Wednesday, 15 January 2014

WATER CONVOLVULUS.....APA HUBUNGANNYA DENGAN HANG TUAH DAN MAHARAJA CHINA.(1)


Water convolvulus....ini adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk satu jenis tanaman yang sedang hangat di perkatakan sekarang iaitu 'kangkung'...glamor gak rupanya nama omputih sayuran ini.


Bagi generasi muda yang tak pernah belajar Hikayat Hang Tuah pasti pening fikir yang Hang Tuah ni real ke mitos semata. Tak kisah lah apa pun janji kita ada Legend macam Mat Salleh dok bangga sangat dengan Zorro tu...entah ya ke tidak...tapi ramai orang suka tengok cerita Zorro...sampai gaduh anak beranak bila tukar channel.


Empayar kerajaan China suatu waktu dulu memang terkenal dan merupakan salah satu  empayar yang terhebat di dunia ketika tu...waktu tu juga lah lahirnya nama pelayar terkenal dunia ynag berasal dari China iaitu Laksamana Cheng Ho. Khabarnya mengikut apa yang di catat dalam sejarah Laksamana Cheng Ho ni asal keturunannya ialah dari satu keluarga Islam yang telah lama menetap di satu wilayah di China.


Nama sebenar Cheng Ho ialah Ma Ho, daripada etnik Hui di perkampungan Yunan. Keluarga Hui adalah terdiri dari petani yang berugama Islam. Asal berdarah campuran Mongol-Turki. Dalam kalangan puak Mongol memang ramai yang berugama Islam dan di kenali sebagai Khan dari kumpulan Tartars...Ma Ho boleh berbahasa Arab dan China. 


Semasa tentera China menyerang puak Mongol, kanak-kanak lelaki di jadikan tahanan dan di potong alat kelamin untuk mengelakkan keturunan Mongol dari membiak. Apabila Yunan jatuh dan di bawah jagaan General Fu Yu-te, Ma Ho yang berumur 10 tahun adalah antara kanak-kanak lelaki yang di 'kasi' alat kelamin. Semasa berumur dalam lingkungan 20an, Ma Ho yang tingginya 7 kaki merupakan seorang yang tampan dan bijak dalam strategi peperangan. Beliau mahir dalam taktik perang Sun Tzu dan Sun Pin.


Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo, Ma Ho telah di beri gelaran Ma Sanbao. Oleh kerana penglibatan Ma dalam peperangan dan banyak membawa kejayaan sehingga tumbangnya Nanking Ma Ho telah di beri penghormatan khas dan di nobatkan  sebagai Cheng yang kemudiannya menjadi Cheng Ho. Dia  di beri tugas menjadi Laksamana mengelilingi dunia menjelajahi 37 buah negara.


Perkataan 'junk' berasal dari perkataan Melayu 'djong' membawa erti kapal besar. Pelayaran pertama Cheng Ho mempunyai angkatan 27870 orang bersama 317 djong. Orang melayu dahulu kala memang terkenal sebagai pelaut yang hebat dan banyak pengalaman hingga berkampung  di kepulauan Polynesia. Semasa zaman Cheng Ho banyak terdapat pelaut Melayu yang menguasai  Selat Melaka dan sebahagiannya menjadi lanun. Ada juga setengah daripada lanun-lanun China di tangkap sebagai tebusan. Cheng Ho berperanan dalam melindungi Raja-Raja yang memerintah di sepanjang Selat Melaka waktu itu. Melaka pada waktu itu sangat terkenal sebagai satu pusat perdagangan yang mashyur dan ramailah pedagang asing datang berurus niaga termasuklah pedagang China India serta  Arab. 


Apa yang saya nak ceritakan ni ialah tentang kehebatan kangkung. Eh...apa kena mengena pula kangkung dengan Maharaja China ni...buang tabiat ke ni....sabar...jangan cepat menghukum....tu personal judgement...dah jadi fitnah cepat menghukum orang tanpa fakta...sabar ye....nanti sat lagi tahu lah apa kaitan  kangkung dalam peradaban sejarah silam....ha dah nampak makin interesting kan.


Macam citer kartun pun ada kalau sekali pandang. Tapi sebenarnya ini adalah kenyataan yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah. Tak percaya?....tunggu dah baca seterusnya apa yang akan di perturunkan nanti.


Suatu waktu dulu, masa saya dalam tingkatan 6 sebelum berhijrah ke ITM/UiTM saya sempat lah belajar tentang Hikayat Hang Tuah...tu subjek wajib, ada buku teks lagi pasal Hang Tuah ni, tapi yang peliknya, mesti ramai tertanya-tanya tajuk di atas ialah kangkung, apa kena mengena pula dengan Hang Tuah. Tadi kata kangkung ni ada terlibat dengan Maharaja China, ni tup tap tup tap berkait dengan Hang Tuah pula....apa dah biul ke ni.....sabar...jangan cepat marah....kalau orang cepat marah saya selalu syorkan makan telur goyang....sejenis masakan berasaskan telur yang di popularkan oleh roomate saya sewaktu waktu dahulu...dah kena telur goyang seakan masalah terungkai....tak caya?....cuba la sendiri...


Berbalik kisah Hang Tuah ni...kalau ikut hikayat yang saya belajar dulu, Hang Tuah ni kira hebat gak kepala otaknya....politikingnya terbaik, bukan calang-calang orang yang pernah di kelentongnya. Sampai Panglima Taming Sari yang hebat kesaktiannya dengan keris berjenamanya, brand terbaik waktu tu, bukan cap ayam punya tapi Taming Sari pun dapat di kelentong dan keris bertukar tangan...sah-sah orang punya, keluaran luar negara lagi tu, secret weapon kerajaan Majapahit, last-last jadi hak dia...putih mata Panglima Taming Sari  macam kena pukau pun ye, terkelip-kelip mata tengok Hang Tuah sangkutkan kat pinggang...sure jeles giler la...hebat la tu...tipu helah nak selamatkan diri dan maruah kira boleh di maafkan...IQ kena tinggi, kurang-kurangnya macam Einstein gak la Hang Tuah ni, entah-entah lebih hebat. Kira saya tabik gak la kat wak Hang Tuah ni.


Sebelum kita teruskan dengan kisah Hang Tuah dan Maharaja China kita imbas kembali siapa dia Hang Tuah ni. Mesti ramai gak yang belum tahu atau pernah baca kisah mamat ni. Setelah saya baca, kaji dan fahami Hikayat Hang Tuah ni, secara conclusionnya, pada pandangan intelektual peribadi saya, sebenarnya Hang Tuah ni adalah satu lambang hero bagi kaum lelaki macho Melayu...lambang kehebatan lelaki Melayu dalam menawan hati kaum wanita, juga dia pandai menawan hati golongan bangsawan dalam dan luar negara....dia ada charm dan juga personaliti tersendiri dan PR yang terbaik lah di zaman tu. Dia kiranya di geruni musuh dan di hormati oleh member-member jam sewaktu dengannya. Putar belit kepala otaknya pun hebat gak, benda yang impossible leh jadi possible....mungkin gak dia guna pakai ilmu 'if you cannot convince them, you confuse them or if still you can't do it just kung fu them'...rasanya la dia guna taktik ni...bagi saya lah Hang Tuah ni sebenarnya ialah seorang Cassanova orang Melayu....sabar sikit nanti saya bagi contoh-contohnya la.


Rasa saya tentu ramai yang pernah nonton filem-filem Melayu yang bersangkut paut dengan Hang Tuah ni. Kisah macam mana Hang Tuah tackle awek-awek cun masa zaman tu. Semua awek yang jatuh ke tangan Hang Tuah semuanya glamor habis waktu tu..kira boleh ngalahkan ratu cantik la. Semuanya dari golongan bangsawan, anak raja, tunang orang, anak tok guru silat pun biul dengan dia....bukan saja dalam negeri...kira CKD, tapi yang import dari luar negara jenis CBU pun dia dapat gak....sapa yang boleh challenge sebenarnya...kau ada....tiada...ramai orang dok kutuk Hang Tuah ni tapi orang tak fikir kehebatan dia yang boleh menguatkan jati diri kita orang Melayu...sampai Maharaja China pun pening dan dengan muka selamba dia kelentong Maharaja tu, benda yang impossible jadi possible...jadi kena respek dia jangan dok kutuk-kutuk...lu per citer kutuk-kutuk dia....


Peringkat awal terserlah bakat Hang Tuah ni jadi Cassanova ialah sewaktu dia belajar silat bersama 4 orang geng dia Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu...masa tu menuntut ilmu silat dengan Sifu Adi Putera...kira grammy award winner sifu waktu tu la. Ingat saya la Bruce Lee dan Tony Jaa pun respek dengan sifu ni kalau bersama waktu tu...Chuck Norris pun tabik gak agaknya...tengok Hang Tuah sudah la betapa hebat, kalau sifu mesti lah lebih terror. 


Setelah hampir tamat perguruan seni silat, satu hari Sifu panggil kesemua Hang yang berlima itu dan di beri briefing setelah pengajian tamat nanti.


'Kamu semua ni Tok harap berbakti lah kepada Raja, tanah air dan ugama suci kita. Tugas Tok melatih kamu sudah hampir ke penghujung...Tok dah tua nak berlawan pun tak berapa larat lagi dah, tapi cara dan gaya berlawan tu Tok masih mahir, dan tu lah yang boleh Tok turunkan pada kamu yang muda-muda ni...ada apa-apa soalan ke?'


'Saya mewakili teman-teman sepersilatan ni banyak-banyak terima kasih pada Tok yang sanggup melatih kami siang malam tanpa jemu, kami ni agak nakal sikit harap Tok boleh maafkan perangai buruk kami ni, Tok lah terbaik yang pernah jadi Sifu kami. Budi baik Tok kami takkan lupa sampai bila-bila' 


'Pada firasat Tok, sedih gak Tok nak bagi tau ni...tapi lebih baik Tok umumkan  biar semua beringat dan tahu apa yang akan terjadi di suatu hari nanti. Kamu berlima ni dah macam adik beradik, sakit seorang semuanya akan terasa bahagia seorang semuanya akan bahagia. Dalam kamu berlima ni pada satu hari nanti ada salah seorang dari kamu ni akan terkorban kerana mempertahankan maruah kawan kamu dan terkorban di tangan kawan yang kamu pertahankan. Kira kisah sedih gak la dan akan jadi legenda bangsa. Ada yang mencemuh yang terkorban tapi di akhir zaman yang terkorban itulah di anggap hero sejati'


Hang berlima tu saling berpandangan antara satu sama lain. Tak dapat di bayangkan bagaimana kawan karib mati terbunuh di tangan kawan sendiri. Suspense giler masa tu.


'Kalau betul la kata Tok tu, aku naik seriau gak, takkan sanggup aku bunuh kau Jebat, kiranya perkara tu berlaku antara kita'  kata Hang Tuah pada Hang Jebat sambil mereka berlima baring-baring menunggu terlelap mata.


'Walau salah sebesar mana pun tak sanggup aku nak bertikam dengan kau bang Tuah, kau ni dah aku anggap lebih dari saudara ku sendiri'  balas Hang Jebat.


'Mu Kasturi sanggup ke bertikam sama sendiri sampai ada yang terkorban di tangan antara kita berlima ni'  kata Hang Lekiu.


'Giler kau nak tikam sama sendiri...sanggupkah tengok darah mengalir akibat perbuatan kita sendiri...tak masuk akal la'  kata Hang Lekir yang dari tadi diam membisu.


Hang Tuah yang paling senior dalam skuad silat tu mengambil kesempatan memberikan ucapan balas sepatah dua kata mewakili 4 orang lagi Hang yang ikut sama memepelajari seni silat dengan Sifu Sang Rajuna Tapa. Masa tu kira Tok ni adalah trainer silat yang terbaik dan di segani ramai.


Masa tengah belajar silat tu, Hang Tuah sekejap-kejap hilang pergi tepi sungai...mestilah sungai yang ada air terjun, banyak negatif ion, aman damai, dingin, udara bersih...tempat tu pula anak dara Sifu selalu dok basuh kain...mesti romantik abih tempat tu...masa tu la dia ayatkan si Melor tu...sampai tergila-gila tahap gaban la budak tu. 


'Tak lama lagi tamat abang belajar silat kat sini....mesti abang rindu kat Melor, tapi Melor jangan bimbang abang kan sentiasa kasih dan sayang pada Melor tanpa belah bagi'


'Abang ni ayat jer tu, bila dah keje nanti tambahan kalau ada jawatan kosong kat istana kat situ ramai lah dayang-dayang yang cun melecun, akhirnya Melor abang lupakan.'


'Kamu ni Melor suka sangat buat andaian melulu....kasih abang pada Melor ibarat batu gunung ni....walau apa pun terus melekat sampai bila-bila...tak percaya ke?'


'Abang ni kan kacak, hebat bertarung lagi tu, Melor ni minah rimba mesti abang malu nak ngaku sapa Melor ni.'


'Takde nya cam tu...abang setia la...kita tengok nanti sapa yang curang'


'Melor kat hutan nak curang apanya...mana ada orang kat sini takkan nak curang dengan monyet, kera, gajah, rimau...akal ada takleh fikir ke'


'Marah semacam kau Melor....tapi mana tau ada kumpulan baru mari belajar kat sini...tak mustahil kau boleh sangkut'


'Takde nya...ni Melor la bang...Melor anak Sifu nak buat perangai...tak boleh di terima akal lah'


'Janji tak curang'


'Janji lah bang...sampai mati pun Melor tunggu abang malah Melor sanggup mati demi abang...abang ada berani?'


'Eh mesti lah, sayang punya pasal....abang janji yang abang tak mungkir janji dan sayang abang pada Melor takkan padam selamanya'


'Terbaiklah ayat tu...boleh cair di buatnya'


'Ayat kena hebat Melor, nak hidup hahaha'


'Gatal la mamat ni perasan lebih....eh Melor kena balik ni nak masak nanti untuk makan malam'


'Jap la esok lusa abang dah nak kena belah dari sini...nanti payah dah nak jumpa, kalu ada cuti baru leh datang takkan nak cuti kecemasan manjang, tabib istana pun tak berani nak bagi surat cuti sakit manjang.'


'Esok la pula kita sambung nanti ayah marah kan semua gagal nanti...takkan nak ulang belajar kot'


Maksud Melor tu kalau Sifu dah naik angin nanti semua tak boleh nak grad dan silap haribulan kena lak repeat semester, tak ke naya cam tu. Benda cam ni pernah terjadi pada batch terdahulu. 



Melor ni mesti cun kalau tidak takkan Hang Tuah leh terpikat...taste Hang Tuah ni dahsyat gak...dia tak pilih yang average punya...mesti yang tip top...ukuran badan mesti yang tinggi lampai, muka dah tentu yang bujur dengan hidung mancung bak seludang, kulit lak putih kuning dengan muka bagai telur di kupas dan rambut mayang mengurai, betis pula bunting padi...aduuuh...kalau kita pun boleh mengigau....Melor ni bukan jenis plastik punya...mesti ori..kat hutan mana ada make up, lotion ke apa, dah tentu guna barang ori dari hutan hujan tropika yang berusia lebih 150 juta tahun...barang ori mesti terbaik lah wok...untung Hang Tuah tu...urban look sekarang banyak yang plastik...hampeh...jangan mare ye...kenyataan...kiranya kalau wat balik rumah mak bapak tak komplain lah. 


Ni kira stage pertama dia test skill pikat pompuan....mengena lak tu...sampai Sifu restu lah perhubungan mereka tu...yang lain-lain Hang tu mungkin minat gak tapi bagi  laluan kat senior la kot. Melor ni adalah awek Hang Tuah yang paling setia, sanggup mati kerana mempertahankan cintanya yang suci dan tulus mulus yang tak berbelah bagi. Hang Tuah frust la sekejap...ya la awek dia sanggup datang dari jauh, tinggalkan Sifu seorang diri dalam gua...kira kena tanak nasi sendiri lah Sifu, tapi dah Sifu restui nak wat cam mana...basuh kain masak sendiri la jawabnya. Nasib baik kat hutan banyak pucuk paku dan lain-lain sayuran serta buahan. Ikan leh mancing sendiri kat sungai, dapat lak ikan kelah, sebarai, tapah  atau patin kena pula gulai tempoyak...terbaik la. Dulu sungai-sungai bersih, air jernih...takde kegiatan membalak cam sekarang ni semua sungai dah contaminated...ikan pun buta dan berkudis. Sekali sekala kalau nasib baik dapat gak kijang, rusa, napuh, beraya lah sekejap. Dulu takde peti sejuk tapi boleh salai lagi best. Sekali sekala masak lemak cili api daging salai...fuuuh, leh juling mata. Mungkin masa tu ada lah kot kangkung yang di tanam oleh Melor...dah pasti Hang Tuah pun pernah makan sayur kangkung tumis hasil air tangan Melor. Terbaik.


Mesti ramai yang boleh ingat PGL/Puteri Gunung Ledang...mesti ramai yang pernah nonton filem mengenai PGL ni kan...tak kira lah versi Shaw Brothers ke atau versi terkini hasil karya isteri Dato Effendi Norwawi, Tiara Jacquelina tu...janji ada kisah Hang Tuah. Tengok camne Hang Tuah pegi kelentong PGL...di bawa tepi tasik, main-main cinta guna ayat baik punya sampai PGL tu nanang makan tak lalu tidur tak lena mandi tetap basah la...PGL tu bukan calang-calang manusia, mesti cun giler la, kalau tak macam mana Sultan Melaka dok angau siang malam.


'Tuah, beta sebenarnya bukan senang nak jatuh cinta. Dah ramai pun balak-balak yang kacak datang untuk merisik tapi hati tak pernah terbuka, dengan kamu jer hati ni macam berdentum dentam, lain macam sangat la'


'Patik sebenarnya pun dah jatuh hati tahap puncak kat Tuan Puteri, asyik terbayang jer. Apa orang kata wajah ayu Tuan Puteri hadir setiap kali patik bernafas'


'Boleh tahan gak ayat kau ni Tuah. Tak sia-sia beta jatuh hati pada kau, rupanya romantik gak orang yang jadi panglima ni...selama ni beta ingat orang jenis kamu ni kaku semacam bila bercinta'


'Nak hidup Tuan Puteri, kena lah berusaha nak dapatkan apa yang kita idamkan.'


'Beta dah tahu niat sebenar kamu tu. Kamu nak gula-gulakan beta supaya jatuh cinta dengan kamu bila dah ke Melaka kamu bagi beta ni kat Sultan...apa ke jadah kamu ni, kekasih hati boleh lak bagi orang lain pakai...apa dah buang tabiat ke kamu ni'


'Patik serba salah Tuan Puteri, kalau patik balik tangan kosong tanpa Tuan Puteri Sultan pasti murka, bila dia murka dia takdok keje asyik nak tahan gaji jer...berat la patik takkan asyik nak berhutang manjang'


'Beta rasa lah kamu ni kurang cerdik, akal tak berapa sihat, memang kamu ni jenis orang yang paling setia tapi setia kamu tak bertempat, setia yang bodoh. Tak salah nak setia tapi jangan sampai memakan diri sanggup korbankan hak kamu....kamu ingat senang ke nak pikat beta ni...dah beta jatuh hati pada kamu ni pun dah kira satu rahmat....kamu pula buat hal...apa ke bengangnya kamu ni'


'Ni lah pengorbanan namanya'


'Berkorban bodoh cam ni apa faedahnya...kamu tu setia sangat dengan Sultan kamu tu...kalau buat silap sikit kena tahan gaji...apa tu...kamu ye ye lah berkorban dia asyik ugut kamu...cerdik ke kamu ni...sekarang beta naik kesian pula kat kamu...ikut hati dah tak cinta lagi dah'


'Jangan la cam tu Tuan Puteri, main kasar nampaknya ni'


'Kamu sayang beta tak ni?'


'Sangat'


'Macam ni lah...malam ni kamu tidur tempat beta, kita sembang-sembang sambil minum-minum sampai pagi...tu jer la yang kita leh buat...nak kawin dengan beta kamu takut kat Sultan kamu...aduh nape la beta leh jatuh hati kat balak cam kamu ni...tapi ni kira takdir beta lah terpaut kat orang macam kamu ni'


'Ok ke patik tidur kat tempat Tuan Puteri ni? Tak dok orang sekodeng ke? Kalau ada parah patik.'


'Kamu ni penakut sangat lah...ni tempat beta tahu lah beta macam mana tahap keselamatannya...lagi pun dalam bilik peraduan beta tiada sapa yang boleh masuk...kamu ni pun jantan pertama yang beta bawa masuk...apa kamu takut kena cabul ke? Kenapa lah bengap sangat ni...kalau orang lain dah melompat bertempik gembira...ni banyak sangat soalan...takut tu takut ni tapi panglima'


'Tuan puteri...patik takut kena fitnah setakat nak berlawan lima enam orang sekali gus tu kacang jer buat patik, tapi fitnah ni paling bisa...patik risau kalau Tun Mamat nampak dia adu kat Sultan nahas patik'


'Tak yah risau sini selamat punya...ada jaga dan semua kawasan berpagar...apa takut...kamu bilang kat geng-geng kamu tu esok pagi yang kamu berunding dengan beta...kawin dengan beta memang mustahil la, jadi kita kena reka alasan dan permintaan yang Sultan gatal kamu tu tak boleh tunaikan'


'Geliga betul otak Tuan Puteri...tak terfikir oleh patik...bagus gak cadangan tu, patik setuju, jadi bila tak tertunai syarat terlepas lah patik dari murkanya...gaji pun tetap sama mungkin ada kenaikan sikit lah atas usaha patik naik jumpa Tuan Puteri ni...kalau ada surat sokongan daripada Tuan Puteri lagi baik la'


'Kamu ingat ni minta kerja ke?...Takde keje lain asyik fikir hal gaji dan setia bodoh kamu tu'


'Nak hidup Tuan Puteri, kerja kat istana tu bukan boleh di pohon tapi hanya yang terpilih saja...peluang keemasan tak boleh nak dilepaskan...Sultan ada janji kalau kerja bagus kami juga akan di hantar untuk misi keluar negara...mungkin Arab, Parsi, India, China dan banyak lagi negara. Belayar pula guna djong DiRaja, bukan calang orang leh dapat naik djong tu'


'Djong Sultan kamu bukannya berjenama, djong kampungan, apa  ke hal? Lain lah dengan djong Majapahit yang gah tu....banyak la angan-angan kamu...ni tulis syarat-syarat ni bagi kat Sultan gatal tu...pertama sedulang hati nyamuk, kedua setempayan airmata anak dara, ketiga jambatan emas dari Melaka ke puncak Gunung Ledang ni, keempat setempayan air pinang muda dan terakhir semangkuk darah Raja Ahmad anak Sultan kamu tu....sah dia tak boleh tunaikan...ni syarat sebenarnya nak tolong kamu mengenangkan kamu ni orang yang beta sayang....tahu ke idak ni...ngangguk-ngangguk macam mentadak'


'Hebat-hebat orang Majapahit pun kena tipu kat patik gak...pedih sungguh perkataan Tuan Puteri kali ni...tapi apa pun patik terima kasih banyak-banyak kerana tolong patik'


'Jangan nak ungkit apasal kisah lama tu...nanti beta tarik balik kan syarat-syarat ni baru gelabah kamu...kalau tidak kerana cinta dan kasih sayang tahap puncak kat kamu tak mahu nya beta tolong kamu ni...atas dasar simpati dan kesian pun ya juga.'


'Ugut manjang ni yang patik tak tahan...kalau berperang patik takkan mengalah tapi kalu dengan awek-awek cun patik jadi serba salah tambahan bila dah dapat kena bagi kat Sultan...aduh letih wat kerja macam ni...bukan sekali...patik fikir-fikir berdosa gak hancurkan harapan orang kalau ada pengganti patik nak bersara awal dari wat kerja macam ni.'


'Tahu takpe...udah-udah la wat keje sia-sia ni...kamu ni macam patung takde perasaan langsung...ke kamu ni suka kaum sejenis?'


'Berat sangat tuduhan tu...patik punya masih berfungsi dengan baik, badan masih sihat, akal pun sihat mata terang pun telinga bisa mendengar...kira 10/10 la Tuan Puteri'


'Tak guna cerita wat habis ko boreh je'



PGL kira dah syok abih la kat Hang Tuah ni, tapi bila  PGL dapat tahu hal sebenarnya, tu pasal mulalah PGL bagi macam-macam syarat yang tak masuk akal...melopong Sultan Melaka. Tapi kalau dengan Hang Tuah takde syarat apa...dah angau abih, kira on jer...tapi Hang Tuah ni jenis setia, dia dapat bukan nak pakai sendiri pun tapi untuk orang lain pakai....kalau panglima sekarang ni dah tentu pakai dulu...jangan jadi bodoh berkorban tak tentu pasal...dah lunyai baru bagi kat orang lain. 


Itu satu sikap yang saya respek sangat kat Hang Tuah ni...dia lebih islamik...bukan macam kebanyakan orang sekarang ni main bedal jer tak kira halal haram...memang payah nak cari spesies macam Hang Tuah ni sekarang ...patutnya kita kena tiru sifat Hang Tuah ni baru lah kita aman damai...kalau pompuan macam PGL dia tak ngap dah tentu dia tak makan rasuah punya dan gunakan duit negara tak tentu pasal. Orang macam ni lah sepatutnya di ikut dan dijadikan lambang kehebatan orang Melayu tak macam generasi sekarang ni. Hang Tuah guna kangkung ada sebabnya bukan hentam kromo saja.


panjang sangat kita sambung lain kali....di bahagian (2).





No comments:

Post a Comment