Lepas tu Emilia membuka
shawl nya sambil membongkokkan ke arah saya lalu menyangkutkan shawl itu di
leher saya. Kehairanan juga saya dengan perbuatannya itu.
“Ini special hadiah untuk
uncle Lia nobatkan sebagai sifu Lia sepanjang hayat,” sambil dia menarik-narik
shawl yang tersangkut di leher saya menjadikan saya tersandung ke depan.
Dalam kelakar ada juga
perasaan sedih menyelinap di hati saya. Terfikir oleh benak saya bahawa mungkin
ini adalah antara caranya untuk dia melepaskan rasa rindu dan mengubati hatinya
yang kosong dan pilu bila mengenangkan ibu bapanya dan seseorang yang pernah
bertamu di hatinya. Saya layan dia sepenuhnya tapi sudah tentulah dalam
keterbatasan susila antara lelaki dan perempuan yang masih mempunyai
nilai-nilai rasa hormat dan sempadan tertentu antara satu sama lain.
Lama juga kami di situ tapi
tak terasa malam makin menjauh. Dingin malam mungkin membuat keadaan jadi
terbuai oleh keceriaan bersama dan menjadikan sempurna nya malam.
Kemudian Emilia meneruskan
kembali ceritanya.
‘Eh apa benda dalam beg
plastik ni…macam alat nak gi perang
jer ni.’
‘Memang nak perang la kejap
lagi’
‘Tak faham saya ni dengan
gelagat pelik kamu….ada pisau ke pistol dalam beg ni’
‘Takut la tu
nampaknya…alahai pesilat pun jadi penakut…dengan perempuan pulak tu’
“Lia tak sengaja dok main
perli Haikal lagi pada hal Lia dah nekad nak bersopan santun.”
‘Ini dia flask air panas
yang mengandungi teh ‘o’ yang saya bancuh khas untuk awak dan ni roti kering
yang terbaik untuk di minum bersama teh ‘o’ panas…dan yang dalam botol kecil ni
adalah minyak urut’
“Sambil Haikal memegang
botol minyak urut tu, dan di dekatkan ke matanya untuk melihat sesuatu pada
balutan botol tersebut.”
‘Ini minyak Wan Muda…mana
kamu dapat minyak ni…susah nak dapat, hanya di Kelantan saja ada’
‘Dulu ada keluarga dari
Kelantan bermalam di sini dan waktu tu ada staf kat sini terseliuh kaki, jadi
kebetulan pak cik tu pandai ngurut, selepas dia ubatkan staf kita tu, dia
tinggalkan buat kami dua botol minyak urut ni…memang bagus minyak ni…awak ambil
la atau nak saya sapukan kat belakang tu’
“Haikal tersipu malu. Lia
pun terlepas cakap, malu juga rasanya pada Haikal, macam nampak sangat Lia ni
nak sentuh dia.”
‘Maaf lah kalau saya
terlebih pula cakap…bukan maksud saya nak…..nak tolong sapukan jer kerana mana
awak sampai tangan nak sapukan minyak ni’
‘Eh tak pe jangan
susah-susah saya ok lah tak de apanya’
‘Awak ni asyik terbatuk
mungkin kerana pukulan saya dan juga kerana cuaca sejuk…nah minum ni.’
“Sebenarnya tadi Lia naik ke
bilik rehat dan ambilkan teh ‘o’ panas dan roti kering untuk kami minum
bersama…Lia kesian tengok Haikal asyik terbatuk saja ketika sedang seronok
bercerita.”
‘Sejuk sikit tu ada la
terasa, tapi ok sedap juga cuaca macam ni…saya batuk ni mungkin bertukar
cuaca…di KL memang tengah kering’
‘Ooo ye ke, saya tak pernah
lagi ke Semenanjung…KL ke…mungkin satu hari In sha Allah.’
‘Mana tempat yang teringin
sangat kamu nak pegi di Semenanjung tu selain KL?’
‘Kalau di izinkan saya nak
ke Kelantan, saya dengar negeri tu kaum wanitanya ramai yang berniaga dan juga
menurut kawan-kawan yang pernah ke sana, makanan nya wow banyak jenis dan lazat
sekali…betul ke…awak pernah pergi sana?’
‘Ya saya suka makanan
Kelantan dan orang-orang di sana pun ramah…betul kata kamu tu yang wanita
Kelantan terkenal dengan budaya perniagaan…itu tradisi mereka…kalau yang
berniaga di pasar tu, biasanya suami mereka kerja kayuh beca dan isteri di
pasar…dia orang sangat enterprising…’
‘Eh seronoknya…bila la boleh
sampai ke sana…dengar cerita orang perempuan Kelantan tu cantik-cantik, kawan
saya kata kalau perempuan Pasir Mas memang boleh tergoda kalau lelaki
tengok…betul ke?…Lia pernah baca majalah…ada seorang kakak pelakon tu dari
Pasir Mas, memang cantik betul…jap..aaaa…dah ingat kak Noniswara…cantik tu
kan..’
‘Cantik tu bagi saya
subjektif…tapi tak di nafikan juga yang kebanyakan perempuan Pasir Mas
lawa-lawa, tapi bagi saya setiap tempat dan etnik mempunyai kelebihan
tersendiri…saya tengok kamu ni dalam golongan yang sangat cantik, putih,
tinggi, tak kurus dan tak juga gemuk...kira sedang-sedang, menarik untuk di
pandang…ni bukan puji tapi kenyataan.’
“Uncle tahu apa yang ada
dalam perasaan Lia bila di puji begitu…oh…rasa panas dan merah padam muka…geli
segala sendi jadi macam longlai, seronok tak terkira, tapi Lia control sehabis
mungkin tak nak dia nampak yang Lia ni boleh di beli dengan pujian singkat…tapi
dalam hati rasa macam nak cium tangan dia.”
‘Awak ni buat saya jadi malu
lah…kita citer pasal lain lah…awak pernah sampai Kelantan ke?’
‘Ada juga la…asal usul
memang Kelantan tapi berpindah randah sejak remaja lagi…tapi tahu lah adat
budaya dia orang...rumah nenek saya pun di Pasir Mas…’
‘Oh macam tu kisahnya, kira
awak ni ada darah Kelantan lah ye…orang Pasir Mas lagi tu…padanlah…’
“Lia hampir tersasul nak
cakap dia tu kacak, tapi nasib baik tak terlepas kalau tidak malunya Lia.”
‘Menurut kata nenek saya,
dia orang tu asal keturunan Syed ada lagi keluarga nenek saya yang masih
memakai nama Syed tapi bila sampai ke nenek, datuk kita orang dah buang semua tu, kata nenek, datuk cakap susah
nak cari makan…kerana mulut masin…saya pun tak lah ambil endah pasal tu..’
‘Itu identiti….awak tak
bangga ke dengan asal usul awak tu?’
‘Saya rasa sama saja lah
yang penting kita ni hijau ke kuning ke biru ke semua darahnya merah…yang
membezakan seseorang itu ialah iman nya dan amal nya...itu yang menentukan
siapa kita sebenarnya…’
‘Pernah saya dengar ustaz
cerita masa sekolah dulu, keturunan yang baik-baik juga menjadi salah satu
criteria dalam memilih calon suami atau isteri dan pemimpin…jadi keturunan pun
ada memainkan peranan juga.’
‘Betul kata kamu tu…contoh
kalau pemimpin tu dari golongan miskin nanti merosakkan diri bila dia asyik
terlibat dengan rasuah untuk cepat kaya…tapi kalau seseorang tu dari golongan
berada yang menjadikan duit bukan segalanya maka ok lah jadi pemimpin….entah
lah...tapi sekarang tak kira miskin kaya sama-sama terlibat rasuah kerana duit
dah jadi ukuran kepentingan diri dan politik…yang rosaknya rakyat jelata dok
tanggung derita…eh…lain macam pula topik kita ni…heavy sikit…awak ok ke?’
‘Di sini dulu-dulu pun sama
juga kebanggaan dengan keturunan…ada yang Datu, Pendikar, Kapitan, Bung dan
macam-macam lagi lah tapi sekarang ni makin hilang kebanggaan pada title yang
sedemikian…sekarang orang gila dengan pangkat Dato, Dato Seri, Tan Sri dan
lain-lain…kadang kala terfikir untuk apa semua itu…’
‘Kamu ni kira hebat juga
pengetahuan am ye…saya setuju dengan kata kamu tu…dulu-dulu title keturunan
jadi penting tapi bila generasi baru buat hal, contoh tak berpelajaran asyik
enjoy saja, terlibat pula dengan aktiviti yang tak sihat, maka dengan
sendirinya title tu dah jadi bacul…samalah dengan pangkat Dato, Dato Seri dan
lain-lain tu sebenarnya untuk rasa gah terutama sekali untuk tujuan bisnes tapi
bila dah ramai sangat maka pangkat anugerah tu kurang nilainya…ada Dato yang
penjenayah, penipu, makan rasuah macam-macam lagi dan akhirnya merosakkan
institusi itu sendiri…dan dengar khabar angin…entah ye ke tidak tak
taulah…orang sanggup nak dapatkan title Dato dengan membayar ratusan ribu atau
jutaan untuk title yang lebih prestige….tak faham saya……kan elok kalau duit tu
di buat rumah perlindungan ke…ramai rakyat yang susah ada banyak lagi…tapi
kerana untuk bermegah dan rasa di hormati…tu lah jadinya’
“Panjang lebar Haikal
bercerita mungkin ada sesuatu yang terbuku di hatinya tentang apa yang di
ceritakan tadi.”
‘Dunia sekarang ni penuh
kebendaan…nilai murni baik budi sopan santun orang dah tak pandang lagi. Kalau
naik kereta besar rumah besar dan ada bini besar lagi lah nampak gah…ramai
orang suka kepada benda yang besar-besar…awak macam tu juga ke?’
‘Pernah kawan saya cakap,
setengah orang bila saja dapat Dato, kalau tak panggil Dato lalu di marahnya,
mesti panggil Dato pada hal dulu sama-sama masuk toilet kencing free, sekarang dah dapat Dato dalam toilet
pun kena panggil Dato…dan setengah tu pula ada yang gila glamor bila dapat PhD
mesti panggil Dr….ni satu hal lagi…macam-macam gila manusia…in reality yang
dapat PhD tu cuma buat thesis tentang satu subjek/topik saja, bila dah graduate
kalau tak panggil Dr. masam muka semacam…kononnya I deserve it…dia tak sedar
perbuatannya dah di kira angkuh…tapi mengaku Islam…sebenarnya PhD. tu hanya
segulung kertas di beri atas usahanya menyiapkan thesis…itu saja…kadang-kadang
ilmu dan pengetahuan orang yang berpengalaman…hands on, street smart lebih
hebat nilainya , tapi dah tak ada kertas bergulung maka orang pandang
rendah…tapi di negara maju sekarang orang ada skill lebih tinggi nilai harga
diri mereka…dia orang tak nilai kertas tapi result tu yang penting…saya minta
maaf.. dah kena dengan topik tu yang
jadi hangat…maaf ye’
‘Saya suka topik yang
membuka perspektif minda…kadang-kadang subjek yang ilmiah saja
membosankan….saya lebih suka yang praktikal berbanding ilmiah…praktikal yang di
alami sendiri seribu kali ganda lebih baik daripada kajian ilmiah yang dok
mengkaji hak orang lain lepas tu bla bla bla dapat scroll…macam tu la
kan….hai…seronok betul la malam ni’
“Sebenarnya uncle masa
sekolah dulu Lia suka sangat tengok internet, dalam tu boleh dapat macam-macam
ilmu, jadi Lia tengoklah apa benda subjek yang Lia suka, tu yang buat Lia macam
tahu banyak benda, sebenarnya internet punya hal.”
“Bagus apa macam tu,
daripada dok lepak kat shopping complex dengan perangai yang tak senonoh dan
bila pelancung tengok macam tu la
masyarakat pri bumi di negara ni…baik macam kamu ni sekurang-kurangnya bekerja
cari pengalaman, mana tahu rezeki kamu satu hari nanti kamu juga akan ada
resort sendiri.”
“Amin moga termakbul doa
tu…semoga di murahkan rezeki kita berdua dan di panjangkan umur uncle yang Lia
sayang ni.”
“Kamu tu kalau tak kenakan
uncle tak sah jadinya…perli uncle lah tu.”
“Uncle ni kita ikhlas
lah…bagi kan penumbuk baru tahu.”
“Yang hutang dulu tu pun
belum langsai ada hati nak bagi yang baru.”
“Mana ada hutang dengan uncle…..hutang
apa?”
“Kamu ingat baik-baik,
renung dalam-dalam, pandang tinggi-tinggi…hutang teka teki tu bila nak
bayarnya…”
“Itu uncle janji bila datang
lain kali….bukan sekarang?”
“Ya tak ya …sori.”
“Tak pe…dah makin berumur
dah mula nyanyok…boleh di maafkan .”
Sedap dan selamba saja
Emilia kenakan saya. Tapi betul lah katanya tadi tu, dah makin tua makin banyak
ragamnya.
“Kamu perasan tak orang yang
makin tua perangainya pun kembali balik macam semasa dia kecik-kecik…macam
budak-budak…orang tua sekarang dah pakai diapers, dah jadi macam bayi pakai
baby napkin, di mandikan, di pakaikan
baju, makan di suap, naik kerusi roda cuma yanag bezanya orang tua tak hisap
susu badan macam bayi…kalau tidak kelakar gila tengok orang tua menyusu badan.”
“Uncle ni wat kelakar pula
ye…mula lah tu kalau tak buat kelakar macam gelisah semacam jer dia….eeeehh…”
Emilia ketawa, saya pun tak
faham apa yang lucu sangat sampai dia tersengih-sengih begitu lama sekali. Saya
masih merasa geli hati bila tergambarkan ramai orang tua bangka yang duduk atas
kerusi roda ke termasuk lah politician-Menteri, Menteri Besar, Timbalan
Menteri, CEO, Guru Besar dan lain-lain lah yang hebat-hebat sekarang duduk
menyusu dalam baju seseorang….geli hati terbayangkan semua tu.
“Geli hati ni tak
habis-habis lagi bila teringatkan orang tua duduk menyusu badan, kalau tuan
punya badan penyusu tu pun tua juga silap hari bulan orang tua yang menyusu tu
mati.”
Saya tak dapat menahan
ketawa, dan Emilia pun turut ketawa sampai di tekan-tekannya perut menahan
kelucuan.
“Kenapa pula mati orang tua
yang menyusu tu, patutnya makin sihat dan membesar,” tanya Emilia sambil
ketawa.
“Mau nya tak mati, dah kena
keracunan hisap susu expired…susu yang dah lampau tempoh mesti keracunan boleh
bawa maut kamu tau.”
Kami dua-dua ketawa sampai
keluar airmata tak tertahankan. Emilia menolak-nolak badan saya kerana kelucuan
yang tak boleh di tahan-tahan dari ketawa.
“Ya tak ya juga uncle
sekarang baru Lia teringat sekarang ni ramai sangat orang tua yang kahwin
perempuan muda…mungkin tu la juga sebabnya…nak membangka dengan sihat.”
“Yang budak jantan muda-muda
yang dok kemaruk kahwin perempuan tua tu, nanti tak sempat membesar terus kena
keracunan.”
“Sakit perut la Lia banyak
sangat ketawa…dahsyat betul imaginasi seniman ni…nak pecah perut rasanya…baru
Lia teringat yang tadi uncle bagi call card yang tertulis imagineer di bawah
nama uncle. Lia nak tanya tadi tapi takut pula uncle ketawa. Apa maknanya tu uncle,
tak pernah selama ni Lia tengok perkataan tu.”
“Oh itu…saya dah boring
tulis…principal pah tu tulis Town Planner…dah common sangat tu saya tukar
kepada imagineer….”
“Apa maksudnya perkataan
tu?”
“Sebenarnya di Hollywood ada satu kumpulan yang terdiri dari pemikir untuk mencipta kelainan reka bentuk dan
kumpulan ni di panggil imagineer…di Malaysia ni mana ada jadi saya guna pakai
lah nama tu….”
“Oh…tu pasal imaginasi uncle
ni bukan main lagi gila nya…..uncle ni weird lah…kepala entah apa…tak pernah
Lia jumpa seumur hidup Lia yang 23 tahun ni orang yang macam uncle…Lia rasa
bertuah sangat kerana di pertemukan dengan uncle…you are one and the only… yang
Lia sanjung…”
“Disebabkan kad saya tu satu
hari saya kena briefing satu projek kat rumah seorang Menteri Besar, waktu yang
di khaskan untuk saya 15-30 minit tapi oleh kerana kad nama tu….perkataan
pertama dia bila dia tengok kad tu…’oh ni interesting apa makna ni?’ Kata MB tu…selepas
tu sesi dah jadi casual takde lah nak tension macam briefing dengan pembesar
negeri yang pentingkan sangat protokol…daripada 15 minit jadi 2 jam…keramat
juga kad saya tu…”
“Lia percaya…uncle ni
berbakat kelentong…tapi Lia perasan walau kelentong, uncle ada banyak fakta
bukan kelentong bodoh lawak tolol….”
Sambil masih lagi dengan
ketawa yang belum reda, Emilia menyambung tentang perbualannya dengan Haikal.
‘Sekarang saya perasan yang
kamu sebenarnya cerdas otak, dah la bijak cantik pula tu, beruntung lah kumbang mana yang dapat menyunting madu
bunga rimba yang suci dan segar ni.’
“Begitu lah pujian Haikal
buat Lia. Hati perempuan mana tak cair bila di puji oleh jejaka tampan macam
Haikal tu.”
‘Awak ni dah terlebih memuji
saya. Awak buat saya malu sendiri.’
‘Dari pertama kali saya
jumpa kamu, saya dah tau yang kamu ni istimewa…bila kamu perli-perli saya itu
yang membuat saya bersemangat nak kenal lebih dalam dengan kamu…bila kamu tak
melayan dan buat tak tahu masa dinner saya rasa kosong dan sepi dan tadi bila
tengok kamu tak ada kat lounge saya intai-intai kat belakang di dapur tapi kamu
tak ada. Saya kemari untuk nikmati udara nyaman di sini...terkejut dan berderau
darah saya bagai nak gugur jantung bila kamu menjawab teguran saya walaupun
secara kasar dan garang…maaf lah bukan niat saya ni nak ganggu kamu…kalau kamu
rasa kehadiran saya ni mengganggu kamu atau membuat kamu rasa tak selesa
sekarang ni, saya minta diri dulu lah ye.’
“Lia sangat teruja dengan
style Haikal ni, ada kelas cara dia menggunakan saikologi.”
‘Eh tak ada nya
mengganggu…takpe lah kalau awak rasa selesa di sini…kita boleh sembang-sembang,
saya ok.’
‘Tak apa…awak datang sini
tadi pun sorang, mungkin awak nak rehat dan saya pula ganggu awak yang tengah
berangan ingatkan orang jauh…saya ni dah banyak sangat ambik masa kamu
ni…oh…dan satu lagi terima kasih lah atas teh ‘o’, roti kering dan minyak urut
tu…’
‘ Apa sangat lah setakat teh
‘o’ roti kering dengan minyak urut tu….’
‘Oh ya satu lagi terima
kasih kerana memberi pukulan di belakang saya tadi…tanpa pukulan tu rasa saya
kita tetap seperti dulu dengan ego masing-masing….kita sembang-sembang nama pun
tak tau…dan kamu namanya apa…saya Haikal. ‘
‘Saya Emilia…Lia saja lah’
“Sambil Lia tengok Haikal
bangun serta mengangkat tangan kepada Lia. Rasa bersalah tumbuh dalam jiwa Lia.
Mungkin dia terasa sekali dengan perbuatan Lia memukul dia tadi. Lia lihat dia
berjalan perlahan-lahan menaiki tangga sambil Lia masih terpaku melihatnya
pergi sampai terlindung oleh dinding bangunan induk. Apa kata kalau esok dia
buat tak tahu, macam mana Lia nak ketemu dia….aduh pening…sekarang hati Lia dah
lain macam tapi Haikal ni dah jadi buah hati pengarang jantung Liz. Takkan
pasal laki ni nak putus hubungan dengan Liz pula…oh….tak sanggup
Lia…..kelirunya Lia masa tu uncle…”
“Tu la kadang-kadang orang
yang kita paling benci akhirnya menjadi orang yang kita paling sayang,”ucap
saya kepada Emilia yang kelihatan macam dalam kebingungan.
Teringat saya akan peristiwa
yang banyak dan sering berlaku di mana orang yang pada mulanya sangat tidak di
senangi malah ada jua yang di peringkat membenci dan musuh akhirnya bertemu jodoh.
Semasa saya belajar di UiTM sewaktu dahulu pun banyak yang terjadi tentang
perkara yang di sebutkan tadi.
Begitu juga dalam satu
kampung oleh kerana selalu berjumpa dan mengenali pasangan sejak awal kita
tidak melihat kebaikan tapi yang terzahir dan terhidu adalah keburukan
seseorang. Seperti kata pepatah bila jauh bau bunga, bau harum bila dekat bau
busuk bau najis.
Banyak kali terjadi
peristiwa di mana bila orang sekampung atau jiran yang masuk meminang di tolak
dan bila orang jauh masuk meminang terus di terima tanpa banyak bicara walhal
tak pernah tahu asal usul sebenar orang itu. Ramai yang tersalah pilih dan
tersalah anggap apa yang ada di depan mata adalah sebenarnya mutiara yang
sangat tinggi nilainya.
Tapi tidak semua orang jauh
tidak baik kelakuannya, kiranya bagus dan baik perilaku, maka perkahwinan
dengan orang yang jaraknya bukan halangan, bagi saya itu satu kelebihan untuk
kita meluaskan pandangan, meramaikan kalangan dan lingkungan keluarga serta membudayakan
masyarakat ke arah yang lebih beraneka warna.
“Malam tu Lia tak balik
rumah seperti kebiasaannya sebaliknya Lia tidur di bilik rehat staf. Hati Lia
asyik teringat peristiwa tadi. Lia ni buat salah atau tersangat kasar pada
Haikal ke tadi, fikir Lia dalam hati. Melihat Haikal melangkah longlai Lia rasa
sangat bersalah. Semalaman tak dapat
tidur. Sangat menyesal. Lia berazam esok nak tunggu Haikal semasa dia sarapan.
Entah jam berapa Lia tertidur pun Lia tak perasan. Uncle tau apa jadi esok pagi
tu?”
“Susah nak agak Lia,“ kata
saya seperti orang kebingungan.
“Pagi tu Haikal keluar agak
awal. Bila Lia keluar bilik pukul 8 pagi tunggu sampai pukul 10 tak nampak muka
dia. Runsing juga Lia, sakit ke dia? Macam-macam di kepala masa tu. Tanya staf kat
F&B tak sorang pun nampak….lalu Lia ke reception counter jumpa Liz yang
sedang termenung.”
‘Kau ada nampak Haikal tak
Liz?’
‘Aku pun tengah tunggu dia
la ni Lia…takde ke kat sarapan tadi tu?’
‘Tu yang aku heran. Pagi ni
tak nampak batang hidung dia….sakit ke demam ke dia?’
‘Semalam kau ada jumpa dia
tak?‘
‘Tak ada, aku cuma nampak
dia masa dinner semalam tapi takde cakap apa pun’
‘Biar betul kau ni Lia…kau
jangan main-main nak tipu aku pulak’
“Selepas tu Lia balik rumah
seperti biasa. Risau sungguh hati ni. Apa jadi dengan Haikal. Gelisah betul di
buatnya. Mana pegi pulak dia?. Nak kata dah balik KL tak pula dia check out,
tadi Lia dah tanya kat admin.”
“Kenapa pula kamu nak risau
sedangkan kamu kata kamu tak ada perasaan kat dia?“ Tanya saya ringkas.
“Entah lah uncle...tiba-tiba
saja hati ni rasa lain macam selepas kita bersembang malam tu. Nak kata dah
jatuh hati masih belum sampai masa la agaknya…tapi ada rasa yang tak dapat Lia
huraikan.”
“Angau lah nama nya tu kalau
gelisah semacam tanpa sebab,” perli saya.
“Angau tu apa ke benda pula
uncle?” saja Emilia bertanyakan untuk memerli saya.
“Entah agak saya macam beef
burger la kot.”
“Kalau lah tak sabar dan
hilang kewarasan memang lah kena belakang ni merasai nikmat cubitan yang
termanis madu rasanya,” seraya di gosok-gosok perlahan belakang saya dengan
cara memerli.
“Habis tu tanya soalan
bodoh…you give peanuts you get monkey…eh..betul ke ni atau if you use monkey
then you get peanuts…dua-dua pun bolehlah,” kata saya dan menyuruh Emilia
meneruskan ceritanya tentang Rafael Haikal.
Emilia menggeleng-gelengkan
kepalanya semacam kebingungan mendengar ulasan tentang apa yang saya perkatakan
sebentar tadi.
“Petang tu Lia tunggu kat
coffee house, kalau-kalau dia dah balik dan pegi dinner….yang herannya semua
staf kat resort tu kata tak ada nampak pun Haikal dari pagi tadi.”
‘Pagi tadi aku datang awal
lebih kurang jam 7 macam tu la, aku ada nampak Haikal kat parking, dia tengah
keluarkan beg galasnya dan letak kat seat kiri sebelah depan. Dia senyum dan
tegur aku…dia cakap morning tu jer.”
‘Kau tak tanya dia nak gi
mana ke Mon?’
“Monica tu kita panggil dia
dengan panggilan manjanya Mon.”
‘Tak sempat nak tanya dia
dah belah…aku teringin gak nak masuk daun, tapi dia macam nak tergesa-gesa aku
pun diam la’
‘Kau ni aku serius la Mon’
‘Yang kau ni sibuk pasal dia
pula kenapa nya Lia. Biasanya kau lah orang yang tak pernah kisah pasal Haikal,
hari ni lain macam pula perangai kau.’
‘Tak kisah la apa pun…aku
risau ni’
“Staf kat lounge tu macam
pelik tengok Lia yang beria-ia benar nak tahu pasal Haikal. Dia orang tau
selama ni Lia lah yang nampak paling tak peduli dengan Haikal….malam tu masa dinner
Lia tunggu dengan penuh debaran, minta-minta sangat biar lah dia muncul untuk
dinner. Tunggu sampai jam 11 tak muncul-muncul. Mula lah Lia gelisah semacam.”
“Mana dia pergi sebenarnya?”
Tak sabar saya untuk dengar cerita selanjutnya.
“Sabar lah uncle…..jangan
panik pula...ni cerita baru nak bermula…uncle pula yang lebih-lebih.”
“Ya la suspen gak ni,” kata
saya yang memang tak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya.
“Masa Lia tengah asyik
memikirkan pasal Haikal tiba-tiba Lia nampak sebuah kereta Myvi menuju parking,
Lia pasti kereta Haikal. Cepat-cepat Lia masuk bilik…masa tu Lia tengah berdiri
di balustrade di bucu bangunan tingkat satu dekat bilik yang uncle menginap
sekarang la…bila Lia keluar Haikal dah menaiki tangga menuju biliknya…Lia
berlari kepadanya”
‘Baru balik kerja ke?’
‘Ye…Lia tak tidur lagi ke?’
‘Saja rehat tadi...satu hari
tak nampak mana pegi?’
‘Tadi keluar
pagi-pagi....banyak kerja …pergi Majlis Daerah…ada mesyuarat dengan Pegawai
Daerah Ranau.’
‘Oo ingat dah balik KL…ye
lah pelik juga bila takde sepanjang hari.’’
‘Ok Lia kita jumpa lain
kali.’
“Lia ingat nak ajak dia
sembang-sembang, tapi heran juga macam dia tak berminat. Lia fikir macam mana
nak buat biar dia boleh bersembang nanti. Kalau silap cara nampak sangat Lia ni
kemaruk pula…tapi sebenarnya dah mula kemaruk tak menentu.”
“Padan muka Lia tu nak
tunjuk lagak sangat,” saja saya mengusik.
“Dalam hidup ni uncle lagak
tu kadangkala ada gunanya dan kadangkala memakan diri…tengok tempat lah macam
mana nak apply...tak gitu uncle ku…..”
Sempat lagi Emilia bergurau
sebelum meneruskan bicaranya.
“Malam tu Lia tidur kat
rumah kerana tak ada nak di tunggu kalau tidur di resort pun...Lia minta tolong
uncle Roni hantarkan balik…masa Lia
sampai rumah Liz masih duduk di beranda macam tengah tunggu seseorang.”
‘Kau tak tidur lagi ke
Liz…dah tengah malam ni?’
‘Aku tunggu kau, aku nak
tanya pasal Haikal samada kau nampak ke dia?’
bersambung......
bersambung......
No comments:
Post a Comment