Wednesday 27 August 2014

santai-santai di bekas pusat kusta sungai buluh ...

bismillah..

Hari ini giliran Dr Sab pula ambil saya dan Mus untuk bersantai-santai di Sungai Buluh. Kami sebenarnya sedang mencari-cari lokasi yang sesuai untuk outdoor sketching. Oleh kerana kawasan Sungai Buluh ni merupakan kawasan perkampungan, mungkin ada banyak lah tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut. 



Tepat jam 9 pagi Dr Sab sudah berada di depan pintu pagar rumah saya.

"Maaf kawe lambat sikit....tak jumpa cari kunci gate...nak kuar macam mana?" kata saya pada Dr Sab yang tersengih dalam keretanya.

"Hiii..demo ni guano lagu ni?"

"Dah nya hala ke tua gak macam-macam la wei"

"Demo tau ke rumah Mus kat ne?"

"Demo tak penah pegi rumah Mus kan?"

"Mana kawe penah sampai rumah dia...hala ke mana nak tuju ni?"

"Dia dok di Laman Seri sek 13"

"Bukan kah tu tempat rumah pilot MH370"

"Betul la tu"

Dr Sab terus memandu sambil saya jadi co pilotnya. Pertama kali nak ke Laman Seri memang boleh sesat jalan kalau tak biasa. Hari ni banyak benda yang nak di buat. Nak pegi Amcorp Mall tengok barang-barang kat Flea Market/FM dan juga beli buku kat Excess Book Store. Lepas tu nak ke Sungai Buluh...Tasik Biru..dan Kuang...sonok ni..

"Incik mana mau pigi?" Pengawal orang Nepal bertanya pada Dr Sab. 

"Rumah akitek Mus..." saya yang menjawab kerana Dr Sab tak tau nak cakap apa.

"Ooo wooo..wokay...bole masuuuk.."

Sekuriti di Laman Seri ni agak ketat. Bagus la macam tu. Tempat ni kira kawasan elite juga lah berbanding dengan lain-lain tempat di Shah Alam ni...gated and guarded..orang beli rumah kat sini kerana kawasannya yang bernilai tinggi...they buy the house because of lifestyle address...most of the residents here are retirees, pilot, businessmen, lecturer, yang berpangkat Dato, Tan Sri bagai... ...kira big shots la yang tinggal di sini. Kebanyakan rumahnya jenis semi-detach dan bungalow...a very nice place to stay...the whole planning is in such a way that tailor made to the contemporary design with covered drain, common utilities trenching with optical fibres and nice landscaping....CPTED/crime prevention through environmental design concept was intelligently adopted....the ambience is phenomenal...best kan tempat ni...

Sampai di rumah Mus, dia dah menunggu ..Janji kul 9, ye la Dr Sab kena ambik saya dulu. Hari ni cuaca agak baik memang sesuai sangat untuk outdoor activities....waah.. teruja ni..

Tempat pertama yang kami tuju ialah Amcorp Mall di Petaling Jaya. Kalau datang awal sebelum jam 10pg memang senang dapat parking. Hari ahad memang ada Flea Market. Inilah pertama kali saya ke Amcorp Mall pada hari minggu. Peniaga-peniaga Flea Market sedang menyusun atur barang-barang dagangan..Pelanggan masih belum ramai lagi. 




Saya intai-intai kawan lama saya Najib, kalau-kalau hari ni dia pun buka gerainya... Dia juga ada stall FM kat sini tapi tak tau di mana...Dia specialised jual barang-barang antik dari Russia...Pernah saya cerita fasal Najib ni dalam blog saya tentang rumah nya di kampung Delek, Klang...Ya lah..mana nak cari... semua tingkat untuk FM bersusun di corridor depan premise perniagaan..meriah sungguh nampak semua ni.....



Dr Sab bawa kami ke kedai buku, tak silap saya di tingkat 3...waaah terkejut betul...banyak buku-buku ilmiah dan seni...architecture, landskap, novel dsbnya...Yang herannya tu harganya sangat murah berbanding lain-lain toko buku...Banyak gak la yang kami borong ..Semua rasa nak beli...hihihi..macam lah berduit sangat..


Saya merayau-rayau kat tempat FM...nak cari apa ye? Semua barang-barang second hand...used item...Nama pun Flea Market...Kalau kaki barang-barang antik dan terpakai memang sini la tempat nya setiap minggu...Bagi saya tempat ni lebih conducive for Flea Market activities because its indoor with air cond...so we don't feel tired roaming around leisurely and time passed by unnoticed....

Ada gak  FM di Shah Alam tapi biasa lah di jalankan di tempat terbuka di parking stadium, selepas jam 12 tengah hari mula lah keletihan...Masa saya baru balik belajar dulu ada gak saya berniaga car boot sale kat stadium tu..Sekarang tiada lagi...saya dapat idea tu masa saya di Scotland dulu...biasa lah di negara barat car boot sale business ni memang popular...wah..teringat-ingat kenangan berniaga kat car boot sale tu....bukan apa pun saja seronok-seronok di hari minggu...cari pengalaman pun ye juga...

"Demo bekfes doh ko?" tiba-tiba Dr Sab bertanya pada saya.

"Dok agi"

"Kawe makan doh tadi dengan Mus ...tosei...dah demo ghaib entah ke mana?"

"Tak pe la kita terus ke Sungai Buluh jer"

"Demo boleh tahan ko?..Macam majuk lak bunyi nya" kata Mus pada saya.

"No hal..small matter..I'm not a breakfast guy u know..."

"Hiooo cakap omputih tu..." tiba-tiba Dr Sab ketawa.

"Omputih cap ayam..Kelantan mari" Mus pula mencelah.

"Kot mana dekat ni Li" saja saya nak test Dr Sab...Dr Sab ni bahasa kan dirinya Li saja...Nama sebenar Sabzali Kahn...bukan Khan tapi Kahn...hiii..pelik nar ejaan.

"Guthrie hiway la dekat sikit lagi pun tak jem" aha..nampak sangat Dr Sab ni biasa dengan jalan ke Sungai Buluh.

"Ikut demo la demo yang drive" tiba-tiba kedengaran Mus mencelah.

"Mus, ari ni kawe nak tunjuk tempat nursery rasanya paling besar la kat Lembah Klang ni..demo penah mari ko?"

"Hiish....first time ni..kalu demo tak bawak..tak sampai la nampaknya"

Lalu Dr Sab pun bawa lah kami menyusuri deretan nursery kat Sungai Buluh ni. Nak sampai sini kena lalu ikut depan hospital Sungai Buluh...sebelum UiTM Medical Campus, pusing kiri..Saya dah tau tempat ni kerana semasa anak saya warded selama 4 bulan tahun lepas, Dr Sab bawa saya pusing-pusing tempat ni...tak heran sangat la berbanding dengan first timer...




"Dulu kawe tak bawa demo jelajah semua...kat ujung-ujung tu demo tak sampai pun" Dr Sab berkata dengan nada sinis...hehehe eksyen gak dia ni...

"Hooh,  ya la...tak penah sampai tempat ni pun...wah..banyaknya nursery" teruja saya melihat nursery yang begitu luas.

Memang bekas 'pusat kusta' ni popular dengan nursery. Pesakit-pesakit kusta di quarantine dekat sini suatu waktu dulu...sekarang sudah tiada lagi..Ada ramai orang luar yang datang buka nursery di sini...Kebanyakan nya orang Cina dan Indonesia yang specialised dengan  tanaman carpet grass...


Di sini memang popular dengan carpet grass...tanam di bawah transmission line....rezab tanah TNB...pun boleh cari makan...bukan setakat cari makan tapi boleh hidup senang lenang...Janji kena usaha lebih..kalau malas apa pun tak boleh jadi.


"Kat sini lak area nursery buah2an...special.."kata Dr Sab...dah jadi macam tour guide lak...hiii.

"Tengok dah berbuah pun" Mus pula yang terlebih seronok..

"Tu la pasal kawe bawa demo ni...tengok buah kedondong tu..kecik je pokok dah berbuah" makin rancak Dr Sab dok explain tentang segala jenis tanaman yang kita orang nampak...ngalahkan botanist...fuuuyooo.


Masih dapat lihat tinggalan kuarters bekas pesakit kusta. Sekarang sudah jadi setor dan juga inapan sementara pekerja-pekerja nursery di sini. Kalau tak silap, melihat dari struktur bangunan, ini semua berlaku di zaman pemerintahan British. 

Damai juga tempat ni..luas pun yer..mau puluhan ekar. Sekarang ni rasanya penyakit kusta ni masih ada tapi tak banyak dan merebak seperti dulu. Pesakit-pesakit ni dapat treatment kat hospital kerajaan dan tidak lagi di quarantine macam dulu...Rasanya kusta bukan penyakit berjangkit tapi kenapa pesakit-pesakitnya di asingkan...tu tanda tanya.?


"Naya kat demo tak bekfes lagi...ni dah tengah hari.." Dr Sab menoleh kepada saya...macam kesian jer nampaknya.

"Lapar tu dah mula terasa...jom la pegi... kita pekena apa-apa"

"Ok..kawe bawa demo gi makan tempat spesel"

"Wah...best ni" teruja saya jadinya.

Semasa dalam  perjalanan seterusnya..nampak ada orang jual pokok benih anggur di depan hospital Sungai Buluh. Waaah menarik ni. Elok gak singgah..



"Li demo stop jap..kawe dah lama cari benih anggur ni" tiba-tiba Mus bersuara memecah kesunyian.

"Bole ..tak de hal"

Kami pun singgah untuk tengok-tengok mana tahu kalau sesuai dengan harga boleh lah beli. Mus memang ada green yard kat rumahnya....setback rumahnya besar boleh la dia berkebun. Memang banyak pokok di tanam di sekitar compound rumahnya...even at the roadside table jalan depan rumahnya pun ada di tanam pokok buah2an...tu kira rezab jalan tapi lebih baik di gunakan daripada terbiar nanti kena maintan gak...MC/management corporation yang buat kerja dan kena di bayar lak tu..bukan free..setiap bulan setiap resident kena bayar monthly subscription/fees kepada MC..tempat high end dan glamour biasa la macam tu.



"Assalamualaikum...awak ni datang dari mana" saja saya bertanya kepada penjual benih anggur tu..

"Klang bang...Meru" jawabnya ringkas.

"Ada sorang Prof yang dok kaji benda ni...kenal ke? Saya pernah pergi umah dia tentang pokok ni la..dah lama pun" saya teringat yang saya pernah sampai ke rumah Prof di Meru tu...

"Ooh tu Prof..jiran saya la...saya ada belajar dan tanam kat Meru sana..."

"Saya tengok experimental orchard dia menjadi tu...banyak buah bergantungan atas para" kata saya lagi.

"Memang anggur ni perlu para baru jadi"

"Berapa lama leh hidup ni" Mus semakin berminat.

"Kalau jaga betul berpuluh tahun boleh hidup"

"Yang mana satu bagus ni...nak tau gak jenis mana satu" Dr Sab pula bertanya.

"Yang ni buah hijau, ni lak buah merah purple "

"Ambik dua-dua la Mus....mana tahu menjadi lak...boleh kita kendurikan anggur mu ni" saran saya pada Mus.

"Ok..ok.. ambik dua-dua jenis...bagi baja sekali lah yer..." semangat sekali Mus...saya acah jer..rupanya makan pong juga...hihihiii..(perkataan pong tu selalu di gunakan di pantai timur)

"Kena minta petua menanam la juga...nanti balik tanam terus mati" Dr Sab menambah.

"Ada kat sini hari apa?" Saya bertanya sambil menolong Mus mengangkat benih-benih anggur yang sudah di bayar.

"Saya ada sini setiap hari sabtu dan ahad...jam 10 pg sampai 3 ptg."


Dan kami pun meneruskan perjalanan.

Entah ke mana di bawa Dr Sab pun tak tau lah saya...Pusing sana sini ikut jalan mana entah...tiba-tiba masuk kampung Melayu Sungai Buluh. Kawasan ni saya familiar sangat la..selama 4 bulan dok keluar masuk sini dulu....

"Demo tengok Mus..kiri kanan ni nursery dan banyak restoran dan kedai runcit...ada gak tempat bela binatang....kuda, rusa, kambing macam-macam..ular sawa pun ada gak" sekali lagi Dr Sab bertugas sebagai tour guide...

"Compact gak development...dah macm slum.."kata Mus

"Tapi hartanah di sini dah melambung harga.....tak macam dulu" apa yang Dr Sab cuba pertahankan pun. ..entah...saya tengah lapar mana minat tu semua...

"Kita ni dah terlepas la...lewat dah" kata Mus semacam kesal..

"Dulu kita kecik lagi...huuu..dah besar pitih pun takde gak..baru nak ada pitih..harga lak melambung" kata saya untuk menghilangkan rasa keletihan..

"Sebelah kiri ni femes punya Thai restoran...Chiengmai" Dr Sab sangat familiar dengan kawasan ni.




"Kawe penah makan sini...best ..berbaloi la ..masa malam kawe mari dulu" kata saya mengenang kembali masa datang dulu.

"Malam penuh la..tengah hari pun ada gak tapi tak ramai la" kata Dr Sab sambil menoleh kepada Mus.

Dan... 

Dr Sab pun bawa kami pusing-pusing sekitar  kawasan taman perumahan Rahman Putra. Dah hilang navigation orientation/bearing, tak tahu kat mana lagi. Lapar pun ye. Dr Sab ni asyik pusing-pusing, dia ghairah tunjukkan tempat ni kat Mus. Rasa macam nak gigit jer jari dia biar dia berpusing ke kedai makan...Dr Sab ni tinggal di kawasan perumahan kat sini gak....gated and guarded semi-D macam rumah Mus tu la...isteri Dr Sab ni bertugas di UiTM medical campus....kira tak jauh la dari rumahnya...convinience commuting to and fro.

Akhirnya sampai juga kami kat restoran yang Dr Sab cakap best tu...restoran Rimbun namanya. Tengak pada lauk pauknya memang teruja. Saya pun apa lagi dah hampir kebuluran ni...saya ambik la apa yang teringin...wah banyak juadah masakan kampung...ada macam-macam ulaman juga....tu memang kegemaran saya pun..

"Dik..sayur keladi ni tak gatal ke?" saja saya usik pelayan tu..

"Sayur tu tak gatal...yang gatalnya abang la" selamba je dia jawab.

"Aiik lain macam bunyi jawapan"

"Kalau gatal takkan kami jual bang"

Dia panggil abang..hihihiii..rasa lak muda balik...kalau di panggil atuk ke pakcik pun ok gak...no problem punya..bangganya rasa hati...hiii ...tak lah nampak ketuaan sangat ni...semangat balik ni, selera nak makan banyak dah kena panggil abang..huuu.


"Demo dia panggil abang ..kawe lak pok cik..guano kawe muda pada demo...ooo kawe botok demo rambut hitam, perut pun maintain agi" macam sedih je bunyi Dr Sab ni.

"Sedih lak kedengaran ni...hiii" Mus berkata sambil tersenyum sinis.

Mus tersenyum panjang mendengar celoteh Dr Sab. Dr Sab ni memang badan besar, ya lah jenis keturunan tok syeikh memang la macam tu...dia ni ada kena mengena dengan Neelofa...saudara sebelah nenek...Dr Sab ni jenis kuda race saya ni kuda padi memang beza dari segi fisikalnya...

Saya makan dengan lahapnya..sebenarnya nasi tu suku jer..sayur separuh dan lauk tu suku gak....minum lak lime panas...terbaik la...nak ikut piramid makanan ...maintain badan la katakan...yang paling di geruni botak dan boroi..waaah...ngada-ngada lak yer bila depan makanan...

Selepas makan nak menghala ke Kuang...tempat tapak resort Dr Sab...kita tengok apa pula ceritanya nanti...kalau tak hujan nak pegi main jet ski....fuyooooo...what an afternoon...enjoy sakan la ni..




selamat membaca ...hanya untuk berkongsi ilmu...yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan...wassalam.








No comments:

Post a Comment