Friday 22 April 2016

bandar pontian..ada benda pelik..mende? (part one).


bismillah



Tiba di Bandar Pontian hampir jam tiga petang.. Lama nar tak datang, dah lupa jalan pun. Kami telah pun buat pre booking kat Hotel Pontian. Kat bandar ni rasanya takde hotel yang stand alone ..Apa yang me nampak semua nya guna shop lot. Sama gak la dengan Hotel Pontian ni ..Mem familiar dengan hotel ni kerana dia penah tinggal kat situ masa bawa students untuk lawatan tapak tak lama dulu.

Bilik yang ada untuk kami hanya kat tingkat 3...Memang menapak la...tak de lift...Bayangkan kalu OKU atau orang tua yang sakit sendi atau asma dll penyakit...Me bukan muda sangat pun..dah kira bangka gak tapi me ok jer lagi panjat 3 tingkat. 

Me nampak ada satu famili tu bawa kuarga...ibu bapa mereka rasanya...Setiap tingkat tu berenti...mengah macam nak putus nafas... Me rasa bole je nak adakan lift...Buat satu lift kat tengah2 dan gunakan access corridor untuk ke setiap bilik...Tu lebih economical daripada ada lift setiap empat unit seperti kelazimannya.




Kalu ada alternatif hotel memang tak mau la tinggal kat hotel yang takde lift facility dsbnya....Maksud me kalu bawa budak2 kecik...OKU dan orang2 yang lanjut usia yang tak larat nak bergerak...Tapi dah ni je yang ada...Yang kira paling gah la kat sini...hmmm..Apa yang me suka kat tempat ni ...dekat dengan lain2 kemudahan....kedai makan ...kedai runcit ...7E, resto mamak lak annexed to this hotel...Restoran Alif tu la maksud nya...24 jam operasi...very convinient untuk lepak2 la.




Pontian ni sinonim dengan nenas. Malah ada satu muzium khas untuk nenas...Yang heran nya takde pun nampak orang jual nenas tepi jalan macam orang jual nenas kat Jalan Rantau Panjang, Kelantan...Memang berderet gerai jualan kat sana tu..


Selepas check in kami saja la pusing2 tengok bandar ni...nak tengok apa yang menarik la maksudnya......Pada hemat me bandar ni adalah bandar pesisir pantai..Macam gak bandar KT/Kuala Terengganu dan KK/Kota Kinabalu...Bagi me la KK is the best la ...kerana setting bandar tu mengadap pulau2 dan ada teluk Likas yang cantik dan pembangunannya lebih pesat dan terancang...Ya la KK tu ibu negeri pun...Pontian ni hanya lah satu Daerah je..




Kadang2 tinggal di bandar kecil ni ada gak pro nya...Salah satunya terhindar dari segi kesesakan dengan manusia dan kenderaan. Lagi satu yang me peratikan ialah pergaulan....we tend to bump into each other and becomes an unselfish and friendly society...Tak kira la kat pasar, kedai makan atau kat pejabat2 kerajaan....Kita leh kenal dengan agak rapat kerana tak ramai orang seperti di bandar2 besar yang lebih kepada individualistic corak pola sosialnya.


sekian untuk kali ini.
nak kena sambung len kali la yer.
sambung kat part two..
terima kasih. 
wassalam.

1 comment: