Tuesday, 21 January 2014

MALAM PENUH BINTANG...a fiction...(15).



Saya melihat Elizabeth menepuk-nepuk belakang Emilia seakan memohon maaf di atas apa yang telah terjadi dan membuatkan Emilia betul-betul jauh hati ketika itu. Saya sangat teruja dengan apa yang saya lihat di depan mata betapa suka duka liku kehidupan mereka berdua yang penuh duri dan ranjau…dan yang akhirnya duri ranjau tersebut mempertautkan kembali kasih sayang mereka. Pilu pun jua datang menerjah hati kecil saya.


“Berbalik kepada kisah Haikal tu, setelah tiba di hospital, Liz menguruskan pendaftaran dan apa yang patut di lakukan. Haikal di hantar ke bilik x-ray untuk membuat pemeriksaan bahagian kepalanya. Liz menunggu dengan penuh debar. Doa Liz biarlah Haikal selamat kerana kiranya terjadi yang tidak ingin Liz dengari maka Liz susah untuk memaafkan diri Liz sendiri. Apa yang terjadi ke atas Haikal Liz yang perlu bertanggung jawab.”


‘Puan ni isteri En. Rafael Haikal ke?’


“Begitu lah pertanyaan oleh seorang jururawat kepada Liz yang sedang menunggu di ruang tamu. Berderau darah dan merah muka Liz dan terfikir apa yang harus Liz jawab. Memang dalam hati teruja benar untuk di panggil puan, isteri kepada Haikal…Liz berkata dalam hati biarlah masin mulut jururawat tu semoga satu hari nanti Liz betul-betul jadi Mem kepada Haikal”


“Liz, terasa panas balik hati aku ni….angin dingin lembah Bundu Tuhan ni tak terasa pula….sabar jer la.”


“Kamu ni asyik emo semacam…ingat ni flashback.”


Dan kami masing-masing kembali tertawa.



‘Kami terpaksa tahan En. Rafeal Haikal untuk beberapa hari lagi untuk membuat pemeriksaan lanjut. ‘


“Dan Haikal pun terpaksalah berada di wad untuk suatu tempoh tak tahu berapa lama. Liz ada bincang dengan Haikal samada nak bagi tahu familinya di KL ke tidak. Haikal minta di tangguhkan dulu bergantung kepada how serious kes nya tu. Liz akur dengan keputusannya. Dan petang tu juga Liz bagi tahu Lia dan uncle Roni serta auntie Mary. Masa di hospital tu Liz berada di sisi katil Haikal sepanjang waktu dan hanya seorang saja yang di benarkan menunggu pesakit…masa tu lah Liz cakap pada Haikal minta Lia temankan dia, tapi dia menolak dengan alasan tak mahu menyusahkan Lia….selepas itu Liz dapat tahu yang Haikal segan ingin bersemuka dengan Lia. Lagi la gila meroyan minah sebelah ni…”


“Lia waktu tu uncle, dah rasa macam dunia ni nak kiamat…ya lah orang tak sudi dengan kita sapa pun melenting…tapi sebenarnya alasan Haikal tu sangat menasabah setelah Lia dapat tahu kenapa dan mengapa dia berbuat demikian.”


“Masa Haikal terlantar tu uncle Liz jaga Haikal macam suami gayanya…apa saja kehendaknya Liz turuti…lapkan badannya, bagi ubat, picit kaki tangannya segalanya lah…dan masa tu Liz rasa sayang sangat dekat Haikal tu…ye lah setiap hari macam tu hampir lima hari dia di wad…tarikh baliknya pun di tunda, nasib baik dia kerja sendiri.”


“Lia dapat datang pun masa melawat saja...tu pun tak lama. Pernah satu hari Liz biarkan Lia bersama Haikal berduaan…tapi Haikal macam tak sangat mahu melayan Lia…masa tu Lia tahu dia sedang sakit kalau tidak mau saja Lia goncang katilnya. Setelah apa yang Haikal buat pada Lia di hospital tu, Lia berlari keluar dan menangis sepuasnya dan Liz perasan semasa kita terserempak kat pintu masuk…”


“Dalam tengah kami asyik dengan adegan drama kami tu…muncul lah pula seorang makhluk yang bernama Anastasia Mastura…lagi lah banyak konflik dalam hidup kami. Anastasia dapat tahu yang sebenarnya Liz ni bukan isteri Haikal….dah tambah lagi kusut masai kepala otak kami masa tu.” Emilia seperti geram bila menyebut nama Anastasia Mastura.


“Siapa pula Anastasia Mastura ni?” Tak sabar pula saya dan sungguh teruja dengan kisah mereka ni.


“Asyik dok bercerita kita ni, uncle dah kemas ke barang-barang uncle?” Elizabeth bertanya pada saya takut nanti saya terlupa dengan barangan saya.


“Sudah…dari semalam lagi. Tak payah nak tukar pakaian lagi cukuplah dengan T shirt dan jean ni…lagi pun kami nak ke KK..dah tak sejuk pun, ni masih awal baru jam 11 pagi…boleh cerita panjang lagi…sempat tamat kisah kamu rasa saya.”


“Liz, kau perasan tak pakaian uncle ni…macam Haikal kan…ringkas tapi menarik sesuai dengan dia yang sedang mem ‘bangka’ ini…kenapa lah ada manusia se iras yang di temukan dengan kita Liz…aku tak faham lah.”


“Macam menyesal jer bunyinya…takpe lah lain kali saya takkan datang lagi kalau hadirnya saya menyusahkan kamu berdua”


Tiba-tiba tak semena-mena kiri dan kanan pinggang saya terasa ada cubitan yang memedihkan…macam telah di choreograph kan…serentak mencubit pinggang saya, kali ni terasa sakit kerana di atas T shirt yang nipis.


“Lain kali jangan nak memandai cuba sakitkan hati kami ni ye…sensitif sangat-sangat perkataan tu…benda yang kami tak suka jangan di mulakan, nanti masuk pula hospital Ranau kan,” marah betul nampaknya Emilia dan Elizabeth pun mengiakan apa yang di ucapkan oleh Emilia sebentar tadi. Kedua-dua tangan masih melekat kat pinggang saya.


“Kamu ni sensitif sangat la.”


“Jangan cuba-cuba nak renggut kebahagiaan kami ni uncle…uncle tahu kan kenapa?” Elizabeth pula memberi hujah menyokong tindakan Emilia.


“Ok…ok saya minta maaf”


“Maaf ni pun kalau selalu di ucapkan dah tak memberi apa makna lagi…yang kami mahu bukan pengucapan maaf tapi kasih sayang wahai uncle ku yang tersayang….ada faham ke atau saja buat bodoh….eeeee geramnya aku ni Liz…kalau takde anak bini mau aku culik kan mamat ni…kita bawa naik Gunung Kinabalu kita biarkan dia menggigil kesejukan,” marah betul Emilia nampaknya.


“Aiiik nak jadi pembunuh pula kamu…lain macam pula perangai kamu ni ya.”


“Janji puas hati,” kata Elizabeth.



“Masa dah tak banyak ni…cerita lah lagi,” saya mengingatkan mereka berdua untuk meneruskan cerita.


“Kalau nak dengar cerita kami, mulut tu jaga-jaga sikit…kalau tak… tak habis cerita kami ni,” kata Emilia seolah memberi amaran kepada saya.


“Ok….ada plaster tak kat sini?” Kata saya sambil menoleh ke arah Elizabeth.


“Buat apa dengan plaster tu..melecet kaki ke uncle?” Kata Elizabeth seraya bangun untuk ke kaunter, mungkin nak pergi ambil plaster.


“Bukan apa, nak plaster kan mulut ni biar diam dan membisu.”


“Lia, kau tengok perangai bangka ni…ada saja jawapannya untuk mengenakan orang…uncle ni kalau kat US dah boleh kaya raya join David Letterman…tersangat lah geram…kalau tak ingatkan dia ni sapa mahu aku gomol dia biar tercungap.”


“Belum tentu sapa yang tercungap…masa sekolah dulu saya ni sprinter…100 meter wakil sekolah lagi…”


“Dulu dan sekarang jauh bezanya…setakat 100 meter 30 second takde maknanya kan Liz…kalau macam Usain Bolt tu lari bawah 10 second baru respect.  Hahaha…geli usus Lia.”


“Kamu berdua ni buat saya geli hempedu la…pahit terasa tahu dengan perkataan keramat kamu tu…geli usus boleh tahan lagi, bau busuk jer ni pahit sangat terasa tu pasal geli sangat hempedu ni.”


“Kau tengok Liz jawapan dia…jawapan paling kreatif yang pernah di dengar…betul la uncle ni.. you’re really something, a God given creature that’s so unique by itself…betul ke English aku ni Liz...salah pun takpe kita bukan professor bahasa pun…we’re going to miss you very much uncle,” kata Emilia sambil menoleh kepada Elizabeth.


“Aduhai…main cakap orang putih pula kamu ye…hebat.”


“Better expression uncle…tiada kata yang terbaik nak di lafazkan untuk describe tentang uncle ni…terbaik la woook…kata orang KL…hihihi..”


Elizabeth ni kepala otaknya pun boleh tahan juga pintarnya.


Saya betul-betul seronok di pagi yang indah permai ini bertemankan dua orang makhluk Tuhan yang memberikan saya satu bentuk keinsafan sebagai terapi diri dan mengenal siapa kita yang bernama manusia. Selama ini saya hanya terdedah akan kehidupan di kota yang mencabar tapi tiada membawa maksud kesedaran untuk menilai secebis dari kehidupan di satu persekitaran yang berbeza. Di sini segalanya sangat bermakna buat saya walau hanya sedetik cuma bersama insan-insan istimewa yang menjengah di jendela hidup saya kini.


“Anastasia Mastura…cantik nama tu…mungkin orangnya secantik namanya,” ujar saya sambil memandang kearah Emilia.


“Memang dia cantik…cantik dengan caranya…kami pun tak kalah juga uncle berbanding Anastasia tu,” Emilia semacam geram bila saya memuji nama Anastasia.


“Macam marah sangat kamu pada dia kenapa?”


“Tak marah pun tapi masa tu uncle memang kami sangat menyampah yang teramat dengan Anastasia tu,” jawab Elizabeth.


“Apa yang telah dia lakukan ke atas kamu berdua sampai benci kamu kepada dia meluat-luat.”


“Mau nya tak marah…dah lah kisah kami berdua dengan Haikal belum selesai dia pula yang enter frame….apa orang kata three is a crowd..” balas Emilia sambil menggigit bibirnya.


Saya tidak dapat untuk mengagak apa sebenarnya yang membuat Emilia dan Elizabeth begitu kecewa dengan hadirnya Anastasia dalam lingkungan hidup mereka berempat. Rasa saya ini mesti berkaitan cinta, hati dan perasaan yang mebuatkan mereka saling cemburu dan bersaing dalam perlumbaan untuk memenangi hati Haikal.


“Satu hari Anastasia bertanyakan tentang biodata Haikal dengan jururawat bertugas yang mengendalikan kes Haikal. Setelah dia mendapat info tentang siapa Haikal sebenarnya mula lah dia cuba masuk daun untuk mendekati Haikal. Liz perasan sangat kerana waktu tengah hari semasa Liz keluar beli makanan Liz berseliseh dengan Anastasia di pintu masuk wad Haikal. Pada mulanya tak lah Liz syak apa-apa dengan dia, tapi setelah Liz pulang dari membeli makanan Liz nampak Anastasia sedang rancak berbual dengan Haikal. Masa tu lah yang Liz rasa lain macam kerana dia bukan doktor kat hospital tu”


“Kalau bukan doktor, juga bukan jururawat siapa dia sebenarnya…susah nak agak ni…yang dok ada kat hospital biasanya jururawat, bidan, HA/ Health Assistant, doktor dan petugas biasa hospital…nak kata dia pemandu ambulan tak menasabah kerana dia perempuan.”


“Tu la pasal…sebenarnya Anastasia tu adalah seorang pharmacist…baru saja bertugas kat hospital Ranau tu…baru tamat belajar kat UIA…” jelas Elizabeth lagi sementara Emilia mendiamkan diri.


“Ooo macam tu ceritanya…kamu dengki sangat dengan dia kerana kamu terasa terancam dengan kedudukan Anastasia tu dan juga dengan kecantikannya.”


“Kalau uncle tengok dia pun mungkin boleh cair juga….memang dia cantik, tu lah yang buat kami berdua ni jadi penasaran semacam. Liz ni yang hari-hari dengan Haikal dan sangat rapat hubungan pun rasa tercabar yang amat…tak gitu Liz?” Sambil Elizabeth menganggukkan kepala tanda setuju.


“Anastasia tu orang Sabah juga ke?”


“Memang…lepas tu kami buat research la siapa minah tu…dia orang Pantai Manis, Papar, kacukan Brunei dan Kadazan…memang cun teramat dia…kalau teringatkan semua tu tersangat lah geram… Liz ni uncle, dah hampir meroyan jadinya,” jelas Emilia.


“Saya pun ada kawan kat Papar, rasanya orang Papar ni ramai berketurunan Melayu Brunei, kawan saya tu pun kerja dengan SLDB/Sabah Land Development Board tu pun keturunan Melayu Brunei namanya pun Awang Saufi…”kata saya tentang kawan saya orang Papar tu.


“Orang Brunei ni biasanya dari golongan berada, yang Anastasia ni pun anak orang berada juga, bapanya ada syarikat yang terlibat dengan forwarding dan juga dalam bidang O&G/Oil and Gas yang beroperasi di Miri…kira anak orang kaya lah uncle…nak banding dengan kami anak-anak yang terbiar jauh dari kasih sayang keluarga. Tapi Lia sangat kagum dengan semangat Liz dalam perlumbaan cinta berangkai ni, tak nak dia mengaku kalah.”


“Orang seperti Liz ni pun berhak untuk jatuh cinta juga uncle…Liz takkan give up selagi terdaya Liz bertahan dengan segala pancaroba untuk memenangi hati orang yang kita sayang…membujur lalu melintang patah kata orang…walau dengan kekurangan yang ada pada diri Liz ini, Liz yakin sekali dengan hati yang tulus mencintai akhirnya kita juga boleh menang,” Elizabeth bersemangat sekali menerangkan apa sebenarnya yang berlaku waktu itu.


“Hebat juga kamu semua ni melayari rakit cinta…nasib baik tak tenggelam…”


“Tenggelam timbul uncle…” Kata Elizabeth semacam kelucuan.


“Sebenarnya perasaan hati kami berdua terhadap Haikal lahir tanpa di rangka semuanya terjadi secara natural…itu yang buat susah kami nak lepaskan begitu saja…perasaan kami ni ori dan kami tahu dan dapat agak yang Anastasia ni saja nak tunjuk lagak dan sebenarnya perasaannya pada Haikal cuma plastik belaka,” beria-ia Emilia bercerita.


“Kami tahu lah uncle…dia saja nak tunjuk action yang dia tu boleh dapat siapa saja yang dia mahu tambahan dengan kedudukannya sebagai anak orang kaya….kami pun tak heran dengan dia…kami tahu jujur, tulus, ikhlas akan mengatasi segalanya…prinsip itulah yang kami pegang.” Emilia tersenyum mendengar penjelasan Elizabeth.


“Tapi yang lucu dan juga menyakitkan hati kami ni pula, tuan badan ia itu Haikal ni pun satu juga, dia layan Anastasia tu habis-habisan, hampir setiap petang mereka berdua keluar bersiar-siar di sekitar halaman hospital…Haikal tak boleh keluar jauh tapi mereka berdua selalu bersembang dekat kawasan kuarters yang mengadap sawah padi…memang lah kat situ romantik habis, tambahan dengan angin lembah pekan Ranau dan sawah yang menghijau…dan di remang petang yang damai mereka berdua memadu kasih…kami tahu kerana di situ juga lah kami berdua dengan Dr Daniel dulu membuat pengakuan tentang perasaan kami dulu…geram sangat uncle…Lia tak lah dapat rasa macam mana Liz rasakan uncle kerana yang berada di situ menyaksikan semuanya adalah Liz…geramnya Liz waktu tu.”


“Habis tu masa mereka bersiar-siar kat tepi sawah tu kamu pula buat apa?...Pandang saja lah.”


“Apa sangat lah yang Liz boleh buat uncle...Liz hanya sekadar jadi penonton tapi dalam hati, Liz pasangkan angan-angan dan menjadikan Liz lebih kuat untuk menguasai situasi dan Liz tanamkan semangat bahawa Haikal adalah kepunyaan Liz…tu pun berangan sorang jer la. Pening juga kepala…masalah dengan Lia belum selesai, di tambah dengan Anastasia lagi.”


“Tapi best juga uncle lepas kita dua orang team up lawan Anastasia…yang peliknya kalau Anastasia give up kira kita berjaya lah halau Anastasia dari hidup Haikal, Lia dan Liz kena berjuang sekali lagi…tak juga selesai masalah…buntu di buatnya,” kata Emilia.


Kemudian Emilia menambah lagi semacam tidak puas hati dengan kenyataannya tadi…


“Tapi uncle, dalam perlumbaan tiga orang kami dalam memenangi hati Haikal tu Lia tau Lia yang tercorot, Lia buat semua semata-mata nak tolong Liz...harapan Lia dah hampir musnah, jadi apa lagi yang Lia boleh buat selain membantu Liz…taktik kotor juga lah tu kiranya,  daripada Haikal jatuh ke tangan Anastasia lebih baik lah jatuh keribaan Liz…puas hati Lia macam tu namun ada juga duka laranya.”


“Satu hari Liz dah bengang sangat dengan tingkah laku mereka berdua, Liz dengan beraninya bersemuka dengan Haikal tentang pertalianya dengan Anastasia tu.”


‘Awak dengan Anastasia tu apa sebenarnya hubungan?’


‘Perlukah saya cerita hal kisah peribadi tentang hati dan perasaan pada semua orang…itu hak saya dan saya harap orang lain termasuk kamu menghormati sempadan dan privacy saya’


‘Jadi saya ni kena jadi penonton dan tak boleh nak bersuara, macam tu.’


‘Apa hak kamu atas diri saya….kita kawan cuma saya ada cakap saya mulai menyukai kamu, tidak bererti saya terikat dengan kamu dalam soal hati dan perasaan’


‘Selama ini saya tersilap rupanya…terima kasih kerana menyedarkan saya dari mimpi buruk ini’


‘Maaf lah…kamu sendiri sebenarnya sering mengelak bila saya tanya tentang hati dan perasaan…kamu masih ingat…ketika saya banyak bertanya tentang Lia untuk saya mendekatkan diri saya padanya, kamu mengatakan Lia sangat sukakan saya tapi bila saya bersama Lia dia katakan yang kamu sedang dalam gelora panah asmara mengimpikan untuk hidup dengan saya selamanya….sandiwara apa sebenarnya ini….bila saya cuba bukakan hati saya pada orang lain, itu adalah hak saya, kamu pula yang rasa terancam…sepatutnya kamu berdua bahagia kerana saya hampir menemukan cinta saya.’


“Panjang lebar Haikal mengeluarkan apa yang terbuku di hatinya. Liz pun rasa bersalah juga kerana tidak berterus terang dalam soal hati dan perasaan Liz…menyesal sungguh bila mendengar penjelasan dari Haikal.”


‘Jadi kami ni sudah hilang harapan lah kononnya’


‘Dulu saya hamparkan luas-luas bidang harapan untuk kamu berdua, tapi kamu tutup hamparan itu, dan setelah saya mula membuka hamparan tersebut untuk orang lain, kamu pula yang ingin duduk di hamparan tersebut…lebih baik kamu cuba cari satu gelanggang baru mana tahu itu lebih sesuai buat kamu’


“Malam itu Liz pulang ke rumah dan tak mau lagi rasanya untuk menemani Haikal di hospital kerana Liz fikirkan tiada gunanya dan biarlah Haikal bahagia bersama orang yang dapat menambat hatinya. “


“Lia terkejut uncle bila tengok Liz balik ke rumah seorang diri tanpa Haikal. Dalam hati tertanya-tanya kenapa, tapi Lia tak nak keruhkan keadaan dan Lia biarkan Liz sendirian dan reda dengan masalahnya. Lia tahu mesti ada masalah di hospital kalau tidak kenapa Liz pulang dengan wajah yang murung dan sugul.” Emilia berhenti seketika sambil memandang kearah lobi, kemudian dia menyambung lagi.


“Malam itu kami berdua sambil duduk-duduk di beranda sambil kami bercerita kisah Haikal dan Anastasia, Liz begitu dukacita sekali dengan perubahan sikap Haikal yang selama ini menjadi idolanya.”


‘Aku tak sangka Lia Haikal begitu sekali berubah dengan hadirnya Anastasia…aku seolah-olah tiada nilai sesen pun buat dia. Kelakuan mereka berdua betul-betul menghiris kalbu aku…kalau kau ada di sana kau pun akan merasai apa yang aku rasakan….mungkin salah kita berdua’


“Masa tu uncle, Lia dah dapat hidu yang cara Lia dan Liz lakukan untuk melindungi antara sata sama lain kian terbongkar walau pun waktu itu Lia dan Liz tidak pernah bersemuka dan berterus terang dengan helah kita berdua.”


‘Kenapa aku cakap salah kita berdua…Haikal perasan tentang cara kita…aku sebenarnya melakukan apa yang termampu untuk kau dan Haikal menjadi pasangan kekasih walau aku sedikit demi sedikit sudah mula menyukainya dan baru aku sedar bahawa kau juga melakukan benda yang sama agar aku menjadi pasangannya….sebenarnya apa yang aku lakukan adalah untuk melindungi kau dan untuk kau menyambut cabaran aku kerana aku tahu kau lebih hebat dari aku dalam apa jua pertandingan…aku saja lakukan semua tu untuk kau lebih jeles dan dengan itu kau menerima cabaran aku untuk mendapatkan Haikal…aku hanya pura-pura Lia…setiap kali dia bertanya kan soal hati aku selalu mengelak..’


“Lia merasa sangat berdosa pada Liz uncle kerana Lia menjadi batu penghalang buat dia…itu fikir Lia dan sebab tu lah Lia buat-buat merajuk lari dari rumah dan tinggal di resort agar dengan berbuat demikain Liz akan bertaut rapat dengan Haikal…dalam kami merencanakan demikian Haikal sudah dapat menghidu semuanya…rupanya dia lebih cekap…Lia dan Liz masing-masing tak menduga yang kami berbuat benda yang sama untuk melindungi masing-masing  walau jauh di lubuk hati sebenarnya kami sudah terpaut pada Haikal.”


‘Kenapa kau berbuat semua ni Liz…aku tak dapat bayangkan ketika aku sedang bergembira dengan Haikal setelah menikah, kau tinggal sendirian di sini tanpa aku…kemana lagi harus kau curahkan segala sengsara kau kiranya aku tiada disisi …aku tak sanggup dan tak sampai hati untuk berbuat demikian. Cuma aku harapkan aku lebih rela kiranya kau yang bahagia bersama orang yang menyenangi kau…tapi yang peliknya dalam berpura dan berlakon dalam kisah ini, kita sebenarnya sudah terbawa-bawa dengan hati dan perasaan yang kadangkala menyukarkan lakonan kita untuk menjadi kenyataan…dan perasaan itu telah memakan diri kita hingga kita terbawa-bawa menjadikan cemburu, benci cinta dan kasih sayang sesuatu yang sukar di bendung menjadi begitu real… aku rasa cabaran dan caranya sangat berlainan dengan Dr Daniel dulu…kali ini aku rasa tercabar dengan sikap Haikal yang jual mahal dan berlagak sombong itu dibandingkan dengan Dr Daniel yang lebih straight forward’


“Dua hari selepas peristiwa itu Haikal pulang ke resort dan setiap petang pula Anastasia datang dengan memandu kereta Mini Cooper nya. Dia anak orang kaya boleh lah dia berlagak begitu. Dan mereka berdua kadang-kadang makan bersama dekat coffee house. Masa kat coffee house tu Anastasia dengan lagak sombong nya menunjukkan kemanjaan yang buat kami nak termuntah. Haikal melayan setiap perbuatan Anastasia dengan penuh romantik…Lia lihat saja lagak mereka di sebalik daun pintu dapur…melihatkan perbuatan mereka berdua, Lia kadangkala menangis teringatkan Liz yang begitu berharap dengan Haikal. Selama di hospital Liz tak habis-habis bercerita dengan bangganya tentang bagaimana dia menjaga Haikal dengan sepenuh hati, walau sebenarnya dia berbuat demikian segalanya untuk kebahagiaan Lia, tapi jauh di sudut hatinya Lia percaya Liz pun sudah terbawa-bawa dengan perasaannya dan di terjemahkan dengan sikapnya yang sungguh gembira, ceria setiap kali dia berbicara tentang Haikal,” panjang betul luahan hati Emilia.


“Yang kamu dua orang ni main pura-pura nak pikat Haikal ni kenapa? Mengapa tidak saja berterus terang agar senang dan dapat membantu satu sama lain tapi lakonan kamu berdua ini akhirnya memakan diri sendiri. Itulah hati dan perasaan tak boleh di jadikan bahan untuk experiment. Kalau saya jadi Haikal pun saya jadi bengang dan bila tahu diri tertipu lagi lah rasa ada dendam. Bila dendam sudah bersarang di dada akhirnya ia menjadi satu bahan untuk membalas balik atas apa yang pernah orang perbuat terhadap kita…”


“Pada asalnya niat kami baik untuk melihat kebahagian hadir dalam diri orang yang kita sayang…silap kami kerana kami tidak mahu berterus terang…tapi yang sukarnya uncle macam mana nak berterus terang sedangkan jauh di sudut hati kami sebenarnya tidak mahu kehilangan di antara satu sama lain…itu lah hakikat sebenarnya….mungkin sukar untuk uncle mengerti pertalian kasih sayang kami berdua yang melangkaui batas-batas melebihi saudara kandung sendiri. Kami seolah tercipta untuk menjadi satu atau pelengkap untuk satu sama lain, tanpa Lia dalam hidup Liz mungkin Liz sudah tersasar jauh dalam melayari bahtera kehidupan yang sememangnya akan hanyut dalam samudera kehidupan yang tak bertepi.”


“Uncle tahu tak, tiap kali Haikal dan Anastasia datang dan mengambil Haikal untuk keluar, Lia selalu melihat mereka melalui tingkap resort ini sehingga lah hilang dari pandangan. Lia merasa marah, geram, kecewa dan dengki dengan tingkah laku mereka, dan teringatkan kalau lah Liz menyaksikan ini semua hatinya mungkin terhiris luka, kerana sekarang Lia tahu Liz bukan lagi berlakon setelah mengetahui yang lakonan dulu itu semuanya telah terbongkar. Dalam keadaan kini Lia sudah berterus terang yang Lia tidak lagi mahu terikat dengan lakonan tersebut malah ingin sekali Lia mahu menolong Liz untuk mendapatkan kembali apa yang telah hilang sejak hadirnya Anastasia dalam hidup Haikal.”


‘Siapa perempuan cantik bersama Haikal tu Lia?’


“Satu hari Suzanna bertanya kepada Lia tentang Anastasia. Masa tu dah heboh lah satu resort ni cerita tentang Haikal. Ada yang mengatakan Haikal ni buaya suka mainkan hati perempuan, ada pula yang cakap kami ni gila bayang, macam-macam tanggapan lah sampai pening, malu dan segala perasaan lah yang timbul dalam diri kami berdua.”


‘Oh..itu kawan lama Haikal masa kat KL, sekarang ni dia kerja kat Ranau…yang kau orang sibuk sangat ni kenapa? Tak dak kerja lain asyik nak jaga tepi kain orang’


“Macam tu lah Lia bagi tahu dia orang yang asyik dok sibuk gossip tentang kami semua. Geram betul lah kat Haikal dan kawan-kawan staf  masa tu.”


‘Mana boleh nak lawan dengan kawan Haikal tu, dia cantik, bergaya dan rasanya anak orang kaya tu, aku rasa pernah nampak dan pernah jumpa dia ni kat kampung Cinta Mata…setiap kali cuti aku selalu nampak dia kat rumah pak cik Jefri’


“Tiba-tiba Monica yang dari tadi membisu membuka kata.”


‘Kau pasti ke dia Mon…atau silap orang atau pun pelanduk dua serupa’


‘Entah lah…pak cik Jefri ni jiran uncle aku, kalau kau nak tau sangat aku boleh tanya kat uncle Douglas atau sepupu aku Sandra’


‘Tak payah nak susah-susah tak penting pun’


“Macam tu la lebih kurang perbualan kami semua tentang siapa Anastasia tu. Bila mendengar pujian kawan-kawan kat resort ni tentang Anastasia memang berdesing telinga Lia uncle.”


Mengikut cerita Emilia dan Elizabeth ini, saya dapat merumuskan bahawa mereka berdua ingin sekali membahagiakan antara satu sama lain dengan bermacam kaedah. Sewaktu bersama dengan Dr.Daniel mereka berterus terang dan membuat pengakuan jujur di hadapan tubuh badan yang terlibat iaitu Dr.Daniel tapi langkah mereka itu menemui jalan buntu dan gagal untuk mencapai matlamatnya.


Maka kali ini di cuba lain cara macam mana mereka berdua dapat membahagiakan antara satu sama lain dengan berpura untuk berlumba dalam larian asmara dan cinta. Semoga dengan berbuat untuk melahirkan rasa cemburu di antara mereka berdua membolehkan diri masing-masing rapat dan jatuh cinta juga mendapat tindak balas yang baik dari Haikal. Tapi mereka berdua menggunakan cara yang salah dan yang sebenarnya mereka masih belum bersedia untuk berpisah, dan ikatan kasih sayang yang terlahir atas pengorbanan keluarga serta lingkungan mereka yang terlibat membuatkan kali ini mereka sekali lagi gagal.


Bagi saya munculnya Anastasia sebenarnya adalah rahmat tersembunyi yang merungkaikan masalah yang membelenggu mereka sekian lama. Tanpa Anastasia mereka masih mampu melakonkan drama kehidupan mereka di atas pentas rekaan mereka yang pada saya mereka sendiri sebenarnya masih keliru dan terkeliru yang akhirnya mejadi perangkap diri sendiri.


Kata orang cinta tak mengenal siapa dan cinta tidak boleh di jual beli. Rasa cinta hadir dengan sendiri tanpa di sedari kadang waktu kita mahu lari jauh dari api cinta yang membara, kiranya tersilap langkah kita sendiri akan terbakar dan kiranya nasib menyebelahi kita maka akan terlepas lah kita oleh bahang panasnya cinta. Dalam soal cinta kadangkala kita memerlukan pihak ketiga atau kunci di luar kotak untuk membuka serta merungkai masalah cinta yang berangkai. Di suatu sudut Anastasia adalah duri bisa yang merosak haruman bunga cinta yang baru sedang untuk mekar dan di satu sudut berbeza Anastasia lah penyelamat cinta mereka. Dan itu lah rasa saya apa yang telah terjadi kepada Emilia dan Elizabeth.


“Sejak Haikal balik dari hospital tiga hari yang lalu, Lia tak pernah bertegur sapa dengan Haikal. Sebenarnya sikap Lia ini merugikan diri Lia dan juga Liz. Dulu niat pertama Lia menjauhkan diri dari Haikal adalah untuk merapatkan hubungan Liz dengan Haikal kerana Lia tiada lagi sebagai galang gantinya. Tapi strategi ini tidak menguntungkan malah merugikan. Yang paling terpalit dengan situasi ini adalah Liz. Bila mengenangkan ini semua Lia rasa marah pada diri sendiri dan sungguh simpati dan belas kasihan pada Liz yang sedikit demi sedikit sudah dapat menerima kehadiran Haikal dalam dirinya…sedang asyik Liz memasang angan Haikal terhidu segalanya dan kebetulan muncul pula Anastasia menyempitkan lagi ruang buat Liz. Lia perhatikan setiap malam Haikal akan keluar dengan Anastasia dan balik lewat malam.”


“Uncle tahu apa Lia buat untuk once and for all demi menyelesaikan kusut masai yang bertakhta di hati kami berdua. Satu malam Lia balik ke rumah dan ajak Liz berbincang tentang kemelut yang sedang melanda kami berdua dan juga Haikal.”


‘Liz, aku rasa kita kena bersemuka kita tiga orang, kau, aku dan Haikal’


‘Tak ada gunanya Lia, aku pun seakan serik dengan semua ni, lagi pun lawan aku kali ini bukan lagi kau tapi seorang yang terpelajar dan anak orang kaya…siapalah kita di mata Haikal sekarang ni…aku malu sangat Lia...malu pada diri aku sendiri...aku seolah-olah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’


‘Belum cuba belum tahu…lagi pun kita tak rugi apa pun…sekurang-kurangnya kita mencuba…mencuba untuk menyatakan yang sebenar…kita dah di malukan sekarang…alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan’


Elizabeth terkebil-kebil mendengar Emilia yang sedang rancak bercerita tentang kisah mereka kepada saya yang dengan tekun memasang telinga.


“Masa  tu uncle, Liz macam terpengaruh dengan semangat Lia yang beria-ia benar untuk ketemu Haikal dan Liz sedar semuanya yang Lia lakukan adalah semata-mata untuk menyelamatkan maruah Liz yang sudah terhakis oleh perbuatan Haikal dan Anastasia.”


Sambil itu Elizabeth memeluk Emilia dengan penuh kasih sayang. Tergambar di wajah Elizabeth betapa sucinya niat jujur dan tulus Emilia yang begitu prihatin ke atas dirinya. Lama sekali mereka berpelukan dan saya juga terbuai dengan rasa kesayuan melihat apa yang berlaku.


‘Tapi macam mana, aku dah ketandusan idea Lia’


‘Aku melakukan ini semua kerana sayang aku pada kau mengatasi kehendak aku sendiri…dan kali ini akulah pelindung kau, sandaran hidup kau…aku hanya ingin melihat bahagia kau Liz…dan akulah orang yang paling bahagia melihat kau di atas pelamin nanti…jadi kau ikut saja apa yang aku rancangkan’


Ucapan Emilia ini menghadirkan kembali saat-saat kedukaan mereka dan imbauan kenangan tersebut begitu terkesan buat Elizabeth. Saya memerhatikan Elizabeth merenung mata Emilia dengan payahnya menahan titisan airmata yang makin tergenang di kedua kelopak matanya. Sayu dan dengan  perlahan Emilia menghulurkan jari jemarinya ke atas mata Elizabeth dan menyapu air mata Elizbeth yang sedang menitis. Saya turut terikut dengan kesayuan tanpa saya sedari.


“Malam keempat setelah Haikal berada di resort sekembalinya dari hospital, Lia dan Liz menunggu Haikal di sini…di pangkin ini…petang tu Lia nampak  Haikal dan Anastasia keluar sama dan sudah pasti malam nanti dia akan balik ke sini. Jam 9 malam kami berdua dengan tak sabarnya menunggu Haikal balik…kami tahu ini lah peluang terakhir kami kerana mungkin satu hari dua lagi dia akan balik ke KL…sementara menunggu Haikal kami berdua mencurah rasa tentang apa yang telah terjadi antara kami berdua…..”


‘Liz kau maafkan aku atas segala kesilapan sekiranya aku banyak melukakan hati kau…bagi aku selagi aku tidak berupaya membantu memulihkan apa yang tercalar kini, aku akan merasa berdosa yang teramat…’


‘Aku lah yang sepatutnya momohon maaf dari kau Lia, kerana aku lah yang memulakan semua ini dengan berbuat yang macam-macam untuk menyakiti hati kau walau niat aku untuk merapatkan hubungan kau dengan Haikal…aku gagal dan aku lah yang menyebabkan cederanya kaki kau itu….’


‘Apalah sangat salah kau itu Liz di bandingkan dengan jasa yang telah ibu bapa kau berikan pada aku semasa hayat mereka. Tanpa mereka tiada lah aku di sini, entah aku sekarang jadi barang dagangan. Hampir setiap malam aku berdoa selepas solat agar kau di pelihara, di lindungi dan di bukakan hati kau oleh Allah dan memilih kau bertemu hidayahnya…aku tidak pernah lupa mendoakan itu untuk kau Liz’


‘Baik budi kau ini tiada terbalas oleh aku…macam mana aku boleh hidup tanpa kau…bagaimana aku boleh bergembira dengan orang yang mencintai aku sekiranya kau aku tinggalkan untuk meneruskan hari-hari kau tanpa aku…aku tak sanggup untuk membayangkan kau tidur sendirian, makan, kerja dan berbuat segala yang selama ini kita kongsi bersama, sentiasa di samping kau susah senang kita harungi berdua dengan sabar walau dalam kepayahan…aku bahagia begitu bersama kau dan aku akan cukup  tersiksa bila terbayangkan derita kau tanpa aku Lia….’


Kata-kata Emilia dan Elizabeth ini walau pun hanya cebisan dari flash back peristiwa mereka berdua, saya rasa sangat terharu lalu saya mendiamkan diri dan tenggelam serta hanyut dalam khayalan menggambarkan kisah duka hari-hari yang mereka tempuhi dengan penuh tabah dan sabar. Elizabeth banyak mendiamkan diri hanya kelakuannya saja mengiringi setiap tutur kata Emilia yang dengan tanpa jemu meluahkan apa yang ada di hatinya untuk saya telan bersama kisah berliku mereka.


“Eh kamu ni buat saya sedih pula, nanti tak pasal-pasal banjir tempat ini. Semalam saja dah berapa kole air mata saya tumpah, harap-harap hari ni dah reda lah hujan hati saya ni…tapi nampaknya mendung makin mendekat…kena cari payung cepat-cepat ni.”


“Auntie...oops Mem tu takpe ke uncle dok rilek kat sini menemani jelitawan rimba ni.”


“Perkataan jelitawan ni sedap gak dengar…kalau silap tafsir jadi ‘jeli tawan’…macam kononya jeli kena tawan...dah kena jual…jeli tu macam agar-agar la atau pun boleh juga di jadikan ‘jelita one’…maknanya seorang saja yang jelita…kamu ni berdua tak betul la guna vocab tu…hahaha….”


“Liz jaga-jaga sikit gila dia dah datang…bila dekat-dekat tengah hari ni mula lah naik sheikh gila tu…lepas ni kena berjaga-jaga nak buat ayat.”


“Apa salahnya kita jadi kreatif sikit…kreativiti ni tak perlu duit tapi kreativiti dan khayalan juga lah boleh buat orang jadi kaya dan masyhur…macam kisah pelukis siri Ninja Turtle, Kevin Eastman dan Peter Laid juga penulis novel Harry Porter, Joanne Kathleen Rowling/JK Rowling tu.. walau dah banyak penerbit yang tak mahu bekerja sama dengan mereka tapi akhirnya..tengok JK Rowling tu apa jadi ….billionaire…saya suka kepada benda-benda yang mencabar minda…kalau benda-benda senang buat apa nak fikir…kita kena fikir yang orang lain tak sampai akal nak capai….dream and think big.”


“Aku semalam dah banyak kali kena dengan dia ni…sampai aku pun rasa macam dah pandai sangat sekarang…pada hal baru tak sampai berapa jam berguru tapi macam masuk kelas dah 2 tahun…kalau kita kata dia tak hebat kita tak berlaku adil pada dia Lia…pasal dia special…sejak kita kerja sini dah berapa tahun tak pernah kita jumpa lembaga aneh macam ni…”


“Sedap mengata orang ni lembaga pula la…ingat ni syarikat ke main lembaga-lembaga….syarikat ye la ada lembaga pengarah…”


“Kan Liz, kira ok la kita golongkan dia dalam kumpulan yang hebat…bukan sebarang orang yang boleh jadi lembaga pengarah hanya yang terpilih saja kan Liz…itu kira dah menaikkan martabat betul tak Liz?”


“Makin geliga otak kamu ye…”


“Kita bercakap dua orang saja kan Lia, yang ada orang terasa sangat tu kenapa pulak…yang sebetulnya kat sini memang banyak geliga…pernah dengar geliga serai, geliga lipan, geliga buaya…dalam batu gunung tu lagi banyak geliga…tu pasal orang gunung ni banyak pandai…kat KL tu mana ada geliga buaya…buaya longkang banyak la…gelinya hujung salbi ku ini…”


“Kamu tahu ke apa hujung salbi tu…main cakap je apa ke bendanya..”


“Kita pun belajar sains la wei…ingat tak Lia subjek biologi…kan ada tulang hujung salbi…tulang tu tak kan hancur sampai bila-bila…entah-entah orang tu hari ni baru tau…kalau kita tak bagi tau kan Lia sampai mati pun dia kelu…aduhai kesiannya kat bangka ni…nak kenakan orang tapi terkena balik”


“Ya lah zaman kita mana ada biologi…ilmu kaji hayat ada lah.”


“Alah...alah kesiannya Liz aku dengar…kau tak simpati ke Liz dengar orang tua bangka dah mula merajuk.”


“Sedih yang teramat Lia…nak nangis pun ye.”


Saya buat-buat tak dengar macam tak ada apa yang  berlaku. Saya sebenarnya sangat gembira dan teruja bila mereka berdua rasa seronok agar dengan suasana demikian mereka lupa akan kesedihan mereka. Saya sangat berharap semoga mereka akan sentiasa mengenang saat-saat indah ini bila saya berada jauh dari mereka.


Sekurang-kurangnya saya tinggalkan tempat bertuah ini dengan satu kenangan terindah buat semua dan saya pasti mereka akan merindui dengan segala kelucuan yang mungkin boleh membuat mereka tersenyum saat mereka teringatkan kehadiran saya.  Saat-saat manis begini bukan sentiasa wujud dan hadir menemani kita, hanya sewaktu-waktu yang tiada di sangka datang menjengah pintu duka mereka. Melihat wajah ceria mereka berdua kadangkala membangkitkan rasa kasihan yang penuh simpati apalagi mereka dengan begitu seronok mencurah rasa kepada saya yang sudah di anggap sebahagian dari hidup mereka.


“Kita tanya kenapa tak jawab…kan kita tanya Mem tu takpe ke uncle takde dengan dia sekarang ni?”


“Kenapa pula kamu risau pasal dia….Mem tu ok punya...ke mana saya pergi kalau saya jumpa kawan-kawan dia yang suruh saya keluar cuma masa balik tu jangan suruh dia buka pintu nanti dah terbangun dia susah nak tidur…biasanya saya bawa lah kunci bilik…”


“Sporting betul Mem tu ya Lia.”


“Dia orang berpelajaran tak kan nak buat perangai macam orang tak sekolah pula…rasa aku la Liz…orang lelaki ni kalau di sekat di kongkong lagi dia orang buat pasal bila ada peluang sikit…tapi kalau yang di lepas bebas tak ada pula dia buat perangai…”


“Aku pun rasa begitu…macam budak-budak kalau yang di larang di kongkong itu lah yang dia orang nak buat bila di biarkan dan bagi reasoning yang logik buat dia orang faham ok pula dia…kalau nak fikirkan apa dia orang buat belakang kita nanti satu habuk kerja pun tak jadi...pah tu stress..sakit jantung…dia orang ok kita pula masuk hospital…..kita pun sama juga lah macam tu…bila orang tua cakap jangan …tu la yang nak di buat.”


“Dah habis ke cerita kamu tadi tu?”


“Dok layan topik bodoh uncle sampai terlupa dah…kau nak cerita ke aku yang kena cerita ni Liz?”


“Kita kongsi lah bercerita Lia…kalau asyik kau jer cerita nanti habis suara tu nanti…kan suara tu nak pakai lama lagi, kalau yang dah bangka tak lama dah la guna pakai suara tu…hehehe.”


“Amboi…amboi…lain macam rasa pedasnya ni…elok lah juga ye doakan saya ni cepat-cepat pergi meninggalkan dunia yang fana ini…terima kasih atas ingatan kamu berdua, semoga kamu berdua sangat bahagia bila saya terus hilang dari pandangan mata kamu macam apa yang terjadi pada Haikal tu…kan saya ni jelmaannya.”


Saya lihat Emilia dan Elizabeth saling berpandangan. Mungkin tidak di duganya dengan apa yang baru di ucapkannya tadi membuatkan saya terasa dan seolah berkecil hati. Saya memandang wajah aneh mereka berdua dengan kehairanan. Saya juga tiada sangka bahawa pengucapan saya yang tidak bermaksud seperti orang kecil hati dan kecewa itu boleh membuatkan mereka terus jadi kaget.


“Uncle..” serentak kedua-dua mereka terus merangkul kiri kanan lengan saya.


“Eh…apa kamu ni…ni siang hari nanti kalau orang nampak kita begini apa pula pandangan dia orang…sudah lah tu, jangan nak emo pula.”


Lalu kedua-dua mereka dengan perlahan melepaskan tangan mereka dari lengan saya. Macam ada satu penyesalan yang terbayang di wajah mereka tika dan saat itu. Mereka hanya bergurau begitu juga saya tapi gurauan tersebut sudah membawa lain erti yang kami sendiri tidak menduga kesannya. Baru saya teringat bahawa gurauan juga dapat merapat dan juga merenggangkan persahabatan yang kian lama terjalin.


“Uncle… minta maaf ye kiranya kata-kata Liz tadi membuat uncle begitu terasa dan berkecil hati….minta maaf sangat-sangat,” sambil tangannya menggosok-gosok paha saya sambil Emilia pun menepuk-nepuk sebelah lagi paha saya.


“Eh, panik juga kamu ye…saya takde la terasa dan kecil hati dengan gurauan demikian…dah terbiasa malah ada yang lebih teruk dari ni…tapi bagus juga kamu berkata demikian sekurang-kurangnya menjadi satu pengajaran tentang batas-batas untuk gurauan…apa orang kata…it’s not funny when you hurt someone’s feeling…”


“Tu pasal kami ni minta maaf kerana gurauan kami tadi terlebih sudah…” ujar Elizabeth menyatakan penyesalannya.


“Saya ok…saya ni kan jenis selamba bantai membantai…tapi ini jadi satu ingatan untuk kamu lain kali supaya pandai mengawal emosi dan melihat situasi…maksud saya dengan orang lain yang baru kamu kenal...semoga peristiwa ini mematangkan kamu…pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran…ingat tak senikata lagu Ameng dari kumpulan Spring.”


“Uncle ni kita serius dan dah kecut perut sangat tadi, sekarang dah mula nak buat kelakar balik,” kata Emilia semacam selesa bila saya cuba meredakan keadaan.


Saya pun tidak berniat untuk menakutkan mereka untuk lebih bebas berbicara dengan saya nanti. Dalam pergaulan bila banyak sangat garis dan dinding pemisah maka kita tidak bebas untuk berbicara dan menjadikan situasi lebih formal dan membosankan. Cuma ingatan saya pada mereka tadi untuk mereka lebih matang dan tahu apa gurauan dan dengan audience yang mana satu. Bukan semua bentuk lawak boleh di guna pakai  untuk semua situasi.


“Bila kita dapat berbicara dengan bebas rasa saya bermakna kita ikhlas, dan kalau terlalu formal makanya hubungan di antara dua pihak masih belum intim…katakan, bila kamu berdua berhubungan secara formal dan terlalu menjaga patah kata, maka kamu rasa asing dan tiada hubungan rapat yang terjalin… kemesraan dan erti kasih sayang pun terhakis…oleh kerana kita ikhlas walaupun kata-kata kita kadang kala semacam keras tapi jika pihak penerima dapat terima seadanya, itu menunjukkan bahawa keikhlasan itu menunjukkan keberhalisan yang tinggi…harap kamu berdua faham dan jangan lah nak control kata-kata kamu bila berbicara dengan saya…dan saya sedar sedikit sebanyak saya lah mengajar kamu melakukan ini semua…jadi mulut laser,” dengan panjang lebar saya memberi pandangan agar mereka faham apa yang saya maksudkan.


“Tadi kami betul-betul kecut perut bila uncle tunjuk reaksi macam orang kecil hati…rasa macam nak pecah jantung ni berdegup kencang…tak pernah selama ini Liz begitu panik macam hari ni…aduuuh  uncle boleh buat Liz kena serangan jantung ni…”


“Kamu tau tak sebenarnya ramai orang yang nak kurus kan badan…betul tak? Dan kamu Liz badan macam kamu ni memang lah seksi, putih, gempal tapi uncle nak ingatkan kalau kamu tak jaga pemakanan lepas satu anak nanti belon lah jadinya…macam Lia ni dia jenis tinggi lampai susah sikit untuk membelon…hahaha…yang pertama lemak suka attack ialah di perut…dah buncit tak elok dah la…muka cantik perut boyot…apa kelas.”


“Uncle ni nak perli Liz la tu.”


“Aku rasa Liz uncle ni ikhlas…dia kan suka pada kecantikan…seniman lah katakan …jadi elok juga dia bagi ingatan…sekarang kita masih muda, uncle cakap tu rasa aku melalui pengalaman kebangkaannya…eh…eh…ada lagi terkeluar perkataan sensitif…ampun uncle ku sayang…”


“Sedap juga vocab kamu tu Emilia…kebangkaan…istilah baru ni…boleh guna pakai…tadi Liz cakap dia kecut perut, tu pasal saya cerita hal badan…jadi untuk menguruskan badan tak payah lah exercise banyak-banyak, duduk jer dengan saya dan saya akan gunakan teknik kecut perut pecah jantung….samada kurus atau terus gol…hahaha terbaik lah..”


Tak semena-mena paha saya terasa perit dengan cubitan daripada Elizabeth. Mungkin tidak di sengajakan kerana sudah terlalu kerap insiden ini terjadi sejak malam tadi. Kalau buka baju seluar nanti mesti lebam-lebam macam kena love bite la agaknya. Silap haribulan boleh gaduh laki bini.


Cerita tentang laki bini ni pun menarik juga kerana banyak sangat salah faham dalam hubungan suami isteri. Contoh nyata seperti apa yang  berlaku ini, mungkin si isteri memikirkan si suami telah melakukan sesuatu dengan lain perempuan sampai lebam love bit look alike…tapi yang sebenarnya lain cuma tuduhan berpandukan syak wasangka yang tidak berasas. Jadi dalam hubungan hati dan perasaan trust adalah perkara teras yang terpenting…bila syak wasangka di tambah adu domba dari pihak ketiga keempat, akhirnya porak peranda yang menanti.


“Kamu tadi cakap kamu orang ni belajar sains kan…pasti kamu tahu apa itu metabolisma…tau ke tak ni wahai dewi-dewi gunung…?”


Emilia mencuit Elizabeth memberi isyarat untuk response kepada soalan saya tadi sambil mencebikkan bibir.


“Ya Cikgu…sikit-sikit tahu lah apa ke benda tu…mestilah yang bersangkutan dengan pamakanan dan penghadaman…betul ke tidak tu Cik gu?”


“Pandai juga kamu ni ya Liz…tapi adakah kamu praktik kan dalam menu harian kamu…soalan ni di tuju khas buat Liz yang rasa saya akan menggempal membelon selepas membalun…hahaha…vocab baru tu….”


Elizabeth menutup mulutnya dan tersipu malu.


“Ya lah kita ni kan gemuk, gempal mana nak sama dengan dewi gunung yang sebelah lagi ni…terasa ni uncle cakap macam tu….menggempal membelon ok boleh terima yang musykil tu apa maksud membalun tu…jangan nak cari pasal pagi-pagi ni.”


“Balun makanan la buat jadi gemuk, balun lain jadi makin kurus…macam ayam kena gigit tungau…kihkihkih.”


“Nasib baik cekap juga dia melepaskan diri dari sepitan ketam ni.”


Emilia tersenyum kerana soalan tadi tidak tertuju kepadanya. Semacam bangga dan mula lah di tunjukkan lagak sombong bodohnya tu.


“Tapi perlu di ingat bukan semua lelaki sukakan perempuan yang langsing dan kurus, ada juga lelaki yang sangat berminat dengan perempuan gempal…terpulang kepada citarasa masing-masing. Apa yang saya katakan ni adalah tentang pengawalan penyakit…orang gemuk cepat terkena penyakit dan perempuan yang banyak cellulite cepat menggeleber dan menjadikan kelihatan cepat tua…jadi metabolisma dalam diri seseorang tu pun memainkan peranan…setengah orang makan banyak tapi tak gemuk kerana kadar dan kandungan metabolisma dalam badannya berfungsi dengan baik.”


“Mengalahkan saintis pula uncle ni… kalau dia kelentong kita mana tau…tapi reasoning tu meyakinkan…terbaik lah woook” Elizabeth memerli saya.


“Saya pun tak tahu kelentong saya ni menjadi ke tak…tapi tujuan saya baik…bila niat baik kelentong pun berfaedah…tergantung nawaitu…”


“Sekali saintis sekali macam ustaz…manusia yang banyak alam dalam satu jiwa tiada lain….uncle lah orangnya…pening dan mungkin boleh menyesatkan jiwa-jiwa murni seperti kita orang ni,” Emilia menambah kata.


“Lia kau ingat tak masa makan kat rumah kita satu malam selepas Haikal balik dari klinik tu…aku perhatikan selepas makan dia menjilat setiap jarinya…dan dia tak minum cuma selepas setengah jam atau lebih baru dia minum…aku dok fikir benda ni dah lama tapi tak jumpa jawapannya…mungkin sifu di sebelah ni tau sebab musababnya kot…”


“Ye la sekarang baru aku teringat…tapi takkan lah sifu ni nak tau semua apa yang Haikal buat…jelmaan jelmaan juga tapi tak semestinya semua sama.”


“Kalau saya ada jawapan yang logik dan masuk akal apa kamu nak bagi saya?”


“Apa saja,” serentak jawapan keluar dari mulut Emilia dan Elizabeth.


“Betul ni apa saja saya boleh dapat?”


“Betul la…tapi kan Liz jangan lah mengada-ada minta…yang blue-blue tak main eeh.”


“Kamu berdua dalam otak kamu tu tiada yang lain…ingatkan saya ni kemaruk sangat ke…anak dah hampir setengah dozen dan dah bangka seperti kata kamu tu…apa yang saya mampu lagi?”


“Lia…oh...Lia, kita ni di sini dah banyak jumpa species jantan…yang bangka lah yang paling dahsyat perangainya…kau ingat lagi tak Lia jantan jenis mana yang meraba kau dulu tu…bukankah yang boleh di panggil datuk…grandpa la kalau uncle susah nak faham…tu contoh terbaik…”


Emilia menganggukkan kepala tanda setuju. Rupanya mereka ni ada pengalaman pahit berkait gangguan seksual. Padan lah semalam Emilia ada bagi tahu tentang gangguan seksual di tempat kerja, sekarang baru saya teringat balik.


“Jadi kamu ni nak sama kan saya dengan orang lain…mentanglah saya di alam kebangkaan kamu buat rujukan bahawa semua jantan tu sama…ingat sikit ye bukan semua orang suka makan daging, dan bukan semua orang tak suka sayur…jadi kalau kamu berdua ni fikir yang saya ni pun tergolong dalam spesies yang sama…alangkah sedihnya saya kepada kamu yang cetek fikiran ni…dan kamu telah merendahkan martabat kamu sendiri…sepanjang kita bergaul mesra di sini ada pernah satu kali saya cuba berbuat atau kamu fikir saya menyerong…eh…vocab baru ni kurang tepat agaknya…takpe janji kamu faham maksud yang tersirat.”


“Wow…berjela panjang macam trailer tayar 36…eh..Liz ada ke tayar 36 tu…takpe janji kau faham…hihihi…uncle tahu kan yang kami ni sangat respek dengan uncle…gurauan kami tu untuk menduga sedalam mana lautan hati uncle…lautan perlu di duga sekali sekala…kalau uncle ni jenis species lipan bara merayap takde nya kami nak layan uncle macam ni…kami tahu uncle ni bukan makhluk perosak, makhluk penyelamat kami ada lah…dan kami bangga ada orang seperti uncle yang sanggup melayan budak ingusan seperti kami ni…tu uncle  yang cakap kami ni ingusan lagi…dah lupa ke…kalau lupa boleh di maafkan atas faktor umur…bila aku tengok uncle serious geli teramat segala rongga-rongga aku….,” sambil Emilia mencuit paha Elizabeth dan saya pun tak tertahan geli hati mendengarkan tutur kata Emilia tadi.


Saya turut ketawa sambil Emilia dan Elizabeth mengurut-ngurut paha saya. Kami mengadap jalan dan membelakangkan tempat letak kereta oleh sebab itulah agaknya mereka berani menggosokkan tangan mereka ke paha saya kerana agak terlindung dari pandangan ramai.


“Banyak sangat lah rongga-rongga kamu yang nak geli tu ya…menyampah betul dengan lagak kamu berdua ni.”


“Liz, boleh kau tolong pergi ambilkan lidi sapu?”


“Kenapa?” Elizabeth bertanya dengan agak kehairanan dengan permintaan Emilia tadi.


“Kamu ni slow lah…,” sergah Emilia kepada Elizabeth yang macam orang dalam kebingungan.


“Tak faham aku…kau ni pun dah kena badi uncle juga ke?”


“Kau dengar tak tadi uncle cakap apa…dia cakap menyampahkan…bila ada sampah kita kena sapu…bila sapu sampah…perbuatan itu di panggil menyampah…macam memasak lebih kurang gitu la.”


Saya betul-betul kagum dengan tahap daya pemikiran dan kreativiti yang di pamerkan oleh Emilia. Nampaknya dia semakin pandai mencipta ruang, peluang dalam mempelbagaikan rentak hujahnya. Daya kreativitinya makin berkembang. Saya sangat teruja dengan kehebatannya dan membuatkan saya ketawa tak tertahankan.


“Hebat kamu Lia….saya tabik spring buat kamu,” sambil saya mengangkat tangan menunjukkan gaya tabik spring.


“Uncle lah sifu terhebat…selepas ni ramai lah guest resort ni yang akan kami gulai dengan ayat yang di perturunkan oleh maha guru kami uncle Sam…”


“Kegelian sungguh saya jadinya..,” kata saya sambil menahan ketawa.


“Lagi satu vocab yang boleh kita praktikkan…mesti marah DBP kat kita ni kan uncle,” kata Elizabeth.


“Memperkayakan tata bahasa apa nak salahnya…bagus apa….oh! tadi ada kamu bangkitkan hal orang bangka yang kemaruk seks…ni serius nasihat dari saya yang juga sedang membangka ini…kamu tahu apa dia istilah STD…tu adalah Sexually Transmitted Diseases seperti gonorrhea, syphilis..tu penyakit kelamin bagi orang yang mengamalkan persetubuhan dengan ramai pasangan…jadi kamu jangan sekali-sekali terlibat dengan kegiatan haram ni…orang sekarang tak takut dosa tu pasal dibuat macam-macam hal…kalau terkena penyakit ni tiada maaf bagi mu…dulu masa perang Vietnam dengan Amerika, askar Vietcong banyak menggunakan wanita pelacur dan di suntik satu jenis virus penyakit yang di panggil Vietnam Rose..ramai lah askar Amerika menderita terkena penyakit tersebut…tu salah satu punca Amerika kalah perang…Nauzubillah minta di jauhkan.”


“Eish…ngerinya….ni nasihat berguna dari uncle ni Lia...ingat tu pesanan mulia ni…minta di jauhkan lah semua ni…nak kahwin pun kena berhati-hati pilih pasangan sekarang ni…”


“Betul cakap kamu tu Liz, sekarang ni penyakit kelamin ke, apa ke bukan saja melalui persetubuhan haram…melalui penagih dadah yang jadi doktor dok cucuk badan sendiri tu pun bahaya juga… AIDS/Acquired Immune Deficiency Syndrome yang di sebabkan oleh kuman HIV/Human Immune deficiency Virus tu pun satu gejala yang sedang melanda orang kita sekarang ,” saya menerangkan pada mereka berdua tentang bahaya penyakit berkenaan.


 “Bukan saja melalui persetubuhan, melalui penagih dadah pun bahaya juga, ada juga Lia dengar isteri-isteri yang innocent mendapat jangkitan HIV melalui suami yang suka main pelacur dan mengambil dadah…dan yang tidak boleh di terima melalui blood transfusion…sedihkan kalau jadi macam tu,” Emilia pula menambah.


“Sangat….kamu tahu asal usul AIDS tu datang mana? Dari Afrika yang bermula dari berok…dan di jangkiti oleh manusia…masih belum ada betul-betul vaccine penyembuh lagi penyakit AIDS ni,” sambung saya lagi tentang penyakit-penyakit bahaya zaman moden ini, sambil Emilia dan Elizabeth dengan tekun mendengarnya.


bersambung di bahagian seterusnya...

No comments:

Post a Comment