"Saya dari bilik rehat tadi. Bilik yang di hujung deretan ni memang bilik untuk staf berehat, sementara menunggu waktu 'shift' saya berehat dan tukar pakaian kat situ lah."
Sebab itu saya terdengar ada suara datang dari bilik sebelah. Bangunan ini di buat dari kayu jadi tiada 'sound proof', orang berjalan, berdengkur pun silap-silap dapat didengar.

Saya tunjukkan beberapa 'shot' yang saya baru ambil saja tadi kepada Emilia. Semua 'shot' menjadi, tak lah pula 'blur' walau pun dalam keadaan 'low light'. Rupanya masih 'steady' lagi tangan saya. Dia memuji-muji gambar yang saya ambil.
"Jarang saya jumpa orang yang betul-betul 'crazy' ambil gambar. Biasanya kalau di ambil pun gambar famili atau potret mereka saja, tapi ni lain suka ambil gambar hutan, awan macam-macam.
Saya suka tengok gambar yang cantik-cantik tapi tak tau nak ambil gambar, lagi pun mana lah ada kamera bagus macam ni," katanya sambil bersandar pada 'ballustrades' beranda.
Jari-jemari tangannya yang runcing dan gebu memulas-mulas hujung 'shawl' yang membaluti sebahagian tubuhnya. Memang senjakala begini cuaca sangat dingin. Bayu yang bertiup lembut menjamah seluruh anggota badan. Dingin teramat. Kalau zaman muda remaja dalam waktu begini mestilah romantik habis, bercanda pula dengan cewek tempatan yang sememangnya bersih tingkah laku, dan dalam keadaan asli segalanya. Wah...tarlabih suda ni bha...
"'Sajuk' ya sekarang. Biasanya bulan berapa yang 'sajuk' dan 'nyaman' untuk datang melancung di sini?" tanya saya dalam satu dua patah mengikut 'slang' tempatan untuk mempastikan musim yang sesuai. Itu untuk maklumat saja, mana tau kalau ada kawan-kawan yang akan melancung nanti boleh lah rekomen tempat ini.
"Oooiik! Ketahuan jua 'slang' kitak ye...Kira macam sekarang bulan oktober ni sangat sesuai lah. Kalau sudah musim hujan nanti tak nampak apa dan cuaca pun sejuk. Di kawasan Bundu Tuhan ni adalah diantara yang paling sejuk sampai 10 deg. celcius pun pernah," beria-ia benar dia bercerita pada saya sambil mengangkat jari telunjuknya betul-betul di depan hidung saya.
"Jangan sukak-sukak perli 'slang' kami bha," dia berkata dengan muka separuh senyum.
"Sepatutnya kamu sangat bangga kerana saya menunjukkan minat untuk belajar cara kamu bercakap, ndak salah kan kan kan," ujar saya dengan nada berseloroh. Agar berbuat demikian meredakan marahnya.
"Sebenarnya......saya tidak marah....malah sangat berbangga. Masih banyak kena belajar lagi, sebutan belum cukup betul hahaha," katanya sambil ketawa dan tersenyum lebar.
Ish..ish..ish budak ni, nak mengenakan orang tua pula nampaknya. Tapi bila di fikirkan balik seronok juga sekali sekala bergurauan seperti ini, lagi pun mungkin dia ingin melepaskan perasaan kerana asyik bertugas yang kadangkala ada masanya membosankan.

Kadang-kadang masa bertugas mereka tak boleh sangat melayan tetamu, tambah-tambah bekerja di F&B, lain lah kalau di bahagian 'reception' yang sememangnya perlu ramah tamah dan murah dengan senyuman.
Seronok nampaknya dia melayan saya.
Seronok nampaknya dia melayan saya.
"Demo ni dulu ngaji mace Liz tu jugok ko?" tanya saya dalam loghat Kelantan.
"Eeeee bahasa apa ni, tak faham langsung," serunya dengan keadaan terpinga-pinga. Macam pelik pun ada bila tengok gerak gerinya.
"Haaa...itu bahasa lagi klasik sampai kamu jadi gelap gelita. Itu loghat Kelantan.. ertinya...Kamu ni dulu pun belajar macam Liz juga ke?" terang saya kepadanya.

"Aduuh, kelakarnya....Lebih kuranglah, saya kursus 'Hotel Catering', bahagian 'culinary'." jelasnya dengan lembut.
Walaupun jauh di pedalaman ibu bapa mereka masih menekankan bahawa pelajaran itu sangat penting untuk masa depan. Mereka tak mau anak-anak jadi macam mereka hidup bertani berkurun lamanya. Ada baik dan tidaknya melepaskan anak-anak belajar jauh di bandar-bandar. Ada yang tersilap terjerumus ke kancah yang tidak di ingini. Dugaan di bandar lain macam berbanding di desa. Tambahan pula zaman sekarang yang penuh dengan kebendaan dan dugaan datang dari segenap penjuru. Kadang-kadang ada orang baik tapi tersalah pilih kawan akhirnya hidup penuh kehancuran.
Sekiranya tidak lagi ada generasi muda yang terlibat dengan pertanian, maka masalahnya siapa yang akan mengambil alih tugas bertani, berkebun, berladang dan sebagainya. Akhirnya jadilah apa yang berlaku di Semenanjung.
Yang bekerja diladang adalah pendatang, dan akhirnya mereka satu masa nanti memonopoli pekerjaan nenek moyang kita. Anak tempatan, terutama bumiputra asyik merempit, jadi 'broker maut' juta-juta, menjadi doktor yang dok cucuk badan sendiri, dan akhirnya jadi satu masalah sosial kepada negara.
"Masuk kerja 'shift' petang, habis tu waktu siang kamu buat apa biasanya?" tanya saya dengan selamba.
"Balik kerja saya tidur, berehat dan pukul 10 pagi saya ke ladang bantu ibu saya berkebun, ada lah sikit-sikit tanam sayur-sayuran untuk jualan," matanya yang bundar itu merenung mata saya.
Kegelisahan teramat jadinya saya oleh pancaran sinar matanya. Nasib baiklah saya ini sudah peringkat 'uncle', kalau masa muda remaja dulu harus saya jadi kumbang.

Bila kita melancung banyak yang kita boleh pelajari. Kata orang jauh berjalan banyak pengalaman. Dalam sehari dua ini banyak yang saya pelajari tentang kehidupan, tentang alam, persekitaran dan tentang sumandak-sumandak kadazan yang berhati mulia.
Bersyukur juga kerana saya di latih menjadi Perancang Bandar dan Desa. Dulu saya seorang yang boleh di anggap pemalu. Bidang inilah yang banyak mengajar saya untuk lebih bijak berkomunikasi, menjadi lebih dewasa dan matang dalam menilai erti kehidupan, erti hubung kait antara manusia dengan Pencipta, dengan haiwan, dengan persekitaran dan hubungan sesama insan. Kita mesti tahu 'the art of convincing', tanpa ilmu sedemikian, macam mana kita boleh membuat orang percaya dan setuju dengan apa yang kita cadangkan. Saya teringat sewaktu bertugas dengan Kerajaan dulu bos saya memberi 'tips' bahawa dalam bidang perancangan ini, kita memerlukan 50% fakta dan 50% lagi adalah macam mana cara 'berkelentong' kerana idea perancangan ini adalah subjektif.
Ada satu lagi cara yang sangat berkesan ialah 'if you cannot convince them, you confuse them'. Manusia ini semua, tambahan pula yang bergelar bos, dia takkan bertanya bila dia sudah 'confuse' kerana banyak bertanya menunjukkan kebodohan dan juga menjatuhkan imej dan integritinya. Manusia yang bergelar bos takkan tunduk pada egonya..... ha ha ha... saya pernah mencuba kedua-dua cara di atas dan hasilnya adalah 'terbaik' dan berkesan sekali.
Dibidang ini, kita juga diajar tentang 'urban research method', bagaimana membuat unjuran, mengumpul data dengan berbagai cara samada secara langsung dan sebaliknya, kajian lapangan juga melalui data prima, sekunder, banci, 'observation', temuduga, dari terbitan dsbnya.
Juga, kita di latih untuk merakam suasana melalui 'life sketching' dalam subjek 'architectural appreciation', (subjek inilah yang saya selalu score A), dan di dedahkan dengan aspek ukur kontor, aspek kejuruteraan, landskap, 'urban design, transportation planning, land economics, social planning, statistics, technical drawing' sementara 'studio' dan 'planning theory' adalah satu kemestian.
Kepelbagaian subjek itulah yang membuat ilmu di bidang ini menjadi sangat menarik, mencabar dan kompleks, terpulang kepada individu untuk menilaikannya. Ramai yang berpendapat Perancang Bandar ini adalah satu profesyen yang di takrifkan sebagai 'jack of all trade, master of none'. Skopnya sangat luas, itu sebab saya katakan tadi saya sangat bersyukur saya dilatih di bidang yang unik ini.
Pada hakikatnya di alam nyata pekerjaan sebagai Perancang Bandar ini tidaklah 'glamour', Raja Lawak lagi lah 'glamour' dan ramai yang tak faham dan mengerti apa sebenarnya kerja Perancang Bandar.

Ramai beranggapan kerja mereka ini hanya buat 'layout', pecah sempadan dan buat kajian rancangan pembangunan. Sebenarnya itu hanya sekelumit dari kehebatan ilmu di bidang ini. Sekarang dengan kecanggihan IT, para Perancang Bandar melangkah lebih jauh dalam penggunaan 'remote sensing', 'GIS', 'mapping' dan 'design software' seperti applikasi 'city engine software' yang dapat membantu memudahkan para perancang untuk membuat cadangan dengan lebih mudah dan tepat....eiishh, macam pensyarah kursus la pulak...
Semasa di Penampang pada bulan puasa beberapa tahun lepas saya ada melintasi beberapa penempatan termasuklah kipuovo dan saya dapati ada di antara pendatang Afghanistan/Pakistan yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan. Asalnya bawa masuk karpet, akhirnya dengan karpet-karpet tak balik. Mereka biasanya membuka kedai-kedai runcit untuk diusahakan oleh isteri/keluarga pihak isteri. Bagi saya ini satu perkembangan yang baik daripada datang ke negara ini untuk menipu, mencuri, merogol dan melakukan berbagai jenayah. Sekurang-kurangnya orang-orang Afghan/Pakis ini berniat mulia dan sanggup kahwin dengan rakyat tempatan.
Perkembangan yang tidak sihat adalah kemasukan ramai warga Amerika Selatan dan Afrika seperti Nigeria yang banyak mendatangkan masalah kepada rakyat tempatan. Di gula-gulakan gadis-gadis tempatan akhir masuk perangkap jadi kaldai dadah. Bermacam-macam jenayah yang berlaku saban hari melibatkan warga-warga ini. Saya tak nafikan tak semua mereka jahat, ada juga yang baik datang untuk belajar, bekerja mencari nafkah yang halal. Janganlah kebaikan kita melayan tetamu disalah ertikan sehingga mereka berani pijak kepala kita. Kita kena harus waspada sentiasa.
"Siapa yang lebih tua, kamu atau Liz?" saja nak duga dan korek-korek fasal umur.
"Sama umur, 22. Dulu sekolah pun satu darjah, cuma bila dah masuk kolej je berlainan kerana kursus lain-lain," Dia orang ni rasa saya memang jenis jujur dan bendul.
Kalau tanya budak-budak yang 'rock' memang haram nak bagi tau umur, ditipunya kita lagi ada lah. Kejujuran begini susah nak cari sekarang ini dan ia melangkaui batas-batas kepercayaan, anutan dan ugama. Bukan semua orang Islam jujur dan yang lain penipu, begitulah sebaliknya. Semuanya tergantung kepada ajaran, asuhan dari sejak kecil. Ibu bapa menjadi 'role model' kepada anak-anak. Islam keturunan tanpa mendalami ilmu ugama tidak boleh menjamin yang orang itu lebih baik dari orang baru 'revert'.
"Saya rasa keadaan di kampung kamu mesti sungguh harmoni. Maksud saya hubungan antara kaum antara ugama." sambil saya merakam beberapa shot ketika matahari hampir-hampir tenggelam di sebalik lindungan gunung ganang di kejauhan.
Warna terukir di langit semacam lukisan abstrak. Gabungan warna sungguh indah dengan bentuk dan karakter yang berbagai. Bila merenung alam ciptaan Tuhan ini menjadikan kita kerdil betapa berbanding alam semesta yang menjanjikan seribu rahsia dan hikmah. Menghayati ciptaan Ilahi dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta.
Di kawasan pedalaman begini yang masih belum tercemar persekitarannya, yang di takrifkan sebagai 'blue sky' ini kita dapat melihat banyak bintang-bintang bertaburan di langit mayapada berbanding kawasan-kawasan 'brown sky' yang penuh dengan pencemaran udara.
Kelompok burung-burung berterbangan menjadi satu bayang-bayang indah mewarnai landskap langit. Masanya untuk pulang setelah sehari mencari rezeki.
Rasa saya burung-burung itu lebih suci hatinya dari manusia, tiada hasad, tiada iri, tiada sombong dan sebab itulah mereka dapat keluar dan pulang bersama. Banyak muafakat dan membantu sesama sendiri. Tapi manusia berlainan cara, tidak mau belajar dari makhluk ciptaan Ilahi ini.
"Memang pun, kita orang tak pernah gaduh-gaduh fasal ugama. Ugama ni hak individu. Di tempat kami tiada yang pelik orang berlainan ugama tinggal se rumah. Ibu bapa dengan anak-anak berlainan ugama boleh makan se meja, tak ada masalah. Janji kita respek apa yang boleh dan tak boleh buat, begitu juga dengan makanan."
Indah sungguh kehidupan mereka di sini.
Teringat saya kepada Rosli kawan Asmawas di Keningau yang saya jumpa bulan puasa beberapa tahun lepas. Dia tinggal dengan ibu bapanya, dan maknya lah yang masak dan kejutkan dia untuk bangun bersahur setiap hari, walhal ibunya bukan Islam. Tak pernah saya dengar perkara sebegini berlaku di lain tempat. Jadi saya percayalah apa yang dikatakan oleh Emilia tadi. Saya tahu dia cerita dengan jujur dan tak bohong pada saya.
"Kamu kenal ke siapa 'owner resort' ni?" tiba-tiba pula teringin nak tahu siapa tuan punya atau pengusaha tempat ini.
"Memang kenal pun. Dia orang sini, orang tempatan. Resort ni kalau tak silap saya kepunyaan salah satu agensi kerajaan dan di'tender' kepada pengusahanya. Begitu lah cerita yang saya dengar," jawabnya sambil terketar-ketar menahan kesejukan.
Emilia yang terbiasa dengan cuaca di sini pun kesejukan teramat. Apatah lagi saya. Cuaca yang sederhana seperti 'temperate climate' di negara Sepanyol, Italy, Greece dan yang berkaitan sangat nyaman dan segar. Itu pendapat orang yang pernah ke sana. Mem dan anak-anak sudah terbiasa ke Eropah, Turki, Afrika serta Semenanjung Arab sana. Saya saja yang belum.
Saya jelajah ke tempat-tempat yang Mem belum sampai seperti hampir keseluruhan Asia Tenggara, Australia, New Zealand, China/Hong Kong, Jepun. Kita kira bagi-bagi kawasan lah, bila campur-campur hampir 3/4 dunia juga. Amerika Utara dan Amerika Selatan tu memang belum pernah lagi. Suatu kesempatan nanti mungkin.

Dia memeluk kedua-dua tangan ke badan sambil 'shawl' yang di pakai diselimutkan ke seluruh anggota badan. Saya pun tidak tahan juga kesejukan walau pun saya mengenakan jaket yang saya beli semasa di Scotland dulu. Nasib baik saya tidak buang jaket tu, ya lah, masa bila pula nak guna, Malaysia ni cuacanya bukan macam di sana, tapi telahan saya salah. Bundu Tuhan ini juga macam Scotland. Sejuk yang menggigit.
"Ni sepuluh minit lagi pukul 7 malam. Kamu mula 'shift' kerja jam berapa? Nanti kamu terlewat, saya pun nanti akan makan di Coffee House, jumpa kamu di sana nanti ye," kata saya mengakhiri perbualan di sore yang indah permai ini.
"Saya masuk pukul 7. Elok lah ni, 'just nice'. Maaf lah ye kalau-kalau saya mengganggu tadi. Sila lah 'dinner' nanti..." sambil berlalu dia melemparkan sebuah senyuman manis. Saya pun tersenyum sambil mengangguk kepala.
Kedudukan Resort ini adalah terletak di antara kawasan berbukit di sekelilingnya dan menjadi laluan angin atau 'wind tunnel'. Jadi tidak mustahil lah kawasan ini sentiasa berangin dan sangat sejuk.
Benar lah apa yang Emilia cakap tadi bahawa kawasan ini sangat sejuk dan di antara kawasan yang paling sejuk di Kundasang ini. Kawasan di lembah mulai berkabus. Kamera saya sudah menjadi lembab oleh tiupan udara senja yang dingin. Tidak tahan kesejukan, dan saya terus meluru ke dalam bilik.
Semua sedang tidur dengan enaknya. Teringin juga untuk baring, tapi kelaparan, tambahan dalam cuaca sejuk begini memanglah senang lapar. Macam musim tengkujuh, asyik nak makan saja. Dapat ubi rebus dengan ikan kering pun jadilah.
"Bangun-bangun, mandi, solat pah tu kita pegi 'dinner', lewat-lewat kan habis pula nanti," saya mengejutkan semua orang.
Setelah semua selesai dan lengkap berpakaian, kami menuju ke lobi/coffee house untuk makan malam. Saya sangat tertarik dengan koridor yang menghubungkan bilik saya dengan bahagian lobi. Di perbuat daripada kayu sepenuhnya dengan ukiran tradisional serta menggunakan kayu keras dari kayu kayan yang boleh di dapati setempat. Kemasan bangunan di bahagian ini sangat menarik dan di buat dengan teliti.
Di bahagian bawah koridor yang juga merupakan sebahagian tangga, di indahkan lagi dengan landscape features berbentuk kolam kecil yang sesuai untuk membela ikan-ikan hiasan. Setiap ruang dan sudut tidak terbiar tanpa di manafaatkan untuk menjadikan ruang lebih bermakna.
Di ruangan coffee house ini terdapat ruang makan penuh dengan kerusi meja yang juga di perbuat dengan kayu sesuai sekali dengan rupa bentuk bangunan yang menampilkan siri-ciri tradisional bangunan tropika dengan bumbung limas. Yang menjadikan bangunan ini lagi classy ialah penggunaan kaca di keseluruhan dewan ini. High roof dan tall windows biasanya sangat sesuai untuk penataan cahaya semula jadi serta memenafaatkan view sebagai salah satu daya tarikan penggunaan kaca. Sekeliling dewan ini di liputi dengan dinding kaca yang menjanjikan mendapat sudut pemandangan 360 darjah.
Di dalam dewan makan ini cuaca tidaklah sesejuk seperti di luar. Masih terasa kedinginan yang nyaman kerana angin luar tidak dapat menembusi dewan ini setelah di kepung oleh kaca tingkap di sekelilingnya.
"Encik, puan selamat datang," sambut seorang waitress sambil membuka pintu untuk kami.
"Terima kasih, sejuk juga ye di dalam ni," sahut saya.
"Cuaca begini biasa saja di sini encik, kalau musim hujan lagi sejuk," kata waitress itu lagi.
Saya lihat terdapat tiga famili lain sedang menjamu selera. Semuanya datang dengan membawa anak-anak kecil dalam sekitar 4-5 tahun. Berselera sungguh dia orang menjamu selera. Tengah sejuk begini dapat pula makanan yang panas-panas memang menyelerakan.
"Silakan duduk. Encik boleh pilih di sini atau pun di tepi tingkap, sementara masih kosong ni boleh lah buat pilihan," katanya memberi cadangan.
Kami meninjau-ninjau mencari tempat sesuai. Kalau di tepi tingkap pun tidak dapat nampak pemandangan juga kerana hari sudah malam. Jadi kami memilih kawasan yang dekat dengan counter, senang sikit untuk berurusan nanti.
"Ini menunya, encik pilih lah, nanti kalau dah ready kami akan datang ambil pesanan," kata seorang waitress yang datang mengedarkan menu makanan.
Kami membelek-belek menu, ada banyak pilihan makanan dari sajian tempatan, masakan Cina pun ada juga Western. Saya mencadangkan masing-masing buat pilihan sendiri. Saya teringat yang Liz pernah cadangkan untuk cuba steam boat.
"Ni ada steam boat, apa kata kita ambil satu set dan yang lain-lain bolehlah tambah side order," saya cadangkan pada Mem.
"Steam boat kan dah biasa sangat kita makan. Apa kata kita cuba yang ni," sambil menunjukkan saya menu yang saya pun tak perasan tadi.
"Ya betul, kita cuba yang ni," siapa-siapa nak makanan lain pilih lah sendiri, ujar saya.
Amer, Nisa dan Alia memilih menu sendiri mengikut selera masing-masing. Ada yang nak diet, ada yang suka western food dan kebanyakan anak-anak saya kurang menggemari makanan Cina dan juga Jepun. Mungkin semua ini pendedahan yang tidak diberikan kepada mereka dari sejak kecil. Saya sangat menggemari masakan Jepun terutamanya tempura, teppanyaki dan miso sup, sudah lama tidak makan, tapi sayang di sini tidak ada pula menu Jepun. Mem langsung tidak suka makanan Jepun. Yang dia sangat suka gulai tempoyaknya, yang itu saya pula tidak suka kerana saya tidak makan durian. Macam-macam hal.
Saya melambaikan tangan kepada waitress yang tadi datang memberi menu. Semua sudah kelaparan nampaknya.
"Ya encik, saya dah boleh ambil pesanan sekarang?" katanya sambil bersedia dengan pen dan memo pesanan," sambil berdiri di bucu meja untuk mengambil pesanan daripada kami.
"Bagi saya fish and chip, kamu orang nak makan apa, cepatlah sikit, sejuk ni," kata Amer kepada Nisa dan Alia.
"Saya pula nak minta Nasi goreng kampung, dan kamu Alia, nak apa, cepat lah boleh akak tolong orderkan," tanya Nisa kepada Alia.
"Ok untuk adik manja saya ni, tolong bagi spaghetti," Nisa tolong orderkan untuk Alia.
"Untuk kami pula kami nak cuba yang ni lah. Ada ke menu ni," tanya saya kepada waitress tersebut.
"Semua yang ada dalam menu ni ada kat sini. Yang ni ramai juga pelanggan yang suka, lagi pun masakan panas-panas memang enak di makan dalam cuaca begini," dia menjelaskan panjang lebar.
Waitress ni rasa saya mungkin dalam sekitar awal dua puluhan, Mungkin tua sikit dari Nisa yang baru 19 tahun. Mungkin jua 'sebaya' Liz. Amer lebih berusia, kini sudah menjangkau 26 tahun. Saya sempat melirik ke arah name tag nya, tertulis Monica.
"Ya, saya ulang balik pesanan ye," sambil membaca satu persatu apa yang kami pesankan.
"Ok, semuanya betul," kata Mem.
"Untuk minumannya pula, boleh tengok kat bahagian beverages ni ye," ujarnya sambil menyelak halaman untuk minuman.
Teringat kisah tentang beverages ini. Ada seorang kawan saya datang dari kampung, dia ini jadi macai kepada beberapa orang Dato. Selalu lah dia datang KL dan tinggal di hotel-hotel sekitar Bukit Bintang. Ada lah yang sponsor.
"Aku datang sini tak duduk hotel murah, mana ada kelas hotel Chow Kit," kata kawan ni yang saya panggil LPK.
Sambil berehat dan menunggu untuk pesanan makanan kita santai-santai sambil mendengar dendangan lagu oleh kumpulan Batak Indonesia secara un plugged. Memang dia orang ini professional, boleh menyanyikan apa saja genre lagu dalam apa jua bahasa. Itu sebabnya kita orang suka sangat lepak-lepak dekat Melting Pot, Hotel Concorde.
Coffee house ini bagi sayalah di antara yang user friendly di KL, mengadap ke jalan besar, dapat full view kenderaan lalu lalang dan tidak mengganggu dari segi bunyi dan habuk kerana di hadang oleh cermin kaca tinggi hingga ke siling. Itu sebab hotel ni menjadi destinasi popular pengunjung terutama sekali ahli-ahli politik dan penggemar musik.
Coffee house ini memang sangat sesuai untuk famili bersantai. Makanannya secara buffet memang value for money. Ada satu lagi lounge bersebelahan Reception, Cross Road namanya yang sesuai untuk orang-orang muda atau penggemar musik ala rock dan tidak sesuai untuk santai dengan famili terutama yang membawa kanak-kanak.
"Woeh, bawa mari katalog sini," jerit LPK kepada waitress bertugas.
"Ye encik, katalog apa itu encik? Saya kurang jelas," jawab waitress yang berdiri di sebelah meja kami.
"Mu ni asal mana, tak faham orang cakap," sergah LPK.
"Dari Bandung bapak," jawab waitress tu ringkas.
"Tengok orang muda macam aku ni di panggil bapak, tak senonoh betul," sahut LPK macam tak puas hati.
"Kamu ini practical training kat Concorde ni ye? Berapa lama?" tanya saya, kerana dulu pun ada yang buat practical training di Concorde Shah Alam.
"Enam bulan bapak, kemarin ada lagi tiga orang, tapi udah pulang," jawabnya penuh sopan.
"Nama kamunya siapa?" saja nak cuba masuk daun.
"Kartika Sri Hardini," ringkas saja jawapannya. Kadang-kadang jawapan tak perlu panjang tapi yang pentingnya menarik.
"Hoi budak ni, buat main-main pulak, nak kena ni....Aku nak makan, tak ada katalog macam mana nak pilih nak makan apa?" kata LPK dengan nada separuh marah.
"Macam ni dik, bawa sini menu untuk kita orang order makanan yer, cepat sikit bapak ni udah lapar sangat nampaknya," saya meminta waitress tadi untuk bagi menu sambil sikit-sikit perli LPK.
"Eh fasal pula aku minta dia tak faham, mu minta senang jer dia faham," sahut LPK kehairanan.
"Mu ni buat malu jer, kat sini mana ada katalog, tu orang panggil menu. Katalog tu kalau nak beli barang-barang letrik boleh lah," jelas saya pada LPK.
"Ah sama jer tu. Tempat aku jerit jer katalog berterabur datang bawa katalog," jelasnya macam tak nak mengaku yang dia tu ke kampungan.
"Tu tempat mu, ni KL lah, jangan bagi malu geng woi," kata saya, untuk lain kali dia jangan mengulangi benda yang sama.
Sekejap kemudian waitress tadi datang membawa dua keping menu. Satu di beri kepada saya dan satu lagi dengan sopannya di berikan kepada LPK, mungkin takut kena jerit seperti tadi kot. Saya suruh dia pergi dan saya akan panggil nanti bila kami sudah sedia.
"Ni baru betul...aku sebenarnya dah try segala jenis makanan kat hotel..semua dah, mu cakap jer hotel mana?...Shang ri La, New World, Grand Con, Swiss Garden, Prince, Sheraton, Istana...cakap jer setakat KL ni habis dah aku round," dengan bangganya dia bercerita pada saya.
Dia ini memang lah perangai begini, kalau pump dia lagi suka. Ini jenis kita panggil makan pong. Saya kasihankan juga dia, sekolah pun tidak lah tinggi mana, tinggal di kampung kerjanya jadi broker ikut orang politik. Projek juta-juta tapi habuk pun tak ada, asyik kena tipu dekat orang dan kadang-kadang dia yang tipu orang. Bila balik kampung bercerita lah dia dekat kawan-kawan di warung kopi, ternganga lah kawan-kawan. Tapi masa minum bukan dia yang bayar, kawan-kawan yang duduk ternganga itu yang bayar. Alasannya setakat bil kedai kopi ini malu lah dia kena bayar, kalau hotel lain cerita, dia bayar lah.
Sekarang ramai yang tergolong dalam kategori 'broker maut' juta-juta ini, bukan lagi cerita juta-juta tapi sudah meningkat ke billion-billion. Satu hari jumpa kawan macam ini lah juga, kononnya nak bawa masuk duit off shore ada semuanya 3 trillion, dan di minta duit tambang RM30k untuk uruskan transaction di Hong Kong.
Yang hairan ada juga orang yang percaya. Yang buat usul itu ada yang berpangkat Dato dan yang terkena pun ada yang Dato. Mereka semua bukan calang-calang orang, kira orang cerdik juga lah. Ada setengah itu duduk berlagak dengan kereta mewah, dan ramailah gadis-gadis, ICT-ICT/Ibu Cun Tunggal, GRO dan mak-mak Datin termakan tipu helah Romeo ini...hancusss jadinya. Sebenarnya kereta mewah itu dipinjam kawan punya seminggu konon guna untuk ambil delegate luar negara, jadi bagilah pinjam mana tahu kalau dapat duit transaction ada lah habuannya nanti. Tertipu lagi.
Dan yang dahsyatnya dia orang ini suka pakai 'kereta sakit' yang tuan punya tak boleh bayar, kena tarik tapi re possessor ini pun auta juga, tidak diserahkan kepada institusi kewangan yang keluarkan loan itu...di jual lah dengan harga murah, kadang-kadang kereta mewah BMW, MERZ baru di jual RM10k, nama tidak tukar, pakai macam itu saja lah. Dia orang yang beli ini pun apa nak herannya, kereta itu di gunakan untuk kelentong orang juga. Syok juga berkawan dengan dia orang ini, sekurang-kurangnya ada lah ilmu kalau orang nak tipu kita pun payah lah sikit.
It needs a thief to catch a thief.
"Habis tu mu order la nak makan apa," saran saya kepada LPK.
"Aku dah try semua dah. Haa.. satu je lagi aku belum makan, hari ni aku nak makan benda ni... tapi mu bayar la," katanya selamba.
"Mu order je apa, aku belanja," jawab saya untuk meyakinkannya dan saya pun teringin nak tengok apa benda makanan yang dia belum cuba selama ni. Kira makanan idaman dia la ni.
"Hari ini aku nak makan beverages...nanti aku tengok yang mana...kalau Earl Grey ni bunyi mat salleh mesti daging bakar sos putih tu, kena dengan selera ni," beria-ia benar dia nak order.
"Mu jangan nak bagi malu aku, ramai orang kat sini. Mu tau ke beverages tu apa benda?" dengan nada sedikit tinggi saya bertanya kepadanya. Nak tergelak dan marah bercampur baur.
"Kalau dah ada dalam senarai katalog ni mestilah makanan, takkan peti sejuk pula," jawabnya memerli saya. Panas jer hati saya.
"Mu order la Earl Grey tu biar dia bakar dengan sos putih mu tu," saja saya nak tengok apa reaksi dia.
"Wooieh, mari sini, nak order ni," sambil dia melambaikan tangan kepada waitress tadi.
Saya cepat-cepat memotong. Kalau betul-betul di buat hal, malu saya nanti. Saya isyaratkan waitress tu tunggu sekejap sementara kami berbincang.
"Mu tau ke sebenarnya apa benda Earl Grey tu...yang mu beria-ia nak order tu...itu sebenarnya Teh, macam lipton tu juga," bersungguh-sungguh saya menerangkan takut-takut dia betul-betul buat hal.
"Oooo ye ke..kalau tidak, habislah mulut kena sos putih dalam teh. Habis tu daging bakar sos putih nama apa pulak," mungkin dia teringin nak makan steak.
"Macam ni, tak pe, kalau mu nak makan daging bakar sos putih tu aku order yang special untuk mu," pelawa saya padanya.
"Aku ingat nak minum Ovaltine la, ada jual ke?" saya bagai nak pengsan tahan gelak.
"Adik bagi satu sirloin steak untuk abang ni, hot chocolate dan untuk saya bagi cantonese kue teow dan Earl Grey, tu saja ordernya," kata saya sambil memulangkan menu.
"Untuk steak tu, how is it to be served?" tanya waitress tu pada LPK.
"Dia tanya nak hidangkan macam mana...?" belum sempat saya habis cakap.
"Oooo macam ni, atas pinggan tu bubuh daun pisang tapi untuk sedap lagi bau harumnya, kalau ada upih terbaik lah kira," kononnya nak buat kelakar, pening betul saya di buatnya.
"Macam ni lah adik bagi dia well done lah, ok." saya sarankan pada adik waitress tu.
Sekarang kebanyakan yang jadi broker ini bukannya sembarangan orang. Ada yang bekas pegawai kerajaan, swasta, dan GM, COO, CEO yang dah pencen pun join sama. Tapi dia orang ini buat kerja high profile yang terlibat dengan tender kerajaan, kononnya melalui networking boleh dapat kontrak. Biasanya cerita fasal direct nego, atau PFI, design and build macam-macam terma lah yang keluar. Belum apa-apa minta duit pendahuluan untuk tengok BQ...bukan sikit minta tapi ratusan ribu dan duit itu refundable kata mereka...macam lah kita ini biul sangat.
Kumpulan ini biasanya selalu berkumpul di bahagian outside terrace/koridor di D' Mall, di situ terdapat banyak sidewalk cafe seperti Coffee Bean, San Francsico Coffee, Secret Recipe dsbnya atau pun di Chicken Hut dalam D' Mall. Sampai sana jerit kuat-kuat...DATO...nanti beratus muka berpaling kerana di situ ramai Dato-Dato yang pencen duduk menjalankan urus niaga. Semuanya kelek fail yang dalamnya konon ada projek billion-billion, macam kelakar pun ada tapi inilah realitinya di sini.
Dulu pernah seorang kawan ajak saya pergi buat satu deal yang besar kononnya ada seorang hamba Allah ni pangkat besar, lebih besar daripada KDYMM Agung. Saya tak percaya, mana ada orang lebih besar daripada KDYMM Agung. Field Marshall kita adalah KDYMM Agung jadi siapa lagi yang lebih tinggi darjatnya.
Maka pergilah saya dengan kawan saya ini, tempat tersebut berpusat di KLIH/Kuala Lumpur International Hotel. Dengar nama tempat itu pun saya sudah tau itu tempat 'broker hangit'. Saya pun tunggu lah di tingkat tiga, tempat para 'usahawan' berkumpul. Ramai yang datang ada yang GM,CEO, tuan punya syarikat yang bergelar Dato/Datin pun ada menghadirkan diri, maklumlah nak dapat projek dengan orang hebat berkuasa.
Dan datanglah seorang manusia ini dengan berpakaian coat dan tie sangat bergaya, dan di call card nya tertulis...nama....position...Mandate to the Government of Malaysia. Kononnya kalau berlaku darurat dia lah jadi mandat rakyat Malaysia, dan dia lebih tinggi jawatannya daripada KDYMM Agung. Kononnya dia sekarang ini memegang amanah di Selangor bahawa semua projek pembinaan telah diserahkan kepada syarikatnya untuk memilih kontraktor.
Sudah tentu bukan free tapi akan di kenakan wang cagaran/pendahuluan. Ramai jugalah yang tertipu. Saya bagi tahu kawan saya yang hampir tertipu itu, kalau cara macam ini dia silap langkah kena tangkap dan kita ini di anggap bersubahat. Jadi janganlah buat kerja yang sia-sia. Masin mulut saya, selepas dua minggu tertangkaplah 'mandate' itu.
Di depan hotel itu juga ada satu lagi kumpulan yang di namakan Ketapang Holding. Modus operandi nya senang saja. Dia akan panggil siapa-siapa yang berminat untuk menyertai projek dalam dan luar negara terdiri dari Oil & Gas, LRT, MRT, Airport, Railway dan macam-macam projek mega. Yang hairannya dia orang ini ada dokumen, tetapi fotokopi saja lah yang sudah lusuh kadang-kadang nak baca pun sudah tidak boleh kerana berapa ribu kali fotokopi.
Kumpulan ini terdiri dari 10 orang anggota. Ketuanya akan bertanya projek apa yang kita minat dan dia akan go through company profile kita dan kalau dia rasa ok boleh proceed. Cara tengok profile itu bukan main bergaya, belek sana belek sini macam hebat dan pro bukan main lagi. Dia orang ini boleh juga sediakan fund lagi. Berapa banyak mahu cakap saja. Hebat kan. Dan dia akan minta komisen 3% untuk bosnya, dan hanya 1% untuk setiap 9 lagi ahli kumpulan. Katanya tidaklah banyak cuma 3% dan 1% saja. Saya tanya dia orang bahawa komisen itu banyak sangat, 3+9 dah jadi 12%, dan dia orang pun terpinga-pinga tengok satu sama lain.
Dan satu lagi dia boleh bawa masuk fund dari Sri Lanka yang mempunyai 3 trillion dana jumlahnya. Dalam hati fikir 3 trillion itu macam mana lah rupanya...macam bukit agaknya. Wow hebat...saya cakap dekat kawan saya, business volume kumpulan ini trillion jumlahnya tapi duduk sembang dekat warung bawah pokok ketapang. Ketapang Holding itu saya yang namakan sempena bawah pokok ketapang-gemuk dan rendang sangat pokok ketapang dekat situ, teduh bukan main lagi.
Akal yang sihat tidak dapat terima semua ini. Tapi yang hairannya ada juga yang terkena. Ada seorang itu, gaya hebat, hisap paip lagi, tapi guna tembakau kedai mamak, katanya kalau dapat komisen ini nanti dia nak buat rumah besar siap dengan 'swemmeng fool'/bukan swimming pool...saya hampir tersembur keluar air bandung selasih dari mulut saya.
Sebelum dia orang sampai kita dah order minum, untuk saya dua orang dan terus bayar. Bila dia orang datang masing-masing order minum dan makanan canggih-canggih, ada yang nasi goreng ladna, nasi ayam berempah, daging masak merah, siakap tiga rasa dan lain-lain yang 'mengerikan' untuk di bayar. Selepas habis perbincangan kami minta diri dan beredar untuk pulang.
"WOOOOEEEEHHH sapa nak bayar ni?" jerit bos kumpulan tu.
"Yang tu dah bayar, yang belum ni semua lah." kata pak cik warung tu menyatakan yang bil kami punya dah pun settle.
Saya pun tak tahu macam mana lah dia orang bayar semua tu malam tu. Kelakar pun ada. Projek billion-billion tapi time makan orang yang tidak ada projek kena belanjakan. Ini sistem biasa yang di guna pakai oleh kumpulan broker-broker ini. Kalau hendak cerita fasal broker ini 1001 malam pun tidak akan habis.
"Apa ada minuman yang paling panas kat sini?" tanya Amer yang dari tadi asyik dengan handphone nya saja. Kelakar juga Amer ni.
"Susah juga nak jawab ni....yang panas-panas macam biasa la, teh o ke, kopi ke, nescafe ke tapi yang paling panas ni....saya bawa cerek dengan heater la...tak de saya gurau jer tu," kira boleh tahan juga si Monica ni.
Dia orang muda, biarlah bergurau senda. Saya bagi can saja, tidak mengapa janji dia orang seronok. Pekerja seronok, pelanggan seronok, macam itu lah baru hidup ini penuh ketenangan.
"Kalau macam tu bagi saya hot choc la ye," sambil menghulurkan menu tu balik kepada Monica. Santunnya anak teruna saya ni malam ni. Bengung ke apa? Terketar-ketar Monica menyambut balik menu tu.
"Kami pula bagi nescafe dan milo panas ye," ujar Alia
"Kami pun sama juga lah ye, nescafe panas untuk saya dan milo panas untuk suami saya ni. Ingat tadi nak minum fresh juice, tapi sejuk lah pula," kata Mem sambil menyerahkan menu tu balik kepada Monica.
"Kami ada jus suam puan, carrot, apple, star fruit, mango, orange dan sour sop, kalau puan nak cuba pun boleh," ujar Monica menyarankan sesuatu seperti keinginan Mem.
"Kalu macam tu, awak cancel nescafe panas tu bagi saya carrot panas ke suam ke tak kisah lah janji jangan yang sejuk," Mem menukar pesanan untuk minumannya.
"Terima kasih, nanti sekejap lagi makanan sampai ye," sambil berlalu menuju kaunter.
Bahagian dapur terletak se deret dengan kaunter tapi di bahagian hujung sebelah belakang. Tidak nampak pun kelibat Emilia. Mungkin juga dia di bahagian dapur, kerana katanya dia belajar di bidang culinary.
Sambil menunggu makanan siap, saya bangun dan terus ke kaunter. Saja-saja buat 'muscle stretching', kalau duduk pun bukannya boleh buat apa. Tapi salah satu tujuan pergi ke kaunter itu adalah nak cari sesuatu.
"Maaf, saya nak tanya, mana pergi Emilia?" tanya saya kepada staf yang menjaga kaunter, namanya Suzanna mengikut name tag nya lah.
Saya tabik juga lah kepada sesiapa yang mencipta name tag ini. Banyak gunanya dari segi hospitaliti dan berkomunikasi. Dulu bila mantan PM Tun M memulakan pemakaian name tag ini ramai yang kurang setuju kononnya tidak berfaedah dan menyusahkan. Sesuatu yang baru memang susah manusia hendak terima walau pun macam mana baiknya cadangan itu. Sudah menjadi sifat manusia, nak buat macam mana. Suruh saja berubah memang cukup susah walhal untuk kebaikan.
"Ooooo Lia dia kat kitchen. Macam mana encik kenal dia?' macam kehairanan Suzanna.
"Kamu tak payah ber encik-encik dengan saya, panggil uncle lagi lah ok tak lah formal sangat" dan sambil saya teruskan...
"Ooo kat kitchen, sebenarnya saya tak kenal dia tapi dia yang kenal saya," jawab saya secara berseloroh.
"Macam mana tu, tak berapa faham saya," lagi dia bertanya semacam kehairanan. Bukan semacam kehairanan tapi memang hairan pun dengan jawapan macam tu.
"Itu rahsia kami berdua," kata saya sambil ketawa.
Suzanna pun turut ketawa. Entah apa yang lucunya saya pun tidak tahu. Selepas itu saya melihat Suzanna melangkah pergi ke bahagian dapur. Rasa saya lah mungkin dia pergi bertanya kepada Emilia siapa orang tua bangka yang sedang cari Emilia sekarang ni.
Saya masih berdiri sambil melihat dan sedang menikmati pemandangan di luar jendela. Bulan sedang menyinar dan kelihatan jutaan bintang-bintang bertaburan di langit. Sungguh indah panorama ini tidak terucapkan.
Tiba-tiba saya terlihat Emilia melambaikan tangannya ke arah saya dan memberi isyarat dia sedang melakukan benda-benda yang kena mengena dengan masakan, dan saya mengangkat ibu jari tanda faham apa yang dia sedang lakukan. Rupanya benarlah yang tadi Suzanna keluar menuju dapur untuk mencari dan bertanyakan sesuatu kepada Emilia.
"Betul tak apa yang saya cakap tadi yang dia kenal saya," ujar saya kepada Suzanna.
"Ooo dah berkenalan lah petang tadi ye. Baik-baik sikit nanti ada yang marah, saya tak nak campur," katanya sambil senyum sinis.
Tadi saya yang nak kenakan dia, kata saya tak kenal Emilia, sekarang dia pula yang nak kenakan saya.
Kehairanan juga saya dengan 'statement' Suzanna tadi. Saya ini mengganggu isteri atau tunang atau apa-apa ke? Ish tiada langsung pun niat macam itu. Suzanna ini pun boleh tahan juga auta nya. Orang kerja tempat macam ini biasa lah dengan perangai pelanggan. Ada yang putar alam, yang buaya longkang paling ramai, duit tidak ada, gaya yang lebih.
"Kenapa kamu cakap macam tu, menambah kerisauan saya saja lah," jelas saya kepada Suzanna dengan wajah kerisauan.
"Haaaa tau takut. Kalau takut tertimbus jangan buat rumah tepi bukit," katanya selamba dengan gaya menyindir dan ketawa yang sangat sinis. Geram betul saya dengan Suzanna ini. Misteri dan suspen gila jadinya.
Takkan saya hendak pergi dapur cari Emilia. Dia bukan boleh keluar pun, tengah sibuk sekarang ini. Saya rasa si Suzanna ini acah saya saja tu, itulah perkataan di fikiran saya untuk menenangkan hati. Haru sungguh ni. Makanan lambat lagi sampai. Perlahan-lahan saya pergi balik ke kaunter sambil buat-buat minta 'brochure resort' padahal saya dah ada pun 'brochure' yang Liz bagi masa dekat 'reception' kaunter tadi. Orang bersalah macam-macam lah gelisahnya.
"Suzanna, kenapa kamu cakap macam tu ek?" desak saya.
"Tak ada apa pun..jangan risau, kalau nda ada salah apa nak takut kan..kan..kan.." sambil memuncungkan bibirnya ke arah meja saya.
Sekarang saya sudah dapat agak apa maksudnya. Firasat saya pasti benar. Baru lah hati dan jiwa saya rasa tenang yang teramat.
"Kamu ni buat saya hilang nafsu makan saja sekejap tadi," sambil saya tersenyum dan bergerak untuk melangkah pergi ke meja saya.
"Sekarang dah ok ke? Makan lah puas-puas ye, tu nanti hidangan air tangan Emilia, mesti berselera lah tu," pandai melawak juga budak ni. Seronok juga dengan telatah budak-budak ni.
Sedang saya memusingkan badan untuk bergerak, tiba-tiba...
"Ooops, saya ada satu soalan uncle, pendek saja...yang kat meja uncle tu, yang lelaki tu, anak ke adik?" dia berkata sambil ketawa.
"Kenapa? Biasanya kalau kita bertanya tentang orang yang kita tak kenal dan dari jantina yang berlawanan, biasanya ada makna tu," jawab saya sambil menoleh balik ke arahnya.
"Masa uncle masuk tadi, saya tengok... wow hensemnya 'jantan' ni, kawan-kawan kat kaunter ni cakap macam 'artis' gayanya," beria-ia dia memuji Amer.
"Bukan kamu saja cakap dia macam artis, masa di Kota Belud pun ada seorang pekerja hotel tempat kami tinggal tu pun cakap..'anak kamu ni macam artis kacaknya', tak tipu ni benar belaka," jawab saya.
Memang Amer dia sedang buat bina badan, jadi nampaklah sedikit macho berbanding masa dia umur 16-17 dulu, dia gemuk, flabby sana sini. Bila sudah besar dia pun agak malu dengan kawan-kawan. Saya hormati determination dia. Pernah satu masa ketika saya santai-santai dengan anak-anak lelaki saya ada juga beberapa kali saya aju kan untuk dia orang pergi gym untuk membentuk tubuh badan yang macho walau pun tidak sampai lah kepada six packs. Saya bagi tahu kalau saya masih muda dan dengan segala kemudahan peralatan seperti sekarang ini, saya juga akan pergi gym dan buat body macam Salman Khan. Yang pertama terlibat dengan gym ini anak sulung saya Azza sampai dia boleh kerja jadi gym instructor di Taipan.
"Bukan apa uncle, kami ni appreciate benda yang cantik-cantik. itu saja," ujarnya kepada saya, macam malu-malu pun ada.
"Kalau kamu nak kenal dia, nanti saya panggilkan, mau?" saja saya acah.
"Wo..wo..wo, jangan buat fasal uncle, tau kat manager kami yang kami ni dok menggatal, boleh terbuang kerja jadinya," katanya bersungguh-sungguh.
"Haaaa...tau takut. Jauh jauh berani kalau dekat kecut semuanya," saya lagi seronok mengacau dan mengenakan dia orang ni.
"Uncle ni buat jiwa saya kacau saja lah, malunya saya, nyesal lah dok tanya uncle tadi," katanya sambil menekup muka. Merah padam mukanya.
"Kamu semua ni dah berumah tangga ke?" acah saya lagi.
"Rumah dengan tangga ada la, tapi kami ni 99% belum kahwin lagi, masih suci murni," jawabnya selamba dengan kelakarnya. Boleh tahan juga putar belit budak-budak ni. Boleh masuk geng ni.
"Banyak lah suci murni kamu ni," jawab saya sambil sekali sekala menjeling ke arah meja.
Risau gak Mem ada kat belakang nanti. Tapi apa nak di takutkan tak ada buat yang salah pun, setakat bersembang fasal anak teruna takkan itu pun salah.
"Mandi air gunung bhaa, mesti air nya suci bersih, ada mineral lagi tu," katanya dengan penuh selamba.
Betul juga kata Suzanna. Kita yang minum air mineral itu pun tidak tahu mana asal nya, setengahnya di buat dalam ladang kelapa sawit tapi di sini sumbernya rasa saya lebih asli. Pencemaran udara dan sungai jauh sekali, memang lah persekitaran di sini masih dalam keadaan yang terkawal dan original segalanya. Banyak sekarang ini kes berlaku di mana air paip di tapis kemudian di jual sebagai air suling yang kononnya terjamin bersih.
"Kalau anak saya sangkut sama kamu, apa kamu mau?" usik saya.
"'On' saja bhaa," seronok nampaknya dia.
"Maaf ye Suzanna, saya ni memang suka melawak, gurau-gurau saja tu, jangan terasa hati ye," jelas saya takut pula nanti difikirkan yang bukan-bukan.
"Kalau betul jua nda ada salahnya pun, saya seronok bha. Uncle ni sangat sporting, kalau jadi bapa mertua saya memang kecoh satu family. Seronok saya tengok uncle sekeluarga," balasnya dengan nada memuji pun ada.
Saya rasa dia hanya berjenaka saja, bukan pun di maksudkan yang sebenarnya. Dia sudah ketemu berbagai ragam manusia. Gurauan macam ini memang sudah biasa baginya.
Ketika saya tiba di meja makan, Monica baru saja sampai untuk menghantar dulang yang penuh dengan gelas dan cawan minuman.
"Silakan minum. Sekejap ye puan nanti saya sediakan peralatan untuk makanan puan," sambil berlalu membawa dulang yang kosong.
Beberapa orang lagi waitress sedang melayan pelanggan di meja-meja sebelah kami. Layanan mesra pekerja-pekerja di sini sungguh menyenangkan. Saya bagi full mark untuk hospitaliti dan tidak tahu lagi berapa markah untuk makanan. Harap-harap makanan pun berbaloi dengan harga dan rasa. Suasana memang terbaik dengan cuaca dan pemandangan persekitaran yang mendamaikan jiwa.
Monica datang membawa peralatan untuk menu makanan kami. Banyak benda yang dibawanya dan dibantu oleh seorang lagi rakannya. Dia meletakkan beberapa pinggan bahan-bahan makanan juga menyediakan alat pembakar/stove dengan mengenakan plug berhampiran lantai untuk kami memulakan penyediaan makanan kami.
Kami tidak memilih steam boat tetapi seperti yang Mem cadangkan kami memilih untuk makanan panggang. Dekat Shah Alam tidak pernah pula saya makan yang panggang sendiri di atas hot stove seperti ini. Nampaknya memang menarik semuanya ini. Sambil menunggu dapur panas, saya mengasingkan mana bahan yang akan dibakar dahulu. Mem pun tolong sama. Anak-anak saya semacam teruja dan tidak sabar nak kacau daun. Alia yang duduk sebelah saya tidak sabar-sabar nak tolong panggangkan bahan-bahan yang ada di atas meja.
Bahan-bahan mentah untuk dipanggang nanti terdiri daripada daging lembu, isi ayam, sosej, tauhu, fish ball, sotong dan udang. 'Dipping'nya tak silap saya, soya sauce dicampur hirisan bawang, cili padi serta limau nipis dan ada di tabur biji bijan. nampak sangat yummy.
Stove pun sudah panas.
"Tolong bagikan saya chopstick ye," minta saya pada Monica yang sedang berdiri di kaunter.
Bau aroma bahan makanan yang di bakar sungguh menaikkan selera makan. Makanan panas-panas begini sangat lazat tambahan di panggang sendiri, jadi kita boleh tentukan tahap 'masak' mengikut kemahuan masing-masing.
Ada orang suka rare, ada yang suka medium dan well done. Saya kalau medium dan well done memanglah citarasa saya. Mem tidak boleh makan kalau tidak betul-betul masak, jadi untuknya kena betul-betul well done.
Daging yang di potong nipis/thin slices senang untuk masak tidak sampai beberapa minit. Nisa dan Alia bukan nak makan sangat pun tapi lebih kepada seronok memanggang.
Sambil menunggu makanan dia orang sampai mereka menyibukkan diri memanggang makanan kami.
"Wow...yummy.," sambil saya menyepit daging yang sedang panas dan seterusnya mencelup ke dalam sos. Dengan panasnya daging dan sosnya yang pedas dan masam masin, memang lah terbaik.
"Sedap ke ayah?" tanya Alia.
"Udang dengan sotong tu jangan lama sangat nanti over cooked jadi macam plastik pula liat," kata saya kepada Mem.
Sambil memanggang sambil makan. Sudah lama tidak makan bersama begini. Meriah sungguh rasanya. Dengan suasana dingin begini memanglah sungguh enak makan bersama keluarga.
"Ni nasi goreng, dan ini spaghetti untuk adik comel ni, " ujar seorang waitress yang membantu Monica menghantar hidangan.
"Ini fish and chip abang, " sila lah yer.
"Terima kasih kak," ujar Alia.
"Dia panggil kau abang. Terketar-ketar pinggan tu tadi, nasib baik tak jatuh. Apa macam Mer, kau ok ke,?" kata saya mengusik Amer.
"Alright, bereh boss," sambil memotong ikan yang sudah tersedia untuk di potong dengan muka yang sedikit 'cuak'.
Semua makanan dan minuman yang di pesan sungguh menyelerakan. Sambil makan sambil bersembang ramai-ramai tidak terasa pula yang kini kami berada jauh beribu batu dari rumah. Suasana santai begini cukup menghiburkan. Saat manis untuk bercuti mestilah di habiskan waktu bersama keluarga. Kita bekerja membanting tulang, memerah otak dan hasilnya di belanjakan untuk santai dan melancung dan juga sebahagianya untuk menderma kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Beginilah kehidupan yang terbaik pada hemat saya. Tiada jalan mudah dalam hidup ini. Hendak makan pun kena masak dan suap ke mulut. Makanan itu tidak masuk dengan sendirinya ke dalam perut. Jadi kena bersyukurlah kepada apa yang Tuhan telah anugerahkan rezeki buat kita.
"Nisa, makanan tu ok tak.?..Ni ambil sotong dan daging panggang makan dengan nasi goreng tu, memang sedap ni." sambil Mem men 'cedok' kepingan sotong dan daging yang telah di panggang.
Amer pun mengambil beberapa ekor udang yang telah kemerahan warna dan beberapa keping daging yang pada hemat saya dalam keadaan medium. Saya suka yang medium kerana texturenya yang masak seakan crispy dekat luar dan juicy di dalamnya.... 'you can feel a lot of activity in the mouth.... semua makan dengan lahapnya sambil ketawa di depan hidangan yang mengasyikkan pandangan mata dan menggiurkan rasa.
Sambil kami sekeluarga sedang menikmati hidangan lazat pada malam ini, sekali sekala saya memerhatikan ke arah kaunter dan melihat staf resort ini sedang bercerita dengan asyiknya sambil memandang ke arah meja kami. Saya rasa mereka sedang bercerita sesuatu tentang kami. Sambil bercerita kadang-kadang mereka tergelak kecil. Saya melihat Emilia pun ada sama. Mungkin kerja-kerja di bahagian kitchen sudah selesai. Dari jauh saya nampak dia tersenyum bila saya memandang ke arahnya.
Mungkin jua kesempatan seperti apa yang kami lalui ini tidak pernah mereka rasakan. Jauh sekali untuk melancung bersama keluarga ke Semenanjung misalnya. Manusia tidak pernah rasa puas di atas apa yang di nikmati. Ada saja yang menjadi kehendaknya yang masih belum tertunai sedangkan hidupnya jauh lebih meriah berbanding jiran sebelah. Di sebabkan rasa ketidak cukupan yang sering melanda jiwa boleh membawa manusia ke satu dimensi yang mencabar untuk melakukan perkara aneh yang bisa membahahgiakan jiwa mereka. Dalam kesempatan beginilah, sekiranya tidak di bendung, kehancuranlah jawapnya nanti.
Sesuatu yang tidak indah buat kita adalah keindahan tak terucap buat orang lain. Sama lah seperti keadaan di mana kita menginginkan satu kehidupan yang bagi setengah orang sangat membosankan. Saya terfikir mungkin gadis-gadis ini tersangat kepingin untuk merasa kehidupan dikota-kota besar sedangkan kita yang datang dari sana sangat ingin melarikan diri untuk ketempat apa yang sedang mereka alami kini. Kata orang, 'the grass always looks greener on the other side of the fence'.
Naluri manusia sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru, agar dengan sendiri merasa dan berada di alam tersebut bisa membuat seseorang itu tahu menilai apa yang sebenarnya yang terimpi olehnya. Begitu jua lah rasa saya apa yang teringin di lakukan oleh anak-anak muda yang kepingin merasa dunia yang berbeza. Tersilap langkah akan terjerumus ke lembah yang tiada maaf baginya. Pengalaman, skill sangat berguna untuk menyelesaikan kekusutan hidup.
Saya kagum melihat gadis-gadis ini melayar kehidupan secara suasana yang menjanjikan kedamaian. Jauh di pendalaman, terhindar dari arus perlumbaan materialistik tapi tidak jauh tertinggal dari segi pelajaran. Ilmu apa jua saja yang bernama ilmu sangat berguna dan banyak membantu dalam mencapai impian hidup. Ilmu tanpa pengalaman tiada lengkap rasanya juga pengalaman sahaja tanpa ilmu tidak juga lengkap. Kedua-duanya harus seiring.
Kebahagiaan hidup bukan tergantung kepada harta benda wang ringgit. Berapa ramai orang yang di anggap berharta akhirnya di 'makan' hartanya sendiri dan hidup penuh celaru tanpa sekelumit kebahagiaan. Kadangkala saya sangat menghormati orang-orang kampung yang kaya dengan ketenangan, kedamaian dan tingkah laku yang mempersonakan. Pasangan suami isteri boleh dengan bahagianya ketawa riang sambil menaiki motosikal atau sambil makan di bawah pohon rendang di tepi sawah. Sebaliknya berapa ramai orang berada naik kerta mewah tapi berkelahi sepanjang waktu.
Hidup ini tiadalah panjang seperti kehendak seseorang. Kita tiada pilihan tentang had umur, hanya boleh berikhtiar untuk memanjangkan'nya'. Setiap manusia mempunyai 'span/jangka masa' tersendiri dan di dalam 'span' itulah kita kena melakukan semaksima mungkin untuk membahagiakan diri sendiri, kaum kerabat, sahabat handai dan ummah seluruhnya. Setiap manusia di lahirkan ke dunia dengan misi tersendiri. Kita mempunyai berjuta pilihan dan kita lah yang mencorakkan diri sendiri....sudah tentunya dengan izin Allah. Sesuatu yang belum terjadi bukan takdir namanya. Setelah terjadi barulah di namakan takdir dan kita wajib redha, tawakkal tentang ketentuan yang tertulis di Lauhul mahfuz....tarlabih suda panjang....tapi itulah realitinya.
Setelah semua selesai menjamu selera dan jam pun menunjukkan pukul 8.30 malam, kami mahu beredar untuk berehat kerana esok akan menunaikan satu misi yang lain. Kami semua bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran. Semua staf berkumpul di kaunter hanya ada beberapa orang yang masih di bahagian dapur mungkin sedang membersihkan peralatan dapur.
"Macam mana makanan semua tu, ok ke tak?" tanya Suzanna selaku jurucakap agaknya.
"Sangat ok semuanya, sampai kami mengantuk oleh kerana terlalu banyak makan, " sahut Mem.
"Terima kasih lah puan atas compliment tersebut. Orang yang bertanggung jawab dengan hidangan tu, ini dia," jelas Suzanna sambil merujuk kepada Emilia.
"Ooo macam tu, baguslah kamu pandai masak, kahwin nanti....perempuan kalau pandai masak boleh ikat suami dengan air tangan," tambah Mem lagi. Kelihatan Emilia menganggokkan kepala dalam keadaan tersipu.
Sambil mengeluarkan wallet saya meminta bil.
"Saya minta diri dulu, esok ada lagi entah ke mana hendak di bawa, kami ni ikut saja....kenalkan ini Nisa namanya dan yang kecil ni Alia, anak bongsu kami dan yang ini..." belum sempat Mem hendak memperkenalkan Amer...
"Abang ni memang kami dah kenal...wajahnya saja, nama belum tahu," pantas Monica mencelah sambil di iringi gelak ketawa oleh semua yang berada di kaunter. Amer tersipu malu.
"Oooo kira laku juga anak auntie ni ye," jawab Mem secara berseloroh.
"Sangat laku auntie...alah kalau ada kamera boleh juga ber posing dengan abang macho ni, setakat handphone tak puas tengok..." kata Suzanna. Emilia diam saja, mungkin segan ke apa tak tahu lah saya.
"Aduui, panas...panas dah naik ke ubun-ubun ni, terima kasih banyak girls," berkata Amer sambil melangkah ke arah pintu masuk.
"Sama-sama kasih abaaaaanng...," beramai-ramai sambil ketawa. Seronok betul nampaknya dia orang.
Mem dan anak-anak terus keluar setelah bersalaman dengan staf-staf yang bertugas pada malam ini. Dan saya masih belum settle bil makan tadi. Bil nya tidak lah mahal sangat, berbaloi dengan hidangan. Saya sangat puas hati.
"Tadi kami 'mengumpat' uncle sekeluarga. Kami seronok sangat tengok, bahagia sangat...jealousnya kami..," Suzanna seperti biasa lah dengan ramah tamahnya membuka bicara.
"Saya dengan famili memang macam ni, bergurau dengan anak-anak...dari kecil sampai lah sekarang...se ingat saya tak pernah saya pukul anak-anak..," jawab saya, menyatakan sesuatu yang benar.
"Beruntungnya siapa dapat jadi sebahagian keluarga uncle, kan..kan..," tiba-tiba Emilia yang berdiri di belakang Suzanna bersuara.
"Ini tengok dari kulit saja, isinya belum tentu lagi bagus," ujar saya.
"Kita dapat agak lah uncle, macam mana orang yang berlakon dan berpura-pura dengan yang asli," Suzanna yang agak lebih matang ni memberi pendapat.
"Pandai kamu yer..apa-apa pun terima kasih banyak lah kalau kamu fikir macam tu," saya 'meng ia kan' pandangan mereka.
"Anak-anak uncle tadi cantik-cantik dan putih melepak, beruntung uncle ni," Suzanna memuji secara saikologi nya.
"Kamu semua tengok kan, haaa...itu ikut mak dia la, tak ada yang ikut saya pun," jawab saya.
"Siapa cakap, hidung yang tajam tu banyak mirip uncle lah," tiba-tiba Emilia bersuara.
"Emilia, terima kasih banyak, thumbs up untuk semua hidangan, anak-anak saya sangat suka sekali," kata saya memuji masakannya.
"Bukan saya yang masak, saya ni tukang potong dan hias saja...yang uncle panggang tu saya yang potong," jawabnya dengan jujur rasa saya.
"Dah dapat pujian tu, boleh lah nak rapat-rapat dengan abang macho tu Lia, aku pun teringin juga bha," usik Suzanna.
"Wooii...kena fight dulu, kita orang pun teringin juga nak mencuba nasib," kedengaran suara di belakang kaunter, saya tak dapat meneka suara siapa, mungkin Monika.
"Beeeetuuul....betul...," ramai-ramai sambil ketawa riuh rendah.
Seronok betul saya tengok gelagat budak-budak ini. Macam sudah kenal lama mesranya. Walhal baru semalam dan hari ini sahaja sembang-sembang. Dapat saya bayangkan bahawa mereka ini mencari keseronokan hanya bergurauan dengan pelanggan itu pun kalau ada pelanggan yang sporting dan 'mesra rakyat'. Itu adalah salah satu bentuk 'escapism' buat mereka semua.
"Kalau ada Liz sama tentu dia seronok," kata saya secara tiba-tiba.
"Aik lain macam uncle ni terbayangkan Liz, dah nak naik sawan atau rasa telinga tu masih kuat ke...kena tarik telinga kan bertempik nanti," selamba jer Suzanna perli.
"Kamu ni...ada-ada jer la. ..Ok ni duit untuk bil nya, yang baki tu keep the change...bukan banyak pun tu bakinya.." sambil saya melipatkan bil dan di masukkan ke dalam saku baju.
"Esok breakfast jam berapa?", tanya saya untuk memastikan masa.
"Jam 6.30 dah boleh datang. Tapi yang eloknya datanglah jam 7 ke atas, kita buka sampai jam 10 pagi," jelas Monica.
"Semua bertugas ke esok ni," saja saya tanya kerana saya tahu setengah tu kerja shift macam Emilia.
"Tak semua ada esok, yang kat coffee house ni ada yang tukar-tukar shift ikut hari juga lah, kecuali orang kuat ni," sahut Emilia sambil menepuk bahu Suzanna. Rupanya Suzanna ni paling senior dan merupakan supervisor dekat coffee house ni.
Saya mengucapkan selamat malam sambil beredar.
"Jalan baik-baik uncle, kat depan tu mungkin Huminudon sedang menunggu.," sempat lagi Emilia berjenaka sambil ramai-ramai ketawakan saya.
Emilia menemani saya hingga ke pintu, sambil daun pintu di buka lebar, saya melaungkan:
"Bundu Tuhan...Mangga Jatuh..."
"Ya...sudah lulus untuk 'jadi' Kadazan Dusun," balas balik suara-suara di kaunter.
Mereka semua melambai tangan dengan senyuman lebar terukir.
Sambil saya berlalu meninggalkan mereka yang sedang bertugas.
Malam masih belum larut. Jam baru sekitar 9 malam.
Lampu bumbung kaunter 'reception' menerangi sekitar kawasan tempat letak kereta/TLK sarat dengan kenderaan yang pelbagai. Keadaaan di tempat duduk/pangkin buluh di ruangan tamu bangunan tersebut memang sedang kosong.
Tiada nampak seorang petugas pun yang hadir, penyambut tetamu mahu pun juga sekuriti. Mungkin sahaja saya yang tidak ketahuan cara bekerja di sini. Atau waktu ini semua pekerja berehat atau sudah tiba waktunya pulang. Barangkali juga mereka 'on call' kerana kelihatannya tiada pengunjung yang datang. Lampu di dalam bilik yang terletak di bahagian belakang counter masih terpasang menjadikan kawasan ini mempunyai cahaya tetapi tidak lah terang benderang. Di bahagian beranda tempat saya berdiri, suasana bertukar menjadi suram yang mendamaikan.
Saya berdiri di sebelah pagar di mana terdapat satu ruang yang kosong berhadapan meja buluh. Yang terbaiknya tempat ini mengadap ke jalan masuk kampung Bundu Tuhan serta jalan utama ke Kundasang. Kelihatan gerai-gerai menjual buah-buahan serta sayuran masih beroperasi.
Malam ini langit penuh berbintang. Udara nyaman di hening suasana begini begitu menghiburkan. Terfikir sendiri betapa indah dan syahdunya malam, sungguh sesuai buat jiwa saya ketika ini, bertemankan suara nyaringan cengkerik dan lain-lain unggas yang mengindahkan persekitaran. Bulan bersinar penuh di temani awan gemawan melingkari bulan dengan berbagai bentuk yang sungguh menarik. Kerdipan bintang menjadikan langit begitu indah dengan warna keputihan yang mengimbangi warna bulan yang kekuningan.
Mungkin indah suasana bagi kita yang baru hampir hanya sekali menjejakkan kaki di sini tetapi sangat menjemukan bagi mereka yang sudah berkurun bertemankan suasana yang begini saban ketika. Waktu begini dunia seakan sudah hampir terhenti beraktiviti, hanya sinaran lampu jalan, kerdipan lampu dan pelita rumah yang masih izin memberi cahaya. Tiada hiruk pikuk kenderaan lalu lalang cuma sekali sekala ada yang berhenti untuk membeli buahan atau membuang air.
Di kejauhan rumah-rumah seakan sepi. Sekali sekala terlihat cahaya gemerlapan keluar dari rekahan dinding kayu rumah oleh sinaran cahaya tv dan sekali sekala juga terdengar suara memecah sayup-sayup di kejauhan. Mungkin berseronok nonton tv. Lain-lain aktiviti seakan terhenti. Maya yang luas ini di imarahkan oleh kesamaran rupabentuk rumah-rumah di lembah dan di kaki lereng bukit menghangatkan panorama malam ini. Kerdipan bintang seirama kerdipan lampu rumah-rumah yang menghiasai seluruh lembah Bundu Tuhan ini.
Terfikir di hati apalah yang penduduk di sini lakukan sewaktu begini. Selain nonton tv dan minum-minum di warung kampung ini, rasa saya tiada lagi aktiviti aktif cuma aktiviti pasif sahaja yang mereka lakukan. Jauh sekali dari sembang-sembang kosong di kedai mamak, di coffee house, hotel atau menghabiskan duit di pasaraya. Damai yang tidak terhingga. Tapi inikah bentuk kehidupan yang majoriti penduduk di sini dambakan? Atau hanya terpaksa dan sahaja mengikut rentak kehidupan yang telah menjadi rutin harian mereka di sini.
Bagi saya inilah suasana yang saya impikan. Jauh dari segala yang tidak saya senangi malah ruangan begini adalah yang terbaik buat manusia se usia saya untuk mengabdi diri demi mengimbangi masa lalu yang telah saya habiskan. Setelah jauh mencapai dan mengharungi hidup yang penuh badai, sudah tentulah ketenangan yang kita dambakan, dan ketenangan itu saya temui di tempat begini. Saya tidak rasakan mereka yang menghuni di sini dapat menilai dan merasakan apa yang sedang saya rasakan kerana buat mereka sudah terbiasa dengan tempat ini, dan kadangkala berubah menjadi neraka yang menyiksakan.
Mereka sudah bosan berteman bukit bukau, lembah yang menjanjikan esoknya kerja berat yang menanti. Jadi yang mereka inginkan adalah satu corak kehidupan yang berlainan yang kononnya dapat berjalan seiring dengan kemajuan material dan inginkan pendedahan dan pembabitan di dalam arus kehidupan yang lebih deras pecutannya. Masa muda mereka tidak mahu di jalani dengan rutin yang membosankan. Mungkin bagi mereka tempat ini hanya sesuai untuk penghuni tua seperti saya...ya..mungkin mereka betul..bukan lagi mungkin tetapi tersangat lah betul telahan mereka. Kita sudah muak berada di dalam hidup sedemikian, sedangkan mereka baru ingin bangkit dari lelahan kepayahan hidup desa yang menghimpit.
Hidup di desa kononnya tidak layak menjadi orang moden. Untuk menjadi moden perlu ikut beberapa aturan. Gadis remaja berperangai kurang sopan, memakai make up, berseluar jean dan t-shirt ketat yang mempamirkan bentuk badan dan meniru gaya artis barat dengan bertatu, bertindik hidung, lidah, pusat dan segala anggota yang bisa di tindik.
"sekarang aku sudah merokok dan sekali sekala aku mabuk bila saja aku ke disco dan pub"
Itulah ukuran kemodenan yang anak-anak muda sekarang selalu lakukan. Konon dengan merokok dan mabukan menjadikan mereka lebih moden dari orang sekitar. Budaya yang terpamir di kota-kota di bawa pulang dan menjadi idaman anak-anak muda lainnya, ingin ikut serta berhijrah ke kota yang besar meninggalkan kehidupan kampung yang konon masih kolot anutannya. Ibu bapa sangat tidak menggemari anak-anak gadis merokok dan mabukan segalanya, tetapi saya tersangat hairan kerana di kalangan orang-orang dewasa bukan lelaki tapi mak cik- mak cik, ibu-ibu ramai yang merokok.
Di kampung-kampung suami isteri merokok adalah amalan biasa sahaja. Mereka boleh melakukan tetapi tidak di benarkan anak-anak melakukan yang sedemikian. Ibu bapa adalah contoh dan idola anak-anak. Lahir sahaja ke dunia yang di pertontonkan adalah kelibat perangai orang tua nya. Itu lah latihan hidupnya anak-anak dan membesar bersama dalam lingkungan ayah bonda.
Sampai sekarang saya tidak mengerti bila sahaja ada ayah ibu merokok...terutama ibu merokok yang di anggap kurang senonoh perangainya jika di lakukan di khalayak ramai. Tetapi wanita-wanita moden yang sudah lanjut usia berbangga merokok di majlis-majlis besaran dengan megahnya. Ini 'reality' bukan omongan semata. Berpakaian menjolok mata dengan 'make up' tebal bersama dandanan rambut potongan pendek yang kadangkala sangat tidak sesuai dengan umur, mereka merasakan semua itu menjarakkan diri menjadikan status mereka terangkat lebih ke aras berlainan darjat dengan ramai orang. Saya sangat bingung. Kita di Asia bukan Eropah. Masing-masing tempat punyai keperibadian, tatasusila dan adat budaya tersendiri.
Terdapat juga anak-anak muda kini sudah bosan dengan kehidupan material dan mencari damai dengan langkah spiritual yang menjanjikan suci hati, tenang jiwa, murni diri dengan cara yang sangat berbeza. Pelaku-pelaku spiritual ini bila berbicara lembut tutur katanya, murni jiwanya, kaya sikap amanahnya dan jauh sekali menyakiti hati orang sekeliling. Mereka ini orang yang kental jiwa. Banyak sudah saya temui mereka yang tergolong ke arah spiritual ini. Kiranya itu hidayah dari Yang Maha Esa.
Melihat staf resort ini yang masih dengan sifat rendah diri, santun dan tenang sentiasa, dapat saya rasakan mereka ini lahir dan terdidik di lingkungan suasana damai yang tidak menitik beratkan material tapi lebih kepada kehidupan sederhana yang menjanjikan damai. Sebenarnya kaya itu bukan sahaja dari segi material tetapi banyak hal yang membantu untuk menjadi kaya seluruhnya.
Ada orang kaya harta tetapi miskin rupa, miskin tingkah laku, dan inferiority complex nya itu di terjemahkan dalam bentuk material untuk mengimbangi kekurangan diri, tetapi sebenarnya jiwa mereka kosong dengan ada-adaan yang palsu/plastik jauh dari originalnya. Mereka tidak bisa terhasil menampilkan yang original dengan tahap spiritual yang rendah. Semakin hari semakin di mamah usia dan gusarnya menjadi igauan jiwanya dan semakin mempertingkatkan tahap plastiknya yang akhirnya memusnah diri. Ada orang kaya berpelajaran tinggi, cantik fisikal tapi dalaman, spiritual dan tahap emosi nya tersangat rendah yang akhirnya menjadikan hidupnya tanpa imbangan/balance....lalu terjatuh.
Tinggi IQ dan tinggi emotional intelligence adalah dua perkara yang berbeza. Saya ada terbaca, orang yang paling tinggi IQ nya Christopher Langan/the smartest man in America dengan bacaan 195-210 melangkaui manusia biasa yang berada di sekitar 100, Albert Einstein 150 dan Mentally Retarded 65 tapi Chris bukan menjadi orang kaya oleh tahap hebatnya IQ, tapi orang lain yang mempunyai tahap IQ biasa-biasa seperti Bill Gates, Paul Allen, Oprah, Steven Spielberg dan Mark Zuckerberg serta beberapa tokoh tersohor dunia yang setengahnya merupakan 'drop out' yang menyinar hidup.
Chris menjadi bouncer di pub berbanding orang lain yang menempa kejayaaan dengan kekayaan harta benda. Kita pun tidak tau apa sebenarnya yang orang-orang tinggi IQ inginkan dalam hidup mereka. Emotional intelligence juga memainkan peranan sangat besar dalam kehidupan makhluk yang bernama insan.
Manusia selalu membuat keputusan yang salah, silap ketika saat emosi tidak stabil. Banyak kes perceraian, pembunuhan, membunuh diri dan berbagai kes kronik berlaku bila manusia hilang pertimbangan untuk mengawal emosi. Penyesalan selalunya datang terlambat. Emotional wisdom merupakan salah satu tatacara bagaimana seseorang boleh mengubah rasa marah, kemurungan dan juga ketakutan terlampau.
Dengan tahap spiritual yang rendah/kurang iman manusia senang di jangkiti penyakit dalaman yang bersifat jiwa murung. Kadangkala sindrom begini tiada kaitan dengan genetik, keturunan tetapi persekitaran banyak membentuk perilaku manusia untuk terdorong melakukan sesuatu di luar kotak fikiran rasional.
Sesetengah orang pula cuba beralih kepada 'alternative/traditional healing', guna pak dukun/bomoh, ada yang bertambah parah dan tertipu lagi oleh penangan bomoh yang mengaku hebat ilmu dalamannya, walhal dia pun tidak tahu siapa dirinya yang sebenar. Kalau dia/bomoh sedar siapa dirinya, maka dia pun jadi takut untuk menipu.
Saya tidak menafikan ada pengamal perubatan tradisional yang tulin, yang menggunakan ayat-ayat Allah dalam amalannya. Tapi seperti yang selalu terpapar dalam akhbar, ramai yang masih percaya kepada bomoh dan selalu tertipu dengan wang ringgit malah yang lebih parah tergadai maruah di perlakukan bomoh...untung jadi bomoh ni...
Hidup ini sebenarnya penuh kejutan.
Dan kadangkala kejutan itulah yang menjadikan siapa kita di hari ini, dan kejutan itulah yang jua mencorakkan apa yang kita sedang lalui kini.
Letih berdiri saya melabuhkan punggung di atas pangkin buluh yang tersedia. Enak sekali. Sejuk segalannya walau saya berseluar tebal dan berjaket.
Buluh adalah barangan sustainable. Ini lah yang patut di jadikan bahan sebahagian binaan. Jika di rekabentuk dengan teliti dan penuh wawasan tak mustahil ia menjadi satu bangunan icon untuk sustainablity.
Di Indonesia, Thailand dan Vietnam banyak sekali di beri penekanan bangunan yang di perbuat dari buluh. Malah negara maju seperti German sekarang sudah mula menggunakan buluh terutama untuk deco dalaman.
Yang anehnya masyarakat kita di kawasan tropika ini menjadikan bangunan batu sebagai lambang pemodenan. Bangunan yang di perbuat dari bahan tempatan seperti kayu dan buluh beratap nipah dan illang di anggap sudah ketinggalan zaman. Manusia Eropah membina bangunan mereka yang sedemikian rupa adalah berpandukan cuaca dan persekitarannya. Apa sahaja dari barat di anggap bagus dan kita meniru membuta tuli.
Saya memang susah untuk tidur malam kecuali lah sudah terlalu kepenatan atau bila secara fizikalnya sangat terlalu keletihan. Keluarga saya sudah terbiasa kalau saya terjaga atau mereka terjaga dan melihat saya masih segar. Sebelum datang ke kaunter reception tadi saya singgah di bilik untuk mengambil kunci. Saya pun tidak tahu bila saya akan masuk bilik untuk tidur. Daripada saya terbuka mata terkelip kelap se orang diri ada baiknya saya menyedut udara dingin sambil menikmati suasana malam yang indah. Dia orang tidak mahu ikut, mungkin kerana keletihan petang tadi, tambahan pula dengan makanan yang banyak semasa dinner. Lagi pun saya terbiasa akan menyedut nikotin selepas makan tambahan makanan yang pedas.
Saya menghormati mereka yang tidak merokok dan sangat tidak sopan merokok di kalangan orang banyak yang cuba menjauhi nikotin. Untuk tidak mengganggu mereka elok lah saya bawa berjalan di persekitaran resort dengan menikmati bayu malam yang ramah serta menghiburkan. Manusia mencari damai dengan berbagai cara. Musik adalah sebahagian dan ada jua kedamaian di perolehi suasana sunyi yang hanya di temani oleh penghuni alam yang benar-benar natural/semula jadi..
Suasana malam begini membuat saya teringat akan suasana kampung sendiri. Di mana jua di Malaysia suasana kampung mirip sama. Yang berbeza cuma penghuninya saja. Orang-orang tua di kampung biasanya melepak di kedai kopi. Hampir 90% orang kampung saya buta huruf. Yang pandai menulis membaca biasanya yang bekerja sebagai polis, guru atau kerani. Ini pun golongan muda, yang jadi ibu bapa rasa saya lebih 90% buta huruf. Jadi waktu malam mereka ramai-ramai berkumpul di kedai kopi mendengar cerita oleh mereka-mereka yang pandai baca akhbar. Maka berceritalah pembaca akhbar itu tentang topik semasa. Yang paling popular tidak lain lah berita politik. Di kampung saya dulu tiada satu pun rumah yang ada tv, yang ada radio pun boleh di hitung dengan jari.
Biasanya selepas sembahyang isya' di masjid mereka langsung ke kedai kopi tempat lepak. Sambil pekena teh o atau kopi o mereka asyik bercerita fasal politik. Para isteri menemani anak-anak belajar atau buat apa-apa yang patut di rumah.
Mencuri sangat jarang kedengaran. Kalau ada pun yang kena curi mesti lembu atau kerbau. Dan satu kampung lah pergi mencari. Meriahnya masyarakat kampung dulu. Muafakat, gotong-royong, politik semuanya tidak kira tentang upahan. Hidup mereka bahagia tanpa di 'tatang' oleh kemodenan yang berpaksikan materialisma.
Tiada lampu jalan. Malam hanya bertemankan cahaya bulan. Teringat balik memang sungguh klasik kehidupan di kampung dulu. Setiap rumah pasti ada lampu suluh. Dulu lampu suluh itu ibarat hand phone. Semua orang ada lampu suluh kecuali seorang dua yang memang tidak suka lampu suluh, tetapi suka menggunakan jamong yang di perbuat dari pelepah/daun kelapa. Bila pasang jamong itu terang benderang sekitar kawasan.
Satu lagi orang tua-tua guna 'chedok/pelita ayam yang di masukkan ke dalam bekas biasanya tin minyak tanah yang di tebuk 'lubang/casing' untuk di masukkan pelita ayam terebut. Bila angin dan hujan melanda, pelita tersebut tiada akan terpadam dan masih boleh di gunakan kerana ada 'casing' yang melindungi api pelita tersebut. Canggih juga teknologi orang dulu-dulu. Murah dan tiada barang terbuang.
Apabila rumah terang benderang, itu tandanya ada majlis tertentu sedang berlangsung, umpamanya kenduri kahwin, tahlil, doa selamat dan berbagai lagi. Yang paling seronok adalah kanak-kanak, datang ramai-ramai berkumpul di halaman rumah dan bermain permainan tradisional atau bermain 'hide and seek' sampai lah lampu padam dengan berakhirnya upacara di atas rumah dan upacara di halaman rumah juga turut selesai. Seronok tiada bandingan.
Lampu yang di gunakan adalah jenis lampu 'gasoline' di mana lampu tersebut di pasang menggunakan minyak tanah dan bulb yang di perbuat dari se jenis material/cloth yang sangat fragile. Lampu hendaklah di pump terlebih dahulu dan apabila anginnya mencukupi maka di adjust meter mengikut sukatan tertentu. Untuk memadamkan, hanya lepaskan angin dan dengan sendirinya bulb beransur malap dan padam. Sekarang tiada lagi semua suasana demikian. Yang tinggal hanyalah kenangan.
Bercerita fasal re-cycle, renewable energy, orang dulu-dulu sudah lama berzaman mempraktiskannya. Sama juga kita sekarang cerita fasal 'sustainability', nenek moyang kita terlebih dahulu mengamalkanya. Buka saja mata, buka saja tingkap, buka saja pintu, tengok sekeliling semuanya penuh kehijauan. Tanaman semua guna baja organik, air guna perigi yang banyak 'mineral'nya, apa lagi yang orang kampung tidak lakukan. Kita yang tinggal di bandar sudah tidak lagi menggunakan semua itu.
Kajian demi kajian di lakukan dan yang membuat kajian itu pula kononnya pakar-pakar di bidang tersebut terdiri dari mat salleh-mat salleh bermata biru, bercerita fasal 'green living, sustainability, eco-friendly dan bermacam-macam perihal yang pada hakikatnya nenek moyang kita telah lama mempraktiskan dan telah menjadi sebahagian dari kehidupan persekitaran mereka. Tetapi salahnya moyang kita tiada documentation, maka siapa yang buat research/kajian mengenai subjek tersebut, dia lah yang claim/mengaku bahawa merekalah menjadi pencetus kepada bentuk kehidupan demikian dan kita pun turuti apa yang sebenarnya sudah lama di guna pakai dan menjadi anutan masyarakat setempat dahulu kala.
Kita tidak pernah terdengar zaman kita dulu orang-orang kampung membunuh diri, malah di kampung saya tiada langsung. Kehidupan persekitaran yang damai dan masyarakat yang saling membantu menghindarkan segala malapetaka tersebut.
Tetapi sekarang mulai sedikit demi sedikit peristiwa tersebut mula melangkaui sempadan dan menceroboh ke kawasan pedalaman. Ini semua di dorong oleh arus pemodenan yang hidup mengejar materialisma menjadikan manusia lupa nilai-nilai diri yang mana satu harus di titik beratkan. Dan terjadilah masalah tekanan perasaan yang menjurus kepada berbagai penyakit seperti Compulsive Obsessive Disorder, Bipola, Conversion Disorder, Seasonal Affective Disorder dan berbagai lagi yang memerlukan terapi diri. Jika tidak di tangani maka akan menjadi satu penyakit sosial yang hampir memusnahkan bangsa sama seperti masalah dadah yang sedang melanda kini.
Bila saya pulang ke kampung, terasa sangat sedih berbaur kecewa dengan orang-orang yang bertanggung jawab menjaga masyarakat, maksud saya pemerintah yang di beri mandat oleh rakyat. Kebanyakannya asyik berpolitik tanpa sebenarnya mendalami apa sebenarnya yang sedang hangat berlaku di akar umbi. Sudah ramai anak-muda yang terlibat dengan kegiatan dadah. Di kampung-kampung di negeri-negeri bersempadankan negara jiran seperti Thailand, penawaran untuk dadah sangat terbuka dan senang di perolehi. Di kampung saya, sudah ramai anak-anak muda yang meninggal akibat angkara dadah durjana.
Wakil-wakil parti memerintah seperti ketua ugama, ketua kampung dan jawatankuasa-jawatankuasa kampung semuanya aktif tapi tidak berbuat sesuatu untuk membendung masalah dadah. Bercerita fasal politik siang malam, cerita fasal halal haram dan segala hukum hakam ugama tapi tidak berusaha ke arah menyelesaikan masalah sosial yang mendarah daging ke atas kaum bumiputera. Mengikut statistik, kaum bumiputera mengungguli carta yang tertinggi jumlah penagih.
Pemerintah negara ini adalah terdiri ramai ahlinya dari kalangan bijak pandai bumiputera, tetapi lihatlah kepada generasi pelapis yang 'lentok' bersama marijuana, morphine, ecstacy dan segala pil pembunuh. Adalah satu tanggung jawab besar pemerintah untuk menangani gejala ini, bukan hanya pandai bercerita fasal fardhu ain saja, lain-lain tuntutan seperti fardhu kifayah juga perlu di seimbangkan.
Siapa pembunuh sebenar pemuda pemudi kita?
Saya jadi bingung.
Saya pernah secara peribadi bercerita fasal bahaya dadah dan pendekatan bagaimana yang harus di lakukan dengan teman-teman di pusat pemulihan dadah di Cheras dan Raub Pahang. Pada penelitian saya, pusat pemulihan ini sangat penting tetapi pendekatannya yang kurang berkesan. Saya ada mengenali beberapa orang dari kalangan penagih yang telah menjalani perawatan di pusat-pusat pemulihan dadah, yang akhirnya mereka kembali aktif menjadi penagih. Setelah diselidiki, punca sebenar kenapa berlaku demikian ialah mereka tidak ada 'after sales service' walau pun pihak ADK/Agensi Dadah Kebangsaan memang ada memantau tetapi bukan pantauan itu yang berkesan untuk menghindar mereka kembali aktif menjadi penagih.
Sebenarnya mereka masih mempunyai cartel yang sedang bebas berleluasa dan mereka inilah yang memujuk dan menjadikan penagih-penagih ini kembali aktif. Saya pernah melawat saudara saya yang berada di pusat pemulihan dadah, saya melihat dia pulih sepenuhnya kerana suasana dan persekitaran yang menjadikan mereka tidak lagi mengambil dadah. Sebulan sahaja di luar pusat dia kembali aktif mengambil dadah atas pengaruh cartel yang sukar di elakkan.
Perlu di ingat bahawa mereka, para penagih ini tersisih dari masyarakat, menanggung malu sekembali dari pusat pemulihan dan yang penting mereka perlu pekerjaan. Di sebabkan masalah ini tidak di tangani maka mereka kembali menjadi penagih dan melakukan jenayah ragut, pecah rumah, mencuri dan segalanya. Mereka tidak mahu memilih jalan sedemikian tetapi tekanan, desakan, umpanan cartel yang mendorong mereka menjadi begitu.
Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit setiap bulan bagi menangani masalah dadah, tetapi hasilnya pada hemat saya tidak sampai 20% yang betul-betul terselamat, jadi tujuan pemulihan kurang berhasil tidak memadai dengan belanja yang di gunakan. Pihak berkuasa perlu ada satu mekanisma baru bagi menjayakan projek pemulihan, mungkin dengan mengadakan ladang-ladang tanaman untuk mereka bekerja, yang jauh dari pengaruh dadah dan di bina penempatan terkawal dengan segala kemudahan fisikal dan spiritual. Lagi pun negara kita bukan pun menjadi 'self sufficient on food production'. Daripada mengambil pendatang/pekerja luar negara yang banyak mendatangkan masalah lebih baik guna pakai tenaga yang tersedia ada, dan boleh di jadikan strategi serampang dua mata.
Banyaklah cara yang boleh di fikirkan dan negara ini tidak ketandusan ilmu dari pakar-pakar hebat di bidang sosiologi dan saikologi. Umum mengetahui ilmu-ilmu dari segi Emotional, Spiritual, Creative, Artificial intelligence/quotient ini sangat penting dalam membentuk keperibadian.
Apabila merenung alam dan melihat kelibat silhoutte Gunung Kinabalu yang menjadi backdrop panorama alam, terfikir dan teringat bagaimana manusia yang cerdik pandai menjadikan hak milik kita sebagai kebanggaan mereka dan di jadikan bahan sejarah untuk di agung dan di akui dunia. Contoh nyata adalah tentang 're branding' dengan menamakan gunung-ganang, tanah tinggi seperti Fraser Hill, Cameron Highlands, Maxwell Hill, dan lain-lain itu hakikat sebenarnya bukanlah mereka/mat salleh-mat salleh ini yang menemukan tempat-tempat tersebut, tetapi yang nyata sudah lama terdapat penempatan di situ, Orang Asli lebih lama tinggal di situ, tetapi oleh kerana tiada dokumentasi maka dia orang claim yang dia orang lah yang merupakan orang pertama yang menemui tempat-tempat tersebut. Memang lagi terang-terang kena kelentong, tidak masuk akal langsung yang selama ini tiada manusia yang menghuni tempat-tempat tersebut.
Sama juga halnya dengan Sir Edmund Hillary yang kononnya orang pertama menawan puncak gunung Everest, walhal bapa, datuk nenek Sherpa Tenzing itulah yang panjat/naik setiap hari. Secara logiknya memanglah betul semua itu, dan Sherpa Tenzing yang menjadi porter itulah sebagai buktinya. Kalau Sherpa tidak pernah naik/panjat dan baru pertama kali naik dengan Sir Edmund, macam mana pula dia boleh jadi porter, tukang pandu arah, tunjuk jalan dan bawa barang. Yang betul-betul orang sebenar menjumpai serta menawan puncak Everest itu adalah nenek moyang Sherpa, tetapi tidak di dokumentasikan. Kena kelentong lagi.
Tapi kita tidak boleh menyalahkan mat salleh-mat salleh ini, memang pun kerja dia orang mencari nama untuk tujuan sejarah. Sedangkan kalau ikut sejarah 70000 tahun dahulu sudah ada manusia yang tinggal di kepulauan Melayu, contohnya Perak Man. Orang-orang itu lah yang jadi peneroka sebenar bukannya pengembara yang baru-baru muncul mencari glamour ini. Jadi kehebatan mereka ialah pandai memanipulasi fakta dan berselindung di sebalik 'RE BRANDING'.
Samalah juga kes nya dengan Gunung Kinabalu ini, banyak tempat yang terdapat nama mat salleh . Takkan lah dulu-dulu tidak ada orang Kadazan yang naik/panjat gunung itu. Pada hal sudah beribu kali dan sudah berapa keturunan yang duduk panjat gunung ini tapi akhirnya nama mat salleh juga yang terpahat di dada sejarah.
Sama juga halnya dengan pelayaran, nama Ferdinand Magellan yang menjadi sebutan pada hal yang betul-betul mengelilingi sepenuhnya dunia ialah Henry The Black..atau Enrique of Malacca....siapa Henry ni?..orang Melayu panggil dia Panglima Awang...kalau dulu kala pangkat Panglima sudah dikira hebat sangatlah, bukan calang-calang orang dapat menjawat jawatan Panglima, ilmu persilatan/mempertahankan diri secara fizikal dan batinnya mestilah hebat.... beliau diangkat menjadi 'pembantu peribadi' Magellan macam 'body guard' lah, tetapi mat salleh menamakannya sebagai 'abdi'...biasalah macam itu. Tapi namanya tidak di ketengahkan, malah di tenggelamkan dalam lipatan sejarah.
Mengikut sejarah, Magellan mati di Filipina, tapi Henry The Black masih bernyawa, dia pandai seni silat, banyak ilmu pertahanan dirinya/logik lah dia tidak mati, jadi dia lah yang meneruskan pelayaran tersebut seterusnya. Orang-orang Melayu dulu memang sangat tersohor sebagai 'good sea farers'...sebenarnya nama jung/junk-big vessel itu asal perkaaan Melayu (sila rujuk buku Lord Of The Rim, oleh Sterling Seagrave), ini bermakna orang Melayu sudah terkenal sebagai pelaut/pelayar yang hebat. Ada sumber yang mempunyai bukti peninggalan peralatan-peralatan seperti teropong bertarikh 1520 dan jam bertarikh 1526 yang di bawa balik oleh Panglima Awang ini sekarang tersimpan di kalangan saudara maranya. Makamnya terdapat di Rembau....nak percaya atau tidak terpulanglah...pergilah Rembau tengok sendiri.
Kalau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah membuat bot/jung ini pergi sajalah ke Pulau Duyung, Terengganu dan berjumpa En. Abdullah, seorang pembuat kapal layar kayu tersohor di dunia. Tempahan kapal hasil ciptaan beliau bernilai puluhan jutaan ringgit, di tempah oleh orang-orang ternama dari seluruh pelusuk dunia. Beliau di anugerahkan 'honorary doctorate' dalam bidang rekacipta dan pembuatan kapal layar oleh sebuah badan pelayaran dunia. Beliau selalu di jemput memberi syarahan/taklimat tentang pembuatan kapal di serata universiti, kolej, pertubuhan dsbnya yang berkaitan dengan bidangnya, sedangkan beliau ini orang tidak mempunyai mana-mana sijil, diploma apatah lagi ijazah di bidang pembuatan kapal, yang sekarang ini di kenali sebagai Naval Architect.
Inilah pandangan semasa tentang Pulau Duyung. Terdapat satu limbungan membuat kapal dan mereka/pembuat-pembuat kapal ini masih aktif membina kapal mengikut tempahan.
Di sini juga tersohornya kisah perkahwinan seorang wanita Perancis yang terpelajar bernama Rohani Longet dengan seorang pelaut dan juga 'boat builder' anak tempatan yang bernama Awi.
Sebagai tanda kenangan, mereka berdua membina satu resort untuk back packers di namakan Awi's Yellow House di buka sekitar 1972 dan kekal hingga kini, betul-betul terletak di pinggir sungai Pulau Duyung. Tempat ini menjadi satu legenda tersendiri.
Oleh kerana ibu bapa dulu-dulu buta huruf maka mereka tidak mahu anak-anak mereka tergolong nasib yang sama seperti mereka. Mereka bekerja keras membiayai persekolahan anak-anak supaya menjadi manusia berguna kelak. Atas kesedaran itu lah ramai anak-anak di kampung sebaya saya semuanya menghadiri sekolah, walau masih belum ramai ke menara gading masa itu , sekurang-kurangnya dapat membaca dan menulis.
Bila teringat zaman kanak-kanak, tentang pengorbanan ibu bapa terasa sangat sayu sekali. Saya yang masih berpeluang berdiri di sini semuanya berkat usaha dan keringat ibu bapa. Dalam malam pekat begini lah mereka mengharungi hidup dengan penuh rasa syukur. Jauh dari pengaruh arus kemajuan di bandar-bandar besar, mereka berjuang bukan kerana pangkat, bukan jua kerana imbuhan, atau mengharap pulangan dari perjuangan mereka, tetapi semata-mata kerana yang bernama 'perjuangan'. Perjuangan mereka suci, ikhlas dan penuh pengorbanan. Jauh sekali bezanya dengan perjuangan oleh pejuang-pejuang negara sekarang yang kebanyakkanya lahir dari kemewahan/silver platter, manalah mereka tahu erti perjuangan yang ikhlas dan jujur. Lihatlah sendiri apa yang terhidang sekarang....kebanyakkan nya adalah perjuangan untuk perut dan poket sendiri semata. Kualiti perjuangan semakin hilang dan mungkin akhirnya sekira ini berterusan maka kita akan di kutuk cucu cicit di atas perbuatan yang hanya mementing diri. Benar seperti kata seorang pujangga:
'we don't inherit this world from our ancestors, but we just borrow it from our grand children'
'Morale' nya bila kita pinjam sesuatu, kita hendaklah pulangkan balik dalam keadaan sebagaimana kita pinjamkan dulu. Tapi sekarang bukan saja tidak di pulangkan malah di hancur leburkan sama sekali. Betapa kejamnya manusia yang tidak berperi kemanusiaan melakukan kehancuran ke atas alam pinjaman sementara ini. Budi bahasa, santun dan bertanggungjawab, jujur serta amanah sudah menjadi sejarah dan di tiup angin bagaikan debu di jalanan. Orang tidak lagi melihat itu semua, yang di kejar adalah kuasa, harta kekayaan, wang ringgit, kesombongan dan keangkuhan diri, sedangkan dia bukanlah boleh bertahan seribu tahun pun. Betullah juga pendapat yang mengatakan:
'human is the animal of emotion'
Bezanya kita dengan haiwan sangatlah dekat, yang berbezanya kita di anugerahkan fikiran, minda sihat yang tidak kedapatan pada haiwan semua. Kiranya nikmat itu di tarik balik maka tak ubahlah haiwan jadinya manusia ini. Kita patut bersyukur di atas status begini, tetapi berapa ramai yang mengsyukuri. Sekarang ini manusia lagi ramai yang menjadi lebih kejam dari haiwan....jadi bagaimana itu tafsirannya.
Saya jadi bingung lagi.
Bila melihat damainya alam dengan kehijauan memikat jiwa, sangat sayanglah sekiranya satu hari nanti kawasan ini juga terpaksa menghadapai pemodenan yang membentuk awan hitam yang akan menimpa masyarakat dengan pelbagai masalah sosial nantinya. Sehingga kini saya teruja dengan segala yang terpamir di sini....masyarakatnya, gunung ganang, udara, cuaca, lembah hijaunya dan seluruh persekitaran menjadi tempat ini sesuatu yang teramat di senangi untuk di kunjungi juga untuk di diami.
Bayu malam berhembus lembut. Saya terpaku dengan panorama alam semesta. Indah tak terucapkan. Bunyi unggas masih kedengaran mendendangkan irama yang sudah lama saya tidak menikmatinya. Bau haruman rumput ilalang dan pohonan sangat menyegarkan. Kiranya cuaca tidak keterlaluan sejuknya ingin saja saya melabuhkan tirai malam di atas pangkin buluh yang sudah pasti menjanjikan tidur dan lena yang panjang.
Inilah persimpangan Bundu Tuhan. Saya terjemahkan kenangan di Puncak Borneo Resort, Bundu Tuhan dengan sekeping lukisan sebagai tanda hormat dan cinta saya kepada petempatan asing di satu daerah yang baru saya kenali tetapi sudah terpahat kenangan yang akan tersimpan menjadi sejarah buat saya. Suasana ini di lakar saat matahari perlahan-lahan menyemarakkan sinaran cahaya berbagai warna menyirami sebahagian lereng-lereng dan hutan hujan tropika yang subur. Cahaya matahari petang mengindahkan landskap alam dengan merubah warna pucuk-pucuk hutan dan dinding serta bumbung bangunan yang tersergam di persimpangan Bundu Tuhan. aduh....terpana saya dengan penuh keasyikan.
Teringat kata-kata Liz semalam :
"Saya teringin sangat ke KL, dengar cerita teman-teman teruja jadinya." sambil tepat memandang ke arah saya seperti meraih simpati.
"Bukan semua ada di kota besar menjanjikan kebahagiaan. Terpulang macam mana nasib di rantau, kalau batu tenggelam hahahah," sahut saya secara berseloroh.
"Saya serious ni uncle, kata orang jauh berjalan luas pandangan," beria-ia benar nampaknya.
"Kalau betul luas pandangan banyak pengalaman tu ok sangat lah, yang takut nanti kecundang di tengah jalan," sambut saya semacam mengingatkan apa cabaran yang akan di tempuh nanti.
"Kawan-kawan semua ok bhaa...pandai cakap Semenanjung dah lagi sekarang," ceritanya dengan seronok tentang perubahan kawan-kawannya yang telah berhijrah.
"Itu yang tak bagus.. sudah melupai akar umbi. Pelik juga ye, orang jauh nak datang dan kalau boleh tinggal menetap di sini , tapi orang sini mahu keluar merantau....tapi tu lah lumrah kehidupan," kata saya dengan nada yang semacam keliru.
"Di mana pun ada cabaran tak kira kampung atau bandar, betul tak uncle?" serunya seolah-olah mencari kepastian dari saya.
"Betul cakap kamu tu...tapi yang banyak rosaknya ialah budak-budak kampung senang di gula-gula dan lekas percaya pada orang asing... tambahan budak-budak perempuan yang cantik-cantik macam kamu ni, bermacam godaan dan dugaanlah yang di tempoh," balas saya supaya dia lebih berfikir waras sebelum membuat keputusan.
"Bukan apa uncle, teringin untuk buka minda tak nak jadi katak bawah tempurung," jelasnya menyatakan hasrat murni yang terpahat di hati.
"Kalau merantau kerana pekerjaan dan cari pengalaman...haa..tu bagus, tapi kalau merantau tanpa tujuan takut nanti tak balik kamu, KL tu macam-macam manusia penyangak, penipu semua ada....kalau ada saudara mara yang pantau ok lah juga..kalau 'kepala sebiji' tu kena hati-hati...bukan saya 'against the idea' orang merantau, saya dulu pun merantau tapi untuk sambung pelajaran," jelas saya supaya membuka kotak fikirannya untuk lebih rasional membuat keputusan.
"Ok uncle saya akan ingat pesanan tu sampai bila-bila," ujarnya sambil memandang saya dengan penuh rasa hormat.
Itulah luahan hati anak muda yang ingin mencuba nasib dan merasa hidup sebagai perantau. Hijrah adalah sesuatu yang bagus kerana membuat kita lebih gigih berusaha di rantau orang. Ramai yang berjaya setelah berhijrah. Cabaran dan survival menjadikan seseorang itu kuat menempuh badai pancaroba hidup. Tetapi ramai juga yang kecundang, akhirnya pulang ke kampung halaman setelah beberapa ketika melayari hidup sebagai perantau. Ada yang hanya bertahan tidak sampai setahun terus pulang ke pangkuan ayah bonda.
Biasanya golongan ini terdiri daripada mereka yang tiada kerja tetap, berdepan pahit maung hidup di kota yang penuh cabaran dan kos sara hidup yang tinggi berbanding di kampung. Terdapat banyak hiburan yang melalaikan serta perlumbaan yang berbentuk materialistik. Orang yang telah meningkat umur mahu lari dari kenyataan hidup tersebut kerana telah jemu merasakan hampir 'semua' aktiviti semasa mudanya. Jadi saya tidak menyalahkan mereka-mereka yang ingin merantau untuk merasa pengalaman baru. Kita sering terlupa bahawa kadang-kadang kebahagiaan terletak di pinggir tangga yang sangat hampir dengan kita tetapi seakan terabai dari deria pancaindera kita.
Sedang asyik saya mengelamun dan hampir tenggelam bersama syahdunya malam, tiba-tiba saya terdengar bunyi lantai di pijak datang dari arah belakang saya. Malam semakin kelam, sunyi pun bertamu. Kelibat peniaga-peniaga warung di persimpangan jalan pun semakin menghilang. Ada yang sedang berkemas untuk menutup perniagaan buat hari ini.
Terasa bahu sebelah kiri saya berat seolah di tindih sesuatu. Makin lama makin terasa cengkamannya, lantas saya terus bingkas bangun dan........
p/s...to have a complete picture of the 'story', please read the whole journal...part 1, 2 and 3...... thank you.

No comments:
Post a Comment