29hb Dec. 2013
Bismillah
Cepatnya masa berlalu. Pejam celik dah setahun.
Hari ini hari minggu. Banyak jemputan kenduri kahwin.
"Jangan pegi mana-mana lak...ingat, tengah hari karang kita kena pegi kenduri rumah Nasir, kenduri wat balik menantu." Mem mengingatkan saya tentang kenduri di rumah kawan yang tinggal di sek 8 tempat sama kami tinggal. Kira jiran lah juga cuma berlainan kejiranan.
Nasir ni dulu adalah seorang pensyarah di UiTM, Fakulti Kejuruteraan, sekarang berpindah ke IU-KL. Kami kenal dengan Nasir sekeluarga ni masa Mem belajar dekat Scotland dulu. Kira dah lama juga lah kami kenal dia sekeluarga. Walau pun tinggal berdekatan tapi kami jarang jumpa, maklumlah hidup di bandar berlainan sekali dengan masyarakat kampung.
Bagi saya indahnya masyarakat kampung di sebabkan indahnya rasa muafakat kejiranan. Bergotong royong, tolong menolong, ambil tahu fasal jiran tetangga. Aktiviti kemasyarakatan pun meriah. Ambil tahu pasal jiran tak pe jangan ambil tahu pasal bini jiran sudah lah....
Mem ke UiTM, ada kerja yang belum di bereskan. Hari ni pun katanya dia kena buat correction, dia jadi external examiner untuk pelajar peringkat PhD. Sibuk memanjang lah dia sampai hari minggu pun kena ke kampus.
"Ok lah...hari ni takde pegi mana pun." Jawab saya ringkas.
"Hari ni ada dua jemputan, satu Nasir satu lagi Dr Ridzuan, tu kat dewan seksyen 7." Mem mengingatkan saya sekali lagi.
Dr Ridzuan ni tak silap saya seorang pensyarah di Fakulti Senibina, sama fakulti dengan Mem lah. Saya kurang kenal kalau yang junior pada saya lagi pun saya bukan staf UiTM.
Dah lama sangat makan kat kedai. Lebih kurang sebulan ni asyik beli makanan kat restoran saja. Anak-anak semua ada kuliah dan balik tak menentu, tambahan sekarang ni dah musim exam. Saya dah rasa jemu sangat makan makanan restoran. Sekarang dah gian tahap gaban nak makan ulaman dan sayuran. Kalau tak ada ulaman dan sayuran serta buahan rasa tak lengkap bila makan. Makan ulaman ni saya amalkan semasa dari kecil lagi. Saya boleh makan tanpa lauk tapi janji ada ulaman. Dah hampir vegetarian tapi tak lah pula sampai ke tahap itu.
Pagi ni terasa sangat nak makan masakan sendiri yang ada ulaman, sayuran dan lain-lain yang saya telah miss banyak sangat. Saya bersiap untuk keluar ke pasar di seksyen 6. Jam baru 7.30 pagi. Mem sibuk mengemas di dapur dan saya pun senyap-senyap keluar untuk ke pasar.
Rupanya sudah ramai orang masa saya tiba di pasar. Nak parking pun susah. Dah lama juga saya tak jejakkan kaki di pasar ni. Biasanya saya selalu ke Giant di Shah Alam Mall untuk beli barangan keperluan rumah.
Sebelum keluar dari rumah memang dah rancang apa nak beli. Semua dah ada dalam kepala. Biasanya saya selalu beli sayur kat gerai sebelah pintu masuk. Tapi 4-5 kali kebelakangan ni saya beli sayuran dan lain-lain kat Pakcik di gerai hujung sekali. Gerai Pakcik tu banyak jual sayuran kampung dan juga ulaman. Gerai di pintu masuk terlalu ramai pelanggan, dan oleh kerana itu saya saja lah beli kat Pakcik ni kerana orang tak ramai dan saya rasa biarlah saya berbelanja di gerainya...kesian gak kat Pakcik tu berbanding gerai lain yang sangat laris. Tokeh gerai pintu masuk tu, agak saya berduit sangat, sampai boleh beli BMW 5 series dan isterinya pula, perhiasan barang kemas sampai hampir ke siku.
Saya rasa lah, sebenarnya mungkin pendapatannya melebihi gaji Pegawai Daerah. Tapi syukur lah kerana dia berusaha dan walau pun tidak glamor kerjanya tapi itu satu kerja mulia, berniaga sendiri. Patutnya ramai yang boleh jadi macam dia. Contohi sikap gigih dia anak beranak. Jauhkan sifat dengki antara sesama peniaga...sama-sama Islam pula tu sepatutnya bantu membantu menaikkan darjat orang kita.
"Hari ni ramai orang kan Pakcik...sampai nak masuk pun jem," kata saya memulakan perbualan.
"Biasa lah kalau time gaji macam ni...ramai orang berbanding tengah bulan," jawab Pakcik tu sambil tangannya menyusun sayuran di atas bangku di depannya.
Ya tak ya juga terlupa saya sekarang ni hujung bulan. Ada yang telah dapat gaji dan ada yang masih menunggu gaji masuk. Saya ni dah tak makan gaji lagi jadi terlupa lah pula hujung bulan. Bagi saya tiada bezanya awal, tengah dan hujung bulan semua sama saja.
Saya ambil daun kesum, kacang panjang, kailan, tomato sebiji, terung dua biji, timun satu biji, bunga kantan dua batang, daun bawang dan daun ketumbar dan dua biji limau nipis.
"Pakcik ni semua, tolong kira lah yer," sambil saya hulurkan bakul plastik yang berisi barangan saya kepadanya. Dia pun timbang lah apa yang patut.
"Semua RM12.40 sen..."
Saya hulurkan duit RM50.00, tu saja pun yang saya ada. Masa dia nak bagi duit baki saya tengok gemuk walletnya macam nak pecah. Teringat saya dulu-dulu orang kurang pandang kepada petani, peladang dan penjual ikan serta sayur di pasar. Kalau nak masuk meminang bila di tanya apa kerja, kalau jawab jual sayur punah lah harapan. Paling koman pun Cikgu, askar atau polis. Tapi sekarang dah terbalik. Orang berniaga runcit walau pun secara kecilan tapi lebih berduit berbanding orang makan gaji.
Hidup di bandar ni kalau susah, kesempitan wang memang terasa susahnya. Setiap benda kena pakai wang. Kalau di kampung susah macam mana pun orang tak lah sampai kebulur. Boleh lagi makan walau tak ada duit. Sayur, ubi, buahan ada di keliling rumah. Banyak bezanya takrif kemiskinan di bandar berbanding di kampung. Tapi yang hairan ramai pula orang kampung nak jadi orang bandar. Ya la mereka belum tahu langit tingi ke rendah hidup di bandar.
Saya teringat dulu ada budak lelaki ingat saya dalam lingkungan umur 20an macam tu lah, dia berniaga jual pisang goreng kat parking depan rumah saya. Satu hari...
"Dik, pasal apa macam orang cemas jer ni,..asyik pandang kiri kanan."
"Bukan apa bang...niaga macam saya ni kena lah mata liar sikit, MBSA selalu datang kacau."
"Kenapa lak?"
"Ya la kita ni mana ada lesen...setakat berniaga bawah payung ni...susah cari makan."
"Habis tu kenapa tak ambil lesen?"
"Dah mohon..kita tak kenal orang ni susah bang..."
"Habis tu kalau MBSA datang apa citer?"
Saya kasihan tengok budak tu, kerana sambil di goreng pisang tu matanya melilau kesana sini. Takut gak tangannya ke dalam kuali panas, bukannya pisang... tak pasal-pasal masuk hospital.
"Saya ni baru kena berenti kerja kilang, nak balik kampung pun nak keje apa, nak jadi pencuri pun dah ramai sangat jadi pencuri, banyak competition pula tu..."
Kira kelakar juga budak ni. Tapi ada logik nya apa yang di cakapkan tadi tu. Balik kampung nak keje apa. Nak jadi pencuri pun payah nak 'masyuk' income, terlalu ramai pula yang bergiat di bidang tu. Kereta nak kena bayar tambahan kalau ada anak bini. Simpati pun ada kat dia ni. Orang lain tak tahu macam mana sengsara bila di berhentikan kerja. Kalau simpanan tak ada lagi parah.
"Saya ni bang dah banyak kali kena tangkap dengan MBSA...dia orang tu tak kira apa..baru ni merayu-rayu saya, tapi dia orang tak peduli, dengan kuali-kuali panas di angkutnya...tepung lak baru di adun nak cuba resepi baru...tak nyempat nak test resepi, kuali naik trak dah...abih tu saya kena beli kuali lagi, mana nak ada duit, dapat sikit kena rampas saya lah susah dah berapa kali beli kuali."
Kelakar pun ada dengar cerita budak ni. Tapi kenyataannya macam tu lah. Penguatkauasa tak juga boleh nak kita salahkan. Tu sudah arahan dan memang tanggung jawab mereka mencegah peniaga haram jalanan. Orang yang berniaga haram ni sah tak ada pemeriksaan kesihatan, jadi kalau kena jangkitan kuman ke penyakit merebak ke, majlis juga yang di salahkan ...serba salah juga memikirkan. Tapi saya beli juga lah pisang goreng budak tu. Niat asal nak beli RM1 jer tapi mendengar rintihan kalbu nya itu saya hulur RM5.00, sampai berpinar mata dan panjang leher saya nak habiskan pisang RM5.00 tu.
Selesai beli sayur saya ke gerai ikan. Ayam dah jemu, hari ni nak beli ikan tongkol nak test resepi. Kat pasar ni jarang nampak orang lelaki yang dok pilih sayur, ikan, ayam, sotong, buahan dan sebagainya. Kebanyakan orang lelaki samada baca paper dalam kereta atau hisap rokok tepi parking atau sedang minum di gerai. Yang ramainya kaum Hawa lah. Saya sampai terlanggar-langar kaum Hawa kerana betapa ramainya mereka memonopoli laluan. Nasib naik pakai lengan panjang, tak lah tersentuh, kalau tak sudah tentu batal wudhu.
"Dik, ikan tongkol ni yang mana satu ..ada dua jenis ni...yang tongkol hitam ni lebih mahal kan."
"Betul la bang, tongkol yang abang pegang tu tongkol hitam RM14 sekilo...tu dekat sekilo rasanya?"
"Tolong timbang...tak payah potong la...nanti sendiri potong kat rumah."
"Betul ke ni....orang pompuan semua minta tolong kita potong...abang ni biar betul."
"Betul la...saya potong, saya masak...saya suka potong sendiri kerana saya tahu besar mana, saiz jenis mana yang saya nak masak."
"Betul juga tu...nampak tak macam pandai masak pun...macam artis ada lah...rambut tu sempoi."
"Biasa la dik bukan kamu tak kenal saya pun."
Memang saya kenal ramai yg berniaga di pasar ni. Ya lah dah bertahun kat sini mesti lah kenal. Tauke ayam tu pun kenal siapa saya. Bukan saya kenal dia tapi dia orang yang kenal saya..hehe...mula lah riak....hebat bodoh.
"Berapa kilo dik?"
"Betul la saya cakap...sekilo jadi RM14 lah."
Saya terfikir apa lagi yang nak di beli. Baru teringat nak pegi cari perut lembu. Tuan gerai/penjual daging ni memang saya kenal rapat. Dia pun kenal Mem masa Mem jadi Ahli Majlis MBSA beberapa tahun lepas, tauke daging ni adalah ahli MPP/majlis perwakilan penduduk. Abang dia pula kira kawan baik kita orang, bekas Pengarah Perancang Bandar MBSA.
"Dik, ada perut lembu tak...?"
"Ada..nak banyak mana?"
"Tak nampak pun tergantung, kamu sorok kat ne?"
"Ni dalam plastik merah ....nak banyak ke?"
"Tak ada la banyak...dua keping je la...berapa sekilo?"
"Biasa lah RM14.00."
"Kau timbang yang ni agak-agak berapa kilo?..Saya takut tak cukup duit."
"Abang ni wat lawak...BMW X5 boleh pakai, takkan nak beli perut sekilo tak boleh...."
"Kereta tu Mem punya ...saya ni drebar jer..." sambil tersenyum dia memulakan timbangan.
"Ni kat sekilo...kira RM12.00 la..."
Tiba-tiba budak yang jadi pembantu tauke tu jawab...
"Tak de, abang ni kena diskaun banyak sikit...kau tahu ke dia ni kawan baik bos....bagi RM10.00 je la."
"Tu baru kawan namanya....murah rezeki kau..." kata saya menunjukkan gaya thumbs up.
"Berkenan la kat kereta sport abang tu.."
"Mana satu?" Cara tanya tu macam lah banyak sangat kereta sport.
"Yang hitam tu la...apa dia lady lady entah apa nama...?"
"Oh tu ...anak saya punya...saya tak de apa pun...kereta tu semua orang punya...consultant jalanan macam saya mana nak berduit."
"Takde duit betul kan nanti haaa...tu doa bang."
"Kamu jangan wat pasal....doa la biar saya kaya...nanti selalu saya datang sini...."
Sambil saya bersalaman dan mengangkat tangan saya pun berlalu dan menuju ke gerai sayur untuk beli lengkuas dan halia. Tadi terlupa nak beli kat kedai pakcik sayur tu.
"Ni saja ke...?"
"Ya...sayur semua dah beli tadi...berapa tu dik?"
"Semua ni RM3.20"
Memang sayur kat gerai ni agak mahal sikit berbanding dengan lain gerai. Tapi kita tak boleh nak salahkan dia lagi pun kebanyakan sayur di gerai ni nampak lebih fresh dan baru. Mungkin dia pun dapat harga yang mahal dari pekebun sayur.
Saya menjinjing beg plastik sambil mengira dalam kepala berapa banyak yang dah di belanjakan.
"Sayur RM12.40, ikan tongkol RM14.00, perut lembu RM10.00 dan tadi pula RM3.20....jumlah semua RM37.80...nasib baik cukup duit...nak beli buah pun takut tak cukup duit."...bermonolog sendiri....
Jam 9 pagi saya dah sampai rumah. Mem pun tiada di rumah mungkin dah pegi ke kampus. Saya pun kemas lah barangan yang baru di beli ka pasar tadi sambil menunggu Mem balik untuk pergi kenduri di rumah Nasir. Sambil baring-baring terus terlelap. Semalam tak tidur memang lah badan jadi letih. Terbangun dah jam 12. Mem pun dah sampai rumah. Saya naik ke bilik atas, master bedroom untuk mandi dan buat apa yang patut-cukur jambang, syampoo rambut, mandi manda....mesti kena wangi dan kemas sikit nak pegi kenduri ni, mana tahu jumpa awek mana nanti....oooops.
Sampai kat simpang jalan masuk rumah Nasir, terserempak dengan Abang Zul dan Wawa anaknya. Dia kini tinggal sorang kerana isterinya arwah Kak Zaini telah meninggal. Abang Zul ni kita jumpa pun kat Scotland juga, masa tu dia pergi belajar dan Kak Zaini pun belajar buat PhD, tapi oleh kerana Kak Zaini sakit-sakit dia tak dapat habiskan pengajiannya.
Masa pulang ke Malaysia Abang Zul ni ada lah juga buat kerja untuk pejabat saya. Kalau ada benda yang kena mengena dengan unjuran untuk kos bangunan dan pembiyaiaan pinjaman kita guna kepakaran Abng Zul ni kerana dia memang pakar dalam bidang ekonomi dan pernah bekerja dengan Bank Negara. Abang Zul ni tinggal di Ara Damansara, mungkin seorang kerana anak-anaknya tinggal di luar negara, ada yang kahwin Cina Hong Kong, Cina Klang dan satu lagi pindah ke Australia.
Kadang-kadang bila terfikir balik ibu bapa berkorban segala untuk kejayaan anak-anak, tapi bila sudah besar dan berjaya maka mereka membawa haluan sendiri. Teringat saya pengorbanan ibu bapa juga adik beradik tapi segala pengorbanan sudah tidak bernilai. Dan anak-anak akan berkata bahawa memang tugas ibu bapa untuk menyara dan membesarkan anak-anak.
Bila anak-anak berjaya dalam pelajaran, lulusan luar negara, maka dengan bangganya ibu bapa bercerita pada teman-teman tapi sebaliknya jika ada anak yang tinggal serumah dan tidak berjaya dalam pencapaian akademik, anak itu selalu di pandang rendah. Walhal anak itu lah yang membantu ketika ibu bapa sakit, susah dan dialah orang pertama muncul ketika perlu bantuan. Dan mungkin dia juga yang sentiasa berdoa untuk ibu bapanya.
Bila di renung kembali, anak yang jenis mana satu yang berguna tika ibu bapa menjalani hari-hari tua. Anak-anak yang berjaya sentiasa sibuk dengan kerjaya dan tiada kesempatan untuk pulang dan sentiasa di sandarkan tanggung jawab kepada yang ada di kampung. Pada hal masa kecil abang yang di kampung tu lah yang berkorban untuk berhenti sekolah memberi laluan kepada adik-adik, dan dia lah menolong ibu bapa mencari wang untuk menyekolahkan adik-adik. Hidupnya terpinggir dan terhina di kalangan ahli keluarga. Tapi dia pasrah dan rasa saya dia lebih dekat pada agama dan lebih hebat hidupnya walau dalam kemiskinan, dalam hinaan dan cercaan. Anak sebeginilah yang membawa ibu bapa ke syurga tapi bukan anak ynag di raikan keluarga kerana kejayaan akademik yang tinggi.
Tersentuh hati mengenangkan ini semua kerana saya pernah ketemu insan sebegini. Ramai orang berharap untuk anak-anak menjaganya ketika tua, tapi sebaliknya kecewa bila anak-anak yang di beri pelajaran tidak mampu untuk menjaga ibu bapa ketika tua. Sepatutnya kita berdoa minta Allah jaga kita, maka mungkin Allah akan menganugerahkan anak-anak yang soleh menjaga kita suatu waktu nanti. Kita tidak akan kecewa kerana pergantungan harapan kita kepada Allah tapi bukan mengharap anak-anak.
Sampai di rumah Nasir jam satu tengah hari. Parking penuh. Nasib baik anggota RELA suruh parking betul-betul depan khemah kebetulan ada kosong. Tengah baca doa. Kena lah meng 'amin' kan doa. Tapi ada juga yang kurang prihatin berjalan ke hulu ke hilir mencari tempat duduk. Selepas selesai bacaan doa selamat saya menuju ke pintu rumah Nasir untuk bersalaman dengannya.
"Mana Kak Das...takkan datang sorang?" Nasir menegur saya.
"Ada tu...sibuk jumpa geng-geng dia la tu."
Sebentar kemudian Mem datang dan bersalaman dengan Rokiah isteri Nasir.
"Ada nampak Habsah dan Dr Rahim tak?" Itu soalan pertama Mem kepada Rokiah.
"Dia orang dah lama sampai, mungkin dah nak balik kot," balas Rokiah.
Saya ke meja buffet untuk ambil makanan sambil tinjau-tinjau tempat duduk. Semua meja penuh, nasib baik ada tiga kerusi kosong betul-betul depan pintu rumah Nasir. Cepat-cepat saya ambil makanan dan booking tempat duduk. Saya nampak Mem sedang berpelukan dengan seseorang. Rupanya Habsah isteri Dr Rahim. Dan sebentar kemudian Dr Rahim datang menghampiri saya.
"Dah lama sampai?" tegur saya pada Dr Rahim.
"Orang dah nak balik dah...dia ynag dekat ni sampai lewat dah terbalik kot."
"Biasa la tu...sekarang masih dengan UNISEL ke?"
"Eh dah tujuh tahun cabut." Jawab Dr Rahim.
"Ye ke...masa dengan Dato Aziz ke?"
"Lepas Dato keluar saya pula ikut."
"Dato Aziz tu partner saya dalam satu company kat Melaka."
"Ada dengar juga." balas Dr Rahim.
Dato Professor Dr Aziz tu dulu adalah Vice Chancellor UNISEL, dan dia juga merupakan partner saya dalam satu syarikat dengan anak syarikat Kerajaan Melaka terlibat dengan sand dredging. Sampai sekarang saya masih ahli Lembaga Pengarah syarikat tu. Yang menjalankan day to day operation adalah staf yang ada di Melaka, saya cuma hadir mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah saja.
Dr Rahim ni pula kami kenal semasa sama-sama berada di Scotland. Dia datang lebih awal. Masa tu dia tengah buat PhD nya. Dia lah yang banyak membantu Mem ketika saya belum ke sana. Dalam masa 3 bulan tu lah anak-anak saya di jaga oleh Habsah isterinya. Kami banyak terhutang budi dengan keluarganya waktu itu.
"Kami minta diri dulu lah ye...nak pegi satu lagi tempat kenduri...kami ni tinggal di Bangi...awak tu dekat ok lah kalau nak berkampung kat sini pun," sambil bergurau Dr Rahim bersalaman dengan saya.
Tiba-tiba muncul Mat Takrim.
"Dah makan ke belum?" Mat Takrim bertanyakan saya.
"Ni atas meja ni belum sentuh lagi."
Dan kebetulan orang tak ramai yang datang jumpa Nasir....
"Tengok bro kita ni...dahsyat maintain muda nya...dengan rambut panjang semacam," kata Nasir pada Mat Takrim sambil menepuk bahu saya.
"Kau ni Sir...perli aku yer...Tuhan dah bagi aku masih ada rambut, aku menafaatkan lah...lagi pun aku tak kacau orang...ok per."
"Kak Das...pe citer abang kita ni...maintain macho ni....kena jaga-jaga sikit ni," Nasir berkata sambil menoleh pada Mem.
"Kau takkan tak tau perangai dia....artis...tak boleh buat apa la kita ni ikut saja lah janji dia bahagia." Mem berkata pada Nasir yang masih berdiri sebelah Mat Takrim.
Mat Takrim ni sebenarnya dulu classmate dengan Mem semasa belajar di University of Strathclyde, Glasgow dulu. Sekarang ni dia buka firm sendiri. Mem sibuk melayan kawan-kawannya, ramai betul yang dia kenal, ya lah semuanya yang dia kenal tu staf UiTM. Rasa macam kera yang baru nak sumbang lah saya ni jadi nya.
Jam 2 petang kami bergerak pula ke sek 7 untuk menghadiri kenduri jemputan Dr Ridzuan. Majlis tu di buat kat Dewan Orang Ramai, jadi taklah penuh meja, ada lah kekosongan. Semasa masuk ternampak pula Dr Zainal Mat Saat dengan famili nya sedang berehat. Saya pun melangkah ke arahnya untuk bersalaman.
"Kita dah nak balik ni...dah kenyang," kata Dr Zainal.
"Ye ke...kita baru balik dari rumah Nasir."
"Kita orang awal-awal lagi ke rumah Nasir."
Dr Zainal ni dulu pensyarah kat FSPU/fakulti senibina perancangan & ukur sama dengan Mem. Dia seorang Statistician. Banyak bukunya di gunakan sebagai buku teks. Dia ni jiran sama-sama kat sek 8 juga.
Kami meminta diri untuk ke meja buffet.
"Tak nak makan la...dah kenyang ni....ambik dessert jer la," kata saya pada Mem.
"Ya tak ya gak."
Kami ambil dessert bubur pulut hitam. Kebetulan meja banyak yang masih kosong. Sementara kami mahu bergerak pulang ternampak Dr Habsah dan suaminya Dr Kamarul sedang menatang pinggan. Saya melambaikan tangan pada mereka untuk ke meja kami.
"Kita orang ni dah nak balik...tak makan pun...dah kenyang tadi kenduri rumah jiran sek 8." Mem berkata pada Dr Habsah.
"Jemput lah makan ....kita nak beransur la ni," kata saya pada Dr Kamarul.
Kamarul dan Habsah ni sebenarnya junior saya dan mereka ni pun macam saya juga lah kahwin classmate. Kekal sampai hari ni. Kamarul tukar bidang semasa peringkat Master, dia belajar bidang Landskap dan sampai lah dia buat PhD. Habsah pula masih di bidang Perancang Bandar. Kedua-dua tu Prof Madya sekarang ni.
Dari jauh ternampak Dato Ali. Dia ni jiran kat sek 8 juga dan pernah jadi jiran pejabat semasa di sek 10 dulu. Sekarang dia jadi consultant di bidang Interior. Dia pernah jadi pensyarah kat FSPU juga di bidang Interior Design. Di samping jadi consultant dia juga ada kedai buat langsir....oleh kerana tu dia di kenali sebagai Ali Langsir. Dia ni orang kampung Zizan Raja Lawak, orang Terengganu.
bersambung lagi....

No comments:
Post a Comment