Semalam sudah menginap di Heritage Resort. Tempat itu bagus, ok segalanya. Teringin pula rasa untuk menginap di lain hotel. Kami pun jelajahlah sekitar Kundasang. Hotel/Resort yang paling hampir dengan Heritage ialah Pine Resort. Fikir-fikir kalau menginap dekat situ, tak ada bezanya dengan Heritage, 'view' nya mestilah sama saja.
Ambil keputusan tengok-tengok lain tempat yang agak jauh sikit dari pekan Kundasang. Kawasan sekitar Kinabalu 'park complex' pun banyak juga tempat penginapan, tapi agak tersorok ke dalam hutan.
Teringat ada satu hotel dekat dengan satu simpang di Bundu Tuhan. Ternampak bangunan itu semasa datang tempoh hari. Lebih kurang 2km dari Kinabalu Park jumpalah hotel itu. Daripada 'sign board' ada tertulis Puncak Borneo Resort. Satu yang menarik perhatian saya ialah 'reception counter' yang terletak di kawasan tempat letak kereta (TLK) bukan di bangunan induk.
A stand alone building made of simple structure, wooden wall panel, bamboo stool, asbestos roofing and partly standing on stilts. Everything is made simple but the ambience is interestingly captured and be part of the whole environment. A very unique and creatively presented structure.
I think this was the first one that I've ever come across a reception/information counter at a separate stand alone building. From this building we have to walk the stairs up to the lobby and rooms. One day if I happen to build a resort I'll try to emulate this beautiful and practical concept.
Lobi dan Coffee House adalah dalam satu ruang. Di sekeliling bangunan di kawasan Lobi semuanya tertutup dengan kaca, tapi sangat indah kerana mengadap ke Gunung Kinabalu. Ruang terpaksa direkabentuk sedemikian rupa untuk mengelak dari angin/cuaca dingin. Tanpa dinding kaca tersebut rasa saya memang lah kesejukan yang teramat dan membuat suasana kurang selesa.
"Kami ni tak buat tempahan, kami nak tanya samada masih ada lagi ke tak bilik untuk bermalam?" saya bertanya seorang gadis 'sunti' yang sedang bertugas di kaunter.
"Kami ada banyak jenis bilik, jadi 'abang' boleh pilih yang mana satu sesuai," jawab gadis tersebut.
Alahai, terasa muda lah pulak dia panggil saya abang tadi...ahaks, boleh layu.
"Saya perlu bilik yang besar, kerana kami satu famili, ada 5 orang semuanya," jawab saya dengan rasa macam ala-ala remaja gitu.
Masa itu saya nampak Mem dan anak-anak sedang menikmati pemandangan yang sungguh mengasyikkan ditambah dengan angin petang yang segar.
"Ini 'brochure' nya 'encik', tengoklah dulu, nanti kalau dah 'confirm' kita boleh tengok bilik, sesuai ke tak?", jawabnya dengan penuh santun.
Bila cakap saya datang dengan famili, terus bertukar jadi 'encik', terasa tua la balik pula. Tadi dah ok rasa muda, ni dah tua balik hahaha..."poyo jugak aku ni"...tu monolog dalaman. Ini adalah satu cara untuk mengambil hati pengunjung, dilakukan secara saikologi mungkin. Apa-apa pun saya tak kisah itu cuma sebagai satu bahan kelakar saja.
Saya lebih suka orang panggil saya sesuai dengan umur jadi sebagai ingatan yang kita ini sudah di tahap mana. Yang sesuai umur sebegini, di panggil 'pak cik', 'uncle' atau kalau budak-budak remaja panggil 'atuk' lagi lebih sesuai.

Saya bawa berbincang dengan keluarga tentang bilik penginapan. Lagi pun harga tak lah mahal, masih dalam lingkungan mampu bayar.
"Kalau 'family room' ni boleh muat untuk berapa orang?"
"Kalau untuk 5 orang memang sesuai lah 'tuan'."
Dia panggil saya tuan pula, apakah saya ni sebagai seorang tuan yang semacam ada gaya korporat, hahaha... saya hanya seorang 'consultant' dan pelukis peringkat jalanan saja. Pandai betul budak ini ambil hati pelanggan. Mungkin itu salah satu cara yang diterapkan oleh pihak pengurusan. Saya sangat suka cara dia mengendalikan hal ini. Memang sangat sesuailah ditempatkan di bahagian penyambut tetamu.
"Ada 'extra bed' ke?" tanya saya lagi.
"Tak payah tuan, dalam bilik tu ada satu 'queen size bed', dan 3 buah tilam 'single'. Saya rasa cukup lah untuk tuan sekeluarga," dengan penuh sopan dia menerangkan.
Saya dekatkan muka saya ke mukanya seraya berbisik.
Saya dekatkan muka saya ke mukanya seraya berbisik.
"Boleh tak jangan panggil saya tuan, panggil saya 'uncle' sajalah ye."
Dia semacam tergamam. Mungkin di fikirkan, apa kena dengan si bangka ini. Saya melihat dia separuh ketawa, mugkin geli hati dengan permintaan saya.
Ya lah, saya pun jadi 'confuse' yang teramat, sekali 'abang'-wow muda gila terasa, sekali pula 'encik'-terasa tua lah sikit tapi masih tak tua sangatlah panggilan itu, tua sikit saja pada 'abang', dan yang panggilan 'tuan' ini yang sangat saya takut dan geli. Mana tak nya, takut pula rasa riak, geli tu kerana tak pernah orang panggil saya tuan. Ayat biasa yang paling selamat adalah 'uncle' atau 'pak cik' pun ok tapi kurang stylo la pak cik-pak cik bagai.

Saya mengangkat ibu jari dan dia pun membalas dengan perbuatan yang sama. Rasa saya mereka yang bekerja di sini adalah anak tempatan.
"Ada berapa ramai staf kat resort ni?" saya bertanya sementara dia menyelak-nyelak kertas dan borang di atas meja.
"Lebih kurang 15 orang macam tu lah," jawabnya selamba sambil matanya tertumpu pada borang-borang dan lain-lain dokumen.
"Ramai staf perempuan kat sini ye, semua ni orang tempatan ke?", tanya saya lagi. "Aik lain macam pula pertanyaan si bangka ni," mungkin itu yang ada di benaknya.
Saya pun bukan apa sangat, sambil isi borang tu sajalah buka cerita, kalau tak, senyap sunyi nanti orang kata kita sombong. Tapi kalau terlebih peramah pun orang naik jemu, sampai nak termuntah pun ada.

"Ya, boleh dikatakan semua orang tempatan, minta IC atau boleh tolong isikan maklumat dalam borang ni," jawabnya ringkas sambil menyerahkan borang pendaftaran.
"Ok, dah siap semua saya isikan borang ni. 'Cash' ke 'credit card'?", tanya saya untuk kepastian cara mana satu untuk bayar 'deposit'.
"Mana-mana pun ok, kami terima semua, tapi jangan 'card' yang dah kena 'reject' dan 'expired' dah la," sahutnya sambil ketawa kecil.
Kelakar juga minah ni. Tak sangka pula saya dia boleh santai selamba buat kelakar. Mungkin dia tengok saya ini bukan dari jenis makhluk perosak agaknya, itu fasal dia berani bergurau. Dari gaya dan perwatakan kita boleh tahu niat seseorang.
Saya masih teringat orang kata pandangan pertama itu sangat penting. Tapi kadang-kadang tersalah juga telahan kita. Apa pun senyuman yang percuma, tak payah keluar duit satu sen itu yang dapat menambat hati orang. Itu fasal Islam pun galakkan banyak senyum, dan di anggap senyum adalah sedekah. Betul sangat lah tu.
Apa guna nak besarkan diri, bermegah dan berlagak sombong, tak ada faedahnya pun. Contohnya tadi kalau saya tunjuk muka bengis, tambahan pula dengan misai A. Galak saya ni, mau tak lintang pukang jadinya. Tapi kita yang tua ni kena pandai lah bergaul, lagi pun pengalaman dah berbagai, mestilah tau mana nak sesuaikan perangai ikut keadaan.

"Maaf saya tak ada 'credit card', ada 'cash' je," jawab saya sambil tangan sebelah kanan saya menyeluk saku seluar 'jean' lusuh saya untuk mengambil 'wallet'.
Dalam 'wallet' tiada lah sangat banyak duit, cukup saja buat belanja sewaktu. Saya tak suka simpan banyak 'cash'. Kalau nak guna 'cash' pakai saja 'ATM card'. Tapi, mengikut pengalaman saya, kalau tempat-tempat yang 'remote', jauh di pedalaman elok juga simpan banyak 'cash' sikit untuk 'emergency'. Semasa di pekan Kundasang saya perhatikan hanya ada satu bank saja. Kalau ATM 'out of order' pening kepala dibuatnya.
Saya tak suka guna kad kredit kerana pengalaman banyak mengajar saya tentang hebatnya penangan kad kredit ni. Ramai sekarang anak-anak muda yang jatuh muflis di sebabkan kad kredit. Kita telah tergolong dalam masyarakat berhutang dan Malaysia adalah negara paling tinggi pemiutang di Asia. Perbandingannya ialah hutang 140% berbanding dengan pendapatan. Ada setengah daripada remaja yang baru bekerja dengan bangga cerita kepada kawan-kawan yang dia ada 4-5 kad kredit. Dia tak tau nanti yang 4-5 benda itulah yang akan menyusahkan hidupnya nanti.
Untuk berbelanja memanglah senang, hulur saja kad dapatlah beli barang. 'Temptation' penggunaan kad kredit ini sangatlah tinggi. Pihak bank sangat dengan mudah memberi kad kredit kepada pelanggan. Yang jadi mangsanya adalah rakyat kita sendiri. Yang menyedihkan golongan anak muda mana yang terjebak. Yang ramainya kita dah boleh agak, bangsa apa, tak payah ceritalah ya, semua boleh agak.

"Gemuk 'wallet' tu, tak ada 'credit card' tapi ada 'wallet' gemuk lagi ok," katanya sambil tersenyum sinis kepada saya.
Saya kira gadis ini seorang yang terpelajar. Melihat dari cara dia memberi layanan dan pertuturan saya dapat agak yang gadis ini memang seorang yang terpelajar. Kadang-kadang susah untuk kita meneka diri seseorang. Dari pergaulan sedikit demi sedikit baru lah kita dapat mengetahui isi hati dan apa yang tersirat dalam diri seseorang itu. Saya akan 'korek' perlahan-lahan tentang rahsia dirinya nanti. Kita tengok macam mana orang berpengalaman lakukan seterusnya....ceewah...
"Tak ada banyak pun kertas-kertas gambar Agung dalam 'wallet' ni. Banyak 'call card' saja," sambil saya keluarkan beberapa keping duit RM50 dan di serahkan kepadanya.
"Maaf saya lupa tadi. Yang bayaran semua ni boleh diuruskan di lobi, nanti ada staf akan tunggu untuk pembayaran dan tunjukkan bilik," sambil tersenyum dan memohon maaf pada saya.
"Kenapa tak boleh bayar kat sini sedangkan urusan 'check in' dibuat di sini?", tanya saya kerana kurang faham.
"Untuk keselamatan. Kat sini bahaya kalau pegang 'cash' banyak-banyak, mana lah tau malang tak berbau, jadi kena pandai-pandailah macam mana nak elakkan semua ni."
Betul juga cara dia orang uruskan semua ini. Inilah 'creative thinking' namanya. Saya kagum dengan cara mereka.
Betul juga cara dia orang uruskan semua ini. Inilah 'creative thinking' namanya. Saya kagum dengan cara mereka.
Oleh kerana kreatifnya pemikiran seseorang itu maka banyak benda yang boleh diselesaikan. 'Creative thinking' ini tidak memerlukan duit yang banyak, cuma perlukan otak yang sentiasa berputar untuk berfikir. Mengikut Tony Buzan seorang yang pakar dari segi 'mind mapping', katanya kita hanya menggunakan tak sampai 10% daripada keupayaan otak kita. Banyak lagi potensi minda yang tidak manusia eksploitkan.
Otak/minda kita adalah sesuatu yang sangat kompleks. Kita dapat membayangkan atau melihat sesuatu dengan mata hati/'minds eye' yang jauh lebih indah, menarik berbanding dengan mata fisikal kita. Golongan artist/pelukis banyak menggunakan 'minds eye/third eye' dalam menghasilkan ciptaan/karya mereka. Itu sebab ada sesetengah karya artis-artis agung adalah merupakan benda-benda yang 'simple' yang tak terfikir oleh minda-minda manusia biasa.

Ada setengah orang mencapai tahap dalam merasakan sesuatu melalui deria ke enam tentang sesuatu peristiwa. Contohnya dalam hal 'ESP/extra sensory perception'.....mereka-mereka ini boleh melihat/'travel' menembusi sempadan/dinding atau melangkaui satu jarak yang jauh dan dapat mentafsirkan sesuatu yang dilihat dengan jelas dan tepat. Setengah orang menamakan itu sebagai 'kasyaf'. Itulah kelebihan yang ada pada otak manusia. Kalau komputer hebat, manusia lagi hebat kerana mampu mencipta komputer melalui satu organ yang kecil bernama otak. Panjang pula cerita ni weeeh...
"Dok sorang-sorang kat kaunter ni tak takut ke...oooo...ada pakwe temankan ok la," saja saya usik.
Sambil menunggu barang-barang di keluarkan dari kereta, sempatlah saya bersembang-sembang kosong dan separuh kosong.
Sambil menunggu barang-barang di keluarkan dari kereta, sempatlah saya bersembang-sembang kosong dan separuh kosong.
"Eish...seliseh la benda-benda macam tu. Saya ni mana ada pakwe, yang kat belakang tu bukan pakwe saya tapi sekuriti kat sini. Saya ni baru habis belajar, bekerja ni nak bantu keluarga, dia orang dah banyak bersusah payah untuk saya," beria-ia dia menerangkan, takut-takut saya tak percaya mungkin.
"Maaf ye saya tanya yang peribadi tadi. Saya dah perasan yang kamu ni bukan sembarangan, nampak dari gaya pun tahu yang kamu ni ada pelajaran."
Jadi memang telahan saya tepat.
"Ndak apa, ok bah," sambil membetulkan helaian rambutnya yang terjurai ke pipi.
Jadi memang telahan saya tepat.
"Ndak apa, ok bah," sambil membetulkan helaian rambutnya yang terjurai ke pipi.
"Memang asal kat sini ke? Belajar dulu bidang apa? Kalau tak keberatan kat kolej mana?"
.
Eh, banyaknya yang keluar pertanyaan macam nak 'interview' kerja pula. Teruja sangat ni nak tahu lebih lanjut.
.
Eh, banyaknya yang keluar pertanyaan macam nak 'interview' kerja pula. Teruja sangat ni nak tahu lebih lanjut.
Barang-barang dari dalam kereta sedang di angkat ke lobi. Mem dan anak-anak membontoti dari belakang. Rupa-rupanya banyak juga beg-beg kita orang.
"Saya memang asal kat sini, kat belakang tu jer kampung saya. Boleh kata semua staf sini anak tempatan, Kadazan Dusun. Saya dulu belajar kat kolej swasta jer, nak cakap pun malu, ambil pun bidang hospitaliti," jawabnya dengan penuh rendah diri. Dalam hati rasa simpati pun ada.
"Saya dah agak pun kamu ni Kadazan Dusun, tengok 'melepak' kulit tu pun memang dah tau. Kat sini sejuk cuacanya, tu fasal rasa saya sumandak-sumandak dusun semuanya putih 'melepak' ," ujar saya, bukan memuji tapi yang benar.
Teringat saya tentang servis hospitaliti ni. Di rantau Asean ni, rasa saya dan melalui dari apa yang saya alami sendiri, Malaysia merupakan negara yang paling kurang pendedahan kepada servis hospitaliti. Ada banyak kolej dan universiti tempatan yang mengeluarkan graduan-graduan di bidang ini, tapi belum lagi boleh mencapai tahap yang boleh dibanggakan, cuma setakat ada servis saja.
Ketika saya berada di Bali bersama rombongan Dr. Sab satu waktu dahulu, saya sangat kagum dengan cara mereka melayan tetamu. Tahap servis hospitaliti yang mereka tunjukkan boleh dianggap 'world class'. Kita ada melawat satu spa terletak di tengah-tengah sawah padi, penasihat kepada 'resort/spa' tersebut adalah seorang ilmuan daripada Kanada bergelar doktor falsafah yang memang mempunyai kepakaran di bidang hospitaliti.
Cara mereka memberi layanan seolah-olah kita ini adalah Raja atau golongan bangsawan yang tersohor. Perwatakan dan senyuman mereka begitu menghibur dan menenangkan jiwa sesuai dengan tempat yang memberi khidmat 'spa/healing theraphy'. Tidak terlihat wajah letih, bosan, tak berminat, semacam dipaksa tapi semua menzahirkan keceriaan, santai, jernih dan tenangnya jiwa mereka yang bekerja membuatkan pengunjung juga akan menjadi lebih ceria untuk mencapai tahap ketenagan jiwa yang diharapkan di tempat-tempat sedemikian. Oleh kerana hospitaliti dan cara rawatan yang berkesan maka dengan sendirinya tempat tersebut menjadi sebutan ramai.

Ada satu spa, Kirana spa terletak di kawasan Ubud sangat mementingkan kualiti perkhidmmatan. Peralatan dan ubatan untuk terapi datangnya dari sebuah pengusaha solekan terkenal dunia dari negara matahari terbit. Hospitaliti juga bertaraf dunia dan saya sangat kagum dengan cara mereka mempromosi dan meletakkan pusat mereka diantara yang terhebat di dunia. Untuk mendapat rawatan di sana, pelanggan kena membuat tempahan seawal enam bulan dan kos perawatan adalah USD1000 untuk 4 jam. Oleh kerana khidmat yang bertaraf bintang 6, pengunjung tidak kisah tentang harga dan 'booking' tapi yang boleh menjanjikan pulangan kepada jumlah wang yang dilaburkan.
Di Bali hospitaliti merupakan cara hidup masyarakat di sana dan tak heran Bali merupakan destinasi pelancungan bertaraf dunia yang di gilai ramai pelancung. Jadi kesimpulannya kita yang ingin mencapai tahap negara maju tak lama lagi perlu mempergiatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang bertaraf dunia yang boleh melayakkan kita untuk kearah negara maju yang mempunyai nilai-nilai budaya yang setanding dengan lain-lain negara maju.
Macam mana mau menandingi negara maju kalau sekiranya di peringkat Asean pun kita telah jauh ketinggalan dibidang yang membuatkan pelawat-pelawat seluruh dunia mencari-cari dan mendambakan sesuatu servis yang menepati kehendak semua?
Adat resam budaya dan kepercayaan adalah hal yang menarik pelancung tapi itu bukan kriteria terunggul yang boleh di klasifikasikan sebagai kriteria penentu kemasyuran sesuatu destinasi. Ada lain faktor yang sangat berkait rapat dan itulah hospitaliti.
Thailand juga terkenal dengan tahap hospitaliti yang tinggi dan mengagumkan pelancung. Lihat saja bila kita mengunjungi tempat-tempat makan, spa atau tempat-tempat pelancungan mereka dan amati sendiri bagaimana mereka sangat menekankan hospitaliti itu sebagai suatu yang melambangkan identiti bangsa itu sendiri. Naik saja kapal terbang dan kita dapat melihat yang hospitaliti dari krew-krew penerbangan itu melambangkan negara dan budaya satu-satu bangsa. Tamadun merupakan bahan/lambang sejarah tetapi budaya/hospitaliti tetap segar sepanjang zaman.

"Saya rasa kamu ni sangat sesuai bekerja di resort-resort yang besar kerana latihan dan kelebihan semula jadi yang ada pada kamu. Saya rasa kamu seronok buat kerja ni bukan kerana terpaksa," saya cuba memberi keyakinan dan berkata yang benar mengikut firasat saya.
"Bukan saya tak mau bekerja di tempat-tempat yang lebih mencabar, tapi saya balik kampung ni pun kerana nak tolong keluarga saya. Kerja di resort-resort besar memang lebih pendapatannya tapi kos sara hidup juga tinggi, kena sewa rumah, makan minum, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan, jadi selepas fikir panjang, saya mahu balik kampung. Buat sementara ni saya selesa bekerja di sini, lagi pun tinggal dengan keluarga dan jalan kaki saja ke tempat kerja," terangnya macam tak mau berhenti bercakap.
Mungkin dengan keterangan yang panjang-panjang tak payah lah saya ni dok menyibuk tanya itu ini lagi. Dia dah 'boring' agaknya dok layan saya, adakah ini 'signal'/isyarat untuk saya pergi cepat-cepat?
"Ok, terima kasih banyak-banyak. Maaf lah ye banyak sangat dok sembang-sembang kosong," saja saya pendekkan perbualan.
"Sama-sama, saya pun minta maaf banyak, mana tau kalau ada yang salah cakap. Oh ye, jangan lupa bawa famili makan 'steam boat' kat 'coffee house' tu, memang terkenal kat sini," sambil dia melambaikan tangan sewaktu saya berada di anak tangga ketiga menuju ke lobi.
"Oii, lamanya sembang. Jual minyak ke tu?", tegur Amer anak lelaki saya.
Kami sekeluarga memang selalu bergurau senda. Tapi ada kalanya benda-benda yang serius kita tangani dengan teliti dan serius juga lah, ikut keadaan. Ada diantara teman-teman saya yang kagum tengok saya dan anak-anak saya bergaul, seola-olah dengan kawan-kawan, bukan 'anak-ayah'. Kurang terdapat halangan atau ada dinding pemisah bapa dan anak-anak. Dan ada juga ramai di kalangan rakan-rakan anak saya yang hairan melihat jalinan hubungan yang erat di antara kami. Saya boleh naik kereta bersama dan boleh ketawa tentang sesuatu perkara tanpa halangan. Saya mahu sedaya upaya mendekati hati nurani anak-anak saya biarlah kami memahami hati dan naluri masing-masing. Semoga berbuat demikian akar kepada kasih sayang lebih mendalam dan teguh erat selamanya. Biar mereka merasai kehadiran kita menemani mereka ketika susah senang, menjadi payung dan pelindung.
Hidup ini bukan lah panjang pun. Saya tak mau nanti anak-anak saya terlupa yang ayah mereka sudah tiada kerana ikatan kasih sayang tidak di pupuk dari mula. Kehadiran dan ketiadaan kita sebagai ibu bapa biarlah terkesan dan menjadi panduan kepada hidup mereka dan bahawa biar mereka merasakan kita ini adalah insan tak ternilai dan tiada gantinya dalam hidup mereka. Jadi kita kena saling menghormati fungsi masing-masing kenapa Allah jadikan kita sebegini coraknya.
Sampai di aras beranda menghala ke lobi, saya terpana dengan panorama senja, sungguh memukau. Saya keluarkan kamera untuk mencuba beberapa 'shot' dalam keadaan 'low light'.
Sedang saya leka dan asyik dengan mencari sudut-sudut sesuai untuk rakaman foto, saya terdengar seperti ada sesuatu, ada bunyi aneh yang sedang menghampiri di sebelah belakang saya. Orang tua-tua selalu berpesan, tatkala remang-remang senja kita kena berwaspada kerana banyak makhluk-makhluk 'istimewa' berkeliaran, tambahan di kawasan hutan yang asing bagi kita. Orang bunian pun mungkin ada. Kalau jumpa puteri bunian ok juga kot.
Saya rasa ada 'makhluk' sedang memerhati saya dari tadi...tiba-tiba....

kita sambung....ceritanya panjang lagi ni..
No comments:
Post a Comment