Malam semakin larut.
Kelihatan auntie Mary dan Emilia sedang menyusun barangan jualan selepas tadi ada beberapa orang pelanggan yang datang. Saya sekali sekala menoleh ke arah aktiviti mereka bersama pelanggan.
Ramai yang singgah membeli sayur segar, buahan, serta barangan kering seperti kerepek dan yang paling di gemari jagung manis tempatan. Saya pernah berkesempatan membeli jagung manis di Pekan Kundasang tempoh hari. Rasa saya barangan dan sayuran tanah tinggi ini sama seperti yang terdapat di Cameron Highlands.

"Kamu belum pernah sampai ke Cameron Highlands rasa saya, kan?"
"Betul belum sampai ke sana, cuma pernah dengar tempat tu dan ada lihat melalui TV. Bukan saja ke Cameron, ke Semenanjung pun belum pernah sekali."
"Bila berada di sini saya rasa seperti di Cameron Highlands tapi suasana dan persekitaran jauh berbeza. Bagi saya di sini lebih aman dan damai."
"Terniat juga mau ke Semenanjung, tapi entah bila la ada kesempatan."
"Mana tau satu hari nanti kamu bertemu jodoh orang Semenanjung."
"Siapa la yang teringin nak ambil orang gunung seperti kami ni."
Ingatan saya kembali terpantul kepada suasana di perkampungan Orang Asli di Terisu Cameron Highlands. Dulu sekitar tahun 1984 saya berkesempatan menjalankan tugas dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa/JPBD Ibu Pejabat Bahagian Luar Bandar. Ketika itu saya menjadi Pengurus Projek untuk pasukan kajian Rancangan Pengumpulan Semula Orang Asli di Negeri Pahang.
Selalulah saya keluar untuk lawatan tapak dengan staf ketika itu dan saya rasa itulah tempat kerja yang paling saya gemari dan takkan terlupa sampai bila. Di kawasan demikian kita banyak belajar tentang kehidupan masyarakat di pedalaman tentang budaya, sistem norma dan nilai mereka. Samalah juga bila berada di Bundu Tuhan ini yang seakan telah mengembalikan nostalgia lama saya. Suasana dan tempat persis sama.

"Dulu saya selalu ke perkampungan Orang Asli atas dasar tugas, tempat yang saya suka adalah di Terisu Cameron Highlands...suasana dan persekitaran tak jauh bezanya dengan tempat ni."
"Oh ye ke...maknanya tempat-tempat begini bukan asing lah buat uncle ye..Liz ingat orang bandar hanya suka berlibur saja ke tempat begini."
"Dulu ramai staf yang tak suka bila di tempatkan untuk projek Orang Asli, ada yang minta tukar dan macam-macam. Tapi saya sangat menggemari tempat-tempat sedemikian. Bagi saya itu satu penghormatan kerana bukan semua orang dapat peluang keemasan tersebut. Entah lah saya kurang ngerti dengan kerenah manusia."
"Uncle dulu kerja kerajaan ye?"
"Empat tahun Liz saya keluar masuk hutan di pedalaman Negeri Pahang demi tugas. Hutan sudah menjadi sebahagian hidup saya. Di sana saya banyak belajar tentang toleransi, PR dan cara berhubung dengan masyarakat yang asing buat saya. Sebagai Pengurus Projek pasukan saya bertanggung jawab ke atas keselamatan dan kebajikan semua staf yang ikut serta. Banyak pengalaman berguna saya timba waktu itu dan juga berbagai kenangan terindah yang masih segar terpahat di ingatan."
"Wow, seronok Liz dengar pengalaman uncle ni. Lagi banyak tau tentang uncle lagi terbuka minda dan perasaan Liz untuk menghormati siapa uncle ni."
"Pembetulan...bukan untuk dihormati tapi untuk dikongsi bersama pengalaman dan ilmu yang mungkin berguna untuk kita....tempat kamu ni banyak mengimbau kembali nostalgia lama saya. Teruja sungguh saya di buatnya."
"Kiranya Liz ni sedikit sebanyak membuat uncle bahagia, begitu?"
"Sangat...cuma bezanya di sana tiada Liz dan Lia, yang ada hanya anak Tok Batin yang juga cantik dengan cara mereka. Rupa paras bukan ukuran sebenar kecantikan. Tingkah laku, sopan santun dan perwatakan juga sangat penting untuk melengkapkan istilah kecantikan...itu pada pandangan saya."
"Sungguh dalam ertinya tu...'salute' untuk uncle."
"Sekali lagi saya nak tanya...kalau jodoh kamu dengan orang jauh kamu setuju?"
"Seperti kata Liz tadi siapa yang teringinkan orang macam kami ni?" Jawabnya dengan penuh rasa rendah diri.
"Seperti yang kita cakap tadi...ingat lagi tak? Bila kita selalu cakap tentang sesuatu topik tu, itu bermakna kita memanjatkan doa...mana tau doa saya termakbul..."
"Ya tak ya juga..uncle ni memang pintar lah... tadi baru saja kita cerita fasal doa dan takdir."
"Tiada yang mustahil dalam hidup ni kan," kata saya untuk menanam keyakinan pada dirinya.
"Kita ketemu pun tanpa dirancang terlebih dulu..semuanya kebetulan," balas Elizabeth sambil tersenyum kepada saya.
"Perkataan kebetulan tu kurang tepat rasa saya, mungkin kalau dirancang dan ditakdirkan lebih baik...itu suratan takdir namanya...kita orang Islam percaya kepada Qada' dan Qadha'..tu dah jadi Rukun Iman.''
"Ya, dalam anutan kami juga ada begitu...tentang takdir maksud Liz."
Saya pejamkan mata sambil bersandar di tiang gerai sebelah kanan sementara Elizabeth masih duduk rapat sebelah kiri saya. Udara malam dan bau rumput serta daunan segar diselangi haruman bunga membawa fikiran saya jauh melayang. Sungguh asyik dengan kedamaian malam ini sampai saya hampir terlupa keluarga saya yang pada pandangan saya sedang enak dibuai mimpi. Perlahan saya sedut udara pergunungan yang menjanjikan seribu ketenangan.
"Nape, ngantuk ke uncle?"
"Bukan, saya cuma terbawa-bawa oleh indahnya suasana malam ini."
"Di Cameron Highlands mesti menarik kan uncle. Khabarnya ramai pelancung berkunjung ke sana."
"Di Cameron Highlands saya tak berkesempatan begini, lagi pun kawasannya sibuk dan tidak seindah di sini."
"Kan sama saja cuacanya."
"Memang... tapi di sini lebih kurang di era tahun 70/80an berbanding di sana...maksud saya dari segi pembangunan. Tapi saya tak suka jika kawasan begini membangun begitu pesat tanpa perancangan yang betul."
"Maksud uncle?"
"Ya, manusia rakus memotong bukit jadi rata, bukit bukau itu sebenarnya anugerah Ilahi. Sepatutnya dikekalkan dan bangunkan mengikut apa yang sepatutnya tanpa merosak alam...sistem ecology alam harus dipelihara, flora dan fauna kiranya dihapuskan akan memakan jutaan tahun untuk berkembang kembali."
"Liz rasa pun begitu."
"Pelik juga perangai manusia...bila kita rosakkan bangunan itu vandalism namanya, tapi bila dirosakkan alam ciptaan Tuhan itu pembangunan namanya. ..tu dah terbalik."
"Semua kerana duit, kekayaan yang diburu, maka begitulah jadinya."
Pandai juga rupanya Elizabeth ni mentafsir apa yang saya utarakan sebentar tadi. Sememangnya dia seorang yang pintar jika diberi pendedahan dia boleh menjadi aset sebagai pekerja.

Angin malam bertiup kencang dan suasana mulai berkabus. Di sini kawasan lembah yang menjadi seperti laluan angin/wind tunnel. Jarak penglihatan/visibility terbatas hanya beberapa meter dikala kabus menebal dan kenderaan perlu di pandu berhati-hati. Memang benarlah seperti kata Emilia petang tadi bahawa kawasan Bundu Tuhan ini adalah diantara kawasan tersejuk di Kundasang. Saya sendiri yang merasa dan menyaksikan segalanya.
''Uncle mungkin kehairanan memikirkan kenapa tadi Liz cuba hindarkan dari menyebut nama ibu bapa Liz...pasti uncle rasa pelik kan."
"Ya saya heran betul dengan sikap kamu...biasanya orang lebih suka bila bercerita tentang keluarga terutama ibu bapa."
"Panjang kisahnya uncle."
Elizabeth mengelus-ngelus rambutnya yang terjurai di dahi. Nampak semakin ayu bila dia berbuat demikian. Juga dibetulkan shawl untuk menutupi sebahagian tubuhnya. Malam semakin dingin. Saya pun terasa kesejukan oleh hembusan bayu malam lembah Bundu Tuhan ini.
"Sebenarnya Liz yatim piatu," singkat saja pengucapannya.
Saya merasa seperti berpinar dengan apa yang baru didengar tadi. Fahamlah kini saya kenapa Elizabeth menangis tatkala pertama kali kita berbicara tentang keluarga. Keterujaan serta rasa kehilangan sesuatu dalam hidupnya tentang hubungan erat kekeluargaan menyentuh kalbunya waktu melihat saya bergembira bersama keluarga. Kini saya mulai dapat menyelami apa yang tersirat di lubuk sanubarinya.
Dia tunduk membisu, sambil merenung lantai yang berada di bawah bangku tempat duduk kami. Sugul wajahnya membayangkan kesedihan yang teramat. Aduh, apakah episod air mata akan berulang lagi. Macam mana saya ingin berbicara untuk tidak menyinggung perasaannya. Waktu begini sangat tidak sesuai untuk membuat kelakar dengan kisah lucu. Ini sesuatu yang serius dan harus di tangani dengan cara yang lebih profesional kerana emosi berperanan penting dalam menjernihkan suasana.
"Tapi kamu tahu siapa ibu bapa kamu?"
"Ya."
Jawapan yang keluar dari mulutnya seperti terpaksa. Saya membiarkan saja dia dengan gelagatnya yang tersendiri. Elizabeth membuka flask yang masih berisi kopi panas dan dituangkan ke dalam cawannya. Saya memerhati saja gelagatnya yang seperti tidak mahu diganggu ketika ini. Setelah menutup flask tersebut dia mengambil lagi satu flask yang tadi mengandungi air teh 'o' panas, lalu dibuka penutup untuk dimasukkan ke dalam cawan saya. Saya mengisyaratkan dengan tangan bahawa saya tidak memerlukan minuman tersebut.
Kemudian.
"Kehidupan Liz sekeluarga sehingga Liz berumur 17..... masa itu semuanya indah belaka. Aman dan saling sayang menyayangi...tapi setelah terjadi satu peristiwa, semasa Liz dalam tingkatan 5, segalanya gelap gelita buat Liz."
"Saya teramat bersimpati dengan nasib yang menimpa kamu."
"Simpati tidak membawa apa-apa erti lagi buat Liz uncle...maaf kalau Liz agak keras, tapi itulah kenyataan sebenarnya."
Sangat tepatlah seperti apa yang baru diucapkan Elizabeth tadi. Orang lain hanya dapat menghulur rasa simpati, tapi simpati yang di berikan tidak membantu. Saat-saat demikian yang diperlukan adalah bukan hanya sekadar ucapan, bukan jua sekadar bantuan material tapi lebih menjurus ke arah spiritual.

"Saya faham... sangat faham situasi kamu...cuma itu saja buat masa ni yang dapat saya lafazkan," saya berkata jujur kepada ucapannya.
"Pernah satu ketika terasa macam tak mau lagi hidup... Liz menyalahkan semua orang, semua keadaan jadi sulit buat Liz.. mau saja Liz bunuh diri waktu itu."
Emosi terganggu lebih sakit dari kesakitan fizikal. Tanpa kawalan emosi kita bisa ditimpa berbagai tekanan mental yang akhirnya merebak menjadi satu sindrom penyakit yang memerlukan rawatan terapi diri. Saya dapat tercium kesan peristiwa yang menimpa diri Elizabeth yang menjadikan dunia ini sudah tiada apa-apa erti lagi. Menjalani hidup sendirian lebih parah dan saya faham kenapa dia seakan nekad tidak lagi mahu melihat dunia ini.

"Orang yang tak pernah merasa kehilangan tidak dapat merasa semua apa yang kamu rasa dan lalui, betapa getir dan payahnya menjalani hidup."
Saya berkata demikian bila teringat betapa saya rasa kehilangan apabila bapa saya meninggal ketika saya tiada bersamanya semasa dia sedang terlantar sakit. Tapi saya sangat bersyukur kerana sempat berada disamping arwah bapa saya ketika menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya. Setelah bapa saya tiada barulah saya sedar dan faham apa erti kehilangan sebenarnya. Semasa hayatnya masih ada kita selalu mengambil mudah dan tiada memberi tumpuan penuh terhadap orang yang sebenarnya penting dalam hidup kita.
Kehilangan orang tersayang dan dekat di hati kita sungguh memilu dan menyiksa batin. Setelah semuanya terjadi barulah kita menghargai erti perpisahan dan kehilangan tapi biasanya penyesalan selalu datang terlambat.

"Tapi takdir jua buat Liz...seolah Liz semacam dianugerahkan seseorang datang dalam hidup Liz untuk menyedarkan Liz dari mimpi buruk. Seseorang yang banyak meyakinkan Liz tentang erti hidup dan dugaan ...Liz sangat berterima kasih padanya."
"Jika tidak keberatan boleh kamu bagi tahu dimana 'seseorang' itu sekarang?"
"Tidak tahu...khabarnya dia juga telah meninggal..walau apa pun dia tetap hidup subur dalam jiwa Liz," jawabnya dengan suara yang tersekat-sekat.
Rupanya kesedihannya terubat dengan hadirnya seseorang yang telah membantu untuk meringankan beban yang ditanggung. Rasa saya seseorang yang dimaksudkan mestilah insan istimewa. Bukan perkara senang dan boleh diambil mudah untuk seseorang yang baru dikenali dapat membangkitkan rasa dan keinginan untuk kembali menjadi manusia normal. Biasanya hanya kasih sayang ikhlas yang dapat memulihkan semangat yang hampir hilang.

"Trajis sungguh kisah kamu ni...tak sangka sekali," dan saya pun sudah dapat merasakan kesedihan sedang mengintai di jendela hati. Saya harus kuat dan tabah agar dapat menyembunyikan kesedihan tanpa Elizabeth sedari.
"Sebenarnya..." dia mulai tersedu-sedan dan membuatkan saya terharu. Perlahan-lahan saya meletakkan tangan saya ke bahunya untuk memberi kekuatan agar dia tak terbuai oleh emosi terlalu jauh.
"Banyak bersabar dan saya rasa setakat ini kamu sungguh tabah, bukan semua orang sekuat kamu menjalani hidup, kena bersyukur kerana masih berkesempatan menjalani hari-hari muka walau penuh kepayahan. Saya pasti satu hari nanti nasib baik akan bersama kamu, dan sinar akan menjelma untuk kamu selamanya."
"Entah la uncle."
"Saya yakin dengan kamu...kamu hebat saya tau itu...kehilangan orang tersayang memang sukar diterima tapi kiranya bisa mengharungi saat getir dan dugaan...kamu akan selamat...sesuatu yang terjadi pasti ada rahmat disebaliknya..percayalah."
"Kenapa tadi Liz cakap Liz percaya, hormati dan sayang uncle...kerana uncle mengingatkan Liz pada seseorang yang pernah hadir dalam hidup Liz dan memberi pengharapan untuk Liz terus hidup...uncle dan dia mempunyai banyak persamaan."
Pancaroba apakah ini yang sedang terjadi di malam ini. Saya faham maksudnya bukan kasih sayang nafsu dan cinta, tapi tentang orang yang memberi harapan dan mungkin imbauan kembali masa lalu bersama seseorang itu yang membuat dia terpanggil untuk bercerita segala kisah hidupnya kepada saya.
"Tadi kamu cakap Emilia bersama kamu sejak berumur 13 tahun."
"Ya betul, bapa Liz yang membawanya ke rumah kami waktu tu."
"Kisah kamu yang berangkai sungguh kompleks sekali."
"Memang sangat aneh sekali....tapi itu lah....nasib Lia dan Liz hampir sama saja...dulu apa yang terjadi padanya Liz tak pernah terfikir akan berulang sama ke atas diri Liz."
Kisah hidup Elizabeth ini membuatkan saya makin tertarik untuk menyelami lebih dalam tentang rangkaian peristiwa yang pernah melanda hidupnya dan bila diucapkan saya dan seseorang memainkan peranan dalam menyembuhkan luka hatinya membuat saya jadi keliru dan dalam masa yang sama membuat saya lebih berminat untuk mencipta suasana yang bisa membuat hidupnya kembali jernih.

"Maksud kamu Emilia pun juga yatim piatu seperti kamu?"
"Bukan yatim piatu...dia masih punyai ibu dan bapa."
"Kalau begitu tak ada lah senasib seperti kamu. Sekurang-kurangnya dia masih ada tempat mengadu, cuma mungkin keluarganya saja yang dalam kesempitan hidup."
"Uncle..untuk pengetahuan uncle...apa beza ada ibu bapa dengan tiada ibu bapa sekiranya kita tidak tahu di mana mereka berada. Sama saja kan, malah lebih memedihkan hati."
Sedikit demi sedikit persoalan tentang kehidupan Emilia dan Elizabeth semakin terungkai. Rupanya mereka berdua mengalami nasib yang hampir sama dan secara tidak langsung berkongsi kehidupan yang sama mungkin di lain persekitaran. Saya jadi lebih keliru tapi pada satu saat saya seakan semakin dekat untuk dapat melihat permasalahan mereka berdua.

"Kurang faham saya," ujar saya ringkas.
Sambil menghirup kopi, Elizabeth merenung jauh ke arah puncak Gunung Kinabalu. Seperti ada sesuatu yang berkaitan dengan tempat tersebut. Lamunannya sungguh jauh kerana saya rasa dia sedang berkhayal dengan panorama yang terpamir di depannya.
"Uncle nampak lampu yang sedang menyala di atas gunung sana tu?"
"Ya, saya nampak dengan jelas, kenapa kamu bertanya?"
"Puncak itu menyimpan seribu rahsia buat Liz. Dan di situlah segalanya yang meregut kebahagiaan Liz."
Barulah saya perasan kenapa sekejap tadi dia asyik merenung jauh ke arah sana. Rupanya ada sejarah yang meruntun jiwanya. Hanya dia saja yang tahu betapa parah setelah kebahagiaan yang sekian lama bertakhta tiba-tiba saja menghilang. Gunung itu adalah bukti dan akan selamanya menjadi batu tanda ke atas peristiwa yang merampas bahagianya.
"Ada sejarah tersendiri buat kamu di situ ye?"
"Ya, sejarah pahit yang sentiasa berulang bermain di benak Liz setiap kali Liz terpandang ke arahnya. Bagi setengah orang Gunung Kinabalu membawa berbagai erti, menyimpul berbagai makna. Ada yang menjadikannya lambang tugu cinta murni antara sepasang kekasih....tapi bagi Liz...", Elizabeth berhenti berbicara, sambil mengesat-ngesat matanya.
Tadi sewaktu terpandang cahaya yang menyinari kawasan pergunungan itu saya merasa satu ketenangan yang teramat dengan indahnya suasana di samping dingin bayu malam yang berhembus dan singgah di permukaan kulit dan wajah saya. Tapi pergunungan tersebut menyimpan seribu kisah duka buat orang lain.
"Maaf sekiranya sepanjang saya di sini saya kadang kala berbicara tentang indahnya alam dan persekitaran di sini tanpa membawa maksud untuk melukakan atau mengimbau kembali segala kisah yang pernah hadir dalam hidup kamu."
"Tiada siapa pun yang kita boleh salahkan...manusia punyai pandangan sendiri untuk tafsiran tentang alam. Bahagia mereka tak bererti bahagia buat kita dan sebaliknya...tapi perlukah kita mengheret mereka dalam hal kita yang tiada berkaitan dengan hidup mereka?"
"Benar seperti apa yang kamu kata. Lambang suci satu-satu tempat mungkin menjadi lambang siksa bagi orang lain dan ditafsirkan mengikut cerita atau peristiwa tersendiri. Itulah kenapa Tuhan jadikan dunia ni berwarn warni..bunga-bunga, pelangi, juga manusia berbagai warna dan bangsa..untuk apa ..untuk memeriahkan suasana di dunia ini...begitulah menurut tafsiran saya."
"Atas dasar itulah Liz melihat apa yang terjadi di sudut positif, tapi sebenarnya hanya untuk hiburkan hati saja ...orang yang merasa dengan orang yang melihat banyak bezanya...lain sangat...sakitnya tak sama ...begitu juga tentang keindahan...melihat dengan merasa yang indah tu pun takkan sama ...salahkah tafsiran Liz ni uncle...?"
"Tak salah malah sangat tepat sekali apa yang kamu cakap.....sangat tepat."
"Gunung tu sebagai lambang cinta kasih sayang buat Liz kini...kalau dulu gunung tu tiada membawa apa-apa erti buat Liz, tapi kini berbeda...biasanya bila apa yang berada di depan mata kita selalu abaikan dan tak ambil kisah, tapi setelah terjadi sesuatu yang berkaitan barulah kita hargai..sekarang tempat tu ..gunung tu telah mengikat dan mendekatkan Liz dengan kehidupan yang lalu, kini dan mungkin yang mendatang...setiap kali menoleh ke situ setiap kalilah pula hadir jalinan ikatan...ada juga keindahan disebalik kepedihan..kalau diberi peluang Liz tak mahu lagi kehilangan apa yang Liz miliki dan....Liz pasti menghargainya dan takkan sia-siakan lagi."
"Orang boleh datang beribu batu demi untuk melihat keindahan tempat ni..gunung tu yang menjadi igauan ramai bagi yang belum sampai ke sini...atau yang pernah sampai ke mari pun ingin mengulangi jejak kembali semata-mata terpaut dengan keindahan dan persekitaran...ya..mahu mengulangi rasa seronok waktu berada di sini...saya pun begitu..kali ini bawa keluarga untuk mereka sama-sama menikmati indahnya alam kurniaan Ilahi di tempat keramat ini...sekarang baru saya sedar bahawa ada orang yang sangat terluka dengan semua ni..."
"Betul uncle, sewaktu beberapa hari selepas peristiwa yang menimpa Liz sekeluarga, terasa sekali Liz ingin lari jauh agar kelibat puncak tersebut hilang dari ingatan..tapi ke mana pun Liz lari kenangan tetap bermain dan memang menghantui Liz sepanjang waktu. Detik kehilangan tu tak dapat dihilangkan dengan jarak dan ruang waktu ...jadi Liz ambil langkah selamat dan kini Liz sangat bersyukur kerana tempat ni menemukaan Liz dengan sesuatu dan Liz jadikan lambang kasih sayang kepada yang telah hilang..."
"Ya, kita digalakkan melihat sesuatu dengan minda terbuka yang dapat menjernihkan keruhnya keadaan..pastinya hening akan bertamu di hati bila kita terima dengan pasrah...kita lari jauh, sejauh boleh dibawa kaki namun kita tidak juga ketemu damai...orang sering terlupa yang damai seringkali sebenarnya berada di depan tangga...dalam Islam kita diajar untuk berusaha, tawakkal, redha dan berdoa...apa lagi yang kita mampu lakukan sebagai insan kamil di alam nyata ni selain berserah kepada Pencipta..."
"Liz pernah dengar ni dari seseorang..dan ini yang menjadi azimat buat Liz bila saja menghadapi kesukaran hidup....uncle menemukan Liz dengan kedamaian seperti yang pernah Liz alami dengan seseorang sewaktu dulu..."
"Istimewa sungguh dia di hati kamu...?"
Sambil berdiam diri tanpa menjawab kepada pertanyaan saya tadi Elizabeth masih dengan lontaran pandangannya ke arah puncak gunung yang banyak menyimpan kenangan buat dirinya.

"Dulu bapa Liz bekerja sebagai buruh binaan di tapak projek perumahan di Kota Marudu. Di situlah bapa Liz berkenalan dengan bapa Lia dan menjadi akrab....bapa Liz ada juga bertandang ke rumah pak cik Joni bapa Lia. Liz dan ibu tak pernah sampai ke rumah mereka kerana jauh jaraknya. Keluarga Lia tinggal di perkampungan Rungus dekat Kudat."
Saya tertanya-tanya dalam hati apa kaitan keluarga Emilia dengan Elizabeth. Kekeluargaan atau hanya satu persahabatan kedua-dua keluarga. Tapi yang anehnya mereka berlainan suku, adat resam serta juga anutan berbeza dari segi ugama. Bertambah keliru pula jadinya.

"Oo.. macam tu kisahnya."
"Ibu Lia asal dari Kudat, suku Rungus, sementara bapanya pak cik Joni Ahmadi orang Suluk. Setelah berkahwin dengan pak cik Joni , ibu Lia memeluk Islam... dulu namanya Catherine tapi bertukar menjadi Ahmadiah sempena nama bapa Lia..."
Saya cuba mendekatkan jarak peristiwa yang terjadi agar saya dapat lebih untuk memahami keadaan sebenar kisah ini. Semoga gambarannya dapat membantu saya untuk lebih menyenangkan bagi membuat andaian tentang sebenarnya apa yang telah berlaku.

"Ibu bapa kamu pula?"
"Ibu Liz bernama Cynthia sementara bapa Liz pula dikenali sebagai Benjamin."
Saya semakin hampir menemukan punca sebenar.

"Apa pula hubungan auntie Mary dengan Emilia?"
"Sebenarnya auntie Mary ni ada pertalian darah dengan ibu Lia...katanya sepupu dan dulu tinggal di Kudat. Liz dapat tahu ni bila bapa sering bercerita dengan ibu tentang keluarga Lia, Liz tumpang dengar...dan kebetulan sangat lah kisah ni ada berkait dengan keluarga kami kemudiannya. Menurut cerita bapa, dulu auntie Mary ni memang menaruh hati sangat dengan pak cik Joni bapa Lia. Sampai ibu Lia dan auntie Mary bermasam muka berebutkan bapa Lia pak cik Joni tu."
"Hebat juga bapa Lia ni ya."
"Setelah ibu dan bapa Lia menikah, auntie Mary lari dari kampungnya di Kudat dan membawa diri ke kampung Pinausok di Kundasang dan bekerja di kebun sayur di sana."
"Saya pernah sampai ke kampung Pinausok, masa tu ikut kawan saya seorang petugas dengan sebuah penerbitan drama, dia orang Sabah, Asmawas namanya. Cantik tempat tu, sebuah perkampungan di kaki Gunung Kinabalu."
"Banyak berjalan rupanya uncle ni. Kalau uncle pernah mengikuti program Akademi Fantasia, tentu uncle ingat siapa dia penyanyi remaja yang cantik putih melepak Adira, Pinausok tu lah tempat kelahirannya."
"Oh...macam tu ke...mesti ingat siapa Adira tu, kakaknya juga pernah turut serta dalam AF, Emma kalau tak silap namanya kan?"
"Minat juga uncle program budak-budak remaja tu ye?"
Program hiburan di TV seperti AF ni banyak mempengaruhi penonton tak kira tua muda. Saya pun tak terkecuali.

"Siapa pula uncle Roni ni?"
Elizabeth memperlahankan suara dan seakan berbisik ke telinga saya dan sekali sekala menoleh ke arah Emilia dan auntie Mary. Mungkin ada sesuatu rahsia yang melibatkan uncle Roni, auntie Mary serta juga Emilia atau Elizabeth juga terlibat sama dengan semua mereka-mereka ini.
"Uncle Roni ni adik kepada bapa Liz..dan dulu pernah ikut bapa ke rumah Lia di Kudat.... dan dia pernah ternampak auntie Mary di sana...tapi masa tu auntie Mary tengah angau dengan bapa Lia, jadi setakat tu saja lah hubungan mereka masa tu."
Berhati-hati nampaknya Elizabeth bercerita agar tidak didengari oleh auntie Mary. Ini kisah cinta lampau. Sekarang saya mula dapat memahami dan sudah mula merasa perkembangan kisah hidup mereka ini. Bagi saya sememangnya kisah ini sungguh menarik hati dan banyak pengajaran liku-liku hidup yang tidak pernah terfikir oleh akal fikiran saya.
"Dah jadi macam drama Korea pula," kata saya bila teringatkan plot-plot yang lebih kurang beginilah jalan ceritanya.
"Memang..lebih hebat dari drama tu rasanya...uncle Roni ni kerjanya bawa pick-up truck kebun sayur di kampung Cinta Mata di Kundasang. Selalulah uncle Roni ni hantar sayuran ke gerai-gerai sepanjang pekan Kundasang tu. Satu hari uncle Roni terserempak dengan auntie Mary secara tak sengaja di gerai tersebut...di situlah bermula sinetron cinta mereka berdua."
"Menarik sungguh kisah hidup keluarga kamu ni."
"Seingat Liz, satu hari bapa balik tergesa-gesa dari Kota Marudu dan katanya dia akan bermalam di rumah pak cik Joni, ada hal penting...jadi kami pun tunggu lah apa sebenarnya berlaku. Keesokkan harinya bapa balik dari rumah Lia di Kudat dan bagi tau ibu yang pak cik Joni kena sembunyikan diri dan bapa Liz lah yang hantarkannya naik feri di Jesselton Jetty Kota Kinabalu untuk ke tempat persembunyian di Kepulauan Sulu. Khabarnya ada pergaduhan besar menyebabkan kematian di tempat kerja bapa dan pak cik Joni di Kota Marudu."
Besar sungguh jasa dan pengorbanan bapa Elizabeth dalam hidup keluarga Emilia. Bukan semua kawan sanggup melakukan apa yang telah dilakukannya. Setengah daripada ahli keluarga tidak sanggup berbuat demikian apa lagi cuma hanya sebagai kenalan rakan sekerja.

"Macam tu rupanya."
"Orang Suluk memang terkenal dengan kehebatan bila bergaduh."
"Saya tak berapa tahu tentang suku kaum disini..banyak sangat pun nak di ingatkan."
"Tu la, uncle kena juga faham budaya orang Sabah dan latar belakang mereka...pilih orang untuk buat kawan...jangan tersilap nanti makan diri."
Saya diam dan berfikir, betul juga seperti apa yang Elizabeth katakan. Lain padang lain belalang. Bila di rantau orang kita kena lah pandai membawa diri dan jangan melangkaui batas-batas adat resam agar kita terpelihara dari mara bahaya.
Kemudian Elizabeth menyambung:
"Masa tu lah bapa Liz selalu pergi melawat Lia dan auntie Ahmadiah...hidup Lia susah ketika tu kerana auntie tak kerja. Bapa lah yang banyak membantu apa yang patut...satu hari ada orang suruhan bapa Lia datang ke rumahnya untuk memberi bantuan..."
"Kesian juga kalau bapa sudah tiada dan ibu pula tak de kerja. Tapi nasib baik ada orang seperti bapa kamu yang menghargai persahabatan dengan bapa Emilia sehingga dia sanggup kerja keras untuk membantu, pada hal tiada tali persaudaraan pun, bukan juga saudara seugama...luhur sungguh hati bapa kamu."
"Tapi yang lebih menyayat hati uncle...orang suruhan bapa Lia tu, bapa cakap namanya Eddie tak silap orang Bisaya....rupanya pagar makan padi...ibu Lia dibawa lari dan bapa pernah pergi cari merata tempat, dan dengar khabarnya dah dihantar ke Semenanjung...entah di mana auntie sekarang?"
Semasa menceritakan perihal keluarga Emilia tadi, Elizabeth berhati-hati benar dan dia berkata dengan perlahan seperti berbisik ke telinga saya. Mungkin dia tidak mahu kisah hal orang lain dihebahkan dan menjadi rasa kurang senang di pihak orang yang terlibat.
"Macam tu pula jadinya...kesiannya Emilia."
"Pada suatu petang, sedang Liz dan ibu berehat di beranda rumah..kami ternampak bapa dengan seorang budak perempuan menghampiri pagar halaman rumah kami. Liz dan ibu tak pernah nampak dan tak kenal siapa dia...budak perempuan tu asyik nangis ketika dipimpin oleh bapa semasa masuk ke rumah."
"Saya dapat agak itu mesti Emilia kan."
"Tepat sekali...mulai dari saat itu Lia jadi sebahagian keluarga kami. Pada mulanya memang lah rasa kekok, bukan saja Lia yang baru menjadi ahli keluarga kami, pun begitu juga Liz yang tak terbiasa dengan adanya orang sebaya dengan Liz. Kami membesar bersama. Walau kami berlainan ugama bapa Liz selalu berpesan pada ibu dan juga Liz untuk menghormati batas-batas ugama dan memberi kemudahan buat Lia untuk menjalankan tugas menurut perintah ugama Islam. Liz tahu tau sedikit sebanyak tentang Islam melalui Lia."
"Sucinya hati dan pengorbanan ibu bapa kamu."
Inilah satu kisah bagi saya yang mempunyai nilai kemanusiaan mengatasi dan melangkaui batas-batas darah keturunan, kepercayaan, budaya, adat dan sebagainya tapi semuanya berpaksikan kemanusiaan. Bagi saya ini contoh terbaik di sudut persahabatan ikhlas dari insan-insan yang sangat mulia hati nuraninya.

"Dalam banyak hal Liz selalu kalah dan terkebelakang berbanding Lia. Dia lebih pandai belajar, bersukan dan macam-macam lagi ..sampai Liz pernah jadi jeles dengan kehebatannnya. Pernah Liz bergaduh besar kerana minat pada seorang guru...nasib baik ibu dan bapa Liz damaikan...."
"Ooh jeles juga kamu ye...ya lah remaja sedang membesar memang susah nak kawal....macam-macam hal boleh terjadi."
"Liz pernah sumpah seranah Lia, ungkit yang dia tu datang menumpang saja kat rumah, Liz cakap dia tak sedar diri dan segala yang tak baik lah...bukan sekali dan bermacam-macam perkara Liz lakukan agar dia merasa tidak senang tinggal bersama kami....tapi Lia sangat tabah dan tidak pernah mengadu pada ibu atau bapa Liz."
Elizabeth berhenti sejenak sambil meninjau-ninjau ke arah Emilia yang sedang tekun membungkus barangan untuk beberapa orang pelanggan yang masih berada di gerai...mungkin untuk mempastikan yang Emilia tidak tahu yang kita sedang bercerita tentang kisah hidupnya. Kemudian setelah menarik nafas lega Elizabeth menyambung...
"Mungkin dia sedar yang dirinya menumpang kasih yang menjadikan jiwanya kental menghadapi dugaan...hinggalah... sampai satu hari Liz mengoyakkan buku-buku ugamanya kerana Liz sangat marah bila dia bercerita tentang ugama yang sebenarnya Liz akui kebenarannya...cuma itu hanya satu alasan terbaik untuk Liz usir dia dari rumah...itulah kemuncaknya perbuatan Liz. Lia sudah tak tertahan lagi dan terus lari dari rumah. Nasib baik bapa dapat selamatkan dia di stesyen bas dekat pekan Ranau...setelah puas bapa pujuk Lia kembali semula ke pangkuan keluarga kami... dan pertama kali Liz dapat penampar dari bapa."

"Kamu ni...," terhambur kata dari mulut saya tanpa sengaja.
"Sejak hari tu Liz kurang rapat dengan Lia walau tinggal sebilik...masing-masing buat hal sendiri. Liz sangat perasan Lia sentiasa mencari jalan damai...tapi Liz buat tak peduli, eksyen la konon...maklumlah kita tuan rumah....sehingga pada satu malam sebelum 'trial' SRP, Liz lihat Lia bangun malam solat waktu dini hari."
Elizabeth berhenti bercerita sambil sekali lagi menarik nafas dan semacam ada penyesalan di wajahnya bila meluahkan perasaannya tentang turutan peristiwa dia yang banyak menjadi duri dalam daging buat Emilia. Sambil mengeluh Elizabeth menyambung ceritanya tadi.
"Liz pun tak berapa faham solat apa... tak pernah pula Liz lihat sebelum ni. Dalam nada sedu sedan di dini hari yang bening itu Liz terdengar Lia sedang berdoa minta diampun dosa bapa, ibu dan dosa Liz dan didoakan keberkatan rezeki keatas keluarga kami yang banyak membantu hidupnya selama ini. Mungkin Lia ingat Liz masih tidur dan di birai mata dapat Liz lihat airmatanya bercucuran sambil menadah tangan memanjatkan doa dengan penuh khusyuk. Masa tu lah Liz rasa yang Lia berdoa penuh ikhlas. Tak tahan mendengarnya lalu Liz menangis dan melompat turun dari atas katil dan terus memeluknya se erat mungkin."

"Sedih juga saya dengar kisah kamu berdua ni....rupanya kamu berdua banyak berkongsi kisah suka duka dalam diari hidup kamu."
"Dari saat itu kami menjadi lebih rapat dan tak ada lagi benci. Pernah satu hari Lia nak kena ragut di pekan Nabalu dan Liz memberanikan diri memukul peragut tu sampai kena tendang dan pisau terkena di tangan Liz," lalu menunjukkan parut kecil di sebelah lengan kanannya...sambil menyambung ceritanya:
"Rasa bersalah Liz dulu tu yang boleh membuat Liz berani untuk menyelamatkan diri Lia dari terancam..demi menebus kembali segala yang pernah Liz berbuat yang tidak baik terhadapnya, dan Liz sanggup juga berkorban demi nyawa asal dapat membuang dosa lalu."
Saya mengamati setiap tutur yang keluar dari mulut Elizabeth dengan tekun. Saya menjadi pendengar setianya. Semoga luahan rasa hatinya tentang kisah hidupnya dapat mengembalikan kekuatan jati dirinya dalam menghadapi pancaroba hidup yang kompleks dan penuh ragam di pentas dunia ini. Elizabeth seakan ada banyak lagi berita yang mahu disampaikan, lantas dia menyambung lagi.
"Liz teringat sewaktu tingkatan 3, penggal pertama... Lia pernah selamatkan Liz ketika ular tedung menyerang Liz semasa kami sedang berkebun.. dibungkusnya ular tedung tu dengan kain tudung kepalanya...macam mana dia boleh lakukan tu Liz pun tak sempat perhatikan kerana berlaku dalam waktu yang pantas.... tapi masa tu Liz tak kisah pun...benci Liz padanya yang lebih...Liz masih ingat lepas tu kami bertengkar...:
'Kenapa kau buat semua ni...kalau kau kena patuk ular tu aku juga nanti yang jadi habuan dimarah bapa...kau suka lah macam tu ye?..'.
"..kata Liz dengan geramnya pada Lia yang masih bersama ular yang terbungkus dengan tudungnya."
'Ma sha Allah Liz...aku tak pernah niat macam tu pun, kau ni selalu tersalah anggap pada aku.'
'Banyak lah niat baik kau tu...pergi jahanam lah.'
'Aku sanggup bertaruh nyawa untuk selamatkan kau...sekiranya aku mati.....aku rela Liz..kau tahu kenapa?'
"Sebenarnya Liz dah mula rasa sedih, tapi Liz tak tunjukkan. Liz hamun dia lagi ada la."
'Kau ni pembawa sial dalam hidup aku. Sebab adanya kau bapa lebih tumpukan perhatian pada kau dan selalu bandingkan aku dengan kau...aku benci..aku benci kau budak haram jadah.'
'Keluarga kau adalah seluruh hidup aku...selama aku di sini...bapa dan ibu kau telah membagi separuh nyawa mereka untuk aku...kau tak akan faham..cuma aku harap kau mengerti yang hadirnya aku bukan kehendak aku untuk memaksa sesiapa...tapi ini takdir aku.'
"Dan masa tu Liz lihat merah matanya menahan sedih."
'Kau boleh pegi mampus laaaa...aku tak perlu orang macam kau dalam hidup aku, binatang.'
'Kau tahu Liz aku bersyukur punyai orang sebaik ibu bapa kau...aku bukan nak merampas hak kau sebagai anak mereka...aku hanyalah melukut, aku sedar itu...kau yang sebenarnya patut bersyukur dengan apa yang kau miliki.'
"Sambil dia berlalu meninggalkan Liz."
Patutlah sekarang saya baru perasan tentang keakraban perhubungan mereka berdua. Bukan saja hubungan Emilia dan Elizabeth tapi saya tertanya-tanya apa pula hubung kait uncle Roni dan auntie Mary dalam lingkungan kekeluargaan mereka.

"Uncle Roni dengan auntie Mary ada berapa anak?"
"Mereka tak ada anak, belum rezeki lagi tu....ooops tapi ada dua orang anak dara yang sedang menjadi dara pujaan lembah Bundu Tuhan." sambil ketawa kecil.
Mungkin rasa saya Elizabeth sudah mula merasa selesa untuk berkisah tentang kehidupan peribadinya. Saya pun memanjat syukur.
"Kamu ni dalam serius kita bertanya dia pula melucukan keadaan...dah lama ke mereka kahwin?"
"Betul ni uncle..serius la ni...cerita ni kan belum tamat lagi...baru episod ke lima cam tu la... mereka berkahwin masa saya dalam tingkatan empat begitulah tu la kalau tak silap saya."
"Sekarang faham la saya kenapa kamu semua sangat rapat."
"Dah berapa liter minyak yang kau dah jualkan kat uncle tu Liz? Bukan main lagi kau ye...tak pe malam ni aku bagi peluang fasal dia tetamu istimewa kita...lain kali jangan harap la nak dapat peluang macam ni." Emilia berkata sinis ke arah kami berdua.
"Emilia marah ke tu tengok kamu tengah rilek bersembang ni?"
"Tak ada...saja tu nak menggatal."
"Jeles ke tu...tak teringin nak join sama ke wei?" Jerit Elizabeth pada Emilia.
"Orang dah bagi peluang baik ni gunalah sepenuhnya bila uncle dah balik KL nyesal kau nanti," sambil ketawa terkikih-kikih apabila menoleh kearah kami. Auntie Mary pun turut tersenyum sama.
"Kau kan nanti ada peluang gak bila nak balik nanti ke resort tu dengan uncle."
Baru saya teringat yang kami ni berada di tepi jalan besar. Sekejap nanti kena menapak balik naik ke resort dengan Emilia. Tak terfikir pula saya. Kreatif juga kepala otak Elizabeth ni.
"Tau tak pe," balas Emilia ringkas.
Malam semakin bertambah larut dan angin semakin bertiup kencang membawa angin lembah yang dingin sehingga terasa pipi saya seolah kebekuan.
"Tadi Liz cerita fasal lampu di gunung tu kan."
"Ya hampir terlupa pula asyik dengar cerita kamu dengan Emilia tadi."
"Di situ lah berakhirnya riwayat bapa Liz."
Terkejut saya apabila Elizabeth tiba-tiba menceritakan perihal bapanya. Ringkas ucapannya. Mungkin dia sedang menyusun kata untuk tidak terpengaruh emosi duka kerana baru saja tadi dia berkata dengan nada kelucuan. Itu apa yang saya fikirkan tentang pengucapannya tadi.

"Macam mana pula di atas sana, sedangkan kamu cakap bapa kamu kerja di tapak pembinaan di Kota Marudu?"
Hampir tak sabar saya untuk mendengar kisah selanjutnya.

"Begini sebenarnya....memang bapa kerja di Kota Marudu, tapi bila hari minggu atau kelepasan bapa buat kerja sambilan jadi 'guide' panjat gunung...kadang kala ambil upah buat naik barangan keperluan pihak motel dan tempat penginapan di Layang-Layang Hut di atas sana..." Elizabeth berhenti seketika dari bercerita, dan saya lihat dia kembali merenung puncak di mana terjadinya peristiwa yang menimpa keatas bapanya.
"Bapa terjatuh semasa menyelamatkan seorang pelancung dari Korea yang tergelincir dan terperangkap dalam gaung...waktu itu hujan lebat dan batu batan sangat licin...akhirnya bapa yang terkorban tapi pelancung tu selamat.."
"Orang baik biasanya mati awal, apa orang cakap..the good always die young,'' saya berkata demikian sebagai menghargai keberanian dan pengorbanan bapanya.
"Peristiwa tu berlaku kalau tak silap Liz tiga bulan sebelum peperiksaan SPM..masa Liz dengan Lia balik dari sekolah, petang selepas aktiviti ko kurikulum...sampai di rumah Liz nampak ramai sangat orang, macam ada kenduri...tapi tak ada pula ibu bagi tau. Liz mula tak sedap hati.. lalu naik ke rumah dan nampak ibu sedang menangis...Liz dan Lia menerpa kearahnya lalu kami bertiga berpelukan. Masa tu bapa sedang di 'kemas'kan dan Liz dapat melihat dia seperti tersenyum di dalam keranda...Liz pengsan tiga kali. Lia lah yang banyak menenangkan Liz masa tu."
"Tak dapat saya bayangkan betapa perasaan kamu waktu itu."
Elizabeth tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia berhenti bercerita. Keadaan kembali bening bersama beningnya malam. Saya melihat dia tidak melepaskan pandangannya kearah puncak gunung yang menyimpan seribu rahsia atas dirinya.
Saya melihat dia mengesat matanya dengan hujung shawl yang menyelimuti badannya. Saya tahu dia menangis tapi tangisannya tidaklah saya dengari. Saya memandangnya dengan penuh simpati. Sambil dia memegang lengan kiri jaket saya, dia meneruskan ceritanya:

"Sejak hari itu pelajaran Liz merosot sekali. Masa ujian 'trial' pun Liz hanya dapat banyak markah C, dan Lia lah yang bantu pulihkan semangat Liz untuk belajar. Tanpa dia mungkin Liz... entahlah jadi apa sekarang ni."
Saya cuba menenangkan perasaannya dengan berkata:

"Itu lah Tuhan telah bagi kamu satu gandingan yang bagus. Kita tak tahu apa jadi dalam hidup kita. Dulu ingat nasib Lia susah bila sudah tiada ibu bapa di sisi....akhirnya benda yang lebih berat menimpa ke atas diri kamu. "
"Setiap kali kami bertiga pulang dari pusara bapa, ibu selalu menangis. Hampir setiap malam juga ibu akan berada di beranda sambil merenung ke arah pintu pagar seolah sedang menunggu seseorang. Liz dan Lia selalu temankan ibu sambil mendengar kisah indah ibu besama bapa. Ibu dan bapa Liz se kampung dan mereka berkenalan sejak kecil. Ramai orang lelaki sebaya ibu yang sedaya upaya cuba memikat tapi menurut ibu hatinya hanya pada bapa. Ibu kata sifat bapa yang suka menolong orang susah tak kira waktu, yang mengikat rasa cintanya. Bila sedang berkisah tentang kehidupan masa lalu ibu kadang-kadang ketawa kadang- kadang menangis dan kami bertiga pun ikut sama menangis....banyaklah lagi ceritanya uncle..."
Dengan perlahan Elizabeth melepaskan tangannya yang memegang jaket saya sambil bangun berdiri dan menyandarkan dirinya di tiang gerai sebelah kiri tempat duduk kami berdua. Pandangannya di lontarkan jauh ke lembah yang masih samar dengan sinaran cahaya bulan. Apakah yang sedang bermain di fikirannya sukar untuk saya mengagak.

"Sebulan selepas bapa pergi ibu pula turut menyusul. Bapa ada sebidang tanah 6 ekar, tanah kebun. Kami semua dapat hidup hasil tanaman sayur. Liz dan Lia hari-hari berkebun sayur sebaik saja pulang dari sekolah dan hasilnya kami berjualan disini. Sebenarnya ini gerai ibu Liz, tapi diambil alih oleh auntie selepas ibu meninggal."
"Ibu pula.... apa yang terjadi?"
"Accident di pekan Nabalu. Biasanya tiga hari seminggu ibu berniaga di pasar tamu pekan Nabalu...di sana ramai pelancung yang singgah. Ibu dilanggar pick-up truck semasa balik setelah selesai berniaga. Masa tu lah Liz tak dapat terima hakikat nasib yang menimpa Liz ketika Liz sedang memerlukan perlindungan orang tua....gelap gelita rasanya...." Elizabeth berhenti berkata-kata sambil menahan pilu hatinya.
Elizabeth mula menangis. Dengan sedu sedan dia meneruskan kisahnya.
"Malam sebelum ibu meninggal, Liz dengar ibu sedang menangis di beranda. Liz merapatinya sambil duduk di sebelahnya. Masa tu Lia tengah solat. Ibu memberitahu yang dia nampak bayangan bapa sedang berdiri di pintu pagar sambil melambai-lambaikan tangan. Ibu sangat sedih kerana baru sebulan bapa pergi dan kenangan serta ingatannya pada bapa masih segar. Liz pun rasa seolah-olah bapa masih ada bersama kami. Ibu bagi tahu yang dia pun merasa sangat aman melihat melihat bapa melambai-lambaikan ke arahnya sebentar tadi. Liz peluk ibu dan kami sama-sama menangis."
Saya membiarkan dia mengumpul kudrat untuk melawan rasa hibanya. Saya turut berdiri di sampingnya. Saya gosokkan tangan saya ke atas belakangnya.

Dengan suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan, dia menyambung kata-katanya:
"Sejak peristiwa itu Liz sentiasa murung. Makan minum Liz abaikan...Lia melakukan semua kerja rumah...basuh pakaian, masak, kemas rumah, pergi kebun semuanya di lakukan seorang diri kerana Liz dah macam give up nak hidup...tak lama lepas tu Liz jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital Ranau."
Kasihan sungguh saya mendengar kisah hidupnya sampai saya tak terperasan yang air mata sudah bergenang di kelopak mata. Saya mengalihkan pandangan ke arah jalan agar berbuat demikian Elizabeth tidak tahu yang sebenarnya saya juga sedang bersedih. Kemudian dia menyambung lagi ceritanya:

"Waktu tu peperiksaan SPM sudah dekat. Liz langsung tak dapat menumpukan pada mata pelajaran yang Liz ambil. Hampir setiap petang habis sekolah Liz ke pusara bapa dan ibu..Lia selalu menemani Liz tanpa membiarkan Liz sendirian dan kami berpimpin tangan pulang setiap tibanya waktu senja. Itu fasal kalau uncle masih ingat kenapa Liz graduate lewat berbanding Lia. Liz masuk college lewat daripada Lia kerana 'result' buruk Liz."
"Ada Emilia pernah ceritakan yang kamu junior enam bulan daripadanya... ni la sebabnya baru saya faham semua ni sekarang."
"Semasa Liz terlantar di hospital selama seminggu, berat badan Liz menurun dengan teruk. Muka cengkung dan badan kurus sekali macam orang kena penyakit bulimia...masa tu ada seorang doktor pelatih yang ditugaskan untuk merawat Liz."
Saya masih memandang ke arah jalan besar sambil mendengar kisah Elizabeth. Perlahan-lahan dia merapati saya sambil memegang bahu dan menarik saya ke arahnya.
"Uncle menangis rupanya..kenapa uncle?"
"Entah lah Liz...tersentuh sangat hati saya...mungkin terbawa-bawa dengan kisah kamu ni keras hati lelaki saya menjadi begitu lembut tanpa saya sedari rupanya kisah kamu ini sangat menghiris kalbu saya. Terasa sangat getirnya perjalanan hidup kamu...maafkan saya ye."
"Uncle tak perlu minta maaf...sebaliknya Liz yang kena minta maaf pada uncle kerana tak fasal-fasal mengheret uncle ke dalam masalah Liz."
"Kisah kamu ini sebenarnya...ya tanpa saya sangka akan menjadi sesuatu yang banyak menginsafkan saya...dan saya bersyukur kerana di pertemukan dengan kamu."
"Uncle...," sambil dia memeluk seraya menggosok-gosokkan belakang saya mungkin dengan niat menenangkan perasaan saya.
"Malam ini sungguh bermakna buat saya....semoga kisah ini mematang dan mendewasakan saya...terima kasih Liz kerana kamu ingin berkongsi cerita kamu dengan saya yang bukan sesiapa dalam hidup kamu."
"Entah...semacam ada satu perasaan yang tidak tau bagaimana untuk Liz gambarkan bila bertemu uncle..semacam ada sesuatu ynag mungkin mengikat kita dikemudian hari. Deria ke enam Liz mengatakan begitu. Maaf kalau Liz buat uncle rasa tak selesa...begitulah hakikatnya."
Tiba-tiba ada gerimis. Malam semakin dingin. Gerimis malam di lembah Bundu Tuhan ini sedang menukar bentuk panorama alam menjadi lebih syahdu dengan kabus perlahan bergerak bersama putih warna yang sungguh memukau. Pertama kali dalam hidup, saya alami keadaan sebening ini bersama makhluk ciptaan Tuhan yang tak terungkai besarnya rahsia keramat alam.
"Kamu lihat gerimis ni...sungguh indah dan mendamaikan..harap-harap ini gerimis rahmat buat semua penghuni Bundu Tuhan termasuk saya yang hanya menjadi penumpang walau seketika."
"Kata-kata uncle ni sungguh puitis dan syahdu sehebat orangnya."
Kami sama-sama ketawa. Apa yang kami ketawakan pun tak kami fahami. Bukan juga kelucuan tapi seperti menggamit hati dan perasaan kami yang sekali sekala gembira dan dalam masa yang sama turut bersedih.
"Tadi kamu kata kamu pernah terlantar di hospital."
"Semasa di hospital tu hati remaja saya tersangkut pada seseorang. Pada seseorang yang bernama Daniel Harris."
"Boleh uncle bagi tekaan siapa Daniel Harris tu?" saya membuat pertanyaan untuk mencuba meneka.
"Silakan...tapi Liz sudah dapat mengagak uncle akan memberi jawapan yang tepat...teruskan uncle."
"Seorang doktor."
Elizabeth tersengih bila mendengar jawapan saya sambil dia mengangkat ibu jarinya tanda saya menjawab dengan tepat sekali.
"Semasa Liz dalam keadaan tak sedarkan diri Dr.Daniel selalu datang memantau keadaan Liz dan Emilia juga selalu berada di sisi katil Liz ketika itu. Dr.Daniel banyak mengetahui kisah Liz melalui Emilia. Setelah beberapa hari di hospital Emilia dan Dr.Daniel menjadi begitu rapat. Mereka saling makan di kantin hospital dan kadang-kadang keluar membeli barang untuk Liz di pasaraya Milimewa di pekan Ranau."
"Macam mana kamu tau semua tu, sedang kan kamu sakit waktu itu." saya betanya Elizabeth.
"Lia yang ceritakan semua ni kepada Liz. Dalam diam Lia semacam telah tersangkut hati dengan doktor muda tersebut. Tapi Lia tidak pernah mengaku tentang perasaannya. Dia takut dan tidak bersedia untuk memulakan. Emilia dan doktor muda tersebut tidak perasan yang Liz juga sedang memasang angan, melayan perasaan untuk memberi hati dan diri Liz kepada doktor muda yang bernama Dr.Daniel itu," jelas Elizabeth kepada saya yang sedang menikmati ceritanya sebagai halwa telinga.
"Cinta tiga segi ni nampaknya," sambil mengisyaratkan dengan jari untuk meneruskan ceritanya.
"Siapa yang tidak terpaut hati dengan seorang doktor muda yang kacak, punyai personaliti dengan perwatakan yang boleh mencairkan hati perempuan tambahan remaja seperti kami. Satu hari Liz memberanikan diri bertanya kepada Lia tentang hubungannya dengan Dr.Daniel".....beginilah jalan ceritanya:
'Lia, aku nak kau jawab dengan jujur. Kau ada apa-apa hubungan tak dengan Dr.Daniel?'
'Kau nak aku berkata jujur kan? Sebenarnya kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Dia pernah bertanya aku semasa kami ke pekan Ranau tempoh hari samada aku bersedia untuk pergi jauh dari sini. Mulanya aku tak faham...aku berjanji untuk memberitahunya kemudian nanti...dan sampai saat ini dia masih menunggu jawapan aku.'
'Kenapa kau tak nyatakan yang sebenar yang kau sukakan dia? I'm happy for you kiranya dia sudi menjadi sebahagian dari hidup kau. Lagi pun sudah sekian lama kau menderita tanpa belaian kasih sayang orang yang dapat melindungi kau.'
'Bohonglah kalau aku katakan aku tak suka dia...dan bohonglah kalau aku katakan aku tak kisah tentang masa depan aku....tapi sebenarnya ada lagi benda yang lebih penting dalam hidup aku berbanding semua tu.'
'Kenapa kau tak berterus terang padanya daripada menggantung harapan orang tanpa tali. Aku rasa dia serius lagi pun tak lama lagi kita pun akan tamat sekolah mungkin masuk kolej atau tunggu orang masuk meminang....dan sekarang calonnya sudah di depan mata.'
'Sebenarnya aku tahu, kau juga sedang menaruh hati kepadanya. Dia pernah bagi tahu aku tiga hari lepas yang kau ada bertanya dia tentang hubungan dia dan aku. Dan katanya dia dapat mengagak yang kau sedang mencipta impian untuk bersamanya. Dia mendesak aku dengan keputusan...tapi sampai kini aku masih mendiamkan diri, aku tak sanggup...tak sanggup menodai janji.'
'Kau buat aku keliru. Kau patut berterus terang dengannya atas apa saja alasan kau berdiam diri. Aku mengaku memang aku sukakan dia tapi aku lebih sayangkan kau dan aku tak nak lagi melukai hati kau. Kau telah banyak berkorban untuk aku, sekarang waktu aku pula untuk berbuat demikian. Biarlah sebolehnya kau berbahagia, aku akan cari damai aku sendiri. Mungkin satu hari nanti ada 'white knight' yang datang menjadi penyelamat dalam hidup aku.'
'Terima kasih kerana kau prihatin atas hidup aku. Nanti aku beritahu dia jawapannya...aku kena pergi dulu.'
Elizabeth menghampiri saya seraya berbisik ke telinga.
"Uncle nak tahu ke apa terjadi selepas tu?"
"Kalau tak habis cerita kamu ni saya tak boleh balik, nanti mengigau."
"Kisah selanjutnya macam ni uncle "...:
'Tadi aku dah minta izin dengan pihak wad untuk bawa kau jalan-jalan dengan kerusi roda ni. Kau ikut saja aku....'
"Sebenarnya uncle Lia membawa Liz ke satu tempat berdekatan dengan kuarters kakitangan hospital, ada bangunan kediaman yang tak silap Liz lima tingkat macam tu la. Di pinggir kuarters tu ada sawah padi berlatar belakangkan bukit bukau. Sungguh indah panoramanya. Angin dari sawah sangat menyegarkan. Liz pun tak tau kenapa Lia bawa Liz ke situ. Biasanya Liz suka bila Lia bawa Liz ke tepi bangunan hospital yang ada jeram mengalir di pinggir dinding wad di mana Liz dirawat. Lia tahu yang Liz suka sangat mendengar melodi serta deruan air jeram yang lembut dan mendamaikan itu.'
"Tiba-tiba kami dengar tapak kaki orang yang sedang menuju ke arah kami berdua....mesti uncle dapat teka siapa."
"Dr.Daniel," ringkas jawab saya.
Elizabeth nampaknya macam seronok bila saya dengan tekun mendengar cerita darinya...dia meneruskan lagi:
'Apa ni semua?...Tak faham aku ni Lia.'
'Kau dengar saja...sebenarnya macam ni..Lia panggil semua sini untuk membuat confession, satu pengakuan jujur buat semua di sini...sebenarnya memang Lia sangat suka kepada Dr.Daniel ni...Lia rasa semacam satu anugerah yang di perturunkan buat Lia. Tapi sebenarnya ada perkara yang lebih penting buat Lia..kau tahu Liz sebelum auntie meninggal...tiga hari sebelum tragedi tu dia duduk sebelah aku di beranda rumah sambil membelai rambut dan memeluk aku seeratnya begitu lama sekali...masa tu kau di Kundasang dengan autie Mary...ibu kau dengan nada sedih memberi tahu aku... kiranya dia tiada lagi nanti, dia meminta jasa baik aku untuk tolong menjaga kau, hidup dengan kau walau apa yang bakal terjadi. Itu amanatnya buat aku dan aku berjanji akan menunaikan amanat itu sepenuhnya. Demi sayangnya aku pada kau, aku sanggup berundur diri demi kau dengan harapan Dr. Daniel bersetuju bagi menggantikan tempat aku untuk menjaga kau.'
'Kenapa kau buat semua ni untuk aku? Sebenarnya aku pun juga sama seperti kau. Aku memang sukakan Dr.Daniel ni tapi aku tak sanggup lakukan pada kau yang selama ini begitu baik dan banyak berkorban kerana aku. Mana boleh aku membelakangkan kau demi kepentingan aku'
"Setelah mendengar kata-kata Liz, mata Lia bergenang dengan airmata, lalu di usapnya kepala Liz dengan kemanjaan seperti seorang kakak. Liz sungguh terharu dengan semua ini, kenapa Lia sanggup melukakan hatinya sedangkan dia betul-betul telah menemui cintanya. Dia telah banyak sangat berkorban dalam banyak hal dan selalu mengambil jalan untuk mengalah walau pun dia selalu menang dalam banyak perkara. Kali ini dia berhak untuk di sunting oleh Dr. Daniel dan Liz akan melupakan hasrat untuk jatuh hati dan pergi bersama dengan seseorang yang bernama Dr.Daniel Harris"
'Sebenarnya Lia aku ingin sangat Dr.Daniel ambil kau semoga dia dapat menggantikan tempat aku. Aku cuma mahu kepastian agar dia tak akan sia-siakan kau kerana aku tak nak jadi pembunuh nanti kiranya kau di siakan hidup oleh Dr. Daniel ni'
"Lia menundukkan badannya lalu merangkul leher Liz sambil di ciumnya pipi Liz berkali-kali. Lia menangis. Tangisannya membuat Liz tidak dapat bersuara. Hanya airmata yang membasahi uniform pesakit yang Liz pakai. Liz mendongak kepada Dr. Harris, dia pun sama tenggelam dalam kedukaan kami. Liz sungguh kasihan melihat Dr. Harris yang sedang berdiri tegak menahan rasa sedihnya. Di letakkan tangannya ke atas tangan Liz dan di kumpulkan tangan kami bertiga menjadi satu."
'Sekarang Lia harap Dr.Daniel faham situasi Lia. Kenapa Lia terpaksa menolak hasrat murni, cinta Dr. Bukan Lia tak ada hati dan perasaan pada Dr. Malah Lia banyak berterima kasih kerana sudi membuka hati buat Lia begitu juga dengan Liz, Lia tak berkecil hati sekiranya Dr. memilih Liz sebagai teman hidup Dr. Dan sesungguhnya Lia sangat bahagia kerana ada yang dapat melindungi hidup Liz yang sudah yatim piatu. Liz adalah sebelah jasad Lia dan tak sanggup nak lihat Liz menderita lagi. Lia sekali-sekali tak kan jadi pengkhianat dengan janji-janji Lia kepada orang yang banyak berjasa dalam hidup Lia...pada auntie Cynthia.'
"Matahari petang bersinar indah membawa berbagai warna. Cahayanya menyimbah ke muka kami bertiga. Angin lembah di pekan Ranau ini sunguh nyaman sekali membelai raut wajah kami yang sedang keliru. Dr.Daniel mencangkung di sebelah kiri sementara Lia pula mencangkung di sebelah kanan kerusi roda Liz. Tangan kami bertiga berada di atas ribaan Liz, sambil merenung ke arah kami berdua dengan satu pandangan yang menyayukan hati, perlahan-lahan Dr.Daniel berkata"...
'Lia dan Liz...saya sangat hargai dan menghormati pendirian kamu berdua dan saya hargai persahabatan dan ikatan erat antara kamu. Mendengar kisah hidup kamu saya tak akan sampai hati untuk memisahkan kasih sayang kamu berdua. Maafkan saya kerana saya selama ni tak tau kisah di sebalik kehidupan kamu'
"Dr. Daniel kemudian bangun dan meletakkan tangannya ke atas bahu Liz sambil dia merenung di kejauhan, melontarkan pandangan ke arah bukit bukau yang membiru bersama hamparan sawah padi yang terbentang di depan mata kami bertiga...."
'Malah sekarang saya diberi pilihan untuk memilih antara kamu berdua...jika saya pentingkan hati dan perasaan saya....saya ingin pejam mata untuk menyunting salah seorang dari kamu. Tapi saya tak mau jadi manusia kejam memisahkan kasih sayang orang demi kepentingan diri. Tugas seorang doktor..yang telah menjadi etika kerja kami sememangnya untuk menyembuhkan pesakit bukan menambah sakit..'
"Liz mendongak dan melihat Dr.Daniel sedang memandang tepat ke muka Lia. Lia tunduk dengan wajah sugul, kemudian Dr.Daniel tunduk memandang ke arah Liz dengan satu pandangan yang membuatkan Liz rasa simpati yang teramat. Di kelopak matanya yang lesu, ada genangan airmata yang hampir tertumpah. Liz menghulurkan tangan ke arah mukanya sambil meletakkan jari di juring matanya. Lia terus membisu sambil memerhatikan saja gelagat Liz dengan Dr.Harris, tiada tergambar rasa cemburunya cuma yang terlahir hanyalah rasa pilu yang mengharukan...."
'Saya doakan kamu berdua bahagia dan jumpa orang-orang baik-baik yang layak bertakhta di hati kamu dan yang akan menyerikan hidup kamu berdua nanti...kiranya ada pilihan saya ambil kedua-dua kamu, tapi mana mungkin....bila saya betul-betul fikirkan kembali secara rasional, sebetulnya saya yang tak layak untuk kamu berdua...Saya pernah cerita pada Emilia yang saya kena pulang ke Semenanjung setelah tamat servis saya di sini dan mambantu saudara saya di Medical Centre Subang Jaya. Saya di sini untuk memenuhi syarat berkhidmat dengan kerajaan dan masih ada beberapa tahun lagi sebelum memulakan private practise...Walau apa pun saya akan bawa semua kenangan terindah di Ranau ini untuk menjadi satu memori yang tak terlupakan.'
"Di remang petang yang bersejarah itu, dua insan yang Liz sayang mengiringi Liz bersama kerusi roda menuju wad. Dua hari kemudian Liz telah di discharge dari hospital Ranau dan membawa pulang bersama satu kenangan yang akan menjadi sejarah hidup kami bertiga selamanya. Hospital Ranau mengajar kami bertiga erti apa itu cinta dan pengorbanan....."
"Buntu saya memikirkan kisah kamu yang paling aneh dan paling menarik yang tak pernah saya dengar dalam hidup separuh abad saya," ucap saya sambil menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah tidak percaya akan kehebatan kisah dan liku-liku hidup mereka bedua.
"Selepas Dr. Daniel memberikan pandangan dan kata-katanya, kami bertiga berpelukan. Pernah tiga kali Dr.Daniel menziarahi kami di rumah sebelum dia bertukar ke Kuala Lumpur. Semasa di rumah kami, dia pernah bercerita yang keluarga datuk neneknya berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera dan kini menetap di Gombak, Selangor. Saya tak dapat bayangkan tempat-tempat tersebut kerana tak pernah sampai ke sana."
Elizabeth bangun dan beredar ke 'display rack' yang bersusun dengan sayuran, buahan serta lain-lain barang jualan. Di ambilnya beberapa biji limau lalu dikopeknya dan diberikan kepada saya.
"Sejuknya limau ni, macam datang dari peti ice jer....ni pasti sedap tambahan dah dikopek oleh jari jemari yang halus mulus...hahaha..." dan saya meneruskan lagi bicara sebelum sempat Elizabeth bersuara...
"Mau saya kopekkan untuk kamu?" Kata saya sambil berjenaka.
"Boleh juga....tak pernah lagi selama ni orang kopekkan limau untuk Liz...ni satu penghargaan."
"Ini sebagai tanda terima kasih dan penghargaan saya kerana sudi menceritakan kisah suka duka kamu."
"Lia pernah bagi tahu yang petang tadi uncle ada bercakap loghat Kelantan dengan dia..dia ketawa...katanya dia tak faham langsung apa yang uncle cakapkan."
"Oh ye..masa saya sembang dengan dia kat beranda tepi bilik sebelum dia masuk kerja tadi."
"Uncle ni orang Kelantan ke?"
"Macam tu la...Ore Kelate kawe ni..." sambil saya ketawa kerana saya tau setengah perkataan tu dia tak akan faham.
"Macam mana menyebutnya....O o o re K e e la tee ka wee ni...eish peliknya bunyi...ngalahkan bahasa Kadazan..."
Sudah dua biji limau saya habiskan. Sedap juga sekali sekala makan limau di malam buta begini. Saya nak bayarkan berapa harga limau tersebut tapi Elizabeth kata limau tu dia belanja kerana sanggup menemaninya tadi.
"Betul ke ni free?...Kalau saya tau free saya habiskan yang ada di atas 'rack' tu.."
"Liz berani bet dengan uncle...kalau dapat habiskan Liz bagi RM100....ada berani?"
"Mungkin boleh mungkin tak...tapi kalau masa tengah kelaparan, harus dapat dikerjakan sebakul tu."
"Kalau takut mengaku jer la...tak payah nak bagi alasan," sambil di tolak-tolaknya bahu saya dengan gaya memerli.
"Oh..ya...sekarang ni kamu tinggal berdua lah di rumah peninggalan bapa kamu."

"Sekarang kami tinggal dengan auntie Mary dan uncle Roni..oleh kerana auntie ada pertalian darah dengan Lia, kira ibu sepupunya lah tu dan uncle Roni pula adalah bapa saudara maka tak ada lah kami rasa janggal hidup bersama."
Fahamlah kini kenapa tadi Elizabeth berkata yang uncle Roni dan auntie Mary mempunyai dua orang anak dara sunti pujaan Bundu Tuhan. Rupanya yang dimaksudkan adalah dirinya dan Emilia. Memang mereka berdua sebaya umur.
Saya cuba mengalihkan perhatian atas kisah hidupnya agar berbuat demikian dapat melegakan tekanan yang sedang dilaluinya. Saya menarik tangan Elizabeth dan mempelawanya untuk kembali duduk di bangku seperti mula-mula kami bersembang dari awalnya tadi. Elizabeth menurut saja apa yang saya buat.

"Kawan penyelamat kamu tu bila pula munculnya?"
"Ooo hampir terlupa Liz. Sebenarnya selepas SPM ketika menunggu 'result' keluar, kami bekerja 'part time' di Puncak Borneo Resort ni.. di sini lah segalanya bermula...macam bermulanya Liz kenal uncle..."
Auntie Mary mula mengemaskan barang di bantu Emilia. Sebelum bergerak untuk pulang ke bilik, kami pun bangun dari tempat duduk dan sambil saya menyeluk saku untuk mengeluarkan dompet. Elizabeth bergerak ke arah Emilia yang sedang membantu auntie Mary berkemas.
Sebelum berjalan pulang ke resort saya bersalaman dengan autie Mary dan meminta maaf kerana lama berada di gerainya dan mencuri masa Elizabeth daripada membantunya berniaga.
"Maafkan saya kalau kiranya mengganggu masa puan tadi."
"Eh.. tak mengapa...lagi pun budak-budak ni senang dengan encik...encik apa ya terlupa nama?"
"Uncle Sam auntie," jawab Emilia sambil berkemas.
Emilia mengambil lampu suluhnya dan mula bergerak ke arah saya.
"Liz...sekejap," saya memanggil Elizabeth yang sedang berdiri di samping auntie Mary.
"Ada apa uncle?" Elizabeth datang menghampiri saya.
"Ini buat kamu...bukan apa pun...tak padan kalau nak dibandingkan dengan masa kamu melayan saya tadi tu."
"Apa ni uncle..tak nak la Liz"
"Liz...please...entah bila lagi kita dapat berjumpa dan bercerita macam ni..entah-entah langsung kita tak jumpa."
"Uncle ni buat Liz sedih saja cakap macam tu," lalu dia memegang tangan saya dan saya serahkan sedikit wang kepadanya. Sambil dia membelek-belek wang di tangannya....
"Uncle ..apa ni?...Banyaknya RM500 ni..."
"Tak kisahlah berapa pun...saya ikhlas...kalau kamu tolak maknanya kamu tak hargai ikhlas saya..."
"Alaaah...Lia apa ni?...Uncle ni buat Liz serba salah la... apa Liz nak buat ni?"
"Kamu tak perlu buat apa-apa...terima sajalah...uncle kan dah cakap ikhlas dari hatinya...kalau tak mau bagi saja pada aku," sambil ketawa Emilia mempersendakan Elizabeth yang tengah kebingungan.
"Kau ni Lia ...main-main pula..."
"Apa kata esok kita pergi shopping kat Milimewa di Ranau," kata Emilia lagi.
"Tu idea bagus...," sampuk saya mengiakan kata-kata Emilia.
Sebelum berlalu Elizabeth berdiri betul-betul di depan saya sambil memegang kolar jaket saya dan dia mencium kedua tangan saya ketika kami bersalaman.
Emilia memandu arah saya ke atas bukit untuk ke resort. Kami berjalan beiringan dan sekali-sekala dia memegang lengan saya untuk pastikan saya tak tersepak batu bila saja nampak saya terhuyung- hayang ke kanan ke kiri.
"Baik-baik jalan uncle..ni gelap sikit, lampu jalan pun tak ada...masa ni la lampu suluh ni jadi penting."
"Tadi yang jadi security tu sapa ye..saya dengar kamu panggil uncle..siapa tu?"
"Tu la uncle Roni...Liz tak bagi tau ke?"
"Tak ada pula...dia bagi tahu uncle Roni tu pakcik dia ..ada la dia cerita, tapi tak pula bagi tau kerja di sini."
Sebenarnya saya pun sudah lupa samada Elizabeth ada bagi tahu ke tidak tentang kerja uncle Roni. Banyak sangat benda yang dibualkan sampai terlupa.
Kami sama-sama mendaki bukit kecil menuju bangunan reception. Ternampak kelibat orang sedang berehat di atas pangkin di sebelah luar bangunan tersebut.
"Uncle, dia orang sedang berkemas dah nak balik tu," Emilia memberitahu seseorang yang dipanggil uncle.
"Apa khabar?" saya menyapa.
"Baik," ringkas saja jawapannya.
Sebenarnya semasa sebelum ke gerai tadi kami pernah bertegur sapa, cuma saya tak tau siapa dia dan hubungan dia dengan Emilia dan Elizabeth. Yang saya tau dia security di sini. Mungkin juga tadi Emilia sudah bagi tau, saya pun lupa mungkin Emilia pun lupa juga.

"Uncle pergi lah...saya rehat sekejap dengan uncle Sam kat sini."
"Ok pergi dulu...baik-baik ye..," sambil mengangkat tangan kanannya ke arah kami dan saya pun membalas dengan mengangkat juga tangan kanan saya.
Emilia dan saya masing-masing melabuhkan punggung untuk mengambil nafas melepaskan lelah pendakian tadi. Kami mengadap ke lembah dan dapat melihat Elizabeth dan auntie Mary sedang rancak berkemas sementara uncle Roni sedang berjalan menghampiri gerai tersebut.
"Banyak yang Liz ceritakan pada uncle tadi...cerita fasal apa ye?"
Emilia bertanya seperti ingin mengorek rahsia apa yang saya dan Elizabeth bualkan sebentar tadi.

"Macm-macam ada...hehehe...ada yang sedih sampai menangis dan ada yang mengumpat kamu," saya berkata dengan nada separuh mengusik.
"Mula lah tu..."
"Betul bah...tak tipu...tapi cerita yang baik-baik saja.''
"Entah kenapa Lia pun rasa senang sangat dengan uncle...semacam ada satu ikatan pada hal kita baru saja ketemu tak sampai 48 jam...pelik sangat rasa Lia...sampai Lia pun jeles gak bila uncle berduaan dengan Liz tadi...tapi apa nak buat, takkan nak kacau daun kot."

"Eh...eh.. kamu ni...saya sebenarnya nak sangat kita bertiga sembang-sembang...tapi kesiankan auntie kamu tu."
"Betul la tu...Lia bagi can kat Liz kerana Lia tau kita masih berpeluang sembang kat sini...kan kita berdua sama-sama nak ke sini..Liz tu terus balik ke rumah. Dah lupa ker pergi ke gerai tu dengan siapa tadi?"
"Pandai kamu ni ya."
"Mesti lah kena pandai cipta peluang ...kah.kah.kah...dekat sini lagi romantik pada kat gerai tu...dah lah dengan debu kenderaan lagi..sinikan best..nyaman ...duduk di atas 'designer' pangkin buluh lagi...haaa betul tak?"
"Ni dah jam berapa ye..gelap... tak nampak jarum jam saya?"
"Lebih kurang 11.15...kenapa dah ngantuk ke?"
"Tak...saya ingat dah jam satu pagi rasa macam dah lewat sangat ...mungkin persekitaran la ni yang buat rasa dah tengah malam...masih awal ni...kalau kat rumah masa ni baru nak keluar.."
"Biasanya jam begini ni uncle keluar pergi mana?"
"Mana lagi jumpa kawan-kawan la...tengah hari masing-masing sibuk, jadi malam-malam kita lepak lah. Uncle selalu lepak kat Cross Road, Hotel Concorde Shah Alam atau Holiday Inn di GlenMarie juga kat Shah Alam.. kat situ kawan lama saya Billy dan isterinya perform tiap malam kecuali hari cuti...kadang-kadang alih rasa dengar muzik di LaVida Holiday Villa kat Subang Jaya."
"Bestnya...kat sini macam ni la, mana ada tempat lepak, kedai pun tutup awal, kalau yang buka pun gerai jual sayur tepi jalan...boring kan kat sini?"
"Apa boring nya..tempat begini lah yang paling sesuai untuk tenangkan jiwa."
Memang berbeza pandangan kerana kami datang dari berbeza suasana dan persekitaran. Mungkin ramai berfikir hidup di kota metropoplitan indah segalanya dan orang-orang bandar berpendapat bahawa kehidupan di pedalaman penuh kedamaian. Kedua-dua corak petempatan mempunyai kekuatan tersendiri, terpulang kepada apa yang kita cari.

"Kalau melancung macam uncle sehari dua seronok lah, tapi kalau dah jadi rutin hari-hari jemu juga."
"Saya tak kisah tempat macam ni pun bagi saya menyeronokkan...ada juga niat nak tinggal di sini sebagai retirement home."
"Masih ada lagi tanah orang kampung nak jual. Kalau uncle berminat Lia tolong carikan."
"Tapi di sini kebanyakan tanah NT/Native Title orang luar tak boleh beli..nak beli boleh tapi kena pakai nama orang sini...susah macam tu."
Memang teringin sangat saya untuk mempunyai tempat di mana sesuai dengan jiwa saya ketika dipenghujung usia. Tempat di mana saya bebas untuk berkarya. Dalam banyak-banyak tempat pilihan pertama saya adalah di Kundasang, kerana persekitaran dan masyarakatnya yang bagi saya sungguh menyenangkan. Pertama kali saya ke sini beberapa tahun lalu, tempat ini telah menambatkan hati saya dengan alam semula jadi yang penuh keindahannya yang tersendiri.

"Apa salahnya pakai nama orang Sabah ni...ramai orang Semenanjung yang buat macam tu...susah-susah kahwin saja dengan sumandak dusun...."
"Kamu ni macam-macam hal...habis yang tengah tidur kat bilik tu nak letak kat mana?"
"Minta izin la cara baik, nak ramaikan umat Muhamad takkan salah besar kot?"
"Betul cakap kamu tu...tapi mana ada perempuan dalam dunia yang suka di madu...kamu nak di madukan?"
"Entah lah uncle...kita belum kahwin ni susah nak cakap."
"Semua kawan saya yang beristeri lebih dari satu kata...kalau boleh elak, tak payah lah kahwin lebih, yang dok ada satu tu pun berantakan...nak tambah lagi masalah buat apa?"
"Lain macam pula topik bila makin tengah malam ni," tiba-tiba pula Emilia berkata semacam terasa bersalah pula agaknya memulakan topik kahwin ni.
"Kamu yang mulakan...suruh cari sumandak kadazan dusun bagai."
Sememangnya tidak dapat dinafikan masyarakat tempatan sangat menarik begitu juga dengan gadis pingitan Kadazan Dusun yang terkenal dengan putih kulitnya serta mempunyai wajah yang typical, sinonim dengan masyarakat di pedalaman terutama di kawasan sejuk seperti Kundasang dan sekitarnya.

"Lia cakap tu kalau ada berani..kalau dah takut sangat tak payah lah, jangan kusut masaikan fikiran tu."
"Nak kahwin boleh, tapi nak berlaku adil tu yang tak mampu. Ramai kahwin kerana nafsu, tanggung jawab terabai, mana perempuan tak marah?" Saya berbicara dengan nada suara yang sedikit serius.
"Betul sangat lah cakap uncle ni...bertimbang rasa juga uncle ni ye..susah nak dapat species macam ni...limited edition ni."
"Banyak lah limited edition kamu...kamu perli saya ye?"
"Ada pula perli... kita cakap yang benar lah."
"Kita tukar topik lain lah...topik ni sensitif sangat, tak syok."
"Boleh lagi kalau nak sembang apa topik pun...Lia ni tengah duty tapi mana ada orang masa ni... kalau ada orang tak boleh lah macam ni...kira nasib baik uncle la ni.."
Dingin malam bersama kerlipan lampu-lampu di perkampungan di bawah lembah kelihatan dengan jelas memenuhi persekitaran yang damai. Namun rumah-rumah terletak tanpa susunan teratur, tapi bagi saya keadaan beginilah yang membezakan dan menjadikan kawasan perkampungan di pedalaman sangat unik berbanding kawasan bandar yang rigid dari segi pola petempatan. Unsur-unsur yang berkaitan dengan kekurangan tanah serta kepadatan penduduk mempengaruhi bentuk petempatan sedemikian. Green living, eco-tourism dan sustainability semuanya terdapat di sini.

"Kalau ada kopi ke teh o panas kan best.."
"Nak ke? ..Lia boleh ambilkan..."
"Nyusahkan kamu jer malam-malam cam ni.."
"Lupa ke, Lia ni kan bahagian F&B, orang dapur lagi tu...serius nak ke tak ni?"
"Nak apa benda?"
"Nak buat kelakar pulak dah dia."
"Tak payah lah.. dah kembung perut ni asyik minum banyak dengan Liz tadi."
"Ooooh ...kalau dengan Liz apa pun boleh...di bagi minum sekolam pun ok..kalau kita pelawa bermacam alasan pula...dasar.."
"Aiik, main kasar nampak kamu ni."
"Apa yang kasarnya...betul bah."
"Baru jumpa tak sampai sehari dah mula nak gaduh...elok sangat lah buat perangai macam tu."
"Bergurau je la...takkan dah kecil hati...oops terlupa, orang tua sebenarnya cepat sensitif...cakap kena jaga-jaga."
Emilia ni bagi saya seorang yang sangat menyenangkan dan cepat meng 'adaptasi' kan dengan persekitaran dan mempunyai fikiran yang tajam. Dia cerdas dan cepat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan serta mempunyai 'sense of humour' yang hebat.

"Pandai betul lah kamu ni...kamu ni lebih kreatif daripada Liz tu tau?"
"Apa kena mengena dengan Liz pula...dia..dia punya hal la."
"Tadi ada Liz bagi tau, kamu ni sentiasa menang dalam apa hal berbanding dia, betul ke?"
"Kalau dia cakap macam tu betul la agaknya...dah dia sendiri yang mengaku."
"Kamu berdua mempunyai perwatakan berbeza tapi dua-dua menarik...masing-masing dengan kekuatan sendiri."
"Adik beradik pun perangai tak sama uncle...dalam satu tandan pisang tu pasti berbeza... ada yang buruk, ada yang masak dulu, ada yang tak masak-masak macam orang di sebelah ni."
"Bijak sungguh kamu ye...nanti saya keluarkan ayat keramat, lintang pukang kamu lari tak cukup tanah."
"Gelinya hati dengar uncle cakap...orang kalau nak kalah macam-macam lah ugutan keluar....nak perang gunakan lah tactical war fare...intelligence sikit nampak...baru pro....ni main ugut-ugut, apa kelas hahaha....," panjang ketawanya dan membuat saya ikut sama ketawa.
"Terbaik lah kamu Lia...jarang saya jumpa orang muda yang bijak macam kamu ni...orang Rungus semuanya macam ni ke?"
"Oooo mengumpat Lia la tadi ye...tak baik tau."
"Ini compliment, bukan mengumpat...tak kan tak tau nak bezakan pula."
"Nak kena kita balik lah ni ye."
"Tau tak pe."
"Seronok betul gurau-gurau macam ni...kalau dengan yang cetek pengalaman tambahan dengan umur sebaya, cakap-cakap macam ni boleh merebak jadi gaduh...tu la yang buat Liz kurang minat dengan orang muda..pah tu asyik cakap lucah...menyampah betul...kalau macam ni kan best."
"Panjangnya berucap...boleh jadi calon wakil rakyat ni..."
"Sekali sekala geram perlu di lepaskan."
Bila di fikir kembali, dalam keceriaan begini sebenarnya hidup mereka penuh dengan peristiwa yang tak tercapai akal. Mungkin menghiburkan diri dengan cara begini dapat melupakan penderitaan. Bergaul dapat meredakan kedukaan buat sementara. Penyanyi di atas pentas dapat menghiburkan orang tapi dia akan menjadi dirinya sendiri bila bersendirian.
Begitu lah saya melihat persamaan yang ada di antara Emilia dan Elizabeth. Mereka nampak ceria tapi jauh di sudut hati mereka siapa lah yang tahu tambahan bila kesunyian menjenguk tatkala malam menjelma. Segala kenangan akan tiba-tiba hadir ketika hening malam bertamu dan kadangkala mengganggu tidur. Hari-hari dilalui dengan penuh sengsara dan gelisah. Saya sangat-sangat terharu apabila lebih jauh mengenali mereka dan bersimpati dengan apa yang di alami mereka.
Bila malam mula menjarakkan waktu, yang hadir hanyalah ruang rindu yang tidak bertepi....mungkin itulah yang saban hari ditempuhi dan terpaksa dilalui oleh Emilia dan Elizabeth.
...mungkin akan bersambung kerana kisah ini masih panjang....
cheers.

No comments:
Post a Comment