Saturday 16 April 2016

kukup...(part two)


bismillah



Bermula lah boat ride menyusur pesisir kawasan penempatan yang penuh dengan bangunan rumah dan kemudahan komuniti ...Ada kuil..dewan..semuanya on stilt..Bila dok lam bot ni lain lak nampak pemandangan sekitar ni...Baru la terbuka minda...Semasa kat darat tadi tak nampak lak cam ni...Rupanya pemandangan dari laut ni lebih menyeluruh...We can have a full view on the settlement plus the area of fish rearing...in cages. Most buildings take advantage of the waterfront...they really utilised the nature's gift




Bot bergerak perlahan...sampai kat tengah kawasan penempatan ni...bot berenti...Ada taklimat rupanya..Pemandu bot yang bagi penerangan...Takde ombak pun so tak yah la anchoring...Kalu ada ombak mau terumbang ambing gak la kot. Tapi biasa la kat kawasan yang dekat dengan darat memang tak ada ombak ganas kecuali ada selisih dengan lain2 bot. 

Kami pun dengar la apa yang di citerkan oleh pemandu bot ni. Bagus gak la dia sendiri yang citerkan tak yah lah upah lain orang untuk ambik alih tugas as tour guide ni...jimat banjer pun. Sekarang ni semua kena pikir camne nak save bajet...minyak turun barang lain lak naik...Kalu tak berhati2 banjer...parah nanti..Mana ada orang bagi pinjaman at difficult times like this.



Pemandu bot ni bercakap pelat2 Cina gitu la...

"Wa mau celita sikit pasal ini tempat....Ni olang panggil Kukup namanya..Olang sini hidup jadi nelayan...Nelayan pantai dan nelayan laut lalam.."

Dia berenti jap sambil tengok2 kat kami kerana kita orang semua diam nak dengar dia cakap apa...Bunyi enjin bot tu pun kuat gak..Kurang jelas la pulok jadi nya...hmm

"Dan lamai juga yang telnak ikan sangkar...sikit jam saya bawa itu sangkar punya tempat..mahu beli ikan hidup pun bole la.."

"Besar betul ya kampung niMe saja mencelah.

"Ya manyak besar..ada dua bahagian ..dua kampung la...sebelah kili tu namanya Kukup Air Masin ada 3000 olang dan kanan tu Kukup saja la...ada 3000 olang juga...lebih kulang itu macam la...Lu tengok itu tempat ada macam2..seafood restolan...dewan..sekolah Cina..macam lain2 kampung juga la..cuma ini kat lalam laut..."





"Itu saja la wa bole celita sikit tentang ini tempat..."

Dan kami meneruskan perjalanan...Di bawanya kami menyusur kawasan sangkar2 ikan yang banyak terdapat kat sini...Kagum me tengok usaha nelayan2 ni membina sangkar2 ternakan ikan yang begitu luas. Me pun tak paham dari segi perundangan...Biasa nya kawasan gini adalah rezab JPS/Jabatan Parit dan Saliran atau pun State Land...Kena mohon water concession untuk menduduki tempat sedemikian. Mungkin dah ada arrangement dengan jabatan2 atau pihak PBT/Pihak Berkuasa Tempatan Pontian.

Wow..so fascinating..I just can't imagine there exist such a kind of settlement like this...With 6k population...it's bigger than some Malay Kampung...Of course it's compact and not properly planned due to site limitation as in other normal kind of settlements..So they make do without any guidelines on building etc..Nothing on fire safety, sanitation, drainage or what...but it's ok...I think there are things we can learn from this kind of development...Sometimes constraints and desperate conditions make people more creative and respect each other in the name of survival, so they become a close knit community in the end...high in spirit of neighbourliness and gotong royong. When people are complacent they tend to be selfish and individualistic.



Through my observation...professionally guessed, this area was actually a rezab pantai..and slowly they built structures on fishing activities...then gradually sprung up into a fishing village as it is to this moment...I think that's a norm in every area of no man's land...may be during that time there was no such law abiding to this kind of settlement...Documentation is very important as a proof in any form of dispute.

Semacam legal la gayanya kerana me nampak mereka dapat segala kemudahan awam, utiliti dsbnya...ada api letrik, air pun juga ada..I don't think they survive on Gen Set...Me tabik gak la dengan spirit dia orang ni...Apa saja bole jadi kalu ada kemahuan..Datang sini dulu lebih 100 tahun lampau mungkin takde apa pun selain air laut...Sehelai sepinggang jadi nelayan cari rezeki...hingga la ujud commune sendiri..I think the whole settlement tu orang2 Cina...me got no statistic cuma melalui observation depan mata saja la..


Hmmm ....baru part two nih...Ada banyak lagi yang nak me citerkan pasal Kukup ni...Menarik gak la bagi yang lom tahu tentang tempat ni...Mungkin gak orang tempatan pun ramai yang tak tahu sejarah tempat ni pun ada rasanya...Jadi....teruskan lah follow me kalu nak tahu citer seterusnya..


sekian
terima kasih
kita ketemu lagi
wassalam.

1 comment: