Saturday, 25 January 2014

WATER CONVOLVULUS....bahagian 4


Selepas solat subuh seperti biasa Hang Tuah ke laman rumah mengerjakan kebun sementara menunggu nenek sediakan sarapan untuk mereka berdua. Hari ni Hang Tuah tanam pokok bunga melor. Semalam Hang Tuah dapatkan benih pokok tersebut semasa dia keluar ke pekan. Ada nampak orang jual benih tu, lalu di belinya pokok tersebut...pokoknya segar dan sedang berbunga. 


Hang Tuah menanam pokok bunga tersebut dengan penuh berhati-hati. Di tanam pokok itu betul-betul di penjuru pagar agar terhindar dari bahaya binatang. Hatinya sungguh sayu bila mengenangkan Melor cinta pertamanya. Pokok yang di tanam ni adalah sebagai lambang cinta kasihnya terhadap Melor yang kini berjauhan demi memikul tugas atas arahan Sultan Melaka. 


Walau pun ini misi Sultan tapi dia turut melibatkan dengan hati dan perasaannya, juga buat Tun Teja dan Melor yang tak bersalah itu. Apakah dia telah melakukan kecurangan terhadap Melor demi mencapai hasrat serakah Sultan Melaka. Tapi yang dia tahu pasti niatnya baik atas pengorbanannya sebagai hamba kepada pemerintahnya, Sultan Melaka. Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa demi negara tercinta. 


'Tuah, mari lah sarapan...dah nek siapkan ni'


'Ni macam keropok nampaknya'


'Ya ni keropkok lekor dari losong Terengganu...setengah orang pantai timur panggil ni keropok gotel'


'Gotel...apa mende tu?'


'Sebelum jadi cam ni, keropok ni di gentel-gentel atau gotel-gotel untuk di bentukkan begini...pah tu baru rebus dan di potong'


'Rumit gak kerjanya ye'


'Memang la...keropok terbaik kamu tau di buat dari ikan jenis apa?'


'Jangan tanya la nek, memang saya tak tau langsung'


'Ikan tamban...terbaik wooo'


Lalu Hang Tuah pun mencuba keropok gotel yang tengah panas-panas tu dan di cicah nya dengan sos yang rasanya pedas dan manis gitu. Beruap-ruap asap kuar dari mulut Hang Tuah. Di ambilnya dua tiga keping lagi dan di makan dengan lahapnya. Nenek memerhatikan gelagat Hang Tuah yang sedang makan. Dah bergelas-gelas air di teguk, maklumlah tengah kepanasan selepas berkebun tadi.


'Lepas makan ni jangan lupa kemaskan dan basuh semua pinggan mangkuk yang kotor tu kat dapur'


'Baik nek...jangan lupa tanyakan benda yang saya minta semalam tu yer'


'Tanya tu boleh lah tapi tak pasti dia orang terima ke tak cadangan merapu kamu tu'


'Lom cuba lom tau nek'


'Pandai la kamu ni...nyusahkan orang jer pagi-pagi ni'


'Aaiikk merungut pula dia'


'Pe dia kamu cakap?'


'Takde pe nya...cepat-cepat lah pegi keje tu...nanti kena tindakan disiplin lak...kan susah nanti'


'Baik la...nek pegi dulu, jangan lak dok merayau tak tentu arah, kan sesat sapa yang susah...nenek juga la'


'Baik nek, saya tak kemana pun...usah bimbang dan ragu'


'Ayat pagi yang baik...senang hati nek....nek pegi dulu ye'


Sesampai di istana, Tun Teja sedang menunggu. Awal bangun Tun Teja pagi tu, teruja sangat nak jumpa nenek pengasuh. Ni pasti kes semalam...alunan seruling dan nyanyian Hang Tuah. Belum sempat nenek melangkah masuk di terpanya nenek kat pintu dan terus di bawa masuk ke biliknya.


'Dayang-dayang semua boleh keluar, beta ada hal peribadi yang nak di bincangkan dengan nenek'


Semua dayang-dayang pun akur atas perintah Tun Teja.


'Nek, beta nak tanya sikit ni nek....'


'Kalau ada apa yang patik boleh tolong Tengku Puteri...patik sedia'


'Memang ada kena mengena dengan nenek pun ni'


'Seingat patik takde pun patik buat salah laku'


'Memang nenek buat salah besar...nenek kena terima hukuman ni'


'Tengku Puteri, selama patik di sini rasanya patik berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas menjaga Tengku Puteri'


'Jangan lah panik nek..tapi hal ni memang ada kena mengena dengan nenek secara langsung'


'Susah patik nak faham Tengku Puteri'


'Usahkan nenek, beta sendiri pun dah gelabah ni'


Sambil Tun Teja mengheret nenek ke jendela yang sedang terbuka luas.


'Nek nampak taman istana yang menghala ke rumah nek tu kan'


'Ye...dah tentu la Tengku Puteri'


'Ha...ni lah yang nak kita bincangkan...tapi nek kena bercakap benar tau'


'Patik masih samar lagi ni'


'Cam ni...beta ada dengar alunan seruling dan suara merdu orang menyanyi pada malam tadi...suara tu datang dari arah situ la'


'Seruling dan orang menyanyi....siapa ha...?'


'Nenek jangan nak berdrama lak...nanti kang....nak hidup susah ke nak senang?'


'Sebenarnya Tengku Puteri...patik pun ada dengar dan memang patik tak sangka langsung...'


'Habis tadi tu nek buat bodoh jer...macam takde apa yang berlaku'


'Patik ni memegang amanah Tengku Puteri'


'Amanah siapa pula?'


'Amanah penyanyi tu la...patik dah agak Tengku Puteri akan tanya semua ni...patik kan tau Tengku Puteri suka pada hiburan...lebih-lebih lagi nyanyian'


'Yang nyanyi tu TUAH kan?'


'Ye Tengku Puteri...dan dia minta patik rahsiakan kerana dia takut nanti akan di halau keluar kerana mengganggu ketenteraman'


Baik punya alasan yang di berikan oleh nenek demi membantu Hang Tuah mencapai hasratnya, pada hal alasan yang nenek lontarkan ni takde pun dalam skrip masa mereka berbincang pagi tadi. Memang nenek ini ada kelas tersendiri. Baik punya auta. Ya lah orang berpengalaman memang dia dah tau mana soft spot Tun Teja tu.


'Tu yang beta cakap tadi tu salah nenek kerana membiarkan Tuah tinggal di rumah nenek'


'Tak pe lah Tengku Puteri, nanti karang patik khabarkan ni semua pada Tuah biar dia cepat-cepat pulang ke Melaka'


'Nenek ni jangan nak buat hal pulak...baru nak masuk daun ni....maksud beta nenek dah buat salah kerana membuat jiwa beta jadi kacau...beta dah angau ni'


Bila mendengarkan ucapan Tun Teja tersebut, bukan main lagi seronok hati nenek tapi dia buat bodoh jer di depan Tun Teja.


'Patik minta maaf la Tengku Puteri'


'Beta yang sepatutnya berterima kasih banyak pada nenek kerana mengembalikan ceria beta dengan adanya Tuah tu...kan nenek tau yang beta ni tak sukakan Megat Panji Alam tu...semua ni kerana terpaksa...'


'Jadi Tengku Puteri nak patik buat apa?'


'Takkan nak buat bodoh jer...kena cari jalan macam mana beta leh jumpa Tuah tu....perah otak tu...nenek kan ada pengalaman skandal dengan pengawal istana dulu'


'Dulu lain sekarang lain'


'Jangan banyak songeh, nanti kan beta citer semua skandal nenek kat Tuanku....mau ke?


'Bila kena ugut ni yang tak tahan Tengku Puteri...patik dah blank ni'


Mereka berdua pun berbincang macam mana nak capai hasrat Tun Teja tu. Pening gak kepala nak fikir lagi pun masa ni Megat Panji Alam ada kat Pahang atas lawatan DiRaja. Kalau ternampak oleh Megat Panji Alam haru biru jadinya, nanti lunyai Tuah di kerjakan. Selepas berbincang sekian lama akhirnya mereka mencapai satu keputusan yang brilliant. Memang Tuah pun suka kalau dia dapat tahu rancangan Tun Teja ni.


'Nek, hari ni beta bagi nek half day off, nenek balik bincang elok-elok dengan Tuah apa yang kita rancangkan ni. Jangan lak sampai tak jadi...kalau gagal beta nanti dedahkan skandal nenek pada Tuanku'


'Tengku Puteri ni asyik ugut manjang...ni yang wat rimas...tapi Tengku Puteri tak usah risau, dengan sepinggan kangkung belacan patik dapat tawan Tuah tu'


'Tu kan sayuran kegemaran beta gak tu'


'Tau tak pe...usah bimbang dan ragu Tengku Puteri, patik tahu lah camner nak handle kes ni...berdoa jer la yer'


Lalu nenek pun bergegas pulang. Ketika sampai di rumah Hang Tuah sedang berehat kat beranda. Terkejut gak Hang Tuah bila nampak nenek tergesa-gesa pulang. Macam ada emergency lak. Haru biru hati Hang Tuah, takut-takut nenek kena tibai kat Tun Teja kat istana tadi. Aduh....gelabah betul hati Tang Tuah. Nenek tu pun melajukan langkahnya macam ada sesuatu yang urgent nak di sampaikan. Berdegup kencang tak terkata jantung Hang Tuah. Belum lagi nenek melangkah tangga dah terkumat kamit mulutnya.


'Habis lah kita Tuah kali ni'


'Sabar nek, rilek dulu tarik nafas panjang-panjang'


'Dah takleh tarik nafas ni Tuah...ni dah ketentuan nasib kita berdua...nampaknya...'


'Nampak apa nenek?, Cer citer biar jelas sikit'


'Kamu tak nampak aku tercungap ni....ni semua kamu punya pasal la suruh tanya tu ini..kan dah kena'


'Aduh camner ni...maaf lah nek....saya tak fikir leh jadi cam ni pulak'


'Kamu kena bertanggung jawab atas segalanya ni...janji?'


'Janji nek...saya bertanggung jawab sepenuhnya'


'Kamu belum makan tengah hari kan?'


'Lom lagi nek...tak kemana pun dok tunggu nenek jer seharian...ingatkan berita gembira...tapi hampeh'


'Ooo hampeh ye...makin celupar kamu sejak dua menjak ni'


'Tu saya kutuk diri sendiri, tak ada kena mengena dengan yang  masih hidup dan yang mati'


'Banyak lah auta kamu tu...orang Melaka semua perangai cam ni ke? Ni la kes nya kalau banyak berkawan dengan chettiar...nak mutar belit jer la'


'Makin kasar nampaknya mainan nek ni, ungkit pasal negeri pulak....takpe tunggu la'


'Kamu pun dah pandai main ugut-ugut gak sekarang ni'


'Bukan ugut tu...tapi ancaman dan ingatan jer...siap lah ye'


'Tak takutnya...setakat ancaman penjual kain macam kamu ni...tak ada pe kesan pun'


'Apa apa lah nek....tunggu jer la ketika dan saatnya...ramai-ramai kita belayar.....eh..lapar la pula rasanya dok melayan nek ni'


'Apa kata nenek masak untuk makan tengah hari ni dan kita boleh bincang masalah besar ni masa kita makan nanti....'


'Baik lah nek'


'Sementara tu kamu pegi kutip kangkung kat parit tu'


'Kangkung lagi'


'Aaik kamu kata kangkung tu makanan kegemaran kamu, tiap saat pun leh makan tanpa jemu'


'Betul la, saya takut nek jer yang naik jemu nanti'


'Apa nak jemunya kalau dah ada budu leh cicah yang mentah pun selera giler tu'


'Jadi hari ni kena makan yang mentah jer la'


'Kamu ni bengong kelu gak yer...mesti lah ada yang masak, yang mentah tu side dish jer la'


'Ooo gitu rupanya'


Hang Tuah pun terus ke parit yang penuh dengan kangkung. Di petiknya kangkung yang segar menghijau tu untuk hidangan makan tengah hari. Ni mesti best punya, tak pernah lak makan kangkung waktu tengah hari. Pasti berpeluh sakan nanti.


'Nah...ni dia nek...saya petik yang terbaik hari ni...baru ni petik masa malam tak nampak sangat, hari yang terbaik punya, petik masa cahaya matahari terang benderang'


'Nenek tak pernah bagi tahu kamu sebelum ni kan...kangkung ni adalah sayuran favourite Tun Teja...kira sama citarasa dengan kamu la...'


'Ye ke?...Bagus gak tu'


'Kalau lah kamu ni berkahwin dengan Tun Teja...contoh jer jangan nak berangan lak..awak tu sapa nak kawin dengan Tun Teja...ni contoh jer tau...kamu kena ada ladang kangkung, pasti bahagia sampai ke anak cucu'


'Pandai ke dia masakkan kangkung ni...takut saya gak yang kena masak nanti'


'Nenek kan ada leh masakkan....apa dah lupa kan nenek bila dah kawin dengan Tun Teja'


'Kalau nenek dah kojol...sapa nak masakkan?'


'Ooo kamu suka la nenek kojol cepat'


'Tu contoh...contoh jer tu'


'Ooo pandai lak kamu ni nak kena kan nenek yer'


'Dah nenek yang sifu nya....hahaha'


'Seronok la tu....tunggu la masa makan nanti ni...tau la kamu langit ni tinggi ke rendah...tunggu ye Tuah oooi...tunggu.'


'Potong stim betul la nenek ni...kacau bilau kepala otak ni'


'Apa kata sambil nenek masak ni kamu pergi bersihkan seruling kamu tu...ada gak faedahnya nanti'


'Nenek ni buat orang confuse la'


Sedang nenek sibuk memasak di dapur Hang Tuah mengambil beg galasnya lalu di keluarkan seruling saktinya dan di bersihkan segala lubang agar tiada yang tersumbat. Kalau dah lubang tersumbat maka tak akan merdu lah nanti bunyinya. Hang Tuah pun naik heran nape nenek asyik sibuk menyuruhnya membersihkan seruling. Ni mesti ada hal pelik punya. Apa pun kena lah Hang Tuah confirm nanti apa citer sebenar. Tak sabar pun ye Hang Tuah nak tahu citer sebenar. 


'Nek dah siap masak ni. Kamu ambik semua lauk ni dan hidangkan, nek nak masuk bilik tukar baju jap. Ni dah berbau nanti tak selera lak kamu bau nenek ni'


'Macam-macam la nek ni. Saya ok jer kalau nenek tak pakai apa pun lagi berselera jadinya'


'Kamu jangan nak poyo sangat ...mentang-mentang lah nenek ni dah seribu kedut bukan main perli lak ye'


'Nek yang cakap dulu, lawak dengan serious tu banyak bezanya...saya apply jer balik apa yang nek cakap'


'Banyak lah pandai kamu ni'


'Saya tak kata saya pandai...nek yang kata'


'Sudah lah....hidangkan semua makanan tu kat ruang tamu...tengah hari cam ni panas kalau nak makan kat dapur tu....kat ruang tamu tu kan ada arus angin lintang dan harum bau bungaan tu kan leh menambahkan selera....'


'Baik lah nek akan saya bereskan kerja ni semua...dah siap nek kuar la makan.'


'Kamu buka semua tingkap biar masuk angin...kan sekarang ni musim buah dan bunga pun sedang kembang mekar...masa ni la banyak unggas yang menjalankan kerja pendebungaan...betul-betul di keliligi alam semula jadi kita ni'


'Wah pandai betul nek ni yer...ilmu sains nek ni hebat gak ye''


'Boleh la nak wat cari makan...kita kena banyak bergaul tak kira peringkat...nenek belajar ni pun dengan orang-orang yang dapat projek landskap istana ni.'


Hang Tuah pun mengambil kain saprah dan di bentangkan di ruangan tamu. Pinggan yang berisi makanan di susun rapi. Air minuman lak di letak di bucu saprah agar terlindung dari tiupan angin ynag berhembus dari taman bunga kawasan istana. Dah siap semua tunggu nenek kuar jer.


'Dah siap semua...jom la kita makan'


'Banyak gak lauk hari ni nek'


'Masakan biasa kan ni...kangkung dengan ikan ni jer'


'Ni ikan apa nek? Tak penah saya makan ni'


'Yang ni ikan masin...ikan sepat ronggeng, dan yang ni ikan puyu dan ni masak lemak ikan tapah...cuba la...syioook'


'Yang ikan sepat ronggeng dan tapah ni tak pernah saya rasa....nampak pun sangat berselera ni'


'Apa rasa .....sedap tak?'


'Memang terbaik nek...ikan tapah ni ikan sungai kan...tapi nape tak banyak tulang macam yang lain-lain ikan sungai?'


'Ikan tapah ni lain jenisnya...ikan ni besar, kata orang boleh makan anak monyet la'


'Eh nenek ni tengah makan citer pasal monyet lak...'


'Monyet tu kan lebih  bersih dari ayam...monyet makan buah jer...ayam tu makan apa...ha...tahu?'


'Dah la tu nek...loya tekak di buatnya'


'Kami di sini dah lali dengan citer-citer cam ni'


'Ikan sepat  ronggeng ni kena lak dengan kangkung mentah ...memang terbaik lah nek...saya dah tambah nasi ni...kalau kenyang sangat nanti mengah lak...'


'Makan tu kena berhenti sebelum kenyang...kan Nabi ada berpesan cam tu'


'Betul tu nek, saya masih ingat bahawa zaman Nabi bila makan kena duduk dan angkat sebelah lutut jadi usus menjadi sempit tak lah nak makan banyak...hebat cara tu...dan makanan yang ada kat jari di jilat...tu mesti ada sebabkan nek'


'Nah minum air ni...untuk buang angin...'


'Air apa ni nek?'


'Ni air serai campur dengan limau kasturi'


'Apa dia? Kasturi...tu kawan saya kat Melaka'


'Apa dia, kawan kamu? Pernah dengar nama tu...bukan kah tu pembesar kerajaan Melaka'


'Ya betul...tapi sekarang dia kat istana, tak jumpa saya dah, dulu masa kecik-kecik kami berjiran'


Hang Tuah tadi dah tersalah cakap lalu di putar belitnya cerita kalau ketahuan nanti siapa dirinya yang sebenar alamatnya balik tangan kosong lah. Kena murka tu dah pasti...silap hari terlucut jawatan. Tu sekarang ni dia kena berhati-hati tak boleh terlepas cakap. Nasib baik gak sempat mengelak tadi. Berdebar jantung Hang Tuah kejap tadi. Dalam berhati-hati tu terkeluar juga benda-benda yang terlarang.


'Makan pun dah habis, nek pun hari ni dapat cuti separuh hari, jadi nek ada hal nak bincang sama kamu...kamu ok ker tak ni?'


'Hal apa nek?...Nek jangan wat saya sampai pengsan dah la...takut gak ni...nek pun lain macam jap tadi...main masak kangkung kesukaan saya dan Tun Teja lagi...ni mesti ada benda bersangkut paut dengan Tun Teja ....betul tak nek?'


'Tepat sekali....ya la kalau Tun Teja bagi cuti ni mesti lah kena mengena dengan dia...berita kurang enak buat nenek la'


'Aduuuh nenek ni betul-betul buat saya berteka teki...'


'Apa yang nak takut sangat pun...habis-habis nenek kena berenti kerja dan kamu lak kena keluar dari Pahang ni...bukan hukum pancung pun'


'Saya redha la nek kalau tu dah nasib saya di Pahang ni cam tu'


'Ini semua terpulang pada kamu..kalau kamu buat yang bagus sampai tertarik hati Tun Teja kita berdua selamat kalau tak macam nenek cakap tadi la'


'Apa benda nya ni nek...berterus terang jer la...'


'Kamu ingat tadi nenek cakap apa....kan nenek suruh bersihkan seruling kamu tu...tak paham lagi ker?'


'Tengah blur ni nek...sekali kata nak kena hukuman sekali lak pasal seruling....pening la'


'Bukan main lagi kamu ni yer....main herdik-herdik'


'Pening la'


'Takkan mabuk air serai dengan limau kasturi tu lak'


'Main-main lak nenek'


'Memang kamu kena main pun'


'Main apa lak nek....aduh...orang Pahang semua cam ni ke? Suka sangat madah berhelah ni'


'Jangan nak ungkit-ungkit pasal negeri lak ok...tadi kamu juga yang tak suka bila sebut pasal negeri...dah lupa ke?'


'Belum mereng lagi nek, masih ingat dengan jelas, cuma sekarang ni nenek wat saya jadi bengung...'


'Nak tahu citer sebenar ke tak ni?'


'Apa jenis soalan ni...nanti saya terjun tangga kan....ha...patah kaki kan..ha..patah tengkok kan..ha...'


'Banyak nya ha tu....ha gini...kamu pegi kat dapur tu ambil kan kueh kat bawah saji tu...ha ...bawa sini ..ha ...kita makan...ha ..tu dessert...'


Sambil berlalu ke dapur untuk mengambil kueh seperti yang di maksudkan nenek tadi, Hang Tuah merungut.


'Kuat cikadak gak orang tua ni'


'APA...kurang mendengar'


'Takde apanya....kita ni kan pekak badak...terasa ke?'


'Jangan cakap banyak bawa mari sini kueh tu cepat sikit'


'OTW ni nek, sabar lah sikit, kalau tumpah kan saya gak yang kena maki'


Lalu Hang Tuah meletakkan dulang yang berisi kueh seperti yang di maksudkan oleh nenek. Selama ni tak pernah Hang Tuah tengok dan rasa kueh yang begitu pelik dari segi rupanya yang berwarna warni dengan kuahnya yang memang sungguh unik sekali. Nampak penampilan kueh tu memang menyelerakan. Dah cuba jap lagi tahu lah enak ke sebaliknya. Teruja sungguh Hang Tuah dengan kueh ni.


'Kamu tahu ke ni kueh apa dan dari mana asalnya?'


'Gelap gelita nek, baru hari ni dalam seumur hidup saya tengok kueh yang macam ni'


'Ni tengok ...ada pulut merah, tepung hijau, santan pekat dan manisan cair serta beras goreng....ada rasa lembut, lemak, masin manis dan juga crunchy....'


'Daripada penjelasan nek ni pun dah berair mulut saya ni nek...'


'Kueh ni Tun Teja paling suka...dalam senarai kueh, ni yang paling top'


'Apa nama kueh ni nek...namanya pendek ke panjang?'


'Apa kena mengena dengan nama pendek atau panjang?'


'Orang kata kalau nama panjang memang sedap, terbaik sampai tak terlupakan'


'Lain macam jer cakap kamu ni...ada maksud di sempadan ke?'


'Nek ni buat lawak la...tu saya dengar citer dari orang pengalaman tentang nama...ni pasti nek pun tak penah dengar kan?'


'Kita lak nak di ujinya....nama kueh ni...LOMPAT TIKAM...asalnya dari Kelantan....kan baru ni nek cakap senarai kueh Kelantan ni berjela...ni lah salah satu kueh signature dia orang'


'Nenek ni banyak sangat gunapakai bahasa asing macam la kita takde bahasa sendiri'


'Tak salah kalau tahu banyak bahasa kan...'


'Lompat Tikam...saya memang tak boleh nak relate..sori...guna bahasa asing gak la...nama dan kueh ni'


'Ni citer orang yang jual kueh ni la....dulu-dulu setiap ada pertandingan silat, juadah istimewa yang di hidangkan adalah kueh ni...kan masa bersilat tu melompat, menikam dan sebagainya...tu la nape di panggil lompat tikam...setelah pekena lompat tikam ni jiwa jadi tenang dan gemalai'


'Wow...bahasa nenek klasik giler tu...tapi masuk akal gak la citer nenek ni walau pun nenek tipu...hahaha...gurau jer nek...saya percaya citer nek ni...nek kan jenis jujur..'


'Kamu masih ingat tak malam esok ada pesta hiburan sempena lawatan Megat Panji Alam'


'Ingat...apa kena mengena dengan kita?...Nek gak yang cakap orang kebiasaan macam saya ni tak di benarkan hadir sama di majlis sedemikian'


'Betul tu, tapi kali ni lain sikit'


'Lain yang bagaimana? Tak faham la saya nek'


'Kamu akan jadi tetamu istimewa'


'Jangan dok wat lawak nek...tak masuk akal langsung, saya ni sorang pun tak kenal, pah tu jadi tetamu istimewa....akal ada ke?'


'Ooo, kamu menempelak nenek ye?'


'Habis tu citer kartun....sapa nak cayanya'


'Bukan cam tu....kamu ingat nape tiba-tiba nenek di beri cuti separuh hari oleh Tun Teja?'


'Mana saya tahu?...Nenek dah letih kerana uzur ke mungkin gak'


'Uzur apanya umur cam ni...dah menopause'


'Saya tak cakap gitu...tu nenek yang ngaku'


'Banyak cikadak la kamu ni....bengap otak kamu ni'


'Pening la'


'Asyik pening jer ni...buang tabiat ke?'


'Abih tu jangan nak loyar buruk sangat...cakap terus terang dan nyata'


'Macam ni lah...nenek terus terang je...kalau cakap berlapik kamu tu dungu....tak faham-faham....'


'Apa dia cakap la?'


'Biarlah nenek ni tarik nafas dulu...nasi belum hadam pun lagi'


'Tengok citer fasal nasi lak...abih nak kena tunggu sampai maghrib ke?'


'Pendekkan citer....malam esok kamu di minta oleh Tun Teja untuk buat persembahan di pesta tersebut....dah faham ke lom?'


'Biar betul nek, saya tak suka nenek dok perli-perli  ni...jangan wat lawak boleh tak?'


'Ni benar lah...tadi Tun Teja pesan kat nenek suruh bincang sama kamu...jadi kamu masa persembahan tu jangan lak poyo, main cam apa...kat situ ramai pembesar negeri, jangan malukan Tun Teja lak'


'Aduh ni yang buat gabra semacam...lom praktis lagi...dah malam esok...alahai Tun Teja'


'Tu pasal tadi nenek suruh kamu buat persiapan, siapkan peralatan kamu tu...cuci bersih-bersih seruling kamu tu....sekarang dah faham ke lom?'


'Baru faham...nenek serious ni, bukan main-main kan?'


'Main-main la'


'Ha tengok...hisssh haru betul nenek ni'


'Memang la kamu kena main-mainkan alat muzik kamu tu....takkan naik stage pah tu diam membisu....ada faham?'


'Lagu apa yang Tun Teja suka?'


'Tu pandai-pandai kamu la...kena ingat bukan Tun Teja saja yang kamu kena hiburkan...pembesar lain pun kena gak dihiburkan'


'Ni yang payahnya....'


'Kan kamu cakap kamu pernah perform kat luar negara, mesti kamu tahu macam mana nak handle semua ni'


'Tu lain...boleh hentam apa lagu jer...ni pula atas permintaan...di mintanya lagu baru yang belum pernah dengar...masak la saya'


'Alah, kamu bantai jer janji lunak...jangan sumbang mambang dah la'


'Bagi la clue sikit nek...payah saya ni nak buat semua orang suka'


'Cam ni la....yang muda-muda bagi lagu cinta, yang berumur bagi la lagu asli ke, langgam ke, zapin ke...takkan tu pun susah nak fikir'


'Terima kasih banyak nek....idea tu dapat membantu saya dalam persembahan nanti'


'Kamu praktis dari sekarang, tapi ingat volume tu slow sikit, nanti dah kedengaran dari sekarang dah tawar dan takde suspense nya lagi lagu kamu tu...nenek nak kuar jumpa Tun Teja...kamu praktis yer' 


Nenek pun berlalu menuju ke bilik peraduan Tun Teja. Seronok tak terkira Hang Tuah kerana hajatnya untuk masuk istana tercapai. Hebat gak peranan nenek inang pengasuh ni, tanpa nenek tu harus cita-citanya terkubur. Lalu di pilihnya lagu-lagu terbaik untuk persembahan nanti. Kali ni mesti berhasil tawan hati Tun Teja dengan syarat dia tak gementar semasa persembahan nanti. Hang Tuah dah dapat hindari stage fear kerana dia biasa buat persembahan di tempat yang lebih ramai penontonnya.


Sementara itu Tun teja menunggu nenek dengan penuh debaran. Apakah niatnya akan tercapai untuk melihat Hang Tuah membuat persembahan malam esok. Dia sangat teruja untuk berduet dengan Hang Tuah semasa pesta tersebut. Megat Panji Alam tak tahu nyanyi jadi inilah kesempatan terbaik untuk Tun Teja mendekati dan rapat dengan Hang Tuah. Ni kali lah.


Semasa nenek sampai, Tun Teja sedang berdiri di muka pintu. Di heretnya nenek terus ke bilik beradu. Tak sabar rasanya untuk mengetahui bahawa Hang Tuah setuju atau tidak untuk menjayakan majlis malam esok.


'Macam mana nek?'


'Susah juga bagi patik nak ceritakan hal ni Tengku Puteri'


'Nape lak nek....Tuah tak setuju ke?'


'Patik terpaksa menggunakan segala pengalaman patik untuk memujuk Tuah tu....rupanya keras hati gak Tuah tu'


'Habis tu camner nek?..Rosaklah rancangan kita ni'


'Tu la pada mula nya patik dah putus asa sangat'


'Nak beta jumpa Tuah tu ke nek?'


'Tak payah lah Tengku Puteri'


'Habis tu kalau Tuah tak datang nanti beta ni dah pasang angan nak duet dengan Tuah tu nek...jangan wat pasal'


'Patik dah pujuk rayu dia Tengku Puteri, tapi dengan syarat la dia nak hadir pun'


'Syarat yang camner?, Bagi tahu kat beta'


'Syaratnya dia tak mahu orang ganggu dia buat persembahan contohnya minta lagu yang bukan-bukan kerana katanya dia tak nak malukan Tengku Puteri kiranya lagu yang di minta tu dia tak dapat penuhi'


'Oooo cam tu...nanti beta khabarkan pada event manager tentang perkara ni....tu kecik punya hal'


'Dan satu lagi'


'Ada lagi....berapa banyak permintaannya ni...dah lebih Tuah ni'


'Dia minta Tengku Puteri bagi nama lagu agar dia sempat praktis...maksud patik berapa buah lagu yang nak Tengku Puteri duet dengan dia'


'Boleh...nanti beta bagi senarai lagu-lagu tu semua'


'Tuah cakap dia nak buat biar perfect dan tak nak sumbang mambang dan biarlah duet dengan Tengku Puteri menjadi yang terbaik....dia tak nak ada pihak yang malu dengan persembahan yang cincai mincai'


'Bagus gak otak Tuah tu ye...ye la kalau sumbang beta dan dia jugak yang malu....tak pe beta setuju sangat dengan rancangannya tu'


Nenek ni memang panjang sangat akalnya. Tadi diayatnya Hang Tuah kini di kenakan pula Tun Teja. Ya lah bila lagi nak  kenakan Tun Teja tu. Selama ni asyik dia je yang di kenakan Tun Teja. Ni kalilah nak balas dendam pun. Baru padan muka Tun Teja tu menurut saja apa kata nenek. Dalam hidup ni kenalah pandai berdrama dan melakonkan watak dengan baik tapi jangan sampai pecah tembelang. Perancangan kena baik dan forecast kena betul baru nampak real. Ada setengah orang nak menipu tapi tak sampai suku jalan orang dah tau taktik menipu tu. Cara nenek ni memang terbaik...takde siapa yang tahu tapi semua yang di buat tu bukan untuk menjatuhkan sesiapa tapi dengan tujuan yang baik. Jangan kita menipu untuk menjatuhkan orang lain. Itu dah masuk bab fitnah yang di larang ugama.


Dari jauh nenek nampak Hang Tuah sedang bertungkus lumus menyediakan senarai lagu yang akan di dendangkan nanti. Helai demi helai di selaknya kertas senarai lagu. Sebenarnya Hang Tuah belum tahu lagi yang Tun Teja dah sediakan senarai lagu kegemarannya. Kesian gak nenek tu tengok Hang Tuah beria-ia benar dok cari lagu dalam lembaran senarai tersebut.


'Kamu buat apa tu Tuah, sampai tak bengah-bengah dari tadi nenek tengok'


'Apa lagi nek, dok cari dan sediakan senarai lagu untuk malam esok la'


'Dah siap ke senarai lagu tu?'


'Tengah bengang ni, banyak sangat lagu yang sesuai, ni dok tengah senarai pendek kan lah...aduh kacau...masa lak suntuk'


'Nah cuba tengok ni'


'Apa dia pula nek....jangan lah dok tambah sakit kepala saya ni dengan kerja yang bukan-bukan...'


'Cer kamu tengok apa dia yang tertulis tu'


'Senarai apa pulok ni....jangan cari pasal la nek, yang dok ada ni pun dah sangat pening'


'Tengok la dulu...asyik membebel jer'


'Nenek tau apa pasal lagu-lagu ni...nenek tu pandai mengasuh jer'


'Tengok orang la dulu nak cakap pun....nanti malu sendiri kan'


Lalu Hang Tuah meneliti senarai lagu yang di berikan oleh nenek tadi. Terbeliak biji mata Hang Tuah melihatnya. Senarai lagu yang di berikan oleh nenek tadi seakan sama dengan senarai lagu yang sedang di pilihnya. Takkan kebetulan pula.


'Nek ni senarai lagu sapa yang bagi?'


'Agak kamu sapa yang bagi...Megat Panji Alam?'


'Nenek ni suka sangat bergurau la...kita serious  dia main-main lak'


'Boleh tak kamu guna otak dan akal fikiran kamu yang waras tu'


'Dah tak masuk akal la nek...mana boleh secara kebetulan...orang yang bagi senarai ni memang orang yang tahu pasal lagu secara mendalam'


'Tu senarai lagu yang di berikan kan oleh Tun Teja Tuah oooi'


'Ye ke nek?...Biar betul...camnner dia tahu ni semua lagu kegemaran saya...nenek pun tak tahu lagu yang saya suka main'


'Tu la firasat namanya....kamu faham...maknanya kamu dengan Tun Teja memang sepadan dalam banyak hal ni..'


'Oooo mungkin ya gak'


'Bukan senang nak dapat orang yang boleh jadi soul mate ni...kira kamu ni beruntung la boleh jadi pasangan duet Tun Teja ni'


'Nampaknya kena buat yang terbaik ni...biar nampak real semasa berduet nanti'


'Tapi ingat sikit jangan over lak...kat situ ada Megat Panji Alam...berhati-hati sikit, nanti kan lagu kemana kepala kamu tu pecah berkecai'


'Ni bukan anak ayam main nak hentam tak tentu pasal...tengok orang la nek'


'Kamu ni cakap besar betul...Megat Panji Alam tu semua orang takut kat dia...orang Kelantan panggil gedebe...faham tak'


'Tak kisah la semua tu janji saya dapat duet dengan Tun Teja cukup la'


'Nenek nak masak untuk makan malam nanti, kamu nak makan apa?Cakap jer nanti nenek masakkan. Setakat ikan dengan ayam ada la. Kalau nak makan daging kambing atau lembu ke kena lain hari la. Hari ni takde pulak orang jual daging datang sini'


'Takpe nek, malam ni saya tak nak makan, lagi pun tadi dah banyak makan-makan sampai kembong perut ni'


'Betul ni tak mau makan? Kamu jangan wat pasal nanti malam perut berkeroncong susah lak, kedai Siam tom yam kat simpang tu tak buka lagi, kamu gak yang cakap tukang masak tu balik ke Siam'


'Takpe...nenek tak yah susahkan saya...nek masak untuk jer la'


'Nenek makan sorang diri mana ada selera...makan ramai-ramai kan seronok'


'Maaf la nek malam ni saya nak tumpukan pada latihan untuk persembahan malam esok....saya tak nak gagal kali ni...nanti naya saya kena hentam' 


'Sapa yang hentam kamu...kamu ada musuh ke?'


'Takde la musuh...tapi kena hentam kat penonton la'


Sebenarnya tadi Hang Tuah dah terlepas cakap yang kalau gagal bawa balik  Tun Teja memang kena hentam dengan Sultan la. Nasib baik nenek ni dungu sikit dalam hal demikian kalau tak nanti terbongkar rahsia dah tak boleh nak sorok lagi. Hang Tuah menampar-nampar mulutnya.


'Biasanya sebelum persembahan berapa lama kamu berlatih?'


'Mahu gak berminggu lamanya...ya lah tengok kat mana yang nak perform la'


'Untuk jaga suara macam mana kamu buat?'


'Lain macam nenek tanya macam la nenek ni tahu pasal suara?'


'Tanya tak boleh ke?...Mana tahu nenek pun nak belajar nyanyi gak satu hari nanti'


'Tak yah mimpi la nek...dah bangka cam ni pegi surau la lagi bagus'


'Lain macam kamu hentam nenek ye...maklumlah kamu tu penyanyi tersohor...bukan saja kat sini, luar negara pun terkenal gak'


'Jangan bersedih nek...gurau jer tu'


'Gurau pun kena la tengok keadaan yang sensitif sangat jangan la buat gurauan...bukan kelekar kalau kita sakitkan hati orang'


'Serious semacam nampaknya nenek ni'


'Ada kalanya kena serious gak, tak boleh la wat lawak sepanjang masa...macam musim gak...ada hujan ada panas ada musim bunga dan macam-macam lagi'


'Maaf nek bukan maksud nak jatuhkan maruah nenek...saya silap gurau tadi tu...minta maaf sekali lagi yer'


Sebenarnya Hang Tuah tak pernah tahu siapa sebenarnya nenek ni. Yang Hang Tuah tahu sebelum ke Pahang ni melalui risikan pasukan nya, nenek ni merupakan orang yang bebas keluar masuk istana dan merupakan pengasuh kepada Tun Teja. Dan sudah tentulah nenek ni menjadi target utama dalam menjayakan misi ini. Sejarah lalu nenek ni tiada dalam rekod pasukan risikan. Sebenarnya nenek ni juga adalah satu misteri.



'Nek boleh tak saya bertanyakan nenek satu soalan peribadi?'


'Nape kamu nak tahu sangat ni?...Selama ni takde pun kamu nak tahu pasal nenek'


'Bukan apa nek, mungkin saya takkan lama lagi di sini, agaknya selepas pesta ni saya rasa nak balik ke Melaka lah'


'Nape tiba-tiba nak balik...kamu dah jemu ke tinggal di Pahang ni...rasanya banyak lagi tempat yang belum kamu lawati'


'Tak penting nek...saya rindukan kampung halaman'


'Apa yang kamu nak tahu pasal nenek ni...rasanya takde gunanya jika kamu tahu sapa nenek dan sejarah silam nenek ni'


'Mungkin bagi orang lain takde faedahnya, tapi bagi saya besar sangat faedahnya kerana saya telah menjadi sebahagian dari hidup nenek'


'Sedih gak kamu cakap camni Tuah...tapi seperti yang nenek bagi tahu tadi la...tiada apa yang bermanafaat tentang diri nenek ni'


'Sebelum saya pulang ke Melaka memang nak sangat saya tahu kisah silam nenek...boleh la kiranya nanti saya khabarkan pada ibu ayah saya yang nenek lah yang banyak membantu ketika saya di Pahang ni'


'Sebelum nenek menjadi pengasuh kepada Tun Teja dulu nenek pernah bekerja sebagai dayang istana...dan nenek di masukkan dalam pasukan artis istana dalam bidang tarian dan nyanyian'


'Ooo sekarang baru saya faham kenapa tadi nenek bertanyakan saya macam mana saya menjaga suara'


'Nenek dulu adalah lead vocalist dalam team kebudayaan istana Pahang ni...ke merata tempat nenek dah pergi buat persembahan...mungkin masa tu kamu ni masih beringus lagi'


'Aduh malunya saya...tak sangka langsung'


'Tu la Tuah dalam hidup ini kita kena selalu memandang tinggi pada seseorang walau pun orang tu asing bagi kita dan kita kena selalu bersangka baik.'


'Saya telah belajar sesuatu yang sungguh bermanafaat tentang kehidupan dengan nenek hari ni. Memang benar cakap nenek...kita tak boleh pandang rendah pada orang lain kerana kita tak kenal siapa dia...entah-entah dia lebih hebat daripada apa yang kita sangka....lagi nek...teruskan'


'Dulu nenek pernah jatuh cinta dengan seorang pegawai istana....lama gak kami bercinta...masa tu ramai gak la balak-balak istana yang dok usha nenek ni tapi nenek buat tak endah jer...ye la hati nenek telah nenek berikan pada seseorang'


'Tuanku tahu ke kisah nenek ni?'


'Tak tahu, mungkin tuanku suspek jer la kerana setiap kali keluar istana untuk buat persembahan balak nenek ni mesti ada sama...macam mana dia kelentong Tuanku tu nenek tak tahu...jadi masa kat luar tu kami bebas la sikit nak kuar jalan-jalan, mesra-mesra gitu'


'Habis tu nenek kawin ke dengan pakwe nenek tu?'


'Nak dijadikan cerita...satu hari pakwe nenek tu di tugaskan untuk berurusan dengan kerajaan Kelantan...dia pun pegi la dengan 5 orang lagi utusan.....sedih gak nak citer pun'


'Apa jadi pah tu nek....rasanya ni cinta yang tak kesampaian...mesti trajis ni'


'Lebih kurang 6 bulan dia tak balik, 3 orang lagi tu balik ke mari jadi tinggal 3 orang lagi la kat Kelantan tu....rupanya'


'Saya rasa yang tiga orang dah tersangkut dengan mek Kelantan....betul tak nek?'


'Memang betul la tu...pakwe nenek tu tersangkut dengan dayang istana...memang dia cantik giler...putih melepak...kalau kamu tengok pun leh cair la.'


'Macam mana lak nek boleh kenal pompuan tu?'


'Pakwe nenek bawa balik pompuan tu ke sini setelah pompuan tu mengandung 3 bulan....dia orang kata mereka tu nikah di Siam...tapi nenek tak kisah lah janji mereka berdua bahagia'


'Sedih gak kisah nek ni yer....tak sangka gak nek ada kisah silam yang memilukan'


'Selepas pompuan tu melahirkan anak....anaknya meninggal  dan selang beberapa minggu pompuan tu pula meninggal....dan masa tu lah pakwe nenek tu dah macam orang gila'


'Eh...trajis sungguh cerita nek ni...tak di sangka betul lah nek...'


'Nenek kesian sungguh tengok pakwe nenek tu...nenek sanggup kahwin dengan dia tapi dia kata dia sungguh menyesal tinggalkan nenek dan dia tak mahu lagi tengok muka nenek. Kamu tahu dia nampak jer muka nenek dia rasa macam dia adalah manusia jahat yang sangat zalim pada nenek....dan rasa bersalah tu lah yang di bawa bersama sehingga memusnahkan hidupnya...'


'Mungkin kerana nek ni baik dan cinta suci serta setia pada pakwe nek tu...sebab tu dia rasa bersalah sangat'


'Memang betul,  sebiji apa yang kamu kata  tu...dan akhirnya dia jadi tak siuman dan meninggal dalam penjara...sampai kini lah nenek tak nak lagi terlibat pasal couple ni...memang masa tu nenek tengah top, ramai lah balak-balak yang dok ngidamkan nenek, dan ada juga pegawai istana yang suami orang tergila-gilakan nenek,  yang jenis ni memang gatal giler...asyik nak ajak kuar, nenek bukan tak paham niat mereka tu...nenek tak layan...sehingga lah satu hari'


'Menarik gak citer nenek ni....sedih pun yer...'


'Sampai satu hari nenek hampir di perkosa oleh salah seorang pegawai istana...laki kawan baik nenek...kurang ajar betul mamat tu...'


'Dia nak buat apa kat nenek?'


'Dia ajak nenek pegi kerumahnya katanya isterinya ada hal penting nak jumpa nenek...jadi nenek pun percaya lah cakap mamat tu...nenek pun pergi...masa kat rumah tu pintu tak berkunci jadi nenek naik lah ke atas rumah dia...masa tu la dia datang dari arah belakang dan kami bergelut sampai nenek luka kat lengan ni...ha...ni parutnya'


'Oooo besar gak lukanya tu...kesian betul kat nenek ni'


'Dia tipu nenek, sebenarnya isteri dia balik kampung bapanya sakit masa tu la dia ambil kesempatan...'


'Habis tu apa jadi dengan mamat tu?'


'Dia kena buang kerja tapi dia fitnahkan nenek sampaikan isteri dia pun tak bertegur sapa dengan nenek...sekarang tak tahu mana dia org kerana selepas peristiwa tu bapa Tun Teja lantik nenek jadi inang pengasuh....nenek pun suka kerana lebih rasa selamat..'


'Jadi nenek tak pernah kawin la ye?'


'Kan masa kamu datang tu nenek bagi tau yang nenek ni sebatang kara...' 


'Ya la saya masih ingat lagi nek....takpe lah mulai saat ini saya akan jadi anak nenek....'


'Habis tu kamu nak balik ke Melaka, nenek tinggal gak sorang-sorang kat sini'


'Nek ikut saya balik Melaka..saya kan anak nenek dah sekarang ni'


'Habis Tun Teja tu nak letak mana?'


'Kita bawa dia sekali'


'Tu tunang orang...kamu tahu apa hukuman kalau bawa lari tunang orang...tunang bakal Sultan lagi tu'


'Dah kita bawa lari, mana dia orang tahu ke mana?'


'Banyak lah kamu  ni...nanti perang dua buah negeri...kamu apa tahu?'


'Pandai-pandai lah nak hidup nek...saya masih mampu jaga nenek dan Tun Teja tu'


'Kamu ni biar betul....hiiish mengarut la'


'Tak mengarut tapi benar belaka'


'Sejak bila kamu dah jatuh hati pada Tun Teja ni?'


'Sejak pertama kali bertentangan mata...saya rasa Tun Teja pun di panah asmara gak....betul tak nek?'


'Nenek nampak pun macam Tun Teja tu sukakan kamu juga la ....ada la 49.9 % gitu'


'Nenek tengok lepas persembahan nanti...dah pasti 101%...tak caya tunggu'


'Kamu jangan nak buat gila pula....kalau ketahuan kat Tuanku mati nenek di kerjakan'


'Sapa nak tahu nek...hanya kita berdua dan Tun Teja saja yang tahu pun'


Nenek sebenarnya tak ambil kisah sangat dengan cakap-cakap Hang Tuah tadi tu. Bagi nenek tu semua angan-angan khayalan dan citer Mat Jenin Hang Tuah saja. Nenek tak pernah tahu niat sebenar Hang Tuah walau pun sekejap tadi telah Hang Tuah bagi hint yang dia ada misi tertentu dan telah juga menyatakan bahawa dia serious dalam menawan hati Tun Teja. Siapa pun takkan sangka seorang penjual kain akan berjaya bawa lari seorang puteri kerabat DiRaja Pahang. Itu semua cerita yang tak masuk akal langsung.


bersambung ke bahagian 5....














No comments:

Post a Comment