Selepas kena hentam kow-kow dengan Tun Teja, Hang Tuah tak dapat nak melelapkan mata. Terguris betul hati Hang Tuah di buatnya. Dulu dengan PGL pun dah kena tapi tak seteruk ni. Haru betul Tun Teja ni. Mentang-mentang lah dia cun, nak eksyen lak.
Hang Tuah asyik memikirkan apa strategi yang harus di gunakan agar Tun Teja leh jatuh hati padanya. Talian hayat masih ada tapi risau gak kalau talian hayat tu hampeh tak tersangkut hati Tun Teja, takkan nak give up. Kalau give up jawabnya tak leh balik Melaka nanti murka Sultan Melaka tengok balik berlenggang tangan kosong. Takkan nak bawa balik ikan patin muncung jer...tak boleh jadi.
'Tuah, kamu dah bangun ke?'
'Dah lama bangun...bukan dah lama bangun takleh tidur pun semalam.'
'Nape lak tak leh tidur?'
'Mau nya nak tidur, pedih ni masih terasa la nek'
'Kira nya kamu ni jenis mudah terasa gak ya'
Sambil nenek menghidangkan sarapan untuk mereka berdua pada pagi yang bening itu, Hang Tuah berputar ligat fikiran dok cari jalan macam mana nak buat untuk menambat hati batu Tun Teja tu.
'Nek...saya nak tanya sikit'
'Pe dia....nek dah lewat ni, lambat masuk kerja kena soal siasat lak nanti'
'Nape...ketat gak aturan istana di sini yer'
'Memang la...takut gak kena tindakan disiplin nanti...tiga kali datang lewat, kena bagi jawapan bertulis...tu yang payah'
'Satu jer soalan...sebenarnya apa kegemaran atau kesukaan Tun Teja tu nek?'
'Ooo itu...Tun Teja ni sangat teruja dengan hiburan'
'Maksud nek dia suka joget ke'
'Joget tu memang la...tapi yang paling suka menyanyi'
Hang Tuah tersenyum. Memang tepat lah kali ni dia akan gunakan tali hayatnya dengan alunan seruling dan nyanyian.
'Dia pandai menyanyi la ye nek'
'Eh kamu ni...orang Pahang memang terkenal pandai menyanyi...suara merdu giler, tapi kat sini tak ramai yang boleh duet dengan Tun Teja ni. Penyanyi lelaki tak leh nak duet dengan dia'
'Ooo camtu'
Rupanya orang Pahang ni memang turun temurun pandai menyanyi. Teringat akan Siti nurhaliza, Sudirman, Juliza dan ramai lagi. Mungkin di sebabkan oleh corak pemakanan. Ikan patin kot puncanya. Takde lagi orang buat kajian apa hubungan makanan dengan kemerduan suara. Ni boleh minta research grant dengan Kementerian Komunikasi dan Multi Media atau pun Kementerian Kebudayaan untuk buat research topik ni. Kalau tak silap lah kerajaan ada peruntukan grant dalam bidang creative content. Mana tau kalau betul ikan patin yang banyak omega tu ada pengaruh dan penyebab suara merdu, boleh lah di komersilkan.
'Ni nasi kerabu ke nek?'
'Ya betul, ni kesukaan Tun Teja'
'Ooo gitu...macam mana nak masak makanan ni nek...nampak tak banyak ramuan, yang banyaknya kerabu...tapi ni mesti bagus untuk kesihatan'
'Memang la...awek muda la jika amalkan selalu makan kerabu'
'Betul la tu, sangat setuju...tengok Tun Teja cantik semacam...nek pun mana nampak tua...masih cun gak lagi...kalau chettiar tengok leh tergoda dengan nek ni'
'Sudah lah kamu, asyik nak mengampu jer...'
'Tak ampu...tapi yang benar'
Nenek tersenyum bila mendengarkan Hang Tuah memuji kecantikan Tun Teja dan dirinya. Memang pun Hang Tuah ni kuat sangat pong...tapi kalau ternampak sangat pong nya makan diri gak. Nak pong pun biar berpada-pada.
'Nek masak sendiri ke nasi kerabu ni?'
'Takdenya...mana sempat, ni nek beli kat orang Kelantan yang jual di seberang pagar istana ni...oleh kerana makanan ni sedap dia orang tak yah ambil lesen niaga...terkecuali'
'Nape lak terkecuali?'
'Kamu ni kira bengap gak...betul la seperti kata Tun Teja tu...kamu ni bengap'
'Nenek pun main bantai saya gak...asyik kena jer ni...saya kurang faham la...tempat saya di Melaka semua kena ambil lesen dengan pihak Majlis Tempatan...mamak cendol pun kena ambik lesen gak walaupun cendol tu teramat syioook....tapi kat sini takde lak cendol tapai'
'Ada...kat sini di panggil CPT'
'Apa tu? Lain macam bunyi, canggih gak tu'
'CPT tu Cendol Pulut Tapai dan satu lagi yang femes kat sini ialah ICT...makan dengan CPT...terangkat....syioook'
'Apa lak tu...?'
'Kamu ni teruk betul la...ya lah kamu dari Melaka mana tau semua ni ...ICT tu Ikan Celup Tepung...ni pun Tun Teja punya kesukaan.'
'Hebat ye orang Pahang ni'
'Sebenarnya semua makanan ni orang Kelantan yang hijrah kat Pahang ni lah yang mulakan...sekarang dah femes merata Pahang ...orang Kelantan dulu sampai sini melalui laut dan ada yang kahwin dengan orang tempatan. Ada juga penjual batik yang berniaga kat sini dan akhirnya menetap kat Pahang ni. Orang Kelantan kan suka berniaga...setiap ceruk rantau kat sini penuh dengan peniaga Kelantan tak kira laki pompuan'
'Tau nek...tok nenek saya pun asal Kelantan gak...kata mak saya dulu tok nenek dia pegi ke tanah jawa belajar wat batik, pah tu singgah ke Jambi berniaga kat sana dan dari situ lah ke Melaka...nek tak percaya ke?
'Susah nak tak percaya, nek ni tak belajar ilmu sejarah, tapi ye la asal batik di kawasan ni memang lah Kelantan dan banyak lagi lah dan unsur-unsur rekabentuk bangunan pun ada pengaruh dari tanah jawa...bangga gak la ada orang Melayu cam tu'
'Hebat gak nek ni dalam bidang rekabentuk...terkesima saya.'
'Tengok orang la...nek ni kan keje kat istana, ramai lah pedagang dan orang luar negara datang jadi nenek curi-curi dengar lah berita cam ni...nape tak percaya ke?'
'Menarik ye...ada ke resepi nasi kerabu ni...bila ingatkan Kelantan kawan saya bagi tau masakan percik gak terbaik...betul ke?'
'Memang la...banyak sangat la juadah dia orang tu...belum lagi laksam, nasi dagang ikan tongkol, nasi tumpang, ketupat dakap, kueh tahi itik, buah gomok, serabe, sema, buah tanjung, buah peria, nekbat, akok...banyak la, panjang lagi senarainya sampai tak terbilang...'
'Menarik sungguh'
'Kamu ni yang dok asyik tanya minat Tun Teja ni nape?'
'Saja jer....takkan tanya pun tak boleh nek?'
'Bukan tak boleh tapi kepelikan lak'
'Ada sebab la...nenek tunggu la nanti'
'Nek dah lewat ni...nak kena masuk keje lak ni'
'Bengang gak ni, tak tau nak wat pe?'
'Kau tak nak pegi niaga ke hari ni?'
'Niaga apanya, kain dah abih'
'Lupa lak nek...nanti nek tanya pasal bayaran tu la dengan Tun Teja, kalau dah dapat bayaran tu nanti kita makan besar la ye.'
'Kecik punya hal la nek...cakap jer nak makan apa?'
Masa tengah dok sorang-sorang ni banyak la masa nak memikirkan strategi camner nak usha Tun Teja ni. Di keluarkan seruling dalam beg galasnya, di gilap dan bersihkan semua ruang dalam seruling tersebut dengan penuh hati-hati. Malam nanti seruling tu nak di gunakan untuk mengalunkan beberapa buah lagu demi memikat Tun Teja. Berdebar-debar dada Hang Tuah menunggu malam nanti. Malam ni adalah malam yang akan menjadi sejarah samada berhasil atau tidak usahanya nanti.
Petang ni sungguh damai. Langit petang sangat indah dengan pancaran warna warni menyirami hampir seluruh taman istana. Bayu bertiup lembut menyapa tubuh Hang Tuah yang sedang berlengging di beranda. Sambil tersenyum Hang Tuah mengelus-ngelus rambutnya yang ikal. Ingatannya jauh melayang terkenangkan sahabat berempat yang sedang berada di Melaka. Sebelum datang ke mari Hang Tuah sudah berpesan pada Hang Jebat suruh tengok-tengokkan Melor sekiranya dia sampai di istana Melaka. Memang Melor menyatakan bahawa dia akan susuli nanti setelah satu purnama.
Melor adalah cinta pertama Hang Tuah. Cinta pertama memang sukar untuk di lupakan. Walau pun Hang Tuah di kelilingi oleh ramai dayang istana yang cun melecun, hatinya tak pernah tertarik dan tak pernah teringin untuk curang. Kira hebat juga cinta Hang Tuah dan Melor ni. Kalau orang sekarang tengok jer awek cun, takkan di lepas peluang. Anak Sultan pun ada yang di jadikan bini nombor dua.
Sedang Hang Tuah tengah mengelamun, dari jauh ternampak nenek sedang menuju ke rumah. Ada banyak barang kat tangan nenek. Entah apa lah yang di bawa nenek hari ni. Nampak macam barang makanan. Hang Tuah tinjau dari jauh sambil melangkah turun anak tangga untuk menolong nenek membawa barang tersebut naik ke rumah.
'Apa benda nek? Macam barang makanan jer'
'Ya la, memang barang makanan pun'
'Dari mana nek dapat semua barang makanan ni?'
'Dari istana, tadi ada rombongan tunang Tun Teja datang, di bawanya makanan ni untuk santapan Diraja di istana.'
'Kata santapan DiRaja yang nek bawa balik ni nape?'
'Ni yang Tun Teja bagi untuk kita berdua, dia nak suruh kamu rasa makanan Terengganu'
'Ingat juga dia pada saya'
'Dia bagi tahu ni semua sebagai tanda maaf dia hentam kamu semalam'
'Eh apa puloknya saya takde hal la'
'Kamu pegi dapur salinkan makanan ni dalam bekas, pah maghrib nanti nek panaskan dan kita makan malam bersama'
Hang Tuah pun membawa bungkusan makanan yang di bawa balik oleh nenek tadi ke dapur. Setelah meletakkan bungkusan tersebut Hang Tuah mengambil beberapa bekas dan pinggan untuk menyalin makanan daripada bungkusan tersebut. Hairan juga Hang Tuah melihat ada di antara makanan tersebut yang begitu asing baginya.
'Banyak betul makanan ni nek, ada yang tak pernah saya tengok pun'
'Tu biasa la bagi kita kat sini, takde yang peliknya'
'Ni macam ikan tongkol masak kari'
'Ooo tu nasi dagang dengan lauk ikan aya, sedap tu....tersohor la kalau kat Terengganu, Pahang ni,'
'Yang macam acar timun ni untuk apa la nek?'
'Tu makan dengan nasi dagang tu la'
'Kalau tak silap ada juga nasi minyak ala Terengganu, keropok lekor, semua tu kegemaran dan makanan yang dah sebati dengan orang Terengganu....'
'Nampak macam sedap jer semua ni'
'Memang la sedap Tuah, kat Melaka takde semua ni'
Selepas menunaikan solat maghrib Hang Tuah dan nenek makan malam bersama. Berselera betul nenek makan sedangkan Hang Tuah panjang leher nak menelan makanan yang begitu asing baginya. Tapi selepas beberapa suap baru lah terbuka seleranya. Banyak juga lah yang dimakan oleh Hang Tuah dan nenek pada malam tu.
'Macam mana? Sedap tak makanan orang Terengganu ni?'
'Sedap nek, baru pertama kali saya pekena nasi dagang dengan ikan tongkol ni'
'Baru kamu tahu betapa syoknya jadi orang sini'
'Tempat saya ikan tongkol apa orang sini panggil ikan aya ni hanya setengah orang jer yang makan, orang Boyan suka la, lagi pun ikan ni kira murah sangat'
'Orang Melaka mana pandai masak ikan tongkol ni'
'Betul nek...asyik masak asam pedas jer naik jemu gak'
Setelah selesai makan malam mereka berdua beralih ke beranda sambil makan keropok lekor dengan teh o wangi. Seronok betul nampaknya Hang Tuah di layan dengan begitu baik oleh nenek pengasuh.
Selepas solat isya' nenek masuk ke dapur untuk mengemaskan pinggan mangkuk. Hang Tuah pula berdiri di tepi tingkap sambil meninjau-ninjau ke arah bilik beradu Tun Teja. Nampak dari kejauhan bilik Tun Teja terang benderang mungkin juga baru balik dari dewan untuk santapan DiRaja tadi. Jam baru lebih kurang 9.30 malam, kira malam masih muda dan memang sesuai lah untuk berehat setelah kekenyangan makan tadi. Perlahan-lahan Hang Tuah mengeluarkan seruling dari dalam beg galasnya.
Kalau seruling dah keluar tu dah mula lah dia dengan episode selanjutnya camner nak tackle Tun Teja tu. Nak tackle Tun Teja ni strategi kena baik, bukan senang tak boleh cincai jer. Hang Tuah ni pun bukan calang-calang panglima Melayu, putar belitnya pun hebat gak, maklumlah dah banyak pengalaman bab-bab tackle awek ni. Kena hentam dengan awek-awek cun pun dah banyak kali...apa kata orang, alah bisa tegal biasa.
Hang Tuah mula meniup seruling tu perlahan-lahan dengan irama mendayu lagu cinta. Volume kena jaga kalau terlebih terdengar pula kat Tuanku yang tengah rilek tu kacau jadinya. Hang Tuah pilih lagu yang istimewa untuk alunan dan halwa telinga sesuai dengan malam yang syahdu ni. Silap pilih lagu pun parah gak. Dia alunkan lagu yang dapat membuat menarik perhatian hati anak-anak muda....kira sekarang ni lagu 'Kehilangan', 'Di saat mencintai mu' cam tu la lebih kurang. Selepas dua tiga buah lagu di alunkan, nampak jendela di bilik Tun Teja terbuka. Dayang Tun Teja membuka jendela setelah mendengar bisikan lagu alunan seruling Hang Tuah.
'Kamu ada dengar alunan seruling ke?'
'Dengar Tengku Puteri...memang sedap betul la alunan seruling tu, ada lak dengar suara orang nyanyi'
'Dari mana datangnya suara tu ye...cuba kamu turun ke halaman cer tengok dari mana datang'
'Baik lah Tengku Puteri'
Dayang pun turun ke halaman untuk mencari dari mana arah datangnya suara alunan seruling tersebut. Setelah di amati, ternyata suara tersebut datang dari arah rumah nenek inang pengasuh. Dayang tak tahu yang Hang Tuah tinggal di rumah nenek, yang tahu hanya Tun Teja saja. Setelah pasti arah datangnya suara tersebut, maka naiklah dayang tu ke bilik peraduan Tun Teja.
'Tengku Puteri patik dah dengar dan dapat agak dari mana datangnya suara alunan seruling dan orang yang bernyanyi tu'
'Dari mana datangnya....pelik gak beta rasa, selama ni mana ada orang pandai tiup seruling'
'Ya betul Tengku Puteri, patik rasa suara tu datang dari arah rumah nenek inang pengasuh. Tapi patik heran gak, mana nenek inang pandai tiup seruling dan yang nyanyi tu lak lelaki'
'Tak pe nanti esok beta tanya kat nenek'
Sebenarnya Tun Teja dah dapat agak siapa yang meniup seruling dan penyanyi pada malam ni. Tersenyum tersengih Tun Teja bila dapat tahu tu adalah Hang Tuah punya hal. Dayang perasan yang Tun Teja macam tengah angau. Seronok lah tu bila tahu hal yang sebenar. Sekarang baru dia tahu dan dia gak pun dah mula respek kat Hang Tuah ni. Rupanya bukan saja pandai wat bisnes, seorang seniman rupanya Hang Tuah ni. Mulalah hati Tun Teja jadi kacau. Kalau lah siang hari dah tentu di kunjungnya rumah nenek tu. Ni dah malam takleh wat pe la.
Hang Tuah dapat lihat dari kejauhan ada ternampak bayangan orang sedang menongkat dagu di jendela bilik peraduan Tun Teja. Sebenarnya Tun Teja sedang memasang telinga mendengarkan alunan seruling di malam yang sepi dan indah bersama sinaran rang bulan yang menambahkan seri malam. Hang Tuah naikkan lagi volume tiupan serulingnya agar dapat di nikmati oleh telinga-telinga yang masih terbuka. Tersenyum tersengih Hang Tuah. Seronok tak terkira hatinya. Ya lah dah pukatnya mula mengena, cuma dia dok pikir camner lak nak bersua muka agar senang sikit nak tackle Tun Teja tu.
Hang Tuah ni pun smart gak strateginya. Bila orang tengah syok dok dengar lagu nyanyiannya, dia pun terus stop. Bila orang tengah gian dengan lagu-lagu alunannya, tiba-tiba hilang, memang frust lah. Tun Teja pun dah gelisah semacam. Nape lak tengah asyik syok-syok dengar musik tu tiba-tiba lak hilang....haru betul Tun Teja. Ni yang buat tak sabar nak jumpa. Sekarang baru Tun Teja tahu betapa langit tu tinggi rendah. Tu baru stage awalan. Tengok nanti sapa yang tergila-gilaka sapa. Dulu dia hentam Hang Tuah, sekarang mungkin terbalik kot lak.
'Tak sangka gak nenek yang kamu ni seniman rupanya'
'Seniman jalanan nek...biasa la kalau tak ramai orang masa berniaga tu saya pekena la dua tiga lagu, pah tu ramai lah dok kerumun'
'Hebat gak taktik kamu ni ye'
'Orang berniaga macam-macam gimik la nek nak tarik pelanggan'
'Ya, tu kena gunakan lah kelebihan yang ada'
'Tau takpe'
'Kurang asam kamu'
'Nek tengok la nanti apa jadi'
'Cam pelik jer bunyi...ada pape ke ni'
'Eh takde lah, maksud saya bila saya perform kat padang ke stage, nek tengok betapa lah saya ni di gilai....'
'Pernah perform kat stage ke?'
'Kat Melaka dan luar negara ada gak....masa di Majapahit dulu tu'
'Kira kamu ni dah go global la ye'
'Sikit-sikit....sekarang nek harus bangga ada anak angkat superstar'
'Sangat'
'Sangat pe?'
'Sangat bangga dengan kamu la....bengap betul kamu ni yer'
'Lain macam nek ni dah kena pengaruh Tun teja ke ni?'
'Tun Teja tu pun belajar dari nenek gak...nenek ni kira sifu dia la'
'Ooo patut la celupar semacam'
'Kamu tu jangan over sangat...nanti kan malam ni makan rumput tidur kat laman tu...mau?'
'Nenek ni joke sikit pun tak boleh, mentang-mentang lah kita ni menumpang'
'Tengok mula sedih giler tak menentu....joke dengan serious banyak bezanya tau'
'Ni yang buat saya sayang nenek...terbaik lah nek ni...muaaah'
'Menggoda kamu'
'Tengah training nek'
'Lain macam benar cakap kamu ni....ni mesti ada apa-apa...cer citer'
'Takde pe nya nek...wat lawak takkan tak boleh'
'Baik nenek masuk tidur daripada melayan otak biul kamu ni'
Dan mereka sama-sama ketawa.
Malam tu Hang Tuah memasang angan. Tersenyum gembira dia. Strategi pertama dah agaknya mula menjadi. Sekarang perlu di fikirkan camner nak masuk gear dua. Kena jumpa Tun Teja in person dan masa tu la dia akan ayatkan Tun Teja tu. Tapi kalau tu tak berhasil juga dia masih ada talian hayat terakhir iaitu nenek inang pengasuh. Dan malam itu Hang Tuah dapat tidur dengan nyenyaknya.
Awal pagi-pagi Hang Tuah dah bangun. Selepas solat subuh sebelum sarapan pagi, Hang Tuah berlegar-legar di halaman rumah sambil buat exercise...dah lama pun tak praktis bunga silat...mungkin dah tak lama lagi kena guna pakai gak ilmu persilatannya kot-kot kena kejar masa nak wat lari Tun Teja kemudian hari. Kacau betul impian Sultan Melaka ni. Mana nak fikir strategi nak wat lari anak dara tunang orang, nak kena berniaga lagi, kena main musik, menyanyi dan guna akal fikiran nak ayat kan awek...banyak kerja sangat...kena research dan present kan...aduh. Harap-harap dapatlah khidmat cemerlang nanti kot.
'Nenek dua tiga hari ni sibuk sikit'
'Nape lak nek?'
'Malam lusa tu istana nak adakan pesta hiburan tari menari sempena lawatan rombongan tunang Tun Teja.'
'Orang luar istana macam saya ni boleh pegi tengok juga ke?'
'Tak boleh, hanya pegawai besar istana jer yang boleh ikut serta...nape kamu nak pegi ke?'
'Kalau boleh molek sangat la nek....cer nek tanya-tanya'
'Nak tanya sapa?'
'Takpe la kalau tak boleh pun...janji nek wak balik gulai lebihan jamuan tu pun ok gak'
Nenek tu pun pergi la buat kerja rutinnya jadi pengasuh Tun Teja. Macam biasa lah buat apa yang di titahkan oleh Tun Teja. Oleh kerana dah lama sangat berkhidmat di istana tu, nenek kira agak free juga lah nak sembang dengan Tun Teja tu, walau pun masih ada protokol tapi tak lah ketat sangat.
'Semalam beta ada dengar suara alunan seruling datang dari arah rumah nenek, sapa yang tiup tu nek?'
'Oooo bunyi seruling tu...nek pun terpaku gak mendengarnya, tak sangka betul la dia tu pun seniman...bangga la nenek'
'Apa dia nek? B a n g l a?'
'Bukan Tengku Puteri...maksud patik....b a n g g a...'
'Sapa yang nek maksudkan tu...beta kenal ke orang tu?'
'Rasa-rasa Tengku Puteri cam orang tu...'
'Biar betul nek ni...kalau beta nak jumpa macam mana ye?'
'Susah gak kot Tengku Puteri, sekarang kan tunang Tengku Puteri ada sini...susah la kerana Tengku Puteri kena selalu berada dengan tunangan'
'Ya la betul tu...tapi teringin sangat nak jumpa dan kenal sapa tu'
'Tengku Puteri jangan terkejut....orang tu ialah Tuah'
'T U A H...biar betul'
'Ya Tengku Puteri...patik pun langsung tak sangka dia tu hebat main muzik dan bernyanyi....suaranya aduh merdu sungguh'
'Beta dengar dari jauh ni pun merdu sungguh suaranya'
'Kalau Tengku Puteri dengar jarak dekat...peeergh patik yang tua ni pun leh tergoda habis'
'Nek jangan wat hal dengan Tuah tu...jangan dok kacau ganggu jiwanya lak...beta tak suka nek kacau musafir'
'Takde la kacau cuma patik bagi contoh kiranya patik ni muda...dia tu dah macam anak sekarang ni...'
'Teruja nya beta...dari semalam lagi beta dah dapat rasakan yang Tuah ni bukan sembarangan orang...jadi betul lah telahan hati beta'
'Dia dah tak berniaga lagi jadi dia kat rumah je la...tapi dia tu rajin semua kerja rumah dia yang lakukan...balik rumah semua dah bersih...sampai kat laman tu pun di tanam macam-macam pokok...ada pokok buahan, ada bungaan macam-macam benda di buatnya...mungkin nak hilangkan boringnya kot'
'Ooo baru beta teringat harga kain semalam yang masih belum beta jelaskan...nanti petang sebelum nek nak balik tolong ingatkan beta ye...sian gak kat dia mungkin dah takde duit belanja sekarang ni'
'Baik lah Tengku Puteri'
Selesai semua tugas nenek pun balik lah ke rumah. Masa sampai di rumah Hang Tuah sibuk berkebun di halaman rumah...berpeluh lencun di buatnya. Melihat badan sasa Hang Tuah nenek rasa sangat teruja. Kalau lah nenek masih muda memang di tacklenya Hang Tuah ni...tapi dah umur senja ni tak boleh buat apa la.
'Tuah kamu ke sini jap'
'Ada apa nek?'
'Ni ha...Tun Teja bagi duit untuk bayaran harga kain kamu tu...'
'Nape cepat sangat bayar? Nek minta dengan dia ke?'
'Takde la...dia yang bagi, katanya takut kamu dalam kesempitan wang, dia kesiankan kamu tu...elok lah dah ada bayaran...boleh kita raikan'
'Kecik punya hal la nek...kalau dapat ajak Tun Teja sekali kan baik'
'Berangan lah kamu...takdenya Tun Teja tu leh kuar istana tanpa pengawal peribadi....kamu ingat dia tu apa...ayam?'
'Eh nenek ni marah semacam jer'
'Eh...kamu bercakap ni dengan pengasuh dia....dah tu permintaan bodoh, memang bodoh la jawapannya'
'Saya cakap kalau'
'Kat istana Pahang ni takde kalau-kalau nya...pasti tak boleh'
'Tak boleh takpe la jangan kecoh lak'
'Aik kamu ni...lawan tokey nampak'
'Maaf nek, gurau jer tu....orang Melaka memang cam ni gurau cam kasar tapi tu dah biasa'
'Tau takut'
'Nek nak masak ni...kamu tu dah lama sangat gian nak makan kangkung belacan...pe kata kamu pegi kutip kangkung kat parit tu...nanti nenek masak istimewa untuk kamu'
'Baiklah nek....memang pun dah gian sangat dengan kangkung nek....malam ni agaknya terlepas lah rindu dan gian kat kangkung tu'
'Seronok kan main ye kamu'
'Dah tentu la nek ...tu kan sayuran kegemaran saya dari azali lagi'
'Taruh racun kan baru tau'
'Lain macam gurauan nek ni...brutal betul'
'Bukan apa...nenek dengki dengan suara merdu kamu tu...sampaikan Tun Teja asyik dok tanya sapa yang nyanyi malam tadi...teruja betul dia dengan suara kamu tu'
'Pe dia?...Mimpi ke ni?...Macam tak percaya pun ada'
'Ya...Tun Teja yang tanya'
'Malunya saya....'
'Buat-buat malu konon....sudah lah...pooorah lah'
'Ni dia kangkung....masak yang istimewa ok'
'Banyaknya...nak bagi makan kambing ke?'
'Saya ni kalau kangkung setalam pun leh habis...kalau arnab tengok memang tabik la....peminat tegar kangkung lah katakan'
'Banyak lah tegar kamu...nyusahkan saja banyak-banyak sangat ni...mana nak muat kuali'
'Jangan masak semua...saya wat ulam mentah juga...nak try gak cicah budu malam ni...mana tau kow punya'
'Geliga gak otak kamu...tak pernah fikir dan tak pernah rasa makan kangkung mentah....ya..kita cuba malam ni. Kalau sedap nek kan bagai tahu kat Tun Teja ni idea kamu'
'Eh jangan wat pasal nek...murka nanti'
'Mana tau Tuanku Sultan gak suka idea ni...kan senang leh dapat darjah kebesaran....kamu tak suka dapat gelaran Dato Pahang ke?
'Nenek ni main-main lak....kita tengah gigil ni'
'Tak salah apa penjual kain ke penjual karpet ke dapat gelaran Dato'....ok pe...dah ramai pun cam tu'
'Tak mau la nek...susah kan saya jer...kalau betul dapat gelaran tu, tiap kali ada perayaan saya kena ke sini, saya jauh kena belayar 40 hari, kena lak jam tu pokai...kalau datang kena bawa hadiah...saya tahu gak semua tu'
'Takde sapa nak bagi pun kat kamu yang sengkek ni...nenek saja jer nak tengok reaksi kamu'
'Tadi saya cakap tu pun kalau....kalau jer'
Hang Tuah pun beredar kat ruang tamu sambil membelek-belek seruling keramatnya tu. Ada la tu idea gila-gila yang akan di guna pakai nanti malam ni. Bau belacan yang sedang di tumis nenek betul-betul menaikkan selera. Sampai terjatuh seruling kat tangan Hang Tuah tu....menggigil tangan teringatkan kangkung belacan tu....memang betul la Hang Tuah ni hantu kangkung. Memang tepat lah gelaran yang dia dapat...Tuah Kangkung tu.
'Dah siap pun...bukan susah nak masak kangkung belacan ni...kalau lebih masak nanti layu lak...masak kangkung ni kena pro, kena tahu nak handle api dan stirring....'
'Tu pasal saya suka kangkung nek, orang dok kutuk pasal kangkung tapi sebenarnya kangkung ni unik'
'Lain macam puji pasal kangkung, kamu ada share ladang kangkung ke'
'Ada gak la..dah keje dengan pemerintah kena la sokong'
'Ooo kira kaki ampu gak kamu ni yer?'
'Nak idup nek...kena ikut arus...cam ni lah dah jadi pegawai pemerintah....prinsip entah kemana dah'
'Elok la cam tu....jadi pak turut'
'Nenek pun sama kan?'
'Dah nasib kita Tuah...kamu tu untung'
'Nape lak untung?'
'Ye, masih ada tuahnya...nama kamu tu bagus sangat'
'Main perli sakan pah masak kangkung belacan ni'
Tak tahan rasanya dengan perbualan tersebut mereka ketawa sambil menikmati kangkung belacan. Di patah-patahkan kangkung mentah sambil di celup dalam budu. Selera sungguh mereka makan malam ni...nenek pun ikut celupkan kangkung mentah tu dalam budu. Baru lah nenek tu tahu yang kangkung mentah ni ada banyak gunanya. Tu pasal pernah nenek ni tengok orang Siam masukkan kangkung mentah dalam 'som tam'...rupanya memang lazat. Kangkung mentah juga dapat balance kan taste yang biasanya ada pedas, masam, manis tu jadi lebih enak. China yang masak 'yong tau foo' pun guna kangkung yang di celur sebagai satu ramuan wajib. Kalau makan steam boat pun sama gak, mesti ada kangkung. Tengok betapa hebatnya kangkung ni.
Seperti biasa, selesai jer makan malam, nenek akan kemaskan dapur dan Hang Tuah pun ada juga lah tolong sama kemas apa yang patut tapi biasanya tak banyak kerja berat yang memerlukan tenaga jadi nenek boleh lakukan sendiri. Hang Tuah pula keluar ke beranda sambil pekena sirih pinang wat cuci mulut. Khabarnya pinang dan daun sirih ni bagus untuk gusi dan gigi, yang tak bagusnya ialah kapur tu yang ada chemical yang merosakkan anggota mulut.
Malam semakin melabuhkan tirai. Hang Tuah tahu masa ni biasanya pun juga yang Tun Teja tengah rilek. Ada baik nya lah juga kalau di alunkan dua tiga buah lagu untuk memecah keheningan malam. Malam ni pun bulan mengambang penuh, bintang bertaburan bagaikan memagari bulan. Indah sungguh suasana malam ni. Mengikut kata nenek kala bulan mengambang begini Tun Teja suka sangat keluar menyedut udara malam sambil bersiar-siar di tepi kolam di atas titian kayu yang merentangi kolam tempat Tun Teja bersiram. Hang Tuah dok tinjau-tinjau kalau-kalau Tun Teja akan keluar bersiar-siar. Kalau nasib baik, memang takkan di lepas peluang nanti nak adjust Tun Teja tu.
Malam ni sekali lagi Hang Tuah meniup serulingnya dengan di iringi oleh suara merdunya mendendangkan beberapa buah lagu cinta yang di ciptakan sendiri. Hang Tuah pun dah takde banyak masa kerana misinya ni pun ada gak timeline nya. Dia di beri tugas lebih kurang setengah purnama untuk menjayakan misi ini. Tu tak termasuk jumlah perjalanan yang memakan masa dua setengah purnama. Satu purnama satu bulan, masak gak la nak abih kan misi nafsu serakah Sultan Melaka tu. Kadang-kadang jadi orang hebat dan ternama ni pun banyak sangat tugasannya. Walau dapat segala keistimewaan kadang-kadang tak berbaloi. Betul lah leh dapat treatment yang bagus, naik djong di Raja, ada pembantu peribadi, makanan istimewa dengan chef dan pelayan yang terbaik tapi menjayakan misi Sultan sangat lah berat.
Terfikir gak oleh Hang Tuah untuk bersara awal, dah tak tahan lagi dengan kerenah Sultan. Kalau bersara awal pun ada gak kerja...boleh jadi professional consultant bela diri, jadi instructor silat pun ok gak, atau leh jadi PI, mercenary dan macam-macam di bidang keselamatan. Mungkin gak leh pegi ke luar negara. Khidmat bakti pro cam ni memang di perlukan oleh kerajaan luar. Kat Siam, China, Sepanyol, Turki dan banyak lah negara yang berminat untuk lantik perunding keselamatan ni secara kontrak. Kalau Hang berlima tu join force memang terbaik la. Tapi Hang Tuah ni jenis setia giler dan dia pun kesiankan kat Sultan mahu tak mau pun dia stay la.
Sedang asyik Hang Tuah mengalunkan lagu dengan serulingnya, tetiba ternampak jendela bilik peraduan Tun Teja terbuka dan dapat di lihat oleh Hang Tuah ada seseorang sedang menongkat dagu melihat kearah luar di taman istana. Hang Tuah dah dapat mengagak yang tu mesti lah Tun Teja. Hang Tuah pun goreng-goreng seruling nya agar lebih mendayu-dayu. Tengah syok-syok Hang Tuah berhenti. Nampak imbasan dari jauh yang Tun Teja frust bila Hang Tuah memberhentikan alunan serulingnya. Hang Tuah dapat dengar yang Tun Teja sedang marah-marahkan dayang-dayang mungkin atas lain sebab tapi puncanya mestilah kes Hang Tuah yang berhenti menyanyi. Sekarang baru Tun Teja rasa gelisah semacam. Padan muka tu nak mainkan orang sangat, kan dah dapat balasan.
Hang Tuah dah dapat perasan yang jerat nya dah mula mengena. Tak lama lagi memang kemaruk gila la Tun Teja tu kat Hang Tuah. Hang Tuah dah dapat idea macam mana nak masuk istana untuk perform pada malam pesta tari menari esoknya. Kedengaran nenek masih mengemas kat dalam bilik. Hang Tuah memberanikan diri memanggil nenek keluar untuk bersembang-sembang.
'Nek dah tidur ke masih baring-baring mata terbuka?'
'Lom tidur lagi...camner nak tidur bunyi bising seruling kamu tu'
'Maaf la nek, saya tadi nak test seruling ni dah lama benar tak guna nanti takut tersumbat lak'
'Nenek ok jer, dah lama takde hiburan, dapat dengar lagu kamu tu pun wat teringat zaman remaja masa tengah bercinta....jiwang abih sampai basah tikar bantal ni'
'Nenek ni dah melebih-lebih lak'
'Betul la...kenangan mengusik kalbu yang masih terluka ni...kamu apa tahu erti cinta....kamu kata kan kamu ni masih bujang kan...mana tau pasal cinta cintan ni'
'Betul la nek masih bujang tapi saya pernah tackle awek-awek cun'
'Apa jadi....kosong jer kan?'
'Ya la nek semua melepas, nak wat camner pengorbanan...'
'Kamu tu yang tak serius kot, main acah-acah jer mana leh jadi...patutnya dapat terus ngap, baru macho'
'Kali ni la nek...memang ngap betul...nak tanya sikit ni nek?
'Apa ke hal nya?'
'Boleh ke agaknya kalau saya perform percuma jer kat istana malam esok....janji saya dapat masuk istana cukup la'
'Setakat nenek yang nak rekomenkan kamu perform tu memang tak dapat punya la...perlu networking gak...kalau Tun Teja minta sah dapat la...tapi nak ke dia minta kamu perform nanti...tak mungkin la rasanya...'
'Nenek tanya dia ke...mana tahu dia setuju'
'Kalau dia yang tanya, nenek jack dia kow kow tapi untuk nenek mulakan dulu usul ni, takde la jawabnya'
'Terima kasih nek kerana ada niat nak nolong...tu pun dah cukup bagus'
'Ada lagi permintaan kamu?'
'Tu jer nek...cam perli jer ni'
'Selamat malam nenek nak bangun pagi lah esok ni, nak dok layan citer kamu ni sampai subuh pun tak abih'
Hang Tuah bentangkan tikar di serambi rumah. Hang Tuah tak suka sangat tidur dalam bilik, sebaliknya lebih selesa kat serambi jer. Panglima perang mana suka tidur atas tilam empuk, tak rugged la cam tu. Tapi sampai sekarang ni nenek dan semua orang Pahang tak tahu bahawa Hang Tuah ni panglima besar dan hebat. Mungkin pernah dengar nama, wajah lom pernah lihat jadi mesti tak sangka peniaga kain ni Hang Tuah yang sebenar. Kalau sekarang tak sampai setengah jam dah merebak dalam FB, Twitter, Whatsapp....kat blog lagi la gempak.
bersambung di bahagian 4....

No comments:
Post a Comment