“Selepas tamat peperiksaan
SPM, kami mencuba nasib untuk bekerja sebagai staf sementara dengan Puncak
Borneo Resort sambil menunggu keluar keputusan peperiksaan. Nasib kami baik
kerana di terima. Maka bermulalah kisah hidup kami dengan resort ini. Liz
bertugas di bahagian reception membantu senior staff dan Lia pula di coffee
house/F&B sebagai waitress. Dalam
tempoh dua bulan kami bekerja, kami bertemu bermacam ragam manusia. Ada yang
baik dan ada jua yang kurang ajar biasanya pengunjung lelaki yang berperangai
gatal, tapi kami tidak lah melayan sangat kalau berjumpa yang jenis ulat bulu.”
Emilia memulakan ceritanya.
“Satu hari, kalau tak silap
Lia, hari Ahad, petang jam 4 macam tu la, datang seorang pemuda untuk check in,
dan waktu tu Liz yang bertugas di reception counter. Seperti prosedur biasa,
Liz minta K/P dan mengisi borang daftar masuk. Nama pemuda ni seperti yang
tertera di K/P nya, Rafael Haikal. “
Emilia nampaknya sangat
bersemangat untuk menceritakan siapa Rafael Haikal dalam hidupnya.
“Dia membawa
barang-barangnya naik ke atas di ruang lobby lounge, dan Lia yang hidangkan
welcoming drink untuknya. Orang nya semacam sopan dan tidak bercakap banyak,
cuma tersenyum ketika Lia meletakkan minuman di atas meja sambil mempersilakan
minum. Dia hanya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih dan Lia membalas
senyumannya sambil berlalu.”
“Kalau dah berbalas
senyum jatuh hati la tu tambah pula
macam kamu yang cepat mesra alam ni,” kata saya mengusik Emilia.
“Ah, uncle ni…tak kan lah
pertama kali jumpa tanpa tahu asal usul dah nak jatuh hati…tengok orang la
uncle, Lia ni tak la semurah tu,” balas Emilia.
“Siapa yang kata kamu ni
murah…cuma saya cakap kalau-kalau hati sudah terpaut bila bertentangan mata.”
“Tak ada maknanya nak cinta
cintan waktu tu.”
Saya melihat Emilia
tersenyum sendiri mungkin geli hati dengan apa yang saya ucapkan tadi.
“Tersengih tersenyum sendiri
ni kenapa? Teringat la tu kisah lama.”
“Uncle ni, orang tengah
mengumpul kenangan lah…nanti tak ingat macam mana nak cerita pula.”
“Setelah habis kerja di reception
counter, Liz datang menemui Lia sebelum dia pulang.”
‘Lia, kau tengok mamat tadi,
hensem kan dia tu, namanya pun sedap…canggih la kata orang sekarang…dia tak
cakap banyak tadi tapi bila dia senyum berderau darah aku…kau dah jumpa dia
ke?’
‘Siapa yang kau cakapkan
ni?’
‘Alah yang baru check in
tu…takkan kau tak nampak…mesti dia minum kat sini, kau tak serve welcoming
drink dia ke?’
‘Entah, ramai sangat la,
mana nak aku ingat.’
“Lia sebenarnya uncle, saja
je nak mainkan Liz, beria-ia benar dia. Liz ni, dia cepat tertarik kepada
benda-benda baru.”
“Kamu pun apa bezanya saya
rasa,” sekali lagi saya mengusik Emilia.
“Tak adanya nak tertawan
kalau baru jumpa…tak kenal asal usul mana nak tertarik. Kalau orang tu hensem
kita cuma appreciate je, lepas tu masuk angin keluar asap la…”
“Pandainya kamu
bercakap…cakap dekat tunggul ok la, tapi saya susah nak percaya cakap kamu ni,”
sengaja saya berkata demikian untuk melihat apa yang akan di ceritakan fasal
pengunjung resort yang baru check in tadi tu.
“Tak percaya sudah.”
Marah nampaknya Emilia bila
saya saja cuba mengenakan dia dan untuk menguji apakah dia bercakap benar atau
tidak. Tapi saya rasa dia tidak berbohong.
“Selepas tu Liz balik tapi
Lia kena sambung kerja sampai jam 12 tengah malam. Masa dinner biasanya paling
sibuk dengan tetamu. Sedang Lia mengemaskan meja, Lia terdengar orang berjalan
dari arah belakang, rupanya mamat tadi
yang baru check in tu tengah berdiri di meja belakang Lia…Lia ingat lagi ucapan
pertama dia…”
‘Di sini kosong ke?’
‘Kosong la kalau tak ada
orang. Encik ni sorang ke atau ada bawa geng nak makan ni.’
“Emilia sebenarnya tengah
banyak kerja dan tengah hari tadi baru saja ada hal dengan manager yang
menaikkan darah Lia. Mood tengah sangat kurang baik jadi sapa-sapa silap cakap
memang kena la.”
“Kamu kan biasanya kat
bahagian dapur tapi kenapa pula dok menyibuk kat coffee house?” Kata saya
semacam kurang faham dengan tugas Emilia.
“Uncle ni tak faham-faham lah…ni
kisah dulu masa kerja sementara kat resort ni…tapi sekarang pun Lia tetap
tolong kat coffee house… ni bukan hotel yang bertaraf bintang lima, resort
kecil yang tak ramai staf jadi bila sibuk kat coffee house kita orang kena lah
tolong menolong, Lia kat dapur tu bahagian hiasan, jadi kalau buffet kerja Lia
tak banyak malah takde kerja kat dapur tu…susah lah nak terangkan, uncle ni
bukan tahu pun hal kerja di sini.”
“Oh ya tak ya gak…kamu cakap
tadi, apa ye…oh…’bintang lima’…bukankah biasanya di panggil ‘lima
bintang’…macam terbalik jer…”
“Betul, di sini…maksud Lia
di Malaysia di panggil ‘lima bintang’ tapi di Indonesia di panggil
sebaliknya…’bintang lima’, tapi Lia
lebih bersetuju dengan dia orang…cuba uncle terjemahkan ‘school bus’, apa
jadi…’sekolah bas’…banyak lagi contoh yang rasa Lia kita banyak yang keliru
dengan penggunaan kata.”
“Dalam hal ni saya kena
mengaku yang kamu sangat prihatin dan pintar…yang peliknya sampai ke PM tu pun
kalau di ikutkan lah pun kita buat orang keliru…Prime Minister sepatutnya jadi
Menteri Perdana, tu yang betul, sekarang Perdana Menteri kita dah jadi Sekolah
Bas….betul tak?” Saya melontarkan pandangan yang se akan bersetuju dengan apa
yang di perkatakan oleh Emilia tadi.
“Betul lah tu…cuba pula
terjemahkan Chief Minister, Defence Minister, Labour Minister, Foreign Minister
tu macam Perdana Menteri…jadilah Besar Menteri, Pertahanan Menteri, Buruh
menteri, Luar Menteri…tapi yang ini kita terjemahkan dengan betul jadi Menteri
Besar dan sebagainya….” bersemangat sekali Emilia mengeluarkan pendapatnya.
“Teringat saya sewaktu
kunjungan teman saya dari Indonesia…dia ada memuji air cond dalam kereta yang
nyaman…saya masih ingat dia cakap ‘pendingin hawa mobil ini bagus dan juga
tentang landmark dia cakap…di sini banyak tanda mercu yang menarik…saya rasa
cara terjemahan orang Indonesia lebih
tepat. Terima kasih Lia kerana kamu buat saya belajar sesuatu…malam ni kamu
jadi orang gunung yang hebat…”
Sambil tersenyum tersengih
kerana mendapat pujian dari saya Emilia meneruskan kisahnya tentang Rafael
Haikal.
‘Kamu nampak ada geng kat
sini?…Kan sorang je ni, kenapa? Boleh
saya tau kenapa atau saya salah pilih tempat ke?’
“Auta juga mamat ni…kata Lia
dalam hati…memang nak kena la ni.”
‘Tak lah salah cuma kalau
awak tu sorang diri cari lah tempat yang meja nya kecik sikit, ni duduk kat
meja untuk sepuluh orang sedangkan awak tu sorang je…banyak lagi meja kecil
masih kosong, meja besar ni untuk group atau family.’
‘Saya pun bayar juga bukan
nak makan free kat sini.’
‘Maaf lah…punya pasal la,
nampak macam terpelajar tapi nerd’
“Selamba jer Lia bedal mamat
tu, lepas tu Lia nampak dia macam bengang bila dengar Lia cakap macam tu.
Padan muka dia. Kalau lah tau kat
manager atau kalau dia complain naya Lia.”
“Berani gak kamu ni cakap
macam tu kat tetamu, kalau di report kamu yang susah nantinya.”
“Kat sini dah bermacam aduan
uncle, tapi pihak pengurusan biasanya siasat dulu siapa yang salah, tu Lia
berani buat, pasal dah biasa dengan kes macam ni…yang ni kira tak ada kes,
biasanya yang kes berat bila ada gangguan seksual. Pernah satu kali Lia maki
bila ada yang gatal meraba.”
“Habis tadi masa saya datang
kamu ok je, sopan semacam, tak ada pun tunjuk muka pelik.”
“Uncle lain, uncle datang
dengan family, lagi pun uncle ni kan Lia cakap ada mirip mamat tu…cerita Lia ni
kan baru nak bermula macam mana Lia rapat dengan mamat tu…gaya dia sama gak
dengan uncle suka nak kenakan orang…ha, yang tu sebiji perangai uncle.”
“Mamat yang kamu cakapkan tu
Rafael Haikal ke?”
“Lupa lak nak bagi tahu yang
mamat kita orang maksudkan tu memang Rafael Haikal la.”
Kemudian Emilia meneruskan
celotehnya…
“Lia pun malas nak layan
Haikal tu, lalu Lia pergi ke kaunter ambilkan menu dan bagi padanya.”
‘Ni menu nya, pilih la apa
benda nak makan, dah ready panggil kita orang’
“Lebih kurang lima minit
lepas tu, dia panggil untuk buat order, Lia tak pegi tapi Lia suruh Monica yang
pergi….eksyen gak si Haikal tu, dia nak Lia juga yang ambik order…lalu Lia pun
pegi la.”
‘Order la nak makan apa.
Jangan dok terhegeh-hegeh orang banyak keje ni’
‘Macam ni ke perangai orang
kat hutan ni…tak boleh ke tanya baik-baik sikit?’
‘Habis tu takkan nak suruh
sembah pulak..awak tu sapa nak special treatment, sini semua guest sama je
treatment….nak order ke tak ni?’
“Dia tenung muka Lia semacam
jer, mungkin dia geram dengan sikap Lia….biasa la uncle, kalau datang kat
pedalaman ni orang KL pandang kita orang ni sebelah mata…dia orang ingat kita
ni apa, kuli batak dia.”
“Lepas tu apa dia buat kat
kamu?”
“Dia order nasi goreng dan
mango juice sambil di hempasnya menu atas meja…eksyen juga dia…pah tu Lia rasa
seram sejuk, menggeletar sekujur badan menahan marah hati ni…rasa macam nak
simbah jer air kat muka dia.”
‘Ini jer order, ingat kan
special punya….tak padan dengan tenung menu tu lama-lama, order ciput jer’
‘Tak kisah la apa pun, saya
nak kamu yang hantar makanan tu nanti’
‘Kalau orang yang lain
hantar awak nak buat apa dengan makanan tu…nak bagi kucing makan.’
“Haikal pandang Lia tepat ke
muka tanpa sebarang patah pun perkataan yang keluar dari mulutnya.”
“Setelah makanan tu siap,
Lia saja suruh Monica pegi hantar…tapi betul lah uncle dia tak nak terima, dia
suruh Lia juga yang hantar…..terpaksa lah juga, memikirkan dia tu guest.”
‘Nah ni dia nasi goreng awak
tu…jamu la selera tu puas-puas ye orang
jauh, air tu ingat kena minum biar sejuk sikit dada tu’
“Yang herannya dia
tersenyum…tak pula dia marah pada Lia…pelik juga dia ni fikir Lia dalam hati,
ingatkan kena maki tadi….tapi dia terus senyum sambil makan…pelik betul…macam
perli pun ye…geramnya hati…”
Kemudian Emilia tertawa, apa
yang geli hatinya sangat tak tau lah pula saya. Semacam ada sesuatu yang
berlaku yang menjadikannya tersenyum sendiri. Tak apa fikir saya, sekejap lagi
pasti dia ceritakan apa bendanya yang mencuit hatinya tu.
“Kenapa ketawa sorang-sorang
ni, buang tabiat ke apa?”
“Uncle ni macam Haikal tu la
juga perangai, nak kenakan orang manjang…betul la.”
“Apa kaitan saya dengan
budak tu pulaknya…tak kena mengena pun.”
“Selepas selesai dia makan,
dia panggil Lia”
‘Terima kasih ye kerana
tunjuk perangai pelik kat saya tadi…saya minta maaf, sebenarnya saya saja nak
menguji kamu, saya seronok bila dapat kenal dengan kamu yang pelik tingkah laku,
very interesting’
‘Lain macam jer cakap
ni…puji-puji pulak tu….kami di sini tak makan puji…yang dok minta maaf tu nape
nya, ada buat salah besar ke tadi’
‘Nama kamu apa
ye?…Cakap-cakap tak tau nama ni tak syok’
‘Nama tu tak penting,
panggil lah saja apa suka’
‘Oh…apa suka namanya….ok lah
apa suka boleh tolong ambilkan bil, dah ngantuk ni..cepat sikit ye’
‘Tak tanya pun ngantuk ke
tak…tunggu sini jangan dok melilau’
“Masa Lia angkat pinggan dan
gelas minuman atas mejanya, dia tersenyum kat Lia, macam tak ada yang berlaku,
kehairanan sungguh Lia dengan tingkah lakunya itu.”
“Kamu tu berlagak sangat…akhirnya
jadi belangkas…ha padan muka kamu…” kata saya memerli Emilia.
“Bukan saja Lia, Liz pun
sama angau pah tu…cerita ni panjang lagi uncle…jangan dok potong stim lak….nak
sambung ke dah jemu dengar cerita ni?”
“Kena sambung la…saya minat
nak dengar cerita jelmaan saya ni.”
‘Ni dia bil nya..tak banyak
pun…orang kedekut makan pun berjimat’
‘Sedapnya mengata orang..tak
sayang mulut ke saudari apa suka ni wei’
“Geram sungguh hati ni…rasa
nak siat-siat jer mulut dia…ada lak di panggil Lia ni apa suka”
“Habis masa dia tanya kamu
baik-baik kamu pula jual mahal, kalau saya pun memang buat macam tu juga.” kata
saya seolah-olah menyokong perbuatan Haikal.
‘Ni balance RM4 ni tak nak
ambil ke?…Atau rasa diri tu pemurah atau nak lagak tunjuk macam orang kaya keep
the change bagai’
“Kadang-kadang perkataan
yang kamu gunapakai macam budak-budak kat Semenanjung selalu cakap…bagai la itu
ini la, cuma slang tu pekat sikit.”
“Masa belajar kat kolej dulu
Lia banyak campur dengan budak-budak Semenanjung, dia orang tu kebanyakannya
anak polis, pensayarah, yang ramai anak askar la dari kem Lok Kawi, dia orang
mengajuk cakap kita dan kita pun sama lah…ni Lia cakap dengan uncle kena lah
ikut lenggok uncle, kalau Lia cakap bahasa dusun nanti mulut uncle masuk
lalat….hahaha.”
‘Kalau kamu tak nak ambik
yang saya bagi, kamu bagi kat orang lain…ramai
lagi yang nak duit, sepatutnya orang ada standard tak kerja kat resort macam
ni…apa kelas?’
“Dia bagi Lia kow kow punya…sakit
betul hati Lia masa tu…rasa macam nak halau saja dia, tapi nak buat macam
mana…betul gak Lia ni nak berlagak tak kena tempat..dalam hati bukan nak marah
dah tapi nak ketawa bila ingat perangai kami masa tu…masing-masing dengan ego
sendiri…sebelum dia balik kebiliknya dia singgah kat meja cashier sambil
memandang Lia dengan satu pandangan yang pelik tapi mendebarkan dada secara
tiba-tiba jelingan matanya terus menusuk jiwa….sambil berdiri dia mengetuk-ngetuk
table top dengan jarinya….”
‘Yang nama apa suka ni hebat
sangat, terbaik…see you all at breakfast time tomorrow…cheers girls’
“Semua yang ada kat cashier
tu saling berpandangan. Mungkin pelik terdengar nama Lia dipanggil apa pun
kot…Monica cakap yang si Haikal tu hensem gila, kalau di ajak dating dia takkan
lepaskan peluang”
‘Lia woi…hensem kan mamat tu
tadi…senyuman dia aduh menarik sangat…nape la dia tak nak aku yang hantar
makanan tu tadi…ruginya aku..tapi ada orang tu…berlagak sombong…’
‘Esok masa breakfast kau
orang layan lah mamat tu sepuas-puasnya. Aku tak ada masa nak layan orang macam
tu…tak de faedahnya…bo layan la’
‘Yang kau marah dan anti
sangat dengan dia tu nape…? Aku tengok takde pun dia buat salah dengan kau atau
kita orang’
“Monica and the gang
beria-ia benar mempertahankan si Haikal tu..tapi bila difikir balik betul juga
seperti yang dikatakan oleh Monica dan yang lain-lian…kalau Liz ada mungkin dia
juga setuju dengan Monica tadi….entah lah uncle, Lia masa tu tengah moody bila petang
tadi Lia kena sound kat supervisor pasal kes semalam yang Lia tertumpah air kat
meja guest…sampai manager pun ikut campur.”
“Biasa la tu..manusia selalu
membuat pertimbangan yang salah ketika sedang emosi…dan kalau tersilap melayan
emosi kita akan menjadi hamba kepada emosi tersebut…kalau ada masa lain kali
kita cerita pasal emotional intelligence ni..”
“Jam 10 malam, dewan makan
dah takde guest, kami berkemas dan seperti biasa kami boleh rehat. Lia
selalunya masa macam ni Lia turun pergi ambil angin kat reception counter dan
lepak-lepak, kadang-kadang seorang diri kalau tiada yang nak ikut. Malam tu pun
tak terkecuali. Lia turun tangga pergi ke situ….maksud Lia kat pangkin ni la..
Tibanya di sini Lia ternampak bayangan seseorang sedang menyedut rokok, dapat
nampak kepulan asap rokok kerana masih ada lampu di pasang kat bangunan tu….dan
di sini lah tempat kita duduk ni lah orang tu tengah rilek sambil
membelakangkan parking mengadap ke jalan
masuk….”
“Saya dapat agak tu mesti
Haikal.” Kata saya meneka kepada apa yang di ceritakan Emilia.
“Betul tu uncle. Lia
terhenti langkah samada nak teruskan atau tidak. Fikir punya fikir Lia terus
masuk ke dalam reception counter dan buat-buat cari sesuatu….dia terpandang
Lia…tapi dia buat tak tahu sambil menyedut rokoknya.”
‘Sini kalau malam-malam
ramai juga orang yang kena kacau hantu…’
“Saja Lia kata cam tu
seolah-seolah sedang becakap sorang-sorang sambil memandang kearah Haikal…tapi
yang herannya uncle dia masih buat tak tahu, macam takde apa yang berlaku…geram
juga hati Lia...Kira dia jual mahal dengan Lia la tu…mungkin gak nak test Lia….ye
la Lia kan tunjuk lagak dengan dia tadi,” kata Emilia seperti berkata-kata pada
diri sendiri.
Emilia bangun berdiri dan
terus bergerak ke reception counter dan menyandarkan dirinya di meja kaunter.
Saya tak dapat nak tafsirkan apa tujuan dia berbuat demikian.
“Lia berdiri di sini la
uncle sambil memandang Haikal. Masa tu kami berdua saja kat sini. Cuaca sejuk
dan bulan mengambang penuh.”
‘Takkan berdiri jer tak nak
ke layan orang jauh yang berkelana ni’
“Tiba-tiba Lia dengar Haikal
memulakan bicara. Terkejut Lia di buatnya waktu tu. Ingatkan dia nak menyombong
terus dengan Lia…sambil menoleh kat Lia yang sedang berdiri di sini, dia
menggamit Lia ke arahnya. Dalam hati terfikir nak pegi ke tak ke tempatnya.”
‘Orang punya suka la…yang
susah hati tu kenapa? Ni tempat kita, orang luar tak payah nak menyibuk la.’
‘Lain macam bicara orang kat
sini. Keras semacam je. Orang-orang sini makan batu ke?’
“Dia perli Lia. Dalam hati
nak ketawa pun ya juga. Tapi biasa la mana boleh tunjuk reaksi macam tu. Lia pun
tak nak mengalah. Lia kumpulkan fikiran macam mana nak jawab balik…tiba-tiba
ada tikus sebesar lengan terjatuh atas meja tempat Lia bersandar….kat sini la
uncle…Lia terkejut terus menjerit dan melompat. Lia nampak Haikal secepat kilat
bingkas bangun dan datang menghampiri Lia. Dipegangnya bahu Lia untuk pastikan
tiada apa-apa yang serius menimpa Lia.”
Tiba-tiba Emilia ketawa
seperti ada yang geli hati.
“Masa tu unle Roni terus
datang bertanyakan kenapa. Ya lah mana tau Lia ni kena ganggu oleh Haikal ke
apa. Bila Lia ceritakan pada uncle Roni hal sebenarnya dia pun turut ketawa.”
‘Kat sini memang banyak
tikus, besar-besar pula tu, kamu Lia berhati-hati sikit dengan tikus liar tu’
“Uncle Roni berkata demikian
sambil melirik kearah Haikal yang macam sedang terpaku kehairanan.”
‘Pedasnya…’
“Haikal macam terasa apa
yang di katakana oleh uncle Roni tadi…dan Lia pun terus berkata pada Haikal
yang menunjukkan muka cuaknya”
‘Tu la main pegang-pegang
orang pula…kan dah kena sebiji…tak payah nak tunjuk macho la…kita tak ada
apa-apa pun…pergi lah hisap rokok tu.’
‘Kamu ni tak habis dengan
perangai garang bodoh tu…kita saja nak pastikan kamu tu ok ke tak…kalau tau ok
cam ni tak maunya kita nak tolong…bukan saja nak tolong nak pandang pun malas.
Boleh belah la.’
‘Kita pun heran gak nape
kamu ni keras, kasar semacam dengan kita. Pasal perangai awak tu la kita jadi
macam ni.’
‘Oh…kita pula nak di
salahkan ye….dah la sombong semacam, sepatutnya tetamu di raikan ni pula di
musuhi. Nak juga tau apa salah yang kita buat kat dia sampai benci kita semacam
ni….kamu ni silap makan ke?’
“Dahsyat juga dia main
perli-perli. Lia geram sangat, rasa macam nak cubit-cubit dan pulas-pulas
telinga dia.”
“Kira kamu berdua ni macam
kucing dengan anjing la waktu tu ye….orang muda ego nya lebih dan yang peliknya
masing-masing tak nak mengalah…cerdik ke kurang pandai macam tu punya
perangai.”
“Memang la ego ni buat orang
jadi bodoh, jadi menyesal pun ada….tapi mana nak mengalah…Lia tengok Haikal
waktu tu macam orang jenis cool juga, walau dia macam kasar tapi tak pula
nampak tension, macam dia enjoy ada la. Tu yang buat Lia panas hati. Lia tengok
sambil beralih ke tempat duduk asalnya dia bersiul-siul kecil dan sekali sekala
di muncung mulutnya ke arah Lia yang masih berdiri kat sini…uncle tahu apa dia
cakap lepas tu…”
‘Alahai minah dusun…jangan
lah dok tunjuk lagak, satu hari nanti mana tau awak tu tak boleh tidur
teringatkan kita ni….ya mana tau dan masa tu baru lah tau langit ni tinggi ke
rendah’
‘Ooi, ingat ni anak ayam ke
boleh main tabur beras dan ikat kakinya…sori la…orang dusun tak main la macam
tu…aiik gelinya tekak, macam nak termuntah pun ada…’
‘Takpe nanti satu hari ada
lah orang yang jilat muntahnya balik..tak sabar je la nak tunggu hari
bersejarah tu…rasanya dah tak jauh hari keramat tu…’
“Aduh uncle rasa nak baling
jer kasut ke mukanya. Tapi yang hairannya apa saja yang Lia cakap
merapu….dengan niat… memang la Lia nak suruh dia sakit hati, tapi dengan muka
selambanya boleh lagi dia menyalakan lagi sebatang rokok sambil di hisapnya
dengan begitu menyeronokkan. Fikir Lia dia ni jenis pekak badak ke atau buta
hati….”
‘Asyik sungguh di sini,
malam nan indah penuh bintang, bayu malam yang lembut, lembah yang damai,
gunung membiru di kejauhan…alahai ruginya sapa-sapa yang miss tempat macam
ni…kalau lah ada secawan kopi kan alangkah nikmatnya…tapi dimalam yang indah
damai ni ada pula serigala yang sedang
menyalak… merosakkan suasana…..eish eish eish ..spoil betul la’
‘Jangan dok main perli-perli
ya…kita ni bukan bodoh sangat pun mentang-mentang kita dok dalam hutan macam ni
ingat senang-senang nak pijak pula ye…sori..no way…pegi main jauh-jauh sebelum
gunung berapi ni meletup.’
‘Kita becakap sorang diri
pun kena marah…tak tau pula kat sini kena minta izin bila nak becakap walau pun
sorang diri…nasib baik tak di kenakan bayaran…kalau tak dah berapa banyak bil
ni…betul gak sebelum gunung berapi meletup daripada terkena lahar baik gak lari
jauh-jauh…terima kasih la kerana mengingatkan…’
“Pedihnya hati tak
terkira…ada saja jawapan selamba giler nya yang buat hati jadi panas…tapi yang
peliknya dia buat selamba jer kita kata apa pun. Dia tak marah sebaliknya macam
dia lagi enjoy …itu yang tak tahan buat sakit hati…Lia ingat dia marah,
melenting ke bila kita kenakan dia.”
“Kira hebat juga lah ye si
Haikal tu…kamu ni pun uncle rasa bukan sembarangan orang boleh dikalahkan hujah
kamu.”
“Tu la pasal uncle yang buat
Lia lagi bengang dan lagi sakit hati tu.”
‘Ok…jika esok masih ada kita
jumpa lagi…. Alahai tak sabarnya nak tunggu orang jilat muntahnya sendiri.’
‘Jangan nak langsi sangat
ye…nanti orang yang dok bercakap tu jilat muntahnya …bukan kita..ingat tu ye.’
‘Sama-sama kita lihat
bagaimana nanti….sejarah akan tercipta di sini….selamat malam…balik tu tidur
dan jangan lupa basuh kaki, tangan, kepala, siku, dagu, mata, telinga, dada dan
apa-apa lah yang boleh air sampai ke anggota tu…kalau tak buat macam tu nanti
mimpikan kita pula…tu dah kes naya sister.’
“Sambil dia berlalu…yang
kelakarnya dia boleh bagi flying kiss lagi….tak sakit hati ke tu uncle.”
“Very interesting
character….uncle rasa hebat dia tu…kalau lah ada uncle masa tu…” belum habis
saya dengan ayat saya, Emilia terus memotong…
“Kalau ada uncle masa tu,
kiamat lah dunia ni, Gunung Kinabalu tu pun terus meletup.”
“Saya rasa manusia istimewa
macam tu susah nak jumpa dalam hidup ni…special species tu…” kata saya seolah
menyebelahi Haikal.
“Yang uncle beria-ia benar
dok sokong dia tu kenapa? Ada dapat sagu hati ke?”
“Aik tak pasal-pasal pula
kita kena marah…betul la kata Haikal tu…orang kat sini banyak makan batu…tu la
pasal hati keras semacam….” sambil saya tepuk-tepuk belakang Emilia.
“Terbawa-bawa pula Lia…macam
Lia tengah bercakap dengan Haikal pula….sori uncle…sori ..tu la uncle dengan
Haikal ni dua kali lima putar alamnya …tu Lia jadi tak keruan…adoi la…tadi
macam Lia tengah berdrama dengan Haikal tu…sampai terlupa pula dengan sapa Lia
tengah bercakap sekarang.”
“Lepas tu apa jadi?”
Macam tak sabar pula saya
nak dengar kisah Emilia ni seterusnya. Saya pun jadi terbawa-bawa dengan kisah
ini.
“Sabar la uncle…panjang lagi
kisah ni…jap nak tengok jam…ah..baru jam 12…uncle ok lagi ke kat sini?”
“Ok…takde apanya…kamu tu
takut nanti uncle Roni halau suruh balik ke bilik rehat kamu tu…saya kalau Mem
tak datang memang ok la…tapi tak payah risau dia orang tengah nyenyak tidur,
lagi pun kita bukan buat kerja yang tak senonoh…dok sembang kosong je…dan kita
selamat kerana ada security peribadi.”
“Ya tak ya juga ….kita ada personal
security…Lia sambung balik ye….selepas Haikal melangkah pegi Lia pun naik ke
bilik…Lia tak boleh nak lelapkan mata…perbuatan kami tadi terbayang-bayang di
ruangan mata…bila Lia fikirkan balik rasa macam seronok pun ada, kelakar pun
ya…kadang-kadang Lia terfikir….eh..apa aku ni asyik teringat jer kisah sekejap
tadi…Lia tersenyum tersengih, pusing badan kat kiri kat kanan, gelisah
semacam…entah jam berapa Lia tertidur pun tak tau lah uncle.”
“Seronok dengar cerita kamu
ni. Biasanya kamu tidur di sini…bukan balik rumah.”
“Tengok keadaan la uncle. Kadang-kadang
balik juga…sebenarnya banyak yang tidur kat rumah berbanding kat sini…kalau Lia
nak balik, uncle Roni yang hantarkan Lia dengan motosikalnya…macam sekarang ni
pun kalau Lia nak balik Lia cari la uncle Roni minta tolong.”
“Habis malam ni kamu balik
rumah ke?”
“Tak la kot…esok pagi Lia
balik jalan kaki jer…kat sini ok jalan kaki kerana cuacanya sejuk, tak lah
keletihan. Malam jer minta tolong uncle Roni,
maklumlah tempat gelap nanti ada binatang buas kan susah jadinya.”
“Kamu takutkan binatang buas…orang
buas kamu tak takut ke?”
“Kat sini orang buas takde
sangat la…satu kampung semua kenal muka…nak buas macam mana…yang ada kes cabul
ni biasanya orang kampung lain yang datang membuas…tapi kalau kat sebelah
kampung Cinta Mata dan kat ladang sayur yang terpencil tu kena jaga-jaga sikit
kerana ramai sangat orang luar…biasanya Bangla yang kerja kat ladang sayur
tu…dia orang tu bukan boleh percaya sangat.”
“Ada juga ke Mat Bangla kat
sini?”
“Ramai uncle…..kalau uncle
masuk ke kebun sayur…sekarang ni dia orang la yang monopoli…tu la susahnya,
orang kita anak tempatan tak nak kerja kebun ni lagi…sanggup dia orang kerja
kilang kat bandar, jadi kuli pun takpe janji keluar dari kampung, akhirnya yang
ramai sekarang ni sapa?...pendatang la …senario macam ni baru je dalam 3-4
tahun ni, sebelum ni mana ada Bangla kat sini…”
“Baru saya teringat, masa
saya pergi Keningau tempoh hari, kita orang singgah beli air mineral kat kedai
runcit di Kipuovo Penampang, masa tu dekat buka puasa, kat situ dah ada orang
Pakistan ke Bangla macam tu la yang buka kedai runcit dan dah kahwin dengan
orang tempatan. Sama juga masa saya ke Papar satu hari tu, kita singgah kedai
runcit, owner kedai tu orang Pakistan, saya tanya dia rakyat sini ke…dia kata ye la..dah boleh cakap slang
Sabah lagi…katanya dia dah kahwin dengan orang Papar…dengan orang Kadazan la
kot…”
“Kalau datang sini dan
mulakan hidup serta berkahwin, orang sini tak marah, tapi yang orang marahnya
bila datang buat kacau, mencuri, kacau anak bini orang dan macam-macam
jenayah…tu belum lagi campur dengan pendatang Indon dan Filipina…tak seronok
juga bila dah ramai orang luar, keadaan aman dah jadi rosak suasana…kalau dah
tau pendatang ni banyak bagi masalah lebih daripada manafaat, kenapa kerajaan
tak control kemasukan…ini semua business, betul tak uncle?”
“Saya sangat setuju dengan
kata-kata kamu tu…kalau di Semenanjung sekarang ni yang banyak buat hal pun
pendatang juga….ramai sangat pendatang sampai naik rimas..setengah tempat tu
dia orang yang dominate sampai anak bini orang di kerjakan…yang paling teruk
pak hitam gagak Nigeria yang dok rekrut budak-budak kita jadi kaldai dadah,
yang dari Amerika Selatan/Latin macam Colombia tu pula pakar pecah rumah…hidup
dalam negara sendiri tapi dah tak selamat…ni yang susah.”
“Orang besar-besar tak rasa
apa yang rakyat marhain macam kita ni rasa uncle, dia orang ada body guard,
duit melimpah ruah, tapi dia orang tak sedar kalau jenayah dah jadi penyakit
masyarakat yang susah nak di bendung, nanti anak cucunya pun terlibat sama baru
tau…nak harap kan abang polis saja untuk jaga semua, mana boleh. Setiap orang
ada tanggungjawab untuk keselamatan, tapi kalau dah longgar sangat prosedur,
bawa masuk pendatang asing tanpa screening dengan betul, ni la jadinya…”
Pandai dan banyak juga ilmu
Emilia ni, bila bercakap topik serius dia ada pandangan yang bernas yang boleh
di terima akal. Jangan difikir orang di pedalaman tidak canggih ilmu
pengetahuannya. Kadang-kadang orang silap anggap cuma fikir orang yang tinggal
di bandar itu saja yang canggih, pada hal yang dekat bandar itu lah yang banyak
penyakit. Sekarang zaman IT, segala info senang diperolehi dan sudah boleh kita
tengok dan baca atas katil.
“Yang peliknya, tak tahu lah
saya kat sini…kalau di KL, bila seorang penjenayah mati ditembak maka berarak
lah orang ke balai polis, ke mahkamah ke tunjuk protes, yang peliknya bila
polis yang mati takde sekor pun yang berarak….dah terbalik dunia sekarang ni,
orang jahat di sanjung macam hero dan yang menjaga keamanan tidak di pedulikan…tak
pelik ke tu…tak tahu lah saya sebab musabab kenapa ada setengah golongan yang
tak sukakan pihak yang menjaga keamanan…mungkin di sebabkan hal peribadi…entah
lah.”
“Ya betul tu uncle…kita pun
jadi keliru di buatnya. Tapi apa pun kita mahu negara yang selamat, stabil keadaan
politik, hidup rukun antara kaum, antara anutan ugama baru lah kita boleh
panggil negara maju, aman makmur. Kalau asyik dok bertekak fasal ideologi
fahaman masing-masing yang sempit sampai bila pun susah nak aman nak bersatu.
Macam di Sabah dan Sarawak ni ada berapa suku bangsa, kalau pemimpin ambil
mudah nanti satu hari berpecah belah lah jawabnya….sapa yang merana…anak cucu
cicit kita juga..”
“Serius betul kamu… uncle
suka orang muda macam kamu ada pandangan jauh tentang kehidupan. Tapi bila kamu
cakap anak cucu cicit kita tu yang menyentap hati saya…hahaha…”
“Kenapa pula uncle? Salah
cakap ke?”
“Bukan salah cakap…tapi
macam kita pula yang kahwin..ye la anak cucu cicit kita…kita tu sapa?”
“Mula lah lawak terkini tu
keluar..cakap dengan uncle ni kena berhati-hati sangat..silap jer cakap memang
kena la.”
“Apa pandangan kamu tentang
kahwin campur…mungkin jawapan kita sama. Saya nak dengar dulu apa yang kamu
fikir tentang topik ni.”
“Saya lah orang yang pertama
menyokong sekiranya ada rang undang-undang untuk kahwin campur ni…cuma bagi
negara kita yang berbilang bangsa ni kenalah bertolak ansur, jangan pula
mengambil kesempatan nak meluaskan dakyah masing-masing…tapi kalau nak kawin
dengan Lia boleh, siapa-siapa pun, janji dia Islam…beres selalu…”
Pandai betul Emilia ini,
macam mana dia boleh berfikiran matang macam ini pada hal pendedahannya dengan
dunia luar tak ada lah banyak sangat.
“Macam ahli politik pula
kamu ni…saya sangat setuju kahwin campur kerana itu adalah satu daripada cara
menuju perpaduan dan mengeratkan silaturrahim kekeluargaan dan membolehkan kita
memahami dan menghormati budaya masing-masing. Perpecahan pun boleh di elakkan.
‘
“Kenapa uncle berminat
sangat dengan kahwin campur ni…dah nak tambah kuota yang masih kosong tu ke.”
Tiba-tiba saja Emilia
menyoalkan soalan sensitif yang semua lelaki suka kecuali sebilangan yang tak
berapa suka di sebabkan mungkin berpenyakit atau alasan tersendiri.
“Kamu ni…kita cerita yang
betul dia buat main-main pula.”
“Habis tu beria-ia benar
nampak.” perli Emilia pada saya.
“Kamu tu pun sama gak
menyokong sampai nak gubal rang undang-undang lagi.” kata saya memulangkan paku
buah keras.
“Bukan nak gubal tapi
menyokong…sokong benda yang baik ok bah.”
“Betul tu bah,” jawab saya
penuh ringkas.
“Kita serupa, kita
serupa….ingat lagu Zainal Abidin?” sambil dia menggoyang-goyangkan tangannya di
udara.
“Maksud saya kiranya kaum
keluarga atau pun anak-anak saya ingin kahwin campur saya tak kan halang malah
menyokong…seperti kata kamu tadi calonnya mesti lah Islam…beres selalu.”
“Untuk anak-anak dan kaum
keluarga je ke? Untuk diri sendiri pula apa macam?” Di perlinya lagi saya.
Emilia ni pun satu macam juga autanya. Boleh tahan ayatnya.
“Dah terlewat…kalau masa
remaja dulu saya kat sini, tu mungkin berlaku…tapi sekarang kita bagi peluang
orang-orang muda macam kamu ni la untuk mempraktikannya.”
“Tua cara tua bangka cara
bangka apa salahnya.” baik sekali perkataan nya, kalau yang tak biasa mungkin
boleh sakit hati di buatnya.
“Tak payah la kamu nak
bangkitkan pasal ni..tak adanya saya ni nak ke situ lagi…tak lama lagi jadi
basikal lah saya ni.”
“Tak faham kenapa pula
basikal…lain macam jer bunyi…dari topik kahwin campur jadi basikal…pelik gak
ni.”
Emilia semacam kehairanan bila
saya menyebut perkataan basikal yang baginya tiada berkaitan.
“Kamu nak main teka teki
lagi tak?” Saja saya menanya untuk kepastian.
“Apa kena mengena pulak
ni…teka teki pula….ok…sahut cabaran sekali lagi….tapi kalau nak mengenakan Lia,
siap lah paha tu untuk di belasah kow kow punya…ada berani ke?”
Nampaknya Emilia ni takut
sangat saya kenakan dia lagi seperti selalu yang dia kena di perbodohkan.
“Ini bukan lawak bodoh tapi
yang intelligent punya….ok…teka tekinya macam ni….berupa soalan…mana yang lebih
tua umurnya di antara kereta kuda dengan basikal?...Kalau rasa terror cuba lah
jawab.”
Emilia memandang saya dengan
rasa hairan dan mengangguk-nganggukkan kepala sambil di kerutkan kening. Saya
membiarkan dia mencari jawapan.
“Uncle jangan nak bodoh-bodohkan
Lia tau…nanti kena cubit.”
“Kamu cuba lah jawab…tadi
segala topik sensasi kamu boleh faham, ni kan pula soalan senang macam ni,
mesti lah kacang buat kamu.”
“Soalan uncle biasanya mesti
tricky…lain yang di beri lain pula maksudnya…kadang ada triple meaning lagi, tu
yang buat susahnya.”
“Jawab je la…ni dah makin
tengah malam …takkan kita nak duduk kat sini sampai pagi nak tunggu jawapan.”
“Uncle ni betul la buat
orang sakit kepala…ok Lia teka ye…jawapannya mestilah kereta kuda.”
“Kenapa? Reasoning nya?”
Tanya saya pada Emilia agar dia memberi sebab yang mengatakan jawapannya betul.
“Ye la orang dulu-dulu naik
kuda, kemudian di reka gerabaknya…takkan lah orang naik basikal dulu baru ada
kuda…kalau salah juga jawapan ni siap lah paha tu uncle ku sayang….bersiap
sedialah ye…” logik juga jawapan yang di
berikan oleh Emilia ni, makin bijak nampaknya dia sekarang.
“Kalau macam tu tak nak
jawab lah saya…kita jawab betul pun kena cubit, tak pasal-pasal cari penyakit.”
saja saya nak kenakan Emilia sekali lagi.
“Lia dah tau punya ni mesti
kes tipu nak kenakan orang…kan tu speciality
uncle…kalau bab nak kenakan orang, nak sakitkan hati orang uncle memang
terbaik.’
“Tapi jawapan kepada teka
teki ni sangat logik.”
“Habis yang Lia jawab tu tak
logik ke…kalau ada jawapan yang lain pasti lah jawapan lawak bodoh.”
“Ok jawapan yang betul
adalah BASIKAL.”
“Dah agak dah ni mesti
jawapan lawak bodoh punya. Reasoning nya…hehehe kena tanya balik.”
“Cuba kamu fikir, orang muda
ke orang yang lebih tua pakai tongkat?”
“Mestilah yang tua, budak
tadika pun tahu jawapannya….tapi apa kena mengena dengan teka teki
tadi…..oooooo…dah tahu.”
Belum apa-apa satu cubitan
berbisa yang kow kow punya melekat kat paha saya, sampai saya menggeletar
menahan sakit lalu saya menarik telinganya sambil menahan sakit.
“Kan kan kan dah kena, padan
muka tu.” sambil mengetap bibirnya sementara tu dikuatkan lagi cubitan ke atas
paha saya.
“Kamu ni buat uncle
lebam-lebam la…tadi sebelum kamu ni dah kena penangan Liz punya jari kayunya,
ni pula kena jari sepit ketam batu…betul lah kamu orang ni nyusahkan la…”
“Lain kali jangan lah asyik
nak bodoh-bodohkan orang…..ingat sikit.”
“Kalau saya duduk dengan
kamu dan Liz tak sampai seminggu boleh kojol saya dengan lebam-lebam…mesti
keluar surat khabar…seorang bangka mati kelebaman…eh..betul ke tu perkataan…ah
bantai je la…di sebabkan oleh angkara dua orang gadis sunti Kadazan Dusun….femes
satu Malaysia kamu..”
“Dan menurun lah saham sumandak
Kadazan Dusun sampai kena gulung tikar
dan kena tindakan receivership oleh security commission…hahaha kelakar sungguh
la uncle ni.”
“Dalam hidup ni kamu perasan
tak…?” belum habis saya cakap terus di potongnya ayat saya.
“Tak perasan pun…”
Sambil dia ketawa kelucuan
sekali sehingga membuat saya juga tak dapat menahan ketawa.
“Kamu ni potong stim betul
la…cepat kilat di potongnya….maksud saya kalau hidup tak ada di selang seli
dengan bahan ketawa dan gurau senda asyik cerita benda yang serius saja tentu
lah boring yang amat, tapi kalau asyik jenaka saja orang pun tak hormati kita
kerana macam jadi orang bodoh…jadi kita kena pelbagaikan rentak dan irama baru
lah tarian jadi asyik..”
“Ya…ada logiknya…tu pasal
Lia teringat bila wanita nak pilih teman hidup dia orang banyak yang cari
lelaki yang sudah tentu lah berharta, ada kedudukan, beriman dan ada sense of
humour…sekarang Lia dapat rasa apa yang di maksudkan.”
“Bila kita amati ciptaan
Allah kenapa bunga-bunga berwarna warni, binatang, unggas, ikan juga manusia
berbagai bentuk rupa dan warna…tengok saja pelangi..tak pernah orang cakap
pelangi tu buruk warna…ada lah juga kalau yang buta warna…kalau macam orang
buta warna, semua warna nampak sama, tiada yang menarik kan…macam kamu ni yang
buta hati dan warna…mana yang menariknya…”
Sepantas kilat Emilia bangun
berdiri lalu di pijak-pijaknya kaki saya. Sakit terasa, sudah lah saya pakai
kasut kanvas kalau kulit atau boot ke ok lah juga dan untuk menghindarkan
perbuatannya berlarutan saya sentap shawl kat tubuhnya sampai tercabut dan saya
letakkan di belakang saya.
“Bawa balik shawl tu, nanti
kena lipat maut kan pula” sambil dia menjerungai ke atas badan saya untuk
merampas balik shawl nya. Saya masih menarik-narik shawl tersebut ke sebelah
kiri saya, akhirnya dia menolak saya ke atas pangkin sampai terlentang sambil
dia merampas balik shawl nya.
Kami ketawa semahunya pada
malam yang sedang merangkak ke arah dini
hari. Geli hati tak terkira.
“Dah lama tak bergurau macam
ni. Last sekali Lia macam ni masa dengan Haikal, kat sini juga lah…tempat ni
lah yang menjadi saksi segalanya….indah sungguh waktu itu…tapi terkenangkan
kembali saat-saat manis yang tak akan berulang lagi setelah dapat tahu yang dia
sudah tiada lagi..Liz dan Lia selalu ke sini dan sama-sama menangis dan sangat
terkesan di hati dengan kehilangannya.”
Emilia tiba-tiba saja
menjadi hiba dan dapat saya lihat kesedihan terbayang di wajahnya yang sedang
mendokong rasa gundah. Saya juga boleh bayangkan kiranya semua itu terjadi ke
atas diri saya. Saat kami bersenda gurau tadi betul-betul membangkitkan
keindahan rasa tentang hebatnya jalinan satu persahabatan tambahan lagi jika
persahabatan itu yang di dasarkan oleh rasa cinta kasih sayang seperti apa yang
berlaku ke atas Emilia, Elizabeth dan Rafael Haikal. Saya orang luar dari
lingkungan cinta mereka pun dapat merasa keseronokan walau pun hubungan saya
tidak berlandaskan seperti apa yang mereka bertiga lalui.
Sambil duduk seperti orang
yang sedang termenung mengenangkan sesuatu, lalu di bungkusnya badannya dengan shawl
yang di pakainya kerana embun dingin bersama gerimis malam sedang turun
perlahan. Saya pun merasa kesejukan sambil kedua-dua tangan saya pelukkan pada
badan saya agar dapat meninggikan suhu badan.
“Setelah Lia pasti
betul-betul Haikal naik dan berehat di biliknya, Lia pun perlahan-lahan
memanjat tangga kearah bilik rehat di
tingkat satu. Semacam ada satu perasaan yang sedang berkecamuk. Lia pun tak
tahu macam mana nak terangkan…..setelah merebahkan badan ke atas tilam, Lia tak
dapat nak lelapkan mata. Teman-teman sebilik ramai yang sedang dan sudah di
lamun mimpi. Lia terkelip-kelip dalam kepekatan malam…..…..eish…apa aku ni
asyik terbayang wajah mamat bingung tu…bisik hati Lia…aku kan tak ada apa-apa
hubungan dengan dia…yang kau asyik muncul ni kenapa …gelisah betul Lia di
buatnya malam tu.”
“Dah mula kena penyakit
angau la tu…memang kalau kita bergaduh, peristiwa tu yang boleh mengganggu
fikiran, kalau macam yang biasa-biasa orang dok kacau-kacau tu senang boleh di
lupakan kerana perkara tu tak berkesan sangat di hati…betul tak apa yang saya
cakapkan ni…?” Kata saya kepada Emilia agar dia kembali rasional dengan perbuatannya.
“Macam biasa terjadi kat
uncle jer bunyinya ni….ada pernah ke jadi macam tu masa tengah hangat bercinta
dengan auntie dulu….oh ya auntie tu uncle panggil apa?”
“Ada lah juga terjadi, tapi
cerita kita lain kerana kita belajar sama-sama satu kelas pula tu..tapi ada lah
benda-benda yang boleh di buat pengajaran…saya selalu panggil dia Mem kalau
saya nak rujukkan dan cerita dengan kawan-kawan….”
“Mem tu Lia tengok cantik
orangnya, putih dan hidung mancung semacam, Lia ingat tadi dia orang macam
keturunan Arab…anak-anak uncle yang perempuan bukan main lagi cantik…yang
lelaki tu macho semacam….hai seronok tengok keluarga yang bahagia…kalau Lia
jadi anak uncle mesti syok kan…”
Emilia semacam mengeluh.
Saya kena kembalikan keadaan supaya menjadi normal takut nanti Emilia
terbawa-bawa dengan perasaan tentang kehilangan orang yang tersayang, jadi saya
kenalah mainkan peranan agar dia tidak dijengah kesedihan dan saya perlu buat
dia bahagia seolah dia adalah sebahagian dari keluarga saya.
“Mana tau satu hari nanti
kamu adalah sebahagian keluarga kami…apa-apa pun boleh dan tak mustahil
berlaku..,”
“Kalau betul-betul terjadi
alangkah seronoknya Lia, mesti Lia syukur sangat-sangat…..tapi macam mana pula
ye..siapa yang nak jadi sebahagian dari hidup Lia dalam keluarga uncle…”
“Macam-macam Lia, mungkin
saudara mara saya atau saudara sebelah Mem…mana tahu..”
“Mungkin juga, masuk akal
tu, boleh di terima pakai juga otak uncle yang dah season ni.”
Saya bertanya pada Emilia
bagaimana seterusnya perkembangan kisahnya dengan Haikal. Makin menarik pula
kisahnya sampai saya tanpa tak di duga tiba-tiba sangat teruja sama sekali
untuk mengetahui selanjutnya.
“Masa sarapan pagi Lia tak
duty, kerana masuk kerja shift petang. Lia tak jumpa lah Haikal masa breakfast
tu. Sebelum subuh Lia selalu pulang ke rumah untuk solat subuh…pagi hari tu pun
sama.”
“Jauh tak rumah dengan
resort ni…kamu kata balik jalan kaki je.”
“Tak lah jauh…lebih kurang
jalan kaki 10 minit je…kat hujung sana tu je, selepas selekoh tu, kan petang
tadi Lia dah bagi tau kat uncle..lupa dah la tu…nyanyok dah ni.” Sambil Emilia
tudingkan jari ke arah rumah tempat tinggalnya seperti yang di maksudkan.
“Ya tak ya juga kan…alahai
dah makin tua rasanya diri ini.”
“Kalau dah sedar diri tu
siapa, bagus la macam tu, jangan asyik nak rasa diri tu tak tua-tua.”
“Sedap betul kamu mengata
orang ya..tunggu lah masa kamu nanti, entah-entah nanti kamu bongkok tiga duk
atas tikar je.”
Saya meminta Emilia
meneruskan ceritanya, kerana kalau asyik bercerita hal-hal lain sampai ke sudah
ceritanya tak habis.
No comments:
Post a Comment