Beberapa hari lepas ada saya cerita tentang pelukis tersohor dunia yang menjadi satu lipatan sejarah kerana berjaya menjadi selebriti ketika usia emasnya....masih ingat kan siapa dia?....Ya ...memang bijak...Mestilah GMM...Grand Ma Moses...Kali ni kita bercerita pula tentang pelukis termuda yang menjadi selebriti terkini....Waaah ni mesti menarik kan....Nak tahu kena baca selanjutnya...
Pernah dengar nama Kieron Williamson? Mungkin ada yang telah tahu siapa dia tapi rasa saya ramai yang belum pernah kenal siapa pemilik nama ini....Haa...Dari mana dia, siapa dia dan keluarganya dan macam mana dia boleh menjadi seorang yang terkenal di abad ini?..Semoga paparan ini akan menjadi satu sumber inspirasi kepada anak-anak muda atau kepada ibu bapa yang mempunyai anak se usia beliau....
Kieron Williamson di lahirkan pada 4hb Ogos 2002...Muda kan budak ni...Tempat lahirnya adalah Holt, Norfolk England...ohhh...Mat Salleh English dia ni rupanya...Bapanya bernama Keith Williamson berusia 47 tahun sementara ibunya bernama Michelle berumur 40 tahun bekerja sebagai nurse dan nutritional therapist. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Billie Jo. Keith Williamson adalah seorang kontraktor bangunan. Pada tahun 2007, Keith telah mengalami kecederaan di buku lali nya dan doktor menasihatkan dia berhenti membuat kerja-kerja berat. Sedih dengan apa yang menimpa dirinya, Keith beralih menjadi Art Dealer...kerja tak lah berat sangat.
Bermula lah kehidupannya dengan mengumpul lukisan-lukisan untuk di jual. Masa tu lah Kieron ni selalu dok perhatikan apa yang bapa dia buat dengan lukisan-lukisan yang ada banyak kat rumahnya. Kieron ni mengikut cerita ibunya Michelle memang ada satu perangai pelik juga la...Masa umur setahun, dia selalu perhatikan lukisan yang tergantung di rumahnya hingga senget-senget kepala...Apa yang diperhatikan masa tu tiada siapa yang tahu.
Pada satu hari..ehhh...macam cerita purba lak pula ...maka nak jadi cerita, keluarga Williamson ni pergi libur di Cornwall...kira tepi pantai la...mungkin kalau tempat kita ni macam PD la kot...kira nya masa tu Kieron ni berumur 5 tahun... tahun 2008 la kot...Kat situ Kieron ni minta di beli kertas dan alatan melukis. Di saat itu la dia mula melukis apa yang dia nampak macam pemandangan teluk, laut, awan, perahu nelayan dan lain-lain yang di senanginya..'draw what he saw'. Lukisannya itu macam lukisan budak-budak la..'childlike paintings'...tetapi yang anehnya karya-karyanya agak detail berbanding budak-budak se usianya...ikut panduan perspektif dan skala yang betul...Pada hal sebelum tu dia tak pernah melukis...sepatah haram pun tak tahu apa-apa pasal lukisan.
Balik daripada libur tersebut, Kieron tinggalkan semua alat-alat permainan dan computer games nya..toys la...mak bapaknya ingat tentu lah dia akan sambung main toys dengan adik nya Billie Jo...Tapi langsung dia tak minat malah asyik melukis sepanjang masa. Bulan berikutnya ibu bapanya menyedari ada sesuatu yang
special tentang Kieron ni...Mereka sekeluarga memberi galakan pada Kieron untuk berkarya memandangkan bakat semula jadinya.
Setahun kemudian, tahun 2009, masa umur Kieron 6 tahun, di adakan pameran solo pertama di sebuah galeri di Holt..galeri yang bertanggungjawab terhadap pameran tersebut ialah Picture Craft Art Gallery..sambutan di luar dugaan. Tiada siapa yang sangka lukisannnya habis terjual...19 keping lukisan terjual dengan harga pound sterling/PS200.00-PS1500.00 dengan jumlah terkumpul PS14,000.00...Wah dahsyat betul budak Kieron ni....maka tersebarlah berita tentang seorang budak sebagai 'prodigy' yang mahir dengan lukisan cat air dengan kelebihan mempunyai teknik perspective dan shading yang betul. Biasa la lepas tu banyak lah TV station yang datang untuk temu bual dan tak sampai setahun Kieron menjadi perhatian ramai di seluruh dunia.
Oleh kerana bakat semula jadinya yang hebat galeri tempatan sediakan kelas khas untuk belajar dengan pelukis-pelukis terkenal tempatan...dia seorang jer budak yang lain-ain semua tua bangka yang belajar lukisan di galeri tersebut...tutor-tutor yang mengajar Kieron terdiri dari Brian Ryder, landscape artist dan Tony Garner yang mengajar secara one to one dalam medium pastel. Kelas berlangsung pada Jan - Julai 2009.
Hujung tahun 2009 telah di adakan pameran kedua...wow..sungguh tak di sangka semua sold out dalam masa 14 minit dengan hasil pungutan jualan PS18,200.00 untuk 16 keping lukisan. Pada Julai 2010 pamerannya begitu mendapat sambutan sehingga ada yang terpaksa bermalam dan beratur di pintu galeri untuk membeli lukisannya...Sold out dalam masa 30 minit...Nak tahu berapa hasil jualan...PS150,000.00. Dahsyat betul budak ni.
Kerana kehebatannya, dia di panggil Mini Monet. Semasa satu pameran ada seorang curator yang pernah bertugas dengan galeri tersohor di London menilai hasil karya Kieron dan menyatakan 'he's an old master returned'...Kieron ni sebenarnya budak pemalu...macam budak-budak se usianya... Keliling kampung naik basikal dan main bola macam biasa lah. Sekolah kat kampung nya...dan dia melukis di dapur rumahnya...Memang berselerak dengan alatan lukisannya la...Dah tak macam dapur lagi..Tunggang langgang...Tapi tu la tempat yang dia paling suka...Biasa lah rumah orang putih kat dapur tu ada taman.
Sekarang dia dah nak tamat sekolah rendah kat Ludham Primary School dan pada September ni dia akan belajar kat rumah...Biasa la budak bijak cam ni tak leh sangat nak campur dengan lain-lain budak nanti rosak kepala otaknya lak...jadi bapanya fikir Home School lagi baik untuk anaknya.
Budak yang di panggil 'sweetly monosyllabic' ni telah terkenal seluruh dunia. Mengalahkan pencapaian Pablo Picasso..Di mana Picasso pada usia 9 tahun telah melahirkan karya yang berjudul Le Picador...Tapi Kieron pada usia 7 tahun telah mengumpul PS150,000.00 dalam hanya beberapa minit. Antara lukisan yang sangat di sayanginya ialah potret datuk nya Jeff Warrick Jefferies yang menjadi koleksi peribadinya. Bila di tunjukkan pada datuknya...datuknya sungguh terharu sehingga mengalirkan airmata...mungkin teringatkan potret Van Gogh...
Pada julai 2013 Kieron telah mengumpul kekayaan sebanyak PS1.5juta...(kini melebihi PS2 juta). Dan dah beli rumah sendiri di Ludham East of Norwich pada usia 11 tahun...hebat....hebat budak ni. Kini lukisan landskapnya bernilai PS35,000.00 sekeping dan ada juga tempahan dari kalangan orang-orang bangsawan dunia dengan harga PS45,000.00 sekeping. Di antara pameran terhebatnya ialah pada 2011, 33 keping dengan jualan PS100,000.00 dalam masa 10 minit. Sekarang dia telah ada syarikat sendiri yang menguruskan hal ehwal nya...Kieron Williamson Ltd.
Kieron kini menjadi satu phenomena terbaru dunia. Dia mempunyai penggemar dari seluruh dunia...Amerika, Taiwan, Jepun, Australia, UK, Germany dan beberapa buah negara Eropah serta Amerika Latin...dari 35 buah negara dengan 1800 penggemar karyanya.
Pernah di filemkan di German, Danish dan French TV..International News Channel- UK's TV Shows dan juga pernah menjadi tajuk utama di dada akhbar perdana UK. Kieron juga pernah di temu ramah di BBC's The One Show dan ITV's This Morning. Dan di filemkan sebagai sebahagian dari channel 4 documentary juga keluar di rangkaian television America dan Australia.
Michelle, ibunya pernah berkata:
'As a family we try to hold on to normality as much as we can but its nightmare to be honest, a big ethical and legal nightmare'.
Ya la nak menjaga kebajikan Kieron bukan senang...tekanan perasaan tentang kritikan-kritikan melulu....ada yang menuduh bapanya yang melukis dan gunakan nama anaknya dan berbagai tuduhan yang kurang menyenangkan. Ada yang berkata ibu bapanya mengambil kesempatan dan menggunakan duit hasil titik peluh anaknya untuk berjoli. Oleh kerana itu mereka melantik peguam khas untuk mengawal selia perjalanan hidup Kieron.
Yang terbaru Kieron mandapat tawaran untuk menjadi model bagi keluaran fesyen sebuah syarikat terkemuka pembuat pakaian Gap yang berpusat di Los Angeles untuk modelling shoot serta mendapat tawaran dari Samsung untuk menjadi duta produk, tapi atas alasan tertentu kedua-dua tawaran tersebut terpaksa di tolak.
Sekarang ni Michelle sedang menyiapkan buku yang berjudul:
'Kieron Williamson coming to light - the remarkable story of a child's gift to painting'
Petikan kata-kata Kieron tentang masa depannya:
'I want to carry on painting. I don't think I will go to University, but if I do it will be to study Architecture. I also want to be a writer.'
Kieron on his future.
Selamat maju jaya Kieron...Semoga kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi dan membuka minda dan mata hati semua tentang anak-anak special yang mungkin ada di kalangan kita tapi mungkin tidak di ketengahkan. Semoga Allah membuka pintu hati untuk melihat bakat-bakat yang boleh kita banggakan di peringkat dunia..in sha Allah..Amin.
Semoga anda mendapat manafaat dengan tulisan jurnal dari hamba yang dhaif ini....saya menulis dengan gaya saya sendiri, cara saya sendiri....main campak sana campak sini...macam memasak tanpa resepi...bebas.
wassalam.
1.30 pagi.
No comments:
Post a Comment