Tuesday, 24 December 2013

MALAM PENUH BINTANG ...a fiction... (10)





"Pagi-pagi lagi Liz dah bangun. Bersiap-siap nak pergi kerja. Cantik semacam dia pagi tu. Dia pakai kebaya ketat merah jambu dengan selendang warna biru. Bila pakaian tu sendat sikit nampak lah bentuk badannya yang sedikit gempal, memang seksi betul dia. Uniform nya di lipat elok dalam beg plastiknya.”


‘Lia, ok ke aku pakai macam ni…? Nak make up heavy sikit atau macam biasa heee’


‘Kau ni lain macam nampak hari ni…macam buang tabiat jer…ada apa-apa ke kau ni…biar aku rasa dahi kau…demam ke kau ni lain macam jer…nak make up lagi tu, tak pernah kau macam ni selama ni.’


‘Alah sekali sekala…eh…semalam kau jumpa Rafael Haikal ke masa dinner…mesti kau nampak dia…sorang ke dia atau dengan kawan-kawan dia?’


‘Kan masa check in tu kau kata dia sorang…aku rasa dia sorang la…...lagi pun semalam aku tengah bengang kena sound dengan manager kes tengah hari tu…jadi aku pun tak ambil pusing hal orang lain…aku tak perasan lah dia semalam.’


‘Kau ni biar betul Lia…jangan main-main…aku minat dengan dia tu…’


“Patut lah Liz bergaya sakan hari tu…rupanya ada tujuan tersembunyi. Lia ketawa dalam hati tengok telatah Liz di pagi tu..sewaktu dia berjalan terkedek-kedek menuju resort, dia bernyanyi-nyanyi sambil melenggok-lenggokkan lehernya. Lia melihat telatahnya melalui tingkap bilik kami sehinggalah hilang dari pandangan. Uncle tahu tak…dalam hati, Lia rasa sungguh seronok kerana dah lama tak lihat dia gembira macam tu…selepas peristiwa dengan Dr.Daniel, tak ada lagi orang yang mengisi hatinya….di satu sudut lain Lia kasihankan dia takut nanti dia memasang angan terlalu tinggi yang akhirnya membuat dia jatuh tersungkur….”


“Kenapa kamu tersenyum sendirian tu Lia…macam ada benda lucu jer yang sedang kamu fikir…” tegur saya.


“Bila teringatkan Liz yang beria-ia pagi tu rasa lucu pun ada…Lia seperti biasalah uncle, selepas sarapan Lia kemaskan rumah dan buat apa yang patut, biasanya basuh pakaian… Liz yang sediakan sarapan setiap pagi dan Lia masak untuk makan tengah hari, biasa masak lebih untuk dinner sekali….semua beres kerja rumah Lia akan ke kebun bantu auntie Mary tanam sayur dan lain-lain kerja kat kebun peninggalan uncle Ben tu. Liz pula akan ambil alih berjualan waktu malam. Uncle Roni pun kerja shift petang macam Lia. Hasil kebun tu la buat belanja rumah bayar segala macam bil, makanan dan beli pakaian mana yang perlu.”


“Bagus lah kerjasama macam tu. Seronok gak uncle dengar kisah kamu sekeluarga ni….kamu bahagia dengan cara kamu walau dalam kepedihan tanpa orang tua. Kamu patut syukur kerana masih boleh di anugerahkan bahagia…kalau kita susah tapi ada lagi orang lebih menderita…kena ingat tu.”


“Terima kasih lah uncle atas nasihat…tapi memang Lia memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi…sentiasa mengucapkan syukur dan redha. Uncle nak tahu apa jadi kat resort pagi tu?


”Ha…apa jadi pula kat resort tu.?”


“Ramai-ramai staf ketawakan Liz…tapi Liz tu jenis yang selamba giler…tak di kisahkan apa orang nak cakap, dia buat hal dia jer la…budak-budak kat resort tu kata Liz dah buang tabiat berdandan dan tayang body semacam…lucu betul la. Masa Lia nak masuk kerja petang tu Liz sempat sembang dengan Lia. ”


‘Kau tahu tak Lia tadi kecoh kat dewan makan tu, katanya Haikal dok menanyakan kau…tadi pagi kau cakap kau tak jumpa dia pun, tapi budak-budak ni cakap kau ada gaduh dengan Haikal, betul ke?’


‘Bukannya gaduh tapi dia asyik perli aku jer, aku pun bantai la dia balik…yang kau ni nak tahu sangat kenapa?...Kau jangan risau lah kalau kau minat kan dia sangat kau cubalah masuk daun mana tau dia minat kat kau…aku memang menyampah dengan dia tu.’


‘Bukan aku tak tau kau…mulut jer lebih tapi hati entah-entah dah sangkut sakan…dunia ni kan macam-macam…ok aku sahut cabaran kau, aku akan cuba tahan lukah, mana tahu mengena, dapatlah ikan dari KL…’


“Liz berkata dengan cerianya, seakan seronok benar dia….kesian pun ada tengok dia beria-ia benar minat dengan Haikal tu.”


‘Kau tahu Lia, tadi sebelum dia masuk kereta kat parking tu, dia datang tanya aku macam mana nak ke Ranau…aku ceritalah lebih kurang…aku harap sangat dia akan pelawa aku untuk pergi sama dengan dia…kalau dia pelawa pasti aku ambil Emergency Leave…tapi takde pun pelawa, dia senyum dan buat selamba jer. Takkan aku pula nak tawarkan diri. Bila dia senyum kat aku, aduhai…manis senyumannya..tergoda habis aku…sebelum dia berlalu dia boleh angkat tangan lagi kat aku…apa lagi aku pun balas lah lambaian mesra dia’


‘Beruntung lah kau dapat bertukar senyuman…bukan semua dapat layanan mesra dia…dengan aku asyik bertekak jer…selamat berjaya Liz dalam mengejar impian kau tu.’


‘Kau jangan nak perli aku, aku buktikan satu hari nanti dia jadi hak aku.’


“Sejak hari tu Liz betul-betul cuba untuk memikat hati Haikal….dan Haikal pun nampak ada bagi response yang baik pada Liz. Mereka berdua ada juga lah keluar bersama ke pekan Kundasang, tu pun selepas auntie Mary izinkan….satu malam Liz bercerita pada Lia…”


‘Kau tahu Lia, Haikal ni sebenarnya Landscape Consultant. Dia ada firma di Kuala Lumpur, datang ke Ranau untuk projek Pengindahan Bandar. Hari tu dia bawa aku tunjukkan tapak tempat dia nak buat kerja tu…dia kan tak biasa tempat ni jadi aku tunjukkanlah mana yang aku tahu…salah satu tempat tu kawasan Hospital, Masjid dan kawasan lapang dekat dengan Balai Polis…tepi jalan besar kat Petronas termasuklah jalan-jalan dalam pekan…katanya besar juga projek tu…makan jutaan ringgit juga la…lepas tengok tapak dia belanja aku makan kat restoran depan Milimewa tu…aku lapar sangat tapi kena control wajah ayu aku ni, tak nak comot nanti…aku makan penuh sopan Lia…lucunya.’


“Beruntung la kau dapat treatment dari jejaka tampan macam tu…lipat gandakan usaha kau tu...aku doa kejayaan kau.’


‘Cuma yang aku pelik dalam perjalanan balik dia ada tanya pasal kau, banyak benda lah dia cuba korek rahsia kau...aku cerita lah apa yang patut…tak ada lah aku fitnah kau buat cerita tak elok, semua cerita baik-baik saja..’


‘Kau cerita ke kita ni tinggal se rumah dan macam mana hubungan kita?’


‘Tak la…aku cerita pasal kerja kita jer…tapi kalau kau minat dengan dia apa kata kita challenge each other…kita buat macam zero sum game…menang, menang semua kalau kalah kalah semua…kira macam menang jadi arang kalah jadi abu….kita selama ni tak ada yang betul-betul serius dalam perlumbaan cinta…kali ni lah…aku ni dah rasa tercabar bila dia asyik tanya pasal kau pada hal dalam kereta tu aku kat sebelah dia.’


‘Kau ni…kau yang dok sebelah dia mesti lah dia tak tanya apa...dah ada depan mata, nak tanya apa lagi…aku tahu Liz dia banyak tanya pasal aku kerana dalam ramai-ramai staf kat sini yang semuanya nak try dia, aku jer yang menyampah dengan dia….mesti la dia bengang nak kena kan aku…dia cari jalan lah…kau pula aku warning jangan dok cerita bukan-bukan hal aku kat dia.’


“Menurut cerita Liz, Haikal tu akan berada di sini hampir dua minggu…kira lama juga lah.. guest yang tinggal kat resort ni paling lama pun 3-4 hari jer…lama lah nak mengadap muka dan nak kena layan  kerenah mamat ni. Lia jadi risau gak bila Liz cakap macam tu.”


“Yang kamu nak risau tu nape, tak de kena mengena dengan kamu…yang dok nak adjust si Haikal tu Liz dan lain-lain staf, kamu sorang je yang tak mau.” Kata saya pada Emilia.


“Memang la betul tu uncle, tapi kita yang nak melayan kerenah dia tu yang tak tahannya…uncle tak faham perangai dia..”


“Tak faham apa nya …kan dia tu jelmaan saya…mesti la faham punya.”


Emilia tersenyum bila saya katakan begitu. Di kata ya pun tak di kata tak pun tak juga. Apalah yang difikirkan tidak lah saya tahu. Tapi nampak dia macam orang tengah seronok melihat dari raut wajahnya.


“Satu hari masa lepas dinner, Lia pun lupa hari apa, masa Lia nak berehat kat sini macam biasa…Lia sorang je tak ada siapa pun kat reception counter ni. Sambil sedang Lia tengah pandang ke gerai tempat auntie Mary dengan Liz sedang menguruskan perniagaan, macam malam ni la, tiba-tiba ada suara orang menegur Lia dari belakang…”


‘Terkenangkan orang jauh ke tu?’


“Aduh….mamat ni lagi…orang nak rehat pun tak boleh…..kalau dah terserempak macam ni mana nak lari lagi…bisik hati Lia…”


‘Memang pun terkenang orang jauh…sedang merindu dan menunggu kedatangannya lah ni…yang dok sibuk pasal orang tu kenapa..tak de kerja lain ke?’


‘Tak sibuk pun saja jer nak menyibukkan diri…takkan nak tegur pun kena minta izin…’


‘Kalau ada keje lain pegi lah main jauh-jauh nanti ada pula yang jealous…awak tu tengah hot kat resort ni….’


‘Alhamdulillah…nasib baik ada orang yang menyampah pasal kita pun ambik tahu …ingatkan tak mahu campur, rupanya ikut sekali rombongan gosip yang sedang melanda kat sini…pelik juga ye.’


‘Tak payah nak perasan la…kalau ingat diri tu macho ramai lagi balak sini yang lebih baik dan hensem dan berharta dan segalanya lah..setakat consultant cabuk tu datang pula cari rezeki tempat orang tak payah nak eksyen la…manusia yang tak sedar diri….macam ni la.’


“Lia tengok dia terus duduk sebelah Lia tanpa di pelawa. Di tenungnya muka Lia rapat-rapat tanpa berkelip mata. Risau gak Lia tengok perangai dia masa tu uncle…seram sejuk…nasib baik lah bila teringatkan yang uncle Roni tu security kat sini Lia jadi berani dan confident balik.”


‘Kamu tau tak, kadang-kadang kamu ni ada lebih sikit…lebih celupar. Saya hairan dari beberapa hari ni kamu ni asyik nak cari pasal dengan saya…apa sebab……entah. Kamu tahu tak saya ni suka sangat kalau kena challenge…rasa thrill semacam…apa kata kita cuba masuk lumba menawan hati…’


‘Banyak la lumba tawan hati….ingat ni apa…hati yang boleh dijala macam ikan kat pasar tu…eleh tak main lumba murahan ni….’


‘Lagi banyak saya kenal kamu lagi menarik hati saya untuk kenal kamu lebih dalam….tapi ye la kamu ni terlalu muda untuk di bawa bicara…masih ingusan…hihihi…’


“Geramnya Lia masa tu uncle….kalau Lia tak sabar memang Lia lepuk kepala dia…Lia ingatkan diri Lia supaya banyak-banyak sabar.”


‘Panas sungguh malam ni rasanya…macam nak buang baju saja…’


 "Lia cakap cam tu saja nak kenakan si Haikal tu."


‘Orang tengah menggigil, dia pula kepanasan…tadi kat rumah telan bara api ke?’


"Perkataan macam ni yang buat hati Lia mendidih…pedih rasanya walau pun pendek ayat tu."


Kemudian Emilia meneruskan ceritanya dan saya pula semacam tak sabar untuk mengetahui lebih lanjut peristiwa di malam itu.


“Tanpa Lia sedari tangan Lia terus melekat kat belakang dia dengan satu tamparan yang paling kuat yang pernah Lia bagikan pada seseorang. Lia sangat geram kena perli manjang…pedas pula tu. Tapi bila tengok dia sampai terbatuk-batuk Lia rasa takut dan bersalah, mana tau mamat ni berpenyakit dalaman dan tamparan Lia tu buat lagi parah keadaannya…serba salah betul Lia masa tu.”


“Yang saya selalu kena dengan kamu ni kira tak kuat la ye…pengalaman lalu banyak mengajar kamu supaya lebih berhati-hati…kalau tidak saya pun terbatuk mungkin sampai pengsan…..ya la body dan enjin dah lebih guna…..wear and tear banyak..” kata saya menyambung cakap Emilia tadi.


“Betul sangat lah uncle…kalau uncle buat perangai macam tu, kalau masa sebelum kejadian dengan Haikal tu, memang lunyai Lia kerjakan uncle…nasib baik uncle muncul lewat.”


“Dah takdir saya selamat dari kekejaman kamu..hihihi…”


“Kesian jer kat bangka ni, kalau ikut hati kan jadi pula Haikal nombor dua malam ni…..”


“Tak habis-habis lagi ke nak bantai orang semacam ni.”


“Uncle nak tahu apa jadi dengan Haikal?”


Emilia macam sangat seronok nak cerita fasal Haikal, disebabkan apa yang terjadi dengan pukulan kuat di belakang Haikal tu, mungkin itu lah yang hendak di khabarkan barangkali.


“Haikal meletakkan kepalanya atas lutut sambil turun naik macam orang buat exercise. Dia tak pula berkata-kata apa-apa tapi asyik dengan perbuatan nya itu. Dalam hati Lia sungguh menyesal dan rasa kesian padanya pun ada. Lia dah buntu tak tahu nak buat apa. Gelisah betul Lia masa tu, ya lah kita tak tau apa jadi padanya…sakit …cedera….macam-macam lah Lia fikirkan…”


‘Terima kasih’


“Tu saja ucapannya, lagi lah Lia risau…..apa maksudnya pun Lia sepatah haram tak boleh nak jangka.”


‘Saya minta maaf banyak-banyak. Bukan niat saya pun tapi tak sengaja….maaf ye.’


‘No sweat la….saya rasa saya suka cara kamu ni dan saya sangat respect pendirian kamu…..kamu ni pandai jaga diri dan bukan senang nak buat hal tak senonoh dengan kamu…I like it.’


“Lia ingat tadi dia nak balas balik dan hentam Lia ke apa, tapi sungguh tak di sangka dia dengan tenang bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hairan betul Lia dengan sikapnya….dan Lia mula menghormati sikap beliau.”


‘Kamu tahu tak, setengah lelaki tak suka perempuan yang garang, tapi saya sebaliknya…orang lelaki biasa suka perempuan yang senang di kuda-kudakan, tapi saya memilih yang sebaliknya…yang garang macam kamu ni ada substance dan nilai tersendiri…kalau dengan kamu saya rasa selamat kerana saya tahu tak ramai yang berani ganggu kamu…jadi kalau kamu ni ada pak we yang berjauhan memang yakin lah boleh percaya…’


‘Bukan dengan semua orang saya buat macam ni…tengok tempat dan keadaan lah…tapi malam ni saya betul-betul minta maaf sekiranya perbuatan saya terlebih…sakit ke…biar saya tengok belakang tu’


“Sambil Lia dekatkan diri kepadanya…dan dia menginsut jauh sikit daripada Lia…pelik juga jantan ni, takut kat perempuan ke apa…atau gay ke dia ni…macam-macam terlintas di fikiran Lia masa tu.”


“Makin jauh malam makin suspense cerita kamu ni…boleh teruskan lagi saya pun belum ngantuk lagi ni.” kata saya supaya Emilia meneruskan ceritanya.


‘Tak pe saya ok…..masa saya berlatih silat dulu lagi teruk kena pukul sampai lebam-lebam…kalau tak lebam tu bukan silat namanya, tu macam aerobik….kamu suka aerobik?’


“Rupanya dia ni pernah belajar silat, sebab tu la badannya ada cutting macam athlit…seram gak Lia kalau di kuntaunya tadi Lia, kes naya.”


‘Kat sini mana ada aerobik macam kat TV selalu tunjuk tu…orang sini aerobik dengan cara lain…lebih berkesan lagi…sampai peluh berbaldi..’


‘Kamu ni melebih-lebih pulak cerita…tak pernah dengar pun.’


‘Tu la pasal…aerobik tu hanya ada kat lembah Bundu Tuhan ni dan juga kat kampung-kampung.’


“Lia dah mula dapat tempo bersembang, dah boleh kena dengan irama dan boleh mula menari. Kalau tadi dua-dua tension asyik nak mengenakan satu sama lain tapi  kini dah berubah dan masing-masing pun cakap lembut dan berhati-hati.”


‘Tak dapat saya nak teka aerobik apa yang kamu maksudkan…sesuatu yang baru untuk saya ni’


‘Pernah masuk kampung ke…pagi-pagi orang sana aerobik dengan cangkul, sabit, parang…sambil exercise dapat pula hasilnnya...kalau terkinja-kinja saja untuk keluar peluh tapi hasil di bumi tak ada…mana hebat aerobik bandar ke aerobik kampung?’


‘Pandai dan bijak betul kepala otak kamu…usia masih muda tapi akal mengalahkan orang yang dah graduate university…salute’


“Masa dia tengah bercakap tu dia terbatuk-batuk lagi. Lia pun rasa bersalah yang teramat, pasal Lia lah dia jadi macam tu.”


‘Boleh tak awak tunggu sini kejap, jangan pegi mana-mana tau, kejap je nanti saya datang balik’


“Dia merenung ke arah Lia macam orang kebingungan pun ada Lia tengok dia waktu tu….uncle pun pasti tak tahu Lia nak buat apa kan?”


“Ya saya pun naik heran dengan telatah kamu ni.” kata saya mejawab kepada soalannya tadi.


“Uncle nak main teka teki tak? Lia ada satu teka teki, kalau boleh jawab ni Lia akan declare uncle ni sifu teka teki…mau tak?”


“Teka teki lawak bodoh ke teka teki yang intelligent?”


“Dengar la dulu pah tu nilai la sendiri….teka teki tu macam ni…katakanlah di KL tu semua kenderaan binatang yang naik… bas, lori, teksi, komuter, keretapi semua untuk binatang…manusia pula naik apa. Lia pasti yang ni uncle akan bengong dan angkat tangan tak boleh jawab?”


“Pelik bebenar soalan kamu ni ya…susah ni nak jawab…boleh guna talian hayat ke?”


Saya saja buat-buat susah nak jawab dan macam-macam la saya buat helah kononnya ini soalan susah sampai saya kena minta bantuan orang lain.


“Saya nak gunakan talian hayat siapa ye…Liz pun dah  balik…oh ya guna uncle Roni, boleh ke?”


“Uncle Roni pun tak tahu uncle, buat habiskan tenaga je tanya dia…mengaku ke tak ni…?”


“Tunggu kejap la…nanti saya guna talian hayat deria keenam saya, biar saya tafakur dua tiga minit.”


Saya pun buat-buat macam orang tafakur dalam kumat kamit mulut saya sengajakan buat macam orang sedang menurun….dan saya tepukkan kedua-dua belah tangan kuat-kuat tanda dah dapat jawapan…sebenarnya eksyen saja tu.


“Macam filem DO RE MI saja uncle ni…dah boleh jawab ke lom tu?”


“Ok jawapannya manusia naik kapal terbang lah”, sambil saya buat-buat confident jawapan tu betul..dia tak tahu sebenarnya saya tengah main-mainkan dia.


Emilia ketawakan saya dengan penuh gembira dan kelucuan sekali. Dia ingat saya dah tak tau jawapannya sambil dia jentik-jentik telinga saya.


“Ok macam ni saya cuba sekali lagi…boleh ke?” Kata saya memohon kebenaran untuk mencuba sekali lagi.


“Uncle cuba la seribu kali pun takkan dapat jawab punya…hanya yang genius saja dapat jawab.”


“Kalau dapat jawab kamu nak bagi apa selain nak nobatkan saya sebagai sifu.”


“Uncle minta apa saja malam ni Lia akan bagi…apa saja…janji,” sambil mengangkat tangan dan buat aksi take five dengan saya.


“Jawapan yang tepatnya ialah MANUSIA NAIK HAIRAN…”


Tercengang Emilia mendengar iawapan daripada saya. Terkelip-kelip matanya dan tak bercakap sepatah pun. Saya rapatkan muka saya ke mukanya sambil menadahkan tangan minta hadiah yang di janjikan.


“Betul la uncle ni jenis species apa pun tak tahu lah. Lia confident giler yang uncle tak dapat jawab..tapi…hairan betul Lia…memang terbaik lah uncle ni.”


“Sebenarnya saya main teka jer, saya teringatkan yang saya naik hairan masa kamu tinggalkan Haikal dan melangkah menuju ke suatu tempat…..hahaha…”


“ Lia main teka teki ni pun pasal uncle cakap perkataan tu yang membuatkan Lia teringat teka teki ni…”


“Hadiahnya mana?”


“Nak apa , cakap lah…kita ni jenis janji di tepati…ok terserah saja lah nak apa pun.”


“Nak apa ye malam-malam macam ni, sejuk-sejuk macam ni best gak kalau dapat…” sambil saya menoleh kepada Emilia macam minta sesuatu.


“Jangan nak mengada-ada…minta apa saja yang halal…yang tak halal tu simpanan tetap untuk orang tertentu saja…ada faham ke?”


“Eh kamu ni takkan saya ni sebodoh dan serakah sangat macam yang kamu fikirkan tu…saya tau la mana joke dengan yang serius…saya tunjukkan jari saya tu saya nak bagi tau kalau ada minuman panas masa tengah sejuk ni kan terbaik dan juga saya nak kamu masakkan untuk saya masakan panas waktu dinner nanti, tapi dengan syarat kamu masak sendiri kat rumah kamu…tu pun kalau saya sampai lagi kemari lah…mungkin gak ni last pertemuan kita.’


Sambil Emilia menggosok-gosokkan belakang saya, lalu dia bersuara…


“Jangan buat Lia sedih…uncle cakap macam ni dah buat Lia hiba…nanti termenangis pula tengah malam ni, uncle kena pandai pujuk Lia tau…kalau betul uncle datang nanti sekali lagi, Lia janji akan tunaikan hasrat uncle…janji...” Sambil sekali lagi mengangkat tapak tangan untuk take five.


bersambung....

No comments:

Post a Comment