Awan mendung.
Petang-petang hujan selalu turun. Hari ini tidak terkecuali nampaknya. Saya berlegar di porch sambil menunggu Mem bersiap.
"Dah ke?...Banyak benda lagi nak buat lepas ni," kata saya pada Mem yang masih berdiri di muka pintu.
"Nak kemana pula tu?" Mem bertanya semacam kehairanan.
"Ada hal la...banyak tanya macam pegawai penyiasat pulak."
"Kalau sibuk sangat takpe la kita pergi sendiri...kereta kan ada dua lagi kat rumah ni."
"Setakat nak gi hantar dia tu ok lagi la...bukan nak kemana pun nak pegi potong rambut kat sek 9 tu."
Mem tersenyum. Mungkin seronok dengar saya nak potong rambut hari ni. Memang dah beberapa hari lepas saya terfikir untuk potong rambut kerana selepas ini saya kena banyak berurusan dengan jabatan kerajaaan kiranya projek perumahan yang kumpulan kita rancang akan take off januari ni nanti. Tapi jauh di sudut sanubari saya dah muak dengan pakai slack kemeja tuck in ber button segala dan yang paling rimas bila kena pakai necktie....aduh membosankan. Bagi saya tu semua sudah berlalu. Saya lebih selesa dan damai dengan jean, t-shirt atau casual wear.
"Ada duit ke nak potong rambut tu." Mem bertanya saya semacam perli saja gayanya.
"Eh kalau nak belanja pe salahnya...most welcome."
Lalu di hulurkan RM100 kepada saya. Mem pun tahu buat masa sekarang saya belum terima pembayaran dari klien saya lagi. Harap-harap dalam waktu terdekat ni dapatlah claim saya tu.
Seronok rasanya hati pada tengah hari yang mendung ini. Tadi jiwa dan hati saya mendung tiba-tiba bersinar kembali. Untuk gunting rambut tak ada sampai RM100, tapi dah rezeki saya lah nampaknya.
Mem sebenarnya tak pernah berkira dengan pemberiannya pada saya dan saya pun jua tidak pernah berkira tentang perbelanjaan untuk keluarga. Memang tugas saya sebagai suami untuk memberi nafkah, tapi sebagai orang berniaga ada kalanya pasang surut. Dan Mem mengerti keadaan tersebut.
Saya menurunkan suhu dalam kereta sambil pasangkan radio. Syok juga dengar lagu sambil membawa kereta dengan gembiranya. Waktu ini tak banyak kenderaan jadi bolehlah saya dengan santainya berseronok di jalan raya. Lagu pula sentimental sesuai dengan jiwa lara saya waktu begini.
"Seronok nampak...macam nak pegi dating.." tiba-tiba Mem bersuara.
"Kan ni tengah dating...mesti lah seronok."
"Jangan lupa ambik kita balik jam 9 malam ni."
"Kalau tak tertidur dan masih waras bereh la...calling calling la."
"Kalau dah tidur tu, call pun tak kan angkat punya."
Tiba-tiba sudah sampai di gate masuk sek 7. Sekarang hampir jam 3 petang. Harap-harap hari ni tak ramai lah kat kedai gunting tu. Biasanya kalau tak ramai orang tak sampai pun 20 minit selesai lah.
Sebenarnya saya nak cepat untuk balik masak nanti. Selepas gunting rambut bercadang untuk ke Shah Alam Mall beli apa yang patut sebagai tambahan kepada apa yang saya beli di pasar pagi tadi. Dah ada duit extra ni boleh lah belanja apa yang tak terbeli pagi tadi.
Selepas hantarkan Mem di kampus tadi saya pusing balik guna jalan sek 7 senang untuk saya terus ke sek 9. Sekarang saya rasa seronok kerana ketiga-tiga orang anak saya sudah bekerja cuma tinggal dua orang anak dara saya yang masih menuntut. Bila tengok anak-anak sudah membesar dan ada kehidupan sendiri, sungguh bangga rasanya diri ini menjadi seorang bapa yang berhasil memberikan kebahagiaan kepada anak-anak. Saya tidak mengharapkan apa-apa dari anak-anak, janji mereka bahagia itu sudah cukup membuat saya dan Mem berlapang dada.
Tiba-tiba DJ radio memutarkan lagu 'kehilangan' nyanyian Firman.
ku cuba ungkap tabir ini
kisah antara kau dan aku
terpisahkan oleh ruang dan waktu
menyudutkan mu meninggalkan ku
ku merasa telah kehilangan
cinta mu yang telah lama hilang
kau pergi jauh kerana salah ku
yang tak pernah menganggap kamu ada
asmara memisahkan kita
mengingatkan ku pada diri mu
gelora mengingatkan ku
bahawa cinta mu telah merasuk jantung ku
sejujurnya ku tak bisa
hidup tanpa ada kamu aku gila
seandainya kamu bisa
mengulang kembali lagi cinta kita
tak kan ku sia sia kan kamu lagi
Saya memang suka lagu ni, sangat suka mendengar melodi dan lirik yang membuat jiwa jadi tenang dan lara. Saya pun ikut menyanyi kegembiraan walau pun sumbang mambang. Bukan orang dengar pun. Mungkin orang dalam kereta di hadapan di sebelah dan di belakang fikir apa lah yang si bangka tu seronok sangat. Ada aku kisah heeee...janji bahagia.
ku cuba ungkap tabir ini
kisah antara kau dan aku
terpisahkan oleh ruang dan waktu
menyudutkan mu meninggalkan ku
ku merasa telah kehilangan
cinta mu yang telah lama hilang
kau pergi jauh kerana salah ku
yang tak pernah menganggap kamu ada
asmara memisahkan kita
mengingatkan ku pada diri mu
gelora mengingatkan ku
bahawa cinta mu telah merasuk jantung ku
sejujurnya ku tak bisa
hidup tanpa ada kamu aku gila
seandainya kamu bisa
mengulang kembali lagi cinta kita
tak kan ku sia sia kan kamu lagi
Saya memang suka lagu ni, sangat suka mendengar melodi dan lirik yang membuat jiwa jadi tenang dan lara. Saya pun ikut menyanyi kegembiraan walau pun sumbang mambang. Bukan orang dengar pun. Mungkin orang dalam kereta di hadapan di sebelah dan di belakang fikir apa lah yang si bangka tu seronok sangat. Ada aku kisah heeee...janji bahagia.
Tiba di kedai gunting kebetulan ada parking betul-betul di depan kedai. Beruntungnya, tak payah lah bersusah payah berjalan jauh. Turun dari kereta intai melalui cermin kaca pintu kedai gunting, ramai lah pula manusia yang nak potong rambut. Baru teringat, rupanya ramai budak sekolah yang datang untuk potong rambut. Sambil menunggu giliran saya duduk di bangku depan kedai.
"Incik mau rambut potong ka?" tegur seorang pekerja pada saya yang sedang duduk di bangku.
"Ya la...ramai orang macam mana mau potong...ini macam berapa lama mahu tunggu."
"Tada lama juga...sikit jam habis la."
"Kamu apa nama?"
"Samy juga."
"Mana mari...? sini worang ka India mari."
"India juga. Tujuh tawon suda sini duduk."
"Kamu jangan tipu tamby...mana bole ini tujuh tawon ini kursi duduk."
"Malaysia duduk la...ini kursi ka duduk apa macam tujuh tawon."
Dan kami sama-sama ketawa. Samy ni juga tukang gunting dan bekerja di Kelana Jaya. Ada semacam pekerjaan ynag sinonim dengan kaum India ia itu menjadi tukang gunting. Rata-rata kedai gunting kaum India lah yang monopoli. Dan salon rambut yang hebat di ungguli oleh kaum Cina...Melayu nya entah di mana.
"Berapa lama kamu duduk sini Malaysia boleh pandai cakap Melayu."
"Kira anam bulan kalu."
"Tara susah ke cakap Melayu?"
"Banyak sinang la. paling sinang dalam ini dunia."
"Kalau saya mahu cakap Tamil, berapa lama boleh pandai?"
"Banyak susah wooo....goyang kapla saja sudah satu tawon baru bole pandai...mau cakap lagi, mau baca lagi...ayo yo...banyak susah."
Kelakar juga si Samy ni. Goyang kepala saja ambil masa setahun. Pandai kelentong juga dia ni. Boleh tahan.
"Incik...orang suda habis gunting...sikarang bole masuk."
Saya masuk ke dalam kedai gunting dan duduk di kerusi nombor lima. Saya buka getah ikatan rambut ekor kuda saya sambil tukang gunting tu memasangkan kain pelapik badan beserta tisu ke atas tengkuk saya.
Mereka, tukang gunting di sini nampaknya pro buat kerja. Sebelum memulakan guntingan rambut, mereka semua mengenakan mask sebagai langkah kebersihan dan kesihatan.
"Macam mana mau bikin?"
"Kasi potong pakai mesin, tepi sini dekat telinga ini kasi nipis habis."
"Belakang apa macam, kasi simpan panjang ada itu ekor."
"Terus kasi nipis juga, tak mau line kasi slope saja, ini atas kasi simpan sikit jambul....tau apa jambul?"
"Tau..tau..itu remos la."
"Pandai pun kamu."
Dan dia mengeluarkan mesin sambil di tarahnya kepala saya tak sampai 10 minit sudah hilang rambut panjang saya. Kemudian dengan menggunakan gunting di trim nya rambut saya penuh berhati-hati. Saya sangat puas hati kerana kerja-kerja detailing di lakukan dengan penuh cermat.
Tak sampai 20 minit selesai. Sebelum saya bangkit dari kerusi tukang gunting tu bertanya pada saya sambil dia mengelap muka saya dengan wet tissue.
"Mahu massage belakang dengan tengkuk pusing patah ka."
"Tak pe...kalau silap pusing nanti terus patah, apa hal...ini insurance mana ada kalu."
Tiba-tiba dia ketawa. Mungkin geli hati mendengar apa yang saya ucapkan tadi.
"Berapa ringgit?"
"12 saja bos." Lalu saya serahkan duit RM50 padanya.
"Itu panjang tara syok ha...ini macam banyak sujuk kepala."
"Sapa cakap panjang tara syok...kepala sujuk lagi tara syok. Ada paham ka?"
Dia menggaru-garu kepala, mungkin selama ni tak pernah dengar ada orang yang berkata demikian. Lalu saya keluar menuju kereta untuk seterusnya saya ke Shah Alam Mall.
Di Giant Shah Alam Mall saya beli mushroom satu packet beserta Australian chilled beef satu packet. Saya terfikir untuk di padankan dengan barang-barang yang saya beli di pasar pagi tadi. Tiba di rumah jam 3.40 petang.
Alia dan Nisa baru balik dari tempat Sani pasang kanopi di Monterez. Sekarang ni Sani, anak lelaki saya menjalankan perniagaan khidmat kanopi untuk majlis nikah kahwin, aqiqah, hari jadi dan sebagainya yang berkaitan dengan kanopi. Dia lebih specialized kepada transparent canopy untuk majlis yang diadakan pada waktu malam. Cantik hasilnya kerana di indahkan dengan chandelier serta dropping lights.
Hari ini saya nak cuba resepi 'fusion antara barat dan timur', lebih kepada 'tropical herbs' yang rasa saya menjanjikan rasa dan aroma tersendiri. Ada lima jenis hidangan yang ada dalam kepala saya.
1.Hidangan pertama ialah 'salad ikan tongkol/tropical style'.
Untuk menu ini bahan utama sudah tentulah ikan tongkol.
Semasa saya membuat lawatan ke Pulau Layang-Layang Sabah sewaktu masa dulu, saya ikut rombongan Jabatan Perikanan untuk memasang floating cage bagi pembiakan/ternakan ikan Tuna.
Kawan saya yang dapat tender untuk projek tersebut. Perunding di datangkan khas dari Scotland dan floating cage tersebut datang dari Finland. Mengikut pegawai perikanan di sana, ikan tongkol ini juga adalah boleh di klasifikasikan dalam species Tuna tapi bukan jenis Tuna laut dalam. Pernah satu ketika saya bersembang dengan kawan saya.
Kawan saya yang dapat tender untuk projek tersebut. Perunding di datangkan khas dari Scotland dan floating cage tersebut datang dari Finland. Mengikut pegawai perikanan di sana, ikan tongkol ini juga adalah boleh di klasifikasikan dalam species Tuna tapi bukan jenis Tuna laut dalam. Pernah satu ketika saya bersembang dengan kawan saya.
"Aku tak makan ikan tongkol ni...mana ada kelas, tu makanan orang miskin."
Saya pun panggil waiter untuk order sandwich.
"Kau nak sandwich apa....tuna, telur, sardine?"
"Tuna lah ....apa kelasnya telur dengan sardine."
"Kau cakap tak makan ikan tongkol....Tuna tu pun jenis tongkol juga."
Dan terus dia terdiam terkulat-kulat matanya.
Untuk resepi ini, ikan tongkol hendaklah di potong bahagian tengah-tengah yang banyak isinya.
.di panggang untuk senang racikkan isinya.
.campurkan garam, lada hitam....gaulkan.
Lain-lain bahan: bawang besar, serai, daun kunyit, limau nipis, kerisik, daun limau purut, kesum, bunga kantan....sedikit santan pekat, kacang panjang, tauge, daun ketumbar, daun bawang, olive oil.
Bahan-bahan lain: bawang merah, putih, cili api, halia, asam keping/perahan limau, serai, lengkuas, ketumbar, kerisik, santan dan perasa secukup rasa....buah tomato, daun kunyit dan kesum.
3.Hidangan ketiga, 'sup perut lembu'.
.Bahan-bahan macam rencah tom yam: bawang besar, putih, halia muda, lengkuas, daun limau purut, limau nipis, serai, tomato, saderi, chicken stok, cili padi.
4.Hidangan keempat..'Isi tongkol bende kailan goreng'.
.bende, isi ikan tongkol bahagian hitam dekat tulang, planta, limau nipis, bawang besar, putih, halia muda, buah tomato, lada hitam dan perasa secukupnya.
.
.bende, isi ikan tongkol bahagian hitam dekat tulang, planta, limau nipis, bawang besar, putih, halia muda, buah tomato, lada hitam dan perasa secukupnya.
.
5.Akhir sekali 'nasi planta'.
.Nasi, planta, bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga, garam, lada hitam, daun kunyit/daun limau purut.
Saya suka kepada hidangan yang simple. Makanan yang bagus adalah makanan yang kelihatan menarik, senang di sediakan, bahan yang senang di dapati dan yang paling penting ialah 'balance taste'.
Apa yang di maksudkan dengan rasa ialah perkara yang mengandungi ciri-ciri berikut:
.Masam, manis, pedas, masin, wangi/harum, pahit, dan yang mempunyai texture serta form yang menarik seperti cair, pekat, sticky, crunchy, smooth dan di adunkan untuk menjadi balance taste yang membangkitkan aktiviti di dalam mulut...
Sesiapa yang rasa berminat nak cuba boleh lah Private Message saya.
Saya bukan chef, bukan ahli di bidang masakan cuma saya suka bereksperimen dengan makanan, seperti kata kawan saya dari Australia..'you like to play with the food'
Memasak memerlukan ketekunan, passion, kreativiti, ilmu, kebersihan, jujur dalam penyediaan dan jadilah satu produk/hasil yang berseni. Bagi saya memasak/menyediakan makanan adalah seperti melakukan kerja-kerja seni.
Saya panggil anak perempuan saya Alia untuk melihat dan membantu saya melakukan kerja memasak dan nampaknya dia teruja dengan cara penyediaan makanan serta meminta izin untuk mencuba. Saya tunjuk ajar bagaimana untuk memasak nasi planta, serta mengadunkan salad ikan tongkol.
Dulu anak-anak saya terutama Alia sangat tidak suka kepada sayuran atau apa saja 'green leafy vege', tapi sejak saya minta dia membantu saya menyediakan hidangan sayuran, kini boleh dikatakan hampir semua jenis sayuran telah mula di makan.
Bila kita sendiri menyediakan makanan, kita tau pasti tentang kebersihan dan kita mulakan penyediaan dengan membaca Bismillah sekurang-kurangnya untuk mendapat keberkatan ke atas nikmat makanan yang telah Allah anugerahkan pada kita buat masa-masa tertentu.
Pahala dan kebaikan bagi orang yang menyediakan makanan adalah setimpal dengan usaha murninya, setiap titik peluh yang mengalir oleh panasnya api di beri ganjaran atas kerja ikhlas yang kita lakukan. Nikmat Allah berada di mana-mana dan yang paling hebat dan menyeronokkan adalah apabila tetamu menjamu selera dengan rasa syukur dan penuh nikmat.
Tiada yang lebih bahagia bagi seorang tukang masak selain melihat makanan yang di sediakan/di masak habis di makan oleh teman-teman dengan kenikmatan yang tak terhingga. Sesungguhnya bagi saya memasak/menyediakan makanan juga adalah satu kaedah terapi diri. Kita akan leka dan terbawa-bawa dengan kerja ketika kita sedang asyik menyediakan makanan dan fikiran kita berputar dengan penuh kreatif dalam menyiapkan sesuatu hidangan. Mendengar bunyi hirisan bahan dan juga melihat wap yang keluar dari periuk serta bunyi alatan memasak juga bagaikan satu alunan irama yang begitu menghiburkan. Cintailah dan berlaku jujur ke atas apa yang kita lakukan nescaya hasilnya begitu mendamaikan. Bila kita lakukan secara jujur maka lahirlah satu 'connection'/ikatan di antara penyedia juadah dan tetamu yang di raikan. Tetamu adalah siapa saja....ahli keluarga, anak isteri juga rakan taulan.
Selamat Tahun Baru....
.
.
Maaf kiranya selama ini saya telah banyak melukai hati-hati yang kurang senang dengan tingkah saya di alam maya samada melalui penulisan serta komen yang mencacat celakan erti satu persahabatan. Sememangnya bukan niat saya berbuat demikian mungkin semuanya berlaku di bawah sedar saya sebagai manusia yang sering terlupa dan alpa dengan kepekaan orang lain.
Maaf kadangkala tidak bererti jika selalu di ucapkan...dan biasanya penyesalan selalu datang terlambat.
Cheers dari saya.
Cheerio...selamat melangkah ke tahun baru.
.assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment