‘Malam tadi sebelum aku balik aku terserempak dengan dia kat tangga.’
‘Kau tak tanya dia mana dia menghilang?’
‘Tanya, tapi macam dia keletihan dan tak mau cakap banyak…dia cuma bagi tahu dia ke pejabat Majlis Daerah lepas tu terus naik ke biliknya.’
‘Nanti lah esok aku cuba tanya dia… good nite Lia, aku nak tidur dah ni.’
“Lia dapat agak tadi Liz tunggu Lia nak tahu pasal Haikal, bila dia tahu yang Haikal ada kat bilik, nampak dia senang hati lalu masuk tidur tu….lepas mandi, basuh muka Lia pun masuk tidur…nampak Liz sedang berdengkur…lena betul dia...happy sangat la tu”
“Kamu tu pula boleh ke tidur?” Saya bertanya demikian kerana saya rasa Emilia tak dapat untuk tidur asyik teringatkan kelakuan Haikal yang sedikit kepelikan sebentar tadi.
“Tak boleh tidur uncle…dok fikir pasal Haikal…esoknya bila bangun solat subuh, Liz pun dah bangun juga...mandi awal dia, lepas tu berdandan sakan…lawa gila minah tu pagi tu…Lia tau dah tu semuanya di buat untuk Haikal…dengki juga tengok dia cantik-cantik pergi kerja…kat resort tu dah heboh pasal Liz yang dok tergilakan Haikal…”
“Pelik betul perangai kau orang berdua ni rupanya,“ ujar saya yang makin seronok mengikuti kisah hidup mereka yang penuh dengan suka duka yang tersendiri.
“Masa Lia sampai ke resort petang tu Lia tengok Liz takde, tunggu juga kalau-kalau ada Haikal kat lounge...waktu dinner mesti lah dia akan muncul… tapi tak juga nampak dia...hairan...lepas tu staf kat lounge bagi tahu Liz keluar dengan Haikal selepas Liz habis kerja tadi…mana dia pegi semua tak tahu…Lia pun pergi berlari berjumpa auntie Mary...Lia tahu Liz tak kan keluar tanpa izin auntie.”
‘Auntie tahu tak mana Liz pergi?’
‘Tadi dia datang minta izin nak keluar dengan budak lelaki yang hensem tu la…apa nama dia….hahaha…Haikal…auntie kata pegi la tapi auntie pesan jangan pula balik lewat…kita ni kat kampung…dia kata ok.’
‘Tak tanya ke mana dia orang pegi…?’
‘Tak pula tapi Liz kata dekat-dekat jer…mungkin Kundasang la tu.’
‘Kundasang ada apa malam-malam ni?’
‘Yang kau risau sangat pasal Liz tu kenapa…dia dah besar tau la dia nak jaga diri…kau tu cari la juga orang macam Haikal tu’
“Aduh uncle sakit juga hati ni bila auntie asyik duduk promo Liz…dia yang dorongkan Liz keluar dengan Haikal…tapi Lia tak boleh lah nak salahkan auntie dalam hal ni…. betul la apa yang auntie cakap…tapi hati Lia ni dah mula jeles…pelik gak…..baru-baru ni Lia yang mahal sangat jual…sekarang dah terbalik…”
“Tau tak pe…tu penangan orang bodoh dan menyombong tak bertempat,” kata saya mengenakan Emilia.
“Uncle pun masuk sebelah Liz la juga ni ye…Lia terjun bukit ni kan...ha.”
“Macam tu pula perangai kamu ni…ini kisah flash back jangan campur aduk kan,” saya ingatkan pada Emilia yang macam orang tengah bengang.
Kami sama-sama ketawa. Emilia tak ingat yang waktu ini dia tengah mengisahkan hal masa lalunya tapi macam dia rasa yang betul-betul sedang terjadi. Dah jadi biul budak Emilia ni. Saya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala sementara itu Emilia menutup mulut seolah-olah malu dengan perbuatannya sebentar tadi.
“Habis jer time kerja Lia minta uncle Roni hantar Lia balik. Lia nak tunggu bila Liz balik. Geram pun ada hati ni bila ingatkan yang Liz ni ke mana pergi malam-malam buta begini. Sedang Lia tengah buka pakaian Lia terdengar bunyi kereta...ada kereta berhenti dekat pintu pagar…Lia nampak Liz buka pintu kereta dan nampak la yang Liz sedang cium tangan Haikal…mahu saja Lia keluar masa tu tapi Lia masih berkemban…Lia intai kat tingkap jendela…nampak mesra sangat la dua ekor belangkas tu.”
“Marah membara nampak…ingat..ingat… ini flashback’’ kata saya sambil tersenyum.
Sekali lagi kami ketawa. Saya saja nak ingatkan Emilia jangan terbawa-bawa tak tentu hala, silap haribulan saya yang jadi mangsanya melepas geram dengan cubitannya.
‘Bukan main lagi kau Liz.’
‘Maksud kau.’
‘Hilang tah ke mana, pah tu balik main cium-cium tangan lagi kau ye.’
‘Kau mengendap aku la ya…dia boy friend aku mesti la aku sayang dia dan dia pun sama.’
“Geram betul Lia kat Liz tu uncle…dengan lagak bodoh sombongnya tu…tak tahan betul Lia…ni dah satu cabaran nampaknya.”
‘Mana kau keluar berduaan tadi…bagi tau aku?’
‘Kau ni apa hal?…kita punya suka la.’
‘Kau ingat, kau tu anak dara…sunti, suci lagi…nanti kan jadi apa-apa sapa susah...semua susah…aku auntie, uncle semua susah pasal kau...kau jangan nak memandai-mandai.’
‘Yang kau garang semacam ni kenapa?…Takde kena mengena dengan kau…bila aku tanya kau pasal Haikal kau cakap kau tak minat mamat tu…tapi sekarang macam kucing jatuh anak, kau ni jeles semacam pula.’
‘Takde jelesnya …aku ni nak jaga amanat ibu kau.’
‘Melebih-lebih pula kau ye…kalau ibu ada, ibu pun restu, suka aku dengan Haikal tu.’
‘Dia tu Islam, kau lain…mana boleh kahwin...tu, aku nak ingatkan.’
‘Lia woooi…macam la perkara tu pelik sangat…tengok ibu kau tu dulu...macam mana, bukankah bapa kau tu Islam dan ibu kau tu apa…dah lupa ke? Keluar lah kau dari hasil mereka berdua…aku pun boleh juga macam tu.’
‘Jangan kau ungkitkan pasal mak bapak …ini hal kita.’
‘Hal apa nya...baik kau pergi mandi, sejukkan badan bara kau tu...aku letih ni.’
“Lia geram sangat kat Liz tu sampai Lia ambil tikar bantal Lia tidur kat ruang tamu…panas sangat rasa kat dalam bilik tu, kalau lama-lama boleh terbakar. Lia perasan lepas mandi Liz jenguk tengok Lia….dia ingat Lia dah tidur….dia tak tahu masa tu tengah terbakar hati.”
“Uncle rasa kamu ni marah sangat kerana merasa tercabar dengan Liz…kamu kan selalu menang dalam banyak perkara tapi kali ni kamu rasa sangat terancam dengan kesungguhan Liz…betul tak?’
“Memang betul…Lia rasa betul-betul tercabar kali ni…ini kes lain, tak sama dengan kes Dr. Daniel… kali ni kerana si Haikal dah mula jual mahal dan Liz pula menangguk di air keroh.”
“Air Keroh ada kat Melaka…dah jadi Bandar Baru dah pun sekarang,” kata saya memerli Emilia.
“Uncle ni mula lah nak wat kelakar, orang tengah serius dia lak wat citer bodoh dia.”
“Rilek la Lia…kamu tu tengah panas jadi kena la tone down sikit biar suhu badan panas tu menurun…ingat ni flash back berapa tahun yang lalu…..yang sekarang ni kamu dengan saya...nak tension-tension kenapa nya?”
Sekali lagi kami ketawa sambil Emilia cucuk-cucukkan pinggang saya. Geli gila di buatnya.
“Lepas solat subuh Lia tidur balik…masa Liz nak pergi kerja Lia tak pun bangun…tak wish dia macam biasa masa nak pegi keje. Hari tu menyampah betul rasanya . Terbuku kat hati ni belum reda kerana Lia dok imagine macam-macam apa dia dah buat dengan Haikal malam tadi…yang Lia tak tahan sangat tu bila Liz main perli-perli sebelum pergi kerja.”
‘Indah sungguh malam tadi…saat-saat yang tak kan terlupa ke akhirnya. Pelukan mesra dan ciuman di pipi tu masih terasa hingga kini akan betapa panas dan syahdunya….ini malam berulang lagi saat manis tu…bye …selamat tidur.’
“Lia balingkan bantal kat Liz yang sedang berjalan menuju tangga.”
‘Aik ingat dah pengsan rupanya hidup lagi.’
‘Ooi berambus lah cepat.’
“Sambil ketawa dan bernyanyi-nyanyi kecil Liz meninggalkan pekarangan rumah….bencinya Lia…benci…benci…”
“Sabar, sabar…bawa mengucap banyak-banyak…apa…. histeria dah ke ni?” Sambil saya menggoyang-goyangkan kepala Emilia. Baru lah dia tersedar yang dia macam dalam ilusi sendiri.
“Pagi tu Lia tak pergi kebun seperti biasanya, tapi Lia kemaskan baju, memang nekad tak nak balik rumah dah, nak tidur je di resort buat sementara waktu. Lebih kurang jam 9 pagi macam tu la Lia dah sampai kat gerai auntie…Lia malas nak lalu depan Liz kat reception…lagi pun memang nak tolong auntie berniaga. Lebih kurang jam 10 nampak Myvi Haikal keluar dari resort dan dia sempat berhenti ucap selamat kat auntie."
“Kamu kata waktu pagi kamu dan auntie berkebun hanya buka gerai waktu malam je?” Saya bertanya kerana Emilia pernah bagi tahu yang mereka berniaga waktu malam.
“Uncle ni kadang-kadang dalam pandai tu ada juga bodoh dan biulnya, Lia cakap kebiasaannya berniaga waktu malam, tapi kalau masih banyak stok barangan terutama sekali sayur dan buah-buahan yang cepat layu, kenalah jual cepat-cepat…eeish tu pun susah nak faham.”
‘Auntie selamat pagi…eh Lia kamu pun ada sama …apa khabar kamu…?’
‘Selamat pagi Haikal…auntie ok sihat…baik-baik jalan ye’
“Lia tak jawab sepatah pun cuma tengok kat hujung mata saja sambil dia berlalu menuju arah pekan Kundasang.”
‘Kenapa kamu tak menyahut ucapan Haikal tadi?’
‘Auntie kan dah jawab kira ok la tu.’
“Selepas habis berniaga, semasa Lia nak masuk kerja, terserempak pula dengan Liz kat tangga tingkat satu.”
‘Besar beg kau…nak lari dengan pakwe ke?…Eh...kau mana ada pakwe…yang ada pakwe nya aku.’
‘Boleh tak kau diam…jangan celupar sangat nanti aku zip mulut kau.’
‘Marah benar kau kat aku…apa salah nya aku ni wei?’
“Lia terus naik ke bilik, menoleh pun tak kat Liz yang masih berdiri kat tangga tu…malas dan benci dan meluat sangat tengok Liz masa tu.”
“Sekarang ni nampaknya perangai kamu pula yang terbalik, dulu kamu ni jenis berkorban demi Liz, tapi sakarang lain pula...tapi saya ni berpengalaman dan saya dapat teka dan tahu kenapa…sebabnya kali ini kamu rasa kamu akan kalah dalam perlumbaan ni…..itu yang buat kamu tak boleh terima hakikat…dulu kamu boleh tolak tarik sekarang tak lagi…Liz yang nampaknya lebih determine…betul tak?”
Saya sudah dapat mengagak kenapa tiba-tiba Emilia berubah perangainya. Mungkin selama ini Elizabeth bukanlah saingan yang dapat menggugat keperibadiannya. Tetapi melihat kepada kesungguhan yang ada pada Elizabeth saat ini menjadikan Emilia rasa tercabar yang teramat. Ego sangat memainkan peranan dalam memusnahkan perwatakan dalam diri seseorang, dan itu lah yang mungkin akan terjadi kepada mereka berdua.
“Betul tu uncle…kali ni Lia rasa kalah dengan Liz yang dah mula tunjukkan kesungguhannya dalam mendapatkan Haikal…Lia dah rasa tak ada peluang lagi, tu yang buat Lia resah semacam.”
“Tapi yang tak best nya uncle dah tahu happy ending” ujar saya yang sudah dapat meneka apa kesudahannya.
“Banyak suspen nya lagi uncle…nak tahu malam tu apa jadi…?Liz keluar lagi masa dinner tu berdua dengan Haikal. Lia yang nampak Liz bukan main manja lagi kat parking masa nak masuk kereta…siap Haikal bukakan pintu lagi…rasa macam nak bakar je seluruh resort ni…mengada-ngada betul Liz masa tu…nyampah betul la,” sambil berhenti mengambil nafas yang seakan tercungap oleh rasa gelisah yang di rasakan waktu ini.
“Benci Lia pada dia orang meluap-luap tanpa Lia sedari Lia terajang dinding pagar tangga sekuat hati. Masa tu tak rasa sakit, tapi waktu malam masa nak tidur tu Lia rasa semacam, ngilu, denyut dan sengal tak tertahan…mungkin terseliuh fikir Lia…tak dapat tidur semalaman. Esoknya pihak resort hantar Lia pergi klinik tapi kena pula refer dekat hospital Ranau kerana buku lali dah crack, kena buat minor surgery…admitted 3 hari…terpaksalah bertongkat.”
“Dahsyat juga kiranya kisah kamu ni ye,” kata saya dengan rasa kehairanan.
“Masa tu la Liz datang, lagi pun Lia dah lama tak balik rumah. Masa dia datang tu di bawanya Haikal sekali…lagi lah terbakar, rasa macam nak sepak jer mereka berdua tu…”
“Kaki dah crack pun masih nak menyepak orang,” sambil saya menjeling kearah Emilia yang semacam tengah geram.
“Kalau uncle silap cakap yang boleh naikkan darah Lia dengan uncle-uncle Lia bungkus malam ni….baik hati-hati sikit… tengah panas ni….”
“Ye la kamu kan hebat pasal bungkus membungkus ni…bungkus sayur, buah bukan tu saja ular tedung yang berbisa tu pun kamu bungkus.” sambil saya ketawa kelucuan.
“Ni mesti Liz yang bagi tahu.” Seraya Emilia ketawa dan terus bercerita.
‘Apa dah jadi dengan kau sampai macam ni….jalan tu elok-elok la…ni sampai jatuh tangga macam ni…nyusahkan lah.’
‘Aku tak susahkan sapa-sapa....tak de kena mengena dengan kau Liz…tak payah lah susah-susah datang tengok aku…kau balik jer lah, lagi pun kau ada sini bukan boleh wat apa pun, kau tu bukan doktor.’
‘Tak baik Lia cakap macam tu kat Liz…dia datang ni ikhlas’
‘Awak tu diam lah, ni hal keluarga, tak de kena mengena dengan orang luar…dua-dua kamu balik la…Lia nak berehat.’
“Liz dan Haikal keluar dan nampak mereka berbisik-bisik sambil memandang kearah Lia. Apa yang penting sangat di ceritakan tu tak tau lah Lia.”
“Marah betul nampaknya kamu pada Haikal dan Liz ya.“
“Mesti lah…esoknya mereka tak datang...Lia pun rindu gak kat Liz tambahan bila teringat masa Liz terlantar dulu, Lia selalu di sampingnya berduaan. Mungkin Liz kecil hati dengan Lia entah lah….keesokkan harinya hari ketiga, Lia kena discharge dan Haikal yang datang dengan uncle Roni untuk bawa Lia pulang. Tak dapatlah Lia nak menolaknya. Sesampai di rumah Liz dan auntie Mary sedang menunggu. Lia nampak ada kerusi baring yang di buat daripada kulit dan kipas baru terletak di ruang tamu. Semua tu khas untuk Lia yang terpaksa duduk atas kerusi dan jalan pakai crutches…heran Lia siapa yang buat semua tu….bila tinggal kami bertiga Liz, Lia dan Haikal baru lah cerita keluar.”
‘Semalam kita tak datang kerana dok cari barang ni untuk kau…maaflah buat semua ni tak bagi tau kau awal-awal…ni semua Haikal yang beli.’
‘Kenapa susah-susah sampai macam ni, Lia tak minta pun semua ni…’
‘Tu la Lia, Liz dah pesan jangan bagi tau awal-awal nanti kamu tak suka.’
‘Tak suka la terhutang budi ni…’
‘Saya ikhlas…tak harap apa-apa pun...tanya Liz...memang saya yang cadangkan kat Liz selepas pulang dari hospital itu hari.’
‘Tak payah susah-susah…kita pun bukan macam dah nak mati … setakat seliuh kaki je…’
‘Marah betul kau pada kami ni…’
‘Ada baiknya pergi buat kerja masing-masing...Liz kau pun pergi la kerja nanti kena tindakan disiplin kau yang susah nanti….pergi lah…Lia pun nak rehat ni…’
“Mereka berdua pun keluar. Geramnya Lia masih belum reda. Tapi dalam hati rasa menyesal juga cakap kasar tadi dengan dia orang berdua. Dah lah dia orang susah payah tolong carikan barang-barang untuk kemudahan Lia. Ego ni dahsyat boleh mengharu birukan keadaan dan nampak kebodohan kita pun ada juga.”
“Kalau dah sedar diri bagus lah. Kebanyakkan orang tak sedar diri yang perbuatan dan ego nya tu tak kemana pun. Ikut hati dan perasaan, itu di panggil emotional intelligence nya di tahap rendah dan kritikal. Manusia ni boleh ada IQ tinggi tapi banyak kali kita dengar mereka-mereka ni boleh lakukan jenayah yang tak masuk akal…kenapa, kerana masalah emotional dan spiritual intelligence nya tidak berfungsi dengan baik…setiap manusia ada kelemahan sendiri.”
“Mana uncle tahu semua ni.”
“Kita kena banyak membaca dan banyak bergaul dengan bermacam orang…kadang-kadang bergaul dengan orang jahat pun ada gunanya..Allah jadikan cacing, semut, nyamuk dan lain-lain tu semua ada gunanya.”
“Ya tak ya jugak…dah bangka macam ni kalau tak ada pengalaman sia-sia la hidup kan kan…”
“Kamu nak kata apa pun terpulanglah…kamu tahu tak?...Pasti tak tau punya yang orang tua bangka nak ceritakan ni…manusia yang paling tinggi bacaan skala IQ di dunia iaitu 195-210 ialah Chris Langan, orang Amerika, tapi kerjanya menjadi bouncer di kelab malam saja, Albert Einstein berada di skala 150 dan bijak pandai yang lain 100 dan kalau di skala 65 tu kira dumb fool macam yang dok tengah naik angin sekarang ni la,” belum habis saya bercakap satu tumbukan padu melekat di rusuk kiri saya.
“Kan dah dapat habuannya…kita tengah marah dia main perli-perli…apa cerita...ada sakit ke mau dua tiga biji lagi?”
“Senak la rasanya…kamu ni dahsyat betul la…memang lah kamu ni confirm keturunan pahlawan…”sambil saya mengurut-ngurut tulang rusuk yang terkena tumbukan tadi.
“Tu baru sikit uncle…kalau Lia dah meroyan sampai rambut dan bulu-bulu kat muka tu Lia gondolkan.”
bersambung.....
bersambung.....
No comments:
Post a Comment