut tu….’


‘Oh ya satu lagi terima kasih kerana memberi pukulan di belakang saya tadi…tanpa pukulan tu rasa saya kita tetap seperti dulu dengan ego masing-masing….kita sembang-sembang nama pun tak tau…dan kamu namanya apa…saya Haikal. ‘


‘Saya Emilia…Lia saja lah’


“Sambil Lia tengok Haikal bangun serta mengangkat tangan kepada Lia. Rasa bersalah tumbuh dalam jiwa Lia. Mungkin dia terasa sekali dengan perbuatan Lia memukul dia tadi. Lia lihat dia berjalan perlahan-lahan menaiki tangga sambil Lia masih terpaku melihatnya pergi sampai terlindung oleh dinding bangunan induk. Apa kata kalau esok dia buat tak tahu, macam mana Lia nak ketemu dia….aduh pening…sekarang hati Lia dah lain macam tapi Haikal ni dah jadi buah hati pengarang jantung Liz. Takkan pasal laki ni nak putus hubungan dengan Liz pula…oh….tak sanggup Lia…..kelirunya Lia masa tu uncle…”


“Tu la kadang-kadang orang yang kita paling benci akhirnya menjadi orang yang kita paling sayang,”ucap saya kepada Emilia yang kelihatan macam dalam kebingungan.


Teringat saya akan peristiwa yang banyak dan sering berlaku di mana orang yang pada mulanya sangat tidak di senangi malah ada jua yang di peringkat membenci dan musuh akhirnya bertemu jodoh. Semasa saya belajar di UiTM sewaktu dahulu pun banyak yang terjadi tentang perkara yang di sebutkan tadi.


Begitu juga dalam satu kampung oleh kerana selalu berjumpa dan mengenali pasangan sejak awal kita tidak melihat kebaikan tapi yang terzahir dan terhidu adalah keburukan seseorang. Seperti kata pepatah bila jauh bau bunga, bau harum bila dekat bau busuk bau najis.


Banyak kali terjadi peristiwa di mana bila orang sekampung atau jiran yang masuk meminang di tolak dan bila orang jauh masuk meminang terus di terima tanpa banyak bicara walhal tak pernah tahu asal usul sebenar orang itu. Ramai yang tersalah pilih dan tersalah anggap apa yang ada di depan mata adalah sebenarnya mutiara yang sangat tinggi nilainya.


Tapi tidak semua orang jauh tidak baik kelakuannya, kiranya bagus dan baik perilaku, maka perkahwinan dengan orang yang jaraknya bukan halangan, bagi saya itu satu kelebihan untuk kita meluaskan pandangan, meramaikan kalangan dan lingkungan keluarga serta membudayakan masyarakat ke arah yang lebih beraneka warna.


“Malam tu Lia tak balik rumah seperti kebiasaannya sebaliknya Lia tidur di bilik rehat staf. Hati Lia asyik teringat peristiwa tadi. Lia ni buat salah atau tersangat kasar pada Haikal ke tadi, fikir Lia dalam hati. Melihat Haikal melangkah longlai Lia rasa sangat bersalah. Semalaman tak  dapat tidur. Sangat menyesal. Lia berazam esok nak tunggu Haikal semasa dia sarapan. Entah jam berapa Lia tertidur pun Lia tak perasan. Uncle tau apa jadi esok pagi tu?”


“Susah nak agak Lia,“ kata saya seperti orang kebingungan.


“Pagi tu Haikal keluar agak awal. Bila Lia keluar bilik pukul 8 pagi tunggu sampai pukul 10 tak nampak muka dia. Runsing juga Lia, sakit ke dia? Macam-macam di kepala masa tu. Tanya staf kat F&B tak sorang pun nampak….lalu Lia ke reception counter jumpa Liz yang sedang termenung.”


‘Kau ada nampak Haikal tak Liz?’


‘Aku pun tengah tunggu dia la ni Lia…takde ke kat sarapan tadi tu?’


‘Tu yang aku heran. Pagi ni tak nampak batang hidung dia….sakit ke demam ke dia?’


‘Semalam kau ada jumpa dia tak?‘


‘Tak ada, aku cuma nampak dia masa dinner semalam tapi takde cakap apa pun’


‘Biar betul kau ni Lia…kau jangan main-main nak tipu aku pulak’


“Selepas tu Lia balik rumah seperti biasa. Risau sungguh hati ni. Apa jadi dengan Haikal. Gelisah betul di buatnya. Mana pegi pulak dia?. Nak kata dah balik KL tak pula dia check out, tadi Lia dah tanya kat admin.”


“Kenapa pula kamu nak risau sedangkan kamu kata kamu tak ada perasaan kat dia?“ Tanya saya ringkas.


“Entah lah uncle...tiba-tiba saja hati ni rasa lain macam selepas kita bersembang malam tu. Nak kata dah jatuh hati masih belum sampai masa la agaknya…tapi ada rasa yang tak dapat Lia huraikan.”


“Angau lah nama nya tu kalau gelisah semacam tanpa sebab,” perli saya.


“Angau tu apa ke benda pula uncle?” saja Emilia bertanyakan untuk memerli saya.


“Entah agak saya macam beef burger la kot.”


“Kalau lah tak sabar dan hilang kewarasan memang lah kena belakang ni merasai nikmat cubitan yang termanis madu rasanya,” seraya di gosok-gosok perlahan belakang saya dengan cara memerli.


“Habis tu tanya soalan bodoh…you give peanuts you get monkey…eh..betul ke ni atau if you use monkey then you get peanuts…dua-dua pun bolehlah,” kata saya dan menyuruh Emilia meneruskan ceritanya tentang Rafael Haikal.


Emilia menggeleng-gelengkan kepalanya semacam kebingungan mendengar ulasan tentang apa yang saya perkatakan sebentar tadi.


“Petang tu Lia tunggu kat coffee house, kalau-kalau dia dah balik dan pegi dinner….yang herannya semua staf kat resort tu kata tak ada nampak pun Haikal dari pagi tadi.”


‘Pagi tadi aku datang awal lebih kurang jam 7 macam tu la, aku ada nampak Haikal kat parking, dia tengah keluarkan beg galasnya dan letak kat seat kiri sebelah depan. Dia senyum dan tegur aku…dia cakap morning tu jer.”


‘Kau tak tanya dia nak gi mana ke Mon?’


“Monica tu kita panggil dia dengan panggilan manjanya Mon.”


‘Tak sempat nak tanya dia dah belah…aku teringin gak nak masuk daun, tapi dia macam nak tergesa-gesa aku pun diam la’


‘Kau ni aku serius la Mon’


‘Yang kau ni sibuk pasal dia pula kenapa nya Lia. Biasanya kau lah orang yang tak pernah kisah pasal Haikal, hari ni lain macam pula perangai kau.’


‘Tak kisah la apa pun…aku risau ni’


“Staf kat lounge tu macam pelik tengok Lia yang beria-ia benar nak tahu pasal Haikal. Dia orang tau selama ni Lia lah yang nampak paling tak peduli dengan Haikal….malam tu masa dinner Lia tunggu dengan penuh debaran, minta-minta sangat biar lah dia muncul untuk dinner. Tunggu sampai jam 11 tak muncul-muncul. Mula lah Lia gelisah semacam.”


“Mana dia pergi sebenarnya?” Tak sabar saya untuk dengar cerita selanjutnya.


“Sabar lah uncle…..jangan panik pula...ni cerita baru nak bermula…uncle pula yang lebih-lebih.”


“Ya la suspen gak ni,” kata saya yang memang tak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya.


“Masa Lia tengah asyik memikirkan pasal Haikal tiba-tiba Lia nampak sebuah kereta Myvi menuju parking, Lia pasti kereta Haikal. Cepat-cepat Lia masuk bilik…masa tu Lia tengah berdiri di balustrade di bucu bangunan tingkat satu dekat bilik yang uncle menginap sekarang la…bila Lia keluar Haikal dah menaiki tangga menuju biliknya…Lia berlari kepadanya”


‘Baru balik kerja ke?’


‘Ye…Lia tak tidur lagi ke?’


‘Saja rehat tadi...satu hari tak nampak mana pegi?’


‘Tadi keluar pagi-pagi....banyak kerja …pergi Majlis Daerah…ada mesyuarat dengan Pegawai Daerah Ranau.’


‘Oo ingat dah balik KL…ye lah pelik juga bila takde sepanjang hari.’’


‘Ok Lia kita jumpa lain kali.’


“Lia ingat nak ajak dia sembang-sembang, tapi heran juga macam dia tak berminat. Lia fikir macam mana nak buat biar dia boleh bersembang nanti. Kalau silap cara nampak sangat Lia ni kemaruk pula…tapi sebenarnya dah mula kemaruk tak menentu.”


“Padan muka Lia tu nak tunjuk lagak sangat,” saja saya mengusik.

“Dalam hidup ni uncle lagak tu kadangkala ada gunanya dan kadangkala memakan diri…tengok tempat lah macam mana nak apply...tak gitu uncle ku…..”


Sempat lagi Emilia bergurau sebelum meneruskan bicaranya.


“Malam tu Lia tidur kat rumah kerana tak ada nak di tunggu kalau tidur di resort pun...Lia minta tolong uncle Roni hantarkan balik…masa Lia sampai rumah Liz masih duduk di beranda macam tengah tunggu seseorang.”


‘Kau tak tidur lagi ke Liz…dah tengah malam ni?’


‘Aku tunggu kau, aku nak tanya pasal Haikal samada kau nampak ke dia?’



bersambung......