Bismillah.
Sabtu 19 okt. 2013.
Sabtu 19 okt. 2013.
Jam 5 pagi semua sudah siap untuk ke KLIA. Flight MAS ke KB jam 7.50 pagi. Minta tolong Sani, anak lelaki saya hantarkan kami ke 'airport'.
Jam 6 pagi kami tiba di KLIA. Ke kaunter 'self check in', tak sampai 10 minit semua selesai.
Jam 6 pagi kami tiba di KLIA. Ke kaunter 'self check in', tak sampai 10 minit semua selesai.
Masa untuk 'boarding' masih lama lagi. Kedua-dua anak perempuan saya merayau melihat barangan yang di jual serta mencari tempat untuk sarapan. Saya dan Mem tunggu di gate B11.
Nothing much to do. It's still early and not many people at the boarding area yet. Some old folks are having a short nap while some are busy with cellphone and laptop....facebooking maybe...
Jam 9 pagi kami tiba di 'KB airport'. Saya semalam sudah 'booking' kereta dengan HAWK untuk di sewa. Kalau tak buat 'prior booking' memang tak ada kereta lah jawabnya. Sekarang ni ramai sangat orang yang datang ke KB. Pada lawatan saya 3 minggu lepas memang tak ada kereta langsung untuk di sewa. Menurut pekerja HAWK, dia orang ada 50 'fleet' kereta tapi masih tak mampu menampung permintaan pelanggan. Hari-hari tempahan penuh.
Saya 'booking' kereta Persona dengan harga RM130 sehari. Kira ok la bayarannya tak lah mahal. Oleh kerana masih awal kami singgah di Restoran Daun Pisang berdekatan dengan Taman Uda Murni. Semasa kami bertugas di KB dalam tahun 80an dulu kami memang tinggal di Taman ini, jadi tempat ini tidaklah asing bagi kami.
Restoran ni pernah satu ketika kecoh kerana tempahan makanan untuk 300 orang dengan bil RM6000. Tapi mengikut kisah sebenarnya bukan salah restoran ni tapi silap penganjur yang datang melebihi had yang di tempah. Makanan di sini ok, sedap, Mem dan anak-anak makan nasi dagang, dah lama tak pekena nasi dagang Kelantan. Yang ada di jual kat KL tak lagi ori.
Selepas sarapan, kami terfikir samada nak 'check in' kat Crystal Lodge atau cari lain tempat. Mem dah buat tempahan awal, tapi kami tukar fikiran untuk cari lain tempat yang berdekatan pantai kerana malam nanti kami berniat nak bawa ibu saya bersama. Masa cuti Raya Aidilfitri lepas kami/bersama ibu saya sudah menginap di Perdana Resort PCB. Fikir punya fikir saya cadangkan kita ke Tok Bali, mungkin ada hotel berdekatan pantai.
"Habis macam mana ni bang...nak check in terus ke apa?" Mem bertanyakan saya setelah keluar dari restoran.
"Apa kata kita tinjau lain tempat...kalau nak bawa Mek nanti lebih baik kita cari chalet ke apa...kat PCB tu pun ada gak."
"Kat PCB tu kan Raya lepas kita dah menginap kat situ...," kata Mem macam tak berapa setuju dengan cadangan tadi.
"Masa lawatan tapak projek PMU Bachok baru ni, ada nampak motel dan resort kat kawasan Tok Bali...apa kata kita cuba tengok kat sana?"
Saya teringat semasa lawatan tapak tempoh hari saya ternampak ada beberapa kawasan tepi pantai yang telah di bangunkan dengan projek pelancungan yang bagi saya sesuai untuk berehat.

Perjalanan dari KB ke Bachok atau Tok Bali hanya memakan masa 40 minit. Kami ronda-ronda sepanjang pantai di Bachok. Tak nampak pun ada hotel. Sambil menuju ke Tok Bali kami ternampak sign board 'SUDARA BEACH RESORT'. Kami pun masuk menuju ke sana, main redah saja, mencuba nasib.
Sesampai di resort tersebut, terkejut juga saya kerana ada resort pada pandangan saya sangat menarik dan sesuai untuk bersantai. Mem pun ke 'reception counter', bertanyakan tentang jenis bilik yang di sediakan untuk para pengunjung.
Saya teringat kawan saya Tuan Haji Salahudin daripada Akitek Rekajati di KB, lalu saya bertanyakan pada beliau samada pojek ni betul ke dia yang 'design'. Memang tepat telahan saya, memang resort ni dia yang 'design'. Saja saya teka kerana gaya 'design' tu memang citarasa Rekajati.
"Hello bro, kawe ni ada kat Sudara Beach Resort...demo ke design resort ni?"
"Ho la...betul la tu...pasal apa demo tanya?"
"Kawe ingat nak tidur sini...nampak cara design tu memang taste demo...tu pasal kawe tanya."
"Kalau nak tidur situ demo ambil chalet tepi laut atau tepi sungai...yang tu bagus la untuk famili...Demo dengan famili ko dengan awek?"
"Dengan awek kawe la...bawa lagi anak-anak dara dua orang."
"Ha ha ha...kelas demo."
Harganya berbeza mengikut jenis dan juga 'orientation'. Kami pilih unit yang mengadap laut seperti yang di 'rekomen' oleh kawan akitek saya tu.
Jam baru 11 pagi, waktu 'check in' pukul 2 petang. Kena lah tunggu. Untuk menghabiskan masa kami mengambil keputusan untuk ronda-ronda ke kawasan Tok Bali. Saya masih ingat sewaktu bertugas dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa/JPBD Kelantan, kawasan Pantai Semerak atau di kenali sebagai Pantai Bisikan Bayu di Jajahan Pasir Putih ni memang sangat cantik. Di situ terdapat chalet Majlis Daerah dan juga pengusaha perseorangan. Entah ada ke lagi tak tahu lah pula saya.
"Lambat lagi ni bang nak check in...nak buat apa kat sini...nak patah balik ke KB jauh."
"Kita pegi Kuala Besut la...tak jauh dah dari sini...lama sangat tak pegi sana...Nisa dengan Alia ni pun tak pernah sampai situ." Saya memberi cadangan.

Masuk saja kawasan Jajahan Pasir Putih kami ternampak satu bangunan yang sungguh indah, semacam resort, terletak betul-betul di tepi tasik. Kami pun ikut arah panduan ke tempat tersebut..wow.. terpukau saya. Rupanya ada satu resort, agak saya mungkin baru 4-5 tahun beroperasi.
.
'Design' nya ala-ala Bali. Tak sangka juga saya di tempat sebegini ada resort bertaraf antarabangsa. Saya pun masuk, intai-intai ke dalam kawasan resort ini.
Ramai orang datang mungkin ada 'wedding' atau apa-apa 'function'. Kebanyakan kenderaan ber plat T, bermakna dari Terengganu lah tu. Nama tempat ni TOK AMAN BALI RESORT.
Kami sempat beli jagung bakar di Pantai Semerak. Ramai orang berniaga minuman air kelapa muda juga jagung bakar. Sambil itu kami meneruskan perjalanan ke Kuala Besut. Bandar Kuala Besut kini sudah banyak berubah dari segi pembangunan fisikal. Banyak bangunan baru berbanding beberapa tahun yang lampau.
Dulu semua bangunan di perbuat daripada kayu tapi sekarang kebanyakan bangunan sudah moden dengan bangunan batu dan juga di penuhi taman-taman rekreasi yang mengadap ke jeti untuk ke Pulau Perhentian.
Kami santai-santai di Kuala Besut sambil menikmati pemandangan yang telah lama saya tinggalkan.
Kami menyeberangi jambatan Kuala Besut untuk melihat pemandangan di seberang. Memang tempat ini sungguh indah. Kuala nya yang sentiasa sibuk dengan bot-bot pelancung bertali arus menceriakan suasana.
Kami menyeberangi jambatan Kuala Besut untuk melihat pemandangan di seberang. Memang tempat ini sungguh indah. Kuala nya yang sentiasa sibuk dengan bot-bot pelancung bertali arus menceriakan suasana.
Ramai pelancung berehat di jeti menunggu giliran menaiki bot ke Pulau Perhentian. Kali terakhir saya jejakkan kaki ke Pulau Perhentian ialah tahun 1975/76 semasa saya menjalani latihan amali di JPBD Kelantan.
Selepas itu tidak pernah lagi saya berkunjung ke pulau tersebut. Khabarnya Pulau Perhentian sudah banyak berubah dengan pembangunan pelancungan.
Menurut cerita orang tua-tua, dulunya Pulau Perhentian ini adalah sebahagian daripada jajahan takluk negeri Kelantan. Oleh kerana Raja/pemerintah waktu itu kalah dalam pertandingan 'sabung ayam' dengan Raja Terengganu maka sebagai hadiah kepada Raja Terengganu, Pulau Perhentian dan Daerah Besut di serahkan. Itu sebabnya sampai sekarang ini penduduk Besut masih bertutur dalam loghat Kelantan. Wallahualam.
Sebelum balik ke kampung saya di Pasir Mas, kami singgah di Pantai Irama Bachok. Ramai orang maklumlah hari ini hari minggu. Kami pun sudah lama tak makan ICT/ikan celup tepung. Nampak sungguh yummy, jadi kami buat lah tempahan apa yang patut.
Memang sedap dan murah. Di pantai barat tak ada semua ni. Setiap kali balik ke Kelantan Mem dan anak-anak pasti pekena ICT ni. Cuti lepas makan ICT di Pantai Cahaya Bulan/PCB.
Memang sedap dan murah. Di pantai barat tak ada semua ni. Setiap kali balik ke Kelantan Mem dan anak-anak pasti pekena ICT ni. Cuti lepas makan ICT di Pantai Cahaya Bulan/PCB.
Jam 3 petang kami menghala balik ke Sudara Beach Resort untuk 'check in'. Oleh kerana keletihan kami berehat dan dapatlah melelapkan mata buat seketika. Terjaga sudah jam 5 petang. Terus bersiap untuk pulang ke rumah ibu saya di Pasir Mas. Perjalanan dari Bachok ke Pasir Mas memakan masa hampir sejam.Tiba di rumah ibu saya sudah jam 6 petang. Ibu saya sedang menunggu kami di beranda rumah.
Saya dan Mem memujuk ibu saya untuk menginap dengan kami malam nanti. Pada mulanya dia enggan kerana anak saudara saya nanti tinggal seorang diri. Setelah saya bagi tahu yang anak saudara saya kata ok baru lah ibu saya bersetuju ikut kami. Bukan apa, ibu saya risau nanti tak ada orang yang akan menguruskan makan minum anak saudara saya sekiranya dia ikut kami bermalam di resort.
Suasana damai di kampung jauh berbeza dengan suasana kita yang tinggal di bandar. Bunyi burung dan unggas serta pepatung dan kupu-kupu yang bebas berterbangan sungguh mengasyikkan. Masa kecil saya banyak habiskan waktu di sawah padi membantu ibu bercucuk tanam. Orang dulu-dulu tak pernah guna baja kimia sebaliknya menggunakan baja abu dapur yang lebih organik.
Sayuran dan buah-buahan terdapat di sekitar halaman rumah. Tidak lah susah payah untuk ke pasar mendapatkan bekalan makanan harian. Susah orang kampung masih tidak kebulur berbanding dengan warga kota yang segalanya terpaksa menggunakan wang. Untuk menggunakan sebatang serai pun terpaksa pakai duit.
Kalau tak silap saya pokok yang berbunga kuning ini ialah pokok gelenggang yang di gunakan sebagai bahan rawatan untuk ibu yang baru bersalin. Di kawasan bandar jarang dapat di lihat pokok ini. Bagi ibu yang baru bersalin warga kota menggunakan ubatan moden atau sekiranya rawatan tradisional hanya yang berupa ubatan yang telah di proses dan di jual ratusan ringgit. Sedangkan di kampung semuanya boleh di dapati yang asli di tepi pagar rumah sahaja.
Seperti yang saya ceritakan tadi, di kawasan kampung persekitarannya sangat menarik, terdapat banyak pokok kayu, udara bersih penuh oksigen dan negative ion di selangi bunyi unggas, ayam yang bermain di depan mata dengan pohon buah-buahan tropika yang ranum sungguh mendamaikan dan menyejukkan mata memandang.
Nothing compares, life is simple, people are friendly, it's so green and sustainable.
Ibu saya sudah masakkan sup tulang untuk kami. Ada pula celur pucuk ubi, memang terbaiklah. Tadi sebenarnya kami sudah banyak makan di Pantai Irama Bachok. Macam-macam jenis ICT, kena pula dengan kelapa muda. Tapi oleh kerana ada ulam seperti pucuk ubi memang tak boleh saya lepaskan peluang. Lagi pun saya sudah gian untuk merasa masakan ibu. Sememangnya masakan terbaik adalah makanan yang di masak oleh ibu sendiri, kerana dari kecil air tangannya lah yang hari-hari kita rasa.
Tunggu masuk waktu solat maghrib untuk ibu saya mengerjakan solat baru lah kami akan bergerak menuju Sudara Beach Resort. Bagi kami sebagai musafir, boleh lah di jamak dan qasar sekali.
Rupanya di kampung ini sudah ramai yang meninggal dunia. Teman-teman sebaya saya pun ramai juga yang sudah pulang ke Rahmatullah. Yang kini tinggal ramai kaum wanita, masih panjang umur termasuk lah ibu saya yang telah melangkaui usia 80an.
Sekarang pulang ke kampung pun sudah tidak begitu seronok kerana ramai teman-teman sebaya tidak lagi tinggal di kampung. Ramai yang berhijrah keluar termasuklah saya. Rasa seperti orang asing bila berada di kampung kelahiran. Pada pandangan saya kiranya berkampung untuk tempoh yang lama, mungkin boleh jadi murung diri. Kita yang sudah terbiasa dengan keadaan tinggal di bandar di mana jam 2 pagi masih boleh keluar bertemu teman untuk secangkir kopi. Di kampung-kampung jam 10 malam rasanya macam sudah terlalu larut dan aktiviti seakan terhenti. Yang tinggal hanya bulan yang tetap menyinari di pagari bintang.
bersambung di bahagian seterusnya.

No comments:
Post a Comment