Mendung tak berawan. Saban petang hujan sentiasa mencurah turun. Burung2 serta unggas tiada kelihatan di sore ini. Langit semacam bersimpati dengan alam semesta. Tiada lagi panas terik yang membakar seperti bulan lepas. Inilah kitaran dan putaran alam yang tiada siapa bisa mengerti.
Entah tiba2 saja hari ini hati ku merasa sayu. Teringat kan seseorang yang sudah lama tidak ketemu. Sebulan lepas kami ada bertanya khabar. Dia kedengaran kurang sihat. Setelah itu aku tidak lagi menghubungi nya.
Nekad di dalam hati aku ingin menziarahi nya. Rumah nya tidak lah jauh dari tempat kediaman ku...hanya terpisah oleh dua seksyen saja. Dia tinggal di sek 10 sementara aku di sek 8.
Nekad di dalam hati aku ingin menziarahi nya. Rumah nya tidak lah jauh dari tempat kediaman ku...hanya terpisah oleh dua seksyen saja. Dia tinggal di sek 10 sementara aku di sek 8.
Aku hidupkan enjin kereta yang telah 4 hari tidak aku gunakan. Aku bekerja sendiri. Masa aku tidak terikat kepada peraturan apa2. Aku bisa saja keluar masuk rumah bila2 masa yang aku suka. Ini lah kehidupan ku sejak kebelakangan ini.
Ketika aku keluar dari rumah hujan mula rintik2. Basah cermin kereta ku oleh rintikan hujan sore ini. Jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku perlahan-lahan menyusuri jalan menuju sek 10. Kebetulan hari ni trafik tidak sesak seperti biasa.
Aku bersyukur, betapa indahnya kehidupan sekarang ini tanpa banyak masalah dan boleh di katakan damai sentiasa mendampingi ku. Setiap manusia tak boleh terlepas dari kekangan permasalahan kehidupan. Cuma cara bagaimana kita yang bernama manusia ini perlu menangani segala permasalahan dengan baik dan bijaksana.
Itu peringatan dari kawan aku YH tentang sebidang tanah yang pernah aku ajukan untuk nya tiga minggu lepas.
"Macam aku bagi tau tu la" Aku menjawab balik pertanyaan YH.
"Mu kata RM3.50 per sq foot..."
"Ehhh...bukan RM4 ke?"
"Mu ni biar betul...aku nak kena wat report untuk BOD ni...please confirm the actual price"
"Nanti aku gi tanya Hj H la...nombor tepon dia lak hilang ni..hmmm"
"Mu confirm betul2...pah ni aku nak gi site visit...mu kena ikut sekali la"
"Bereh bro..bole gi makan asam pedas kat Bukit Katil"
"Mu tau ke ada restoran sedap kat situ?"
"E'eleh mu ni...aku penah dok Melaka 3 tahun lebih la wei"
"Hooo yo ko? Tak tahu pulok aku"
Tu dialog semalam...tu fasal hari ini yang buat teringat sangat untuk ke rumah kawan saya Hj H tu....Sambil tanya kabar fasal kesihatan dia, sambil juga cerita fasal bisnes...Nak confirm kan sekali fasal tanah tu...Kita orang ni memang terlibat dengan bidang property...Kalau ada kawan2 nak develop tanah dia orang tu cari aku...Maklum lah aku ni Town Planner yang dah usang dan kuno...hmmm tapi masih retro dan sought after..limited edition lagi tu...huhuhu mula la keluar idea jahat..Banyak lah juga ilmu silat fasal property ni yang boleh apply...terror tu tak lah sangat pun.
Hujan masih lagi turun...tapi tak lah lebat sangat...ok la kiranya. Dalam otak ni terbayang tentang Hj H. Dia selalu juga telefon aku...tapi sejak seminggu lepas tak dengar khabar langsung.
Masa sampai depan rumah dia...nampak ada ramai orang. Anak2 dan menantu dia lah kot yang dok rilek kat porch tu.
"Assalamualaikum...Haji ada umah ke?" Aku memberi salam pada mereka yang sedang rehat di beranda.
Masa itu hujan pula turun dengan lebat nya. Terpaksa lah berlari masuk gate.
Isteri dia keluar, mungkin nak tengok siapa yang datang.
"Kejap ye..Haji tengah mandi...masuk la dulu" Isterinya mempelawa aku masuk.
"Takpe2...biar la dia mandi dulu ...kita leh tunggu...bukan nak cepat pun"
Aku pun masuk dalam rumah dan melabuhkan punggung aku yang separuh pejal ke atas sofa kulit di ruang tamu.
Selepas itu anak dia buat keluar air teh dengan cake. Lapar juga...maklum lah hujan2 macam ni. Segan nak ngap...Buat2 macho lah kejap...tunggu masa sesuai dia pusing belakang baru memulakan proses ngap tu.
"Sila la minum ye...nak ke dapur jap" Pelawa anak nya pada aku.
"Susah2 je hidangkan air masa tengah2 dahaga ni...hihihii...ok nanti saya minum la"
Dia pusing saja, separuh cawan sudah air tu hilang...gelojoh betul...hihihi mulalah keluar perangai tak malu ni.
Aku sampai tadi pukul 5.30 petang...kira Haji H lama juga lah dalam bilik...pukul 6 petang baru dia keluar.
Terkejut juga tengak dia jalan slow2...muka pun sembab.
"Assalammualaikum...Saja Haji datang ni fasal lama tak dengar khabar." Kata ku memulakan bicara.
"Kawe ni lagu ni...lepas kawe bagi tahu demo ari tu nak gi check up...tahu2 dah berat kawe ni"
"Nape lak ...ada yang tak kena ke?"
"Nampak tak kawe ni sembab...?"
"Ada perubahan la jugok"
Mula2 dia dok atas kerusi...lepas tu turun bawah duduk atas lantai...mungkin kurang selesa agaknya.
"Doktor dah buat thorough check up...gi kat specialist gak la...hmmm kawe kena cancer paru2...merebak kat hati dan ginjal..dah stage 4."
Tergamam aku, tapi buat2 tak nampak lah terkejut tu...Tak sangka langsung. Baru sebulan lepas duduk sembang kat Restoran Hatinie...Happy bukan main. Tapi ada perasan lah dia batuk2. Ingat batuk2 biasa saja..
"Sekarang ni on medication la ye?"
"Doktor ada la bagi ubat...kena cuba macam2 cara la.."
"Tul tu...kena ikhtiar la...setiap nyakit ada ubatnya." Kata ku untuk memberi kelegaan pada rasa hati nya.
"Ni pun ada ustaz Ganu tu mari...kira terapi cara tradisional la...ada kat dalam tu...semalam sampai"
"Ooo...yang demo bagi tau dulu...Ayah Cik tu.."
"Dia tengah prepare ubat la tu...malam ni nak balik Ganu dah"
Teringat dulu Haji H pernah bagi tahu Ayah Cik ni kira pandai berubat untuk macam2 penyakit... Pihak Istana pun ada juga guna khidmat dia...Haji H jumpa Ayah Cik ni kat Mekah...tu jadi kawan sampai sekarang..
"Bagus gak la dia tau terus datang..sedara mara kat kampung ada mari ko?
"Ada...ramai...puluh orang...tapi dok mari nangis ..tu yang buat tak tahan nya...sakit ni, takleh stress....kalau stress mula la sesak nafas"
"Biasa la orang kampung...dia sayang tu, cuma cara tu wat kita rasa lain macam lak"
"Betul la tu...ada tanya doktor baru ni...kalau stage 4 ni berapa lama agak leh tahan...dia kata mana leh tau...cuma atas dasar prediction...mungkin 6 bulan ke setahun...mungkin gak 3 tahun...tak tentu la"
Aku dah nampak dia pun sedang melawan perasaan dalam dirinya...Aku pun cuba tenangkan dan yakinkan dia seboleh2nya tak nak buat dia risau dan biar dia dalam happy mood.
"Abang ipar kawe dulu pun sakit gini gak...anak sedara pun cancer gak tapi dah sembuh sampai dah kawin dan beranak...sekarang apa nyakit pun banyak yang bole cure...tengok tahap fighting spirit kita."
Hmmm...sedap lah aku bagi nasihat pada dia...bukan aku yang kena..kalau sapa2 tahu dah stage 4 memang lah gelabah dan haru biru jadinya.
"Tapi baik kita tau daripada tak tau..kalau mati accident lagi parah...tak sempat nak taubat dah." Katanya mungkin untuk menenangkan diri.
"Dah ramai yang sembuh pun...entah2 doktor tu yang takdok dulu...mana kita tau"
Aku tengok dia tersenyum sambil ketawa kecil. Sungguh lega rasa nya hati aku bila melihat dia seronok dengan kehadiran aku. Memang lah masa dia sihat dulu kami ni kuat buat kelakar, ada saja topik yang buat kita berdekah ketawa.
"Demo pegi la buat CT scan...kalau di peringkat awal dapat trace...much better...doktor kata kawe ni start ada nyakit ni 3 tahun lepas...tapi tak sedar...takde symptom apa...tak sakit pun...kita perokok...salah satu sebab pun ye gak la"
Rasa terpukul juga lah aku ...Memang kita orang ni smokers...Walau pun tak heavy...still smokers juga la.
"Betul tu...nampaknya kena pegi buat juga la...kawe ada gak buat dulu..tapi lama dah..kadang2 sakit ni tak kira keturunan...macam kakak kawe dengan anak dia pun dah ninggal sedangkan mak kawe umur 90 tahun masih sihat pun"
"Memang la tak leh kira tu semua...mungkin kerana pemakanan kita...orang tua kat kampung tak sama dengan apa yang orang bandar macam kita ni makan."
Aku pun tak nak lah lama2...dah pukul 6.15 petang... dia pun nampak letih...nak rehat, lagi pun ustaz tu ada kat umah dia untuk sesi terapi...Jadi elok la kalau beredar pun...lagi pun tak lama lagi dah waktu maghrib.
"Kawe minta diri dulu la ye...in sha Allah semua ok la nanti tu...kena usaha berubat..sekarang dah canggih pun...ramai orang sembuh tak de hal punya"
"Terimakasih banyak la mari jenguk kawe."
"Ohhh..sebelum terlupa tolong bagi balik nombor tepon demo..baru ni tengah buat reshuffling nombor2 fon kawan2...ada yang ter delete"
Setelah dia bagi nombor telefon, kami bersalaman...Dia antar aku ke muka pintu...Masa nak berlalu pulang tu tiba2 aku rasa sedih sangat...Tak nak lah dia tahu kita pun sedih...Jadi cepat2 pakai kasut dan belah ke kereta.
.
.
Hujan mula turun dengan lebatnya.
Niat aku tadi nak juga tanya fasal tanah yang aku janjikan dengan YH tu pada Hj H, tapi melihatkan keadaannya rasanya tak sampai hati pula. Sebenarnya tanah tu kepunyaan besan nya. Hj H di beri mandat untuk mencari pembeli. Itu fasal lah dia usulkan pada aku untuk cari pembeli. Kebetulan syarikat YH ni memang tengah cari tanah untuk di majukan.
Aku berlalu dengan seribu persoalan. Kita yang masih sihat ni bertuah...tapi kita pun tak tau bila maut menjemput. Ada orang bed ridden bertahun2 masih bertahan. Jodoh pertemuan ajal maut sememangnya telah di tentukan dari azali lagi...segala nya sudah tertulis di lauhulmahfuz...
"sesungguhnya hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan sekelian alam."
"Every one of us should find time every day to be alone with himself to meditate-to take stock of himself. In silence, great things fashion themselves. Mental health means getting along with the world, with others-and with ourselves".
salam sejahtera buat semua
semoga ketemu lagi sekiranya di izinkan Allah
5am june 2015.
..
No comments:
Post a Comment