Saturday 14 December 2019

my night sweetie

Bismillah

Sy ni susah nak tidur kalau bilik gelap gelita...Memang lagi risau kalau bilik langsung takde cahaya...Nak buka tingkap takut lak nyamuk masuk atau lain2 makhluk dok intai kat celah2 tingkap...

Silap2 kalau makhluk tu dah naik sheikh dilompatnya atas katil...bertempik jadinya..
Kalau lompat bawa kuih lompat tikam tu ok la juga...leh makan berimam๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚

Satu hari tu sy saja2 lah ronda2 tempat barangan letrik dan gadget keluaran negara China ...dan sy tertarik dengan lampu ni...boleh caj dengan wayar telefon bimbit... USB chager ..waaah...bagus gok barangan ni.


Sy pun testing la lampu tu...Elok menyala... intermittent lights dengan warna2 pelangi...teruja betul sy...dan tanya dengan jurujual...ohhhh ok2 harga mampu beli la ...puluh2 ringgit je..

Dan sekarang lampu ni lah yang menemani malam2 sunyi sy dan menceriakan bilik sy sehingga lah ke hari ni...Dah hampir setahun lebih lampu ni menerangi bilik sy dengan cahaya yang berbagai... very therapeutic..

Sy cuba bandingkan harga dengan lampu tidur biasa yang ada jual di DIY ...dah la harga melangit...kualiti lom tentu dan tak se comel dan cute macam lampu rabbit sy ni..

Sejak ada lampu tidur sy jarang dah bermimpi seram seakan ditindih sesuatu lembaga yang buat sesak nafas...hmmmm murah tak semesti tak bagus ... to me this cute little lamp is a value buy...

Cerita ditindih ni berlaku pada hampir semua orang semua bangsa...Tak kira bangsa apa warna kulit hijau biru kuning putih hitam oren ke apa2 lah janji manusia memang ada pengalaman kena tindih ni

Peristiwa ni berlaku pada usia remaja hingga lah ke yang bangka usianya... lni dikenali sebagai sleep paralysis ...Biasanya kena attack masa nak bangun tidur atau hampir2 terlelap ... Rasa tak boleh bergerak .. sesak nafas...berat kat dada..macam dicekik..

Sleep paralysis is associated with parasomnia...event that has something to do with difficulty in having a sleep..The episode accompanied by hyphagogic...some kind of feelings which are visual..auditory & sensory hallucinations..

Sy memang sukar tidur malam dan yang paling sy rasa tersiksa bila rasa kena tindih..Kalau sy tutup lampu memang cepatlah nak kena tindih...Masa tu lah kita mula berhalusinasi...macam boleh dengar dan nampak benda yang sebenarnya tak ada.

Pernah sy mengalami dalam separuh sedar ada makhluk asing tengah bertenggek atas dada dan sedang mencekik leher...Masa tu dalam keadaan pening2 lalat seolah boleh nampak bayang2 makhluk tu...

Dan sy seakan sedar kerana sy boleh baca ayat2 Quran... Tak kuar suara tapi sedang baca surah2 tertentu..Bila episod tu berlalu terasa macam benar2 berlaku dalam keadaan nyata..

Ada juga orang yang rasa diri melayang...berpusing2..terbang..merewang2 atas orang atau out of body experience ..The worst is feeling being strangled & sexually assaulted ...macam dihempap sesuatu yang besar๐Ÿคญ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚ 

Kalau dah besar sampai satu badan terlindung memang la takleh nak bernafas...tak usah nak dabik dada ngada2 perasan kuat la..๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿคญ


Ada yang cakap tu permainan tidur...gangguan syaitan dan juga kerana tidur dengan tangan kaki tertindih oleh badan atau sesuatu yang berat menjadikan aliran darah tidak lancar sampai kebas2 badan.

Macam2 teori & sy pikir ramai diantara kita yang pernah mengalami sleep paralysis ni...Untuk kita umat islam adalah bagus mengamalkan baca surah2 tertentu seperti 4 Qul ..ayatul kursi dll yang berkaitan

Sekian..semoga tulisan ringkas ni memberi faedah untuk dikongsi bersama

P/s...Jangan lupa pasang lampu yang samar2 cahaya...Kalau nak tidur tutup lingkup satu badan dari kepala sampai kaki pun dipersilakan...janji bahagia๐Ÿ˜…๐Ÿ˜ด๐Ÿ›Œ

Cheers
Wassalam

No comments:

Post a Comment