Wednesday 10 June 2015

serai kayu...hmmm...awet muda wei.

bismillah

Bila sebut serai kayu mungkin ramai yang keliru...konpius gak la kot...Mende lak serai kayu nih...Serai yang biasa makan tahu la...ni lak serai kayu.

Jangan la emo...Nak bagi tau la ni...Nak tau ke tak nih? Kalau nak tau sengkang mata sikit eak...Baca jurnal ni...Ada faedah gak la kalau tahu apa mende topik ri ni.



Sebenarnya ramai yang pernah makan atau termakan pucuk atau daun serai kayu nih...Nape saya cakap termakan?...Ya la kalau gi Kelantan dan makan nasi kerabu atau laksa, laksam...memang ada ramuan serai kayu nih...Memang ada punye la...confirm...a must tu...Tapi kalau nasi kerabu kat Pantai Barat ni dah tak ori lagi...Takde pucuk serai kayu ni...Yang di taruknya kobis...taugeh, timun dan kacang panjang...Pucuk serai kayu takde......tak best la.


Kalau saya cakap daun salam ramai yang tau kot...Hmmm memang tu la nama lain nya...ada gak di panggil samak kelat, daun bay, dan daun berianni.

Di Indonesia di kenali dengan nama meselengan, ubat serai, gowok, manting, kastolan.


Di Eropah...dan kawasan Mediterranean...daun serai ni di keringkan untuk jadi perisa dalam sos, sup, stew, dan campuran untuk masakan sayur, seafood dan daging. Orang Arab, India dan Pakistan pun guna gak daun ni untuk masak beriani dan sebagai juga bahan dalam garam masala.


Pokok serai kayu ni di golongkan sebagai tumbuhan liar dan tak banyak jumpa pun...Kalau di Pantai Timur memang banyak orang tanam...Kat Pantai Barat susah nar nak nampak...Pokok ni leh tumbuh setinggi 30 meter...tinggi gak tu.


Batang pokok ni bersisik..Kayunya keras leh wat rumah gak la kalau mau....Ada bunga sosil warna putih dan buah warna merah dan ungu. Nama saintifik pokok ni...susah gak la nak nyebutnya...syzygium polyanthum..


Nak tanam pokok ni tak susah pun...melalui keratan pun boleh...Kat kampung memang jadi turus pagar je...Saya masih ingat kecik2 saya salu lah panjat pokok ni ambik buah...Berebut dengan burung, tupai bagai...Sedap gak la kunyah2...Pahit2 manis rasanya....Pucuk nya memang la saya rembat...Kalau balik sekolah time nak makan nasi mesti kena ada ulam...jadi pokok ni la jadi habuan...fevret saya ni sampai sekarang.


Tadi kata awet..mana citer nya?...Takde pun...citer pasal balik sekolah wat mende..habiskan masa je baca ni...Sabar dulu...wait...lom sampai lagi part nya.

Ni ngikut kajian la ye...satu daripada 3 orang di Amerika, lebih kurang 65 juta ngidap sakit darah tinggi dan 50 juta di peringkat awal...Hoooo...nakutkan ye...Dan ngikut kajian lagi...pada tahun 2025...di anggarkan 1.56 billion manusia ngidap darah tinggi...Hmmm tak lama dah ni wei.

Di Malaysia...kajian tahun 1996...32.4% lebih kurang 2.6 juta orang untuk umur 30 tahun ke atas kena darah tinggi dan 10 tahun kemudian naik lagi statistik nya ke 40.5 %...Nape jadi gitu?...Pasal makanan la...pe lagi...Ni kes gaya hidup...nak cepat, pantas nak hebat nak stylo maka dok balun fast food....merokok, makan garam lebih...minum air carbonated.....minum alkohol....malas exercise...obesiti...Macam2 la hidup orang di zaman moden sekarang ni...Orang Malaysia ni mati kerana lebih makan..

Saya masih ingat bila saya ke Hanoi beberapa tahun lepas...ada la dua tiga kali ke sana...Saya dapati rakyat di sana kurus2 orangnya, tak kira lelaki atau pompuan.....slim...Pemakanan mereka...ikan air tawar...macam ikan haruan dan sayuran...batang dan ubi serta pucuk teratai...Orang kita mana makan semua tu.



Ngikut satu sampling kajian ke atas seramai 2508 orang di semua Daerah di Kelantan...hanya 13.9% yang mengalami darah tinggi berbanding peratusan di seluruh negara...Ada satu team kat Universiti Sains Malaysia di bawah bimbingan Dr Wan Amir Hisam...mereka buat kajian nape orang Kelantan kurang kena hypertensi...Bila di kaji ramai orang kampung kat sana tu amalkan makan pucuk serai kayu...Dalam nasi kerabu, laksa, laksam atau makan jadi ulam cicah budu...Kuat makan budu tapi kuat gak makan ulam...mungkin tu yang neutralise kan...belen kan nutrients


Kat kampung saya average age/mortality rate...rasanya lebih daripada 70 tahun....Tu bagi mereka yang dok kampung dan makan ulaman la..My mum, my late father and my late grand ma...semua hidup sampai 90 tahun plus...Tapi bagi yang generasi muda2 yang dah kenal kehidupan bandar...60 tahun gitu je average age nya.

Tu semua kena ngena dengan pemakanan...Ya betul kita orang Islam percaya pada Qada dan Qadar bahawa ajal maut telah di tentukan...Tapi kena ingat  dalam ugama kita ada di bagitahu bahawa setiap nyakit ada ubat...Kita di benarkan, di galakkan untuk berusaha berubat...jaga pemakanan...Dah abih berusaha kalau dah sampai ajal...mati gak la.


Team Universiti Sains Malaysia wat  kajian atas tikus....Hmmm..banyak gak guna tikus ni ye...Kalau kat umah kita gi racun...takut kena kencing tikus...Jahat2 dia pun ada gak guna...Tikus jenis WKY/Wistar Kyoto...tikus jenis darah normal dan satu lagi SHR/Spontaneously Hypertensive...ni jenis tikus darah tinggi...Selepas uji kaji...tikus WKY stabil tekanan darahnya...jenis SHR lak turun 30%...Hmmm...ni di uji dengan bagi makan ekstrak daun serai kayu ni...Bukan suh tikus tu wat ulam cicah budu...tak ada lak gitu gaya nya...huhuuu.


Daun serai kayu ni ada asid galik, oleik, linoleik dan seselin...Hmmm asid tu guna nya untuk menurunkan tekanan darah...Dan bila di kaji tentang toksikologi lak...samada toksik ke tak kalau makan lebih?...Rupanya makan lebih dari dos pun sokay...Takde hal...Takde kesan sampingan pun...Makan la sesuka ati...Banyak mana sangat leh telan pun...Kan?

Banyak gunanya pokok serai kayu ni....Dari buah...daun...pucuk ...batang...semua ada fungsi nya dan kebaikan untuk manusia...Antara guna nya ialah untuk merawat darah tinggi, demam2, kencing manis, cirit birit dan untuk awet muda...Ya la kalau dah darah pun ok, sihat tubuh badan lak tu...memang leh awet la.

Saya ingat masa saya kecik2...bila je saya demam my mum used to take this daun serai kayu dan mandikan saya dengan daun serai kayu yang di ramas dalam baldi...Memang leh baik pah tu...me stay at a very remote kampung...no infra...jalan tanah merah...api, air memang takde...perigi dengan pelita ayam je la jadi habuannya...Kemudahan kesihatan memang takde langsung pun....Jadi orang kampung salu guna apa yang ada la...herbal...mujarab pun...Sekarang bila dah moden tau la herbal tu sangat penting...Orang2 tua kita lagi hebat tapi takde documentation...melalui amali je...Sekarang orang buat kajian dan dapat nama la...PhD bagai kaji satu jenis tumbuhan herbal je...hmm.


Dah ada pun sekarang orang manufacture teh daun serai ni....Pokok ni juga ada orang dah buat minyak...Gunanya sebagai anti bakteria, anti kulat dan anti cacing...Hooo tadi citer pasal kegunaan eak?...Lupa dah...Untuk darah tinggi...ni amalan orang tua2 la...ambik 20 helai daun...rebus dan minum...juga untuk cirit birit pun rebus atau makan pucuk nya buat ulam sementara akar dan batang lak untuk ubat kudis...tumbuk dan tampal tempat luka tu...in sha Allah akan baik nanti.

Yang pasal awet tu...makan salu pucuk serai kayu ni...wat ulam....Memang ternyata dapat turunkan kolesterol...Bila kolesterol dah kurang, kulit pun bagus, tegang dan aliran darah pun lancar dan tiada gangguan pada sistem kesihatan serta organ2 berkaitan....maka secara auto la kan jadi awet muda

Saya amalkan segala jenis ulaman dari saya kecil lagi....Alhamdulillah ok setakat ni. Muda tu tak la tapi ramai yang cakap saya awet...Huhuuu...dah mula angkat bakul...promo nampak tu...tapi serius memang awet pun...kikikik.




5am 11 june 2015
salam hormat 
semoga ketemu di lain keluaran.







6 comments:

  1. Mana lebih bagus, daun segar ke yg dikeringkan untuk campuran dlm masakan.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ada org tua2 ckp la...yg fresh tu lbh bagus...yg kering jadikan teh

      Delete
  2. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete
  3. Dkt rumah ada sebatang, hampir nak tebang, baca contents ini X jadi tebang 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tebang...org indonesia mmg suka sgt masukkan daun serai kayu matang dlm hampir setiap masakan...tp org Kelantan Terengganu pula makan pucuk muda d jadikan ulam

      Delete