Bismillah.
Dari rumah ibu saya di Pasir Mas kami bergerak menuju ke Sudara Beach Resort. Dalam perjalanan, kami singgah di Kubang Kerian untuk membeli track suit yang Nisa dan Alia cari petang tadi di Rantau Panjang tapi tiada saiz yang sesuai. Gedung Mydin terlalu ramai orang, jadi kami pilih saja deretan kedai berhadapan Mydin yang juga menjual pakaian.
"Mek nak la beli sehelai seluar macam budak-budak ni," kata ibu saya kepada Mem.
"Kita orang beli seluar ni nak wat mandi kat kolam renang...Mek nak mandi jugak ke?" tanya Nisa..kelakar pun ada.
"Ingatkan boleh nak wat pakaian dalam masa solat."
"Mek nak yang mana satu...Mek pilih...ambik jer la," kata Mem.
Kemudian saya keluar dan melihat dari jauh telatah mereka berempat. Lucu, seronok dan sebak pun ada ketika itu.
Oleh kerana hujan masih belum reda, kami berkumpul saja di bilik. Sekarang sudah hampir musim tengkujuh dan ombak sedikit besar berbanding biasa. Saya santai di beranda sambil menikmati indahnya suasana malam bersama renyai hujan.
"Kalau ada tsunami naya kita." Mem berkata sambil berdiri di muka pintu.
"Tsunami tu sebelah pantai barat la.''
"Kot-kot la terjadi."
"Tak payah la fikir yang bukan-bukan." Saya berkata kepada Mem yang masih tercegat melihat saya yang sedang bersandar di kerusi.
Sambil ketawa Mem masuk ke bilik. Tadi dalam perjalanan ke mari kami singgah di 7E beli kacang dan tit bits untuk jadi teman saya malam nanti. Saya ni susah nak tidur malam.
TV pula buat hal, hitam putih saja takde warna. Bagi tau kat reception berkenaan dengan masalah TV tanpa warna ni.
"Dik TV kat bilik saya ni takde warna la... cam ne ni?"
"Maaf la encik, technician kita orang dah balik la."
Bengang betul saya jadinya. Tapi apa nak buat, biasalah kalau tinggal di tempat begini. Ini bukan resort bertaraf bintang lima. Sabar sajalah....tak boleh lah mengharap yang lebih-lebih.
Tapi kita sebagai pengguna memang berhak untuk complain, lagi pun kita bayar atas sevis yang di sediakan.
Ibu saya pula sedang melayan kerenah dua orang cucunya Nisa dan Alia. Budak-budak tu pun seronok dapat ketemu nenek mereka sekali sekala. Melihat pergaulan mereka saya sangat teruja tambahan bila melihat ibu saya begitu gembira pada malam ini.
Untuk tidak mengganggu Mem yang nak tidur, saya kena lah membawa diri berehat di beranda sambil menikmati kacang dan biji gajus dan lain-lain tit bits yang saya beli tadi. Kalau dalam bilik mesti Mem bengang dok bunyi krup krap saya mamah kacang. Tapi Mem memang senang tidur, letak saja kepala di bantal terus di buai mimpi.
Chalet yang kami huni terletak di lingkungan taman yang penuh dengan pokok kelapa dan casuarina serta mengadap ke lautan Cina Selatan yang terbentang luas laksana hamparan sutera. Angin malam dari laut sungguh mendamaikan jiwa.
Sedang yang lain-lain telah di buai mimpi selepas seharian menikmati indahnya alam, saya seorang diri dengan mata terbuka luas bersandar pada kerusi di beranda.
Bulan mengambang penuh. Sinaran cahaya bulan terpercik dan memantul di permukaan laut menambahkan seri malam nan indah. Irama ombak yang tak berhenti menghempas pantai seolah mengalunkan lagu rindu yang syahdu. Kerlipan bintang di langit menambah serinya malam.
Rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi yang masih memberi kami peluang untuk keluar sekeluarga lebih-lebih bersama ibu saya. Semasa hayat bapa, saya jarang berpeluang untuk keluar bersama tetapi setelah ketiadaan bapa, saya sengaja membawa ibu untuk santai bersama demi mengekang rasa sunyi ibu yang masih terbawa rasa duka dengan ketiadaan bapa dan arwah kakak saya.
Pernah satu ketika saya balik ke rumah ibu dan terlihat ibu sendirian di beranda sambil merenung jauh mengenang sesuatu.
"Tadi Ayah mu balik, Mek selalu juga lah nampak dia berdiri di halaman rumah."
Itu lah saya kadang-kadang perasan bila waktu malam ibu semacam sedang berbicara dengan seseorang dalam bilik tidur. Ibu bukan nyanyuk, saya tahu pasti. Matanya masih terang, pendengaran jelas dan masih ada kudrat untuk berkebun dan memasak. Semuanya di lakukan seorang diri dalam usia 83 tahun.
Bagi saya ibu seorang yang sangat teristimewa. Anugerah Ilahi terhebat untuk keluarga saya. Kenapa saya berkata demikian. Satu malam, suatu ketika dulu saya bertanyakan ibu.
"Macam mana Mek boleh pandai menjahit ni."
"Satu malam Mek bermimpi ada orang tua berjanggut berpakaian putih datang dan mengajar Mek macam mana untuk memotong kain dan menjahit menggunakan mesin jahit."
"Mek kan tak tau baca, tak tahu tulis, macam mana nak ingat ukuran kalau ada tempahan."
"Tu la esoknya Mek ajak Che mu pegi kedai kat Pasir Mas untuk beli mesin jahit. Pada mulanya Che mu kata nak jahit apanya tak pernah belajar. Asalnya Che mu tak nak beli tapi Mek sungguh-sungguh minta dia belikan."
Mesin jahit yang di beli ialah jenis Singer dan saya masih ingat masa itu saya dalam umur 7-8 tahun bila ibu saya mula menjadi tukang jahit. Saya sangat kagum dengan ingatan photograhic mind nya yang boleh ingat semua ukuran pakaian yang di tempah bukan sedikit tapi berpuluh helai sebulan. Dia rekod semua ukuran dalam kepalanya dan tak pernah buat silap. Itu yang magisnya tentang ibu saya.
Bukan saja tak tahu membaca menulis, yang hairannya dia juga merupakan pereka fesyen dengan caranya yang tersendiri. Cakap saja apa jenis pakaian sudah tentu dapat di hasilkan walhal dia tak pernah tengok magazine, TV pun tiada masa tu. Dia hanya pandai baca measuring tape sahaja tapi tak tahu tulis dan setiap ukuran hanya di rekod dalam kepalanya saja. Waktu kecil dulu saya pernah di minta untuk mencuba pakaian yang di jahitnya seolah saya ni model nya.
Satu lagi kepakaran ibu saya ialah juga sebagai make up artist. Hampir setiap rumah yang ada majlis perkahwinan, ibu saya lah yang menjadi mak andam. Saya ada juga ikut dia pergi mengandam kerana biasa nya majlis berlangsung waktu malam, dan saya lah jadi body guardnya. Pada masa dulu upahnya hanyalah nasi pulut, telur dan gulai kenduri. Ibu melakukan semua itu bukan atas dasar upahan tapi semata-mata kecintaan dan passion pada hobinya. Dia sangat gembira melihat pengantin di atas pelamin berseri wajah oleh solekannya bersama baju pengantin hasil ciptaannya. Saya perhatikan sebelum memulakan andaman ibu selalu membaca atau berdoa dan setelah di rasanya semua ok barulah dia memulakan kerjanya.
Hampir semua pakaian saya semasa di sekolah rendah sampai tingkatan 4 ibu yang jahitkan untuk saya. Cuma setelah saya meningkat remaja baru lah saya membeli pakaian siap. Satu lagi ibu saya pandai bertani dan berkebun, boleh dikatakan dia ada green fingers. Satu hobinya yang saya tak berapa suka untuk buat adalah memancing. Ibu saya boleh di katakan hantu pancing. Biasanya ketika musim banjir bila alor dan bendang padi di penuhi air, di situlah ibu melakukan aktiviti nya...dia taklah makan ikan yang di pancingnya tapi mungkin merupakan satu thrill untuk menangkap ikan melalui pancing.
Malam ini hati saya sungguh terharu dan sangat teruja dapat bersantai bersama keluarga tambahan dengan hadirnya ibu saya. Kami tinggal berjauhan dan hanya berkesempatan ketemu, tidaklah sekerap mana oleh jarak dan waktu yang kadang kala tidak mengizinkan kami selalu pulang. Dalam kesempatan yang masih ada dan masih berbaki inilah saya melakukan sebaik mungkin untuk membahagiakan hati ibu saya.
Saya sangat berterima kasih pada Mem dan anak-anak yang sangat mengerti keadaan saya dan mereka juga lah yang selalu mengingatkan saya tentang ibu dan setiap terluang waktu. Sebagai contoh setiap tiba cuti semester anak-anak dan Mem lah yang beria-ia untuk pulang ke kampung. Kedua-dua bapa mertua saya sudah lama meninggal.
Suatu ketika dulu ketika bapa saya terlantar di hospital, semasa datang melawat bapa, Mem lah yang menjaga bapa saya. Dialah yang memotong kuku, lapkan badan dan menyuapkan makanan pada bapa waktu itu. Dan pernah berkali-kali bapa saya memberi amaran kepada saya untuk tidak mengabaikan Mem dan bapa ternyata sangat sayangkan Mem dan sentiasa menyebelahi Mem ketika kami menghadapi seliseh faham. Pernah satu satu ketika bapa saya ingin memukul saya atas salah laku saya terhadap Mem. Mem merupakan satu-satunya menantu perempuan kerana saya tidak mempunyai adik beradik selain saya dan kakak saya sahaja.
Dan Mem pernah berkata pada saya, sekiranya apa-apa terjadi antara saya dan dia, dalam keadaan apa jua pun dia akan tetap balik menziarahi bapa dan ibu selagi hayatnya masih ada. Malah dia sanggup membela dan menjaga kedua ibu bapa saya. Begitulah akrabnya hubungan di antara Mem dan kedua ibu bapa saya. Kadang-kadang rasa cemburu terzahir dalam diri saya melihat keakraban mereka kerana saya seolah terpinggir. Bila saja Mem bergaul mesra dengan ibu dan bapa saya, biasanya ketika saya memasak di dapur dan membiarkan mereka berkumpul bercerita tentang apa jua topik di ruang tamu, saya kadang waktu menitiskan air mata mengenang betapa Tuhan telah memberikan saya satu anugerah hidup berkeluarga yang tak ternilai.
Malam ini penuh rahmat. Hujan renyai di dini hari dan bau rumput serta daunan menyegarkan suasana malam yang kian sunyi. Deringan cengkerik dan lain-lain unggas betul-betul mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak saya. Waktu begini ketika itu saya lena bersama selimut oleh bunyi hujan dan angin yang menerpa masuk melalui rekahan dinding buluh rumah. Walau waktu itu kami hidup tidak semewah dari segi kebendaan berbanding kini, tapi rasanya kerohanian saya lebih teruja dan menyenangkan. Damai waktu yang di jalani harian sungguh terasa indahnya. Suasana sekeliling penuh kehijauan, jiran tetangga yang sentiasa tolong menolong, muafakat yang sungguh erat, masjid dan surau yang sentiasa hidup dengan aktiviti terutama sekali tiap menjelangnya bulan ramadhan.
Entah jam berapa saya terlena malam itu. Pagi itu kami sekeluarga keluar untuk sarapan di coffee house. Ibu saya tak mahu ikut kerana waktu itu hujan renyai dan terpaksa berjalan jauh.
"Mek tak nak gi makan ke?" Mem bertanya pada ibu saya.
"Tak pe lah...Mek nak jalan jauh dalam hujan ni tak larat rasanya."
"Mek nak makan apa...nanti kita bungkuskan lah," kata Mem.
"Kalau ada nasi goreng boleh la."
Kami anak beranak cepat-cepat sarapan. Malangnya di coffee house tiada nasi goreng dalam menu sarapan. Mem minta Nisa dan Alia balik ke chalet dan temankan ibu saya sambil kami berdua berikhtiar untuk membeli nasi goreng di restoran kat luar hotel.
"Tadi ada banyak restoran kat jalan besar tu. Kita keluar lah tengok." Mem memberikan cadangan.
"Masalahnya pagi-pagi buta ni mana ada restoran yang jual nasi goreng...tu menu petang atau malam...restoran ala tomyam kan tu."
"Kita cuba lah jauh sikit pun, takkan nak suruh Mek berlapar pula," kata Mem.
Kami pun menyusur jalan pantai dan di perjalanan tiada nampak satu pun restoran yang menjual masakan panas. Yang ada hanya nasi kerabu, nasi berlauk dan kueh mueh kampung. Masalah juga macam ni. Saya memandu jadi tak dapatlah mata saya untuk memandang kiri kanan jadi Mem lah yang jadi co pilot/tour guidenya.
Sampai di satu kawasan yang sudah pun masuk bandar Jertih ternampak satu restoran yang agak besar dan Mem mencadangkan untuk bertanya kalau-kalau ada menjual masakan panas. Oleh kerana hujan renyai dan tak ada kawasan parking Mem yang keluar dan saya tinggal dalam kereta. Saya tak risau sangat kerana Mem sangat fasih bertutur dalam dialek Kelantan kerana sewaktu dulu dia pernah kerja dan tinggal di Kelantan hampir 3 tahun. Malah anak sulung kami pun lahir di Kelantan.
Saya lihat Mem sedang berbincang dengan tuan punya restoran. Sekejap kemudian Mem datang balik dengan wajah sedikit sugul. Saya dah dapat mengagak apa terjadi.
"Bang..dia orang cakap masa ni tak jual masakan panas...nasi untuk di goreng pun takde...habis tu macam mana ni?"
"Alah bagi tahu la kat dia orang gunakan nasi kerabu dan gorenglah kalau ada sotong udang ke apa...dah tak ada choice nak buat cam mana...pujuk jer la dia orang tu."
Mem pergi balik dan tak tahu lah apa yang di kelentongkan oleh nya pada tuan kedai tu. Saya nampak Mem duduk di kerusi dan saya pasti yang Mem sudah membuat tempahan. Lebih kurang 20 minit kemudian Mem datang ke kereta dengan bungkusan di tangan.
"Dia orang tu tanya tak pernah nampak muka...orang baru kat sini ke kata budak yang masak tu."
"Habis tu apa yang dia kelentong?" Tanya saya pada Mem.
"Tu cakap kat dia orang kita ni datang melancung, dari Shah Alam, tapi mak mertua memang asal Pasir Mas."
"Budak tu kata ingatkan Cikgu...kita bagi tahu lah kerja kat UiTM Shah Alam...dia orang heran lah macam mana fasih kecek Kelantan...lepas tu macam-macam benda lah keluar."
Jam 8pagi lebih kami sampai balik ke Sudara Beach Resort. Mem menyalinkan nasi goreng ke dalam bekas dan di hidangkan pada ibu saya di atas meja di beranda.
Saya memerhati dari beranda bilik sebelah. Ibu saya makan dengan seleranya sambil Mem duduk semeja serta dengan asyiknya bercerita entah apa topik pun saya tak dengar.
Nisa dan Alia pergi ke kolam mandi, katanya nak berendam sebelum check out jam 12 nanti. Saya pula keluarkan kamera dan mengambil beberapa shot untuk di abadikan dalam album travel journal saya. Ini adalah kegiatan biasa saya kemana saja saya pergi mesti kamera tak terlepas dari tangan. Gambar-gambar yang saya ambil biasanya saya gunakan sebagai rujukan untuk lukisan saya nanti. Sambil buat 'in camera editing' saya baring-baring atas katil sehingga terlelap.
"Ayah bangun lah ni dah check out time." Alia mengejutkan saya dari lamunan.
Kami berkemas semua pakaian dan saya menyuruh anak-anak hantarkan ke kereta sementara saya berjalan dengan ibu saya dan memimpin tangannya ketika menurun tangga.
Ibu saya masih kuat boleh berjalan sendiri kecualilah turun dan naik tangga.
"Mek nak balik terus ke atau nak gi mana-mana ni?" Mem bertanya pada ibu saya.
"Ikut lah...nak balik pun boleh nak gi mana-mana pun boleh juga."
Saya tahu ibu saya pun mungkin bosan juga kat rumah dan sangat teruja kalau di bawa berjalan. Kami ramai-ramai setuju untuk ke Rantau Panjang, saja-saja santai di sana.
Dalam perjalanan dari Bachok ke Rantau Panjang memakan masa lebih sejam. Jalan pula sesak sedikit ketika menghampiri kawasan Pasir Mas Salor menuju jambatan ke Pasir Mas. Biasalah masa tengah hari ramai orang yang berhenti di kepala jambatan Salor untuk makan tengah hari. Di situ terdapat banyak kedai makan yang bagus-bagus. Niat asalnya nak berhenti makan kat restoran yang tersohor dengan masakan kampung tapi parking sudah penuh lalu kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.
Ada sebuah restoran makanan ala Thai berdekatan Masjid Beijing. Saya pernah makan kat situ.
Makanannya pun sedap dan berbaloi dengan harga. Oleh kerana waktu makan tengah hari ramai pengunjung, jadi susah juga lah nak dapat tempat.
"Mek nak makan apa?" Mem bertanyakan ibu saya.
"Ada gulai lemak ikan ayo ko?"
"Sini takdok gulai lemak Mek...tapi kalau ikan tenggiri goreng, siakap, tom yam, ikan kembong tiga rasa ada la," saya memberi tahu ibu saya.
Saya pun meminta menu seperti biasa tentang makanan yang di jual di restoran ini. Untuk ibu, saya tempah ikan kembong tiga rasa dan seperti biasa ibu saya minum air sirap dan untuk kami masing-masing tengok menu.
Saya tak berani nak tempah ikut selera saya sebaliknya saya biarkan mereka membuat pilihan masing-masing.
"Adik...tolong bagi ikan siakap, sayur campur dan udang celup tepung, minuman tu kena tanya dia orang la."
"Ayah...yang mangga dengan pulut tu ada ke?" Nisa bertanya pada saya.
"Adik...minta pulut pauh tu 4 dan air minum pun pauh fresh 4 juga lah...bagi sekarang pun tak pe."
Tempahan makanan untuk ibu saya datang awal dan saya mempersilakan ibu saya makan dulu, kerana kalau di tunggu makanan kami nanti sejuk dan kurang menyelerakan pula nanti. Saya lihat ibu saya makan dengan lahapnya. Habis nasi dan lauk yang di tempah untuknya di makan. Saya sangat bahagia melihat ibu saya makan dengan seronok hingga kekenyangan.
Setelah selesai menjamu selera kami meneruskan aturcara kami ke Rantau Panjang. Jaraknya tak lah jauh cuma 2-3 km sahaja. Ramai orang dan susah nak dapat tempat parking. Saya turunkan Mem, ibu dan anak-anak saya untuk mereka mencari apa barang yang mereka ingin beli sementara saya mencari tempat parking.
"Mek nak beli apa-apa ke?" Tanya Mem pada ibu saya.
Macam biasa lah setiap kali pulang ke kampung, Mem selalu ajak ibu saya membeli belah samada di Pasir Mas atau Rantau Panjang. Boleh di katakan semua barang rumah ibu saya seperti dapur gas, peti sejuk, telivision, mesin basuh, periuk belanga, blender, cooker semuanya Mem yang belikan.
"Ingat Mek nak beli Totto lah," kata ibu saya pada Mem.
"Mek pilih lah mana satu, kita nak beli kain dengan pakaian budak-budak ni." Mem meminta ibu saya pilih barang apa yang ibu saya suka.
Saya melihat saja apa yang mereka berempat bualkan. Kalau ikut orang perempuan membeli belah memang susah kita di buatnya. Macam-macam nak di beli.
Sambil dia orang membeli belah saya tunggu di depan kedai sambil memerhatikan orang ramai. Pada fikiran saya sudah sampai masanya pekan Rantau Panjang ini di rancang dengan baik sebagai gateway ke Kelantan/Malaysia kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Thailand. Memang pekan ini telah di wartakan sebagai kawasan bebas cukai tapi tiada pembangunan fizikal yang di bangunkan.
Tiada hotel yang ada cuma rumah tumpangan sahaja. Kawasan bazar sekarang sangat sesuai untuk di modenkan dengan bangunan yang lebih terancang dan sistematik. Pemaju rasa saya tiada masalah cuma pihak berkuasa perlu membuat outsourcing mana-mana pemaju yang berkaliber.
Selain dari Totto ibu saya juga membeli beberapa helai kain batik. Dari raut wajah dan senyumannya memang ternyata dia begitu bahagia dan seronok keluar berjalan-jalan pada hari ini. Dan saya pun sangat bangga dengan Mem yang begitu mengambil berat tentang kebajikan ibu saya. Hari ini Mem yang mengeluarkan belanja termasuklah sewa kereta, penginapan, makan minum dan flight tiket. Jasanya tak terbalas oleh saya dan hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baiknya ke atas ibu saya serta kami sekeluarga.
Saya tidak pernah memaksanya, jua tidak pernah meminta wang sekiranya saya dalam kesempitan kewangan tapi semua yang di belanjakan dengan kerelaan hatinya dan tidak pernah dia mengungkit apa yang telah dia korbankan harta bendanya. Mungkin dia berbahagia melakukan itu semua dan di lakukan dengan hatinya yang penuh tulus serta ikhlas.
Satu sifat Mem yang saya lihat jarang ada pada orang lain pada fikiran saya, dia tidak pernah berbelanja besar untuk pakaian, aksesori seperti kasut, bag dan lain-lain tapi semuanya dilakukan dengan penuh kesederhanaan dan dia lebih mementingkan kebajikan keluarga berbanding dirinya. Walhal dengan gajinya sebagai seorang Professor memang dia mampu untuk berbelanja mengikut kemahuannya.
Apa lagi yang dapat saya katakan...hanyalah rasa bersyukur dan terima kasih yang teramat di atas jasa dan pengorbanannya.
Sampai di rumah ibu saya hampir jam 4 petang. Sambil berehat sebelum bergerak ke KB dan menunggu flight jam 8 malam nanti kami sembang-sembang apa yang patut.
"Mek ...ni kita ada beli 3 utas gelang tangan mutiara masa kita di Sabah baru ni...tak lah mahal, Mek tengok lah," kata saya setelah melihat ibu saya sedang berbaring di beranda. Terus dia bingkas bangun dan menilik barangan yang saya belikan untuknya.
Sebenarnya semasa saya pulang ke kampung beberapa minggu ynag lepas ibu saya memberitahu saya yang dia teringin untuk pakai gelang mutiara seperti yang di pakai oleh kawan-kawannya yang di hadiahkan oleh anak-anak mereka yang bertugas di Sabah.
Saya tahu dan faham sangat warna dan rekabentuk barangan yang di inginkan. Dia suka kepada warna terang seperti keemasan, merah, biru, hijau dan rekabentuk yang terkini. Yang saya belikan ini adalah jenis mutiara yang di ikat dengan batu permata yang terang.
Di belek-beleknya barangan itu dengan senyuman terukir di bibir. Saya sangat bahagia melihat dia teruja dengan barangan yang saya belikan khas untuknya. Lalu saya mengambil seutas gelang tersebut dan saya pakaikan ke tangannya.
"Yang ni betul-betul sesuai...cantik kan?" Saya berkata sambil memasang hook rantai gelang di tangan ibu saya.
"Umm...sedang molek ni, tak ketat tak longgar." Sambil di goyang-goyang tangannnya.
"Mek suka ke yang macam ni...kalau tidak menarik hati nanti kita cari jenis lain." Kata saya untuk memastikan barangan ini samada dia berkenan atau tidak.
"Ehhh...comel sangat dah ni...jangan beli yang mahal-mahal, buat membazir duit jer nanti." Kata ibu kepada saya.
"Ni tak lah mahal mana pun....bukan selalu kita beli pun untuk Mek..."
Sambil tersenyum dia perlahan-lahan merebahkan badannya sehingga dia terlelap dengan gelang yang masih terpakai di tangannya.
Saya tahu barangan itu tiada dapat di nilai berbanding pengorbanan dia membesarkan saya. Pahit jerih nya menghadapi dugaan ketika membesarkan anak-anak di lalui dengan tabah dan penuh redha. Saya kini tahu kerana saya juga mempunyai anak-anak. Semasa kecil apa saja keinginan saya di turuti sehingga sanggup berhutang demi memuaskan hati saya. Rasa terhutang budi dan bersalah saya terhadapnya tidak dapat di tebus dan di bayar dengan apa pun. Itu belum lagi di kira titisan susu yang mengalir di badan saya dan menjadikan siapa saya kini. Saya tersenyum bahagia melihat betapa hari ini ibu saya begitu gembira dengan layanan kami semua. Rasa saya kehadiran kami dapat memudarkan rasa dukanya yang tinggal sendirian tanpa bapa dan kakak saya, hanya kini bertemankan anak saudara saya.
Sesungguhnya saya sangat terhutang budi kepada anak saudara saya yang masih bersedia berkongsi kehidupan bersama ibu saya. Dia lah racun dan penawar hati ibu saya. Dia di bela oleh ibu bapa saya sejak kecil hingga kini. Ketika ibu saya demam, sakit serta jatuh di bilik air dia lah seorang diri menguruskan kebajikan ibu saya kecualilah sekiranya ibu saya sakit teruk barulah di beritahu kepada saya. Dan dalam dunia ini hanya saya lah satu-satunya bapa saudara bagi dirinya.
Atas dasar itu lah rumah dan tanah yang ada sekarang yang sepatutnya menjadi hak saya sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, saya serahkan kepada anak saudara saya kerana jasanya yang ternilai menjaga ibu berbanding saya. Saya merasa begitu terhutang budi dengannya dan hina rasanya diri saya yang tidak dapat meluangkan setiap detik waktu bersama ibu. Pernah beberapa kali Mem, saya serta anak-anak saya memujuk ibu untuk tinggal bersama kami tapi setiap kali di ajukan setiap kali lah jawapan tak mahu meninggalkan rumahnya dan katanya biarlah dia berkongsi kenangan bersama arwah bapa saya di rumahnya ini hingga menutup mata. Baginya rumah ini mempunyai nilai sentimental tersendiri yang hanya dia saja yang tahu betapa berharga kenangan tersebut buat dirinya.
Saya biarkan saja ibu tidur seenaknya sementara menunggu waktu untuk kami bertolak ke lapangan terbang Pengkalan Chepa.
Jam 6.30 petang kami bersiap untuk bertolak.
"Mek...Mek...kami nak balik dah." Alia mengejutkan ibu saya.
"Nak balik dah ke?" Sambil bangun dan duduk bersandar di pagar beranda.
Nisa dan Alia bersalaman dan memeluk ibu saya di ikuti oleh Mem yang memeluk serta mencium pipi ibu saya berkali-kali. Kemudian saya berlutut sambil memeluk serta mencium pipinya. Lama sekali di di peluknya saya seperti tidak mahu melepaskan. Saya lihat ada genangan air mata pada matanya begitu juga saya yang sedang menahan perasaan dari menitisnya airmata.
"Jalan baik-baik ye."
"Nanti kami akan balik lagi, Mek jangan lupa makan vitamin yang baru beli tu," pesan Mem pada ibu saya. Memang kami selalu bekalkan pharmaton kepadanya.
Sebelum membelok keluar dari halaman rumah menuju jalan keluar saya membuka cermin kereta dan melambaikan tangan dan melihat ibu saya duduk sambil menyahut lambaian kami sehinggalah kami menuju selekoh ke jalan besar.
Love you mum and lots of love from us all.
(sempena cuti hari raya aidil adha-tertunda.)

No comments:
Post a Comment