Thursday, 28 February 2013

merakam memori...ke sabah bersama Dr.Sab...

bismillah


Kerajaan banyak bagi 'research grant' kepada pensyarah/ahli akademik di Universiti tempatan. Salah satu 'grant' adalah untuk bidang "creative content". Di negara maju 'research' adalah perkara yang sangat penting di dalam apa saja kerja. Di Malaysia pula terbalik kot, 'development' tu penting, pasal apa? Ini kita citer pasal R&D. Di negara kita R tu kurang ditekankan tapi lebih kepada D. Tu pasal produk kita banyak yang ke laut. Kalau buat 'packaging' makanan pun banyak yang masih belum capai 'standard' untuk ekspot.

Kita buat satu dua 'research' pah tu mula la keluarkan produk kadang-kadang tanpa melalui 'testing' seperti 'clinical test', contohnya untuk ubat-ubatan herbal misalnya. Tu pasal kadang-kadang keropok ke, kuih muih ke rasa lemau semacam. Di negara maju dia orang lebihkan kepada R. Untuk keluarkan satu barangan berapa banyak R yang telah dilakukan. Setelah menjalani banyak ujian dan macam-macam testimoni barulah dikomersilkan produk tersebut. 'Infact' sampai sekarang 'paracetamol/panadol' masih menjalani R berterusan. Pada hal satu dunia tahu dah kebaikan/kegunaan panadol.

Kawan aku ni Dr. Sab, kerja di Universiti Malaya (UM), pensyarah di jurusan "visual art". Dia berhajat nak buat 'research' tapi belum tau nak buat topik apa. Aku ada bincang dengan dia, di Malaysia ni ada macam-macam benda boleh dikaji, salah satunya adalah 'folk art', ni termasuk lah 'tatoo', lukisan-lukisan alat-alat permainan/musik tradisional, pakaian dan banyak lagi. Dr. Sab ni kepakarannya adalah didalam "prop design". Macam-macam boleh dijadikan bahan kajian, contohnya rekabentuk rumah tradisional kaum-kaum di Malaysia terutama sekali di Sabah, Sarawak boleh dijadikan subjek kajian kerana ini berkait rapat dengan motif untuk 'prop/stage design'. Dr. Sab setuju nak kaji lebih jauh tentang perkara ni.

Siapa Dr. Sab ni.? Aku kenal Dr. Sab dah lama lebih kurang berbelas tahun. Masa tu dia datang ofis aku untuk buat satu cadangan pembangunan di Hulu Langat dekat dengan kawasan rekreasi Tekali Tekala . Kalau tak silap dia kerja dengan Dato' Dr. Wan Halim, aktivis sosial, orang Terengganu, abang ipar aktres Noor Kumalasari. Dia cari 'Town Planner' untuk projek tersebut. Masa tu aku ada ofis Jururunding Perancang Bandar di sek.10 Shah Alam. Dari situ lah mulanya persahabatan antara aku dengan dia. Oleh kerana kita ada persamaan minat dan hobi yang seiring, makin rapat lah jadinya kita.

Dr. Sab ni keturunan Afghanistan "tok seh" la kita panggil.  Asal Pasir Mas, Kelantan, sama tempat dengan aku. Lagi la buat kita rapat, sama-sama dok togok budu. Dia ni sangat menyenangkan sebagai kawan. Bagi jer tahu jam berapa kalau dia 'free', mesti tercegat kat pintu pagar, tak kira siang malam mesti datang. Kalau sembang fasal 'art', pernah kita lepak kat kedai mamak sampai subuh, pah pekena telur tiga suku masak 2 butir baru balik. Aku tak ada ramai sahabat/teman rapat, dia ni la satu-satunyanya yang boleh satu kepala. Kebetulan pulak aku ni memang hobi melukis, kira sama 'line' la dengan dia, banyak la kegiatan-kegiatan seni yang kita kongsi bersama.

Banyak kali gak la UM jemput aku untuk sertai beberapa sesi jadi juri pertandingan lukisan. Pertama kali kalau tak silap tahun 2007 untuk Pameran Seni Asia di Galeri Seni UM. Pada  tahun 2009, 2010 juga aku di jemput untuk jadi juri dan juga Panel Majlis Dialog kegiatan seni di UM. Masa UM nak tubuhkan kursus 'Bachelor in Visual Art', aku dilantik sebagai salah sorang panel untuk menggubal kurikulum kursus tersebut. Aku dijemput atas dasar aku ni adalah seorang 'Built Environment Practitioner', yang ada kaitan dengan 'Visual Art' iaitu contohnya penggunaan 'Public Art' di dalam 'built environment'. 

Semasa Dr. Sab bertugas dengan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara), pernah dia jemput aku bagi ceramah tentang 'colour in design'. Tu aku bagi ceramah percuma, kongsi ilmu dengan pelajar, tak silap tu tahun 2005. Melalui Dr. Sab ni la aku mula aktif balik melakukan kerja-kerja seni. Maklumlah sebagai 'Professional Consultant' masa aku agak terhad. Kena hadir mesyuarat, jumpa 'client, site visit', buat 'layout design', pegi 'Local Authority' la macam-macam hal, jadi kegiatan seni aku terbantut. Nasib baiklah Dr. Sab pulihkan balik semangat aku untuk berkarya.

Bagi pandangan aku, bila saja kita jumpa kawan baru, itu adalah rezeki sebenarnya. Kadang-kadang orang yang kita kurang gemar akan menjadi aset penting satu masa nanti. Jadi bila berjumpa orang baru selalulah bersangka baik. Kalau nampak kurang sesuai contoh yang jenis sombong, angkuh, hidung tinggi perlahan-lahan la kita jauhkan diri. Doakan dia biar berubah kerana doa tu 'free' tak kena bayar sesen pun. Pesan orang-orang tua, kawan ni ada banyak jenis. 

Ada kawan hanya sesuai di kedai kopi, ada setengah kawan yang boleh kita bawa balik rumah, jadi kena pandai-pandai lah berkawan. Takrif kawan ni berlainan dengan sahabat. Kawan secangkir kopi ni ramai tapi yang jadi sahabat tak ramai. Nabi pun ada beberapa sahabat saja. Kesimpulannya sahabat ni la yang kita cari. Bagi aku Dr. Sab ni adalah sahabat bukan setakat kawan biasa saja. Banyak pulak puji Dr. Sab ni nanti tercekik biji nangka, kes naya..

Jam 11pm 'flight' dari KLIA ke KK. Tak ngantuk, aku memang tak tidur malam. Dr. Sab nampak mata makin merah, ngantuk la tu. Sambil tunggu 'boarding' aku buat sedikit 'sketching', menghilangkan 'boring'. Di dalam pesawat Dr. Sab telah dibuai mimpi indah ke buruk ke tak tau la. Tapi yang pasti mulut ternganga, nasib baik dalam pesawat, kalau kat luar harus lalat langau terpa. Orang yang tidur bau nafasnya memikat serangga macam langau hijau, tapi tu fitrah, mana ada orang bangun tidur mulut wangi.




Tiba di Promenade Hotel KK jam 1.30am. Dr.Sab sebenarnya dah buat 'pre booking'. 'Room rate' guna 'pass' kakitangan kerajaan RM140. saja sedangkan 'corporate rate' RM260. Banyak beza tu. Untungnya jadi kakitangan Kerajaan, macam-macam 'privilege' dapat. Kita yang berniaga sendiri ni udah la susah nak cari duit, belanja tak dapat apa kemudahan, tapi ramai gak yang tak bersyukur dok komplen itu ini. Semasa aku kerja kerajaan dengan JPBD/Jabatan Perancangan Bandar & Desa dulu tu pun cam ni gak la, T&T dapat 'claim, hotel special rate', tapi masa tu tak terfikir sangat tentang 'privilege' ni. Sekarang baru terasa. Padan muka aku nak jadi 'businessman' sangat . Tapi ada 'pro' dan 'con' nya la .


Terasa dahaga lak pula. Ajak Dr. Sab lepak-lepak sambil minum di restoran di belakang hotel. Tempat ni 'favourite' aku. Buka 24 jam. Sebelahnya juga ada kedai runcit dan Cyber Cafe 24 jam. Malam-malam suasana di KK ni menenangkan. Tak la sibuk sangat. Yang paling aku seronok dok perhatikan pergaulan masyarakat di sini. Dok satu meja bercakap satu bahasa, tak kira la etnik apa pun. Bagi aku la yang selalu berulang alik ke KK ni, assimilasi dan integrasi kaum adalah yang boleh di contohi, antara yang terbaik kalau tak pun yang terbaik di Malaysia.

Kedai hujung ni la aku dok lepak selalu. Ramai gak aku jumpa kawan-kawan dari Semenanjung Malaysia yang dok lepak kat sini. Dulu jumpa Imam Maskor tu pun kat sini gak. Bagi aku tempat ni sangat 'convinience' lagi pun dekat dengan hotel. Nak minum kat hotel dah la mahal, tak boleh nak santai-santai macam kat sini. 

Setengah  orang suka dok sini nak cuci mata yang gatal. Ruang diantara Promenade Hotel dan 'Service Apartments' ni direkabentuk untuk laluan pejalan kaki/'pedestrian walkway'. Yang menariknya 'walkway' ni menghubungkan 2 'nodes' utama aktiviti keperluan orang ramai, ia itu 'bus station'  dan kawasan 'CBD' di mana terletaknya sebahagian besar pusat membeli belah. Bagi aku sebagai 'Town Planner', aku melihat dari segi 'practicality' apa yang dirancang dan ini merupakan salah satu yang terbaik yang pernah aku lihat.


Promenade Hotel dan 'Service Apartments', rasa aku  'owner' yang sama. Dari segi 'design', pasal 'layout' pembangunan ni, aku dapati sesuatu yang kurang 'wastage' dari segi penggunaan ruang. Di belakang kedai tak ada 'backlane' tapi disediakan macam 'covered void' sebagai 'walkway'. Tapi biasalah mungkin ini sesuatu yang baru bagi penduduk setempat jadi penggunan di 'walkway' tu tidak dijaga kebersihannya. Mungkin ni semua 'still at adaptation stage'.

Menurut cerita yang aku dengar 'designer' projek adalah Singaporean,  tu pasal aku nampak macam ada 'influence' daripada pembangunan di negara seberang tu. 'Service Apartments' boleh disewa dengan kadar kurang dari RM100 semalam. Aku ada gak nginap kat situ kalau aku sorang-sorang. Buat apa bazirkan duit, yang penting ada tempat rehat kerana banyak masa di habiskan kat luar buat kerja, balik hanya untuk lelapkan mata jer. Janji tempat tu selamat, bersih dan ada 'privacy'.


Balik ke Promenade Hotel, nonton tv sambil dok sembang-sembang pasal 'itinerary' esok pagi. Jam sudah pukul 3am, aku tengok Dr. Sab bercakap sambil pejam mata, entah apa-apa dia cakap dia sendiri pun aku rasa tak faham, aku lagi la tak faham. Bahasa Siam campur German pun ada. Tak sampai 5 minit aku tengok dia dah hanyut ke alam fantasi. Naya la aku ni tak de teman nak lawan sembang. Tinggal la aku dengan 'routine' hidup susah nak tidur. Tengok tv pun tak de cerita baik punya, wudhu' adalah yang terbaik dan solat sepertiga malam juga yang patut selalu jadi amalan.

Pukul 6am aku tengok jam, baru aku mula pening-pening lalat kata orang la, tapi sebenarnya tak siapa tau mcm mana lalat pening, tak de lagi orang jadi lalat selama ni, main sedap mulut jer cakap pening lalat, lalat sendiri pun pening fikir. Mata pun rasa berselaput. Terlelap sekejap. Terjaga jam 7am, selepas bermimpi benda yang karut-karut. Mula la rasa pening kepala, rasa berdebar-debar, tak selesa semacam. Aduh siksa sungguh macam ni. Yang sebenarnya manusia kena perlu cukup tidur. Dah tak cukup tidur maka 'up set' la sistem badan, oksigen pun tak naik ke kepala, tu pasal boleh pening.


Jam 8am. Ajak Dr. Sab pegi sarapan. Ada kupon untuk 2 orang bersarapan. Banyak 'choice' makanan sampai tak tahu mana  nak pilih. Aku kalau sarapan memang tak makan banyak. Yang selalu aku makan adalah salad, buah-buahan dan 'cereal', minum susu dan 'juice'. Kalau makan yang pedas-pedas macam nasi lemak ke mee ke, lepas tu mula la perut meragam. Aku tengok Dr. Sab hentam semacam jer, perut dia kebal ok. Memang Dr. Sab ni pemakan orangnya.

Orang muda mestilah berselera segala, aku yang dah mengganyut ni kena la 'negotiate' dengan selera, tak boleh nak ikut sangat kehendak selera ni. Kita yang teruk nanti, selera ok dia main henjut jer. Teringat ada kawan yang kaya raya, tapi berpantang segala. Itu ini semua pantang, asyik dok ngap 'mineral water' je.  Makan pun kena pilih, yang untung drebar dia, kuat nafsu makan dan dia sihat makan tanpa pantang cuma pantang ada depan mata jer semua dikerjakan. 'Morale of the story', apa guna kaya raya, ada nafsu gunanya tiada, jiwanya merana, kecewanya segala.


Sebahagian besar bandar KK ni di bina di kawasan tambak laut. Hotel Promenade, Marina Court condo, Centre Point, Pasar Filipina, Anjung, Suria Sabah shopping mall semua asalnya 
adalah laut. Sebelum naiknya bangunan baru di tepi laut mengadap Pulau Gaya, sekarang dalam pembinaan oleh Bina Puri group, harga 'property' di kawasan Marina Court adalah stabil dan menjadi 'sought after address' di KK CBD. Rasanya sekarang harga 'property' di kawasan tersebut mungkin statik kerana pemandangan 'sea view' yang menjadi daya penarik 'property' tersebut sudah di 'overshadow' oleh bangunan-bangunan baru yang sedang 'under construction'.

Salah satu sebab kenapa pentingnya Rancangan Tempatan yang diwartakan sebagai arah pandu bentuk dan jenis pembangunan serta mengekalkan apa yang sudah terancang. Jika tidak beginilah jadinya di mana pembangunan dibuat mengikut gerak rasa siapa berduit, 'ad hoc' and 'piecemeal development', yang sebenarnya kurang sesuai untuk persekitran fizikal, sosial dan 'spiritual'. 

Apa saja dalam kehidupan memerlukan perancangan. Nak makan nak tidur nak riadah nak berlibur apa saja perlukan perancangan. Demi keuntungan orang akan perbuat apa saja, bukit ditarah dipotong, sungai, laut ditambak, hilang segala semula jadinya sepatutnya kita kembali pada keaslian yang kini dipanggil 'planning through naturalistic way with lots of  green infra, avoid channelising instead be naturalistic'.

Usaha DBKK/Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyediakan kemudahan riadah tepi laut ni patut diberi pujian. Satu keunikan tentang bandar KK ni ialah bandarnya yang terletak di pinggiran air, a 'water front advantage'. Lihat betapa indahnya panorama alam dengan berlatar belakangkan pulau-pulau dan perahu serta bot-bot nelayan. Bila saja matahari berlabuh, KK di indahkan dengan cahaya senja yang membentuk refleksi di permukaan laut kinabalu. Aku lihat ramai pengunjung tak kira peringkat umur bersiar-siar bersama keluarga.

Bila kemudahan seperti ini sampai dan boleh dinikmati penduduk setempat maknanya apa yang dirancang dan dibina itu bertepatan dengan apa yang rakyat mahukan sebagai pembayar cukai kepada kerajaan. 'What is collected is to be given back as a social contribution and obligation of the government'. Bukan saja rakyat tempatan malah pelancung asing pun seronok menikmati kawasan-kawasan riadah sebegini. Walau pun hanya rehat, dan seolah tak berbuat apa-apa, 'as a passive recreation', ini juga adalah nikmat yang dipanggil 'the pleasure of doing nothing'.


Mek Salleh ni masuk dalam 'frame' semasa aku dok tengah asyik cari lokasi untuk 'snapping' beberapa 'shots'. Aku tengok dia ni sorang-sorang relax jer. Tengok-tengok gak mana 'boyfriend' dia, tapi tak de pun muncul. Tak rasa dia ni gaduh dengan pakwe pasal muka dia ceria jer. Dia tak perasan aku ni jadi 'paparazzi', aku pakai 'full zoom, 24x optical zoom lens'. Aku bukan ada niat yang tak baik pun, aku mengagumi keindahan ciptaan Tuhan. Umur dia ni mungkin dalam lingkungan 20an. 

Yang pasti pihak DBKK telah membuat sesuatu yang berfaedah untuk semua, sampai Mek Salleh ni pun teruja dengan keindahan tempat ni. Mungkin dia balik negaranya cerita kat kawan-kawan suruh datang melancung di KK kerana kemudahan dan keindahan bandarayanya. Kadang-kadang benda kecil yang tak disangka-sangka boleh 'magnify' satu-satu isu. Korea Selatan sebenarnya banyak berterima kasih kepada 'producer drama Winter Sonata'. Mengikut kajian drama tu la yang banyak mendapat liputan dan orang dari negara luar mau ke Korea untuk melihat apa yang dipertontonkan melalui drama tersebut.

Kat Malaysia banyak cerita hantu, takkan nak 'famous' dan pelancong datang nak tengok Hantu Mak Limah. Aku ada gak tengok cerita Korea, suka kepada 'plot' dan shot yang menarik. Ini bermakna pelakon ,'crew' dan penulis skrip tu banyak buat 'research' sebelum menghasilkan satu-satu drama. Bukan tulis skrip main hentam kromo. Bila tengok skrip tanpa 'research' ni kita jadi 'boring' kerana penonton lebih bijak dari pembuat drama tu. Kita tonton drama ke filem ke untuk hiburan juga sebagai belajar sesuatu tentang kehidupan yang sebelum ni kita tak tau. Di situ lah bezanya orang yang banyak buat kajian dengan yang jenis hentam saja bah.

Tujuan kita datang ke Sabah ni pun untuk membuat kajian tentang 'folk art' masyarakat setempat. Harap-harap apa yang kita rancangkan dalam kajian ini dapat hasil yang kemudian boleh dijadikan rujukan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermanafaat .





to be continued in part 2.....

No comments:

Post a Comment