Monday 1 December 2014

mahsuri lagenda langkawi ada di phuket...wow ..

bismillah





Mesti ramai yang pernah sampai ke Langkawi kan ..tul tak?...Sekarang pulau ni dah jadi pusat pelancungan tersohor dan merupakan sebuah  pulau bebas cukai pertama di Malaysia...Saya pernah ke sana semasa terlibat dengan pojek pelancungan sebuah pulau di sana untuk Hicom Berhad...ia itu Rebak Island Resort...Sebelum mendarat di airport kita akan cross pulau ni...Keluasan pulau ni lebih kurang 300 ekar.


Mengikut kisah kawan2 yang penah ke sana..Pulau Rebak kononnya ada orang halus tinggal kat pulau ni..Malam2  ada pompuan comel datang kat tepi tingkap bilik tanya anak kucing dia..Tapi makhluk ni berdiri sama tinggi dengan tingkap..2nd floor..kan nampak macam pelik gak tuh...macam terapung lak yer... Kat pulau ni juga ada sebuah telaga purba di atas bukit ...Ramai kontraktor kata ada jumpa makhluk anih...macam pompuan cantik gitu...Kononnya ada kontraktor tak nak lagi ke sana dan ada yang demam....

Masa saya sedang menyediakan Master Plan untuk resort tu saya selalu gak bermalam di pulau tersebut...Takde apa2 pun saya jumpa yang pelik2...Mungkin makhluk tu tengok orang gak kot..tak minat dengan saya la tu...hihihi...Jangan cakap besar bro...huhuhu selisih la...


Saya paling sonok dok lepak2 kat depan Bangunan MARA dan juga kawasan Hotel Grand Continental kerana di situ terdapat banyak gerai2 makan dan walking distance dengan Dataran Langkawi...Di kawasan hospital lama ni la terdapat klinik tempat Tun M buka kliniknya...Di Langkawi ni ada galeria khas untuk Tun M. Saya selalu abihkan masa dengan merakam memori melalui painting di tepi laut...Saya suka tengok air pasang surut kat Kuah tu...Memang indah sangat melihat matahari terbenam...waaah teruja ni...



Di bandar Kuah, kira macam Bukit Bintang kalau kat KL...CBD of Langkawi...Dulu kat tepi laut tu ada restoran sea food..my sis in law yang usahakan kan restoran tu...Bangunan di buat dari kayu bentuk ciri2 rumah tradisional Melayu..Memang cantik, lokasi lak tepi laut...Sekarang restoran tu dah di robohkan untuk bagi laluan pada pembangunan lain...Menara Intan.. second tallest Telco Tower in Malaysia after KL Tower..the tower with bubble lift..for panoramic viewing up and down...estimated GDV of RM800million at that time...

Dulu di cadangkan nama tower tu sebagai Menara Mahsuri ..Saya lebih prefer guna nama Mahsuri... Ye la, tu kan lagenda bagi Langkawi..di tukar la pulok kepada Menara Intan...Entah nape?..Ada la yang tersirat..biasa la tu..Sekarang ni entah apa lak nama menara tu..Orang lain cipta dan cuba kekalkan sejarah..kita ni suka2 nak erase...


Saya ada sentimental value dengan pojek ni...saya Master Planner untuk keseluruhan scheme tu...dan yang paling menarik fees pun tak dapat di bayar abih sampai sekarang...Nice experience anyway....Dapatlah wat tebal folio nanti..Nak cakap apa lagi kan...dah nasib jadi consultant...dah sinonim orang tak bayar in full ni...Macam2 alasan...dah dapat approval pun...no reason anymore actually not to settle the fees..huuu.



Tu intro kepada topik ari ni..Jangan marah babe..Topik kita pasal Mahsuri...Rilek la jangan dok cepat marah..slow2 kita citer...Tengok kat bawah ni painting Mahsuri ...masa muda..


Kisah Mahsuri ni kira macam kisah Joan of Arc la juga..Helen of Troy pun ye ..Kisah benar la kiranya..Langkawi dengan Mahsuri ni dah sinonim..


Kalau ikut lagenda la..cam ni citernya..

Mahsuri satu famili ni asalnya dari pulau Phuket..Pindah ke Langkawi nak cuba try life baru...Mahsuri ni kira2 paling comel paling cun la kat Langkawi tu..Jadi idaman laki2 la jugok masa tu...Kalau kita ada zaman tu pun mungkin kita tergolong dalam kategori dok angau kat Mahsuri la gak kot...


Dalam ramai2 tu ada sorang balak ni Wan Darus yang dapat menambat hati Mahsuri....Wan Darus ni kira seorang pahlawan...Kira macam panglima gak la..gedebe pun dia ni...Kalau ayam ketik tungau mana leh pikat Mahsuri....sah la Mahsuri pun ada gak taste...ferrari punya taste la tuh...Jadi  biasa la suaminya tu di tugaskan untuk jaga keselamatan negeri...Kuar umah berminggu baru balik dok redah lautan dan daratan gunung ganang yang ada pengganas....Bukan senang keje tu..macam geng APMM dok jaga perairan Sabah la kot ..


Mahsuri asyik kena tinggal je la..Ada seorang mamat ni budak kampung situ la....baik dengan Mahsuri ni..Deraman namanya...ookkaloh nak jadi citer lak...Mungkin Mahsuri ni nak minta tolong kopek kelapa ke apa atau minta tolong Deraman ni tumbuk padi atau pegi tangkap ikan haruan, keli, puyu ke mana kita tau..Ya la suaminya takde..kena la minta tolong orang lain....Orang kampung lak jenis busy body...dah mula buat mulut konon ada affair/scandal dua orang ni..Mahsuri nafikan..Berita ni sampai kat Penghulu..apa lagi...Memang Penghulu ni dok jeles lama dah..ni la peluang nak balas dendam pun....Kalau sekarang penuh lam FB dan G+ berita sensasi gini...ramai la yang jadi keyboard warrior...

Lalu Penghulu perintahkan hukum bunuh...Senang2 jer nak bunuh orang...main jatuh hukuman cam tu jer...Tiada mahkamah rayuan pun...Suh tikam jer...aduuh ..kejam tul...Kononnya Mahsuri di ikat kat batang kayu...Tikam punya tikam tak jadi apa pun... tak lut...Dah banyak kali tikam mungkin Mahsuri dah boring kot kena tikam tak jadi  apa ...Lalu dia bagi tau kalau beria2 nar nak bunuh dia, cuma ada satu jer cara...kena guna keris pusaka..tikam baru lut..Setengah kata ngikut lagenda gak la...Mahsuri di sula ...Yang mana satu tak tau la..

Tapi kiranya masa darah kuar tu darah putih...nak tandakan bahawa dia tak salah..Masa tu burung helang dok terbang berlegar2 memayungi Mahsuri yang tengah tenat tu....Cuma satu jer yang saya musyhkil...Nape Mahsuri bagi tahu cara nak bunuh dia?...Kalau dia biarkan orang tikam sampai suami dia balik kan leh selamat la ...tapi...kalau dia tak mati maka takde la lagenda dan juga sumpahan Mahsuri kan...Macam biul pun ye gak saya ni kan...bukan biul...tu kreativiti...otak berfungsi...hehehee.


Sebelum menghembuskan nafas terakhir Mahsuri sumpah bahawa sampai 7 keturunan la Langkawi akan jadi padang jarak padang tekukur....takkan maju punya, gitu la kiranya...Pah tu la Siam dok attack Langkawi ...last sekali tahun 1821 baru berjaya kuasai seluruh pulau...Masa tu la orang kampung bakar beras, kononnya daripada bagi kat orang  Siam baik sama2 tak makan nasi...Tak cedik gak tu..Siam balik makan nasi kat kampung dia...tapi orang2 yang kat Langkawi berlapar..Kononnya masa tu kira strategi yang paling cun, paling canggih  la tu..Sapa punya idea macam tu..hihihiii.


Lain lak dengan orang Jepun masa perang dunia kedua dulu...Dia orang dah stok makanan untuk tempoh 12 tahun...Kalau perang tu lama lebih daripada 12 tahun kira nasib la...Ni kira cedik sikit la pada geng Langkawi tu...Ada stok beras gi bakar lak...Kan beza tu strategi nya..kihkihkih...Masih ada lagi sekarang ni beras terbakar kat Padang Mat Sirat tu.....Nak kata gagal 100% idea tu tak la gak..Sekurang2nya sekarang ada gak la tourist datang..Kalau pencetus idea tu ada atau tahu mesti dia sonok gak...Takde la orang kata idea dia tu tak logik langsung....Ada gak guna akal cam ni...after thought design...kena guna as built plan la..hihiiii...



Kadang2 bila di fikirkan balik..sebelum 1988...memang Langkawi tu nothing..takde benda..Macam Mahsuri cakap la 7 keturunan....Maknanya kau bawa lah consultant terbaik pelabur hebat mana pun..memang tak leh nak take off...Macam tul lah pulok sumpahan tu... Semua tu mungkin coincidence jer..Sebenarnya tiada yang kebetulan...Allah yang tahu segala perancangan..everything has been planned...kita kena usaha, doa, redha dan tawakkal...Semua terjadi dengan izin Allah jua dan mesti bersebab...



Selepas Mahsuri mati kaum kerabatnya berpakat pindah pegi Phuket...tapi tak tau lak apa jadi dengan Deraman dan Wan Darus tu...Deraman tu pun mestilah kena hukum gak kot macam citer Semerah Padi tu..Wan Darus ni kawin lagi ke tak pun tak tau sangat kerana kurang pendedahan tentang kisah hidupnya...Ahli sejarah Kedah tau la kot.....Takpe la tu tak penting sangat pun..ni kita citer kisah Mahsuri...


Kira kalau ada lagi keturunan Mahsuri di Phuket, mesti la ada bukti yang Mahsuri tu penah ada anak...Kalau takde anak mana nak datang salasilah keturunan tu...Kita tengok kat sini asal usul mereka yang ada kat Phuket tu......




Salasilah gynaecology..

Mahsuri...> Wan Agim..> Wan Hakay..> Wan Hussein..> Wan Hussein/Chern Yayee..> Wan Nawawi/Suwan Yayee..> Wan Aishah/Sinintra Yayee...

Jadi jelas lah kat sini memang ada keturunan Mahsuri ni yang masih hidup...Keturunan ke 7 tu adalah Wan Aishah...bapa Wan Aishah ni Wan Nawawi seorang drebar tut tut kawin dengan Wan Sumaini bt Karim yang juga ada darah keturunan Mahsuri...dia ni kerja di bidang perhotelan..Ni la mereka...Memang ada pun...waaaah...menarik ni..


Kisah Wan Aishah ni memang sensasi di tahun 1990an. Masa tu umur dia 12 tahun...comel budak tu...Memang boleh caya la kalau kata keturunan Mahsuri yang di anggap paling comel zaman tu di Langkawi...Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang berusaha membawa Wan Aishah ni ke Malaysia..Tahun 1998, di adakan pula ekspedisi lawat Phuket..Makin berkembang lah kisah Wan Aishah ni...



Wan Aishah ni pernah di jadikan anak angkat Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd..dan telah mengaturkan pelbagai program untuk macam2 acara dan aktiviti berkaitan Mahsuri..Wan Aishah ni penah belajar di UIAM selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran di bidang komunikasi di University of Bangkok...




Pada tahun 2009 dia bertunang dengan seorang pemuda sekampungnya yang juga menuntut di tempat sama. Tahun 2010, pada 23hb April dia melangsungkan perkahwinan dengan Alee Tongyoon, seorang usahawan muda di bidang perhotelan...Majlis kahwinnya juga di buat di Langkawi....Mereka di arak dari jetty lebih kurang 500 meter oleh 50 ahli Pirate's Bikers ....Hadir sama adalah orang2 kenamaan Langkawi seperti YB Wakil Rakyat dsbnya serta datuknya iaitu Wan Hussein 72 tahun, ibunya Wan Sumaini 46 tahun juga bapanya Wan Nawawi 46 tahun...



Kalau teringin nak tengok wajah Mahsuri pegi la ke Phuket...Kabarnya Wan Aishah ni jadi wartawan...Tu kata dia masa dia kawin dulu la...

Although Mahsuri has long gone with her epic life story...the legend still exist, not only in spirit but in reality with the presence of her ancestral downline...This is a true story that becomes part and parcel of the famous tourist island of Langkawi...





























sekian terima kasih...harap2 paparan ni ada la guna untuk di buat rujukan kalau ada yang kena mengena dengan kisah Mahsuri...






No comments:

Post a Comment