Manusia diberi berbagai keistimewaan oleh Allah. Dengan keistimewaan itu terpulanglah kepada individu tersebut untuk memanafaatkan sepenuhnya. Mungkin tidak sedar kita ada kelebihan itu......dan ramai yang nampak keburukan orang lain tanpa menyedari bahawa keburukan itu sebenarnya rahmat tersembunyi bagi orang-orang yang kita cemuhi.....
Waaah...apa sebenarnya yang nak disampaikan ni...
Pernah dengar nama Grand Ma Moses/GMM...Mungkin nama ni begitu asing bagi setengah orang....tak pernah dengar pun....sekarang lihat baca apa yang nak diperturunkan ni....kita sama-sama enjoy cerita ni.
Nama sebenar Grand Ma Moses ialah Anna Mary Robertson Moses...waau panjang namanya......sehebat orangnya juga...Dia merupakan seorang American Folk Artist yang sangat terkenal di seluruh dunia...seorang selebriti sebenarnya...sabar ye...nanti kita tau siapa dia sebentar nanti...
Lahir pada 7 sept. 1860 di Greenwich New York.. Meninggal pada 13 disember 1961 di Hoosik Falls New York dalam usia 101 tahun....Wow...panjang sekali umurnya. Menarik juga ya.
Menyingkap kisah lampaunya, Grand Ma Moses (GMM) ni adalah satu dari 10 orang adik beradik. Pada usia 27 tahun, berkahwin dengan seorang 'hired man' di sebuah ladang yang dikenali sebagai Thomas Salmon Moses (1887-1927) pada 9 nov 1887....waaaah kebetulan sama dengan tarikh lahir saya....teruja jadinya..... Masa tu GMM adalah seorang pembantu di ladang tersebut. Mereka di kurniakan 10 orang anak, lima meninggal semasa masih bayi lagi. Kira peramah dan terlebih mesra habis GMM ni sampai ada 10 orang anak.
Setelah suaminya meninggal pada tahun 1927, GMM menjadi balu dan bekerja di ladang untuk menyara keluarganya....biasalah orang kampung mana lah dia bersekolah tinggi. Kerja kebun, bela ayam itik dan di masa lapang dia membuat kerja tangan. GMM ni rajin. Kebanyakan hasil kerja tangannya dihadiahkan pada kawan-kawan, jiran tetanga yang selalu ke rumahnya. Kerja tangan apa yang dia buat....haaa...nak tahu.....sebenarnya dia ada kemahiran di segi tekat menekat, sulam menyulam....embroidery...
GMM buat semua tu kerana cintanya pada bidang seni. Seronok-seronok untuk habiskan masa lapang. Dan dia tahu dia takkan kaya dengan menjual hasil sulamannnya. Dia melakukan kerja tersebut hinggalah umurnya 60 tahun. Kemudian setelah usia makin menjangkau tua, akhirnya dipenghujung tahun 70an dia mula beralih kepada membuat lukisan di atas kertas kerana pada tahun 1876 dia telah mengidap arthritis...di mana tangan nya tak lagi kuat untuk memegang jarum sulaman. Sebenarnya adik perempuan GMM yang cadangkan dia beralih kepada melukis di atas kertas.
Menarikkan kisahnya.
Subjek lukisan nya adalah apa yang dilihat hari-hari di sekelilingnya...tentang pemandangan kampung, ladang, bangunan kemudahan masyarakat dan rumah-rumah yang terdapat di persekitannya. Folk Art/Primitive Art ni tidak menggunakan skala, warna yang ori juga tidak menggunakan kaedah perspektif. Seninya ini hanya sebagai hobi dan kebanyakan hasil tangannya adalah sebagai hadiah juga greetings untuk teman dan jiran-jiran.....boleh dikatakan konsepnya adalah 'create from nothing to something'
Semasa hayatnya dia telah menghasilkan ciptaan/lukisan lebih kurang 1600 kanvas/keping dalam masa tiga dekad...jadi memang dia merupaka seorang yang prolific dalam menghasikan karya. Lukisannya tak pernah terjual. Ada beberapa keping lukisannya di letakkan di sebuah drug store di bandar tempat tinggalnya....Lukisan-lukisan tersebut dipenuhi habuk dan tiada yang berminat untuk membelinya......Nak dijadikan cerita pada satu hari datang lah seorang hamba Allah ni singgah di drug store tesebut....Nama orang ni ialah Louis J Caldor, seorang jurutera dan juga Art Collector....ni berlaku pada tahun 1938...Masa tu harga sekeping diantara $3-$5...Louis ni beli semua....ya la murah sangat harganya kan....Lepas tu dia terus ke Eagle Bridge, rumah GMM...adalah baki 10 keping lukisan...semua diborongnya....Louis ni seorang Art Dealer, mesti dia ada rancangan baik punya...orang lain tak nampak apa yang dia nampak....
Pada tahun 1939, tiga keping lukisannya telah disenaraikan untuk pameran dalam 'Contemporary Unknown American Artist' di pamirkan di Museum of Modern Art, New York. Tahun 1940 dia telah mengadakan pameran solo bertajuk 'What A Farm Wife Painted' di Otto Kallirs City Gallery New York...diikuti oleh satu lagi pameran 'Meet and Greet With The Artist'...Setelah itu berbagai pameran lah yang telah dijalankan.....makin tersohor nenek glamor ni...wah...macam jeles saya...
Lukisan GMM pada thun 1942 'Old Chekered house' yang pada masa itu bernilai $10.00 kemudiannya mempunyai nilai insurance $60000.00.....pada tahun 1950 pamerannya memecah rekod kunjungan dan tersebar ke seluruh dunia.....aduuuh hebatnya nenek ni...
Tahun 1951, National Press Club telah menamakan GMM sebagai Woman Of The Year. Masa umurnya mencapai 88 tahun dia telah dinobatkan sebagai 'Young Woman Of The year' oleh Mademoiselle Magazine....heeee kalau kat sini orang kata...apa buang tabiat ke, umur 88 jadi Young Woman Of The Year....Itu penghargaan di atas jasanya yang bermula dari usia warga emas....muda la di bidang lukisan ni....ngerti kan kita maksud tu....wah....saya pun terbawa-bawa ni....
Hebat tak hebat nenek ni, President Harry S Truman telah menganugerahkan beliau Woman National Press Club Trophy untuk kejayaan cemerlang di bidang senilukis pada tahun 1949....Waduuuh nenek...hebat benar ya sehinggakan Presiden Amerika teruja sekali dengan nenek GMM ni....Tahun 1951, GMM menjadi tetamu dalam rancangan See It Now sebuah program TV yang dihoskan oleh Edward R Murrow. Tahun berikutnya 1952, telah dikeluarkan auto biography - Grand Ma Moses-My Life's History....makin glamor nenek ni...
Pada tahun 1960, semasa harijadinya yang ke 100, majalah LIFE pada keluaran 19 sept. telah memuatkan GMM sebagai front cover...wooo majalah LIFE tu...edaran satu dunia...pada masa yang sama New York Governor, Nelson Rockefeller telah menamakan hari tersebut sebagai 'Grand Ma Moses Day'...Betul-betul hebat nenek ni...memang hebat betul...
GMM ni tak pernah hadiri sekolah seni, melukis kat dapur sebagai studio tanpa guna easel, atas meja saja bantai...ok gak hasilnya. Orang sekarang tak mudah dengan alatan canggih tapi hasilnya hampeh ....gaya jer lebih, habuk pun tak dak....sori eak melalut sikit. Sebagai menghargai jasa beliau, Philadelphia's Moore College of Art telah mentauliahkan GMM First Honorary Doctorate Degree.....cer tengok nenek ni...hebat betul kan...tak sekolah pun tapi atas cinta dan jujur berkarya maka dia telah menjadi terkenal seluruh dunia...
Kematiannya telah menjadi berita muka depan akhbar di seluruh Amerika dan Eropah....Setelah kematiannya tahun 1961, pameran bergerak diadakan di seluruh Eropah dan Jepun. Bennington Museum, Vermont mempunyai koleksi terbesar untuk hasil ciptaan GMM. Pada tahun 2006, hasil ciptaan GMM pada tahun 1943, 'Sugaring Off' telah dilelong dengan harga $1.2 juta....Otto Kalir Gallery telah menghadiahkan lukisan bertajuk 'Fourth of July' kepada White House pada march 2014.
Inilah kisah hidup seorang yang sudah meningkat usia dan masih boleh mampu untuk menggegar dunia dengan hasil seni ciptaannya. Umur bukan faktor penghalang untuk kejayaan...Tak kira tua muda, passion dan kesungguhan terhadap apa yang kita lakukan itu sangat penting....Jangan patah semangat...Patah kaki patah sayap masih ok tapi kalau semangat dah patah tak dapet den nak nolong lagi....hahaha....jadi adik kakok tua muda sinsing lah lengan dan berjuang terus di bidang yang anda minati...In sha Allah dengan berkat doa kita semua bisa berjaya....hoooray...
Petikan dari seorang Art Historian, Judith Stein tentang GMM.....
'a cultural icon, a spry, productive nonagenarian was continually cited as an inspiration for housewives, widows and retirees. Her image of America's rural past were transferred to curtains, dresses, cookie jars and dinner ware and used to pitch cigarettes, cameras, lipstick and instant coffee'
Dah berakhirlah sebuah kisah menarik untuk dijadikan sumber inspirasi terutama bagi yang sedang membangka...kalau pandai bawa diri orang muda pun boleh terkalah hahaha....sapa kata warga intan kurang nilainya...lebih bernilai ada la....
Teringin sekali nak ikut jejak GMM. Bukan jadi nenek tapi jadi atuk yang hebat....saya selalu terfikir 'saya ni retro dan limited edition'....monolog dalaman....uuuiseh puji diri angkat bakul...ya la kalau tak puji diri sendiri sapa lagi yang nak puji...betul tak...ahhh ...ada aku kisah...
bravo....cheerio...ecosse
wassalam.
No comments:
Post a Comment