Sunday 26 January 2014

MALAM PENUH BINTANG...a fiction..(16)


Saya sudah terlupa akan pertanyaan mereka tadi kerana asyik dengan ketawa dan gurau senda yang tidak kehabisan.


“Ok…untuk pertanyaan kamu tadi tu…jawapan saya ialah bila selepas makan, orang yang tahu apa erti dan makna perbuatan tersebut melakukan demikian menunjukkan dia seorang yang berpengetahuan dari segi adab susila makan…faham ke tak ni…terkebil-kebil jer.”


“Kami sedang mendengar ni…teruskan lah wahai sifu,” kata Elizabeth yang sedang mendengar dengan teliti tiap patah perkataan saya tadi.


“Menjilat jari selepas makan adalah perbuatan yang pernah Nabi kita lakukan…di hujung jari kita ni terdapat enzyme yang membantu penghadaman dengan chemical reaction yang terjadi setelah berada dalam mulut kita…dan dengan membasuh tangan sebelum makan bermakna kita yakin dengan kebersihan berbanding guna sudu garfu…itu sebab ramai yang terkena hepatitis B bila menggunakan alatan lain selain tangan sendiri…penyakit kuning di sebabkan oleh jangkitan bakteria pada sudu garfu…dan sekarang orang Jepun, Korea dan China atau lain-lain bangsa yang menggunakan chop stick telah beralih kepada penggunaan disposable chop stick…ada faham ke wahai dewi-dewi ku tersayang…”


“Sangat masuk akal,” kata Elizabeth.


“Apa tak masuknya…sangat masuk lah…best kan.”


“Uncle…jaga-jaga tutur kata,” sahut Emilia.


“Kamu ni Emilia memang blue gila otak kamu.”


“Hanya sebagai peringatan takut ada yang robek dan calar balar mulut kena cakar nanti.” Emilia berkata dengan selambanya sambil menjeling kearah saya.


“Ok kita sambung balik hal tadi tu…bila balik rumah nanti kalau kamu masak gulai guna santan…cuba masukkan atau tenggelamkan jari telunjuk kamu kedalam gulai tersebut...nescaya gulai tersebut cepat jadi basi…kenapa…kerana tindak balas enzyme yang ada di jari telunjuk tersebut…tapi kena ingat…kadang-kadang kamu berdua ni bendul juga…celupkan jari tu masa gulai tu sudah suam atau sejuk, jangan nak memandai celup masa tengah panas…jangan salahkan saya kalau terbakar jari…salahkan lah pada kebodohan sendiri…”


“Dalam serius bagus punya lecture, dengan muka selamba giler dia tu di akhir kata kita di kenakan  juga…tak hebat ke sifu kita ni…kau perasan tak Lia…terbaik la woook…”


“Kau ni Liz dah terbawa-bawa dengan wooook kau tu…ni penangan Aril AF la ni…betul kata kau tu Lia, dalam manis madu terpalit pahit yang menyiksa…uncle oh uncle.”


“Lia…madu-madu pahit-pahit tu saya tak nak campur…seram dan menyeramkan….”


“Tau takpe…jangan nak bermain kiranya takut terbakar diri…sifu oh sifu…kau telah membuka pintu hati ku untuk lebih terbuka melihat alam yang penuh pancaroba ini.” Emilia menyambung. Macam seronok pula mereka berdua ni.


“Wah…terbaik lah kamu ni…bangganya hati ku ini,” kata saya seperti menyokong apa yang di lafazkan mereka tadi.


“Tak ada kena mengena kebijaksanaan kami ini dengan uncle…tak usah nak menumpang dan menyombong membangga diri…”Elizabeth tiba-tiba mencelah.


“Sekarang sifu pun di kerjakan…menyesalnya diri ini memperturunkan ilmu pertahankan diri tu…kita di kuntaunya balik sampai terduduk.”


“Sedar-sedar lah diri yang semakin hari semakin menjadi basikal tua.” Emilia memulangkan paku buah keras kepada saya.


Saya merasa kelucuan yang teramat dengan tutur kata mereka berdua ini.


“Kamu cakap tadi kenapa Haikal tak minum semasa makan sebaliknya minum setengah jam kemudian…itu sebenarnya adalah rahsia lelaki...ilmu itu di perturunkan oleh orang-orang tua tempat saya juga…dengan berbuat demikian…boleh memperkasakan tenaga batin untuk lelaki dan sangat berguna ketika bersenggama…kamu mana tahu senggama tu apa…tunggu lah masa kamu kahwin nanti dan tahu lah kenapa Haikal tu berbuat demikian…itu juga amalan saya sejak dari kecil selepas berkhatan…ingat ye Liz khatan…bukan khatam.” Sambil saya tersenyum selepas menghuraikan apa maksud perbuatan Haikal itu.


“Aku sebenarnya tersangat kagum dengan ilmu dan pengetahuan yang ada pada uncle..kau tak rasa gitu Liz…perkenalan dan pergaulan kita dengan Haikal dan uncle ni banyak membawa erti yang tak terungkai dalamnya manafaat buat kita…tiada kata yang lebih sempurna untuk mengaitkan uncle dengan Haikal selain ‘kaulah segalanya’…akan kami tatang dengan penuh hormat segala apa yang telah uncle perbuat untuk kami berdua…perkataan terima kasih tidak dapat mencapai maksud yang tersirat di hati kami…betapa agung dan mulia serta terindahnya suasana dengan kehadiran uncle di sini…uncle menggamit memori kami dan melepaskan satu awan hitam dan kelabu yang sentiasa berlegar di pundak kami…” Emilia berucap panjang sambil memandang saya dengan sayu dan mengharukan.


Elizabeth tiba-tiba memegang tangan Emilia dan sebelahnya lagi memegang tangan saya seraya terkumat kamit mulutnya untuk berkata sesuatu.


“Kalau kau perasan Lia mengapa terlalu banyak sangat persamaan di antara uncle dengan Haikal sedangkan mereka berdua jauh terpisah oleh jarak waktu…tetapi seolah aku melihat uncle adalah di dalam dimensi kita waktu ini…bersama uncle aku tak merasakan kita terpisah jarak waktu di segi umur…aku rasa aku berada di alam nya dan dia berada di alam kita…aku sungguh sedih dan tak mau membayangkan kita bertiga kan terpisah oleh keadaan yang memungkinkan kita tidak lagi akan ketemu dan bersama-masa menikmati suasana indah ini…”


“Liz please…tolong berhenti…”sambil saya memegang tangan Elizabeth dan seraya tunduk membisu menahan kekangan panasnya terasa kelopak mata saya di genangi airmata di pagi syahdu ini. Elizabeth menggenggam erat tangan saya seolah tidak mahu melepaskan.


“Maafkan kami uncle…kami terbawa oleh perasaan yang sukar untuk di bendung…uncle kini seolah pelindung kami dan kami berharap uncle akan hadir lagi ke sini walau dalam bentuk apa pun…kami sedia dan tak akan, tidak sesekali pernah menghapuskan bayangan uncle dalam hidup kami…uncle…uncle…” Emilia seperti mengeluh tentang perasaannya yang kini terbuai dengan kata-katanya sendiri.


“Lia…..tolonglah…jangan lepaskan uncle pergi dalam keadaan begini…biarlah uncle berlalu dengan damai di hati membawa segala kenangan bersama kamu berdua…akan uncle pahat kan kenangan ini menjadi satu tugu tanda mercu kita bertiga….”


Kerana sebak yang teramat saya tidak dapat meneruskan bicara.


Terdetik di hati kecil saya bahawa saya juga akan merindui saat-saat ini setelah lembah permai ini saya tinggalkan. Saya memandang kearah Emilia dan Elizabeth yang dengan mata yang tak berkelip sedang melihat saya dengan penuh keharuan.


Matahari semakin meninggi. Sekitar lembah Bundu Tuhan ini bermandi cahaya yang indah. Walau persekitaran semakin terang, cuaca sejuk tetap bertamu. Puncak Gunung Kinabalu hampir separuh terlindung awan. Sekejap nanti akan terpisahlah saya dengan semua keindahan yang sedang terpancar di depan mata, dan saat-saat begini akan menjadi memori yang tak terlupakan.


“Kamu lihat di sana tu…burung-brung camar dan segala unggas berterbangan sebebasnya keluar dengan tujuan masing-masing. Indah kan alam ciptaan Tuhan ini. Masa begini lah kita mendapat cahaya yang sangat berguna untuk kesihatan manusia…jarak antara jam 9-11 pagi adalah waktu terbaik untuk tubuh badan manusia memanafaatkan UV rays…pancaran ultra violet sangat bagus untuk kulit manusia…setengah saintis berpendapat pancaran cahaya ini dapat membantu memulihkan barah kulit…tambahan pula dengan vitamin udara percuma yang ada di sini…kamu tahu vitamin udara yang saya maksudkan itu ialah negative ion…memang negative ion banyak terdapat di persekitaran hutan yang menghijau dan paling terbaik dikawasan air terjun…kamu beruntung jadi penghuni di sini…satu hari jika berkesempatan saya masih bernyawa mahu saja saya mengangkat beg ke sini dan bersama menjadi penghuni walau pun saya mungkin tidak di undang dan  di perlukan…”


“Kalau uncle berbuat demikian Lia lah orang pertama yang akan sujud syukur ke hadrat Ilahi…,” terharunya saya dengan pengucapan Emilia tadi.


“Berbalik kepada cerita kami dengan Haikal…sebaik saja kami nampak kereta Mini Cooper menghampiri tempat letak kereta ini, kami berdua berdebar-debar tak terhingga. Kami nampak Anastasia memberhentikan keretanya di tepi cerun menghala ke tangga dan sudah pasti mereka tidak dapat melihat kelibat kami. Setelah mengucapkan selamat tinggal Anastasia berlalu dan kami nampak Haikal sedang menuju tangga untuk naik ke atas di biliknya.”


‘Assalamu alaikum’


“Macam terkejut gaya nya Haikal mendengar ucapan salam dari Lia, sambil kami berdua pergi merapatinya.”


‘Wa alaikum mussalam warah matul lahi wabarakatuh…eh kamu berdua rupanya…buat apa malam-malam cam ni kat sini’


‘Kami ada hajat…nak bincang dengan awak…bukan saja saya nak dengar cerita awak tapi Liz yang kat sini pun memang nak sangat-sangat berhajat nak jumpa awak’


‘Kalau esok boleh tak…saya ngantuk dan kurang selesa, belum mandi lagi ni…’


‘Esok takut sudah terlambat dan jangan ada yang menyesal nanti’


“Sebenarnya uncle itu taktik Lia untuk pastikan Haikal meluangkan masa bersama kami. Kalau tidak dia memang nampak sangat mahu mengelak dari kami berdua.”


“Pandai juga guna cara saikologi ye…betul tu saya pun bila orang cakap macam tu, memang kena jumpa juga, takut apa pula yang di maksudkan terlambat tu…hebat cara kamu ni.”


“Tu dulu sebelum belajar teknik pukulan maut dengan uncle lagi…kalau macam sekarang ni tak sempat dua langkah dah K.O. kami kerjakan,” ujar Emilia dengan seronoknya.


‘Apa sangat pentingnya kamu berdua nak jumpa saya ni…kita kira rengkas saja lah ye…jom kita kat pangkin tu …letih berdiri ni’


‘Letih berdiri ke letih di kerjakan’


“Dengan spontan perkataan tu keluar dari mulut Liz…Lia tarik-tarik kan tangan Liz minta dia bersabar. Lia tahu Liz dah tak tahan sabar sangat tu.”


‘Cara kamu cakap ni buat saya kurang senang..saya faham maksud kamu tu…jadi mari kita mulakan…apa sebenarnya yang penting sangat sampai tak sabar tunggu hari esok’


‘Kami keliru...yang lebih keliru Liz ni…nape buat kami macam ni?’


‘Apa yang dah saya kelirukan kamu…saya pun keliru dengan soalan kamu ni…’


‘Kenapa awak pinggirkan kami…dan macam selalu mahu avoid untuk jumpa kami…entahlah tak faham dengan perangai awak…semua orang KL perangai macam ni ke…lagak semacam’


‘Orang macam saya ni di katakan berlagak….semua manusia ni sama tak kira dimana…di tempat saya ada samseng dan saya ingat dalam hutan manusia semua baik tapi perangai orang kat sini ada yang lebih teruk dari binatang’


‘Kasar cara awak cakap pada kami orang  kat sini…ingat sikit awak tu baru saja kena bantai nanti kena sekali lagi kami tak tahu…mulut tu jaga sikit’


‘Atau peristiwa saya kena bantai tu rancangan awak berdua…bukan boleh percaya orang kat sini’


‘Sejahat orang di sini tak ada yang buat perangai tikam kawan kat belakang…setahu kami yang lebih binatang perangainya, orang-orang kat bandar besar tu….sumbang mahram, bunuh diri, rasuah, penipu, perompak, pemabuk, judi, jual orang, jual dadah segala macam yang ada kat dunia ni semua ada kat tempat awak tu….sekarang siapa yang lebih binatang’


“Lia berdua saja berdailog dengan Haikal sementara Liz diam memerhati. Mendengar apa yang Lia cakap tu Haikal terdiam…lama juga dia membisu…mungkin yang Lia cakapkan tu ada logik…Lia pun berhati-hati juga keluarkan pendapat, kalau salah nanti termakan diri pula.”


‘Sekarang kamu dua orang ni bagi tahu nak suruh saya buat apa?’


‘Kami nak tahu sebab musabab kenapa kami di pulaukan dan awak memilih orang yang baru di kenali untuk menemani awak ke hulu ke hilir siang dan malam’


‘Ooo itu puncanya…kira dengki khianat la ni ‘


'Ya memang kami jeles tapi kenapa berlaku secara tiba-tiba dalam masa terdekat ni yang buatkan kami rasa kami ni macam tembikai boleh di golek sana sini dan akhirnya pecah…kami yang merana tau…’


‘Apa hak kamu berdua untuk menentukan siapa dan dengan orang jenis mana yang boleh saya keluar…perlukah saya minta izin dengan kamu semua’


‘Yang awak tetiba lari daripada kami ni kenapa….apa salah kami…itu yang kami nak sangat-sangat tahu puncanya…kalau kami tahu senang bagi kami nak teruskan buat keputusan…ini tanpa apa sebab main tinggalkan macam tu saja …awak tahu macam mana Liz ni begitu prihatin dan sanggup jaga awak siang malam mengalahkan bini masa awak terlantar kat hospital tu dulu…dah lupa atau dah hilang ingatan’


‘Ooo macam tu, ni kira nak minta balas jasa lah ye…orang kalau hatinya ikhlas tak payah nak cerita-cerita, ini sikit jer buat kerja memekik heboh sekampung…kalau macam ni lah perangai orang sini…ngeri lah..nyesal lah datang ke mari ni…dulu ingat tempat ni selamat dan bahagia jauh dari manusia jahat…ye la ada binatang jer sini…ingat ok lah…tapi haiwan kat sini lagi ganas’


‘Awak jangan nak buat kami ni naik darah…nanti tak pasal-pasal ada yang masuk lagi hospital’


“Lia pun jadi berani tak tahu kenapa uncle, pada hal berjalan pun belum betul lagi…kelakar…entah-entah Lia yang masuk hospital…Lia tengok Haikal terkebil-kebil. Liz yang masih berdiri kat pagar depan kami tak cakap sepatah pun.”


“Aku sebenarnya sangat terharu dan kagum dengan sikap kau yang berani sangat berhadapan dengan Haikal tu…aku masa tu risau juga maklumlah Haikal tu kan macam Tony Jaa…silap haribulan dia naik darah di lipatnya kita berdua.”


“Betul juga kata Liz …kan Andry dengan kawan-kawannya pun tak mampu nak kalahkan Haikal tu…ini pula kamu yang perempuan, banyak mana sangat la kudrat kamu tu” kata saya menyampuk cakap mereka berdua.


“Masa tu uncle, Lia nampak Haikal ni macam ular tedung yang Lia pernah bungkus dengan kain tudung kepala masa kat kebun dulu…ular tedung yang bisa tu pun Lia bungkuskan ini kan pula setakat Haikal yang dah cedera kepala tu….Lia kalau tengah naik angin Lia rasa macam boleh terbang…ni kuasa Rungus dan Suluk kot…”


“Betul tu…saya dah tengok kamu terbang,” saja saya kata begitu pada Emilia nak tengok reaksinya.


“Bila uncle…tak perasan pula uncle nampak Lia terbang.”


“Saya dah kena banyak kali…tangan terbang kamu tu yang secepat kilat mencubit dengan gaya terbang kamu.”


Kami bertiga sama-sama ketawa mengingatkan gelagat masing-masing.


‘Tanya diri sendiri kenapa saya macam dah tak minat nak berhubungan dengan kamu berdua….sebelum nak menuduh orang periksa diri tu dulu…jangan sedap-sedap nak buat orang merana, pah tu main tuduh-tuduh…saya ni masih boleh sabar…’


“Masa tu uncle Liz dan Lia macam tetanya-tanya apa yang telah kami lakukan hingga membuat Haikal menuduh kami macam tu…kami terpinga-pinga…,” tiba-tiba Elizabeth berkata-kata semacam keliru dengan apa yang Haikal ucapkan.


‘Setahu kami tak ada apa yang kami berbuat salah pada awak…apa yang kami buat semuanya dengan niat yang baik’


‘Kamu sedarkah apa yang kamu cakap ni…kamu ingat saya ni hati batu, hati cacing, hati ular, hati kaldai….hati entah apa-apa…sakit kepala ni boleh saya tahankan lagi tapi sakit hati sangat lah menyiksa…faham ke tak ni…?’


‘Awak tu yang menyiksa hati kami ni, awak pula yang katakan kami tuduh awak buat benda macam-macam yang kami tak faham…apa semua ni?’


‘Kamu sedar tak perkataan ‘kami’ kamu tu yang membunuh dan menyiksa batin saya…kamu sengaja mengoyak meleburkan sekeping hati yang sangat berharap ketemu damai di sini…kamu tu yang membahasakan diri kami telah membunuh segala rasa indah saya di sini…’


“Tiba-tiba saja Liz menangis terisak-isak sambil dia duduk mencangkung bersandarkan pagar yang mengadap jalan dengan memekup mukanya. Isak tangisnya membuat Lia lagi keliru uncle…payah Lia nak faham waktu tu.”


“Kau tahu Lia waktu tu aku dah faham apa maksud nya bila dia kata perkataan kami tu yang menyiksa dia…itu yang buat aku rasa sangat bersalah dengan dia…aku waktu tu mau saja melutut dan minta di ampunkan segala apa perbuatan aku yang begitu menghiris kalbunya..”


Dengan perasaan hiba Elizabeth menceritakan perihal sebenar apa yang berlaku saat itu. Emilia merapatkan dirinya kearah Elizabeth seraya di peluk bahu Elizabeth mendekati ke dadanya. Saya turut terharu.


‘Siapa yang lebih terluka…yang melukai atau yang di lukai….tolong jawab soalan yang sangat senang ini….saya pun tak tahu samada saya telah berlaku adil kepada kamu semua dengan tindakan saya ini atau saya sedang menzalimi diri saya sendiri.’


“Masa tu isak tangis Liz menjadi-jadi sambil meletakkan mukanya ke atas lutut dan waktu tu uncle Lia pun jadi keliru kerana soalan senang yang dilemparkan oleh Haikal seakan terlupa untuk Lia menemukan jawapan oleh marah yang sedang membara. Ketika Lia menghampiri Liz dan memegang bahunya Liz terus bangun dan berlari kearah jalan keluar resort ini…kat bawah tu la uncle Liz ni lari…Lia mana boleh lari laju…kaki masih belum pulih betul……kau ni Liz memang buat hal betul malam tu…buat aku panik takut kau apa-apakan diri kau…”


‘Tolong lah awak pergi kejar Liz takut nanti dia berlari ke jalan besar waktu ni banyak truck yang lalu lalang kat situ…saya tak dapat nak kejar dia dengan kudrat saya sekarang ni…tolong lah saya merayu pada awak…saya melutut mohon simpati…saya buat apa saja yang awak mahu tapi tolong selamatkan Liz tu…dia adalah separuh nyawa saya…’


“Lia merayu pada Haikal, merayu dengan sepenuh hati…Lia tengok Haikal macam orang sedang kebingungan dan sepantas kilat dia berlari mengejar Liz yang sudah hampir dengan jalan besar….Lia hanya dapat memerhati adegan tersebut ditepi pagar ni…dalam hati, Lia berdoa setulus jiwa raga agar tiada apa yang terjadi ke atas diri Liz.”


Sekali lagi saya melihat Elizabeth menggosokkan tangannya ke atas shawl biru di kepala Emilia dengan satu percikan rasa hormat dan penuh kasih sayang. Hebat sungguh drama pentas yang mempamirkan kesucian dua hati yang terpaut rapat hasil dari kesengsaraan yang mereka tempuhi yang hanya mereka berdua saja faham akan getir dan nikmatnya erti sebuah persahabatan yang melangkaui batas anutan, suku kaum dan juga budaya. Hati mereka berdua seolah tercantum dan begitu tak terleraikan.


Semalam saya hanya berpeluang melihat mereka dalam kesamaran lampu neon dan hari ini dengan jelas dapat melihat dalam sinar matahari pagi. Siang hari ini baru saya perasan yang Emilia mempunyai tahi lalat di bawah bibir sebelah kiri yang memaniskan lagi wajahnya yang putih berseri. Hidungnya yang sederhana mancung di indahkan dengan padanan tulang pipinya yang tinggi dengan dahinya yang sedikit menyerlah menjadikan mukanya membujur ke bawah. Shawl biru yang menutupi sebahagian rambut di kepalanya menzahirkan kecantikan yang membuat mata kita tidak jemu memandang.


Rambut Elizabeth yang panjang mengurai kelihatan subur, licin dan berkilat. Tubuhnya sedikit gempal yang tidak keterlaluan dengan mukanya yang agak bulat di serikan dengan mata hitam nya yang bulat dan galak. Pipi gebunya yang kemerahan dengan bibir seulas limau termuncung ke depan menjadikan wajahnya begitu seksi dan memikat. Mereka berdua ini merupakan contoh ciptaan sempurna Tuhan yang membuat kita sedar betapa agungnya hasil ciptaan itu untuk kita yang bernama manusia memanafaatkan ke jalan yang di redhai. Kita memuji ciptaan Tuhan bererti kita memuji kehebatan dan kewujudan Allah Yang Maha Esa…


Orang sekarang bercerita tentang urban look, berbangga dengan kecantikan demikian tapi bagi saya wajah plastik urban look tidak memberi apa makna malah membawa tafsiran berbeza saya dengan ramai orang…saya lebih menggemari sesuatu yang asli, dengan hanya sedikit calitan make up wajah dengan kecantikan asli pasti menyerlah…kalau ada urban look yang berlawanan saya namakan kampung look yang bagi saya lebih segar, bercahaya, membangkitkan rasa nikmat dengan pantasnya ketika memandang. Mungkin saya melihat dari sudut saya seorang pelukis, tafsiran saya tentang kecantikan di nilai dari kaca mata seorang seniman.


“Lia nampak Haikal berlari sepantasnya dan Lia dapat melihat dalam cahaya bulan purnama penuh di malam itu Haikal memeluk Liz dalam dakapannya. Lia memerhati dari kejauhan dengan satu rasa kepuasan kerana Liz telah di selamatkan oleh orang yang paling bertakhta di hatinya…dalam satu sudut lain hati perempuan Lia tidak dapat menidakkan betapa cemburunya Lia waktu itu…kemudian Lia tersedar bahawa itu hanyalah khayalan dan rasa simpati dan kasih sayang Lia buat Liz memadamkan rasa yang lain dalam diri Lia.”


Saya melihat Emilia tersenyum tetapi dapat di rasakan senyum itu ada pahitnya dalam keterpaksaan lalu Elizabeth terus memeluk Emilia seraya berkata:


“Lia maafkan aku yang tidak pernah ingin membuat kau terluka, aku lebih rela aku di lukai dari melihat kau merana tanpa aku di sisi, malam itu semasa Haikal menyambar tangan aku dengan kerasnya aku hampir terjatuh dan waktu itulah Haikal memeluk aku dalam dakapannya. Masih aku ingat Haikal berkata.”


‘Maafkan kiranya tindakan saya buat kamu sangat terluka…saya sayang kamu tapi saya tahu sayang yang tidak mungkin bersatu…tidak mungkin’…


“Sambil dia mencium pundak dahi Liz dengan satu ciuman panas penuh kesyahduan yang paling manis, agung, hebat yang tak terlupakan. Liz menangis semahunya di pelukannya. Lama kami berpelukan tanpa sengaja dan kami sedar perbuatan kami tidak manis jika terpandang orang. Perlahan-lahan Liz melepaskan tangan Liz yang merangkul pinggang Haikal sambil dia mengiringi Liz memanjat balik jalan yang sedikit berbukit menuju ke sini…jalan tu dan tempat ini uncle adalah kenangan yang melebihi perkataan terindah.”


“Ketika mereka berdua beriringan naik menuju ke sini Lia merasakan nikmat yang tak terhingga. Bahagia Liz adalah bahagia Lia. Sedih dan sengsara Liz adalah jua sebahagiannya untuk Lia rasakan. Sambil Lia duduk di pangkin ini Liz menerpa kearah Lia dan terus merangkul leher Lia semahunya. Lia biarkan apa yang ingin dilepaskannya…Lia masih ingat dengan jelas semua tu uncle…”


‘Maafkan aku…maafkan aku…maafkan aku Lia..’


“Masa tu Liz menggoyang-goyangkan kepala semaunya sambil kedua belah tangannya menepuk-nepuk belakang Lia…hati perempuan Lia yang lembut tidak mungkin menjadi keras untuk menahan duka mendengar rayuan maaf dari Liz berkali-kali…dan Lia menangis tersedu sedan dalam dakapan Liz….dah mula ni uncle…bila flashback semua ni Lia dengan sendirinya rasa sedih balik…rasa baru semalam peristiwa ini…apa lagi bila berhadapan dengan jelmaan Haikal yang ada kat sebelah ni…”


“Kau ingat tak Liz masa kau menerpa ke arah aku Haikal berdiri tegak tanpa sebarang kata dan aku dapat melihat dia dari hujung mata aku yang dia juga sedang bersedih menyaksikan gelagat kita berdua…dan aku sungguh kasihan melihatnya yang sedang kaku berdiri sambil menahan tangisan…aku tahu kerana dia mengelap-ngelap matanya beberapa kali dan selepas tu dia duduk di penjuru bangku ini seperti seseorang yang sedang menyesali sesuatu…aku tahu pasti dia sedang tersiksa.”


“Ya Lia aku tersedar dari tangisan aku dan terlihat Haikal dipenjuru bangku ini…lalu waktu itu uncle, Liz merangkak ke arahnya sambil memegang tangannya…Liz goncang-goncang tangannya namun dia dengan keras kaku membiarkan apa yang Liz lakukan. Masa tu juga Lia datang melutut di sebelah pahanya… kalau uncle ada masa tu uncle pasti menangis”


Sebenarnya Emilia dan Elizabeth masih belum terperasan yang saya juga sedang menahan airmata dari mengalir. Saya sedaya upaya cuba bertahan namun titis demi titis membasahi seluar jean yang saya pakai.


“Kau jahat Lia, tengok apa yang kau buat pada uncle…”


“Kau pun sama sedang menyiksa uncle.”


Saya tahu mereka berdua berbuat demikian untuk meredakan situasi dari tekanan  yang berlebihan. Saya juga semahunya tidak ingin untuk terbabit dalam soal hati dan perasaan yang mereka harungi bersama Haikal suatu waktu dulu. Tapi hati dan perasaan saya terbawa sama menjelajahi detik dan peristiwa mereka bertiga menjadikan saya seolah terlibat sama.


“Lama kami berdua di sebelah Haikal. Liz cuba menahan tangisan tapi lagi di cuba lagi lah rasa sedih menerjah dada. Liz memerhatikan Lia menarik-narik tangan Haikal yang sedang membisu. Bila mendongakkan muka kearahnya, Liz dapat melihat airmata di pipinya menitis membasahi bajunya. Waktu itu bulan terang, bintang banyak sedang mengerlip bertaburan di angkasa dan cahaya dari bumbung tempat kami duduk ni terpercik ke muka Haikal. Tiba-tiba Liz terasa ada tangan yang sedang membelai rambut di kepala Liz dan sewaktu Liz menoleh kearah Lia juga ada tangan yang sedang membelai kepala Lia di atas shawl yang di pakai Lia. Perbuatan Haikal itu betul-betul membuat Liz rasa tersiksa sangat…perbuatannya itu menjadikan seoalah Liz yang mewakili kedukaan hatinya.”


‘Kenapa kamu berdua lakukan ini semua ke atas diri saya yang telah dan sangat menghormati diri kamu tanpa paksaan sesiapa pun…itu yang sulit untuk saya fahami…tapi saya melakukan ini semua atas dasar sukanya saya kepada kamu dengan cara yang berbeza ke atas kamu berdua’


‘Maafkan saya…maaf yang terbanyak saya pohon dari awak...bukan niat Liz untuk menyakiti dan merosakkan kepercayaan awak terhadap kami’


‘Kamu tahu suatu waktu saya sangat tertarik dengan tingkah laku dan gaya serta keperibadian yang ada pada Lia tapi setelah hari demi hari saya mencuba mendekatinya, saya rasakan saya hanya bermimpi di siang hari…waktu itu saya sentiasa bersedih tika saja saya bersendirian di bilik…kalau kamu masih ingat Liz, tika kebersamaan santai kita, saya banyak bertanya tentang Lia kepada kamu, dan jawapan kamu selalu memuji Lia dan mengatakan Lia adalah cocok buat saya…tapi..’


“Masa tu uncle, Lia terus meletakkan pipi Lia di lengannya dan menangis semahunya…Lia sedar kini kenapa dia sangat kecewa dengan tindakan kami.”


‘Setelah itu saya sengaja keluar dengan Lia hingga ke ladang Teh Sabah, sebenarnya saya waktu itu cuba mencari jawapan tentang kebenaran kata-kata Liz, tapi jawapan Lia membuat saya sangat keliru kerana dikatakan Liz sangat mengharapkan saya untuk hadir dalam hidup saya…hari-hari keliru saya lalui dengan penuh kepayahan…berganti hari saya keluar dengan kamu berdua menjadikan rahsia makin terserlah…’


“Uncle tahu tak bila mendengar apa yang Haikal katakan tu Liz merasa berdosa yang teramat pada Haikal…Liz merenung ke matanya dan Liz dapat rasakan kepedihan yang bermain di hatinya…mau saja Liz rangkul dia dan lena dalam dakapannya…lalu Liz benamkan muka Liz ke atas pahanya, menangis dengan penuh penyesalan.”


‘Setelah dinginnya sikap Lia pada saya lalu saya mula mengalih pandangan dan cuba untuk memahami hati Liz kerana kiranya harapan bersama Lia berkecai sekurang-kurangnya masih ada hati yang terbuka untuk saya selami…tapi saya menghadapi jalan buntu…saya sedaya upaya cuba mencari jawapan kamu berdua ini semacam tidak mahu menerima siapa saya sedangkan kamu berdua nampak senang untuk di dekati tapi bukan untuk di miliki….sakitnya kepala memikirkan …saya hanya bertemu jawapan setelah saya bertamu kerumah kamu di hari Andry menyerang saya…itu takdir buat saya dan saya berterima kasih pada Andry dan kawan-kawannya yang menyedarkan kehadiran saya di Bundu Tuhan ini hanya lah sia-sia…’


“Lia sungguh terharu dengan pengakuan yang di berikan oleh Haikal…niat suci kami telah menukarkan segala niat baik menjadi mimpi ngeri buat orang lain…dan kami bukan sengaja…mendengarkan itu Lia mencium tangan Haikal sepuasnya sambil minta di ampunkan kesalahan Lia…tangisan Lia membuatkan Haikal terdiam buat beberapa ketika…sambil tangannya tak henti-henti mengeluskan jari jemarinya di atas shawl yang di pakai Lia.”


‘Tapi kami melakukan itu semua di atas dasar sayang kami pada awak dan salah seorang kami dapat mencuri hati awak…tapi di bawah sedar kami rupanya apa yang kami rancangkan secara tersembunyi akhirnya masing-masing ketahuan…tapi bukan niat untuk menghancurkan mana-mana hati…Liz harap awak ngerti niat tulus itu…’


‘Bila dapat tahu kecelakaan yang menimpa Lia adalah saya penyebabnya, saya lagi rasa bersalah dan pada hari itu ketika di rumah kamu saya telah dengan nyata dapat merasai bagaimana hubungan kamu berdua dan mulai saat itulah saya bertekad untuk meninggalkan Bundu Tuhan esok harinya kerana saya fikir kehadiran saya mungkin nanti akan memisahkan dua hati yang selama ini akrab dan melindungi satu sama lain. Pada mulanya saya tak pernah tahu hubungan kamu berdua bila saja saya bertanya kepada salah sorang dari kamu jawapan yang saya dapat kamu hanya kawan…tapi ye lah Tuhan masih ingin menduga saya kerana insiden dengan Andry membuatkan saya tinggal lebih lama di sini….’


‘Ikhlas saya bagi tahu setelah berada di hospital Ranau dan saban hari saya dapat menjaga awak, tanpa di sedari perasaan sayang saya pada awak mulai tumbuh dan tumbuh setiap saat hingga berkembang mekar di jiwa saya…masa tu saya tak fikirkan apa lagi yang ada di hati saya...yang hadir  hanya lah awak…saat Anastasia muncul saya rasa segala yang tertanam di hati saya untuk awak seakan musnah…apalagi bila terkenangkan pengorbanan Lia saya jadi sangat keliru…mana yang harus saya pilih, awak atau Lia…kalau ikutkan rasa hati awak yang saya pilih tapi ikutkan rasional saya tak mahu berpisah dengan Lia…sebenarnya pilihan tidak berpihak kepada saya.’


‘Kalau awak boleh ingat lagi kenapa saya mengasingkan diri kemudiannya...keakraban Liz dan awaklah puncanya dan bila saya melawat awak di hospital dinginnya sambutan awak terhadap saya membuatkan saya tidak lagi mau menaruh harapan…sebenarnya saya  berbuat sedemikian demi Liz dan yang sebenarnya Liz pun tidak tahu niat sebenar saya waktu itu…tapi jauh di sudut hati saya, dalam diam saya sudah mula menyukai awak…kelirunya jiwa saya masa itu memikirkan di antara perasaan hati dan pengorbanan..’


‘Saya sebenarya berpura dan menipu diri saya sendiri untuk tidak melayan kedatangan kamu masa di hospital, tapi setelah kamu berlalu hati saya sangat terluka kerana melukai hati kamu…saya menjerit di dalam hati melihat kamu berlalu pergi dengan perasaan sugul’


‘Lalu bagaimana dengan Anastasia?…Kalau awak betul-betul ingin bersamanya kami dengan ini, dengan hati terbuka menyokong apa saja tindakan awak…kerana hadirnya kami tiada memberi apa-apa erti lagi….Cuma kami ingin memohon maaf daripada awak atas perbuatan kami yang terlanjur melukakan sekeping hati, sesuci jiwa awak.’


‘Anastasia datang menjanjikan kesempatan terbaik buat saya untuk menjadikan kamu berdua menjauhkan diri dari saya. Dengan demikian kamu sendiri tahu bagaimana hidup kita yang tak mungkin bersatu. Tapi kini saya sangat kesiankan Anastasia yang mulai menggantung harapan pada saya kerana sebenarnya dia bukan orang yang saya cari…ciri-ciri yang ada  padanya hanya lah pelengkap untuk bersuka ria tapi bukan untuk di miliki hati dan perasaan…dia terlanjur memberi tahu bahawa dia pernah di kecewakan dan atas dasar itu, lelaki hanya menjadi dendam buatnya…dan sedaya upaya dia akan cuba memecah belahkan hubungan intim pasangan kekasih… itu yang dia sedang lakukan untuk kita semua….’


“Haikal bangun berdiri dan bersandar pada tiang dan melemparkan jauh pandangannya kearah lembah yang masih kelihatan berkerlipan dengan lampu rumah-rumah yang masih menyala. Renungan jauhnya susah untuk kami berdua meneka…mungkin memikirkan tentang kami atau jua Anastasia.”


‘Semalam Anastasia membawa saya berjumpa pak ciknya di kampung Cinta Mata Kundasang…kami berbual panjang, bercerita tentang banyak hal, kerjaya, keluarga serta pilihan pasangan hidup. Kami makan malam bersama. Mereka keluarga bahagia dan Anastasia pernah tinggal di sana setiap musim cuti sekolah atau semester. Saya pun agak senang bergaul dengan mereka…Sepulangnya dari rumah pak ciknya Anastasia membuat pengakuan yang dia telah dengan tanpa di duga mulai jatuh hati pada saya walau pun dia mengaku pada mulanya niat nya lain terhadap saya…tapi mana boleh kita memaksa hati untuk menyukai seseorang…saya hanya membisu tak kata ya atau pun tidak…dia gadis yang baik tapi macam kata saya tadi…perbezaan taraf hidup kekeluargaan tidak menyebelahi saya…bagaimana harus saya nyatakan pada Anastasia nanti saya pun belum tahu…yang pasti dia bukan jodoh saya’


“Jauh di sudut hati timbul rasa kasihan kepada Haikal, juga pada Anastasia. Rupanya mereka dalam dilema yang teramat untuk menangani masalah yang meruntun hati dan perasaan. Orang yang disukai tak mungkin di perolehi dan yang menyukainya tidak berkenan di hati…menggapai bintang hanya dengan khayalan. Lia bangun dari pangkin dan beredar kearah Haikal yang masih berdiri lalu Lia melutut sambil memegang tangannya. Liz duduk memerhatikan kami dengan diam membisu.”


‘Rupanya jiwa awak tersiksa di Bundu Tuhan ini. Maaf mungkin tidak sesuai untuk di ucapkan tika ini, walau apa pun kami memohon maaf kerana kami antara pelaku dalam pentas hidup penderitaan awak. Kami lakukan dengan niat penuh ikhlas untuk membahagiakan orang yang paling kami sayang tapi niat suci kami memakan diri kami dan mengaitkan sekali awak yang tidak berdosa. Sebenarnya awak tidak melukai sesiapa tapi orang-orang yang awak percaya di sekeliling awaklah yang banyak menyiksa batin awak kini’


‘Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini, malah niat suci awak membuka mata hati saya untuk lebih menilai kesucian hati dan keikhlasan orang lain yang ingin berbuat baik terhadap saya…kini saya kena percaya pada ketentuan yang tersurat...mungkin ini takdir saya di Bundu Tuhan ini…apa guna saya menyesali semua ini dan sebenarnya saya lah yang mengharu birukan keadaan ikatan kasih sayang kamu berdua. Kalau saya tahu begini jadinya saya sesekali tidak akan mahu memijak bumi Bundu Tuhan ini.’


“Lantas Liz bangun dari tempat duduknya dan meluru kearah kami berdua yang sedang berada di penjuru pangkin.”


‘Awak tahu tak sebenarnya awak telah mencelikkan hati buta kami dan kini kami harus berterima kasih pada awak yang banyak menyedarkan kami akan erti perasaan hati dan pengorbanan. Awak telah mengorbankan perasaan kasih sayang awak demi kami. Awak tak mahu kami terluka dan memilih untuk di lukai’


“Lantas Haikal menutup mulut Liz dengan jarinya. Mungkin dia tak mahu lagi mendengar apa-apa ucapan dari kami berdua. Jauh di lubuk sanubari Liz, walau apa terjadi kiranya satu hari nanti Haikal muncul kembali Liz tiada akan pernah menutup pintu hati Liz padanya, mungkin masa itu antara kami berdua Liz dan Lia makin matang dan bersedia apa saja kiranya terbaik buat kami…ya….kami kini sedar pergantungan harapan di antara kami berdua akhirnya akan terlerai setelah masing-masing membina keluarga…Cuma di harapkan ikatan kasih sayang dan persaudaraan tidak akan putus malah mungkin akan lebih erat dengan adanya keluarga yang mengikat kekeluargaan kami bersama.”


“Lia pun berfikiran sama uncle, dan sangat setuju dengan apa yang dikatakan Liz…walau apa terjadi kami tetap akan menjalin hubungan seperti sedia ada…”


“Kami menarik Haikal ke pangkin dan Liz duduk di sebelah kiri sementara Lia di sebelah kanannya. Sambil memegang tangan Lia mencium tangan Haikal diikuti Liz kemudiannya. Haikal merangkul badan kami berdua kearahnya sambil membisikkan. “


‘Kira nya takdir menyebelahi kita, saya akan terima apa jua yang mendatang mungkin salah seorang atau kamu berdua satu hari nanti akan menjadi sebahagian orang-orang yang membahagiakan keluarga kita. Saya sentiasa tidak akan menutup pintu hati saya buat kamu berdua kiranya salah seorang dari kamu nanti jodoh saya… saya dengan hati terbuka menerimanya. Cuma buat masa ini kita harus bermuhasabah diri dan banyak berserah serta redha atas apa yang terjadi dan harus bertawakkal sepanjang masa. Berdoalah untuk kebaikan kita semua semoga doa ikhlas kita di perkenankan. Kiranya saya tiada lagi di dunia ini dalam waktu singkat saya mengambil peluang ini untuk kamu berdua memaafkan segala kesalahan saya agar saya tenang di sana.’


“Lantas Liz menutup mulut Haikal dengan kedua-dua telapak tangan Liz sementara Lia memeluk erat pinggang Haikal dari arah belakang sambil meletakkan pipi di bahu kanan Haikal….aduh uncle…meruntun jiwa betul dengan kesedihan yang tak terhingga saat itu.”


“Kami bertiga berpelukan dalam cahaya bulan purnama yang berseri dan bintang yang bertaburan dengan kerlipan tanpa henti menyaksikan saat perpisahan kami. Itu lah malam keramat yang memberi kami erti satu kehidupan yang penuh pengajaran tentang nilai-nilai kemanusiaan yang tiada sempadan. Semoga malam itu mendewasakan kami dan sangat berharap satu hari nanti Haikal akan muncul kembali dengan wajah yang berseri untuk mendamaikan Bundu Tuhan yang pernah melukai dan membawa seribu kenangan yang tak terlupakan buat kami bertiga.” Emilia berkisah panjang tentang detik terakhir mereka bertiga yang banyak mengukir sejarah di Bundu Tuhan ini.


“Kami bertiga perlahan-lahan meninggalkan tempat ini sambil menuju bilik masing-masing. Malam itu Lia dan Liz tidak dapat melelapkan mata. Bayangan Haikal menjelma setiap detik bila saja kami memejamkan mata. Lia memeluk Liz seeratnya malam itu dan sekelumit pun mata kami tidak bisa terpejamkan. Selepas solat subuh Lia terus ke coffee house sementara Liz muncul kemudian. Kami sarapan bersama sambil menunggu Haikal. Seperti kebiasaan kami staf tidak di benarkan untuk makan semeja dengan guest.”


“Pagi itu Liz dan Lia sediakan sarapan buat Haikal. Seperti biasa Haikal tak suka heavy breakfast, dia cuma makan 2 biji telur separuh masak, roti bakar dan milo kosong…ini sebenarnya salin tak tumpah perangai uncle ketika sarapan bila uncle ceritakan itulah juga menu sarapan uncle.”


“Setelah Haikal menyelesaikan bayaran semua bil dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua staf di resort ini, kami bertiga turun dari coffee house menuju tempat letak kereta. Setelah barang-barangnya di masukkan ke dalam boot kereta dan memanaskan enjin, Haikal mengeluarkan call card nya daripada dalam walletnya”


‘Ini call card saya, kalau rasa card ini berguna kamu simpanlah tapi sekiranya card ini tiada lagi gunanya kamu buang saja lah’


‘Awak jalan baik-baik, nanti bila sudah sampai di KL, kalau ada masa hubungilah kami di sini, saya dan Lia akan sentiasa menanti panggilan awak’


‘Awak berdua pun jaga diri baik-baik dan kalau bertemu jodoh jangan lupa hantar kad undangan’


‘Liz, entah-entah orang tu bila dah sampai KL akan terus lupakan kita’


‘Saya tak ada apa nak bagi kamu berdua, cuma ini sajalah yang dapat saya tinggalkan sebagai pengganti diri saya’


“Di hulurkan satu sampul yang entah apa ada di dalamnya. Setelah bersalaman, Haikal meneruskan perjalanannya, kami berdua berlari ke tempat inilah uncle, sambil melihat kereta Myvi yang di pandunya bergerak menuju simpang ke jalan besar meninggalkan kami yang sedang berdiri melihat keretanya berlalu sampailah hilang dari pandangan dan setelah itu Lia meminta Liz membuka apa yang ada di dalam sampul tersebut”


“Ketika Liz buka sampulnya, terkejut besar kami kerana ada wang berjumlah RM2000 beserta sekeping surat…uncle nak tengok tak surat tu…ada lagi kami simpan.”


Sambil Elizabeth mengeluarkan kepingan helai surat bertulis tangan dari tas tangannya dan di berikan kepada saya untuk membacanya.


‘Lia dan Liz…


Tiada apa yang dapat saya berikan kecualilah nota ini sebagai pengganti diri.


Terima kasih kerana kamu berdua menjadikan Bundu Tuhan sebagai tanah keramat yang tak terlupakan. Sampaikan rasa kasih sayang saya pada uncle Roni dan auntie Mary, juga kepada sesiapa saja yang banyak menabur budi semasa keberadaan saya. Budi baik mereka tak terbalas namun sejauh mana saya mencuba.


Kiranya kamu berdua ketemu Andry dan rakan-rakannya tolong sampaikan jua rasa terima kasih saya kerana jasanya yang tidak di sengajakan membolehkan saya mengenali lebih jauh dan menghadirkan diri  bersama ramai insan yang mencipta lembaran kisah suka duka saya. 


Terima kasih saya pada mereka mengatasi kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap saya. Perbuatan mereka hanya untuk melindungi kamu dan menyedarkan tingkah laku saya di luar peradaban setempat.


Hari-hari dan malam-malam yang panjang banyak mengajar saya tentang erti satu kehidupan yang mungkin tidak terzahir tanpa adanya kamu berdua. Saya sedar kini kehadiran saya sering mengancam dan menyentuh kebahagiaan orang-orang yang begitu asing dalam lingkungan hidup saya.


Sebelum kemari hati saya melonjak gembira melewati hidup kota yang membosankan dengan impian menikmati keindahan Gunung Kinabalu yang megah dan mengagumkan. Tapi sebaliknya saya di pertemukan dengan kewajaran abadi insan-insan berhati mulia yang menjadikan saya sebahagian pelakon pentas kehidupan kamu berdua. Dan saya telah menghancurkan impian banyak orang.


Sampaikan jua salam dan maaf saya pada Anastasia kiranya kamu berdua ketemunya di suatu kesempatan nanti. Kamu semua adalah hati-hati yang tanpa sengaja hadir dalam lingkungan ruang waktu yang tak pernah terimpikan oleh saya. Jauh sekali dari terniat untuk melukakan dan saya lebih rela untuk di lukai dan mohon dimaafkan atas segala kekhilafan saya sendiri. Saya bukanlah jaminan ketenangan hidup kamu semua.


Maaf kerana telah banyak mencuri waktu kamu yang hanya tersia dengan kewujudan saya dan dalam diam membuat kamu tersiksa. Wujudnya saya di antara kamu berdua menghancurkan keeratan hubungan dan kasih sayang yang sekian lama terjalin. Walau sesungguh mana kita merencanakan akhirnya ini lah takdir buat kita.


Kiranya bayangan saya menghantui kamu setiap detik, saya berdoa dengan rela hati dan tulus tak terhingga agar kamu hari demi hari dapat menyisihkan bayangan saya dari hidup kamu. 


Rasa syukur saya panjatkan kiranya dengan menghapuskan kenangan bersama dapat memberi sinar bahagia buat kamu. Kebahagiaan kamu adalah kenikmatan saya. Sekali lagi seperti apa yang saya ucapkan semalam, kiranya saya tiada lagi di dunia ini, maafkanlah saya dan doakan agar saya tenang dan aman di sana.



Dengan hati penuh tulus.

Rafael Haikal.’


Kemudian saya melihat Elizabeth dengan cermatnya melipat balik helaian surat tersebut sambil di kucupnya dengan mata terpejam sementara Emilia menggosok-gosokkan tangan di belakang Elizabeth. Saya melihat seolah surat tersebut mempunyai nilai yang sangat berharga buat diri mereka berdua. Mungkin telah berjuta kali surat tersebut di bacanya dan mungkin jua surat itu adalah azimat yang memberikan harapan agar bersinar  hari-hari mukanya dan adalah jua sebagai sebagai warkah rindu yang tak terungkapkan oleh kata. Saya sedar kini bayangan Rafael Haikal tidak mungkin terhapus oleh apa pun dan terlintas  di hati saya semoga di suatu kesempatan nanti mereka bisa menerima kenyataan yang Rafael Haikal tidak mungkin menjelma kembali.


“Walau pun sudah hampir enam tahun Haikal meninggal, tapi Haikal tetap hidup subur di jiwa kami. Entah lah uncle, bayangan Haikal sentiasa bertamu dan hampir saban malam kenangan terindah selalu menjelma dan itu yang meredakan kedukaan kami.” Elizabeth berkata kepada saya seperti meminta pengertian atas apa yang bersarang di jiwanya.


“Ya kita boleh tertipu dengan yang lain-lain tapi kita tak boleh menipu memori dan kenangan.” Tiba-tiba Emilia bersuara.


Saya mendengar kisah mereka dengan satu harapan bahawa satu hari nanti saya juga akan bertamu lagi di sini dengan membawa satu kebahagiaan walau saya tidak tahu dalam bentuk yang bagaimana.


Jam sudah hampir 12.30 tengah hari. Saya menoleh kearah bilik yang kami huni tapi tidak kelihatan pun Mem dan anak-anak di pintu  bilik. Saya menelefon anak saya Amer untuk menurunkan barang-barang dan bersiap untuk bertolak ke KK.


“Lia dan Liz…uncle banyak berterima kasih pada kamu berdua yang banyak meluangkan masa bersama uncle dan hari ini pun sanggup menunggu uncle sekeluarga semata-mata ingin mengucapkan selamat jalan. Uncle berbanyak minta maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku uncle semasa keberadaan uncle di sini. Berkenalan dengan kamu berdua membuat uncle lebih sedar akan erti pengorbanan dan membuka minda uncle untuk lebih menilai erti satu kehidupan…”


“Lia sangat berharap dari tadi agar hari akan lebih panjang dan matahari lambat bergerak dan bumi berhenti berputar kerana kami tak sanggup rasanya melepaskan uncle pergi…tapi itu hanya lah khayalan yang tak mungkin terjadi. Sememangnya kami tidak dapat menyembunyikan rasa sedih kami hari ini dan tempat duduk kita ini akan menjadi teman selepas ini. Kami akan ingat segala pesanan dan nasihat uncle sebagai pedoman dalam arah tuju hidup kami nanti, maaflah sekiranya tingkah laku kami ini ada yang terlanjur.”


Lalu Emilia memegang tangan saya dan di kucupnya beberapa kali sambil itu Elizabeth pula bersuara.


“Uncle… Liz sangat berharap uncle akan menjengah kami lagi di sini kerana untuk kami pergi ke tempat uncle tidak memungkinkan kami berbuat demikian. Uncle akan selalu kami kenang dan akan sentiasa terpahat di hati dan tiada siapa yang dapat menghapuskan bayangan uncle. Liz berbanyak memohon ampun dan maaf kiranya ada yang Liz terlebih mengatur bicara dan salah laku.”


Dan Elizabeth juga memegang tangan kanan saya sambil di kucupnya begitu lama sekali. Kami bertiga berpegangan tangan seolah tidak mahu melepaskan dan tiba-tiba saya terasa tangan saya panas oleh titisan airmata dari Emilia dan Elizabeth. Saya memandang mereka berdua dengan penuh kesayuan.


“Uncleee…Liz terasa rindu sangat pada Haikal…tapi perasaan hancur luluh hati Liz dengan perginya Haikal yang tak akan kembali lagi seakan terubat dengan memandang wajah uncle dan segala apa yang telah uncle lakukan buat kami di sini seolah telah menjadi penyembuh luka kami.”


Sambil itu Emilia memeluk badan Elizabeth dan di ciumnya pipi Elizabeth dengan begitu lama sekali. Kemudian mereka berdua beralih kearah saya yang sedang memerhatikan perbuatan mereka berdua dengan penuh asyik yang menduka larakan jiwa saya yang bernama lelaki.


Sebelum melangkah pergi sambil tangan kedua-dua mereka dalam genggaman saya, sempat saya berkata untuk terakhir kalinya..


“if nobody loves some one who makes mistake, then nobody in this world will be loved because every body makes mistake”


Tiba-tiba saya mendengar Mem dan anak-anak saya turun dari tangga di tingkat satu menuju tempat letak kereta. Saya melepaskan tangan Emilia dan Elizabeth sambil bangun menuju ke kereta.


Setelah memasukkan barang-barang dalam boot kereta, Emilia dan Elizabeth menuju kearah kami sekeluarga.


“Auntie…selamat jalan dan kami harap kita akan bertemu lagi,” sambil Emilia bersalaman dengan Mem dan diikuti oleh Elizabeth.


“Kalau uncle tak datang pun auntie datang lah dengan adik-adik comel ni, saya akan pastikan auntie selamat dan seronok tinggal disini.” Dari jauh saya mendengar apa yang di ucapkan oleh Elizabeth pada Mem.


“Betul juga kata kamu…uncle ni sibuk memanjang…ye, satu hari nanti akan kami datang lagi ke sini…maaf auntie tak ingat nama-nama kamu berdua ni.”


“Saya Emilia dan ini Elizabeth.”


Saya memerhatikan perbualan mereka bertiga dan sementara itu saya melihat Suzanna dan Monica sedang berlari dari lobby menuju kearah kami.


“Bil semua dah settle kan pagi tadi?” Saya berkata sebaik saja Suzanna dan Monica tiba di tempat kami berdiri.


“Bukan pasal bil la uncle…tapi yang tu…yang abang ni kalu dia nak datang sorang pun uncle dan auntie kena izinkan lah…kami di sini dengan hati terbuka akan menyambut dia. “


Amer tersenyum tersengih macam orang sedang gelabah. Merah padam mukanya mendengar ucapan gurauan Suzanna tadi.


“Adik-adik ni pun kalau cuti semester tu cakap lah kat ayah tu nak datang bercuti di Kundasang ni…nanti akak Suzanna dan kami semua boleh bawa jalan-jalan jadi tour guide.. akak-akak ni semua boleh temankan…”


“Terbaik ayat kamu Su…aku kalau tak dapat abang dapat keluar dengan adik-adik pun jadilah,” kata Monica beseloroh.


Sementara itu Nisa dan Alia sedang di peluk Emilia dan Elizabeth.


Mereka semua bersalaman lantas Amer melangkah ke tempat pemandu dan kami semua masuk kedalam kereta Nazaria untuk bertolak pergi. Saya duduk di depan sebelah Amer. Ketika Amer memusingkan kereta dan bergerak menuju jalan keluar saya dengan jelas dapat melihat mereka berempat sedang berdiri di tempat letak kereta sambil melambai-lambaikan tangan.


“Adik-adik manis sila tunggu kedatangan saya nanti…cheerio, selamat tinggal darling semua.” Amer tiba-tiba dengan berani bersuara, dan saya melihat Suzanna melompat-lompat kegembiraan.


Apabila Amer berhenti di selekoh saya memalingkan muka keluar tingkap dan dapat melihat Emilia dan Elizabeth sedang berdiri di pagar ruang tunggu reception counter sambil memerhatikan kearah kami dan saya sempat melambaikan tangan buat kali terakhir sebelum kami meneruskan perjalanan menuju KK.


Angin dingin dan kabus Bundu Tuhan seakan mengerti hati saya yang sedang di liputi kabus yang kian menebal. Saya tinggalkan kawasan  dan lembah Bundu Tuhan dengan seribu kenangan yang mungkin tak terlupakan selagi saya di beri kesempatan Tuhan untuk bernafas.


Deruan enjin Nazaria menjadi melodi indah bersama lembah, gunung dan kehijauan alam semesta serta penghuni yang menjadi sebahagian dari panorama anugerah Ilahi yang tak terhingga nilainya.


Saya menurunkan cermin tingkap di sebelah saya sambil menghulurkan tangan keluar dan memejam mata menikmati dingin bayu di lembah dan pergunungan keramat yang banyak menemukan dan mengajar saya erti nilai-nilai kehidupan yang selama ini begitu asing bagi saya.


Mem dan anak-anak pun melakukan benda yang sama seperti apa yang sedang saya lakukan. Amer membuka sunroof agar dapat menikmati angin dingin yang menerpa masuk melalui setiap ruang yang terbuka.


Melihat gelagat mereka saya terbuai bersama perasaan yang berbaur antara suka dan duka. Saya seronok sekali kerana saya telah berhasil membawa sekelumit kebahagiaan terhadap keluarga, sementara sedih yang saya rasakan kerana saya tidak mampu dan tiada kesempatan untuk selalu membuat mereka bahagia dengan bersantai melancung bersama begini. Di kesempatan yang ada ini saya sungguh bahagia yang tak terucapkan.


Tapi alangkah baiknya jika semua ahli keluarga dapat hadir bersama. Mungkin di satu kesempatan yang lain, dengan izin Allah, barangkali begitulah. Apalah yang di harapkan lagi untuk mengimpi dan mencari bahagia di hari-hari tua begini selain berkumpul dan menikmati hasil jerih lelah selama ini. Tiada yang lebih asyik bagi saya selain dapat peluang untuk keluar bersama kerana ini juga adalah terapi terbaik untuk mengeratkan tali ikatan kasih sayang dan erti satu bentuk kekeluargaan. Sudah menjadi impian setiap yang bernama keluarga untuk bahagia kekal hingga ke akhirnya. Dan saya pun tidak terkecuali.


Mungkin suasana begini lah yang di rasakan Emilia tatkala pertama kali tiba di persekitaran ini ketika bapa Elizabeth membawanya pulang ke Bundu Tuhan.


Deruan enjin Nazaria kadangkala mengaum keras bila saja menaiki bukit yang berliku dan kadangkala mengeluarkan bunyi indah sekali sekala tika menuruni lembah. Saya terbuai bersama merdunya deruan enjin dan kepulan asap yang mengekori kami.


Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit saya tenggelam dalam keasyikan suasana bersama indahnya pemandangan alam semesta serta ingatan indahnya kenangan yang baru saja saya alami. Saya seperti bermimpi dengan khayalan yang menjanjikan kesyahduan sehingga sekali sekala tenggelam  bersama deruan enjin dan akhirnya saya hanyut dalam lena yang panjang.


 Apakah mungkin saya akan muncul kembali membawa satu harapan untuk Emilia dan Elizabeth satu ketika nanti.


Saya pasti akan mengulangi kunjungan saya ke lembah permai yang penuh tanda tanya ini kerana saya perlu menyelesaikan misi dan misteri yang masih belum terungkai dan saya sangat berharap akan menemukan kesudahan kisahnya tentang persoalan yang masih belum menemukan jawapan.


Saya berharap…dan...sentiasa berharap…mungkin begitulah nanti jadinya sehingga saya ketemu dengan apa yang saya cari sekian lama.




berakhir lah jilid/volume pertama (1)....akan bersambung di jilid/volume kedua (2)....sempena tahun 2014...
selamat membaca....voila...cheers from me...