Dahan-dahan bourgainvillae penuh dengan bunga-bunga yang baru berkembang. Terpancar warna kemerahan oleh pantulan cahaya dari lampu yang menyinari sebahagian ruang kaunter reception Puncak Borneo Resort.
Saya seakan tenggelam bersama panorama malam yang sungguh syahdu.
Bahu saya di pegang orang. Saya menoleh.
"Encik, minta maaf, kami nak tutup lampu di bahagian ruang rehat kaunter ni."
Seorang pengawal yang sedang bertugas mengejutkan saya dari lamunan.
"Ohhh...maafkan saya kiranya mengganggu."
"Tak apa, encik masih boleh duduk di sini tapi kena bergelap lah."
"Terima kasih ye."
Rumah-rumah dan pinggiran hutan di lembah Bundu Tuhan sedang bermandi cahaya bulan dan seakan bersedia dengan kedatangan musim sejuk tak berapa lama lagi. Udara makin sejuk dan kadang waktu dingin menusuk. Malam seolah-olah makin panjang dan bulan terus bersinar.
Di pinggir jalan kelihatan sebahagian peniaga di gerai-gerai berderetan sedang mengemaskan barang dagangan. Sambil mengemas mereka saling berbicara dan bergurau senda dengan kebebasan yang barangkali mereka saja mengerti erti keindahan bermuafakat.
Saya melihat gelagat mereka dari kejauhan bersama dingin malam yang menghiburkan. Teruja sungguh saya dengan pentas kehidupan yang terpampang di depan mata. Terbuai rasa rindu untuk ingin bersama mengecapi suasana.
Dalam malap sinaran lampu dan dalam kesaraman saya terlihat kelibat wajah seseorang yang saya kenali. Tapi saya tak pasti kerana kurang jelas oleh sinaran lampu yang malap kelihatan dari kejauhan.
Dia sedang sibuk melayan pelanggan yang kebetulan singgah untuk membeli barang dagangan di gerainya.
Sedang saya asyik terfikir samada mahu pergi atau tidak ke gerai tersebut, tiba-tiba...
"Uncle masih belum masuk bilik lagi ye...buat apa kat sini sorang2?"
Emilia menyapa saya.
"Ooh saja saya berehat di sini..udara nyaman sekali..kalau balik bilik pun mata belum ngantuk lagi", balas saya.
"Ye ke ni..atau dok mengendap anak dara orang yang kat gerai tu." selamba saja Emilia perli saya.
"Anak dara orang, siapa dia?" tanya saya kehairanan.
"Tu..tu..yang pakai baju merah menyala tu, tak kan tak kenal kot."
"Betul ni, saya tak nampak dengan jelas, tak cam la saya."
"Jom, saya pun nak ke sana."
"Bukankah kamu tengah kerja sekarang ni?"
"Waktu begini, pelanggan hotel dah tidur, tak ada guest lagi kat coffee house, jadi kami di benarkan untuk santai-santai, lainlah kalau ada guest datang kami kena layan la"
"Oooh macam tu rupanya."
(bersambung....).....

No comments:
Post a Comment