bismillah
Saya pun terkejut gak tengok ada macam2 jenis midin ni...dan ada yang mempunyai gred2 tertentu mengikut species dan kebaikan/kelebihan tersendiri....Cer kita tengok apa yang di maksudkan dengan gred2 midin ni....Menarik gak untuk di ketahui...
Gred 1
Sifat tanaman ni ...punyai struktur pucuk yang kemas/tight fiddleheads, bergulung rapi, batang yang lurus dan berisi dengan daun yang sangat kurang.
Rasanya sangat enak, crunchy...sedap di masak secara goreng stir fry...Banyak di hidangkan di restoran2 ternama dengan harga yang berpatutan.
Gred 2
Struktur pucuk yang sedikit terbuka/loosen fiddleheads, batang yang sedikit halus/kurus, lebih banyak daun pucuk, tidak se rangup macam gred 1 dan kurang berisi pada batang nya...
Gred 3
Struktur pucuk yang lebih terbuka/loosen fiddleheads, berdaun lebih kat batang dan batang nya pun lebih kurus tanpa banyak isi/flesh...kurang rangup dan lebih kering...
Gred 4
Boleh di kata tiada pucuk bergulung/no fiddleheads, batang yang agak keras dan kering dan tiada rangup dan semacam berhampas.
Gred 5
Campuran batang, pucuk yang bergulung dan terbuka....batang pun lebih rangup kerana saiz nya besar serta lebih berisi dan berair...Setengah orang lebih suka gred 5 ni berbanding dengan yang lain2...Walau pun lebih murah tapi mempunyai penggemar tersendiri...Memang sedap pun untuk di makan...goreng belacan dengan campuran sea food....terbaik.
Kalau kita lihat cara peng 'gred' an tu kita dapat lihat dari segi kualiti rupa bentuk midin tersebut...Untuk gred 1 harga mencecah RM10 untuk 100g...tu yang fresh belum di masak...Menjadi makanan turun temurun bagi kaum pri bumi di SS/Sabah Sarawak..Tu la pasal tanaman ni sangat popular di SS dan macam menjadi satu kemestian untuk mencuba sayuran ni bila sampai ke SS...ni merupakan makanan exotic bagi penduduk sana...
Saya penah makan midin ni...Memang pun sedap...Kalau sapa2 suka pucuk paku maka midin ni juga akan menjadi favourite la juga. Sifat nya yang crunchy dan sedikit berlendir tu sebenarnya yang buat sayuran ni istimewa banding dengan lain2 sayuran...Setengah orang berkata...mengikut kajian la...pokok yang berlendir ni sangat bagus kerana mempunyai daya tahan untuk radio active...makna nya hebat la tumbuhan ni....Selain tu tumbuhan ni juga mempunyai medicinal value yang tinggi..
Selamat mencuba dan makan lah banyak2 sayuran demi kesihatan.
sekian terima kasih kerana sudi nengok2 jurnal ni....wasssalam...till next change...
thanks to xiau feng huang for some of the photo illustrations...
No comments:
Post a Comment