Saturday, 23 November 2013

Malam Penuh Bintang...a fiction...(8)

Di sebelah luar reception counter ini rupanya udara lebih sejuk dan nyaman berbanding suasana ketika di gerai tadi. Mungkin kerana malam bertambah larut dan embun pula mulai turun maka dengan sendirinya berubah cuaca dan suhu makin menurun. Saya menampar-nampar serta mencubit-cubit pipi yang semakin kaku dan menebal.

"Kenapa uncle..sejuk ke?"

"Ya..kamu tu ok la dah terbiasa."

Emilia memegang muka saya sambil ditepuk-tepuknya mungkin untuk memastikan darah mengalir dan membangkitkan semula suhu di muka saya.

"Muka uncle ni banyak bulu la."

"Apa yang kamu susahnya ...tu saya punya bulu, saya punya hal la."

"Tadi tak nampak, bila pegang baru terasa...ehhh..geli la."

"Bulu tu satu anugerah ...bukan semua orang ada bulu."

"Ye la tu...nak cakap apa lagi kalau  memang dah berbulu."

"Orang lelaki tak ada bulu macam ayam togel rupanya...tau apa ayam togel?"

"Macam la kita ni teruk sangat...setakat ayam togel tu biasa...ayam kena gigit tungau pun kita tau...ada baca ker?"

"Makin menjadi kamu ni ye.."

"Tapi ni serius...orang lelaki yang ada bulu di muka tak kira lah berjambang, berjanggut ke memang lain rupa parasnya...ada seri."

Mungkin itu satu pengakuan jujur dari hatinya tentang pemerhatiannya terhadap lelaki yang diminatinya. Begitu juga bagi orang lelaki yang berpandangan berbeda mengenai kecantikan yang ditonjolkan setiap wanita.

"Macam saya ni, apa serinya kalau dah tua."

"Nampak matang dan macho ...tengok Clint Eastwood..tanpa misai dan jambangnya memang tak macho, jadi macam ayam togel la gayanya."

"Ok ni satu teka teki fasal bulu, kalau boleh jawab saya bagi hadiah...cakap jer nak apa...kalau tak boleh jawab kena denda la..biasa lah tu."

"Ok... cabaran diterima."

"Kamu nampak muka saya ni...kat bawah hidung ni... ada misai..di bibir atas la maksud saya...di dagu pula ada janggut...yang bulu  di bibir bawah ni di panggil apa?" Sambil saya rapatkan muka untuk dia melihat lebih jelas. 

"Ooo yang ni...ok, saya teka ..." sambil digentel-gentel hujung baju seragamnya...dan meneruskan jawapan. 

"....misai bibir bawah."

Saya tak dapat menahan geli hati sampai saya ketawa terbahak-bahak. Tak tahan sungguh bila disebut misai bibir bawah, tak pernah dengar seumur hidup orang panggil misai atas ke misai bawah.

"Jawapan kamu ni betul-betul klasik lah...melodramatik sungguh...," sambil sekali lagi saya ketawa.

"Uncle control sikit ketawa tu nanti habis terbangun penghuni resort ni..dah  la hari ni bilik semua penuh."

"Ok ...ok...dah give up ke belum?"

"Tak nak lah Lia jawab nanti kalau salah uncle ketawa lagi..."

"Jawapannya yang betul ialah DAN."

"Kenapa pula DAN?"

"Ya lah ...cuba tengok ni...saya tunjukkan ya...ni.. yang atas ni misai ...yang bawah ni DAN yang kat dagu ni janggut.... jadi 'misai DAN janggut'..."

Terus dicubitnya paha saya. Nasib  baik pakai seluar jean  yang tebal..kalau tidak boleh lebam jadinya. Berdenyut juga sakitnya. Kuat betul jari Emilia ni.

"Oooo auta lebih ye...tu baru sikit kalau tak ada seluar jean tu mau bertempik sakit."

"Memang sakit lah Lia...jari kamu ni...keturunan ketam batu ke kamu ni..?"

"Ni keturunan Rungus campur Suluk...tau  siapa dia orang Suluk...tu keturunan panglima perang...jangan main-main."

Selepas Emilia menyebut keturunannya dia terus sugul dan terdiam secara tiba-tiba. Saya dapat mengagak yang dia kini teringatkan ibu bapanya. Tersilap cakap kah saya tentang keturunannya? Perkara yang sama berlaku sewaktu saya bersama Elizabeth tadi, kini berulang lagi.

Bagaimana nanti saya harus memujuk Emilia yang sedang dilanda duka yang mungkin dia sendiri tidak menduganya. Perbualan spontan yang tidak membawa apa-apa niat untuk menyakiti tiba-tiba saja menjadi satu mimpi yang menyiksakan buat saya juga Emilia yang sememangnya sedang menderita. 

Kalau tadi saya bisa melepasi sempadan dan berjaya membawa Elizabeth kembali normal, kini saya terpaksa mencari jalan untuk berbuat yang serupa. Ya,  kedua-duanya mempunyai masalah yang hampir sama, jadi kesedihannya pun sama ketaranya. Macam mana dan apa yang harus saya perbuat?

Ayat keramat apa lagi  yang boleh diguna pakai untuk menjernihkan keadaan yang  sedang buntu. Payah juga memikirkannya. Dan saya harus dipertanggung jawabkan untuk mengembalikan keceriaan Emilia yang tadi sangat seronok berjenaka seolah telah menghilangkan rasa dukanya.

"Lia..uncle minta maaf ye...uncle tak sengaja tadi."

Emilia masih membisukan diri. Sama lah macam Elizabeth tadi. Saya menepuk-nepuk perlahan belakangnya sambil saya pautkan badannya ke arah saya. Dia membiarkan saja seperti merelakan saya berbuat demikan. Susah hati saya dibuatnya bila dia tetap mendiamkan diri tanpa sebarang bicara. Tiba-tiba saya terdengar isak tangisnya. Makin haru jadinya keadaan ini. 

Emilia membalikkan mukanya ke arah saya dengan air mata tergenang di kelopak mata sambil bibirnya bergetar-getar menahan rasa sedihnya. Kumat kamit bibirnya membuat saya sungguh tidak selesa dan ingin saja kiranya rasa sedihnya itu saya cabut dan lemparkan di kaki bukit. Mata bundarnya memerhati saya seperti menagih simpati.

"Uncle...kenapa begini hidup Lia?"

Saya tiada langsung mengerti apa yang dicakapkan. Kiranya saya bertanya mungkin nanti semakin menjadi-jadi tangisannya. Jadi saya biarkan saja  buat seketika. Saya dapat rasakan  Emilia dan Elizabeth ini sebenarnya ketandusan kasih sayang orang tuanya. Itu fasal mereka melahirkan  kemanjaan bila ada orang yang prihatin dengan masalah peribadinya. 

Untuk mereka  melakukan  perbuatan ini dengan uncle Roni mungkin mereka segan dan menghormati auntie Mary. Saya pun sedar bahawa mereka tiada apa-apa perasaan terhadap saya yang berkait soal hati. Pada firasat saya,   cuma sayang seorang bapa yang sangat didambakan dan saya pun sekelumit nafsu tidak terasa dalam hati. Saya sudah merasakan mereka ini seperti sanak saudara sendiri.

"Apa sebenarnya Lia?"

Dipegangnya tangan saya dan ditekapkan ke mukanya. Terharu sungguh saya jadinya. Terasa dingin tangan saya bila tersentuh pipinya yang putih gebu. Emilia ini pun tergolong dalam kategori seorang yang menawan dari segi kecantikannya. Badannya tinggi dengan kaki yang panjang, lebih athletic berbanding Elizabeth yang montok dan kelihatan lebih rendah. Kiranya lemah jiwa mungkin orang boleh terpaut dengan ayu wajahnya. Dan saya sebaik mungkin cuba menyedarkan diri saya dari terpesong dan membawa kembali diri saya ke alam nyata. 

"Lia tak mungkin lagi merasa kemesraan  seorang bapa." 

Betul lah firasat saya yang mereka ini mendambakan belaian dari seseorang yang boleh memberikan mereka perwatakan seorang bapa. Tiba-tiba saya tersedar dari perbuatan kami berdua.

"Lia selamatkah kita berkeadaan begini malam-malam buta ni."

"Uncle Roni kan security di sini mestilah kita selamat." 

Saya perlahan-lahan dengan sopan melepaskan tangan saya dari genggamannya. Dia perasan kenapa saya melakukan demikian. Saya ingin sekali menjauhkan diri dari terbuai dengan perasaan yang mungkin saya atau Emilia hampir terlupa siapa kami berdua. Saya masih teringat pesanan guru saya bahawa bila berduaan di tempat sunyi, orang ketiga adalah syaitan. Saya kembali normal dan rasional.

"Maaf uncle kiranya Lia terlebih emosi dan terbawa-bawa dengan perasaan Lia sendiri. Lia telah menyusahkan uncle."

Mungkin Emilia juga dapat merasakan yang gangguan emosinya mempengaruhi kelakuan yang melepasi batas-batas orang yang baru kenal membuatkan saya kurang selesa.

"Tak mengapa... janji kamu bahagia dan ketemu damai yang kamu cari selama ni."

"Lia tak tau lah mungkin Liz telah menceritakan siapa sebenarnya Lia dalam hidup mereka."

"Ada Liz ceritakan lebih kurang siapa kamu sebenarnya."

"Sampai sekarang Lia sedang mencari di mana ibu dan tak tau di mana bapa Lia.. entah hidup atau mati?"

Terbuai rasa duka oleh kalimat yang keluar dari mulut Emilia. Inilah sebenarnya pentas kehidupan yang penuh dramatik. Lebih dramatik dari episode karya sinetron dan drama-drama Korea. Di depan mata saya ini yang lebih  original tanpa direka-reka plot ceritanya.

Ucapan ringkasnya menyedarkan kembali rasa curiga saya kenapa Emilia bersungguh-sungguh melahirkan dan mempamirkan kelakuan yang dia ingin dibelai dengan kasih sayang tanpa niat untuk menagih simpati. Saya kini faham apa yang diperlakukan tadi sebenarnya terlahir tanpa sedar dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa hormat terhadap diri saya yang dianggap pelindung kedukaannya. 

"Setelah bapa terpaksa menyembunyikan diri, tinggallah Lia menjalani kehidupan bersama ibu..tapi itu pun tak lama setelah ibu di tipu dan dibawa lari manusia yang kejam dan durjana. Lia tak boleh lupa hari Lia ditinggalkan sendirian tanpa sesiapa untuk Lia mengadu."

Bagi saya Emilia seorang yang cekal. Sekiranya saya di tempat beliau mungkin saya tidak mampu menelan semua derita di usia yang sebegitu muda. Rasa hormat saya pada dirinya kini mula tumbuh dan membesar.

"Dengar khabarnya bapa  Liz yang selamatkan kamu."

"Betul tu uncle... tapi itu pun setelah 19 hari Lia ditinggalkan sendirian....Lia masih ingat sepulangnya Lia dari sekolah, Lia memanggil nama ibu seperti yang biasa Lia lakukan...tapi hari itu tiada jawapan. Lia ingatkan ibu tidur tengah hari seperti selalu ..bila Lia naik ke rumah pintu tidak dikunci..."

Dia menangis lagi di pangkuan saya. Saya biarkan saja apa yang ingin dia lakukan. Saya kini telah sedar dan mulai kenal hati budinya yang sebenarnya selama ini penderitaannya tertanggung sendiri tanpa ada tempat tercurahnya segala yang terbuku di hati. Mungkin saya di lihat mempunyai karakter kebapaan yang selama ini diintainya. Bukan semua kenalannya dilakukan seperti apa yang dilakukan ke atas saya. Ini bererti dia ikhlas dalam mencari sesuatu yang hilang dalam hidupnya.

"Lia ternampak sekeping nota yang ditulis ibu...Lia tahu dan cam tulisan tangan ibu.. tapi kali ini tulisannya bercelaru seperti orang ingin mau cepat-cepat."

"Sayang..ibu ikut uncle Eddie pergi untuk mencari bapa Lia...ibu akan segera pulang setelah ketemu bapa Lia, jaga diri semasa ketiadaan ibu.. Jangan ponteng sekolah dan jangan sesekali abaikan solat. Pohon doa pada Allah minta perlindungan..peluk cium dan kasih sayang.....Emilia nyawa ibu.''

"Begitulah bunyi nota yang tertulis. Lia simpan nota ini uncle sampai ke hari ini. Lia sentiasa bawa bersama kemana saja Lia pergi."

Lalu dikeluarkan nota yang dimaksudkan dari tas tangannya. Saya menyalakan lighter yang ada dalam poket semasa saya merokok selepas makan malam tadi. 

Sedih yang teramat melihat nota tersebut kerana dia masih menyimpan dengan harapan agar satu hari nanti  dia ketemu ibunya. Saya sedaya upaya cuba menahan airmata lelaki saya dari tertumpah. Nafas saya tersekat-sekat dan Emilia perasan yang saya sedang bertahan dengan airmata. Saya cuba mengalihkan pandangan ke sisi kanan saya untuk menjauhkan darinya yang berada di bahu kiri saya.

"Kamu simpan nota ini baik-baik sebagai bukti yang kamu tidak pernah melupakan ibu kamu."

"Kenapa uncle menangis?" Lalu dirabanya pipi saya yang masih melekat dengan airmata.

"Saya tak menangis...mana mungkin orang seperti saya boleh menangis."

"Lia minta maaf mengheret uncle dalam masalah Lia," sambil dia mengetuk-ngetuk kepalanya semacam orang menyesal. 

Cepat-cepat saya memegang tangannya kerana saya bimbang dia tak terkawal perasaan dan terkena histeria. Dipeluknya lengan saya seerat mungkin. Ingin sekali saya membohonginya yang saya tidak menangis, tapi saya tidak berupaya. 

Saya terbawa perasaan dan membayangkan duka seorang anak yang kehilangan orang tersayang dan hanya mungkin mampu bermimpi untuk ketemu kembali. Mungkin pergantungan harapan demikian membuatkan dia tabah menjalani hidup walau pun dengan getir dan kepayahan. Terharu teramat saya. Lalu saya nyatakan:

"Ya..saya menangis...saya jua ada hati dan perasaan dan saya juga ada anak perempuan seperti kamu. Saya mengerti sekiranya ini terjadi pada anak-anak saya mereka pun akan melakukan perkara yang sama kamu lakukan sekarang. Jadi jangan bersedih dan menyesali keadaan," sambil saya melepaskan pelukannya dari lengan saya. 

Airmatanya masih bercurahan, dan sedang dia mengggit bibirnya saya merenung tepat ke matanya. Lampu  di atas bumbung reception counter ini memberikan sedikit cahaya dan membolehkan saya merenung  muka dan matanya dengan jelas.

"Uncle....saya sedih tengok uncle begini."

Sambil menundukkan mukanya ke lantai, saya memegang dagunya dan mendongakkan agar dia dapat melihat dengan jelas mata saya. Airmata saya masih tergenang di kedua kelopak mata saya.

"Pandang sini...pandang muka saya, pandang jauh-jauh ke dalam mata saya...saya ikhlas merasai apa yang kamu rasa ..dan saya berjanji satu hari nanti saya akan ketemukan ibu kamu dengan kamu...saya janji."

Saya sebenarnya tidak tahu apa yang saya ucapkan. Niat sebenar saya hanya untuk meringankan beban penderitaannya saat ini. Tapi jauh di sudut hati saya berazam mencari ibunya sekiranya ibunya berada di Semenanjung seperti yang Elizabeth nyatakan tadi.

Sambil merenung tepat di wajah saya, air matanya satu persatu menitis membasahi pipinya. Dengan wajah yang sayu dia dengan perlahan meletakkan jarinya di mata saya sambil menanggalkan shawl biru di tubuhnya dan mengelap air mata saya yang tidak tahu untuk berhenti mengalir. Saya sangat terharu dengan perbuatannya. Lalu dia... dengan suara perlahan dan tersekat-sekat:

"Uncle berada di sini  bersama menemani Lia pun sudah cukup bererti buat Lia. Tiada kata yang dapat Lia ukirkan betapa indahnya perasaan Lia waktu ini. Bukan niat Lia untuk membebankan uncle dengan masalah Lia...cuma kadang waktu Lia tak tau bagaimana mau mengendalikan masalah bersendirian ...tiada tempat buat Lia mengadu..." Emilia berhenti seketika seakan mengumpul kekuatan untuk seterusnya melafazkan kata.

"Dulu masa bapa dan ibu Liz ada dapatlah juga Lia adukan masalah bila saja Lia rasa sungguh tertekan....walau mereka bukan saudara mara dengan Lia, mereka prihatin dan sangat memahami ...ke akhir hayat Lia kasih dan sayang pada mereka,"...dan Emilia sekali lagi berhenti sebelum meneruskan bicara.

 "Mau mengadu pada Liz, dia pun ada beban sendiri....cuma malam-malam sebelum tidur kami mengumpulkan kenangan-kenangan terindah kami ketika bersama ibu bapa Liz. Berbuat demikian rasa terungkai seketika masalah kami...itu saja yang termampu kami lakukan setiap sebelum tidur dan kami berpelukan sehingga terlena."

Sedihnya mendengar keluhan hati anak muda ini. Saya dapat merasai kepayahannya menghadapi hari-hari mendatang tanpa orang yang selama ini dapat dia menggantungkan harapan ketika saat-saat dia memerlukan sokongan untuk berdiri bersama cabaran yang sukar.

"Kamu katakan apa saja yang terbuku di hati kamu." 

"Kami mengimpikan untuk dapat memeluk seseorang yang kami hormati, percaya dan kami sayang, semoga dapat merasa di satu hari untuk menggantikan pelukan kasih sayang ibu bapa kami...dan ternyata kami dipertemukan dengan insan tersebut...melihat uncle siang tadi hati Lia sungguh terusik apa lagi bila melihat kemesraan uncle sekeluarga tika uncle bergurau senda dengan anak-anak perempuan uncle.." Emilia tidak dapat meneruskan tuturnya.

Kali ini dia tidak menangis tapi mukanya yang sayu dengan merah matanya menahan airmata lebih terkesan buat saya.

"Itu yang kami impikan selama ini...Lia terus berlari mencari Liz di reception dan memberi tahunya yang ada seseorang yang sudah pasti berupaya membuka kunci pintu hati kita yang sedang dilanda duka."

Pengucapan ikhlas dari Emilia tadi tiba-tiba saja membuat saya berasa bersalah yang teramat. Kehadiran saya rupanya memberi kesan tersendiri yang mempengaruhi rasa keinginan cerianya bersama orang tersayang serta mengembalikan saat-saat manis yang pernah hadir dalam hidupnya.

"Saya tak sepatutnya datang ke sini...kerana hadirnya saya membuat kamu mengimbau kembali kenangan indah kamu dulu dan sesungguhnya menyakitkan jiwa kamu. Saya minta maaf Lia dan sampaikan jua maaf saya pada Liz."

"Apa yang uncle sedang cakapkan  ni...uncle tahu tak, uncle telah membuka peti hati kami yang sekian lama tertutup untuk mencari damai dan keceriaan..."

Emilia seperti ingin benar saya mengerti apa yang tersimpan sekian lama di hatinya. Bila saja kesempatan begini terzahir di depannya lantas dia segera tidak melepaskan demi mengembalikan ceria. Agar dengan berbuat demikian dapat mengubat dukanya untuk terus kekal berdiri di alam nyata.

"Saya seperti menyiksa kamu..lihatlah kamu menangis kesedihan dan saya rasa saya telah kembalikan rasa murung kamu."

Tiba-tiba Emilia terus berdiri  dan beredar sambil bersandar di balustrade ruang legar tempat kami sedang berbicara. Saya hanya dapat melihat bayang tubuhnya saja kerana cahaya dari jalan menyinari belakangnya. Saya tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas. Saya mengagak yang dia sedang menangis.

"Uncle tak faham dan tak mahu atau sengaja  tak mau ngerti apa yang sedang Lia alami...uncle tau tak bila Lia dapat memeluk uncle dengan rasa kasih sayang dan perhatian yang uncle berikan, seolah awan hitam berarak meninggalkan daerah hati Lia yang selama ini kelam.."

Lalu saya bangun dari bangku tempat duduk saya sambil menarik tangannya untuk kembali duduk di atas bangku seperti tadinya. Emilia menepis tangan saya seolah sedang memberontak dengan ucapan saya tadi...dan meneruskan kata-katanya:

"Dulu pernah satu ketika kami mengalami peristiwa yang sama dengan kehadiran seseorang yang membuka peti keramat kami. Tapi sayang semuanya tidak lama."

"Saya mau memahaminya sebaik mungkin, tapi kamu buat saya keliru."

"Uncle takkan faham kerana uncle bukan kami."

"Emilia...dengar sini..bagaimana harus saya faham semua ni tanpa saya diperjelaskan dengan baik, dengan tenang tanpa emosi ...saya tahu kamu bersedih dan saya sangat teringin menjadi sebahagian dari hidup kamu...," sambil sekali lagi saya menarik tangannya untuk kembali duduk di bangku. Kali ini dia menuruti sahaja apa yang saya lakukan.

"Ingin sekali Lia.... kiranya uncle dapat merasakan apa yang Lia lalui sendirian sebelum uncle Ben, bapa Liz datang menyelamatkan Lia dari kegelapan."

Saya sebenarnya sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan cuba untuk menyingkap tabir kedukaan semasa dia berseorangan se tiap malam mengharungi duka tanpa sesiapa di sisi. Tapi saya tak mahu mengeruhkan lagi suasana yang kini sedang di rasainya. Saya biarkan saja dan di dalam hati agar dapat dia mengumpul segala kenangan dan bercerita pada saya dengan hatinya yang rela.

"Lia, memang saya tak dapat merasai getirnya hidup kamu tatkala bersendirian mengharung duka selama 19 hari tersebut. Cuma dapat saya bayangkan betapa kerinduan kamu pada ibu serta bapa kamu."

"Selama tempuh 19 hari tersebut Lia hidup berbekalkan duit peninggalan ibu sebanyak RM100...nasib baik waktu tu Lia terfikir untuk berjimat dan tak pernah terlintas di fikiran yang ibu pergi takkan kembali lagi...."

Saya melihat Emilia memejamkan matanya buat beberapa ketika sambil tunduk membisu. Saya rasa dia sedang bermain dengan perasaan yang meruntun jiwanya saat itu. Simpati yang teramat tak dapat digambarkan tercetus di benak saya. 

"Duit yang ibu tinggalkan, Lia gunakan buat tambang bas untuk ke sekolah dan yang selebihnya Lia gunakan untuk makanan....Lia masak sendiri dan buat bekal ke sekolah..petangnya selepas balik sekolah Lia menunggu ibu di depan pintu...kadang-kadang Lia ke simpang jalan besar sambil bertanya orang kiranya ada melihat ibu Lia...begitulah hampir saban hari Lia lakukan." 

Emilia seperti gelisah lagaknya. Saya mengambil tangannya lalu saya genggam untuk memberi kekuatan padanya mengumpul tenaga dan mengalihkan pandangannya agar dia tidak terlalu terbawa dengan perasaan dukanya. Dia menepuk-nepuk tangan kiri dengan tangan kirinya lalu....

"Pada satu petang selepas sepuluh hari ibu menghilangkan diri, Lia ke kedai runcit yang terletak di simpang jalan masuk ke kampung kami, Lia bertanyakan pada pak cik Matanjan, tuan punya kedai runcit tersebut...."

'Pak cik nampak tak ibu saya lalu kat sini beberapa hari yang lalu?'

'Kamu ni anak siapa?'

'Saya anaknya Ahmadiah....nama saya Emilia'

'Oh...baru pak cik teringat yang ibu kamu ada singgah di sini bersama dengan seorang lelaki, pak cik tak kenal sapa lelaki tu...ibu kamu ada tinggalkan nota suruh bagi pada kamu...tapi pakcik dah terlupa...maaf ye...kamu tunggu sekejap..'

"Lia menunggu dengan penuh debar, apakah pesanan ibu buat Lia melalui nota tersebut"

'Ini dia, kamu tengok lah'

"Lia terus buka lipatan kertas yang ibu tinggalkan kepada pak cik Matanjan.."

'Kiranya ibu pergi lama, kamu minta tolong dengan pak cik Matanjan untuk keperluan barang dapur, nanti bila ibu pulang ibu akan jelaskan semua bayaran dengan pak cik Matanjan....dan ini dia nombor telefon uncle Benjamin kiranya ada apa-apa berlaku pada kamu....017-8282...'

"Hidup Lia masa tu hanya dengan menghitung hari. Setelah lapan belas hari ibu menghilang, duit belanja semakin susut...sebenarnya tinggal untuk tambang buat dua tiga hari saja lagi...Lia buat keputusan untuk hubungi uncle Ben, bapa Liz. Lia pergi ke kedai pak cik Matanjan minta tolong hubungi uncle Ben. Menurut kata pak cik Matanjan, Lia minta di tumpangkan di rumah pak cik Matanjan sementara menunggu esoknya uncle Ben datang bertemu Lia...tapi Lia lebih rela tidur di rumah sendiri sementara uncle Ben datang."

"Kamu tak takut ke tinggal sendirian selama tu...saudara mara ibu kamu tak ada ke yang tinggal berdekatan?"

"Rumah yang kami tinggal sekarang adalah rumah peninggalan nenek, dia pun sudah meninggal. Ibu anak tunggal dan masa anak dara auntie Mary tinggal bersama kami. Tapi setelah ibu menikah auntie Mary pindah ke lain tempat....malam-malam bagi Lia hanya bertemankan sepi dan ruang rindu kosong...Lia tahu untuk ketemu bapa memang bukan lagi menjadi impian Lia, hanya ibu yang Lia harapkan dapat melindungi kala sepi dan  saat memerlukan."

"Ada Liz ceritakan pasal auntie Mary tadi...pasal kisahnya dengan ibu bapa kamu dan menyebabkannya dia merajuk membawa diri ke Kundasang." 

"Uncle sudah tahu rupanya...dulu auntie Mary tak rapat dengan Lia tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni setelah auntie berkahwin dengan uncle Roni barulah keadaan berubah dan dia pun sangat sayangkan Lia hingga sekarang."

"Selama ibu hilang, dua tiga hari pertama tu Lia boleh terima, tapi setelah seminggu dan hari demi hari selepas tu Lia jadi murung...kat sekolah tak boleh tumpukan pelajaran..tapi semua orang tak tahu termasuk kawan-kawan dan juga guru....Lia ingat pesan ibu dan Lia tak pernah ponteng sekolah."

"Makan minum kamu macam mana?...Kamu kan masih kecil baru tiga belas tahun kan!"

"Betul la...nasib baik Lia di kampung...makan tak lah susah sangat...di halaman rumah banyak sayuran, buahan, ubi-ubi serta paku pakis hutan yang boleh di makan. Lia pun tak makan banyak...masa tu satu atau dua kali sehari je."

"Setahu saya bukankah orang Rungus ni tinggal di rumah panjang?"

"Betul tu...nenek dulu pun tinggal di rumah panjang dan dia pandai dan cekap dalam bidang tenunan...tapi setelah ibu menikah, bapa buat rumah lain kerana bapa Islam dan kami sekeluarga tidak mahu mengganggu masyarakat rumah panjang tu bila beribadat. Nenek masa tu masih dengan amalan dan kepercayaannya."

"Kamu masih ingat ke tradisi budaya Rungus?"

"Tak berapa ingat sangat lah uncle...masa kecil selalu juga ikut tarian Mongigol dan Sumundai...tapi dah lupa sekarang...kalau ritual penyembahan seperti yang nenek dan orang-orang tua Rungus lakukan kalau tak silap dipanggil Moginum...dan bila nak berkomunikasi dengan benda halus/spirit dipakai satu benda  yang di panggil bobolizan...macam tu la..."

Saya sengaja mengalih tajuk perbincangan  ke arah yang lebih ringan agar Emilia tidak terbawa-bawa dengan kisah suka dukanya sewaktu tinggal bersendirian. Saya dapat bayangkan melalui ceritanya tadi bahawa di masa tersebut, itulah detik yang merupakan titik hitam yang tidak terungkai waktu dan menjadi kenangan pahitnya sepanjang zaman sebagai kenangan abadinya. 

"Banyak juga pengetahuan kamu tentang adat resam Rungus ni ye..."

"Tempat Lia tinggal tu di kawasan Matunggong, memang kampung tradisi yang masih mengamalkan adat resam macam tu..sekarang dah berubah sikit..ramai suku kaum Rungus kat situ masa kini sudah berugama Kritian dan sebilangan kecil ada yang memeluk Islam...uncle pernah sampai ke perkampungan Rungus?"

"Belum cuma adalah dulu pusing-pusing kat Matunggong tu...rasanya ada satu resort kat kampung Bavanggazo, kalau saya tak silap namanya Maranjak Long  House Lodge...sekarang anak perempuan tuan punya resort tu Farzyanna yang menguruskannya tempat tu. Kebetulan saya singgah dan sempat lah jumpa pengurusnya tu...rasa saya dia mungkin sebaya kamu."

"Tapi Lia tak kenal ramai sangat orang sana, lagi pun sejak pindah ke sini dah dekat sepuluh tahun tentu banyak yang berubah dan Lia tak pernah lagi ke sana. Rumah yang Lia tinggal dulu tu pun tak tau apa jadi dan memang Lia tak nak pijak dan ingat tempat keramat tu lagi...banyak sangat yang mengusik jiwa."

Nampaknya sekarang Emilia sudah kembali sedikit ceria berbanding satu ketika di mana dia asyik teringatkan kisahnya beberapa tahun lalu yang banyak menggamit kenangan yang menghiris kalbu.

"Kamu ni sebenarnya Allah masih sayang, mungkin berkat doa kamu yang patuh dengan amalan ugama dan juga patuh kepada suruhan ibu kamu supaya sentiasa jangan abaikan solat dan selalu berdoa minta perlindungan. Sedikit sebanyak  doa kamu tu di perkenankan tanpa kamu sedari...kalau ikut kisah kamu ni begitulah pada firasat saya."

"Ya tak ya uncle, Lia pun tak pernah terfikir sampai ketahap tu...yang Lia kenangkan cuma kesedihan sepanjang masa walhal rahmat tersembunyi sudah terzahir di depan mata tanpa disedari. Terima kasih banyak uncle kerana telah membangkitkan Lia dari lena panjang yang melalaikan Lia selama ni."

"Kita kena selalu bersyukur dan redha dengan apa yang terjadi dan Allah tak akan menguji kita tak lebih dari yang mampu kita tanggung...orang yang bunuh diri atau mencederakan diri sebenarnya tak selesai juga masalah...mereka berbuat demikian kerana iman mereka cetek dan kerohaniannya rapuh. Kita dalam Islam seperti yang kamu tahu bahawa bunuh diri itu sangat besar dosanya. Kita patut berterima kasih kerana kita ada ugama suci yang kita anuti sebagai penyelamat kita dunia akhirat."

"Macam Imam muda je uncle...tak sangka juga Lia yang uncle ni tahu juga lah tentang ugama berbanding dengan Lia ni. Dalam diri uncle ni Lia perhatikan ada bermacam karakter...uncle boleh buat orang ketawa, sedih, kadang-kadang serius dan juga tidak cetek ilmu ugama....ya...sekarang Lia perasan betapa specialnya uncle ni."

"Masa kecik-kecik saya tinggal kat kampung, jadi malam-malam selalu lah kita ke masjid dengar orang mengajar ugama..di tempat saya di Kelantan memang lah terkenal dengan sekolah pondok ugama dan ramai lah ustaz-ustaz yang mengajar di kampung-kampung...di situlah saya belajar sedikit sebanyak tentang fardhu 'ain, fiqah belajar mengaji Quran, belajar solat...dan bapa saya cakap memperbetulkan aqidah tu penting...bila betul aqidah  In shaa Allah kita tak kan terpesong walau pun kita nakal ketika muda tapi akhirnya bila tua ke pangkal jalan juga kita balik...Nabi kita kalau saya tak silap lah mengambil masa tiga belas tahun untuk menanamkan aqidah berbanding sepuluh tahun memperkenalkan syariah...maaf lah terpanjang sikit cakap."

"Seronoknya jadi macam uncle ni...uncle ni pandai baca Quran?"

"Boleh la, tahu lah mana baris atas bawah kiri kanan...rock rock juga tapi kena lah tahu sedikit sebanyak baca Quran..tapi bukan lah peringkat Qari tu...cuma tak ada lah buta kayu sangat...kamu pula macam mana ?"

"Uncle tahu macam mana kehidupan Lia...tak seindah seperti yang uncle lalui...jalan Lia berliku..ni pun tahu solat sedikit sebanyak bila ambil mata pelajaran ugama masa di sekolah. Di sini mana ada kelas fardhu  ain selepas sekolah...kalau ada pun hanya selektif saja."

"Bagi saya orang macam kamu ni lebih baik daripada orang yang belajar ugama tapi tak di praktikkannya...dalam banyak kekurangan kamu tapi kamu lakukan mengikut kemampuan kamu...bagus lah macam tu kan...kita manusia ni tiada yang maksum cuma Nabi saja... kita tak terlepas dari membuat kesilapan...jadi kena banyak berdoa dan minta ampun..saya ni bukan orang alim...saya buat apa yang tahu...saya pun tak faham apa yang di katakan fanatik dan liberal dalam ugama..."

"Entah lah uncle...cara uncle ni senang orang nak terima...tapi setengah orang berdakwah dilakukan semacam memaksa...itu tak boleh ini tak kena, itu ini haram...sedangkan orang baru nak mula kenal ugama kita tapi dimomokkan dengan dosa pahala, jadi buat orang takut dan akhirnya tak mau terima walau cakap apa pun...tapi pendekatan yang digunakan oleh kumpulan ugama lain banyak bezanya...."

"Oh..ini sangat menarik...tak tahu pula gayanya di sini."

Rupa-rupanya Emilia ini dalam keterbatasan ilmu ugama nampaknya dia banyak memerhati dan menganalisa apa yang sedang berlaku. Pendekatan yang dimaksudkan mungkin pendekatan zaman IT yang banyak terdedah kepada ilmu melalui media massa elektronik . Ini membuka perspektif saya tentang cara dan pendekatan macam mana kita ingin mendekatkan diri kepada masyarakat di pedalaman. Ada banyak kebenaran dan logik apa yang Emilia katakan.

"Biasanya kumpulan lain datang mendekati masyarakat, tinggal bersama dan bergaul serta memahami adat resam kemudian perlahan-lahan mereka memperkenalkan tentang ajaran mereka. Bila masyarakat sudah mesra barulah senang dari segi penerimaan ajarannya."

"Ada juga ke kumpulan dakwah yang sampai ke mari?"

"Memang lah ada...tapi tidak meyakinkan masyarakat untuk turut serta. Ada yang datang untuk tujuan pengislaman, tapi sesudah upacara tersebut, mereka-mereka di sini ditinggalkan tanpa sesiapa untuk dibuat rujukan...ilmu ugama ni kena diajar peringkat demi peringkat, tak boleh lah nak expect saudara baru faham semua...bukannya ilmu tu turun sekali gus lepas tu terus pandai...Al Quran pun turun berperingkat...itu apa yang Lia alami di sini."

"Selama ni tak pernah  terlintas di fikiran saya betapa masyarakat tidak didedahkan dengan cara sempurna. Kamu ni buat saya kagum."

"Ini bukan teori ilmiah tapi secara praktikalnya. Uncle pernah dengar tak orang memeluk Islam lima kali? Bunyi pelik tapi  benar-benar berlaku..kenyataan...biasanya pendakwah datang dan ajak orang peluk Islam lepas tu ditinggalkan, jadi saudara baru tu terkontang kanting tak tahu hujung pangkal dan kembali semula kepada ajaran lamanya..kemudian datang lagi kumpulan lain yang mengajak kepada Islam mereka tadi ikut balik jadi saudara baru dan begitulah seterusnya main keluar masuk."

"Kamu ni biar betul Lia, jangan nak buat kelakar pula?"

"Uncle ni...tu bukan kelakar tapi realiti....uncle tengok masa datang ke sini, berapa buah surau yang uncle jumpa?...Tak banyak kan atau hampir tak jumpa langsung..."

"Betul lah, baru saya perasan semua ni...tak ada pun saya nampak ada surau di sepanjang jalan ke sini...di Kundasang tu pun ada satu Masjid Jamek...surau tak pun nampak."

"Kat tempat Lia tinggal sekarang ni ada lah surau, tapi keadaan fizikalnya sangat lah menyedihkan...sedangkan tempat tu untuk beribadah, sepatutnya bagi lah kemudahan yang selesa...nak mengadap Allah sepatutnya tempat yang bersih, selesa dan damai baru lah kita ketemu Allah dalam keadaan tenang dan penuh penghayatan...ini tidak, main sediakan ala kadar saja....setahu Lia yang cetek ilmu ni lah, hanya ada satu saja ugama di dunia yang ada zakat...sepatutnya orang Islam tiada yang miskin...hairan juga duit zakat tu buat apa, sedangkan dikutip tahunan bukannya one off...tapi kalau dewan orang ramai, bangunan pejabat bukan main gah lagi di bina, bila fasal tempat ibadat....entahlah...hampeh semua."

Panjang lebar Emilia bercerita semacam ingin melepaskan geram sahaja. Tapi apa yang Emilia ceritakan itu sebenarnya betul belaka. Sekarang pun kalau pergi ke mana saja tempat, yang ramai peminta sedekah adalah orang Islam yang berpakaian songkok dan tudung, itu seolah-olah melambangkan status orang Islam. Jarang sangat nampak orang bukan Islam meminta sedekah kerana mereka dilindungi oleh bangsa mereka yang merasa malu jika ada di antara bangsa mereka yang meminta sedekah.

"Betul sangat lah Lia apa yang kamu cakapkan tu, yang memimpin negara ni orang Islam tapi orang yang dipimpin kadangkala tingkah laku, perangai dan perbuatan lebih baik lagi dari pemimpin. Kalau cerita bab politik kan jadi isu sensitif. Saya tak menyelar mana-mana parti politik tapi orang yang diberi tanggung jawab oleh rakyat tu kena lah amanah dan bertanggung jawab."

"Susah cerita pasal ugama dan politik ni uncle, silap cakap nanti kena cantas...kita hidup nak cari rezeki yang halal...sekarang semacam ada trend, kalau nak kaya kena jadi ahli politik."

Bijak juga Emilia ni. Tak sangka saya dia mempunyai pengetahuan dalam banyak hal yang hangat di pasaran. Jarang orang muda terutamanya perempuan yang minat kepada benda-benda macam ni.

"Hebat juga kamu ya...tak sangka orang muda macam kamu ni ada kebijaksanaan mengupas hal-hal semasa. Betul kata kamu kalau nak jadi kaya kena masuk politik. Setahu saya lah pada zaman Nabi 1400 tahun dulu, masa tu orang mendepa tangan menolak jawatan bila di ajukan, kerana takut kepada tanggung jawab dan takut tak tertunai amanah yang diberikan, tapi sekarang orang sanggup cantas mencantas tak kira lah orang alim ke jahil ke semata-mata kerana pangkat...pelik sungguh...bukannya takut nak pikul amanah Allah, sebabnya dia orang nampak habuan yang menanti...semua kerana duit...kalau ada spy nampak kita dok cerita macam ni kejap lagi kena gam lah...hahaha...dunia, dunia..."

"Macam kecewa je uncle? Lia pun rasa dunia sekarang semua kerana material...tapi kami di pedalaman ni walau pun tanpa harta yang banyak, kami bukan sangat gila kejar material, janji hidup aman, sihat tu yang penting...ada duit tapi sakit itu ini pun tak guna juga. Jarang orang kampung atau orang di pedalaman bunuh diri, tapi yang banyak buat begitu orang bandar...kenapa...banyak tekanan, stress dan bermacam panyakit sosial...tak gitu?"

"Sekarang ni yang jadi pemimpin yang dipanggil YB mungkin rasa diri terhormat, ya lah yang Berhormat tapi sebenarnya mereka tu hamba kepada rakyat kerana rakyat yang lantik tapi sekarang dah terbalik kot..sepatutnya YB tu kena tukar jadi Yang Berkhidmat baru sesuai....dulu ada satu filem melayu lakonan Hamid Gurkha yang jadi Yang Berkhidmat, walau tu filem kelakar tapi kiasan sinis tu sangat betul...tapi orang melupakan... "

"Tadi bila uncle cakap nak cari tempat untuk buat rumah rehat ketika bersara dikawasan sini, itu Lia fikir orang jenis uncle ni ingin mencari ketenangan dan semacam sudah menjurus kearah kehidupan spiritual berbanding duniawi. Lia setuju kalau uncle buat macam tu...sekarang ni pun ramai yang berduit datang beli tanah buat rumah rehat di sini."

"Di samping mendamaikan jiwa, tempat begini boleh jadi satu tempat escapism dan saya selalu angankan untuk jadikan satu sanctuary yang  boleh saya panggil hedonistic hideaway. Ini sudah menjadi impian saya. Di tempat begini saya dapat melahirkan karya original saya tanpa banyak pengaruh luar dan mungkin saya menghabiskan riwayat saya di tempat tersebut...angan-angan kadangkala jadi reality kiranya kita berusaha dan bermohon serta berdoa denga Allah agar diperkenankan niat suci kita...In Shaa Allah."

"Macam real je bunyinya tu uncle...dan yang paling bahagia sekiranya Lia dan Liz menjadi sebahagian dari mimpi uncle tu....terbaaaik lah uncle...mmuaah..muaaah..." 

"Kamu ni...itu angan-angan serius..mana tahu doa dan impian kita ni Allah restui....tiada yang mustahil...janji kita jujur dan ikhlas dengan diri kita dan tahu siapa kita....terbaaaaik juga Lia..muaah..muaah."

Sekali lagi ketawa kami berdua memecah kesunyian bening malam.


"Semasa Lia terlantar seorang diri di rumah, tak ada pun saudara kita yang seugama datang membantu. Lia masih ingat ketika itu tengah hari selepas pulang dari sekolah...Lia nampak sebuah kereta proton Iswara datang menghampiri laman rumah. Lia tak tau siapa...Lia ingat ibu sudah pulang...gembiranya hati kala tu...setelah orang itu turun dari kereta baru lah Lia tahu itu uncle Ben...dia datang seorang diri...dan dia lalu menyapa Lia yang masih duduk di muka pintu..

'Kamu sudah makan ke belum?'

'Belum uncle...Lia masih kenyang.'

'Tak pe, kamu pergi bersiap nanti karang kita makan  di perjalanan masa nak balik rumah uncle.'

'Kita nak ke mana uncle?'

'Ke rumah uncle la...bawa semua barang keperluan kamu...baju, buku sekolah dan yang penting-penting...yang lain-lain tak berapa penting tu kamu tinggalkan saja di sini.'

'Tapi uncle...kalau ibu balik nanti tengok Lia tak ada macam mana?'

'Itu kamu tak payah risau nanti uncle uruskan...uncle datang ni pun atas amanat ibu kamu...lagi pun bapa kamu tu kawan uncle...dah macam adik beradik kami ni....pergi cepat bersiap.'

"Lia pada mulanya tak nak ikut tapi setelah uncle Ben katakan yang dia menjalankan amanat ibu bapa Lia baru lah Lia bersetuju. Lagi pun Lia bukan rapat sangat dengan uncle Ben tapi pernah juga lah uncle Ben datang ke rumah Lia masa bapa kerja di Kota Marudu dulu tu."

'Lia sudah siap uncle...ni saja lah barang Lia'

'Kamu duduk kat belakang...kalau nak tidur pun tak pe lah nanti bila sampai uncle kejutkan kamu'

"Dan kami pun memulakan perjalanan. Lia pun tak tahu ke mana akan di bawa. Dalam hati hanya Allah yang tahu, bermacam-macam bermain di fikiran. Berserah saja lah...Inilah pertama kali Lia naik kereta, biasanya Lia tahu naik bas saja. Lia hairan juga biasanya uncle Ben datang ke rumah dulu naik motosikal tapi hari ni guna kereta dan...."

'Ni kereta baru ke uncle?...Maaf Lia tanya.'

'Oh...ni kereta uncle sewa..macam mana nak ambik kamu dengan barang-barang kalau naik motor.'

"Dalam hati Lia terfikir kenapa lah uncle ni bersusah payah menolong Lia sedangkan dia bukan pun saudara mara atau saudara seugama...sanggup habiskan duit sewakan kereta dan menyusahkan dirinya...apa yang dia dapat dengan semua ni. Apa kata anak isterinya?..Lia tahu uncle Ben ada keluarga cuma tak tau samada ada anak ke tak...dia pun tak pernah ceritakan, mungkin bapa Lia tahu, entahlah....sepanjang perjalanan Lia mengadap tingkap di sebelah kiri sambil melihat betapa indahnya alam dengan sawah padi terbentang berlatar belakangkan gunung ganang serta perkampungan di kaki gunung....indah sungguh...tak pernah Lia lihat sebelum ni dan hari tu pun Lia tak tahu di mana dan ke mana tujuan...Lia menikmati alam ciptaan Allah sepenuhnya hinggalah Lia tertidur.."

"Lia...cerita kamu ni buat saya semakin sedih jadinya...saya tak dapat nak bayangkan betapa pilu hati kamu waktu tu...dan...," tiba-tiba terasa pipi saya panas di genangi air mata.

"Uncle jangan mulakan buat Lia rasa sedih...," setelah dia perasan apa yang berlaku bila dia mendengar saya menarik nafas panjang.

"Nah...ambil ni, lapkan airmata tu...," sambil di hulurkan sebahagian dari hujung shawlnya untuk mengelap airmata saya dan sebahagiannya dia gunakan untuk juga mengelap airmatanya. Rupanya dia juga sedang menangis..tapi saya tak tahu tangisannya untuk apa..tapi saya tahu saya berbuat demikian kerana pilu mengenangkan peristiwa yang menimpanya.

"Kenapa kamu turut menangis?"

"Sebab Lia sedih tengok uncle yang menangis kerana Lia...rupanya masih ada jiwa murni di dunia ini yang boleh berkongsi apa yang Lia lalui...Lia tak sedih dengan kisah Lia...sedih kerana uncle."

"Saya rasa malu pada diri sendiri."

"Tapi Lia sangat bangga...sangat...kerana uncle kini telah jadi sebahagian dari kisah dan sejarah Lia juga...hari ni adalah hari keramat yang menambahkan satu lagi episod dalam hidup Lia yang mungkin satu hari nanti Lia boleh ceritakan pada anak cucu Lia."

"Kenapa nak libatkan saya pula?"

"Cerita fasal seorang bangka yang tak sengaja jadi sebahagian pelakon dalam drama hidup nenek dia orang," sambil dia menarik kembali shawlnya setelah memastikan air mata saya sudah bersih di pipi.

"Kalau kamu ni isteri saya saat begini, sudah saya peluk kamu dalam dakapan saya."

"Teringin sangat ke? Kalau teringin cari lah yang sah."

"Tak mau saya..buat nyusahkan perempuan tu saja...kita ni dah berumur nanti kalau kahwin tak berapa lama dah dipanggil Tuhan..hidup lah dia menjanda, kalau ada anak-anak lagi susah."

"Tadi uncle juga yang cakap kita kena percaya pada takdir."

"Sebelum berlaku bukan takdir namanya...macam mana nak kata takdir sedangkan kita tak tahu, tapi setelah berlaku...itu lah takdirnya."

"Oh...macam tu pula jadinya....cerita Lia tadi belum habis lagi..tapi kali ni janji tak nak dah nangis-nangis lagi...ok," kemudian Emilia menyambung balik ceritanya....

'Emilia bangun....bangun...kita dah sampai..'

"Bila Lia membuka mata, tak nampak pun ada rumah tapi nampak sebuah bangunan besar terletak di atas bukit mengadap kepada bandar di sebelah kiri dan gunung yang tinggi di sebelah kanan."

'Di mana ni uncle?'

'Ni bandar Kota Belud...kita makan dulu di sini...rumah uncle mungkin sejam lagi sampai...kamu tu belum lagi makan nanti kembung masuk angin susah pula.'

"Petugas restoran datang memberikan semacam katalog yang ada banyak gambar makanan..dulu Lia tak tahu itu menu namanya...Lia pandang saja menu tu...tak tahu nak buat apa."

'Kamu pilih saja kamu mahu makan apa...sini tengok gambarnya...'

"Lia teringin sangat nak makan cantonese kue teow...dan air laici...kawan-kawan Lia selalu cerita makanan ni tapi Lia tak pernah rasa, bukan saja rasa tapi tak pernah tengok pun."

'Kalau Lia minta cantonese kue teow boleh ke uncle?'

"Lia  saja nak minta izin takut-takut uncle Ben tak cukup duit....dan banyak sangat meminta-minta nanti macam mengada-ngada lah pulak. Lia mana tau dia cukup duit ke tak?"

'Kamu tak mau minum ke?'

'Kalau air laici...mahal ke uncle?...Kalau mahal tak apa lah..Lia minta air suam saja.'

'Kamu bagi apa yang dia pesan dan untuk saya nasi goreng kampung dan teh o limau...ice ye.'.

"Kata uncle Ben kepada petugas restoran tu"

'Boleh Lia jalan-jalan kat kawasan ni uncle'

'Pergi lah nanti kalau makanan sudah siap uncle panggil kamu'

"Lia pun jalan-jalan di halaman restoran tu. Kedudukannya di atas bukit menjadikan udara sungguh segar dan pemandangan 360 darjah yang begitu mempersona dan mendamaikan jiwa. Setelah selesai makan tengah hari  di situ semasa mahu balik Lia ternampak nama restoran tu...Restoran Mayang Sari.....dan Lia minta kebenaran uncle Ben untuk solat. Uncle Ben bawa ke sebuah masjid warna kuning yang sangat besar di bawah bukit restoran tadi...sudah lupa nama masjid tu...sambil uncle Ben menunggu Lia selesai solat jama' dan qasar, dia berehat di kedai kopi berdekatan. Lia solat jama' dan qasar kerana perjalanannya jauh jadi Lia agak-agak dah boleh solat demikian."

'Lepas ni kita akan menaiki bukit, kalau kamu pening kamu tidur saja lah ye...kabus dan hujan nanti di sana, tentu sedap kamu tidur.'

'Di mana tempat tu uncle?'

'Di kaki gunung Kinabalu'

"Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dimaksudkan uncle Ben, Lia memerhati keluar tingkap tempat duduk belakang kereta. Uncle Ben memandu kereta dengan berhati-hati. Di kiri kanan terdapat banyak rumah, ada yang di lereng bukit juga ada di kawasan lembah. Sampai di satu persimpangan, Lia masih ingat dengan jelas papan tanda yang tertulis ke Kundasang di sebelah kiri dan ke Tamparuli ke kanan. Semua tempat ini sangat asing bagi Lia. Uncle Ben membelok ke arah kiri bermakna kami akan ke Kundasang. Jalan mulai bengkang bengkok sambil mendaki bukit. Lia terasa pening sedikit kerana banyaknya selekoh yang dilalui. Uncle Ben memperlahankan kereta dan berhenti di satu pekan kecil yang namanya Lia takkan lupa sepanjang hayat kerana di situ tercatat satu peristiwa menyayat hati dikemudian hari."

'Kalau kamu nak buang air, di sini ada tandas, bersih tempatnya...pergi lah...uncle pun nak pergi juga'

"Lia nampak banyak gerai yang menjual barangan cenderahati, dan di depan  tandas  ada semacam kebun bunga dengan segala jenis bungaan yang sedang berkembang mekar. Di hujung taman tersebut ada pelantar kayu di mana terdapat ramai pelancung yang sedang bergambar berlatar belakangkan sebuah gunung, sebahagian puncaknya dilindungi awan. Indah sungguh suasana di situ. Di depan pintu masuk terdapat satu bangunan kayu yang tinggi seperti menara tempat orang ramai berkumpul di puncak menara tersebut untuk bergambar dan menikmati alam sekeliling...rupanya itulah menara tinjau yang mengadap Gunung Kinabalu....dan tempat ini dikenali sebagai pekan Nabalu."

'Kamu nak beli apa-apa?...Kalau tak ada kita boleh teruskan perjalanan'

"Dalam perjalanan seterusnya, jalan masih lagi bengkang bengkok macam ular kena palu. Terasa pening kepala. Lia cuba untuk tidur. Uncle Ben menyuruh Lia membuka separuh cermin tingkap dan Lia dapat rasai  angin dingin menerpa melalui tingkap kereta yang terbuka. Kawasan mulai berkabus dan sejuk menjadi-jadi. Akhirnya Lia tertidur."

'Lia...bangun...bangun, kita dah sampai'

"Kami keluar kereta, dan uncle Ben membantu Lia mengangkat barang-barang keluar dari boot kereta sambil berjalan ke sebuah rumah kayu yang sederhana besarnya. Lia ternampak ada seorang perempuan sebaya ibu Lia dan seorang budak perempuan sebaya Lia. Kereta ditinggalkan di luar pagar." 

'Ini auntie Cynthia isteri uncle dan ini Elizabeth..anak uncle.'

"Kami bersalaman sambil Lia mencium tangan auntie Cynthia. Uncle Ben minta Liz tunjukkan bilik tidur. Setelah meletakkan barang-barang di atas tilam, Liz keluar sementara Lia ditinggalkan sendirian di bilik."

'Siapa tu daddy? Tak suka lah Liz nak kongsi bilik dengan orang lain.'

'Dia anak kawan daddy dari  Kudat yang daddy pernah ceritakan dulu tu...sekarang dia tinggal seorang diri....buat sementara ibunya bepergian  kita tumpangkan dia di sini...kita kena tolong orang  yang dalam kesusahan.'

'Berapa lama agaknya budak ni kita kena simpan kat sini....ini tambah beban kita pula ....kita bukannya orang berada...dia bukan saudara mara kita pun...budak tu Islam kita ni lain pula...kan susah tu.'

"Lia dapat dengar dengan jelas ucapan auntie Cynthia."

'Apa susahnya...orang Islam pun macam kita...ada yang baik...bukan macam yang seperti kebanyakan orang kita fikirkan tu....itu cerita orang...aku ni kenal baik bapa dia...kamu tak tahu apa-apa cerita...jadi diam saja, ikut apa aku suruh'

'Takkan pasal budak ni kita lak nak bergaduh'

'Gaduh apanya...biar dia tinggal sini dulu tengok macam mana nanti...dia ni budak baik..bila ibunya balik nanti kita pulangkan dia.'

"Tak sedap hati betul Lia dengar semua ni..pasal Lia dia orang bertengkar. Lia dapat dengar dengan jelas perbualan mereka kerana jendela tempat Lia berdiri tak jauh dari beranda tempat mereka bertiga.

'Susah-susah hantar saja kat rumah perlindungan..'

"Auntie Cynthia macam masih tak puas hati dan nampaknya marah betul dengan kehadiran Lia "

'Katakanlah perkara ini terjadi pada anak kita dan ada orang buat macam perangai kamu ni kat anak kita, kamu suka macam tu...jangan lupa masa ni dia susah, satu hari nanti kalau kena batang sendiri...macam mana?'

'Tak adanya macam tu lah...kita orang tempatan, lain lah dengan bapanya tu orang Suluk...memang orang Suluk perangai tak elok'

'Boleh tak kamu diam...untuk pengetahuan kamu, bapanya lah yang selamatkan aku semasa di Kota Marudu dulu...aku berhutang nyawa dengan dia...dan dia sanggup bergadai nyawa kerana aku...sebab aku lah dia kena menyembunyikan diri....kau tak tau apa-apa baik diam....kalau tidak kerana bapanya mempertahankan aku...aku dah tak ada lagi di dunia ni, sekarang puas hati kau'

"Senyap sunyi seketika." 

'Aku nak keluar hantar kereta ni, kau bagi dia makan nanti...ingat dia tu Islam, jangan nak memandai bagi makanan yang tak halal pula..aku mungkin balik lewat dan tak sempat nak makan sama nanti'

"Bunyi enjin kereta berlalu pergi. Uncle Ben keluar memulangkan kereta yang disewa khas demi Lia."

Dengan perasaan penuh hiba dan terharu Emilia meneruskan bicaranya kepada saya yang setia mendengar..

"Di rumah itulah segalanya bermula kisah suka dan duka yang menjadi memori hidup Lia."

"Cerita kamu ini sungguh klasik. Kalau dijadikan filem boleh meletup agaknya. Kamu sepatutnya tulis novel atau skrip untuk drama atau filem ke. Kalau di Korea kisah macam ni lah yang dia orang cari."

"Apa kata uncle yang tulis. Mana tahu bahasa uncle dapat memikat ramai peminat, kan famous pula satu Malaysia....tapi bila uncle dah famous uncle pasti dah tak ingatkan kita lagi."

"Kamu ingat saya ni siapa, biji kacang lupakan kulit, gitu?"

Emilia tersengih-sengih kepada saya. Apa yang lucu di hatinya tak lah dapat saya menekanya. Sambil dia memijak-mijak kasut saya dia berkata:

"Di sinilah destinasinya. Di sinilah juga bermulanya kehidupan Lia seterusnya dan di sini jugalah yang mempertemukan Lia dengan makhluk-makhluk aneh ciptaan Allah yang banyak sangat memberi kesan dan memainkan peranan dalam hidup Lia ....dan salah satu makhluk istimewa tersebut adalah yang sedang duduk macam pungguk di sebelah Lia ni," sambil tangannya menarik-narik lengan jaket saya sebelah kiri.

"Banyak betul lah pungguk kamu ye...."

"Pungguk sangat suka kan bulan...yang uncle duduk di sini tercengang-cengang tengok dan puji bulan tu apa.?..Pungguk la juga namanya tu, cuma tak ada sayap kaki tetap dua...hidung tu tajam dah macam paruh pungguk....sesuai sangatlah dipanggil pungguk..nape? Salah besar ke cakap cam tu...? Ditariknya sekali lagi jaket saya semakin kuat.

Dan kami sama-sama ketawa kecil.

"Mungkin tadi Liz ada ceritakan pada uncle siapa orang yang hadir dalam kehidupan Lia dan Liz." 

Saya menjadi bertambah terharu bila saja Emilia membangkitkan rasa senang hati dan terubat jiwa lukanya tika dan saat saya menjadi teman dan pendengar setianya. Saya seolah dijadikan sandaran gembiranya seperti yang pernah dilalui suatu ketika dulu. Tapi sungguh saya tidak mengerti mengapa saya turut terkait dengan kebahagiaannya. Ada sesuatu di hatinya yang menyamakan saya dengan peristiwa atau seseorang yang mungkin begitu asing buat saya. Dan..saya teruja untuk selanjutnya mengetahui apa dan siapa orang yang mirip saya yang pernah mengetuk hati dan membahagiakan mereka.

"Ada diceritakan Liz, tapi tidak diberitahu siapa dan dari mana dia datang."

"Akan Lia ceritakan kalau begitu,....namanya Rafael Haikal."

"Rafael Haikal?"

"Kenapa uncle terkejut? Uncle kenal dia?"

"Tidak...uncle tak kenal siapa Rafael Haikal tu."

Sekarang semakin dekat untuk menjejaki persoalan yang saya juga sebenarnya sedang mencari kebenaran kisah ini. Saya harus betul-betul mendapatkan cerita sebenarnya dan saya harus  pandai menyimpan rahsia agar apa yang saya cari selama ini jua turut dapat merungkaikan persoalan yang telah lama ingin saya cuba selesaikan. 

Sungguh bersyukurnya saya bahawa percutian saya kali ini menemukan saya kepada beberapa persoalan yang masih belum terjawab, dan saya sudah sangat hampir kepada apa yang saya cari selama ini.

"Boleh uncle tanya bagaimana kamu boleh kenal dengan Rafael Haikal?"

"Kami kenal dia semasa dia menjalankan satu kajian untuk projek pengindahan pekan Ranau."

"Dia kerja apa?"

"Katanya dia bekerja dengan sebuah firma Akitek Landskap di Kuala Lumpur, datang ke sini kerana projek landskap yang telah di award kepada syarikatnya?"

"Dia ada ke bagi kamu call card dia kepada kamu atau apa-apa contact number?"

"Dulu dia ada bagi call card dia, Liz yang simpan, ada lagi ke tidak entahlah?"

"Kalau ada boleh kamu bagi uncle tengok ke?"

"Lia hairan kenapa tiba-tiba banyak sangat uncle bertanya tentang Haikal."

Baru saya terperasan dengan soalan Emilia tadi. Saya tak sepatutnya banyak bertanya kepada orang yang saya tak kenal. Betul juga cakap Emilia. Dengan bertanya macam-macam akan menimbulkan syak di hatinya dan boleh merumitkan keadaan sedangkan menurut Emilia dan Elizabeth, Haikal ni sudah meninggal. Jadi tidak sepatutnya kita menyelidiki orang yang telah tiada. 

"Maaf kalau saya terlanjur bertanya tadi."

Emilia memandang saya dengan satu pandangan yang penuh tanda tanya. Saya tak boleh salahkan dia kiranya persoalan saya tadi membuatkan dia keliru.

"Macam ada sesuatu yang tak kena saja dengan pertanyaan uncle tadi...ada apa-apa ke uncle?"

Emilia semacam mengsyakki sesuatu. 

"Bukan apa...kamu pernah mengatakan yang seseorang pernah datang sebagai penyelamat perasaan dan kehidupan kamu tu ada persamaan dengan saya, jadi itu yang membuat saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemilik badan tersebut."

"Oooh, macam tu rupanya..tapi mungkin tak baik kita bercerita tentang orang yang telah tiada." Emilia cuba memancing saya dengan kenyataan tersebut, pandai juga dia.

"Tetapi sekiranya dapat membantu kamu melalui semangatnya untuk kamu jadi lebih tabah menghadapi ujian hidup itu pun sangat berguna untuk dikenang."

"Alangkah baiknya mengenang orang yang masih ada."

"Dia pernah membuat kamu berdua bahagia dengan caranya dan saya boleh menilai atau mengikut caranya untuk mengembalikan apa yang telah hilang dari hidup kamu."

"Lia akui apa yang uncle cakapkan ini ada kebenarannya...tapi tiap orang ada cara yang berbeza."

"Setiap orang belajar dari pengalaman orang lain, itu maksud saya. Tak salah kita mengambil nilai-nilai yang baik dari seseorang walau pun orang tu sudah tiada lagi...itu pendapat saya."

Emilia terdiam, mungkin terpengaruh dengan pandangan saya. Bukan niat saya untuk pengaruhi pemikiran beliau, tapi itu hakikat yang sebenarnya. Manusia mencapai kemajuan dengan mempelajari ilmu orang yang terdahulu dari kita. Sebab itulah sejarah dan tamadun satu-satu bangsa itu sangat penting.

"Bila lebih lama bersama uncle Lia dapati makin banyak persamaan di antara uncle dengan Haikal...banyak sangat cuma berbeza umur, itu saja."

"Contohnya apa yang masih jelas kamu ingat."

"Yang paling ketara adalah wajah dan senyuman....juga cara tutur kata dan perwatakan sangat mirip antara satu sama lain."

"Mungkin itu hanyalah satu kebetulan. Kata orang tua-tua dalam dunia ini ada tujuh orang yang serupa pada wajah dan perwatakan....mungkin kami ni salah satu dari contoh tersebut."

"Ya, juga mungkin satu kebetulan dan mungkin juga teori uncle tu betul.."

"Sayang sekali ye...saya sangat teruja kiranya dapat bertemu dengan orang yang menyerupai kita..orang yang menjadi cerminan bayangan kita...tapi ya lah tidak berkesempatan."

Emilia mendengar pengucapan saya dengan tekun dan sekali sekala seperti dia sedang berkhayal mungkin sedang teringatkan kisah lalunya bersama Haikal. 

"Tapi uncle...bila Lia renungkan baik-baik Lia semacam terasa ada sesuatu yang pelik berlaku pada hari ini bila Lia ternampak uncle...dan rasa pelik itulah yang memberi nikmat kepada hati dan perasaan Lia."

"Maksud kamu...saya kurang faham dengan apa yang kamu cakapkan ini."

"Entahlah uncle susah untuk Lia huraikan...serasa macam benda yang hilang muncul kembali...lebih kurang macam tu lah..."


Sekarang saya semakin faham dengan apa yang sedang dirasai Emilia. Mungkin dia terbawa-bawa dengan khayalan masa lalunya yang gembira bersama Haikal lalu diterjemahkan ke alam realiti ke atas orang yang mempunyai mirip yang sama.

"Mungkin kamu ni terbawa-bawa dengan khayalan bayangan Haikal."

"Tapi yang anehnya bukan Lia seorang saja yang mempunyai perasaan demikian, Liz pun sama. Bila Lia berlari mencari Liz untuk memberitahunya tentang uncle, Liz bagi tau Lia yang dia perasan tentang persamaan uncle dengan Haikal bila uncle check in tadi."

"Tapi tadi dia tak cakap apa-apa masa check in."

"Uncle perasan tak masa Liz datang jumpa uncle yang dia hantarkan beg galas uncle yang tertinggal kat counter..."

"Ya, memang dia jumpa saya tadi..."

"Uncle perasan tak uncle ada cakap sesuatu pada Liz tentang uncle nak datang ke rumah kiranya Liz simpan beg galas uncle."

"Saya bergurau saja tu, saya tak maksudkan apa-apa pun."

Saya hairan apa hubungan kata-kata saya dengan masalah mereka. Memang saya ada bergurau tentang rumah mereka dan tentang kamera...yang lain tak ada apa pula.

"Kalau uncle perasan lah...selepas tu Liz terus berlari ke lobby lounge katanya nak hantar dokumen kat ofis kan...tapi sebenarnya dia datang cari Lia...dan dia ceritakan fasal uncle yang sudah menjadi jelmaan Haikal...selepas tu Lia cepat-cepat ke bilik rehat staf kat sebelah bilik uncle...Lia harap sangat dapat jumpa uncle kat situ."

"Pelik juga cerita kamu ni....pening saya macam ni."

"Bila Lia dengar ada orang kat balkoni depan bilik uncle cepat-cepat Lia keluar dan bila uncle buka mulut tegur Lia, berderau darah Lia kerana apa yang Liz cakapkan tu sangat betul."

"Biasa lah Lia saya tegur orang...senyum tu kan satu sedekah."

Saya semakin pelik kerana tiba-tiba saja ada orang mengaitkan saya dengan orang yang telah tiada. Biar betul semua ni. Dalam sejarah hidup saya baru pertama kali terjadi peristiwa pelik begini.

"Uncle tau tak, jenama kamera uncle dan Haikal memang sama, Canon dan Nikon dan hobi uncle mengambil gambar yang pelik-pelik tak ubah macam Haikal. Macam mana kita orang tak pening...Liz cakap uncle takde credit card cuma ada cash, pun sama dengan Haikal juga...kenapa banyak sangat persamaan?"

"Oooh macam tu...kebetulan tu saja Lia, kamu ni benda-benda macam tu tak ada yang pelik."

"Bagi uncle tidak, tapi bagi kami sangat pelik...uncle tak kenal siapa Haikal macam saya kenal dia...uncle hanya kenal Lia saja...tapi kami ni kenal dua-dua jadi kami lah orang yang boleh mengatakan ya atau tidak."

"Betul lah cakap kamu tu...tapi saya tak kenal siapa dia Rafael Haikal tu...nama yang sangat asing bagi saya."

"Getaran gelombang yang lahir pada uncle dan Haikal tu yang dapat kami rasakan semacam ada satu magnetic force yang menarik hati kami...susah lah nak cerita kerana uncle bukan di pihak kami."

"Apa sebenarnya kisah kamu dengan Haikal ni sebenarnya?"

"Sangat panjang dan menyentuh kalbu...hanya Tuhan yang tau...di sebabkan dia Liz dan Lia hampir sekali lagi bersengketa dan di sebabkan dia juga kami, maksud Lia...Liz dan Lia mendapat kesedaran dan diberi rahmat untuk mengenal diri kami yang akhirnya menjadikan Liz dan Lia makin sedar diri untuk melengkapkan satu sama lain."

Cinta kadangkala tidak mengenal siapa. Tanpa kawalan hati kita boleh hanyut dan terbuai tanpa arah. Negara pun boleh berperang atas angkara seorang wanita seperti yang terjadi dalam epic klasik Cleopatra, Helen of Troy, Romeo dan Juliet dan banyak lagi kisah seumpamanya.

"Kalau kamu sudi ceritalah agar saya dapat sama-sama mengimbau  kembali kenangan manis kamu."

"Kenapa uncle?.. Apa yang ada pada Haikal hampir kesemuanya ada pada uncle, macam satu jelmaan pula."

"Eiish kamu ni.. buat saya jadi hantu kawan kamu tu...malam-malam begini cerita pasal jelmaan ni seram lah...kamu tak takut ke?"

"Tak, kerana Lia percaya pada apa yang Lia nampak dan Lia tahu uncle ni manusia bukan hantu...kalau hantu takkan baik macam uncle dan orang tua kata hantu tak ada kaki," lalu di pegangnya kaki saya dan ditarik-tariknya sampai jadi senget badan saya. 

"Buat apa ni Lia, nanti tumbang pula saya ni kan baru kamu tau. Larat ke angkat saya naik ke bilik atas tu?"

"Bukan apanya...nak pastikan uncle ni bukan hantu...kami hidup kat hutan, gunung ni tak takut hantu la...orang-orang bandar jer pengecut takut sangat pada hantu pada hal perangai mengalahkan hantu...sampai hantu betul pun naik takut tu pasal hantu lari ke hutan, tapi kami pula yang tak takut hantu, tu la sebabnya hantu pening...hahaha...", dengan panjang lebar dia cerita fasal hantu, naik kelakar pun ya dengan telatah Emilia ni. 

"Kreatifnya kamu ni, boleh buat filem sambungan Hantu Mak Limah ni...kamu tahu tak masyarakat di Malaysia ni suka sangat cerita-cerita hantu yang tak berfaedah. Filem menggambarkan identiti bangsa, jadi orang asing bila tengok filem hantu diingatnya orang kita ni macam yang di filem tu la..."

"Tukar topik pula ke? Tadi nak dengar cerita kami dengan Haikal, ni dah jadi cerita hantu pula."

"Kamu lah yang ubah topik asal jadi hantu, macam-macam lah kamu ni....susah nak faham."

"Kita pula yang nak disalahkan....yang uncle dok layan tu nape?"

"Kalau sorang-sorang kat bangunan ni memang tak akan duduk punya lah...nasib baik ada kamu...menyeramkan..." 

"Lia baliklah tinggalkan uncle sorang  atau Lia naik atas ambil air panas...apa macam?"

"Tak payahlah air panas tu...tak dahaga pun..ok jer macam ni."

Sebenarnya saya merasa seram juga duduk sorang-sorang dalam gelap dekat bangunan ni. Tambahan pula tempat asing dan di pinggir hutan. Kalaulah Emilia buat hal naik ke atas ambil air saya kenalah ikut dia juga sama-sama naik ke atas.

"Uncle duduk ya, Lia naik atas jap ambil air nanti boleh kita pekena kopi panas, kat sini sejuk sangat lah," sambil dia berdiri untuk bergerak. Saya tarik tangannya suruh duduk.

"Kalau kamu naik atas saya balik tidur lah." 

Terus Emilia duduk balik ke atas pangkin dan tak jadi nak naik ke atas.

"Demi takutkan hantu sanggup orang tu berlapar dahaga," sambil dia ketawa memerli pada saya.

"Bukan takut cuma saya tak biasa tempat ni dan saya sunyi kalau kamu tak ada...dibuatnya kamu tak turun-turun dan saya pula dok tunggu kamu sorang-sorang macam orang bodoh sampai pagi..kes naya."

"Takkan lah Lia nak buat uncle macam tu pula."

Saya melontarkan pandangan ke arah gerai yang sedang dikemas. Terdapat tiga lagi gerai yang masih beroperasi termasuk gerai auntie Mary. Elizabeth dan uncle Roni pun sedang sibuk memasukkan barangan ke dalam beg dan setengah barangan ditutup dengan plastik sahaja. Emilia yang duduk di sebelah saya pun ikut memerhati mereka yang sedang berkemas.

"Tiap-tiap hari ke mereka macam ni kat gerai tu?"

"Hampir...kecuali uzur..," ringkas saja jawapan Emilia.

Jam sudah melepasi pukul 12 tengah malam. Gerai auntie Mary sudah dipadamkan. Kelihatan auntie Mary menghidupkan  enjin motosikalnya dan dinyalakan lampu. Elizabeth membonceng di belakang. Semasa melintas tempat kami bersembang auntie Mary membunyikan hon sambil Elizabeth melambai-lambaikan tangan. Kami pun membalas lambaiannya. Kelihatan uncle Roni berjalan ke arah tempat kami.

"Liz kerja pagi jadi tiap-tiap hari ke dia macam ni?"

"Memang macam ni tiap hari, tapi Lia banyak kat kebun waktu pagi kerana Lia shift petang...letih juga uncle kerja macam kita orang ni."

"Tapi kamu kerja sendiri bolehlah rancang masa, lainlah kerja pejabat kena ikut masa...kat kebun mana ada punch card."

"Orang serius dia main-main pula...betul lah kerja sendiri boleh rancang masa, tapi kerja berpanas berhujan tak macam kerja kat ofis dok dalam air cond."

"Kat sini kan sentiasa sejuk macam dalam air cond lah juga. Panas tu sekali sekala jer."

"Esok dah balik ke belum?"

"Kenapa tiba-tiba tanya soalan pelik ni.?"

"Kalau ada sini boleh lah kalau nak merasa kerja kat kebun sayur. Kan berangan nak buat resort kat sini, sebelum buat resort tu kena lah cuba macam mana seronok ke perit kerja kat kebun."

"Kamu ni..." sambil saya menarik shawl yang membaluti tubuhnya hingga terlondeh.

"Kenapa ni ...sejuk ke, marah ke atau dah buang tabiat...?" Sambil di tarik kembali shawlnya.

"Kamu ni kalu tak bergaduh dengan saya...tak sah nampaknya."

Saya nampak uncle Roni menghampiri tempat kami. Terdengar nafasnya berhembus kencang setelah menaiki bukit kecil menghala ke tempat parking seterusnya ke reception tempat kami berada. 

"Kamu tak naik bilik lagi ke Lia?" sapa uncle Roni.

"Sekejap lagi lah lagi uncle."

Dan saya melihat uncle Roni bergerak menuju ke bangunan induk di aras satu lagi. Mungkin untuk membuat pemeriksaan atau night round ke sekeliling bangunan.

"Ada berapa orang security kat sini?"

"Ada tiga orang. Siang satu orang dan dua orang sebelah malam. Sorang lagi yang bertugas malam tu kat bangunan induk, uncle Roni biasanya menjaga bahagian bangunan tempat kita ni dan kawasan letak kereta."

"Tadi kata nak cerita fasal Rafael Haikal."

"Habis tu uncle yang melayan Lia dengan cerita macam-macam tu buat apa?"

"Kita pula yang disalahkan...ok lah kalau macam tu saya diam dan bisukan diri saja lah...puas hati lah kamu."

"Alah merajuk lah tu...buruknya kalau dah bangka begini merajuk...malu lah kat cicak sikit," sambil dia memekup mulut dan hidung saya sampai susah nak bernafas di buatnya. 

Saya balas balik dengan menarik shawlnya dan selubungkan seluruh kepalanya. Kemudian kami sama-sama ketawa. Lucu sekali. Sambil membetulkan shawl yang menutupi kepalanya dan saya pun menolong sama dia membuka sebahagian yang menutup kepalanya. Dia bersuara sambil ketawa kecil:

"Bila uncle dah balik KL esok dan bila Lia datang ke sini mesti teringat semua ni. Masa tu tak dapat nak bayangkan betapa Lia rindukan saat-saat begini. Gurauan ni akan jadi nostalgia yang menyiksakan."

"Cuba kamu convert saat-saat begini untuk jadi saat manis yang menyeronokkan. Kita kena kreatif mencipta suasana macam kamu cakap tadi yang kita kena pandai mencipta peluang...yang negatif kita positifkan...jadi taklah asyik nak merasa yang sedih-sedih saja."

"Tak terfikir pula Lia...betul juga kata uncle...kreatif juga kepala otak uncle ni...boleh pakai cara orang tua yang banyak pengalaman ni."

"Pembetulan sekali lagi ye Cik Lia...bukan tua tapi berumur...kan sedap sikit bunyinya....tu termasuk bab kreatif berkata-kata."

"Dahsyat la uncle ni...kalau dok dengan uncle Lia rasa sepanjang malam pun tak jemu...ada saja modal nak cerita. Lia perhatikan setengah orang tu memboringkan...sepatah cakap kita sepatah juga lah jawabnya...kalau dapat yang macam tu, boring yang teramat rasanya. Dok dengan uncle memang tak kering gusi lah jawabnya."

"Nak dengar satu teka teki tak?"

"Mula lah tu dengan cerita lawaknya." 

"Mana lawaknya, ni teka teki la."

"Alah Lia dah tau mesti lawak punya la tu...sah lawak punya...ok Lia nak test IQ mana tahu kali ni berjaya."

"Ada sorang posmen ni, dia pegi hantar surat kat satu rumah orang kaya yang ada anjing garang. Sampai kat rumah tu, tuan rumah minta posmen tu masuk. Bila saja masuk, terus di terkam dan di gigit anjing garang kat betis posmen tu...yang herannya posmen tu tak menjerit sakit malah ketawa terbahak-bahak..kenapa?...Ha lawak ke tu...?"

Emilia terkelip-kelip memikirkan apa jawapan yang nak di berikan, barang kali macam-macam di fikirkan fasal anjing garang tu la agaknya. Lama juga dia memikirkan sampai give up. Saya ketawa sambil mengangguk-nganggukkan kepala melihat ke arah Emilia yang nampak macam buntu mencari jawapan.

"Kalau dah give up...jawapannya dah kamu cakap tadi...tentang gusi ...anjing yang gigit tu, anjing rongak, gigi tak ada, tinggal gusi saja...bila digigit betis posmen tu rasa geli geleman, bukannya sakit , tu pasal dia ketawa..."

Mendengar jawapan tu Emilia terus mencubit perut saya sekuatnya sehingga saya menggigit bibir menahan sakit. Nasib baik kat atas baju, kalau tidak mahu melecet jadinya. Untuk melepaskan cubitannya, saya mencubit balik tangannya... tapi taklah sekuat mana, cuma biar dia terasa sakit dan melepaskan cubitan di perut saya.

"Dah tau lawak punya jawapan....geram betul la...dibodoh-bodohnya kita dengan lawak bodoh dia...rasa nak pelangkung saja..."

"Apa kata esok tanya soalan ni kepada Liz atau lain-lain staf resort ni...asyik kerja, serius saja, kenalah juga hiburkan diri...tak gitu?" sambil saya ketawa tak dapat menahan geli hati bila tengok Emilia mengamuk.

"Ya tak ya juga....brilliant idea...esok Lia try...pasti tak ada orang boleh jawab punya...agaknya manager resort ni pun sampai biul nak boleh jawab soalan bodoh ni..."

"Apa pula soalan bodohnya...soalan macam ni dia twist otak kita...bila kata anjing garang orang ingat mesti sakit kena gigit..pada hal sebaliknya...ini ujian IQ nak masuk boarding school la....imaginasi kena di tahap tinggi baru boleh jawab..hebat apa..." 

Walau pun  malam semakin larut tapi seperti kebiasaannya mata saya masih segar. Belum mahu tidur lagi.  Saya memang susah tidur malam. Bukan kerana ada pun penyakit insomnia seperti yang biasa di alami oleh orang susah tidur tapi mungkin sudah kebiasaan.  Sejak dari remaja lagi, semasa belajar di UiTM dulu pun selalu saya berjaga di studio untuk siapkan projek/kerja-kerja studio, dan tabiat itu terbawa sampai kini. 

"Kamu masih belum ngantuk? ...nampak macam masih segar je mata kamu..atau ada amalkan apa-apa petua..mana tau, orang gunung lain sikit kerenahnya...kalau ada ilmu tu passing passing kat orang lain sikit, takkan rahsia kot?"

"Mengarutlah uncle ni...mana ada rahsia..dah biasa macam ni...orang muda boleh tahan berjaga malam tambahan selepas secangkir kopi...terbuka lah mata."

Selamba saja Emilia perli saya. 

"Oh...jadi kalau yang bangka macam saya ni kira lemah dalam segala hal lah ye...kamu ingat orang gunung saja ke kuat... ha...ni orang Kelantan...pun hebat...setakat berjaga malam tu bila-bila masa boleh challenge."

Sambil mencebikkan mulutnya seakan memerli saya, tiba-tiba Emilia membelek-belekkan jaket yang saya pakai semacam ada sesuatu yang menarik minatnya.

"Uncle tau tak?" sebelum habis dia berkata-kata saya terus memotong cakapnya..

"Tak tau....." sambil saya tersengih kepadanya dengan gaya memerli.

"Memang lah tak tau, orang belum habis cakap lagi...yang di potong cakap orang tu kenapa...kembong perut ke?"

"Gurau pun takkan dah tak boleh sejak dua menjak ni...garang semacam je...apa..makan tebuan ke tadi?"

"Kalau ikutkan hati remaja yang mendidih ni memang dah kena pulas telinga....sabar je la Lia, orang yang meningakat usia memang la pelik perangai," sambil dia mengurut-ngurut dadanya.

"Cepatnya semput...nak tiger balm ke?" Saya berkata sambil ketawa.

Satu tumbukan singgah di belakang saya. Rasa macam nak gugur jantung. Mungkin dia tak sengaja menumbuk saya dengan kuat.

"Kan dah kena...nak lagi ke?"

Melihat saya mengurut-ngurut belakang sambil saya buat-buat mengaduh, Emilia cepat-cepat mengurut belakang saya sambil saya berdiam dan buat-buat macam sakit seraya dia berkata:

"Kuat sangat ke uncle?...sori..sori.."

"Belakang ni nak pakai lama lagi, walau pun body dah tua tapi enjin masih kuat, setakat nak pecut 160km sejam tu boleh lagi...tapi kalau selalu kena tumbuk macam ni nampak gayanya cepat rosak enjin ni."

"Orang tua selalu cakap besar...ye lah nak tutup kelemahan dia..kalau body tu dah uzur mananya nak boleh pecut lagi...angan-angan je lebih, kudrat dah hampeh," sambil dia ketawa kelucuan.

"Kereta antik lagi lama lagi berharga walau jarang guna tapi menjadi kegilaan ramai...dah limited edition lah katakan," saja saya memulangkan apa yang pernah dicakapkannya tadi.

"Dah jadi ulat bulu ke?..mulalah tu nak menggatal semacam."

"Kamu ni lain yang kita cakap lain yang di maksudkan. Susah cakap dengan orang yang terlalu pintar. Kamu ni sepatutnya buat kursus Law baru sesuai dengan kamu."

"Kalau Lia jadi magistrate uncle ni orang yang pertama Lia masukkan ke lokap."

"Elok gak tu..."

"Seronok ye nak masuk lokap."

"Dalam lokap dapat makan free, tak payah susah-susah nak kerja."

"Banyak la makan free, kena sebat lagi ada la."

"Bangka macam saya ni dah terlepas hukuman sebat...takde baca ker?" Sambil saya tonyoh-tonyohkan telinganya dengan jari saya.

"Susah la bercakap dengan makhluk yang terlalu pandai ni."

"Kita balik ke topik asal..tadi kamu nak cakap apa sebenarnya?"

"Lia nak bagi tahu yang pada pandangan Lia uncle ni seorang yang pandai bergaya..walau pun ringkas tapi menarik."

"Apa yang menariknya tentang pakaian saya ni..biasa-biasa saja saya rasa."

"Bukan begitu....uncle pandai padankan pakaian sesuai dengan umur. Kadang-kadang orang muda tapi bila berpakaian nampak tua melebihi umurnya. Tapi Lia lihat uncle dalam umur sebegini nampak masih segak dan bergaya."

Saya buat-buat seolah apa yang Emilia cakap tu saya kurang berminat. Tapi dalam hati saya rasa bangga semacam. Mulalah datang perasaan riak. Ini yang buat rosak diganggu oleh syaitan. Saya tak tunjukkan apa-apa reaksi tentang apa yang saya rasakan. 

"Sebenarnya saya suka yang ringkas...biasanya saya hanya dengan Jean dan T shirt, tapi hari ni melebihi kebiasaan kerana mengenakan jaket."

"Jaket ni mesti mahal kan...cantik dan sesuai dengan uncle.."

"Satu tabiat saya ketika membeli pakaian, saya merupakan bukan jenis orang yang suka pada 'jenama' tapi saya lebih cenderung kepada design yang unik yang jarang di perolehi. Biar murah asal unik dan selesa. Cuma kalau untuk official function saya ada koleksi satu dua yang berjenama, bukan apa pun tapi untuk tidak kelihatan terlalu janggal dalam majlis  mengikut keadaan tempat hadir."

"Kasut uncle ni pun unik. Tak pernah Lia lihat jenis ni."

"Ni kasut saya beli kat Mid Valley masa ada sale... kasut kanvas biasa saja jenis Aldo...tapi designnya yang unik membuat saya tertarik."

"Pakaian melambangkan peribadi..uncle setuju?"

"Sangat setuju...bila kita memakai pakaian yang unik dan tidak terdapat atau jarang di lihat, dengan sendirinya pakaian tu nampak mahal dan ada kelas tersendiri. Banyak kasut-kasut saya, saya design sendiri."

"Kiranya uncle ni designer juga lah ye..."

"Ya betul...uncle ni artist...pelukis..nape tak percaya ke?"

"Sangat percaya...hehehe..pinjam perkataan uncle...kalau uncle tak bagi tau pun Lia percaya, tengok cara dan gaya uncle pun dah nampak terserlah siapa uncle ni...seniman lah ye...jalanan ke dah masuk galeri."

Tak sangka pula saya Emilia boleh bertanya dengan soalan demikian. Ini bermakna Emilia ni jenis banyak membaca dan banyak pengetahuan am tentang perkara-perkara di luar subjek yang di pelajari nya.

"Hebat tu tak ada lah..tapi dah ada juga buat pameran di luar negara..Jepun dan Scotland...kita cerita lain kali bab  ni."

"Fuyooo...hebat juga uncle ku ini...satu hari nanti jadi macam Vincent van Gogh."

"Kamu tau tak...sebenarnya saya kagum dengan pengetahuan am kamu...hebat sekali...tak terfikir dek fikiran saya yang kamu ni boleh bercerita pasal seni...maksud saya art dan galeri.."

"Seseorang yang istimewa yang mendedahkan saya kepada semua ni..."

"Oh..ada mentor rupanya...saya rasa dah dapat saya agak."

Emilia minta saya bukakan jam yang saya pakai. Saya ikut saja arahannya. Saya tak dapat nak teka apa yang nak di buatnya dengan jam saya.  Saya menyerahkan jam saya kepadanya. Lalu diambil dan dicuba di tangannya sambil membalik-balikkan tangan seraya tersenyum. Kelucuan pun ada tengok gelagatnya bersama jam saya di tangannya.

"Jam uncle ni pun pelik....bukan yang biasa dipakai orang...jenis apa ni uncle?"

Emilia banyak bertanya. Mungkin jarang jumpa manusia yang berpewatakan  aneh dengan gadget yang pelik-pelik yang jarang di lihatnya.

"Jam ni jenis Calvin Klein ..ni saya beli masa saya di airport Langkawi beberapa tahun dulu...tak mahal pun ..saya tak suka jenis Rolex seperti yang menjadi pujaan ramai lelaki. Bagi saya Rolex ni macam tokey Cina tua yang suka pakai...Rolex memang mahal tapi tak pernah saya suka, kalau betul-betul berduit saya pilih Jaeger Le Courte, Ulysse Nardin atau Patek Phillipe...sori cakap fasal benda yang tak berfaedah.." 

"Ok bha untuk pengetahuan...kalau ada orang cakap fasal ni tak lah nampak kampung sangat nanti...Jaket ni sesuai sangat dengan uncle...warna hitam dan ada sedikit highlight warna merah...ada ummph tersendiri...stylo tu.."

"Ni dah lama..saya beli kat D' Mall KL...jenis Valentino...kalau tak silap saya designernya dari Italy...orang Italy memang hebat...tengoklah Ferrari, Lamborghini, Maserati... saya suka design nya yang ringkas dan kemas tetapi ada penampilan tersendiri.

"Uncle tau kenapa banyak sangat Lia bangkitkan hal-hal seperti ni..?"

"Entahlah...mungkin kamu juga jenis orang yang suka kepada benda-benda yang unik."

"Ya betul juga tu.. tapi sebenarnya kerana uncle ada persamaan dengan Haikal dari segi  berpakaian dan kegemaran...bila lihat uncle Lia terus teringat kat Haikal yang sama gaya penampilan, seolah-olah uncle dengan Haikal saling mempengaruhi...eh betul ke perkataan tu...?"

Sekarang fahamlah saya kenapa dari tadi Emilia asyik tertarik dengan apa yang saya pakai. Rupa-rupanya  semua ini mengembalikan ingatannya dan kepada seseorang. Mungkin Haikal seorang yang sangat istimewa dan merupakan orang yang banyak mempengaruhi corak kehidupan Emilia dan Elizabeth.

"Kamu dan Haikal serta Elizabeth ada apa-apa kisah istimewa ke?"

"Sangat istimewa...dan dia menjadi satu lipatan sejarah hidup kami."

Emilia menggaru-garukan kepalanya. Samada gatal atau sedang mencari akal untuk bercerita berkenaan kisah hidupnya dan Haikal juga Elizabeth. Saya memerhatikan saja gerak gerinya tanpa sebarang komen.

"Kalau uncle berminat sangat dengan kisah kami ini, nanti akan  Lia flash back kan peristiwa yang menimpa kami bertiga ."

kisah ini berdasarkan 40-50% kisah benar dan selebihnya adalah 'fiction'...

seterusnya apa yang akan terjadi kepada Emilia, Elizabeth dan bagaimana akhirnya hubungan mereka dengan Daniel Harris dan Rafael Haikal...adakah Andry akan muncul kembali? Apa sebenarnya hubungan Daniel Harris dengan Rafael Haikal...? bagaimana kesudahannya dengan Eddie orang yang melarikan ibu Emilia,..akhir nanti adakah Emilia bertemu dengan ibu kandungnya...dan siapa yang menyelamatkan ibu Emilia, adakah bapa Emilia masih hidup dan apa hubungan pencerita dengan watak-watak dalam kisah ini...siapa pula Anastasia Mastura dan Sofea Amelina....adakah Rafael Haikal masih hidup dan siapa yang akan mengahwini Emilia dan Elizabeth....harapan saya agar kisah ini menjadi sebuah 'suspense thriller'...

In Sha Allah akan di sambung lagi ...dalam bentuk novel...saya mohon doa restu dan sokongan teman-teman bagi menguatkan kudrat saya untuk menghabiskan cerita ini....

cheers.










































'











No comments:

Post a Comment