IT serta teknologi terkini memang sangat banyak manafaatnya. Dalam dunia cyber yang penuh canggih ini, sekelip mata sahaja kita dapat berhubung tanpa kira jarak....borderless world. Dengan adanya GPS/geographic positioning system orang dah tak sesat lagi. Kalau yang lebih canggih ada pula Remote Sensing yang boleh dapat data secara Real Time. Dulu-dulu zaman saya buat kerja field survey kita kena buat field count untuk rumah, binatang, ladang dsbnya...sekarang semua boleh buat at the comfort of your room..tambahan dengan adanya penggunaan GIS/geographic information system.
Siapa pernah terfikir sewaktu dulu yang satu hari pintu pagar/rumah boleh tertutup terbuka sendiri, kereta boleh start engine sendiri, kenderaan tanpa pemandu...macam mustahil dan khayalan saja. Tapi dengan penggunaan simple gadget/tool seperti relay dan remote control semua tu tak ada yang pelik. Google Earth dan Satellite image yang real time pun ada...boleh dapat data terperinci..bukan saja ada imej birds eye view dan contour line tapi sekarang sudah ada software yang boleh nampak secara 3D/three dimension..boleh walk thru...jadi senang sangat lah boleh dapat data sekali dengan imej terkini.
Saya ingat tahun late 80's masa di Mekah, tak tahu lah sekarang ni...masa dulu tu nampak saja kita angkat kamera nak ambil foto datang lah polis ke apa marah-marah tak benar ambil gambar dan setengah tu di rampas kamera dan di buang filem...entah kenapa alasannya tak tahu lah...mungkin untuk security reasons...tapi dia orang lupa ke tak tahu yang pada masa tu teknologi Remote Sensing sudah ada...setahu saya di Asia Tenggara ni masih menggunakan khidmat/peralatan/teknologi Remote Sensing daripada France yang merupakan antara negara yang mempunyai ilmu dan kepakaran tercanggih di bidang tersebut.
Tactical warfare juga merupakan sesuatu penting dalam ketenteraan...sekarang orang tak payah masuk lokasi tapi hanya cukup dengan menghantar alatan untuk cyber spying...boleh dapat info/maklumat apa saja dan orang tak sedar pun cara mereka melakukan operasi tersebut...dan untuk hancurkan musuh juga di gunakan apa yang di kenali biological warfare...guna virus, tak payah susah-susah nak pegi perang. Dulu kalau nelayan ke laut juragan adalah orang penting selain juru selam yang dapat tahu mana kedudukan/lokasi yang banyak ikan...sekarang juru selam kena pencen la...teknologi hydrography sudah janggih...dalam bot dah tau mana ada tak ada ikan kerana sudah ada detector khas, tekan saja butang maklumat akan sampai di skrin kat dalam bot tu...apa saja kerja sekarang jadi senang dan ringkas.
Satu hari nanti tengok lah manusia dah tak makan macam sekarang lagi...cuma makan semacam pil saja untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam...macam yang pergi outer space. Dan sekarang askar-askar dalam banyak negara tak payah lagi nak bawa ration yang banyak, cuma sekadar guna chocolate bar yang cukup dosage harian untuk kesihatan. Saya pernah cuba makanan tersebut yang di buat daripada oats...cuma harganya bukan semua orang boleh mampu buat masa ini, tapi bila sudah di commercialise akan jadi macam maggi atau macam nasi lemak atau gulai tempoyak. Nothing will be impossible with the advancement of technology...I'm talking in term of applied science only...don't misunderstood me.
1400 tahun dulu Nabi Muhamad pernah bersabda...macam ni la rumusan kata-katanya .."satu hari nanti manusia akan lalai/rosak di sebabkan oleh sesuatu di atas bumbung..." tu kira 1400 tahun yang lalu di mana kita tak pernah terfikir tentang satellite dan lain-lain IT/cyber tech seperti yang terdapat sekarang. Dan ternyata benar ucapan Nabi Muhamad di mana sekarang manusia leka serta lalai di sebabkan apa yang ada dalam rumah dan yang ada di atas bumbung rumah...disc, antenna, lain-lain alat pemancar dsbnya semuanya terletak di mana?
Memang IT/cyber tech banyak membantu kehidupan manusia. Tapi yang kurang sedap sikit bila IT ni ada side effect ...tengok cara penggunaan lah. Anak-anak zaman sekarang, gen Y dan gen Z terutamanya sibuk dan leka dengan gadgets seperti PSP, games, cell phones-android, tablets yang bawa macam-macam applikasi yang tak masuk akal sewaktu waktu dulu...social interaction di kalangan teman dan ahli keluarga sudah menjarak...kalau jumpa kawan-kawan pun kadang-kadang naik rimas bila kita bercakap dia pula asyik texting awek ke apa...begitu juga dengan anak-anak yang sibuk ber PSP/games..nak ajak makan pun kena sms atau whatsapp, twitter atau call. Ini lah satu penyakit terbaru yang di panggil IT syndrome, satu jenis penyakit cyber yang memerlukan rawatan/theraphy untuk dipulihkan. Lagi maju lagilah hilang nilai budaya interaksi assimilasi dan social interactions dalam masyarakat tambahan pula dalam negara kita yang berbilang etnik ini....but that's already becomes a norm. So we have to really examine how sick is our generation nowadays...it's hard to expect what's in the near future.
'Semalam ada orang cuba nak hang-out dengan I, tapi I reject'
'Nape nak reject?'
'I tak kenal la sapa orang tu...'
'Dah nama pun virtual world memang la tak kenal'
'Sekarang ni kan macam-macam terjadi..sampai leh clash dengan pakwe makwe kes cam ni'
'Yang dok nak hang-out tu mesti U dah biasa interact kat blog ke G+ kan...bukan asing la tu cuma tak jumpa in person'
'Yang U beria-ia sangat ni nape?...U selalu buat ke?'
'Takde la...U kan tahu I tak suka chatting ni...bidang IT related ni pun sangat baru untuk I..U gak yang tunjuk ajar I semua ni'
'Tapi ada seorang ni macam sangat beria-ia benar nak kenal I, sampai berpuluh like dia...I pun dah teruja ni, macam apa nak cakap eh ni....walk extra mile gitu la, sekali ingat macam nak accept jer invitation tu'
'Tunggu apa lagi, on jer la'
'U ni I buat betul kan....betul ni U nak I chat dengan dia?'
'Terpulang lah ...beria-ia pula nampak, tadi kata orang yang beria-ia'
Ini adalah sebahagian contoh perbualan cybernetic sekarang. Orang tak dating main sms dah....sekarang kan ada whatsapp, twitter, fb, blog dsbnya...hang-out pun canggih dengan video sekali...boleh buat video conferencing...ada invitation slot lagi tu..invite orang untuk ber video...kita tengok sambungan perbualan pasangan ini.
'U nak tahu sebenarnya I dah reject lebih kurang 15 orang'
'Nape reject lak?...Rasanya semua fans U tu mesti lebih hebat daripada I ni kan...entah I yang paling sengkek'
'U nak I test ke.?..Tengok sapa lebih sengkek..'
'Lain macam beria-ia nampak'
'I cakap kat U ni kerana I tak nak sembunyi apa-apa dari U '
'Kalau dah ada niat teruja nak kenal tu ..on jer la, tapi kalau terjadi apa-apa nanti jangan nak salahkan I lak'
'Terjadi apanya?'
'Apa-apa antara kita nanti...'
'I tak buat la ..I cuma mesra-mesra kat G+ tu jer'
'Ya la kalau terlebih mesra susah gak orang ingat macam nampak so inviting sangat maka mula la orang nak masuk daun...I pasti yang U maksudkan tu mesti balak kan?'
'Betul la...'
'Ni banyak temptation untuk yang baru...orang yang dah kenal lama jadi macam dah biasa dan naik jemu pun ada kot...naluri manusia suka pada yang baru...tak kira la yang baru tu Kancil walau yang lama tu Jaguar, tetap di pandang yang baru, ya la nak merasa kelainan...'
'I cuma tanya U jer...kalau U ok pun I reject gak la'
'I sebenarnya tak nak kongkong hidup U..I ni sapa dalam hidup U, nobody kan...jadi U buat la keputusan yang waras..cuma I paling pantang orang tipu I..lebih baik terus terang, lukanya tak la dalam'
'I tak buat apa pun lagi..I cakap ni pun kerana I nak jujur dengan U'
'Kalau kat public space tu dah mesra, kalau in private chat apa lagi..U ni lain macam sikit mesra alam tak bertempat'
'Bukan kenal pun...muka pun tak penah tengok cuma gambar jer..apa ke hal?'
'Betul, sangat betul la tu...tapi mula-mula citer topik serious konon, tunjuk baik dan gentleman semacam, pah tu slowly la masuk pelan-pelan...orang boleh baca siapa kita melalui tulisan tau...kalau yang pro kejap jer dia dapat gulai...hancuss pah tu...
"Sayang boleh kita jumpa tak...tak syok la asyik chat kat sini jer".
Pompuan lak...
"I segan la...I ni tak cantik".
"I tak kisah...dapat jumpa minum-minum cukup la"....
'U tengok apa jadi pah tu...?'
"Sayang boleh kita jumpa tak...tak syok la asyik chat kat sini jer".
Pompuan lak...
"I segan la...I ni tak cantik".
"I tak kisah...dapat jumpa minum-minum cukup la"....
'U tengok apa jadi pah tu...?'
'Sori la takkan I nak buat cam tu...I tau U ni baik dan I rasa selamat dengan U ni...'
'Pasal U tau I ni baik tu pasal U berani nak buat semua ni'
'Pasal U tau I ni baik tu pasal U berani nak buat semua ni'
Ini adalah contoh perbualan yang mungkin ada terjadi lebih kurang macam ni. Memang virtual world ni ada faedah, kebaikan macam nak dapat info, tukar fikiran, belajar pengalaman orang lain, banyak sangat yang baiknya, tapi ada juga terselit yang tak baik, terpulang kepada individu untuk mengendalikannya...kita cuba expand conversation dua makhluk di atas.
'Sebenarnya I banyak terima kasih kat U ni..sekarang I baru tahu sapa U sebenarnya'
'U ni nape?...Buat I tak sedap hati lak'
'U ni sebenarnya seorang yang jujur, dan I paling respect kejujuran orang, bukan semua orang berani dan jujur cakap cam ni kerana cakap jujur ni mungkin boleh buat pasangan terluka...memang I tak selesa bila tahu U nak hang-out dengan orang asing...tapi ya la itu hak U...cuma kena pandai-pandai la...dan I rasa U pun tak suka I buat yang sama...'
'Memang la I jeles kalau U buat cam tu'
'Kalau U nak teruskan niat U tu, I rasa lebih baik I undur diri I tak nak jadi penghalang buat kebahagiaan U nanti I lak disalahkan...tak pe lebih baik cam ni daripada I tau sendiri yang U ni tipu dan buat kerja yang I tak suka di belakang I'
'U ni buat I gelisah dan confused la...ramai kawan-kawan I yang chat tapi ok jer..I tahu la batasannya...I dah ada U cukup la'
'U tahu tak jantan kalau dok usha betina bersungguh-sungguh lak tu, apa tujuan nya, mesti bersebab, ada tujuan...U ni bukan pakar saikologi, doktor ke atau apa-apa yang boleh sembuhkan penyakit tapi sekadar aktif di alam maya tulis artikel tu ini...dan tujuan U atau dia nak berintersaksi tu pun untuk seronok-seronok kan...jadi kalau I ni tak cukup seronok buat U...U go ahead la...no sweat...I pun boleh gak cuba nasib hang-out dengan sapa-sapa...mana tahu nasib menyebelahi I lak..'
' U ni kita kan dah lama kenal dah 2 tahun, rasional la sikit'
'Ya 2 tahun kenal tapi macam 2 bulan kenal dengan cara U sejak aktif blogging ni...macam ni la, U proceed dengan niat U tu, dan the moment U start to do whatever dengan mamat tu U bagi tahu I dan kita boleh la ikut jalan masing-masing...sekurang-kurangnya U jujur bagi tau I jadi sakitnya tak lah dalam daripada tertipu di siang hari'
'I tak buat la, I cuma teruja nak kenal mamat tu sapa, tu jer'
'Kan I dah cakap, the moment U start your activity maknanya kita bukan siapa-siapa lagi...kalau U buat gak maknanya U dah ready bila-bila masa untuk hilang I demi mamat yang U tak kenal batang hidungnya...maknanya U sanggup ambik risiko tu..sama jer kalau U tipu I tak tahu, tapi buat apa nak tunggu sampai I tahu sedangkan dalam hati U tu dah tau U buat benda yang I tak suka, jadi lebih baik sekarang daripada later on...wasting time jer.'
Disini kita dapat lihat yang perempuan tu cuba untuk mempertahankan niat dan maksudnya tapi yang lelaki cuba untuk membuat perempuan tu faham yang dia bermaksud baik dan very mean dengan pendiriannya. Apa yang cuba lelaki tu buat adalah untuk menghalang perempuan tu terbuai oleh keinginan penangan alam cyber ni...kita tengok apa jadi seterusnya..
'Maaf kan I ye...I takde pun nak selingkuh belakang U, tu pasal I citer semua ni, ni dah sifat I suka terus terang...maafkan I ye kalau buat U terluka'
'Apa orang kata...kalau apa yang ada di depan mata ni nampak kurang menarik...the grass always looks greener on the other side of the fence....pada hal rumput tiruan..biasa la sifat manusia...dan I nak ingatkan U sekali lagi untuk terakhir kali...sekiranya U buat juga I tak nak larang apa pun....cuma kalau satu hari U tertipu...masa tu U nyesal tapi penyesalan U tu dah terlambat...U simpan jer la perkataan maaf U tu.'
'Keras sangat bunyinya ni....U trust me ok I takkan buat semua tu'
'I tak larang U nak fb, blog ke apa tapi masih tak cukup ke dengan semua tu sampai kena private chat pula...tu yang I ni heran...mungkin hebat benar ayat mamat tu...sampai U sanggup argue dengan I'
'Bukan argue la...I tanya U punya pandangan dan restu je'
'Tak yah la kita nak panjang-panjang kan hal ni...U buat la apa yang terbaik untuk diri U...tengok la apa I nak buat nanti...hang-out juga ke atau I tutup jer blog I...cari port baru'
'U ni........I tau I ni tak baik dan tak kuat sangat tu I perlukan orang macam U untuk melindungi I, I sentiasa rasa selamat dengan U.'
'Kenapa I suka pompuan yang jujur, ikhlas dan terus terang...kerana kalau U tinggalkan I sekali pun, sekurang-kurangnya U dah jujur dan dengan itu I ada kenangan untuk di bawa bukan dengan benci dan dendam kesumat...tapi kalau I tahu tertipu I akan dendam dan terluka yang dalam..so I believe if you want to leave, leave in grace and do it in good faith...kita tak boleh tipu memori dan memori yang indah itu lah yang kita boleh bawa bersama menemani di saat suka dan duka'
'U ni buat I sedih lak, ok trust me I will not hurt you dengan perbuatan I ni, trust me...promise'
'U ni buat I sedih lak, ok trust me I will not hurt you dengan perbuatan I ni, trust me...promise'
Daripada contoh perbualan di atas, kita boleh buat berbagai andaian. Mungkin perempuan tu berjanji hanya untuk comfort kan lelaki itu saja dan dia akan teruskan niatnya di atas godaan nafsu cyber nya. Jika itu yang terjadi mungkin dia akan hilang kasih sayang dari orang telah cuba menyelamatkannya dan orang yang di kenali bertahun lama.
Dari situ bermula lah zaman perempuan itu jadi penipu di sebabkan kalah oleh nafsu cyber angkara seorang lelaki yang dia sendiri tak tau asal usul cuma terpikat oleh ayat-ayat puaka lelaki tersebut. Dari seorang yang jujur, berterus terang, dia telah menukar wataknya berpusing 360 deg. Dan apa terjadi pada lelaki yang cuba menyelamatkan hubungan yang telah lama di bina....mungkin ini baik untuknya dan menjadi pengajaran untuk memilih teman di masa akan datang, atau mungkin atas dendamnya dia pun terikut sama dan menjadi Cassanova yang hebat....sesuatu yang terjadi mesti ada detik permulaan sejarahnya.
Dari situ bermula lah zaman perempuan itu jadi penipu di sebabkan kalah oleh nafsu cyber angkara seorang lelaki yang dia sendiri tak tau asal usul cuma terpikat oleh ayat-ayat puaka lelaki tersebut. Dari seorang yang jujur, berterus terang, dia telah menukar wataknya berpusing 360 deg. Dan apa terjadi pada lelaki yang cuba menyelamatkan hubungan yang telah lama di bina....mungkin ini baik untuknya dan menjadi pengajaran untuk memilih teman di masa akan datang, atau mungkin atas dendamnya dia pun terikut sama dan menjadi Cassanova yang hebat....sesuatu yang terjadi mesti ada detik permulaan sejarahnya.
Kita dapat lihat apa yang dunia cyber boleh lakukan ke atas kehidupan kita..mempertemukan yang hilang atau menghilangkan yang sedia ada. Kisah di atas hanya setitis dari jutaan kisah suka duka yang benar-benar terjadi ke atas diri manusia di alam maya ini. Jadi kita tepuk lah dahi dan cari mana cara yang paling pantas untuk di ikuti. Dunia cyber memang macam badan manusia...ada kiri ada kanan...everything comes in pair and as people say it takes two to tango.
terima kasih
cheers.
No comments:
Post a Comment