"Lia nak ke gerai sana tu, kalau uncle nak ikut jom la kita pegi sama-sama," kata Emilia kepada saya.
"Ok ke kalau saya ikut sama," kata saya untuk kepastian.
"Sapa yang nak marah, kan uncle pegi dengan Lia, ni tempat Lia, mestilah ok dan selamat," balas Emilia.
Dari 'reception counter' ke muka jalan kami terpaksa menurun bukit kecil. Rasa saya ketinggiannya lebih kurang 30 kaki. Persekitaran agak sunyi tapi angin malam yang bertiup sungguh nyaman dan sejuk sekali.
Nasib baik saya memakai jaket kalau tidak harus kaku saya di buatnya. Kami berjalan beriring, sambil Emilia memegang lampu suluh. Dalam hati terfikir apalah nanti kata orang sekiranya nampak saya sebagai orang asing berjalan berduaan di dalam samar malam dengan anak dara orang.
Nasib baik saya memakai jaket kalau tidak harus kaku saya di buatnya. Kami berjalan beriring, sambil Emilia memegang lampu suluh. Dalam hati terfikir apalah nanti kata orang sekiranya nampak saya sebagai orang asing berjalan berduaan di dalam samar malam dengan anak dara orang.
"Risau juga saya ni, nanti apa kata orang melihat kita berdua malam-malam begini."
"Alah uncle ni risau sangat la. Bukan kita buat apa yang tak elok pun."
"Betul la tu, tapi pandangan orang mesti lain pula. Saya ni orang sini tak pernah tengok mesti lah pelik kan."
"Orang di sini tak kisah semua tu. Lagi pun orang kat sini dah kat rumah masing-masing tengok TV ke atau dah mula tarik selimut."
"Kalau boyfriend kamu nampak kita berdua macam ni mesti lah dia rasa kurang senang."
"Untuk pengetahuan uncle, Lia ni masih single dan memang Lia tak nak fikir fasal couple mouple ni, wat menyusahkan saja."
"Atau Emilia ni pernah frust ke dulu."
"Kita cerita fasal lain lah uncle, tu subjek mem'boring'kan."
"Maaf la ye, saya saja tanya, kerana di tempat orang dan yang asing bagi saya mestilah saya risau, itu saja, tapi kalu semua ok seronok lah saya."
Pada pandangan saya Emilia ni seorang anak yang baik. Bukan jenis macam budak-budak sekarang yang tak dengar dan melawan cakap ibu bapa. Dia pun sopan dan bercakap jujur seadanya. Di kawasan pedalaman ni memang jauh bezanya pendedahan kepada unsur-unsur tingkah laku yang tidak menyenangkan.
Kami sampai di persimpangan T bersebelahan jalan masuk dan deretan gerai mengadap jalan besar. Terdapat 4 buah kenderaan yang berhenti untuk membeli barangan jualan di deretan gerai tersebut.
"Ramai juga orang berhenti waktu begini."
"Kalau rajin boleh buka gerai sampai pagi, pasti ada saja yang berhenti untuk beli barang, biasanya buah-buahan dan sayur."
Saya terfikir alangkah baik sekiranya ada tempat yang di rancang dengan teliti seperti R&R untuk kemudahan pengunjung yang menggunakan jalan ini. Orang-orang kampung berdekatan juga boleh menjalankan perniagaan dengan sempurna dan boleh di buka 24 jam. Kemudahan seperti tandas, surau dan petrol station juga restoran dapat membantu memeriahkan suasana.
Ketika melintas jalan Emilia memegang lengan saya untuk pastikan saya tidak terjatuh maklumlah waktu malam dan saya pula tak terbiasa di tempat ini.
"Uncle hati-hati sikit, sini banyak batu, jalan sedang di baiki, nanti terlanggar kan Lia pula susah nak rawat uncle," dia berkata sambil ketawa kecil.
"Kamu ni buat saya macam orang tua ganyut pula."
"Tak de la macam tu. Uncle kena ingat bukan semua orang Lia ajak jalan-jalan macam ni...hanya uncle je."
"Kenapa lak Emilia cakap gitu."
"Entah..tak pernah pula ada kesempatan macam ni...lagi pun Lia tengok uncle ni sporting...uncle datang dengan famili, tak kan jenis menggatal pula."
"Oooo macam tu...kalau yang jenis menggatal macam mana pula."
"Tak inginnya Lia nak jalan-jalan macam ni."
Kami hampir sampai ke gerai betul-betul di tempat hujung sebelah kiri. Lampu masih terpasang dan terdapat beberapa pelanggan yang sedang memilih barangan untuk belian. Tiba-tiba Emilia menarik saya ke belakangnya.
"Uncle sembunyi di belakang Lia ya."
Saya terfikir apa pula yang hendak di buat. Tak dapat saya bayangkan apa ke benda yang akan berlaku nanti. Jadi saya ikut saja arahannya, macam bodoh pun ada jadinya. Sambil bergerak ke arah gerai dia mendepakan tangan ke arah seseorang.
"Eh Lia, kau datang sorang ke," seseorang dengan suara yang saya cam menegur Emilia. Tapi saya tak pasti siapa kerana saya tak nampak mukanya.
"Habis tu kau ada nampak aku dengan sapa-sapa ke," balas Emilia.
"Tak lah aku tengok kau ni macam pelik je, mendepa tangan lagi."
Semakin saya cam dan dapat agak siapa yang sedang berdialog dengan Emilia.
"Kau tutup mata kau...nanti ada 'surprise' buat kau."
"Macam-macam lah kau ni...ok.. aku tutup mata sekarang."
Emilia menarik saya ke depan dan betul-betul mengadap seseorang yang sudah pasti saya kenali.
"Buka mata kau sekarang...jeng..jeng..jeng..."
Elizabeth melompat-lompat kegembiraan sambil menepuk-nepuk badan saya, semacam terlalu seronok sampaikan dia terlupa yang kini dia sedang menguruskan gerainya. Saya melihat seorang wanita dalam lingkungan 40an semacam terpaku melihat ke arah kami bertiga.
"Uncle...macam mana boleh sampai ke sini...Liz seronok sangat lah malam ni...sejarah ni Lia.."
"Itu kena tanya Emilia la...saya ikut saja dia tadi, tak tau pula yang kamu ni berniaga di sini."
"Liz tolong auntie Liz uncle...alahai..what a surprise.."
Setelah pelanggan beredar, Elizabeth mengheret tangan saya dan memperkenalkan seseorang kepada saya.
"Ini auntie Liz, namanya auntie Mary...dan ini pula uncle Sam." sambil kami berpandangan dan bersalaman.
Elizabeth membisikkan sesuatu kepada auntie Mary dalam bahasa yang saya tak fahami. Auntie Mary menganggukkan kepala sambil tersenyum kepada saya.
Elizabeth membisikkan sesuatu kepada auntie Mary dalam bahasa yang saya tak fahami. Auntie Mary menganggukkan kepala sambil tersenyum kepada saya.
"Kamu mengumpat saya eeh..." saya mengusik Elizabeth.
"Uncle ni..kita cerita yang baik-baik saja lah."
Ada sebuah kereta berhenti di depan gerainya. Auntie Mary meminta diri untuk melayan pelanggan sambil saya menganggukkan kepala.
Emilia juga meminta diri untuk membantu auntie Mary, tinggallah saya dengan Elizabeth.
"Uncle nak minum...ada minuman panas, teh ke kopi?" pelawa Elizabeth.
"Apa-apa pun boleh...teh o bagus juga sejuk-sejuk begini," balas saya.
"Apa kata kita duduk kat bangku di belakang tu."
"Ok gak tu...boleh tengok gunung Kinabalu waktu malam. Bukan senang nak dapat peluang macam ni."
Elizabeth mengambil flask yang berisi air panas. Saya duduk sambil merenung alam yang indah ciptaan Tuhan. Terdapat kepulan awan bergerak perlahan di puncak gunung.
Cahaya dari phylon di Timpohon berkerlipan bersama cahaya bulan yang menyinari lembah Bundu Tuhan. Asyiknya saya bersama panorama malam yang syahdu. Angin malam seolah-olah merestui kehadiran saya mengindahkan suasana bening yang tak terucapkan.
Cahaya dari phylon di Timpohon berkerlipan bersama cahaya bulan yang menyinari lembah Bundu Tuhan. Asyiknya saya bersama panorama malam yang syahdu. Angin malam seolah-olah merestui kehadiran saya mengindahkan suasana bening yang tak terucapkan.
"Jauhnya merenung...ingatkan apa tu uncle."
"Teruja sungguh saya dengan suasana dan malam yang indah ini. Saya patut berterima kasih banyak kepada kamu berdua yang membantu saya menikmati ini semua.'
"Aiiik, macam seniman pula bunyinya," sambil menghulurkan cawan dan tertawa kecil.
Malam masih muda bagi saya yang biasanya waktu begini baru keluar rumah berjumpa kawan-kawan sambil sembang di kedai mamak. Tapi suasana di sini seolah-olah malam sudah sungguh lewat dan seakan aktiviti hampir terhenti. Kalau lah tiada gerai yang di buka, malam di sini begitu kelam dan dunia seolah berhenti berputar.
Elizabeth melabuhkan punggungnya di sebelah saya. Aduh terasa romantik sungguh malam ni. Itu hanya lah perasaan saya bila teringatkan masa remaja saya. Kalau lah keadaan macam ni berlaku semasa zaman remaja saya tentu lah akan menjadi satu titik sejarah dan mungkin akan mengheret saya ke satu pentas yang berlainan.
Tapi sekarang dalam usia begini saya menikmati segalanya ini dengan cara yang berbeza. Saya menganggap mereka ini sebagai anak-anak yang mendampingi orang berusia untuk menceriakan hidup mereka dari segala kepahitan kehidupan di daerah asing di pedalaman. Dan bagi saya mereka ikhlas menemani saya dan melayan saya dan menghormati saya sebagai manusia yang berusia. Itu yang membuat saya rasa senang bergaul dengan mereka.
"Isteri dan anak-anak uncle dah tidur ke?"sapa Elizabeth memecah kesunyian malam.
"Mungkin juga kot. Tadi banyak berjalan dan keletihan serta kekenyangan selepas dinner tadi. Dia orang biasanya tidur awal."
"Habis uncle tak letih ke."
"Saya dah biasa, kalau di Shah Alam memang masa ni saya baru keluar rumah," jelas saya.
"Auntie ok ke...tak mengamuk ke nanti?"
"Dah biasa Liz sejak mula kahwin sampai sekarang macam ni la. Dia sibuk dengan cara dia dan saya dengan cara saya, janji kita respect each other, ok jer setakat ni."
"Liz nak tanya sikit boleh tak?"
"Ok, nak tanya banyak pun tak apa."
"Auntie tu kerja apa, kalau tak personal la."
"Ooh apa personalnya...dia kerja sebagai pensyarah lain pula dengan saya ni kerja sendiri sebagai consultant."
"Kalau pensyarah mesti lah belajar tinggi...kan."
"Betul la tu, dia belajar sampai peringkat PhD...untuk jadi pensyarah sekurang-kurangnya mesti ada Master, kalau setakat Degree jadi tutor saja lah."
"Habis uncle pun ada PhD juga la."
"Tak ada, kami di bidang professional tak perlu ada PhD, kami ni di panggil Built Environment Practitioner, jadi ahli persatuan dan ahli lembaga di bidang kami, cukup lah itu dah boleh praktis sebagai consultant."
"Tak faham lah Liz semua ni."
"Orang di bidang akademik perlu ada Master kalau ada PhD lagi baik, untuk mengajar student mestilah pensyarah kena ada kelebihan di segi kelayakan akademik."
"Orang macam Liz ni boleh ke belajar sejauh tu"
"Sapa kata tak boleh...semua di beri peluang tambahan zaman sekarang ni ada banyak kemudahan, boleh belajar secara on line, Open University dan macam-macam program lagi. Zaman saya dulu tak ada semua ni...internet pun tak ada."
"Tapi mungkin berbeza dengan orang bandar...orang Semenanjung banyak yang maju, minda pun terbuka bukan macam kami di pedalaman ni, masih jauh ketinggalan"
"Saya tak fikir begitu...semuanya bergantung kepada kemahuan."
Emilia masih lagi melayan pelanggan yang sedang tawar menawar. Sekali sekala dia menoleh ke arah kami yang sedang bersembang. Dalam hati tertanya-tanya tentang kehidupan mereka ini. Dalam usia masih muda mereka rajin bekerja siang malam mencari rezeki. Macam tak tau penat tapi di lakukan dengan penuh ceria seperti tiada paksaan dan mereka seolah redha dengan apa yang terjadi.
"Emilia ni jiran kamu kan, saya tengok dia ni rajin dan sentiasa ceria macam tak pernah ada masalah, seperti juga kamu."
"Setiap orang ada masalah uncle...cuma kecik atau besar jer...ya betul memang lah kami berjiran dan kira dalam lingkungan saudara mara juga la."
"Dia bagi tau saya dia tu Muslim dan kamu ni Kristian...betul ke?"
"Memang betul...di sini benda-benda macam ni lumrah. Walau kami berlainan anutan tapi masih boleh duduk serumah, makan tidur sama-sama..dan kita kena hormati hak masing-masing, tak payah lah nak gaduh-gaduh."
"Betul, itu yang saya kagum dengan masyarakat di sini...hidup penuh harmoni, saling menghormati..bagi saya ni lah contoh terbaik dari segi integrasi dan assimilasi kaum..."
"Ada Liz terbaca dalam akhbar, di Semenanjung ada yang tak sefahaman walau satu bangsa dan satu ugama...pelik juga kami fikir."
Terasa malu pun ada dengan kenyataan orang muda seperti Elizabeth ni. Betul katanya bahawa kita hidup berpuak dan seliseh faham oleh benda-benda yang tak sepatutnya.
"Susah saya nak komen benda ni Liz, manusia makin ramai dan masing-masing terasa diri semakin pandai di segala bidang maka begitulah jadinya."
Saya menghirup teh o panas yang Elizabeth sediakan. Nyaman sekali. Elizabeth minum kopi o, dan di hidangkan juga biskut/crackers Jacob, memang sesuai sangatlah sejuk-sejuk begini.
"Liz tengok uncle satu famili ni macam keluarga yang bahagia, anak-anak pun sopan dan bergaul mesra macam kawan-kawan lakunya...Liz envy betul tengok uncle sekeluarga..."
"Bukan macam keluarga bahagia... tapi memang bahagia pun ..hahaha...tak ada saya saja melawak tu...Saya rasa semua keluarga sekarang ni, maksud saya keluarga moden memang tidak seperti orang dulu-dulu terlalu keras cara mendidik. Sekarang ni banyak guna saikologi janji masing-masing tau sempadan masing-masing...maka aman lah...kita dengan anak-anak kadang-kadang kena keras untuk tujuan disiplin dan sebahagian besar waktu saya dengan anak-anak saya jadikan mereka sebagai teman."
Saya melihat Elizabeth terdiam dan tunduk membisu. Di letakkan cawan di atas bangku sebelahnya sambil memintal-mintal shawl yang di pakainya.
Redup wajahnya dalam kesamaran malam membayangkan sesuatu yang menyentuh perasaannya. Apakah saya tersilap cakap tadi. Macam-macam bermain di fikiran saya. Macam mana saya nak menembusi apa yang bersarang di mindanya saya pun kelu dan gelisah.
Redup wajahnya dalam kesamaran malam membayangkan sesuatu yang menyentuh perasaannya. Apakah saya tersilap cakap tadi. Macam-macam bermain di fikiran saya. Macam mana saya nak menembusi apa yang bersarang di mindanya saya pun kelu dan gelisah.
Saya memandang ke arahnya yang masih tunduk membisu sambil jari jemarinya memulas-mulas hujung shawl yang dipakainya. Aduh, sudah tersilap cakap nampaknya saya. Tapi apa yang menyebabkan dia tensentuh benar dengan ucapan saya. Bagi saya semua yang saya katakan tadi adalah pandangan biasa yang tidak menyentuh soal sensitiviti sesiapa.
Perlahan-lahan dia memegang tangan saya sambil menangis. Tingkah lakunya membuat saya semakin keliru. Bagaimana saya harus memecah keheningan ini tanpa mengguriskan perasaannya. Saya jadi buntu dan otak saya berputar mencari kata-kata yang paling manis dan enak untuk di sampaikan.
"Liz saya benar-benar minta maaf sekiranya kata-kata tadi mengguris hati dan perasaan kamu. Saya tidak berniat untuk menyakiti sesiapa pun."
"Uncle tak salah pun...Liz minta maaf kerana terbawa-bawa dengan perasaan Liz sendiri," dia berkata sambil jari jemarinya memegang erat jaket di lengan saya.
Makin terharu jadinya saya. Sampai saat ini saya tak bisa meneka apa sebenarnya isu yang membuatnya begitu tersentuh sehingga mengalirkan airmata. Ini mungkin kena mengena dengan kehidupan keluarganya kerana tadi apabila saya bangkitkan soal keluarga dan hubungan dengan anak-anak dia terus tunduk membisu. Saya rasa tekaan saya ini mungkin tepat. Kalau itulah isunya saya akan cuba mencari jalan untuk memecah kebuntuannya dan mengembalikan cerianya.
"Liz, saya harap kamu berkata benar kepada saya, apa yang saya mampu tolong, pasti, saya janji akan tolong kamu...tapi jangan lah kamu buat saya rasa bersalah membuatkan kamu mengalirkan airmata," sambil saya memberi tisu yang berada di atas pangkin untuk membersihkan airmatanya.
"Kami tak bernasib baik seperti anak-anak uncle," itu saja perkataan yang keluar dari mulutnya.
Tangisannya semakin menjadi, isakannya membuat Emilia terperasan dengan tingkah laku Elizabeth. Saya memandang ke arah Emilia sambil memberi isyarat tangan yang saya tak tau macam mana nak buat untuk menenangkan Elizabeth. Emilia datang ke tempat kami berdua. Mereka berdua bercakap sesuatu dalam bahasa dusun yang sememangnya tidak saya fahami langsung.
Emilia berbisik kepada saya.
"Liz minta saya tinggalkan dia bersama uncle, katanya nanti dia akan ceritakan sesampainya di rumah," sambil berlalu untuk membantu auntie Mary.
kita sambung lain kali kiranya ada kesempatan...
No comments:
Post a Comment